Oct 22, 2023

Islam sedih walau menang?

Tak tidur malam ni layan UFC 294

Islam Makhachev vs Alexander Volkanovski, part 2

Part 1 dulu, 5 round mereka lawan, walau round ke lima Islam Makhacev kalah, .. tapi 4 round awal, Islam menguasai gelanggang, maka menang!

Tapi penyokong Alexander tak puas hati, dan jangka Part 2 ni, Islam akan kalah..

Dengan wajah serius, mereka mulakan pertarungan, selang tiga minit kemudian, satu tendengan kencang dari Islam, Alaxender terduduk, dan dihujani tumbukan Tukul., lalu Pengadil hentikan perlawanan, KO!

Islam Makhachev menang bergaya tapi wajahnya kekal sedih, lalu memberitahu dunia dia sedih kerana Palestin sedang di serang dan dunia seolah membisu..

Ya pentas UFC 294 berkumandang sokongan kepada Palestin dari majority yang menang malam ini..

Tak lupa, Khamzat Chimaev vs Kamaru Usman, yang sama sama lagend, tapi Khamzat menang mata, kekal menjadi juara tak terkalah, lalu dengan sedih bagitahu anak anak Palestin sedang di bunuh, Islam kena Bersatu!

Malam ini, Gelanggang UFC 289 berkumandang sokongan terhadap palestin, terlihat Pentas MMA itu dikuasai jaguh dari dunia Islam, semoga pentas dunia, segera dikuasai oleh Khalifah Islam

 

Oct 19, 2023

Qunut Nazilah yang lengang?

 Zaman Nabi, Sewaktu orang Islam dibunuh beramal ramai oleh orang kafir di sebuah kampung.. Nabi telah baca doa Qunut nazilah terutama waktu subuh, zaman tu Subuh penuh macam solat Jumaat..
Hari ni dengar berita.. Di Palestin, Selepas seminggu..
Kematian orang awam - 4,200 orang
Kematian Kanak-kanak - 1,030 orang
Terbaru dalam satu serangan hospital - hampir 1,000 orang terkorban.
Kemudian.. Lepas subuh pagi ni pak imam cerita, patut subuh ni surau kita penuh kerana insaf dengan berita Palestin kena serang..
Sungguh Orang Palestin bukan main susah nak pergi solat, sebab bila bila masa mereka boleh kena bom..
Ada terfikir tak? Ketika Negara kita aman damai, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid lima waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum aman?
Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita keamanan?
Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Pengganas Negera jiran atau rusuhan kaum datang menyerang?
Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat aman ini bila bila masa, Siapa yang syukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih, Maka sementara negara masih aman, bersyukurlah dan jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara aman, solat tempat azan di azankan..
Semoga semua negara Islam dan kuasa besar dapat bersatu dan membantu hentikan perang..
Dan semoga semua orang Islam dapat datang solat berjemaah dan baca Qunut Nazilah ramai ramai..
Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah….

Oct 9, 2023

Sepagi di Mandinah

Satu pagi di Madinah, waktu tunggu isteri keluar dari Taman syurga Raudah…, saya lepak tepi masjid Nabawi dan terlihat beratus ratus jemaah Haji wanita dari pelbagai negara sedang beratur nak masuk Taman Raudhah.. masa tu geng Malaysia dah masuk..

Geng wanita beratur ni mungkin Indonesia, arau Viatnam, atau kemboja, atau Thailand, saya tak pati sebab wajah iras orang melayu..

Sementara tunggu giliran masuk, mereka semua menyanyi lagu Nasyid orang Ansar yang sangat gembira sambut Nabi di sempadan Madinah..

To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na

Min tha·ni·ya·til·wa·da‘

Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na

Ma da·‘a lil·la·hi da‘

Lantas saya yang sedang baring atas karpet terbayang suasana zaman awal Madinah dulu, wanita beratur tunggu Nabi datang, dan menyanyi….

Kemudian bila Saya hayati makna lagu ini, rasa sebak sebab mereka jumpa Nabi waktu hidup, beruntunglah penduduk awal Madinah sedangkan kita nak ziarah Nabi yang dah wafat kena bersesak bagai dan dapat lintas tengok kubur kejap jer.. sebab kena halau dengan askar arab.

Saya pejam mata hayati makna lagu nasyid sebab jemaah yang beratur tu makin kuat bernasyid…

Bagi yang tak tahu..

