Sep 18, 2024

Pengalaman singkat saya bersama GISB?

(Tersungkur Di Pintu Syurga)

Alkisahnya, pergi Haji tahun lepas, ada kawan ajak pergi Wadi Berkat di Hudabiyyah, saya sangkakan bilik berkat, iaitu sejenis perkhidmatan sewa bilik murah untuk suami isteri di Mekah, laju saya cakap nak ikut, tapi bila follow kawan saya tu, rupanya, tempat rehlah milik GISB. (Global Ikhwan)

Kat situ ada peluang berkuda, naik unta, memanah, makan masakan Malaysia, dan sewa bilik.

Bagusnya rehlah di situ, semua aktiviti berkuda, memanah, naik unta, taman kucing dan lain lain adalah tidak dikenakan bayaran tetap, hanya perlu bayar seikhlas hati, tapi sewa bilik dan makan kena bayarlah.

Bolehlah jemmaah Haji pergi rehlah santai santai lepas habis musim Haji.

Balik Malaysia, ada kawan ajak makan roti canai kedai Ikhwan, baru perasan pekerja yang kerja di situ pakai uniform sama dekat arab sana, ohh, milik GISB juga rupanya

Baguslah umat islam maju dalam berniaga, harga pun tak mahal mana, dan bila kawan buka cerita, katanya Ikhwan ni datang dari pecahan kumpulan Al Arqam yang mana ketua mereka mengaku Imam Mahdi, yang telah difatwakan sesat, dan Abuya telah bertaubat katanya.

Maka harapnya Ikhwan ni dijauhilah dari gejala sesat macam Al Arqam, jangan sampai ketua baru nanti nak diangkat macam Imam Mahdi pula, sebab ajaran sesat ni banyak cabang dan salah satu bila mengaku Imam  Mahdi tanpa tunggu Nabi Isa…

Teringat jugak kat Mekah tu bersembang dengan Jemaah Haji DIY dari indonesia, yang sanggup masuk lorong tikus ke Mekah, katanya Imam Mahdi akan tiba pada hari Arafah nanti.

Wow, epic ni, jika tahun saya di Arafah serentak dengan ketibaan Imam Mahdi.

Sedang asyik bersembang, datang askar arab suruh beredar sebab mereka sedang nak buat sekatan baru untuk ruang solat.

Hajji Hajji!

Jerit askar arab suruh semua orang bersurai..,

Bila fikir balik akan kenapa ramai askar arab ni bersikap tegas, rujuk sejarah, pada tahun 1979 pernah muncul rampasan Kaabah oleh pemberontak yang yakin Imam Mahdi dah muncul lalu berlaku tembak menembak mengorbankan 200 nyawa.. termasuk Imam yang diakui Imam mahdi…

Waktu tu saya baru jer lahir.. bila besar sikit dapat berita Imam mahdi lahir 1937, dan akan jadi Imam mahdi pada tahun 1987..

Saya kecik lagi masa tu, tapi berita ni tersebar dalam pengikut Arqam, akhirnya ketua mereka ditangkap, di dakwah, dan bertaubat.

Menjelang remaja, saya dapat berita, Imam Mahdi dah lahir pada tahun 1960, dan menjalang Y2k, iaitu tahun 2000, semua alat elektronik akan rosak sebab computer faham tahun 99 sahaja, bila digital tukar pada 00, maka interfacial intelligence alat elektronik tak berfungsi, maka negara kuat akan jadi lemah dan perang dunia ketiga guna pedang akan kembali, perghh dahsyat. Kebetulan waktu itu ada satelit Rusia dilancarkan dan ada huruf KFR tercetak pada badannya, maka satelit itu adalah Dajjal mata satu sebab ada kamera, dan KFR adalah tanda Kafir di dahinya.

Ini adalah sebahagian kisah teori konspirasi yang terkenal zaman saya muda dahulu, oleh sebab Imam Mahdi lahir tahun 1960, maka dikatakan tahun 2000, beliau akan dilantik menjadi Khalifah Islam, kebetulan pula ada berita kaabah berkunci, tiada yang boleh buka kena tunggu Imam Mahdi.

