Mar 31, 2021

Ulang kaji ilmu Ketuhanan?

Tuhan penat tak?

Alkisahnya, Zaman Nabi Yunus dahulu, Nabipun pernah tanya, Tuhan ni tidur tak? Mengantuk tak? Penat tak? Lalu Tuhan suruh Nabi Yunus buat satu tembikar, terus Nabi yunus buat Tembikar tu cantik cantik sebab Tuhan yang suruh, lepas tu Tuhan suruh Nabi pegang tembikar tu sambil berdiri dan jangan lepas,

Mula mula Ok, lepas tu Nabi penat, tapi tahan, lepas tu Nabi mengantuk, tapi peluk

lagi tembikar tu, lepas tu tertidur dan bekas itu pun jatuh lalu pecah berkecai dan berderai dan berteraburan seperti pasir di pantai.

Tuhan pun bagitahu, jika Aku tidur, alam ni akan musnah.

Begitulah lebih kurang ceritanya yang mana Allah nak bagitahu, Allah tak sama langsung macam kita, Allah tak tidur, Allah tak penat. Allah tak sunyi, Allah tak bosan, dan Allah pernah bagitahu Nabi lepas kiamat, Allah akan lepak sorang sorang selama empat puluh ribu tahun dan lepas tu baru nak cipta akhirat.

Eh? tak sunyi ke Tuhan lepak lama lama sorang sorang? Apa nak masalah? masa pun Allah cipta, ruang pun Allah cipta, fizik, kemia bio ni takde effect langung pada Allah. sedangkan sunyi, bosan tu semua datang dari tindakan kemia yang Allah cipta, maka jangan pernah anggap Allah sama macam kau yang berhajat pada serbuk hitam (kopi) baru ada idea nak menulis, baru tak mengantuk, apa ke hal?

Jika Allah penat dan mengantuk, dah lama Allah stress dan musnahkan kita semua. Jadi jangan anggap Allah sama macam kita dalam bab mencipta, sebab bila kita bancuh kopi, cipta pistol, maka kita berhajat pada kopi dan pistol tu sebab kita manusia lemah perlu pada kopi nak bagi segar tapi boleh kena kencing manis, dan pistol tu boleh bunuh kita pulak tu, lemahnya kita,

Namun bila Allah cipta manusia, cipta alam ini, cipta syaitan, malaikat dan segalanya, bukan kerana Allah berhajat kepada ciptaanNya, tapi ciptaaNYAlah yang berhajat kepada Allah. Segala penciptaan adalah mudah bagi Allah, benda mudah pasti tidak berhajatpun! Semua ciptaan cukup dengan Kun Fayakun. Allah Maha Berkehendak tanpa berhajat kepada Kehendak. Sedangkan kita berkehendak dan berhajat serentak, itu beza Allah dengan makhluk sebab tak ada mana mana makhlukpun yang sama denganNYA!

“Tapi Hamka, jika Tuhan tu Maha berkehendak, kenapa Tuhan tak mampu halang orang buat dosa ? adakah itu kehendak Tuhan juga?”

Baik,. Ini semua balik kepada Takdir kerana Allahlah yang menulis semua takdir.

Contoh bila manusia ada niat, dan pilih untuk buat dosa, lalu Allah takdirkan dosa itu berlaku, tapi bukan semua dosa yang manusia niat untuk buat dibenarkan Alllah, hanya dosa yang ditakdirkan sahaja berlaku

Contonya: Berapa ramai orang kafir nak bunuh Nabi, bukan semua Nabi mati dibunuh, ada beberapa orang sahaja, itu semua takdir dan UJIAN dalam hidup masing-masing.

“Kenapa Allah tak halang dosa?”

Adohai, jika korang jadi beku tiap kali nak buat dosa, dah tak gunalah pentas dunia ini sebagai UJIAN, macam exam kat sekolah, jika bila korang jawab salah terus cikgu betulkan dan bagi jawapan bocor, tak adil kepada orang yang study, begitulah hidup ini, hidup ini adalah UJIAN! Faham tak?

Ok senang macam ginilah, andai kata korang tak puas hati sebab rasa diri banyak dosa dan akan masuk neraka-korang pulak malas nak taubat dan lebih senang salahkan Allah. Tapi ketahuilah Akhirat belum berlaku, dan pintu Taubat masih belum tertutup. Kenapa korang bercakap bagi pihak pendosa macam pintu taubat ni dah tutup lama.

Allah Maha Pengampun, dan Ampunan Allah lebih besar dari mana mana dosa, dan tiada sesiapun yang boleh tutup pintu taubat selagi kita masih hidup, Maka Bertaubatlah, sungguh Allah bukan sunyi dan bosan macam kau dan Allah tak pernah bosan mendengar rintihan Taubat Hamba-HambaNya.

Jadi ingat pesanan ni baik baik, pintu taubat belum tertutup, dan tiada siapapun boleh tutup pintu taubat kamu, tapi saya boleh tutup pintu kereta mayat kau!