Al kisahnya 5 tahun lepas Nabi berdakwah di Mekah, sikit demi sedikit ada hamba abdi yang masuk Islam, tapi tiada yang berani ibadat secara terang terang, jika tertangkap pasti ada yang diseksa atau dibunuh.

Tiba tiba orang kafir dengar ura ura Nabi nak Hijrah ke tempat lain, maka muncul ancaman bunuh jika Nabi keluar Mekah, lalu dihalang oleh keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib

Abu Lahab ketua orang kafir telah buat SOP yang mana, Baikot semua keluarga Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, lepas ni tidak boleh kahwin dengan Bani Hasyim dan Bani Abdul Mutalib, tak boleh beli barang mereka, dan tak boleh jual barang mereka, tak boleh ziarah, tak boleh buat hubungan social, sekat semua sumber rezeki mereka dan orang Islam tak dibenarkan rentas daerah.

Alangkah azlimnya SOP ini padahal Nabi pun saudara mara Abu Lahab jugak.

PKP pun bermula, Nabi dan penyokongnya di pulau dan dikepung di lembah Abu Mutalib, selama tiga tahun.

Tiga tahun yang penuh seksa…

SOP perjanjian Boikot ini digantung di Ka’bah. Dan semua orang wajib taat, siapa langgar SOP seperti pergi hantar makanan, atau pergi jual barang, akan dipukul dan diseksa.

PKP kita makanan masih ada atas meja, InsyaAllah ada bantuan dari jiran, tapi PKP Nabi Diceritakan terpaksa memakan daun-daun dan pucuk kayu serta rumput kering. Ada anak sahabat yang mati atas ribaan kerana ibunya tiada susu.

Al-Suhaili menceritakan jika terdapat unta-unta perniagaan tiba di Mekah, Orang Kafir sanggup beli dengan harga dua kali ganda membuatkan tiada peniaga yang mahu curi masuk jual makanan sedang di rumah kami, dari jauh mereka mampu mendengar tangisan anak menjerit kelaparan setiap hari.

Tekanan kelaparan sangat dahsyat sehingga Saad bin Abi Waqqas cerita beliau makan kulit unta yang dijumpai di tengah jalan, dan makan sikit sikit untuk bertahan hidup.

Maka banyaklah kisah sedih orang islam yang tak boleh ke mana mana, tak boleh kerja, tak boleh ke ladang, ada duit tapi tak boleh beli makanan, ada jodoh tapi tak boleh kahwin, dan masalah utama adalah kebuluran.

Maka kita waktu diuji sikit lapar sebab Order lambat sampai, ingatlah kisah Nabi dan sahabat diuji dengan tiada apa apa langsung boleh dimakan…

Tiga tahun kemudian, Nabi bagitahu pada Abu Talib, yang SOP tergantung dekat Kaabah tu dah musnah di makan anai anai kecuali nama Allah, dan orang yang tulis SOP itu telah lumpuh kedua tangannya.

Abu Talib pun bawa berita ini, dan bila orang kafir periksa memang betul SOP dah musnah di makan anak anai kecuali nama Allah, dan penulis SOP sudah lumpuh tangannya, maka timbul kegerunan dengan “sihir” nabi Muhammad, padahal itu semua adalah Mukjizat, lalu mereka membatalkan PKP maka bolehlah Nabi dan sahabat kembali bekerja, beli makanan, kahwin, ziarah, rentas daerah, dan berdakwah!

Namun ujian Allah datang lagi, sebelum Nabi nak berhijrah, tahun itu Abu Talib yang selalu menjaga keselamatan Nabi Muhammad SAW meninggal dunia, lebih sedih Abu Talib mati tanpa islam, bercucuran air mata Nabi sedih tengok jenazah Abi Talib yang susah payah kena PKP bersamanya, namun mati dalam keadaan bukan islam. Nabi sedih kerana sedar tanpa Iman bapa saudaranya akan kekal selamanya dalam neraka.

Bertambah sedih, tahun itu jugak, sebulan selepas kematian Abu Talib, Khatijah isteri tersayang meninggal di ribaan Rasulullah SAW, dan dikatanya punca kematian adalah akibat kekurangan makanan waktu PKP.

Bercucuran lagi air mata Nabi, sedih sungguh, dua orang tersayang meninggal dunia berturut turut, dan takde mana mana tempat sanggup terima Islam..

