Feb 23, 2022

Apa hobi isteri terbaik?


 

Carilah isteri yang hobinya begini, maka anda akan bahagia insyaAllah, hobi apa tu?

Alkisahnya, petang tadi mengeteh dengan kawan kawan yang baru beli rumah, maka topik perbualan sekitar kos grill rumah, kos pendawaian elektrik, kos piping, kos pagar, dan kos langsir.

Saya tahu kos Grill, kos pendawaian elektrik, kos piping, dan kos pagar sangat mahal, saya pernah alami dua tiga kali, tapi saya terkejut bila masing masing cerita kos pasang langsir sampai beribu ribu?

Serius?

Bila tiba giliran saya share kos pasang langsir, saya kata tak sampai pun seribu…, dalam RM500 jer, semua rakan terkejut, kenapa murah sangat? Aku pergi rumah kau, bukan main cantik langsir rumah kau?

Rupa rupanya sangkaan saya salah, saya sangka semua Wanita mestilah pandai memasak dan pandai menjahit, sebab isteri saya jahit sendiri langsir rumah, begitu juga arwah ibu saya, jahit sendiri langsir rumah, sebab kerjanya senang.

Tapi saya silap, bukan semua isteri pandai menjahit…. (yang tak pandai memasak pun ada, adohai..)

Maka topik perbualan bertukar kepada hobi isteri masing masing, ada yang cakap hobi isterinya tengok drama TV, ada yang cakap hobi isterinya membeli belah, ada yang cakap hobi isterinya tanam pokok, ada yang cakap hobi isterinya mandikan kucing, macam macam, sampai giliran saya, adakah hobi isteri menjahit?

Bukan! Hobi isteri saya dengar radio.

Serius, masa bujang belum kahwin, saya dah tanya, apa hobi awak? Dia cakap, Dengar radio.

Saya cakap kenapa hobi dengar radio? Apa awak suka dengar?

Tak kesah apa pun dalam radio, berita, iklan, lagu, ceramah, story mory, tak kisah, yang penting tangan saya boleh buat banyak kerja waktu dengar radio.

Perghh, ayat “tangan saya boleh buat banyak kerja waktu dengar radio” adalah ayat pickup line paling

terbaik

saya pernah dengar! Terus saya ajak kahwin, ha ha!

Pendekkan cerita, Lepas kahwin, saya saksikan isteri, memang rajin memasak sambil dengar radio, rajin kemas rumah sambil dengar radio, rajin membasuh sambil dengar radio, dan tahun pertama kahwin, hadiah radio canggih sikit, tahun kedua kahwin tanya isteri, nak radio lagi ke kat bilik pula ke? Kata isteri nak mesin jahit.

Terus saya beli dan macam macam dia jahit sambil dengar radio, rumah dah lima kali pindah, semua langsir dia jahit sendiri, baju raya anak pun dia pernah buat, dan terkini, dia jahit tanjak, saya tolong gubah, kami jual, dan jadi salah satu sumber pendapatan kami. Alhamdulillah.

TV kat rumah, ada Astro njoi, isteri buka radio juga, sambil lipat baju, kemas rumah, semua dia buat sambil dengar radio, dan terkini, hias kellilng rumah dengan pelbagai pokok bunga, kat telinga ada earphone dengar radio dari smartpohone, asal dia Bahagia, abang raikan sahaja.

Maka moral of the story, kepada orang bujang di luar sana, carilah isteri yang hobinya mendengar radio, sebab tanganya akan banyak boleh buat kerja lain.

Jangan cari jodoh awek yang berlengkar layan Tik Tok.

Woha!

Ps: Dalam gambar tu, contoh langsir yang isteri jahit sendiri, sambil mendengar radio. Sila kagum dari jauh.

*****

Maaf, langsir tak jual. Tapi Abang belanja link Shopee sebab ada yang bertanya..

