Orang bukan Islam baca makna Al Quran dan masuk Islam, tapi saya tanya orang Islam, jawapan agak mengejutkan..
Nov 20, 2023
Orang Islam yang buta huruf?
Nov 8, 2023
Burung di syurga?
Ada hadis bagitahu orang mati syahid rohnya akan masuk dalam burung hijau di syurga
Oct 22, 2023
Islam sedih walau menang?
Tak tidur malam ni layan UFC 294
Islam Makhachev vs Alexander Volkanovski, part 2
Part 1 dulu, 5 round mereka lawan, walau round ke lima Islam Makhacev kalah, ..
tapi 4 round awal, Islam menguasai gelanggang, maka menang!
Tapi penyokong Alexander tak puas hati, dan jangka Part 2 ni, Islam akan
kalah..
Dengan wajah serius, mereka mulakan pertarungan, selang tiga minit kemudian,
satu tendengan kencang dari Islam, Alaxender terduduk, dan dihujani tumbukan
Tukul., lalu Pengadil hentikan perlawanan, KO!
Islam Makhachev menang bergaya tapi wajahnya kekal sedih, lalu memberitahu
dunia dia sedih kerana Palestin sedang di serang dan dunia seolah membisu..
Ya pentas UFC 294 berkumandang sokongan kepada Palestin dari majority yang
menang malam ini..
Tak lupa, Khamzat Chimaev vs Kamaru Usman, yang sama sama lagend, tapi Khamzat
menang mata, kekal menjadi juara tak terkalah, lalu dengan sedih bagitahu anak
anak Palestin sedang di bunuh, Islam kena Bersatu!
Malam ini, Gelanggang UFC 289 berkumandang sokongan terhadap palestin, terlihat
Pentas MMA itu dikuasai jaguh dari dunia Islam, semoga pentas dunia, segera
dikuasai oleh Khalifah Islam
Oct 19, 2023
Qunut Nazilah yang lengang?
Oct 9, 2023
Sepagi di Mandinah
Satu pagi di Madinah, waktu tunggu isteri keluar dari Taman syurga Raudah…, saya lepak tepi masjid Nabawi dan terlihat beratus ratus jemaah Haji wanita dari pelbagai negara sedang beratur nak masuk Taman Raudhah.. masa tu geng Malaysia dah masuk..
Geng wanita beratur ni mungkin Indonesia, arau Viatnam, atau
kemboja, atau Thailand, saya tak pati sebab wajah iras orang melayu..
Sementara tunggu giliran masuk, mereka semua menyanyi lagu
Nasyid orang Ansar yang sangat gembira sambut Nabi di sempadan Madinah..
To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na
Min tha·ni·ya·til·wa·da‘
Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na
Ma da·‘a lil·la·hi da‘
Lantas saya yang sedang baring atas karpet terbayang suasana
zaman awal Madinah dulu, wanita beratur tunggu Nabi datang, dan menyanyi….
Kemudian bila Saya hayati makna lagu ini, rasa sebak sebab
mereka jumpa Nabi waktu hidup, beruntunglah penduduk awal Madinah sedangkan
kita nak ziarah Nabi yang dah wafat kena bersesak bagai dan dapat lintas tengok
kubur kejap jer.. sebab kena halau dengan askar arab.
Saya pejam mata hayati makna lagu nasyid sebab jemaah yang
beratur tu makin kuat bernasyid…
Bagi yang tak tahu..
Al kisahnya 5 tahun lepas Nabi berdakwah di Mekah, sikit
demi sedikit ada hamba abdi yang masuk Islam, tapi tiada yang berani ibadat
secara terang terang, jika tertangkap pasti ada yang diseksa atau dibunuh.
Tiba tiba orang kafir dengar ura ura Nabi nak Hijrah ke
tempat lain, maka muncul ancaman bunuh jika Nabi keluar Mekah, lalu dihalang
oleh keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib
Abu Lahab ketua orang kafir telah buat SOP yang mana, Baikot
semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, lepas ni tidak boleh kahwin
dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak boleh beli barang mereka, dan
tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak boleh buat hubungan social,
sekat semua sumber rezeki mereka dan orang Islam tak dibenarkan rentas daerah.