Tapi Nabi tak putus asa, sempena dah boleh rentas dareah, Nabi cuba berhjrah ke Taif sebab dah tiada orang nak lindungi dia di Mekah, sampai di Taif kisah sedih berulang lagi, Nabi kena pukul, Nabi kena baling batu hingga berdarah darah, sepanjang jalan orang tua, orang muda, dan kanak kanak baling batu pada Nabi yang umurnya 50 tahun!

Bayangkan jika ayah kita umur 50 tahun kena baling sebijik batu? Tapi Nabi Muhammad SAW umur 50 tahun kena baling beratus ratus bijik batu sampai orang baling tu penat.

Nabi kemudian pulang terhencot hencot dari Taif dengan bercucuran air mata dan bercuruan darah dipakaian hingga mengalir ke kaki, ada riwayat kata capal nabi dibasahi darah hari itu.

Nabi akhirnya duduk rehat bawah pokok menangis pada Allah, ujian apa pun saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha. ujian apa pun saya sanggup hadapi Ya Allah asal engkau Redha.

Malaikat pun datang nak buat serangan pada penduduk Taif, Tapi Nabi tak benarkan, Nabi bagitahu jika bereka tak nak beriman, aku doakan anak cucu mereka yang beriman.

Biar habis lencun baju Nabi dengan darah, pemaaf tetap sifat Nabi, maka tahun habis PKP itulah merupakan tahun kesedihan dalam kelendar Islam.

Kesedihan Nabi tidak lama, berlakulah peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi naik kelangit bertemu Allah dan dapat perintah solat lima waktu..

Habis israk Mikraj, sangka orang kafir orang Islam akan lari sebab terdengar macam mengarut, tapi sahabat makin bertambah Iman dan makin ramai yang peluk Islam.

Orang kafir meyuarat nak bunuh Nabi. namun Nabi dengan semangat baru secara senyap senyap Nabi rentas daerah dan Hijrah ke Madinah.

Sebab Nabi dan buat perjanjian dengan penduduk Madinah di Mina, dan penduduk Madinah sangat gembira terima kedatangan Nabi..

Maka Nasyid selamat datang telah disusun..

To·la·‘al·bad·ru ‘a·lai·na

Min tha·ni·ya·til·wa·da‘

Wa·ja·basy·syuk·ru ‘a·lai·na

Ma da·‘a lil·la·hi da‘

Makna dalam melayu saya cuba seragamkan…

Hadirmu bagai purnama

Muncul di lembah Wada‘

Wajiblah kami gembira

Kekasih Allah tiba..

Wahai Rasul yang dikasihi

Engkau akan kami taati

Engkaulah pembimbing kami

Alhlakmu yang terpuji

Sol·lal·la·hu ‘a·la Mu·ham·mad

Sol·lal·la·hu ‘a·lai·hi wa·sal·lam

Hadirmu bagai purnama

Hilanglah segala gelita

Engkaulah paling mulia

Wajahmu bercahaya

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمْ

Bergabung semua purnama

Kau lebih berkejora

Tiada dapat persona

Cahaya atas cahaya

Ya na·bi sa·lam ‘a·lai·ka

Ya ro·sul sa·lam ‘a·laik

Ya mu·ai·ya·du ya mu·maj·jad

Ya i·ma·mal·qib·la·tain

HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!

Entah macam mana dalam rinduan berirama pada Rasullullah, muncul askar arab marah marah!

Rupanya memang betul askar arab sedang marah pada geng wanita yang beratur nak masuk Raudhah tapi bernasyid kuat kuat tadi.

HAJ-JIE! HAJ-JIE! HAJ-JIE!

Woha!

Sep 3, 2023

Terpancut air mani ketika tawaf?

Kisah kali ini agak sulit, bacaan untuk suami isteri sahaja..

Alkisahnya ustazah cerita waktu dia bertugas jaga Jemaah Haji, dapat panggilan telefon dari seorang lelaki yang sedang menangis..

“Puan, saya terpancut air mani ketika tawaf, adakah haji saya rosak?”

Ustazah tu tanya, Ada isteri ikut pergi Haji tak?

Katanya Ada.. Ada guna bilik berkat tak? Katanya isteri tak nak, malu…

Ustazah tu pula menangis sebab dia bertugas tinggalkan suami dua bulan di Malaysia dan faham masalah lelaki yang bila air mani penuh dalam Telor (testis) maka perlu dilepaskan sama ada melalui jimak, atau onani, atau mimpi…

Atau nafsu syahwat dilemahkan melalui puasa atau di kurangkan makan..