Buku Taklim di Rak putih, https://shp.ee/84kgvtm

Rak buku putih

https://shp.ee/s6cnzdz

Kerusi wingchair baca Taklim https://shp.ee/hkm97d9

Meja pasu bunga cermin: https://shp.ee/pjhtdsm

Pasu bunga emas,:

https://shp.ee/a45t6ym

 

Impian isteri?

Impian isteri, nak satu ruang baca buku dengan perabot pilihan dah tercapai. (dah ada sebelum ini, tapi perabot biasa biasa, kumpul duit sikit sikit, akhirnya kata isteri, Alhamdulillah, ini yang saya nak..)

Saya setuju jer, ada ruang membaca untuk rehat dan tambah ilmu, isteri nak deco, saya layankan sahaja asalkan bahagia..

Tengoklah gambar… Ada lima perkara, dua kerusi Wingchair, satu Meja bunga cermin, Dua rak buku. Cukup lima perkara..

Alang alang cerita lima perabot, apa kata kita dengar lima nasihat dari suami pemilik ruang membaca ini..

Al kisahnya, Tuan Puan yang saya muliakan sekalian, ingatlah…

Lima helai buku yang dibaca setiap hari, akan mengubah 24 jam kehidupan ke arah lebih baik. (masukkan Helaian Alquran Bersama dalam helaian itu yer)

Lima buku yang kita baca setiap tahun, akan mengubah hidup kita dalam lima tahun mendatang… (masukkan juga kitab taklim dalam senarai itu yer)

Lima orang kawan rapat kita pula, akan mengubah perjalanan hidup kita sepanjang lima tahun ke depan.(Kawan positif akan berbau wangi, kawan toxid, akan berbau arang)

Lima hidangan makanan setiap hari akan mengubah takdir kesihatan kita hingga mampu mencecah lima puluh-an yang sihat. (Termasuk lima jenis senaman berbeza setiap minggu)

Lima waktu solat berjemaah tempat azan di azankan bagi lelaki atau awal waktu bagi perempuan akan mengubah nasib di akhirat,

Renung renungkan.

Link shopee akan dipertimbangkan kemudian.

Woha!

update:

Okey, Abang mayat belanja link Shopee

Buku Taklim di Rak putih, https://shp.ee/84kgvtm

Rak buku putih https://shp.ee/s6cnzdz

Kerusi wingchair baca Taklim https://shp.ee/hkm97d9

Meja pasu bunga cermin: https://shp.ee/pjhtdsm

Pasu bunga emas,: https://shp.ee/a45t6ym

Link gambar: https://www.facebook.com/keretamayat/posts/499816148167129

 

Feb 22, 2022

Binatang untuk maki?

“Komen sikit lebai dah bagi dalil boleh guna gelaran binatang sebab Bahasa Al quran”

*****

Malas dah pakcik nak print scrin,

Alkisahnya, bab guna gelaran binatang untuk anologi yang membawa kebaikkan, tidaklah salah, yang jadi salah jika guna analogi binatang untuk menghina, kerana bila hina dah jadi mencarut, dan mencarut ni haram.

Contoh, kawan kau lambat, kau pun jerit, woi, apahal lembab macam siput babi! Dah lah gemok macam tapir, Maka haramlah, sebab dah masuk katogori mencarut.

Mencarut ni tak nanti perkataan lucah, kawan kau melintas, dan kau panggil dia BABI! Kira mencarutlah tu sebab takde babi kat situ,

Dan jika guna perkataan lucah pada tempat yang betul pula tidak dikira mencarut, macam doktor cakap pada pesakit, faraj awak ni dah bernanah, sapu ubat ni pada bibir faraj yang bernanah CONTOH, maka tidaklah mencarut sebab digunakan pada tempatnya serta tujuan yang baik.

Maka samalah analogi bintanang, digunakan pada tempatnya tidak lah mencarut jika tujuannya baik, yang salah bila diguna untuk menghina sambal perasan bagus.

“Tapi Hamka, ada ustaz kata Tuhan pun mencarut, dengan berkata Celakalah Abu Lahab! Maka kitapun bolehlah mencarut? Sebab Bahasa Al Quran, kan?!”