Alangkah azlimnya SOP ini padahal Nabi pun saudara mara Abu
Lahab jugak.
PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung
di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.
Tiga tahun yang penuh seksa…
SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua
orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi
jual barang, akan dipukul dan diseksa.
PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan
dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu
serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati atas ribaan kerana ibunya tiada
susu.
Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan
tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan
tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh
mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.
Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi
Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan
sikit sikit untuk bertahan hidup.
Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke
mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli
makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kebuluran.
Maka kita waktu diuji sikit lapar sebab Order lambat sampai,
ingatlah kisah Nabi dan sahabat diuji dengan tiada apa apa langsung boleh
dimakan…
Tiga tahun kemudian, Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP
tergantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anai kecuali nama Allah,
dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.
Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa
memang betul SOP dah musnah di makan anak anai kecuali nama Allah, dan penulis
SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad,
padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah
Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah,
dan berdakwah!
Namun ujian Allah datang lagi, sebelum Nabi nak berhijrah,
tahun itu Abu Talib yang selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal
dunia, lebih sedih Abu Talib mati tanpa islam, bercucuran air mata Nabi sedih
tengok jenazah Abi Talib yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam
keadaan bukan islam. Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan
kekal selamanya dalam neraka.
Bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian
Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan
dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.
Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang
tersayang meninggal dunia berturut turut, dan takde mana mana tempat sanggup
terima Islam..
Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah,
Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah,
sampai di Taif kisah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling
batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak
kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!
Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik
batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu
sampai orang baling tu penat.
Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan
bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada
riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.
Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah,
ujian apa pun saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun
saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.
Malaikat pun datang nak buat serangan pada penduduk Taif,
Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan
anak cucu mereka yang beriman.
Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat
Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar
Islam.
Kesedihan Nabi tidak lama, berlakulah peristiwa Israk dan
Mikraj, Nabi naik kelangit bertemu Allah dan dapat perintah solat lima waktu..
Habis israk Mikraj, sangka orang kafir orang Islam akan lari
sebab terdengar macam mengarut, tapi sahabat makin bertambah Iman dan makin ramai
yang peluk Islam.
Orang kafir meyuarat nak bunuh Nabi. namun Nabi dengan
semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.
Sebab Nabi dan buat perjanjian dengan penduduk Madinah di
Mina, dan penduduk Madinah sangat gembira terima kedatangan Nabi..
Maka Nasyid selamat datang telah disusun..
To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na
Min tha·ni·ya·til·wa·da‘
Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na
Ma da·‘a lil·la·hi da‘
Makna dalam melayu saya cuba seragamkan…
Hadirmu bagai purnama
Muncul di lembah Wada‘
Wajiblah kami gembira
Kekasih Allah tiba..
Wahai Rasul yang dikasihi
Engkau akan kami taati
Engkaulah pembimbing kami
Alhlakmu yang terpuji
Sol·lal·la·hu ‘a·la Mu·ham·mad
Sol·lal·la·hu ‘a·lai·hi wa·sal·lam
Hadirmu bagai purnama
Hilanglah segala gelita
Engkaulah paling mulia
Wajahmu bercahaya
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ
Bergabung semua purnama
Kau lebih berkejora
Tiada dapat persona
Cahaya atas cahaya
Ya na·bi sa·lam ‘a·lai·ka
Ya ro·sul sa·lam ‘a·laik
Ya mu·ai·ya·du ya mu·maj·jad
Ya i·ma·mal·qib·la·tain
HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!
Entah macam mana dalam rinduan berirama pada Rasullullah,
muncul askar arab marah marah!
Rupanya memang betul askar arab sedang marah pada geng
wanita yang beratur nak masuk Raudhah tapi bernasyid kuat kuat tadi.
HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!