Waktu itu dalam jemaah dakwah tabligh, boleh pulak karkun masa tu ada yang yakin dajjal akan keluar tahun 2000, Imam mahdi akan muncul lawan dajjal, dalam ceramah bayan magrib ada yang cerita pasal amirsab dunia dah meninggal, Imam mahdi akan jadi amirsab tabligh, dan dia akan mufarakah dari jemaah tabligh jika bukan Imam mahdi jadi amirsab!

Pergh dahsyat, hinggal Syura Terengganu datang bagi nasihat, jangan ceramah tentang masa depan yang kita tak tahu, ramalan ni bukan tepat, ceramah hanya apa ada dalam Al quran dan hadis, jangan tokok tambah ceramah dengan teori konspirasi, Nabi pun tak tahu bila kiamat, kenapa kita nak emosi paksa orang percaya ceramah kita tentang ramalan masa depan?

Lalu jemmah insaf, jemaah tabligh di larang bercakap isu semasa atau isu ramalan, hanya boleh berceramah atas langit (cerita dari wahyu) dan bawah bumi (kisah nabi dan sahabat yang dan meninggal) sahaja yang berligar sekitar enam perkara iaitu, Iman, Ibadat, Ilmu, Akhlak, Niat, dan Dakwah.., jangan keluar dari enam perkara.

Akhirnya masuk tahun 2000, dan terbukti semua ramalan teori konspirasi adalah palsu, betul kata amirsab tabligh, buang masa cakap teori konspirasi sebab saya pernah ada pengalaman bermuzakarah dengan orang kampung yang tahu semua konspirasi dunia, tapi esok solat subuh berjemaah, tak datangpun solat, bah kan solat berjemaah lima waktu pun fail, nampak sangat ilmu konspirasi tak menguatkan iman langsung.

Masuk tahun 2006, saya mula menulis blog keretamayat, sebagai nota ceramah kepada diri, dan antara perihal yang saya kongsi adalah teori konspirasi ni jangan layan sebagai ilmu sebab semua orang boleh isi ruang kosong dengan cerita palsu.

Lepas tu heboh teori baru, Imam mahdi lahir tahun 1972, dan akan jadi Imam Mahdi pada tahun 2012, muncul pula peluru pandu Iran bertulis Ya Mahdi, maka terus ada yang susun jadual, kaabah berkunci Tarikh sekian sekian, dajjal muncul sekian sekian, 2010 dajjal keluar, lawan Nabi Isa, dan Imam mahdi semua, 2012 katanya…

Paling best ramalan gerhana dengan tepat padahal boleh rujuk kelendar falak jer, tapi ramai yang bertambah yakin.

Ada juga berita Harun Yahya mengaku Imam Mahdi, di Indonesia pun ada, di Iran pun ada… macam macam teori konspirasi..

Akhirnya, 2012 berlalu dan orang kafir siap buat filem kiamat 2012 ambik peluang kaut buat duit sebab konspirasi ni adalah sains fiksyen sahaja.., jika jual ada yang akan beli!

Kalaulah internet ni takde, teori kospirasi ni akan masuk ruangan karya fiksyen di perpustakaan, dan jika difilemkan akan masuk katogori Parallel Universe,

Tapi masalah bila masuk di internet, masuk Youtube, masuk Facebook, orang jahil akan anggap teori konspirasi adalah betul, sebab takde ruang ‘fiksyen’ dilebelkan, adohai..

Maka mulalah merepek repek youtubers nak lakukan channel dengan kongsi teori konspirasi paling gempak!

Aduh..

Lebih ramai terpedaya, bila guna hujjah agama untuk menunggang, dimasukkan sentimen dan kisah akhir zaman yang seakan akan mirip dengan tafsir isu semasa,

Contohnyam saya pernah dapat wasap bagitahu Imam Mahdi lahir tahun 1980, dan sekarang umurnya 43 tahun sedang tunggu Bait Nabi Isa, katanya Covid 19 adalah tak wujud, dan usaha vaksin nak jadikan manusia tentera dajjal.

Tapi habis Covid ternyata orang kena vakcin tak jadi robot, maka katanya vaksin gagal sebab bau rokok tembakau telah selamatkan manusia, maka wujud konspirasi kerajaan nak haramkan rokok sebab itulah cara nak bagi vaksin berfungsi semula ubah otak manusia menjadi tentera dajjal.

Pulak dah..