Adohai.., Sifat Tuhan adalah Al-Mutakabbir, Yang mempunyai kesombongan, Tuhan akan berkata Aku Maha Besar, Aku Maha Hebat, sebab layak bagi Tuhan berkata seperti itu, dan Tuhan jadikan Hamba untuk miliki sifal Al Tawaduk, Merendah diri yang tidak ada pada Tuhan, sungguh Tuhan tak akan pernah merendah diri bercakap Aku Lemah, Aku tak kuat, Takde! Tuhan tak cakap macam tu, Tuhan Al Mutakkabbir, maka bila ada hamba yang sombong maka layak dia di laknat Allah macam Abu Lahab, Abu Jahal, Firaun, Haman, Namrud semua!

Layak Tuhan mencela Hambanya., sedangkan kita ni hamba, tak disuruh mencela satu sama lain, tapi kita kena berkasih sayang sesama hamba, Al faham ke idop?

Jadi…, nak guna Bahasa Al quran boleh, sila guna pada tempat yang betul, contoh Nabi panggil Abdul Syams dengan Bapa kucing sebab sifatnya suka jaga kebajikan kucing, maka Abdul Syams sangat suka gelaran ini dan menggunakan nama abu Hurairah sampai mati.

Maka geng politik, nak guna Bahasa Al quran, sila bawa sifat hamba dalam diri, jangan sesekali membabi buta membawa sifat Firaun yang sombong dalam berkata kata.

Now you know.

Woha!

Saya menculik anak cina?

Alkisahnya, Masih tak boleh move on tengok video zaman anak masih kecik.. satu hari ada urusan di Singapore secara solo, jadi nanti balik rumah nak beli hadiah apa kat anak bini?, tengok kiri kanan anak cina cantik berbaju cheongsam, maka saya beli warna hitam untuk isteri, dan warna merah untuk anak.

Isteri bila pakai baju cheongsam warna hitam, memang seksi habis, ha ha, tapi pakai dalam rumah sahajalah.

Manakala anak saya, pakai baju cina dan saya bawa pergi jalan jalan di Pasara raya beli barang, atas bawah orang pandang, si Ayah pakai kopiah, lepas tu kejar anak cina berlari sana sini, adohai..

Kemudian kawan yang kenal tegur:

“Anak cina mana kau culik ni Hamka?”

Woha!

Balik tengok video lama ni, anak tanya, rumah kat mana ni? Kereta siapa kat luar pagar tu? Kita duduk rumah koner lot ke dulu?

Jawab saya: wahai anak anak, dulu Bonda pakai kereta kancil, ayah pakai Wira second hand, keduanya dah jual sebab selalu rosak, rumah tu pula adalah rumah kawan ayah suruh jaga sebab dia ada urusan sambung Phd 4 tahun luar negara, jadi dapatlah kita merasa tinggal di rumah bekembar sekejap.

Tergelak gelak anak tengok diri sendiri waktu kecik main basikal.

Ye, begitulah hidup, ingatan manusia ni mudah pudar hinggalah tengok balik gambar atau video lama.., saya sendiri rasa ralat sebab sangat kurang video arwah mak untuk cucunya tengok. Sebab tu masa arwah ayah saya hidup, banyak saya rakam video arwah mengaji, untuk lepaskan rindu nanti.

Waktu balik rumah mertua, saya tanya ada tak album lama, sebab nak tenok gambar isteri wkatu kecik, tapi kata Mak mertua, gambar dulu ada juga ambil, tapi dah rosak di makan anai anai, dan ada simpan rumah mak saudara, tapi rumah tu terbakar Bersama kenangan..

Ya, zaman tu mana boleh simpan dalam cloud atau youtube, maka kerana itulah sebagai parent akhir zaman, saya cuba simpan video kenangan di Youtube, duit dapat, kenangan tak hilang.

