Oct 21, 2021

Bunuh diri main game?

Zaman sekarang budak main Game susah nak berhenti.., nak kena save, nak kena mati dulu, nak kena minta izin ketua dalam game, adohai..

Anak syurga pakcik yang Autisme tu pun dah pandai main game, lepas tu menangis sebab ada orang bunuh avatar dia? Dah nak kena main pergi balas dendam ke apa? pakcik tak reti.. dia dalam game sebagai OKU mana pandai nak kerja sama, tu yang ada orang bunuh dia..

Anak normal pakcik pulak, sedang main game, pakcik suruh dia jemur baju, dia cakap, Nak bunuh diri?

Terkejut pakcik?

Tak kanlah suruh jemur baju nak bunuh diri?

Rupanya game yang dia main tu tak boleh berhenti kecuali kena mati, oleh sebab pakcik suruh jemur baju, maka dia terpaksa bunuh diri.

Perghhhh, dahsyat permainan game zaman sekarang, bunuh orang, bunuh diri, apa ke jadah?

Teringat zaman pakcik dulu, main game ni bila bila masa boleh berhenti, contoh pakcik pernah main susun daun terup, sekeping demi sekeping, bini yang tidak sabar melihat pakcik yang lembab menyusun daun terup, terus bersuara..

“Tu daun Sped, bawak turun sini, Lekuk biar kat situ!”

Pakcik tak endahkan nasihat bini, sibuk nak susun daun Daiman..

“Tu Quen Kelawar alih cepat, nanti akan block jalan!”

Hmm, pakcik tetap berdegil tak nak ikut cakap bini, tiba tiba bila klik kat gambar spider bahagian bawah, semua daun tak boleh gerak, adohai.

Kata bini: “Padan muka, dah kalah.., jom tidur”

“jom” lalu pakcik masuk bilik air untuk buang air kecil dan gosok gigi.

Lepas gosok gigi pakcik baring atas katil tunggu bini tapi tak datang datang.

“mana pulak pergi bini?”

Tiba tiba terdengar jeritan bini dari bilik sebelah..

terus pakcik berlari panik.

“Abang, saya dah berjaya  menyusun daun terup sehinga terbit percikkan bunga api.., sila kagum!”

Woha!

Adohai.., Pandai orang perempuan ni pujuk suami. Buat-buat ajak tido. Padahal nak suruh pakcik tinggalkan PC dia pergi sambung main spider solitaire.

Begitulah ringkasnya main game zaman pakcik…

Mungkin satu hari, dekat dekat waktu solat, pakcik kena menyamar dalam avatar anak anak yang sedang main game, lepas tu pergi dakwah mereka dalam game tu? Tapi karang mereka bunuh pakcik dalam game pulak? Pakcik bukannya reti? Nak tukar senjatapun tak pandai…

Maka pakcik terpaksa guna kaedah filem Matrix, cabut plug dekat kepala avatar, atau dalam kes pakcik, cabut terus wifi internet!

Woha!

ketua antivaksin telah mati?

Komen pembaca:

"Saudara Hamka. Perubatan moden bukan sahaja berbahaya, tetapi ia haram. Nabi Muhammad s.a.w menunjukkan kepada kita bagaimana menjaga kesihatan dan mengurus diri sendiri apabila sakit. Bukankah lebih baik untuk kita mempercayai Nabi s.a.w berbanding perindustrian farmasi, pemerintah Amerika dan WHO?

“Dan Kami menurunkan secara beransur-ansur daripada ayat-ayat suci al-Quran yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan sebaliknya al-Quran tidak menambahkan untuk orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua." (al-Isra' : 82)

Dari ayat ini cukup Al Quran sebagai ubat penawar, perubatan hospital banyak menggunakan kandungan dadah yang merbahaya. Orang yahudi yang menjual ubat ini kepada orang islam, sedangkan mereka sendiri tidak vaksin anak mereka. Perubatan moden ciptaan yahudi telah menganggu ketenteraman semulajadi Ciptaan Allah. Lihatlah kepada petunjuk Allah (al-Quran dan Sunnah) untuk mendapatkan bantuan dalam segala perkara, termasuk kesihatan fizikal.

"Tidak ada musibah yang menimpa, tetapi dengan kebenaran (keputusan dan Qadar) Allah, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah, Dia memberi petunjuk kepada hatinya, dan Allah adalah semua Mengetahui segala sesuatu." (Qur'an 64:11).