Dan terkini ada berita bagitahu GISB nak kahwinkan anak perempuan mereka dengan Imam Mahdi, ada pulak ajaran kahwin silang, hambakan kanak kanak, ajar meliwat dan sebagainya,

Nauzubillah.

Jika betul GISB buat ajaran sesat macam tu, memang elok kena tangkap dan dihukum, semoga semua anak anak di asrama yang diliwat dan di ajar liwat dapat diselamatkan dari semua ajaran sesat.

Ya Allah, jauhilah kami dan kuturunan kami dari jalan yang sesat, dan selamatkan semua anak anak yang terinaya, pimpinlah mereka semua ke jalan yang benar, bantulah segala usaha membenteras ajaran sesat, sungguh tiada daya upaya melainlan dengan izinMu Ya Allah.

 Amin Ya Rabbal Alamin

Link: https://youtu.be/URJ9aCvOJqQ?si=02i28dU3djnTM0DP



Jul 1, 2024

Childfree, tak nak anak sebab takut miskin?

Nak komen sikit bab CHILDFREE (pasangan tak nak anak dengan sengaja sebab takut miskin)

Alkisahnya, saya pernah tengok wawancara, Khabib Nurmagomedov juara UFC ditanya: jika kamu sesat di sebuah pulau, dan boleh tinggal bersama sorang sahaja kawan dari Teamnya, dengan siapa kamu nak pilih?

Wartawan mungkin anggap jawapan Khabib adalah Islam Makachev sebab mereka BFF.

Tapi Khabib jawab,

Ketika Allah cipta Nabi Adam, kenapa Allah tak temankan Nabi adam bersama kasih sayang seorang ayah? Atau ibu? Atau sahabat? Kenapa?

Kerana Allah tahu dimana sumber terbesar yang boleh membahagiakan manusia, iaitu Allah berikan isteri dan dari isteri akan dapat anak.

Maka kenapa saya nak kena pilih kawan?, saya nak pilih isteri, dan dari isteri saya akan dapat population.

Satu dewan gelak jawapan Khabib yang sungguh deep.

Dan kita semua tahu, Nabi Adam dan Hawa diturunkan ke dunia dan digembirakan dengan anak anak…, dan sejak zaman berzaman manusia belum pupus sebab memiliki anak adalah salah satu sumber terbesar dalam senarai kebahagian manusia..

Berapa ramai suami isteri yang menangis depan Kaabah sebab belum dapat rezeki anak, maka jangan kita sombong sebelum sampai umur tua… yang tak dapat, teruskan berusaha dan berdoa, yang dah dapat, jangan pula abaikan….

Sungguh anak anak ni, adalah rezeki yang telah membahagiakan jutaan manusia…

Alkisahnya Saya pernah mengembara dengan geng gunung, mendaki macam macam gunung, juga pernah backpakers dengan geng lelaki, dan sampai masa penat mendaki, dah seminggu tak balik rumah maka kamipun berpisah..

Saya dengan wajah ceria dan mata bersinar, tak sabar nak balik rumah,

Sebab Isteri dah wasap tak sabar nak jumpa, Tuhan sahaja tahu betapa rindunya saya nak peluk anak anak, nak makan bersama mereka, nak peluk cium mereka, malam ni tidur ada orang peluk, oh rindunya…

Tapi sahabat saya, wajahnya biasa sahaja, sebab tiada anak isteri tunggu di rumah, isteri ada tapi tak minat Hiking, dan dia dah plan nak daki gunung seterusnya…

Maka kepada mereka yang nak CF..

Ketahuilah, fitrahnya, manusia adalah makhluk yang tidak mampu bersunyi diri.. terutama Ketika sakit dan susah…

Pulang tiada yang menanti, pergi tiada yang peduli, hilang tiada yang cari, itu bukan KEBEBASAN, itu adalah KESUNYIAN..

Bak kata Buya Hamka: “Kalau hidup sekadar hidup, kera di hutan pun hidup”

Maka berkeliaranlah manusia itu di lembah kesunyian mencipta kebahagiaan palsu yang ahlinya telah ramai membunuh diri..

Balik pada islam..

Sunnahnya bekeluarga, ada kisah Sahabat tak mahu ada anak dengan alasan mahu sibuk beribadat, lalu Nabi tegur, aku sebaik baik manusia, dan aku berkeluarga..