Woha!

 

Mar 30, 2021

Cerita Buaya dan Hikmah?

Bila berlaku bencana atau Ujian Tuhan, maka selalu orang pesan:

“ada hikmahnya itu..”

Apa itu hikmah?

Hikmah adalah nasib baik yang menyamar dalam takdir buruk.

Saya bagi contoh:

Ada suami isteri yang selalu bergaduh sebab isteri tuduh suami tak romantik, suami tuduh isteri tak pandai layan dia, tiba tiba pada suatu hari, ada perompak datang nak rogol isteri, suami terus bergelut lawan perompak dan tangan suami cedera, perompak lari ketakutan sebab suami kelihatan sanggup berjuang sampai mati.

Dari bencana itu, isteri sedar, suaminya mungkin tak romantik, tapi suaminya sanggup mati demi mempertahankan nyawa isteri, dan mulai melayan suami dengan sangat baik dan suami baru dapat nikmat isteri penyayang dan merekapun jatuh cinta buat kali kedua.

Jadi “bencana” dalam kehidupan mereka telah menjadi titik cinta berputik semula, Nasib baik telah muncul disebalik takdir buruk, itulah hikmah.

Kisah lain, ada anak sangat benci kepada ayahnya, selalu bergaduh dengan ayah, si ayah sedih dan pergi jumpa pakar kauseling, nasihat pakar, anak terpengaruh dengan kawan sebaya, jika nak selamatkan perangai anak, awak kena pindah duduk dipedalaman,  nanti di sana anak tiada kawan, dan anda akan jadi kawanya semula.

Si ayah pun pindah satu keluarga, anak terpaksa ikut sebab satu keluarga pindah, mula mula benci anak pada si ayah bertambah, tapi bila rumah baru yang mereka duduk di serang buaya liar, si ayah pula sanggup berkorban nyawa nak selamatkan anak dari serangan buaya, maka anak sedar tentang nilai kasih sayang seorang ayah. Cinta anak beranak ini kembali berputik.

Jadi Buaya yang di anggap bencana itu merupakan nasib baik dalam hubungan mereka anak beranak.

Maka kerana itulah, dalam setiap takdir buruk, cubalah kita mencari hikmah kerana segala yang Allah buat itu tidak sia-sia.

Terbaru ramai yang waktu PKP baru ni mulai membaca buku yang dah lama beli tapi tiada masa nak membaca. Alhamdulillah ramai mesej saya berterima kasih kerana tulis buku santai berkenaan agama yang sebelum ini nampak macam susah tapi enjoy jer baca buku hamka keretamayat.  Nampak tak hikmah di situ?

Kemudian mereka nak order buku lain pula tapi sayang buku dah habis stok. Adohai...

Kisah laki bini tinggal stok buku lapuk. Sebab stok last dalam store maka buku itu sedikit usang..

Menangkap dajjal. Hantu Terakhir. Semusim di neraka semua dah habis dan jadi kenangan.

Anak bini. Anak syurga. Ngeteh. Semusim di syurga semua pun dah habis.

Tapi jangan bimbang sebab saya baru order dan jangka hujung minggu ni dapat. Nak tenpah kena cepat sebab stok terhad. Setiap belian akan saya tanda tangan...

Apa apapun, Lambat laun semua buku ni habis dan tak ada ulang cetak.

Tapi jika kits tak jaga SOP dan virus bermutasi lalu vaksin baru kena kaji balik tak iumpa jumpa. Maka kena PKP balik, kena perintah berkurung dalam rumah tak tahu nak buat apa?, maka marilah mencari hikmah dengan habiskan semua buku yang korang pernah beli dari abang keretamayat.

Woha!

Ps: Jom cari Hikmah yang menyamar dalam takdir buruk padahal ianya adalah nasib baik yang penuh kemujuran. Now you know.

Mar 29, 2021

Apa bukti Tuhan itu ada?

Ada orang tak percaya pada Tuhan cuba sebarkan bukti Tuhan tidak wujud di ruang komen.

Panjang panjang komennya. Tapi saya jawab ringkas.

Orang yang bagitahu Allah itu tuhan kami bukan manusia biasa. Beliau seorang yang paling berpengaruh dalam dunia sebab beliau berjaya dalam bidang agama dan politik.

Beliau dikenali sebagai Pakar motivasi, pakar diplomasi, pakar perniagaan, juga ketua perang yang selalu menang walau tenteranya sikit dan Legasinya kekal beribu tahun sampai sekarang.

Kira macam The Real 'Iron Man' sepanjang zaman. Sebab baginda bijak, kacak, kaya, kuat dan mampu kumpulkan pahlawan terhebat di zaman itu lalu menakluk dunia, tak ada mana mana musuh pun yang berjaya membunuhnya atau mengatasi legasinya.

Maka logik sangat orang handal macam ini yang Allah hubungi dan lantik jadi Nabi bersama kitab yang ada mukjizat mudah di hafal.