Kita perlu bergantung kepada Allah dan memohon Allah untuk membantu kita dalam masa kita memerlukan. Penggunaan ruqya (memohon kepada Allah) adalah lebih berkuasa daripada apa-apa ubat yang boleh didapati kerana Allah adalah satu-satunya yang boleh menghantar penawar.

Fikir fikirkan lah.

**

(abang mayat jawab)

Saudara,

Untuk hidup bahagia di dunia, jangan menolak sains, dan untuk hidup bahagia di akhirat, jangan menolak sunnah.

Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Jadi Sains dan Sunnah kita guna dua dua lah, Allah tak suruh kita tolak sains. Sains ni asbab. Orang yang tolak asbab adalah jahil, dan orang yang yakin dengan asbab adalah syirik. Sunnah Nabi adalah menggunakan asbab bersama yakin yang betul.

Contoh sakit gigi, zaman dulu cabut guna gunting besi, Tarik kuat kuat! Zaman sekarang orang pakai bius, terpulang nak guna tak nak guna, gigi kamu, tapi bius itu sains.

Sama jugak, dulu anak songsang,keluar kaki dahulu, anak mati lemas, ibupun mati terseksa, sekarang guna bius, belah perut dan Jahit, dua dua selamat, insyaAllah.

Jadi Sains ni memudahkan manusia, perubatan juga adalah sains.

Zaman Nabi dulu, Abu Hurairah bila sawan orang pijak dengan kaki lehernya sebab itu ilmu zaman tesebut, tapi bila teknologi dah maju, mana ada orang pijak orang sawan guna kaki?

Tak salah nak guna ayat Al quran dan berdoa, tapi berusaha juga perintah Allah, seperti nabi ikat buraq binatang syurga, dan benarkan wanita bawa bahan rawatan untuk balut luka orang cedera dalam perang.

Ingat tak arwah Ustaz Harun Din, pakar rawat guna ayat Al quran, tapi bila beliau sakit jantung, telah pergi berubat di di Stanford Hospital, San Francisco, kemudian sambung berubat di Intitut Jantung Negara, kenapa?

Kerana arwah Ustaz Harun Din tak tolak Sains. Di Samping berdoa dan makan makanan sunnah, tidaklah salah berubat cara moden.

Bak kata Saidina Umar kepada Abu Ubaidah al-Jarrah yang anggap usaha Umar untuk mengelak wabak sebagai cubaan lari dari ketentuan Allah.

Umar menjawab:

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

Jadi zaman sekarang, Covid melanda depan mata, kawan kawan dah ramai mati, maka dalam kita berdoa minta pertolongan, datang vaksin sebagai asbab..

Tapi ada orang anggap vaksin sebagai ejen Dajjal, maka muncul tiga golongan tolak vaksin dengan alasan..

1. isu agama-Vaksin tak islamik

2. isu keselamatan.-Vaksin bahaya

3. isu konspirasi.-Vaksin egenda  Yahudi

Untuk Isu agama, kita tengok, ustaz, ulamak, mufti pun vaksin.

Isu keselamatan atau kesihatan, doktor doktor pun vaksin.

Isu konspirasi, yahudi pun vaksin.

Jadi isu apa sebenarnya?, ikut keras kepala sendiri jer.

Ketua anti vaksin yahudi pun dah mati dan minta anti vaksin sambung perjuangan dia, apa lagi nak di kata?

Fikir fikirkanlah.

Woha!



Oct 20, 2021

Hutang tak bayar? cara tuntut bagaimana?

Salam abang keretamayat, ada orang hutang saya tak nak bayar, dah lima tahun saya minta, dia buat bodoh jer. Boleh tak tulis nasihat untuk orang macam ni? Sakit hati tengok status dia pergi jalan jalan, beli gejet, sedangkan hutang kita dia tak bayar..

******

(Jawapan)

Salam, baik.., InsyaAllah Kepada siapa siapa yang Stress sebab orang tak bayar hutang? Baca ni..

Alkisahnya, Mangsa seks gunakan media sosial untuk dedahkan nama orang yang mencabulnya agar pihak berwajib bertindak menghukum orang yang buat jenayah seks.

Tujuan mangsa seks dedahkan agar orang ramai terselamat dari kejahatan orang itu.