Dan saya tahu, satu masa anak cucu akan tengok, maka video tu saya tak biarkan kosong, saya isi tazkirah. Moga anak cucuk tengok, terus sedekah Al Baqarah.

Woha!

Tazkirah Raya cina bab mualaf, https://youtu.be/2BqMAh4eQb0

Tazkirah di legoland bab poligami: https://youtu.be/uu4ip3NLzUA

Tazkirah di Cameron bab Sifat sahabat: https://youtu.be/v1oK2xafiq8

Tazkirah di Jepun bab Rezeki: https://youtu.be/aqazepZo4wE

Tazkirah di Taman Dinaosur bab Nabi Adam : https://youtu.be/fwb0OMJrsCw

Tazkirah di hari jadi anak: https://youtu.be/jeKuTBZw91w

Tazkirah di gua tempurung: https://youtu.be/y-fSctAK1Yo

Tazkirah di Melaka bab adat: https://youtu.be/xQmjqB2I73Q

Tazkirah di Palestin bab lipat bumi: https://youtu.be/eUUYeHgBHDs

Tazkirah di Indoor Park dan autism: https://youtu.be/JZ3k-_jz6FU

Eh? Banyak rupanya, video dah saya buat, MEPS, Kinabalu, Pualu Tioman, Pualau redang, skuba, berkuda, air terjun dan sebagainya, dan akan ada banyak lagi video menyusul, sebab banyak video lama yang belum saya Youtubekan,

Jemput like dan Subscribe Hamka Keretamayat Youtube:

https://www.youtube.com/user/HamkaMayat. (YouTube)

akhir kata, nasihat saya kepada family man, yang suka ambil gambar atau video anak anak, tolong masukkan semuanya dalam youtube, dan letakkan nasihat, atau tazkirah, satu masa anak dah dewasa, semua nasihat dan tazkirah anda akan menjadi Mutiara yang bersinar dalam hidup mereka.

Semoga Woha sampai syurga!

 

Feb 21, 2022

Islamkan Cina?

Pengalaman Islamkan Mualaf Cina.

Alkisahnya satu hari tu, ada Jemaah Tabligh datang area rumah saya berdakwah, lepas solat isyak, dan lepas makan semua, ada geng Jemaah nak mengeteh, jam lebih kurang 11 malam.

Sayapun ajak mengeteh sebuah kedai tepi laut, dalam kedai tak ramai pelanggan, dan saya perasan ada sorang ucle cina mengeteh sorang sorang.

Waktu mengeteh, kat TV, ada siaran Al fatihah untuk VIP meninggal, Uncle ni berdiri dan baca Al fatihah dengan kuat.

Walaupun bacaan Alfatihahnya tak betul tapi okey, dia baca ikut susunan.

Kitapun bila tahu dia pandai baca Al Fatihah, terus jadikan sasaran dakwah, bila sembang, rupanya dia belum islam.

“Eh? Macam mana Uncle tahu baca Al fatihah?”

Katanya dulu kat TV, sebelum program berakhir, ada bacaan Al fatihah, dia suka tengok TV sampai habis siaran, jadi dah lama tengok, dah hafal.

“Kenapa Uncle tak masuk islam?”

Jawapan sangat mengejutkan, takde orang ajak dengan serius, katanya.

Kami cakap kami serius, dan ajar dia mengucap, dia ikut dan Islamlah dia pada malam itu.

Esoknya Jemaah Tabligh bawa dia pergi daftar Islam, dan dia pilih nama Daud.

Kemudian dia ikut Jemaah tu berdakwah sambil belajar agama.

Dengar kata sebelum PKP hari tu, dia keluar 40 hari.

Bagus juga ada usaha memakmurkan masjid macam geng tabligh buat, sebab mualaf kadang lepas masuk islam, balik rumah, kena boikot, kena pulau oleh keluarga, ada yang kena pukul, kasiha.., maka jika dapat peluang 40 hari keluar ke jalan Allah sambil belajar agama untuk menguatkan Iman maka lepas balik InyaAllah, padang pasir akan menjadi oasis,  lautan luas menjadi pulau. Amin.