Jadi dalam islam ini, kita akan selalu dengar istilah kiamat kecil akan datang pada semua manusia sebelum kiamat besar, atau kisah fitnah dajjal kecil akan datang pada semua manusia sebelum dajjal besar,

Tapi jarang kita dengar istilah syurga kecil akan datang pada semua manusia sebelum syurga besar, kerana ramai yang tidak berusaha untuk mendapatkan syurga kecil itu.

Malahannya syurga besar bukan semua orang mampu dapat, kena berusaha lebih, maka mahalnya syurga kecil, juga bukan semua orang mampu dapat, kena berusaha lebih sikit..

Maka untuk dapatkan syurga kecil, Rumahku Syurgaku..

Kena berusaha kawan, kena kahwin, dan bila ada anak, kena ambik tanggungjawab, tak lama pun sebab mereka akan sangat cempat membesar, dan tiba tiba ada orang ramai dalam rumah, lebih tinggi dari ibu dan ayah, meriah sungguh.

Kenapa korang besar cepat sangat? Jika tahu korang cepat membesar macam ni, ayah peluk lama-lama agar lambat membesar..

Woha!

Ps: Syaitan itu menakut-nakutkan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan dan menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji. (terjemahan ayat Al quran) renung renungkan.

Jun 4, 2024

Apa itu Syurga?

Cerita tentang syurga yang rare..

Alkisahnya waktu tunggu makanan sampai..

Sayapun tanya anak-anak:

“Apa yang kamu faham tentang syurga?”

Jawab anak-anak seramai lima orang..

Adik K: Syurga adalah tempat kita berehat dan berhibur

Abang A: Syurga tempat Allah halalkan apa yang haram, macam minum arak, ramai pasangan, dan segalanya, tempat Terpaling sedap.

Abang H: Syurga adalah tempat kita dapat ziarah Allah dan Nabi dan nikmatnya ziarah Allah dan Nabi lebih nikmat dari segala isi syurga

Adik E Autisem Boy: Syurga nak main game dan mainan..

Kakak N: Syurga adalah tempat orang baik-baik dan bahagia dan bertambah bahagia jika ayah bonda dan kita semua ada kat sana.

Tanya juga pada isteri: Syurga adalah bila awak ada di dalamnya… cia cia cia..

Okey, Macam-macam jawapan anak maka saya kuncilah jawapan saya:

“Syurga adalah Tempat Allah tunaikan Segala kehendak kita buat selama-lamanya setelah kita tunaikan kehendak Allah di dunia yang hanya sementara.”

“fair enough, ulang balik ayah, saya nak salin”

Syurga adalah Tempat Allah tunaikan Segala kehendak kita buat selama-lamanya setelah kita tunaikan kehendak Allah di dunia yang hanya sementara,

Maka janganlah kita mengeluh sewaktu menunaikan Kehendak Allah macam solat, contohnya, sebab hidup kita tak lama pun, jika mati esok, sampai esok jer solat.. sedangkan nanti di syurga Allah Taala akan tunaikan segala kehendak kita buat selama-lamanya!

Enjoy di dunia ada had, makan berapa pinggan boleh telan? Minum arak berapa botol dah mabuk?, teman wanita berapa ramai mampu layan? Sakit, berak, kencing, busuk, kat dunia semua ada dan ruginya jika kita pilih dunia yang sementara dan menderita di akhirat selamanya…

Maka tunaikanlah kehendak Allah dalam masa yang sangat singkat dan nanti di Syurga Allah tunaikan Segala kehendak kita buat selama-lamanya

Ada riwayat kisah orang makan pisang di syurga bertahun tahun tak berhenti, sebab tiap kali makan pisang makin sedap, belum cerita mandi sungai susu..

Tapi kat dunia, makan pisang sebijik pun dah kenyang, mandi sungai susu habis berlengas sebab Korang dah macam nila..

Aduhai..

Anak cakap: Ayah kena tulis ni saya nak like dan share..

Okey, makanan dah sampai, maka saya tulis hari ini harap-harap korang semua like dah share! Dan semoga kita semua dapat masuk syurga tanpa tertinggal seorang pun.

Woha!

Kisah penuh di sini, https://forms.gle/PoekQyjMFeebJaFg7


May 10, 2024

Haji Seronok Beronok Ronok?