Woha!
Sep 3, 2023
Terpancut air mani ketika tawaf?
Kisah kali ini agak sulit, bacaan untuk suami isteri sahaja..
Alkisahnya ustazah cerita waktu dia bertugas jaga Jemaah
Haji, dapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang sedang menangis..
“Puan, saya terpancut air mani ketika tawaf, adakah haji
saya rosak?”
Ustazah tu tanya, Ada isteri ikut pergi Haji tak?
Katanya Ada.. Ada guna bilik berkat tak? Katanya isteri tak
nak, malu…
Ustazah tu pula menangis sebab dia bertugas tinggalkan suami
dua bulan di Malaysia dan faham masalah lelaki yang bila air mani penuh dalam
Telor (testis) maka perlu dilepaskan sama ada melalui jimak, atau onani, atau
mimpi…
Atau nafsu syahwat dilemahkan melalui puasa atau di
kurangkan makan..
Jadi alkisahnya bila lelaki normal yang berjimak dua ke tiga
kali seminggu tiba tiba pergi Haji selama 40 hari, isteri pula tak nak guna
bilik berkat sebab malu maka emosi lelaki pun tak stabil..
Maka timbullah kisah Waktu tawaf zakar suami tiba tiba
tegang sebab kain ehram mana ada seluar dalam? Lepas tu bergesek gesek dengan
wanita dari pelbagai negara, tujuh pusingan tawaf tu dekat sejam dan bersesak
dengan macam macam perempuan maka tak pelik ada lelaki yang terpancut air
mani..
Nauzubillah… semoga Allah lindungi kita dari ujian Nafsu shahwat..
Maka ustazah nasihat pada isteri lelaki itu agar gunakan
bilik berkat dan kena ganti balik Tawaf, yang mana keluar air mani ketika tawaf
hukum haji tak rosak, tak perlu bayar dam cuma berdosa dan kena bertaubat..
Maka nasihat saya pada isteri yang faham suami masing
masing, yang jimak dua ke tiga kali seminggu di Malaysia, maka di Mekah ini,
janganlah malu guna bilik berkat..
Bantulah emosi shahwat suami agar dapat sempurnakan haji
dengan tenang…
Rujuk sejarah..
Sebelum Nabi pakai Ehram, Nabi telah berjimak dengan semua
isterinya.. maka sunnah sebelum pergi Haji, lepaskan shahwat ditempat yang
halal..
Nabi juga ada pesan pada sahabat yang pergi haji tak bawa
binatang, agar lepas umrah berjimaklah dengan pasangan..
Tapi ada sahabat Nabi bantah, Kata sahabat:
“Kita keluar sebagai haji, kita hanya menginginkan haji,
tapi Nabi suruh buat Haji tammatuk, (bersenang lenang) sedangkan jarak antara
kita dengan Arafah tinggal empat malam, dan baginda membenarkan kami untuk
bersama dengan isteri-isteri kami. Adakah Kita akan datang ke Arafah sementara
kemaluan baru sahaja menitiskan air mani?
Kata-kata itu sampai ke telinga Nabi SAW.. Baginda SAW
bersabda,
“Apakah kamu akan mengajarkanku tentang ALLAH, wahai kaum
muslimin? Kamu sudah mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling bertakwa,
paling jujur, dan paling baik di antara kamu. Lakukanlah apa yang kuperintahkan
kepada kamu. Sesungguhnya aku, kalau tidak terlanjur membawa sembelihan, pasti
aku sudah bertahalul seperti yang kamu lakukan Dan kalau aku boleh mengulang
apa yang telah kulakukan, tentu aku tidak akan membawa haiwan sembelihan.
Bertahallullah kamu.”
Maka sahabat pun insaf mendengar kata Nabi, lalu merekapun
potong rambut untuk bertahalul.., Dan berjimak dengan isteri masing masing..
Kembali kepada hati ini..