Semoga mangsa seks mendapat keadilan, dan sipenjenayah dihukum dengan hukuman yang setimpal.

Dengan tertangkapnya penjenayah seks, maka kuranglah stress  mangsa seks itu…

Alkisahnya balik kepada tajuk utama yang mana, ada satu lagi kejahatan dalam hidup yang buatkan ramai orang stress.

Nampaknya kena dedahkan macam mangsa seks juga demi keselamatan orang lain.

Kejahatan ini walaupun tidak di kira jenayah tapi mangsa ramai yang murung dan stress!

Dan di sisi islam, perkara ini termasuk dosa besar!

Apa kah perkara itu?

Hutang tak bayar! Masuk neraka walaupun mati syahid.

Rujuk kitab Mutakhab hadis,, bab ikram muslimin, hadis no 200 hingga 210.

Saya buat ringkasan.

Dosa paling besar selain syirik adalah mati dalam keadaan berhutang tanpa ada apa apa rancangan membayar hutang.., Roh orang berhutang yang baik akantergantung (tertangguh) untuk sampai ke syurga disebabkan hutang tidak bayar.

Pernah Nabi bersabda alangkah kerasnya amaran ini, iaitu barang siapa mati syahid hidup semula dan mati syahid, tidak masuk syurga selagi hutang tidak di bayar.

Ada juga kisah Nabi tidak solat jenazah bagi mayat yang berhutang.

Dalam hadis lain bercerita, siapa berhutang tanpa niat membayar, Allah akan binasakan mereka.

Dan Orang islam yang terbaik adalah yang membayar hutang dengan baik. Iaitu memBayar hutang bersama ucapan terima kasih dan pujian. Siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia, maka dia tidak bersyukur kepada Allah.

Jadi dari hadis di atas, mendapati bahawa dosa besar tak bayar hutang, dan mangsa yang bagi pinjam pula murung dan stress, lagi lagi tengok orang berhutang beli kereta baru, pergi melancong, makan durian sedangkan sipemberi hutang, telan air liur nak makan durian.. sob sob..

Maka saya rasa adalah perlu mangsa hutang tak bayar ni, kena dedahkan nama orang yang hutang tak bayar ini di media sosial agar orang lain terselamat dari kejahatan mereka.

Bagus jika dapat khidmat peguam terlebih dahulu dalam membuat pendedahan ini, juga report polis untuk mencegah kekerasan yang mungkin timbul, dan surat doctor tentang stress di jiwa sebagai bukti kita adalah mangsa.

Kita usaha minta hutang sampai tahap ini, selebihnya kita tawakal, jika dia bayar Alhamdulillah, Jika tak bayar, Alhamdulillah juga sebab ramai orang akan terselamat dari menjadi mangsanya, dan Alhamdulillah juga sebab pasti dan pasti akhirat kelak, semua amalan kebaikkan dia akan dapat pada anda, dan jika dia tiada amalan kebaikkan, maka dosa anda akan ditransfer kepada dia, begitulah Adilnya mahkamah Allah di akhirat kelak.

Kemudian, dah buat semua ini, move on,  Masa dan tenaga jangan dihabiskan fikir bila orang nak bayar hutang semata mata, tapi gunakan masa dan tenaga untuk tambah rezeki baru dan tambah pahala berganda dengan peluang lain yang terbentang depan mata. InsyaAllah rezeki tidak pernah salah alamat.

Akhir kata, dua (2) pesanan saya kepeda yang belum menjadi mangsa kes sebegini:

(1) Jangan beri pinjam jika kita tak mampu halalkan, JANGAN!

(2) Dan bila beri pinjam, buat cara islam, tulis, datangkan saksi, dokumentasikan, agar bila dia tak nak bayar, maka bukti semua ada, boleh dedahkan di Telegram ke, FB ke, agar orang lain tak jadi mangsa.

Nampak macam kita kejam buat pendedahan, tapi siapa yang lebih kejam hutang tak bayar? Padahal Tindakan kita adalah untuk selamatkan dia dari api neraka, maka ini bukan kejam, tapi Ehsan.

Woha!

Jamak tidak bagus?


 Kami ke Pulau Redang tengok penyu..

Jika korang zoom gambar tu, kat belakang kelihatan ada orang sedang solat berjemaah di pantai...