3 Ebook Harga asal RM90, kini hanya RM45

Semoga bermanfaat

 

Apr 21, 2024

Vaksin Minta Maaf?


 

Bila keluar berita Pfizer Minta Maaf dan ada sorang doctor minta maaf..

Maka ramai anti vaksin PM saya share berita itu dan suruh saya komen..

Alkisahnya, Saya bukan ejen Pfizer, Pfizer yang buat vaksin pun bukannya tak ada buat salah.. sebab tu kena saman..

Tapi saya mengaku memang saya cucuk vaksin sebelum pergi Haji hari tu.. bagi saya vaksin ni adalah makhluk yang tak boleh bagi manfaat dan mudarat melainkan dengan izin Allah, maka selepas rujuk fatwa ulamak dan doctor pakar saya cucuk sebagai ikhtiar dan tawakal, , dan Alhamdulillah, pergi Haji hari tu sihat wal afiat takde kena apa apa sakit sampai sekarang, semua dari Allah..

Terima kasih atas semua doa yang baik baik..

Baiklah, Bila dah ada yang share link doctor minta maaf dan Pfizer minta maaf, saya pun klik komen, dan baca komen notizen, ramai orang tanya balik, doctor baca tak isi berita tu? Sebab tajuk berita dalam dunia wartawan memang “mengundang”

Ok.., Bila baca dengan tahap BI yang lemah, berita tu bercerita tentang Pfizer minta maaf bukan sebab tersalah cucuk atau sebab kesan sampingan, atau sebab tersalah kajian,

Tapi sebab 4 pekerja terlalu awal promosi vaksin tu sebelum dapat lesen kesihatan..

Macam kes kita jual makanan cop logo Halal sebelum Jakim luluskan, maka memang kena samanlah walau pun makanan kita itu halal.. dah undang undang tetapkan begitu, kena followlah..

Maka Tindakan 4pekerja tu yang tak sabar sabar nak cerita vaksin Pfizer berkesan lalu pos di media sosial sebelum mendapat kelulusan, telah menerima "teguran" daripada Prescription Medicines Code of Practice Authority (PMCPA) UK.

.

Pfizer pun berasa sangat kesal atas tindakan peribadi pekerjanya dan meminta maaf, adalah kena saman sikit..

Begitu lah cerita berita itu…

Wartawan pun ambik tajuk, Pfizer memohon maaf

Anti vaksin pun gembira dan DM serta ulas di post FB lama saya suruh ulas.

Maka saya telah ulas berita itu, harap bergembiralah.

Woha!

Mar 27, 2024

Islam agama membunuh?

(Baca ini dan kagumlah di hujungnnya)

Salam sejahtera kepada semua bukan islam yang sudi baca tulisan ini, saya nak jawab sikit bab islam agama bunuh orang.. jika betul dakwaan ini, kenapa masih ada orang bukan islam di Malaysia yang di perintah oleh Raja Islam?

Patut bulan puasa ni, dah kena bunuh orang islam berapa orang? Padahal di Malaysia, orang mati sebab nyamuk dan kemalangan kereta jauh lebih ramai… malahan kita ada pergerakan dakwah, ajak orang bukan islam masuk islam, bukti kami nak selamatkan tuan puan…

Baiklah, Pihak yang menuduh pula agama Kristian, tak baca sejarah ke? Hitler agama apa? Perang dunia dimulai siapa? Mujur ada bekas pedari yang kaji bab ini dah masuk Islam, (boleh search di youtube, banyak kisah paderi masuk islam dan dah jawab dan bab agama islam ni pengganas ke? Jawapan semua dah ada.. saya tak perlu ulas detail…

Cuma Saya nak kongsi sikit POV indahnya Rukun islam.. kita tengok nanti kat mana dalam Rukun islam itu perlu bunuh orang bukan islam? Ada tak?

Alkisahnya, ada orang bukan islam yang terlihat bahagia tanpa perlu kepada panduan dari Nabi Muhammad.. wow..

Sementara itu, ada pula  orang Islam yang hidup bahagia bersama panduan dari Nabi.. Alhamdulillah..

Eh? Apa rahsia kebahagiaan mereka?

Bila kaji balik, rupanya Orang bukan Islam itu terlihat bahagia sebab mereka adalah geng yang bangun awal pagi, geng 5 AM club. 