Semoga Uncle Daud dan kita semua, berjaya Woha sampai ke syurga.

Video bercakap dengan anak cina hingga insaf: https://youtu.be/2BqMAh4eQb0

Awak kerja apa?

Alamak? Sejak bila soalan 'Kerja apa?' waktu pergi kenduri ni adalah satu soalan yang sensitive?

Jika orang perempuan mungkin sensitive jika ada yang belajar tinggi tapi jadi suri rumah, mungkin? atau dipaksa tukar kerja sebab ikut suami berpindah, mungkin sensitive?, tapi bagi geng lelaki, wajib tanya kerja mana mana, untung dapat projek, atau agihkan projek, atau mudahkan kerja, atau bantu sana sini..

Bagi saya, tak salah langsung bertanya tentang pekerjaan orang. Biasa perbualan akan jadi rancak, Tapi, kalau betul nampak ada orang yang tak selesa bila ditanya, boleh tukar tajuk lain, tak ada masalah pun..

Alkisahnya, Saya sendiri pernah borak dengan orang yang mengaku kerja angkat sampah, lepas tu dia cerita bekas isteri mintak cerai sebab malu bersuamikan dia, dan sekarang dia kahwin baru, anak berderet, dan katanya bekas isterinya langsung takde anak. Memang rancak perbualan dengan orang yang bangga dengan apa yang dia buat, di sana rancak di sini rancak, berdosa, adohai..

Hakikatnya, Kita semua dahagakan perbualan yang menarik, sungguh sudut pandangan kita terhadap dunia akan menjadi sangat luas apabila kita berpeluang belajar sendiri dari orang yang faham tentang dunia pekerjaan masing masing.

Saya sendiri, jika orang tanya kerja apa? Saya jawab: Penulis!

Kaki baca buku akan kagum, perempuan akan bulatkan mata, namun ramai yang saya jumpa, memperlekehkan penulis, katanya..

“Hamka, awak sekarang penulis kan?, maaflah, saya dah lama tak membaca buku, paling last baca masa sekolah menengah dulu”

“Bro, aku beli buku lima tahun lepas, tak habis lagi baca, tak tahu nak sambung baca bila? Tak ada masa…”

“Awak menulis buku? saya tak boleh baca buku yang tak ada gambar, pening!”

“Abang ada buku sendiri? Maaflah, adik sibuk sangat, sejak kahwin 10 tahun dulu, langsung tak baca buku, tak sempat”

“Maaf Hamka, saya tak suka baca buku dan tak akan beli buku awak”

Semua kritikan itu, saya jawab dengan lembut:

“Alhamdulillah, mujur awak tak baca buku saya, sebab dalam buku tu, banyak saya kritik orang macam awak”

“alamak? Ye ke?, beri saya satu!”

Woha!

Okey, saya baru sahaja share tips, “Sell me this pen” dengan mewujudkan Supply and demand, now you know.

Feb 20, 2022

Dakwah kawan cina?

Kenangan dengan kawan cina..

Ini gambar saya kahwin, selain kawan melayu, ada kawan cina datang drive kereta rentas negeri nak ucap selamat pengantin dan bagi Ang Pow.

Saya tengok dalam Ang Pow, ada yang bagi RM500, bagi RM800, perghh, untung ada kawan cina waktu kahwin ha ha. Tu zaman dulu, kira banyak lah tu. Lepas lah beli peti ais, TV dan barang dapur.

Waktu kerja zaman bujang dulu ada jugak berkenan dengan Amoi cina (pernah tulis dalam buku PERMATA YANG HILANG, bab kisah Amoi berbulu ketiak lurus, segan nak cerita sini.huhu)

Biasanya Amoi cina akan terkejut bila saya perkenalkan diri.

HAMKA? Serius nama awak HAMKA?

Rupa rupanya, HAMKA ni adalah ayat mencarut dalam Bahasa cina.

"HAMKA CHAN" ianya membawa maksud "pergi mati sekeluarga".