Alhamdulillah...

Kemanapun kita pergi, jika takde surau, kita solat jer area situ.., ada hadis Allah puji orang yang solat walau atas gunung, dalam hutan, tengah padang pasir..

"Eh? Cik Hamka tak solat sekali ke dengan jemaah belakang tu?"

"Kami dah solat jamak dan qasar, sebab musafir"

"Kalau kita musafir tapi tak nak solat jamak dan Qasar, lagi bagus kan?'

"Kenapa?"

"Tetap jaga solat lima waktu, bukan tiga waktu macam musafir, dan lebih mujahadah sebab sedang banyak urusan, maka lebih afdal tak payah jamak kan?"

"Jika kita tak sibuk, boleh jer solat bersama-sama orang tempatan, tapi jangan lupa, Allah dah bagi 'hadiah' pada musafir akan solat ruksah, solat jamak dan solat qasar, maka menolak 'hadiah' dari Allah juga tidak elok, dan ada ilmu jika tidak amal juga tidak sunnah, maka silalah jamak dan qasar bagi musafir perentas negeri sekalian. Al faham ke idop?"

"Baik, Kefahaman telah melampau sekarang ini"

Woha!

Oct 19, 2021

Arak Jenama Fatimah?

“Salam, Mohon Tuan Hamka (Kereta Mayat) beri sepatah dua kata tentang arak keluaran malaysia bernama 'Timah' sebab ada orang islam sendiri yang kaitkan nama 'Timah' tu dengan nama Saiyidatina Fatimah anak kepada Junjungan Mulia kita Rasulullah SAW.. katanya Timah itu singkatan kepada nama Fatimah.. Wallahu Alam..”

Xxxx

Salam.., bab nama Timah ni teringat arwah ayah saya pernah berteka teki waktu saya masik kecik, katanya, Pak Ali siang kerja lombong timah, malam kerja dulang emas, hujung minggu kutip besi, lepas tiga tahun, Pak Ali dapat anak dan diberikan nama Fatimah, soalan: Kenapa Pak Ali namakan anaknya Fatimah..

(note: teka teki ni saya dah masukkan dalam tiktok keretamayat, ehem ehem, keretamayat pun ada tik tok tau? Woha!)

Jadi bila arwah ayah berteka teki macam tu, kami semua (9 adik beradik) berebut rebut jawab: sebab kerja kilang timah!

Lepas tu selamba arwah ayah bagi Punchline:

“Sebab anak dia perempuan!”

Begitu jer kami belajar erti punchline…

40 tahun kemudian, Arwah ayah telah lama dimamah kubur, keluar berita ARAK jenama TIMAH dan orang kaitkan nama Fatimah anak Nabi, siap cakap wajah lelaki berjanggut tu adalah rupa orang islam bapa kepada Fatimah…

Adohai, biarlah anti vaksin sahaja yang tolak fakta bila berhujah, korang yang dah cucuk vaksin tanpa yakin pada vaksin malahan cucuk hanya sebagai ikhtiar sahaja, elok berhujah dengan fakta.

Timah adalah Bahasa melayu yang bermaksud bijih Timah. Tidak ada kena mengena dengan Fatimah.

Lelaki berjanggut itu adalah Kapten Speedy, penolong Residen Perak yang berjaya hentikan Perang Larut melalui Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.

Bab cadangan tukar nama, semua tahu bahawa Arak adalah minuman yang haram di sisi islam, jenama apapun, Timah ke, Tembaga ke, Zink ke, semua itu haram, jadi tak perlu tukar nama jenama, tutup terus kilang arak!

Kepada kerajaan PAS, tolong gunakan peluang itu untuk haramkan arak, jadikan Malaysia bebas arak seperti Singapore bebas gula gula getah!

Baru baru ni ada Senator PAS dikecam lepas kaitkan bunuh diri dengan drama Korea, mari sini saya nak kongsi pengalaman tengok filem dan drama Korea.

Banyak babak dalam cerita korea, jika gembira mereka minum arak, dan jika sedih mereka juga minum arak, lepas tu mereka akan bunuh diri.

Jadi bunuh diri bukan sebab drama korea sebab bunuh diri semua tempat berlaku walau tiada drama korea, tapi bunuh diri banyak berlaku lepas minum arak! Otak hilang akal, dan buat semua dosa! Bunuh orang pun ada, naik kereta langar orang sampai mati pun ada!