Jadi alkisahnya bila lelaki normal yang berjimak dua ke tiga kali seminggu tiba tiba pergi Haji selama 40 hari, isteri pula tak nak guna bilik berkat sebab malu maka emosi lelaki pun tak stabil..

Maka timbullah kisah Waktu tawaf zakar suami tiba tiba tegang sebab kain ehram mana ada seluar dalam? Lepas tu bergesek gesek dengan wanita dari pelbagai negara, tujuh pusingan tawaf tu dekat sejam dan bersesak dengan macam macam perempuan maka tak pelik ada lelaki yang terpancut air mani..

Nauzubillah… semoga Allah lindungi kita dari ujian Nafsu shahwat..

Maka ustazah nasihat pada isteri lelaki itu agar gunakan bilik berkat dan kena ganti balik Tawaf, yang mana keluar air mani ketika tawaf hukum haji tak rosak, tak perlu bayar dam cuma berdosa dan kena bertaubat..

Maka nasihat saya pada isteri yang faham suami masing masing, yang jimak dua ke tiga kali seminggu di Malaysia, maka di Mekah ini, janganlah malu guna bilik berkat..

Bantulah emosi shahwat suami agar dapat sempurnakan haji dengan tenang…

Rujuk sejarah..

Sebelum Nabi pakai Ehram, Nabi telah berjimak dengan semua isterinya.. maka sunnah sebelum pergi Haji, lepaskan shahwat ditempat yang halal..

Nabi juga ada pesan pada sahabat yang pergi haji tak bawa binatang, agar lepas umrah berjimaklah dengan pasangan..

Tapi ada sahabat Nabi bantah, Kata sahabat:

“Kita keluar sebagai haji, kita hanya menginginkan haji, tapi Nabi suruh buat Haji tammatuk, (bersenang lenang) sedangkan jarak antara kita dengan Arafah tinggal empat malam, dan baginda membenarkan kami untuk bersama dengan isteri-isteri kami. Adakah Kita akan datang ke Arafah sementara kemaluan baru sahaja menitiskan air mani?

Kata-kata itu sampai ke telinga Nabi SAW.. Baginda SAW bersabda,

“Apakah kamu akan mengajarkanku tentang ALLAH, wahai kaum muslimin? Kamu sudah mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling bertakwa, paling jujur, dan paling baik di antara kamu. Lakukanlah apa yang kuperintahkan kepada kamu. Sesungguhnya aku, kalau tidak terlanjur membawa sembelihan, pasti aku sudah bertahalul seperti yang kamu lakukan Dan kalau aku boleh mengulang apa yang telah kulakukan, tentu aku tidak akan membawa haiwan sembelihan. Bertahallullah kamu.”

Maka sahabat pun insaf mendengar kata Nabi, lalu merekapun potong rambut untuk bertahalul.., Dan berjimak dengan isteri masing masing..

Kembali kepada hati ini..

Hari Arafah dah dekat, bagi mereka yang buat Haji Tammatuk, Tabung Haji ada pesan agar jangan buat Umrah sunat takut penat sebab tenaga banyak nak pakai kat Arafah… sila berehat dan bertenang..

Selain itu, Tabung Haji juga ada sediakan bilik berkat..

Saya dapat tahu, ada yang buat bilik berkat sendiri dengan pakat bincang bersama kawan sesebilik untuk kosongkan bilik ikut jadual..terpulang rezeki masing masing..

Saya ni ramai geng pakcik dalam bilik maka saya pilih bilik berkat jer, huhuhu..

Akhir kata, Kepada suami isteri yang malu walau air dah naik kepala hingga air mazi menitis waktu tawaf, ingatlah pesan Nabi..

”Pada kemaluan setiap orang di antara kamu itu ada sedekah”

Para sahabat bertanya; “Wahai Rasulullah apakah jika salah seorang di antara kami melepaskan syahwatnya (mencampuri isterinya) itu mendapat pahala?”

Baginda menjawab: “Benar. Bukankah kalau dia meletakkannya di tempat yang haram dia berdosa? Demikian pula jika dia meletakkannya di tempat yang halal, maka dia mendapat pahala. Apakah kamu menghitung kejelekan sahaja tanpa menghitung kebaikan?”

Allahuakbar, berjimak itu sedekah, dan sedekah ditanah suci itu ganda 100 ribu pahala!