Bayangkan 1400 tahun dahulu Nabi Muhammad SAW dah ajar orang Islam untuk bahagia dunia akhirat dengan cara bangun awal sebelum subuh solat tahajud, sementara orang bukan islam baru temui rahsia awal pagi dan buku 5 Am Club baru juga dihasilkan dan mereka memuji muji hasil penemuan hidup indah awal pagi!?

Okeylah better late than never.. maka tahniah Kepada orang bukan Islam tersebut yang mulakan hidup seawal lima pagi, dan tahniah kepada orang Islam yang mulakan hidup sebelum subuh lagi dengan solat tahajud, nikmat yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata bagi mereka yang Istiqomah.. sekarang kita target subuh macam jumaat yer? Alhamdulillah..

Kemudian orang bukan Islam terlihat bahagia bagi mereka yang mengamalkan meditasi setiap hari dengan fokus  bersendirian selama lima ke-10 minit atau buat Yoga atau bertafakur, dan mereka mendapati cara itu boleh menghilangkan resah gelisah dan kemurungan. Banyak kes kemurungan dapat di atasi melalui meditasi..

Sementara itu orang Islam 1400 tahun dahulu lagi dijanjikan hidup bahagia bagi mereka yang menjaga solat, memang ada ayat Al-Quran yang memberitahu manusia itu bersifat resah gelisah kecuali orang yang menjaga solatnya, wow!

Maka tahniahlah kepada orang bukan islam yang terlihat bahagia kerana kerap bermeditasi mencari ketenangan dan alhamdulillah kepada orang Islam yang Istiqomah solat lima waktu, Sungguh ketenangan hati adalah milik kalian.. alquran memuji orang islam yang menjaga solat kerana sifanya mudah bersyukur bila senang, dan mudah sabar bila susah, Alhamdulillah..

Di sudut lain pula ada orang bukan Islam yang terlibat bahagia dengan menjaga makan dan minum serta amalkan hidup sihat dengan banyak berjalan dan bersenam yang mana Nabi dah ajar 1400 tahun dahulu kepada orang Islam bab jaga makan, berhenti sebelum kenyang serta mengamalkan puasa Isnin dan Khamis juga puasa sebulan Ramadhan dan banyak hadis kelebihan berjalan kaki ke masjid ataupun tawaf serta Sae yang mana semua itu memberi kesihatan kepada rohani dan jasmani, tahniah!

Bulan puasa ni seronok lain macam, tarawih 20 rakaat pun sedap, mengaji sedap, lapar dan dahaga tak rasa beban langsung, InsyaAllah bila mana Allah bagi hidayat hingga Maher Zain menyanyi lagu merayu agar Ramadan jangan pergi..

Di waktu lain ada orang bukan Islam mengaku bahagia dalam memberi kebaikan kepada orang lain seperti bagi sumbangan  atau buat Yayasan, tahniah!

Dan alhamdulillah Nabi kita pun dah ajar dalam ibadat zakat dan sedekah serta hidup tolong menolong, Iqram muslimin yang mana semua itu akan buatkan kita lebih bahagia ! Alhamdulillah..

Satu lagi orang bukan Islam terlihat bahagia bila dapat melancong atau mengembara mencari maksud hidup atau mengenal diri dengan cara pergi ke tempat-tempat yang jauh dari kampung halaman selama berbulan bulan! Tahniah!

Manakala ehem ehem!

Nabi kita dah ajar kewajipan orang Islam untuk pergi haji yang mana perjalanannya jauh perlu merentasi pelbagai benua dan kita akan ziarah Mekah, Madinah, berbulan bulan yang mana nikmat mengembara ini akan memberi ketenangan kepada para-para musafir, Alhamdulillah!

Nampaknya semua rukun Islam memberi menafaat kepada orang bukan islam yang mahu amalkan tapi sayang lah sebab mereka hanya bahagia di dunia, tapi mati masuk neraka.. itu POV keimanan kami..

Sedangkan janji Allah kepada semua orang Islam yang amalkan semua rukun itu dengan ikhlas akan bahagia di dunia dan akhirat ..