Dah terbukti dari segi Sains – arak ni merosakkan organ dan otak!

Jadi harap pihak kerajaan haramkan arak di Malaysia!

Dah terbukti dari segi Sosial -  arak ni membazir duit, banyak kes gaduh bila mabuk, kes rogol, sumbang mahram, accident waktu driving, bunuh orang, kencing merata dan sebagainya.

Dan bukankah Agama Islam sudah haramkan arak?, sebab Tuhan tahu, arak memudaratkan, mana ada orang minum arak untuk kesihatan otak? Ada bukti sains ke minum arak menjadikan otak kau cerdik? Makin selamat ke orang memandu dalam keadaan mabuk?

Harap kerajaan Melayu Islam gabungan PAS, BERSATU dan UMNO akan haramkan terus Arak!

Kita dah ada Bapa Kemerdekaan, Bapa Pembangunan, Bapa Perpaduan, Bapa Pemodenan, Bapa Modal Insan, Bapa Transformasi, Bapa Perutusan, itu semua kita dah ada.

Lepas ni harapnya kita ada ada Bapa Penutupan kilang arak!

Woha!

Jubah bukan sunnah?

Selamat menyambut Maulidul Rasul..

Alkisahnya, pada hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW, terlihat ada seorang budak melayu pakai jubah dan serban pergi hantar barang ke rumah seorang pensyarah Universiti. Lepas tekan loceng dua kali maka keluarlah seorang berbangsa arab dengan baju kot bertali leher, siap untuk pergi Univeristi, lepas tanda tangan semua, orang arab itu berkata:

“Brother, May I Know why you are wearing my traditional dress?”

“I Follow the sunnah”

“No, wearing you Tanjak or songkok and baju melayu is sunnah, because your traditional dress is for this climate in Malaysia and jubah with serban is dry weather in the middle east. It is not suitable here, be a Malay not an Arab!”

Pemuda tu tersenyum dan beredar...

Tapi dalam hati pemuda itu berbisik...

Pakcik, Ada orang suka Micheal Jackson lalu pakai macam Micheal. Ada orang suka Kpop lalu pakai baju macam Kpop, warna rambut macam Kpop. Ada orang suka Punk. Pakai baju macam Punk.  Ada orang suka Iron Man siap pakai kostum ke sana sini. Malahan ada orang bartatu dengan wajah orang yang dia suka!

Semua faham benda tu tak pelik kerana bila cinta seseorang kita nak sangat menyerupai orang yang kita cintai, kecuali kita tak pernah minat apa apalah!

Hari ni hari jadi Nabi, saya belajar cinta Nabi dan akan pakai serban dan jubah kerana Nabi pakai macam ni. Sekarang pakcik suruh saya pakai baju melayu, baiklah.., tahukah pakcik?

Bab sunah ada tiga.

SIRAH-Gaya hidup nabi dari bangun tidur hingga tidur balik. Semua ada adab dan sunnah. Buat dapat pahala.

SURAH-Penampilan Nabi. Dari hujung rambut ke hujung kaki ada adab dan Sunnah. Tiru kerana cinta dapat pahala.

SARIRAH-Kerisauan Nabi berfikir bagaimana suasana agama dapat disebarkan ke seluruh alam.

Jadi Saya cuba ikut kesemua sunnah!. Penampilannya saya insyaAllah akan buatkan orang teringat Nabi. Percakapan saya dengan lemah lembut bagitahu saya ikut Sunnah, bukan ikut arab.

Dan saya tersenyum tak balas hujah pakcik sebab  sunnah Nabi adalah tersenyum dan tidak suka berdebat dengan orang jahil.

Saya minta diri dulu sebab saya tahan gelak, pakcik tegur saya pakai macam arab sedangkan pakcik memakai kot dan tali leher itu adakah ianya sesuai dengan iklim kita? belzer pakcik pakai itu Ianya pakaian barat yang sesuai dengan iklim sejuk di negara barat.

Iklim kita yang panas sepanjang tahun kecuali tengkujuh di pantai timur, membuatkan pemakai baju kot bertali leher sangat tidak selesa, berpeluh, dan berbau kambing.