Hari Arafah dah dekat, bagi mereka yang buat Haji Tammatuk,
Tabung Haji ada pesan agar jangan buat Umrah sunat takut penat sebab tenaga
banyak nak pakai kat Arafah… sila berehat dan bertenang..
Selain itu, Tabung Haji juga ada sediakan bilik berkat..
Saya dapat tahu, ada yang buat bilik berkat sendiri dengan
pakat bincang bersama kawan sesebilik untuk kosongkan bilik ikut
jadual..terpulang rezeki masing masing..
Saya ni ramai geng pakcik dalam bilik maka saya pilih bilik
berkat jer, huhuhu..
Akhir kata, Kepada suami isteri yang malu walau air dah naik
kepala hingga air mazi menitis waktu tawaf, ingatlah pesan Nabi..
”Pada kemaluan setiap orang di antara kamu itu ada sedekah”
Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah apakah jika salah
seorang di antara kami melepaskan syahwatnya (mencampuri isterinya) itu
mendapat pahala?”
Baginda menjawab: “Benar. Bukankah kalau dia meletakkannya
di tempat yang haram dia berdosa? Demikian pula jika dia meletakkannya di
tempat yang halal, maka dia mendapat pahala. Apakah kamu menghitung kejelekan
sahaja tanpa menghitung kebaikan?”
Allahuakbar, berjimak itu sedekah, dan sedekah ditanah suci
itu ganda 100 ribu pahala!
Maka jangan lah malu ajak pasangan anda bersedekah di bilik
berkat!
Woha!
Ps: Kepada yang belum pergi Haji, doa dan niat lah nak pergi
bersama pasangan, pergi waktu muda, yang mana Waktu Ehram jaga pantang larang
dengan mujahadah, tapi lepas tahalul, bertamatuklah…(berseronok seronok).. dan
jika malu nak tulis nama waktu guna bilik berkat, tulis jer nama abang
keretamayat, sebab bantu orang bersedekah juga dapat pahala! woha!
Jun 6, 2023
Pakcik Misteri berbau ubat?
Jam 4 pagi anak mengadu sakit dada…. Tak boleh tidur dan sukar bernafas..
Maka terus bawa ke unit Kecamasan… terus kena tahan, ubat
masuk ikut tangan…
Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah..
Rezeki orang Malaysia..
Dua petugas depan pintu masuk, check anak, lepas tu bawa
jumpa dua orang doktor, lepas tu jumpa dua pegawai farmasi dan lepas tu jumpa
pegawai urus bayaran, tapi kena cas RM1 sahaja…
Allalhuakbar, moga Allah terus limpah rezeki pada kita
semua..
Waktu tunggu anak tadi, borak dengan sorang pakcik dan
keluar topik haji maka-pak cik tu pesan pergi Mekah Madinah nanti bawalah ubat
banyak-banyak. kat sana mahal dan nak beratur panjang,
Jadi kat sini murah kita bawa siap-siap pelbagai jenis ubat
seperti ubat batuk, ubat Selesema, ubat demam, ubat lelah, ubat sakit perut,
ubat sakit tekak, gula gula hacks, dan pelbagai lagi..
Waktu pak cik tu cakap.. saya macam terdetik dalam hati..
eh? kenapa nak bergantung pada ubat banyak sangat? Bawa sekadar perlu sahaja,
selebihnya bergantung pada Allah..
Tapi rupanya bisikan saya tu salah, sebab pak cik tu cakap:
“Kamu bawa ubat banyak-banyak, bukan sebab kamu takut sakit
dan bergantung pada ubat semata mata, kami tu masih muda insya-Allah sihat tapi
kamu bawa ubat dengan niat nak bantu Jemaah Haji lain yang sakit, yang tua,
yang tak bawa ubat.. besar pahala bagi ubat pada jemaah haji yang sakit, tanda
haji mabrur, banyak bantu orang waktu Haji”
Terus saya insaf di tempat kejadian, insya-Allah esok saya
borong senggugus ubat ubatan, bukan untuk saya, tapi untuk jemaah haji yang tak
sihat berhampiran saya.
Woha!