So waktu gaduh dalam filem Hongkong, Ekin Chen pun selalu sebut HamkaChan!

Now you Know.

Antara info saya dapat waktu berkawan dengan amoi cina, lelaki jangan pakai topi hijau, itu bermakna takut bini, pakai warna merah akan bawa nasib baik, warna hitam untuk bersedih, Nombor empat adalah nombor sial, 69 adalah nombor kemaluan lelaki, dan 48 adalah nombor lucah,.

Jika amoi cina tu auta, maka autalah tulisan saya ni, ha ha!

Pendekkan cerita, jodoh takde kahwin dengan cina.., namun kawan saya ada kahwin dengan cina dan dia cakap antara perkara paling susah kahwin dengan amoi cina adalah waktu mertua datang rumah, lepas makan malam, mertua ajak menyanyi lagi Karoeke, masalahnya, satu lagu pun dia tak boleh nak sambung.

Woha!

Kalau kahwin dengan India, nyanyi lagu Hindi, boleh sambung lagi, kah kah kah!

"Hamko Hamise Chura loooo....."

Selain amoi cina, Waktu Bujang, di Taman seri Muda Shah Alam, saya pernah kongsi rumah sewa dengan tiga orang cina, 6 bulan duduk dengan mereka, okey jer kami kawan, saya solat dan tak makan babi, merekapun sama hormat saya orang islam, selalu juga berdakwah dengan kawan cina ni, sampai mereka cakap.

“takpe Hamka, nanti Tuhan lu tanya dah ajak Gua masuk islam?, Gua sendiri back up lu, gua akan cakap lu dah ajak tapi Gua tak nak ikut”

Oh hidayat, saya yang gagal dakwah mereka dengan akhlak yang baik, salah saya.

Lepas tu saya hijrah balik kampung, kami terpisah dan langsung takde simpan no telefon ke apa, hinggalah satu hari ketika  saya sedang drive tiba tiba sebuah kereta iswara telah potong kereta kami di garisan bekembar, dan merempuh bas dari arah yang bertentangan.

Saya pun sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, cari parking dan pergi tengok keadaan ehwal kemalangan tu dan saya rasa mungkin drebar kereta tu sudah jadi mayat kerana kereta tu terporosok ke bawah bas dan kaku tidak bergerak, manakala penumpang kereta itu masih bergerak-gerak dengan darah membanjiri wajahnya.

Saya dan beberapa saksi ditempat kejadian cuba menolong tapi tak terdaya.., mereka tersepit antara enjin dan pintu kereta. Bomba pun belum sampai.

Melihat keadaan mereka yang macam sudah tiada harapan, tersepit dan bomba belum sampai, darah membasahi wajahnya, mulutnya bergerak gerak tapi tiada suara, lalu saya mengucap kalimah syahadah agar dia ikut.

Kemudian ada saksi lain menyampuk..

“Oi, brother, tu orang cina tu, tak payahlah ajar mengucap”

Mana tahu dia cina? AC Mizal muka macam cina, mualaf cina pun ada… maka saya terus ajar mengucap hinggalah Bomba sampai, dan dia dikabarkan telah mati ditempat kejadian.

Akhir kata, jika kita sempat ajar mengucap kepada orang bukan islam sewaktu nazak, dan diapun ada ucap sama, maka bolehlah sedekah Al fatihah… Syurga menanti buat mereka.

Maka selamat tahun baru cina kepada semua kawan cina yang mengenali diri ini, malam ni sebelum tidur, ingatlah korang pernah berkata kepada saya:

“Takpe Hamka, nanti Tuhan lu tanya dah ajak Gua masuk islam?, Gua sendiri back up lu, gua akan cakap lu dah ajak tapi Gua tak nak ikut”

Fikir fikirkan ayat ini, dan pintu ajakan saya masih terbuka. Boleh mesej tepi jika nak tanya apa sahaja tentang Islam.

Semoga ada Onn sampai Hidayat tiba.

Woha!