Sebaliknya pakaian jubah dan serban ni sangat sesuai dengan cuaca panas lembab di Malaysia!

sibuk pasal cuaca.., Kenapa pakcik tak persoalkan pensyarah di Universiti pakai kot, blazer, dan tali leher?

Mungkin inilah yang dikatakan minda masih dijajah penjajah!

Apa salah kita pakai Tanjak, berbaju melayu dan bersamping? Kan? Saya raikan sahaja siapa nak pakai baju asal tutup aurat..

Tapi jika Orang nak tiru pakaian Nabi kena kritik, lepas tu orang yang kritik selamba tiru mat saleh pakai baju kot? Apa ke jadah?

Saya malas berdebat, saya pergi dulu, selamat menyambut Maulidul rasul.

Ceritapun berakhir dengan sorang membetulkan ikatan serban, sorang lagi mebetulkan tali leher... merekapun terpisah meneruskan baki hidup masing masing.

Ulasan saya:

Tahniah anak muda!

Abang keretamayat walaupun suka bertanjak, tak akan pernah komplen orang berserban kerana itu adalah sunnah Nabi.

Semoga Penyarah yang pakai baju kot terbuka hati untuk tempah tanjak banyak banyak dengan abang kereta mayat.

Woha!

Oct 8, 2021

Berdamai dengan Rezeki? bagaimana?

 Kisah berdamai dengan Rezeki..

*****

“Salam abang keretamayat”

“waalaikumusalam”

“Abang keretamayat sedang Bahagia ke?”

“InsyaAllah.., Ya, .. Alhamdulilah”

“Apa sumber kebahagian Abang keretamayat?”

“kemampuan untuk berdamai dengan semua rezeki”

“Apa maksud berdamai dengan rezeki?”

“Hidup ini hanya ujian, iaitu untuk bersyukur dengan semua baki nikmat, untuk bersabar dengan semua baki kesusahan, lalu berusaha mengubah takdir dengan ilmu dan sangka baik, yang mana hujungnya, tetap takwakal serah diri kepada keputusan Allah, Apa jua rezeki yang Dia berikan selapas saya berusaha, saya redha, itulah maksud: berdamai dengan rezeki”

“Apa pesanan abang pada mereka yang sedang menderita?”

“abang pernah tulis, nanti jap abang copy paste”

“terima kasih”

Copy paste dari tulisan Hamka keretamayat..

Hidup ini hanyalah siri ujian, semua Allah dah susun rezeki masing masing, ada ujian senang, ada ujian susah, semua itu rezeki kita yang tak pernah salah alamat!

Dan tempoh ujian pula hanyalah sepanjang hidup, ada yang sampai 60 tahun, ada yang sampai 80 tahun, ada yang kurang dari 40 tahun, ada yang sampai 20 tahun sahaja.., sungguh kita tak tahu berapa lama rezeki hidup, mungkin esok kita mati? Maka tempoh ujian dah nak habis, buat sehabis baik sebab dunia ni adalah ladang pahala bagi orang beriman..

Bila hidup ini hanyalah ujian demi ujian, maka boleh tak kita Bahagia?

Jawapannya, boleh sangat, iaitu gunakan prinsip berdamai dengan rezeki.

Apa itu berdamai dengan rezeki?

Kemampuan untuk bersyukur dengan segala nikmat rezeki walaupun sekecil kecil nikmat, dan kemampuan juga untuk bersyukur dengan segala rezeki ujian walaupun sebesar besar ujian.

Contohnya, rezeki saya, mendapat anak OKU autisme, sedangkan Hakikat hidup, Siapa yang mahu anaknya seorang OKU?, tapi jika takdir sudah tertulis, rezeki anak kita adalah OKU, semakin kita menafikan, maka semakin lambat anak di selamatkan.

Hakikatnya, bukan kita sahaja diuji mendapat anak OKU, tapi anak-anak OKU juga diuji dengan mendapat ibu bapa yang cuai seperti kita, yang sanggup menafikan masa depan anak-anak akibat bersedih sepanjang masa, dan sibuk salahkan pasangan, atau salahkan keturunan, atau salahkan vaksin, atau salahkan kerajaan hingga anak yang sepatutnya mendapat rawatan, terheret ke lembah kemurungan bersama Denial parent yang menolak rezeki anak OKU padahal…

Selepas susah pasti ada senang, itu janji Allah, maka  teruskan berusaha mencari jalan penyelesaian, sambil serahkan masa depan hanya pada Allah, insyaAllah kebahagian akan datang yang mana akhirnya dengan perasaan Bahagia berdamai dengan rezeki, maka mudahlah segala Tindakan lebih baik dapat di atur. InsyaAllah.

Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..

Dan Sesungguhnya,  apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' rezeki ini..."

Contoh lain, masalah anak normal, jangan anggap anak normal semuanya okey tiada masalah, selalu saya jumpa parent di uji dengan anak derhaka, atau anak buat jenayah, atau anak berzina, atau anak suka sesama jenis, atau anak bunuh diri, oh.., dan kita orang islam, mungkin akan berhadapan anak murtad!

Apa nak buat bila anak kita murtad? Atau Gay? Atau Buat jenayah? atau derhaka? Nak menangis salahkan pasangan?, salahkan kerajaan?, salahkan neflix?, salahkan vaksin?, salahkan PH?

Banyak saya jumpa bila parent di uji macam ni, ada perent yang buang anak, tak mengaku anak, anggap anaknya dah mati! Anggap dia tak pernah ada rezeki anak! Bahagia kah buat macam tu?

Saya belum di uji ujian anak derhaka, anak murtad atau anak gay, saya baru diuji anak OKU, maka saya pesan pada diri sendiri, andai satu hari nanti (Nauzubillah-mintak jauh), sekiranya ada senarai ujian dalam hidup saya, anak tiba tiba menjadi derhaka, atau anak murtad, atau anak gay.., maka mereka semua tetap anak saya, mereka tetap rezeki saya.

Memang saya bencikan dosa mereka tapi saya tetap sayangkan anak saya, maka saya akan berusaha untuk pujuk, cakap lemah lembut, tunjukkan akhlak yang baik sebagai bapa orang islam, agar anak saya satu hari nanti, mendapat hidayah lalu berubah, Inilah jalan kebahagian dalam derita yang saya pilih, “berdamai dengan rezeki” tanpa putus asa dalam ikhtiar, dan tawakal itu jadikan peneman setia.

InsyaAllah, waktu Nabi Musa berdakwah pada Firaun sejahat jahat manusia, (rezeki Nabi Musa dapat bapa angkat jahat macm tu) tapi waktu berdakwah, Allah perintahkan Nabi Musa berdakwah dengan akhlak yang baik walaupun pada orang mengaku Tuhan, maka anak kita yang sakitkan hati itu tidaklah sejahat firaun untuk kita bergaduh, dan kita  pula tidak sebaik Nabi Musa untuk berlaku kasar, maka bercakaplah dengan lemah lembut, kerana itulah sunnah dalam berdakwah.

Semoga anak kita semua direzekikan menjadi anak yang soleh solehah, muslimim Muslimah, firdaus al Jannah!

(anak saya jika baca ni, tolong cover line sikit ayah yer-jangan sampai ayah bagi penampar jepun!)

Contoh lain masalah dengan pasangan, ramai stress, sayapun belum di uji pasangan curang (Nauzubillah)dan tak dinafikan terseksanya hidup bila pasangan curang, namun nak bergaduh dan menangis, janganlah lama-lama tak ada kesudahan, sebaiknya, setelah duduk bermesyuarat bincang dengan baik baik, dan dapati tiada jalan lain selain berpisah, maka sungguh jalan keluar kepada perkahwinan juga halal, iaitu penceraian dengan lafaz yang sopan, yang penting cara halal, Selebihnya kita tawakal kepada Allah, semoga kita semua tidak pernah curang pada pasangan buat selama lamanya. Sungguh jodoh ni kerja Allah, sampai masa tiada jodoh, maka berpisahlah dengan semua yang kita sayang.

Ada juga ujian suami berpoligami apa nak buat? Berdamai dengan rezeki? Atau bergaduh hingga baki rezeki yang ada diangkat Kembali?

Ada juga ujian kehilangan masa lapang akibat sakit, rezeki sihat tingga sedikit..

Panjang cerita saya pendekkan, dalam banyak banyak rezeki yang hilang, atau rezeki yang berkurang, atau rezeki yang tidak digemari.., maka cukuplah Allah kurniakan satu rezeki ini buat kita, dapat satu ini, maka semua masalah menjadi kecil..

Apakah rezeki itu?