Maka itulah sahaja lima rukun islam yang wajib di amalkan oleh semua ummat islam dan kami Bahagia melakukannya, sementara lima rukun ini juga sedang “diamalkan” oleh orang bukan islam yang terlihat Berjaya dan bergaya…

Eh? Takdepun dalam rukun tu kena bunuh orang kafir? Kalau ada, dan berapa ramai orang bukan islam kena bunuh di bulan puasa ini…? 

Malahan orang bukan islam boleh meniaga kampung kami, boleh bersekolah Bersama kami, boleh bekerja Bersama kami, kita dah merdeka 60 tahun maa, mana pernah perang sebab beza agama?

Tapi tak nafikan, mana mana agamapun ada orang jahat, sebab itu ada juga dalam islam Gerakan Tabligh yang ajak orang Islam Kembali makmurkan Masjid.. sebab manusia ni tak sama dalam menghargai nikmat agama, nikmat keluarga, nikmat merdeka, nikmat ada kerja, nikmat kesihatan, dan nikmat masa lapang.. banyak yang kufur nikmat, maka pesan memesan sangat memberi manfaat kepada sesama manusia..

Maka jika ada orang bukan Islam yang terbaca artikel ini, atau kepada semua kawan cina dan India yang kenal saya, jika baca ini maka saya seru  anda semua  untuk belajar luangkan masa kenal agama Islam (jangan tengok orangnya, tapi tengok agamanya) sementara masih hidup kerana banyak bukti common sense bahawa Islam adalah agama yang menyeluruh dan sangat membahagiakan, hingga tiada kata secantik Bahasa untuk dipersembahkan akan segala kenikmatannya..

Akhir kata, Semoga Allah berikan kebaikkan kepada kita semua, terutama di beri Hidayah dan kemanisan Iman.

Robbana atina fidunia Hasanah Wafil akhirrati Hasanah waqina azza Bannar!

Semoga Woha sampai syurga.

Mar 19, 2024

Guru di potong Kepala kerana Hina Islam?


Alkisahnya Semalam viral kisah seorang individu berbangsa cina telah hina Islam di FBnya, lalu ada individu-individu melayu islam pergi kutip dan paksa dia post video permohonan maaf di FB dia.

Ingat beberapa tahun lepas, kisah Guru di potong Kepala kerana Hina Islam… jika tak silap berlaku di Perancis..

Kisahnya begini, ada seorang guru Pendidikan moral dalam kelasnya telah tunjukkan kartun telanjang yang menghina Nabi orang islam, Cikgu tu tunjuk kartun tu depan murid murid konon kebebasan bersuara.

Pelajarpun lapor pada bapa mereka, dan salah sorang bapa pelajar tak setuju tindakan guru tunjuk gambar kartun bogel Nabi depan anak perempuannya, lalu si bapa luahkan kemarahan di Youtube dengan bagitahu nama guru dan lokasi sekolah dan minta polis ambik tindakan.

Polis ada panggil Guru itu dan siasatan telah dijalankan, namun tiada apa apa tindakan dikenakan kepada guru itu.

Seminggu kemudian, datang seorang Remaja Islam ke sekolah itu dan menunggu guru itu keluar. Remaja itu sempat bertanya kepada beberapa pelajar yang mana satu cikgu Pendidikan Moral?

Lepas di kenal pasti, remaja itu pun ikut cikgu tu yang sedang keluar dari pagar sekolah, dan telah menikam guru itu hingga mati dan telah memotong kepala guru itu.

Kemudian gambar kepala guru di sebarkan di Internet..

Terus Polis jejak IP internet, dan  tahu lokasi pembunuh, terus polis serbu rumah remaja itu dan cuba menahan tapi remaja itu menyerang polis dengan pisau lalu Sembilan das tembakan kemudian, remaja itu mati ditempat kejadian, dari telefon milik remaja itu, ada gambar mayat guru tanpa kepala.

Kejadian ini terus menjadi tajuk hangat seluruh dunia.

Hingga ada orang kafir Tanya, Dalam islam orang hina Islam kena bunuh ke?

Ya, Dalam Islam, ada fatwa mengatakan sesiapa yang menghina Allah, harus dibunuh dan diperangi.

Tetapi, Dalam Islam juga ajar, proses melaksanakan hukuman mati, tidak terletak pada semua orang.

Al gojo perlu dilantik dengan mesyuarat, hakim juga perlu dilantik dari orang yang bijaksana, yang benar-benar layak menjatuhkan hukuman ke atas seseorang, lebih-lebih lagi hukuman bunuh.