Maka jangan lah malu ajak pasangan anda bersedekah di bilik berkat!

Woha!

Ps: Kepada yang belum pergi Haji, doa dan niat lah nak pergi bersama pasangan, pergi waktu muda, yang mana Waktu Ehram jaga pantang larang dengan mujahadah, tapi lepas tahalul, bertamatuklah…(berseronok seronok).. dan jika malu nak tulis nama waktu guna bilik berkat, tulis jer nama abang keretamayat, sebab bantu orang bersedekah juga dapat pahala! woha!

Jun 6, 2023

Pakcik Misteri berbau ubat?

Jam 4 pagi anak mengadu sakit dada…. Tak boleh tidur dan sukar bernafas..

Maka terus bawa ke unit Kecamasan… terus kena tahan, ubat masuk ikut tangan…

Tiada daya upaya melainkan dengan izin Allah..

Rezeki orang Malaysia..

Dua petugas depan pintu masuk, check anak, lepas tu bawa jumpa dua orang doktor, lepas tu jumpa dua pegawai farmasi dan lepas tu jumpa pegawai urus bayaran, tapi kena cas RM1 sahaja…

Allalhuakbar, moga Allah terus limpah rezeki pada kita semua..

Waktu tunggu anak tadi, borak dengan sorang pakcik dan keluar topik haji maka-pak cik tu pesan pergi Mekah Madinah nanti bawalah ubat banyak-banyak. kat sana mahal dan nak beratur panjang,

Jadi kat sini murah kita bawa siap-siap pelbagai jenis ubat seperti ubat batuk, ubat Selesema, ubat demam, ubat lelah, ubat sakit perut, ubat sakit tekak, gula gula hacks, dan pelbagai lagi..

Waktu pak cik tu cakap.. saya macam terdetik dalam hati.. eh? kenapa nak bergantung pada ubat banyak sangat? Bawa sekadar perlu sahaja, selebihnya bergantung pada Allah..

Tapi rupanya bisikan saya tu salah, sebab pak cik tu cakap:

“Kamu bawa ubat banyak-banyak, bukan sebab kamu takut sakit dan bergantung pada ubat semata mata, kami tu masih muda insya-Allah sihat tapi kamu bawa ubat dengan niat nak bantu Jemaah Haji lain yang sakit, yang tua, yang tak bawa ubat.. besar pahala bagi ubat pada jemaah haji yang sakit, tanda haji mabrur, banyak bantu orang waktu Haji”

Terus saya insaf di tempat kejadian, insya-Allah esok saya borong senggugus ubat ubatan, bukan untuk saya, tapi untuk jemaah haji yang tak sihat berhampiran saya.

Woha!

Jun 5, 2023

Kenapa kena melontar?

“Ayah, kenapa pergi Haji kena melontar Syaitan sebanyak tujuh puluh kali?”

“Haji adalah perintah Allah, dalam Haji ada banyak ibadat yang datang dari kisah Nabi Ibrahim dan pengorbananya..”

“cer citer”

Bayangkan, seorang lelaki yang belum pernah ada anak, dan tidak jemu berdoa inginkan anak lelaki yang soleh, tapi dari tahun ke tahun belum ada rezeki dapat anak..

Alkisahnya, ada riwayat cerita Nabi Ibrahim pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah dan memuji muji Nabi Ibrahim.

Jawab Nabi Ibrahim..

 “Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki,  sudah tentu aku juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”

Maka masa berjalan, dikatakan ketika umur Nabi Ibrahim 70 tahun, Isterinya mengandung, dan bila anak lahir sahaja, ternyata anak lelaki seperti yang di idamkan, namun datang perintah Allah untuk buat pengorbanan yang pertama..

Iaitu kena tnggalkan anak lelaki dan isteri tercinta di padang pasir, serah nasib mereka pada Allah..

Nabi Ibrahim pun buat walau hati merasa berat, tapi dengan Yakin Allah pasti bantu, maka munculah persitiwa Sae, Siti Hajar berlari tujuh kali antara Safar dan Marwah, dan munculnya air Zam Zam, dan wujudnya kota Mekah..

Bila anak dah remaja, 13 tahun lebih kurang, Nabi Ibrahim datang ziarah, tapi dapat pula wahyu untuk korbankan anak, bukan tinggal kat padang pasir yang lain pula, tapi sembelih macam haiwan korban..