Pertama kita kena faham, Masalah terbesar dalam hidup adalah HIDUP TAPI TAK KENAL SIAPA TUHAN KITA, hidup tak beriman itulah bencana terbesar.

Sebab tu ada kisah Nabi menangis ketika melihat mayat orang kafir dikebumikan, sahabat tanya kenapa menangis? Bukankah itu orang yahudi?, kata Nabi, baginda menangis sebab terkenangkan nasib orang itu yang akan di bakar dalam api neraka buat selamanya.

Tuan tuan, bila kita tengok orang bukan islam yang mati berarak naik kereta mewah, tahu tak yang mereka sedang di bawa ke lembah neraka dan akan menderita selamanya?

Tahu tak Firaun, Haman, Namrud, Qarun yang hidup kaya raya tapi tak beriman kepada Allah sekarang sedang menderita dalam kubur dan jika diberi peluang akan sanggup hidup didunia menjadi orang buta asalkan dapat beriman kepada Allah!

Jadi pesanan kepada mereka yang sedang menderitam memang berat ujian kamu, tapi syukurlah kerana kita masih diberikan REZEKIdapat nikmat mengenal Allah, menyebut nama Allah, beriman kepada Allah, sebab dalam dunia ini, ada orang kafir yang sedang susah macam kita, tapi nasib mereka jauh lebih buruk kerana mereka akan mati dalam keadaan kafir dan masuk neraka selamanya!

Tapi kita yang diuji dengan ujian hidup masing masing, jika sabar dengan ujian ini, dan andai kata malam ini kita mati maka insyaAllah kita akan mati dalam keadaan beriman kepada Allah, yang mana janji Allah, siapa sahaja yang ada iman walaupun sebesar habuk, tetap masuk syurga dan Bahagia selamanya di sana, nikmat mana lagi yang kita dustakan?

Jadi rezeki yang paling besar adalah rezeki dapat kenal Allah. Rezeki dapat beriman pada Allah! Tiada rezeki yang lebih besar dari rezeki ini, dan masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal siapa Tuhan kita, itulah masalah terbesar dalam hidup yang semua ahli neraka sanggup buat apa sahaja agar dapat kembali kedunia untuk beriman walaupun hanya sepemerahan susu lembu kadar hayat, tak apa, asalkan dapat kenal Allah, dan beriman kepada Allah sebelum mati.

Selalu dengan kisah mualaf masuk islam, apa yang mereka mahu? Wang zakat? Kahwin orang melayu? Tak…, Mereka sangat mahukan, ibu bapa mereka juga dapat REZEKI mati dalam keadaan beriman.

Ustaz Ravi cerita betapa gembiranya dia kerana, emaknya mati dalam keadaan sempat kenal Allah.

Jadi wahai semua insan yang sedang bersedih, masalah terbesar dalam hidup adalah bila kita tak kenal Allah. Sedang kita dikurniakan rezeki mengenal Allah!

Renung nikmat rezeki beriman ini, maka segala masalah akan menjadi kecik. Segala rezeki yang kurang, akan dapat kita damaikan.

Inilah maksud: Berdamai dengan rezeki!

Baca doa sikit:

Ya Allah Tuhan pemberi Rezeki yang tidak pernah berkurang dari KhazanahMU.

Maka Kau kurniakan rezeki berkat pada semua umat islam di seluruh dunia, sungguh antara kami ada yang ditindas, Kau bantulah, antara kami ada yang sakit, kau sembuhkanlah, antara kami ada yang bergaduh, Kau damaikanlah, antara kami ada yang diliputi beban beban, Kau ringanlah, antara kami ada yang berhutang, kau permudahkanlah, antara kami ada yang rosak iman, Kau Baikilah, antara kami ada yang tidak membantu, Kau Gerak gerakkanlah.

Tiada daya upaya melaikan dengan IzinMu, jadikanlah kamu sebaik baik penerima rezeki, bersyukur dengan rezeki yang lebih, bersabar dengan rezeki yang kurang, sunggau kami hanya mampu Merancang, dan Kaulah sebaik baik perancang, Tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.

Jika tiada dalam takdirMU akan bantuan Rezeki Fizikal yang melimpah ruah, cukuplah kau kuriakan rezeki kepada Rohani kami agar teguh Keimanan sampai mati, asal Kau Redha!

Amin Ya Rabiil Alamin!