Islam itu adil dan perlu terlihat adil, sepatutnya Guru itu perlu dihadap ke muka pengadilan. Perlu ada Hakim. Perlu kemukakan bukti dan saksi. Jika terbukti sangaja nak menimbulkan perang antara agama maka kena jatuhkan hukuman yang sesuai.

Okey, katakanlah terbukti tali barut anti islam nak lagakan kaum, dan perlu di jatuhkan hukuman bunuh, dan andai kata hakim putus hukuman pancung..

Dalam hukum islam, Pedangnyanya wajib tajam dan harus panjang. Algojo-nya terlatih. Dibuat di tempat yang bersih. Mayatnya tidak dihina dan ditanam dengan baik.

Jadi kepada bukan islam yang baca berita semacam ini, tolong jangan anggap perbuatan remaja itu mencerminkan ajaran islam ke seluruhnya.

Ada ke di negara islam, tangkap orang meragut, dan jam itu juga nampak orang islam terus potong tangan pencuri?

Tengah malam Tangkap artis berzina, tak payah bawa ke Pejabat Agama, terus buat hukuman sebat malam tu juga seratus sebatan? Ada ke? 

Dengar orang murtad? Tanpa dakwah dia kembali kepada islam, terus penggal kepala? Ada ke Islam ajar macam tu?

Jika ada yang buat hukaman serta merta, itu bukan Islam yang adil, itu memang orang panggil ekstrimislah. Pengganas!  rujuk kes pengganas dalam agama, Orang kafir pun mereka bunuh, orang islam yang tak setuju dengan mereka pun kena bunuh, Astarfirulalazim…

Padahal, Sistem mahkamah Islam, ada Ulama' dan Mujtahidin yang dah susun elok dah prosedur-prosedur undang-undang Islam. Nak kena mengajilah.

Orang kafir zaman sekarang tak boleh lagi pukul rata guna alasan 'tak faham Islam' atau ‘tak kenal islam’ atau, “mana ada islam baik?”.

Padahal bab kejahatan, memang ada segelintir orang islam pun yang jahat, orang kafirpun ada yang jahat, ada yang anti islam tembak orang sedang solat Jummat, ada yang bom orang islam pada 2011, hingga 70 mati, di Norway kalua tak silap kejadian tu..

Jadi jahat ni semua agama ada, sebab tu Nabi kami bagitahu orang islam yang jahat pun masuk neraka, sebab orang islam juga tak terlepas dari dosa. Hari hari Nabi kami ajar orang islam bertaubat melalui Istigfar dan solat taubat, sekarang bulan Ramadan, Nabi kami ajar bahawa Ramadan ini adalah bulan keampunan, dan ajak ummat sibukkan diri berpuasa sepanjang siang dan bertarawih sepanjang malam biar sampai penat dengan ibadat hingga tak larat buat dosa… nampak tak?

Akhir kata, pihak berkuasa kena cepat dan tegas bab 3R.. jangan atas alasan kebebasan bersuara, maka sensitivity tak di jaga, hingga nitizen mengecam di media sosial, takut ada yang menghasut lalu berlaku peristiwa tak sedap untuk di dendang..

Jadi semalam, bila ada seorang individu berbangsa cina telah hina Islam di FBnya, lalu ada beberapa individu-individu melayu islam yang berpuasa di siang hari dan bertarawih di malam hari pergi kutip dan paksa dia post video permohonan maaf di FB dia. Elok jer nampak video tu suruh budak cina tu minta maaf, takde adegan nak pukul atau potong kepala macam kat Perancis tu..

Jadi..

Selamat datang ke Malaysia negara islam, yang mana Negara kelima paling Bahagia menurut kajian dari Mental State of the World., Negara pilihan utama untuk bersara bagi Rakyat jepun, dan Negara kerjaya 3D paling meriah dengan warga asing, dan Negara paling selamat di Asia mengikut kajian Amerika Syarikat dan Negara pilihan Dr Zakir Naik seorang pakar perbandingan agama untuk berhijrah ke Malaysia dengan hujjah, Negara ini aman dan Purata penduduk muslim di negara Malaysia mempraktikkan agama Islam dengan baik berbanding negara lain.

Woha!