Maka beratlah hati, sebab anak dah besar, apa kata isteri? Dan kemucak ujian datang pula Syaitan menjelma di tiga lokasi, hasut Nabi Ibrahim, isteri, dan anaknya, pertikaikan perintah Allah, sanggup kamu bunuh anak kamu? Sanggup kamu biarkan suami kamu bunuh anak kamu? Sanggu kamu biarkan ayah kamu bunuh kamu dan buat mak kamu menangis?

Ringkas cerita, maka Nabi Ibrahim, anaknya, dan isterinya telah melontar Syaitan dengan batu, di lokasi yang Jemaah Haji melontar sekarang ini, dan mereka bertiga bekerja-sama jayakan wahyu, ibadah korban tetap di buat, pisau Nabi Ismail tolong asah, waktu sembelih mula mula Nabi Ismail suruh ayahnya ikat kaki takut dia lari, tapi waktu nak sembelih, katanya tak payah ikat dia memang tak akan lari, begitulah kisahnya..

Akhirnya pisau tak lut, leher tak putus, Nabi Ismail tak sakit dan siap tolong asah pisau lagi, hakikat kuasa Allah, pisau yang tajam tak bagi mudarat atas daging leher yang lembut, Malaikat Jibril pun datang bawa Qibas dari langit sebagai ganti.. bagitahu Allah dah terima pengorbanan kamu..

Maka hari ini, pergi Haji, akan ada ibadat Sae macam isteri Nabi Ibrahim waktu kena tinggal, akan ada ibadat melontar macam Nabi Ibrahim melontar syaitan, dan akan ada ibadat korban binatang macam Nabi Ismail kena korban..

Lepas persitiwa tu, datang pula wahyu, Allah suruh Nabi Ibarahim dan anaknya bina Kaabah..

Nabi Ibrahim pun bina, dan bila siap, Allah suruh Nabi Ibrahim buat panggilan Haji panggi orang ramai datang dari empat penjuru kaabah..

Walaupun zaman tu takde orang, Nabi Ibrahim pun buat seruan Haji lalu Allah pun sebarkan panggilan itu, hingga beribu ribu tahun kemudian..

“Ayah pun dapat panggilan Haji?”

“Pandai anak ayah, Labaikallah!”

“Berapa kali Ayah akan melontar syaitan di sana?”

"70 kali"

"Banyaknya..."

“Okey, alang alang dah tanya ni, ayah nak bagi tugasan, tolong senaraikan 70 penyakit hati untuk bantu orang niat melontar membuang penyakit hati dalam dirinya”

“Okey kejap ayah...”

Anak lelaki pun duduk bincang tulis 70 penyakit hati, tak sampai sepuluh minit, mereka dah siap, perghhhh dahsyat.

Hebat anak ayah, tahu semua penyakit hati, dari mana korang  dapat ilmu ini?

"Chat Gpt, ayah"

Woha!

Tips doa lama?

Tips berdoa lama dan panjang tanpa sedar masa berlalu…

Alkisahnya, Pagi ini lepas subuh kami berlatih jalan kaki 3 km di pantai untuk latihan ibadat tawaf musim haji, semoga Allah terima..

Waktu berjalan kaki, Isteri tanya doa apa kita nak baca supaya kita tak lupa bilangan tawaf sebanyak tujuh pusingan?

Saya bagi tahu pada isteri, jom kita guna hadis Abu zar yang berkenaan lima perkara paling penting iaitu (1) agama (2)keluarga (3) kesihatan (4) sumber rezeki dan (5)masa lapang..

Okey kita susun macam ni..

Tawaf yang pertama..

Pusingan tawaf yang pertama kita zikir dan baca doa serta Al-Quran mana-mana yang kita hafal. warm up dulu..

Tawaf kedua, kita mulakan doa khas untuk perkara agama dengan rujuk rukun Islam, contohnya buat haji kita doa Allah terima haji kita dan haji orang lain, bab zakat kita doa Allah terima zakat kita dan zakat orang lain, ibadat puasa kita doa Allah terima puasa kita dah puasa orang lain, tarawih kita dan tarawih orang lain, begitu juga bab solat dan bab kalimah tauhid kita doa tentang kerja-kerja dakwah serta doa hidayat maka insya-Allah pusingan kedua ini kita selesai bercerita dan berdoa pada Allah tentang nikmat beragama… nikmat rukun Islam, Alhamdulillah

Pusingan ketiga kita doa tentang keluarga.. kita mulakan dengan doa pada ibu bapa kemudian pada pasangan, kemudian kepada anak kita bermula daripada anak sulung, anak nombor dua hingga anak bongsu kita autisme boy, lepas tu kita doa pula kepada adik beradik kita juga kita doa kepada saudara mara kita dan kita doa juga kepada kawan-kawan kita serta kita doa kepada jiran-jiran kita insya-Allah pusingan ketiga selesai dengan doa kebaikan kepada hubungan kekeluargaan..

Waktu ini jika ada yang kirim doa, kita baca waktu ini… pusingan ke tiga..

Pusingan keempat kita doa tentang kesihatan yang kita boleh mulakan kembali dengan-dengan kesihatan pada ibu bapa kita, juga kepada diri kita sendiri, juga kepada kawan-kawan kita yang mana-mana sedang sakit kita sebut nama dia depan kaabah, Ya Allah Sembuhkan penyakit sahabat saya, Follower saya… maka habis lah pusingan yang keempat..

Okey pusingan yang kelima kita doa tentang sumber rezeki kita, tentang pekerjaan kita dan mohon keberkatan pendapatan kita, mohon sumber rezeki yang tak disangka sangka, mohon kita dimudahkan bayar hutang, mohon orang terbuka hati bayar hutang kita, semua kita doa pasal kerja kita, pasal business.. Panjang bab ni sedar-sedar dah sampai Rukun Yamani.. Woha!

Okey untuk tawaf yang keenam kita doa tentang keberkatan masa lapang kita iaitu bab hobi kita, ya Allah bagilah keberkatan masa.. contoh abang suka menulis kita doa ya Allah jadilah tulisanku ini tulisan yang tidak membebankan aku di akhirat, tulisan yang memberi menafaat pada pembaca, isteri suka jahit contohnya biarlah menjadi asbab kebaikan orang menutup aurat,  apa apa jer doa tentang hobi, minta supaya Allah bagi masa lapang untuk sumber kebaikkan, kelapangan dipanjangkanh masa hingga kita boleh baca banyak buku-buku yang bermanfaat, kita boleh pergi ziarah tempat-tempat yang meningkatkan keImanan..

Ok dah sampai tawaf ke tujuh, kita cool down semua doa peribadi, kita kembali kepada doa utama yang kita hafal, atau surah pendek yang kita hafal, kembali kepada zikir dan jangan lupa setiap kali kita lalu dekat dengan rukun Yamani, kita baca doa selamat dari azab api Neraka, sebab Nabi berbuat demikian dan dikatakan ada 70 malaikat yang akan mengaminkan doa khas di Rukun Yamani sampai Harajul Asward, maka doa dijauhkan api nereka ini jangan tinggal..

Habis tawaf buat solat sunat area depan pintu kaabah, atau makam ibrahim, dan sambung doa kat situ apa apa yang nak tambah..

Jangan lupa minum air zam zam lepas tawaf, sebab nak doa banyak lagi kat Sae..

Ok.. Doa dan tertib yang sama juga kita buat dekat bukit Safa dan Marwah kita mulakan dengan zikir dan doa peribadi pada Sae yang pertama, lepas tu Sae kedua, kita doa tentang agama, Sae ketiga tentang Keluarga, Sae keempat tentang kesihatan, Sae ke lima tentang sumber rezeki, Sae ke enam tentang masa lapang, dan Sae ke tujuh kembali kepada zikir zikir khas

Maka insya-Allah bila kita buat macam ini kita tak terasa pun tawaf dan Sae tu lama, sebab banyak nak doa, Eh? Dah sampai hujung? Dah habis tujuh Sae? Allahuakbar? Tak cukup masa, ok esok saya buat tawaf sunat tingkat atas dan sambung doa..

Tips doa begini juga sangat berguna di padang Arafah yang mana doa selama empat jam lepas zohor hingga Magrib kita fokus pada susunan yang telah Abu zar Riwayat kan daripada hadis Nabi ini, lima perkara sebelum lima perkara, insya-Allah masa akan rasa sangat cepat berlalu dan kita akan tenggelam dalam nikmatnya berdoa hingga bercucuran air mata…

Maka selamat berdoa wahai Duyufurahman sekalian, dan jika amalkan Tips ini dan teringat nama saya dalam doamu, tolong selit kan nama saya, Hamka…

Haji hamka!

Woha