Jadi saya nak tanya, orang yang bagitahu tuhan tak wujud tu siapa? Encik Nobody cares?

Logik tak? Antara manusia paling hebat di dunia dan encik nobody cares kamu pilih nobody cares?

Sesunguhnnya Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Kamu nak hidup dengan pendapat nobody cares dan mati sebagai nobody cares itu pilihan kamu.

Lakum di Nukum Wali Yaddin.

Woha!

Mar 28, 2021

Isu Kalimah Allah-Ulang Kaji?

Isu penggunaan kalimah Allah oleh Gereja, dah lama saya tulis zaman Blog hari itu yang mana saya secara peribadi tidak setuju.

Saya suka dengan hujjah dari Allahyarham Ustaz Harun Din yang tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah untuk Non Muslim. Panjang videonya boleh cari di Youtube.

Tapi ada orang cakap Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz bersetuju penggunaan kalimah Allah untuk non Muslim.

Saya cari dan jumpa video, bukti bahawa Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga tidak bersetuju penggunaan kalimah Allah untuk Non Muslim

Biar saya terjemahkan soalan dan jawapan dalam Bahasa melayu, jangan kata saya tak faham Kelantan sebab saya pernah tinggal 3 tahun di Ketereh Kok Lanas!

Berikut adalah ringkasan soalan dari wartawan kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

“Tok Guru, Majlis Syura PAS Kelantan buat keputusan tidak benarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan islam, apa pendapat tok guru?”

“Nak guna boleh, tapi salah! Allah nama bagi Tuhan, Allah itu satu, kalau ada agama lain nak guna kalimah Allah, itu tidak betul! Itu mengarut!, Iblis nak masuk syurga guna nama Allah dalam bersumpah kepada adam, konon datang sebagai penasihat, kalau nak selamat wahai Adam lakukan itu begini, tapi iblis tetap salah kerana guna nama Allah untuk menipu!”

“Tapi sebelum ini, tuan Guru kata orang bukan islam boleh guna kalimah Allah?”

“Mereka nak sebut boleh,sebab  kita tak mampu nak larang, tapi perbuatan mereka tak betul! Sebab tuhan mereka triniti, pengunaan salah sebab mensyirikan Allah.

“Jadi bagi team Pas lain yang berbeza dengan pandangan ulamak dan syura Kelantan bagaimana?

“Orang lain saya tak tahu, yang pasti, Allah hanya satu, kalau agama lain nak guna, mesti yakin Allah hanya Tuhan yang satu, jika agama lain yang tuhanya bukan satu, maka tak betul nak gunakan Kalimah Allah”

Begitulah ringkas isi video dari Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Saya setuju dengan Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz bab ini, sebab pernah nampak di Geraja dalam filem barat, ada lukisan orang tua beruban dan budak kecik yang dilukis di bawah kubah gereja, Kata Paderi, Lukisan lelaki tua adalah tuhan, dan budak kecik adalah Jesus.

Jika kita ada kat area gereja tu, dan bukan islam cakap nak guna nama Allah pada orang tua bermisai dan beruban ini korang setuju tak?

Nauzubillah!

Saya harap akan ada pihak PAS dalam Kerajaan yang buat rayuan ke peringkat Mahkamah seterusnya untuk selesaikan permasalahan ini.

Link Video penuh Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz menjawab isu ini.

https://www.facebook.com/zakiah.kirana/posts/3905693459489141

Mar 27, 2021

Keris dan Solat?

Tazkirah ringkas sempena Israk Mikraj.

Kot lah nama korang kena petik dekat mana mana majlis, diminta bagi tazkirah ringkas, mungkin nota ini akan membantu.

****

Mulakan dengan salam, lepas tu boleh masukkan analogy ini..

Tuan Puan hadirin yang saya muliakan, Cuba korang bayangkan, jika korang semua ini hidup zaman dahulu dan ada seorang Sultan yang sangat sayang kat korang lalu bagi anugrah sebuah keris hitam bersepuh emas.

Korang waktu dapat happy sangat, tapi bila sampai rumah, korang letak merata rata, keris dibiar bersepah atas lantai begitu sahaja.

Lalu anak korang jadikan keris tu mainan, boleh pulak guna keris untuk korek isi kelapa, cucuk batang pisang lepas tu tinggal, esok keris tu digunakan pulak untuk sendal pintu, baling ayam suka suka dengan keris, pendek kata tak gunakan betul betul, dan bayangkan jika Raja Nampak keris kebesaran baginda korang tak hargai? Apa yang Raja akan buat.

Dah tentu Raja Murka, keris hadiah bukan untuk dibuang sesuka hati, lalu Raja ambik keris tu dan tikam korang dengan keris tuh! Aduh!

Apa moral dari keris dan murka Raja dalam cerita di atas?,

Sebenarnya saya nak bagitahu, kita semua pernah dapat hadiah dari Allah waktu israk Mikraj, dan ramai yang sia siakan hadiah itu sehingga Allah campak ke muka kita.

Apa hadiah tu?

Hadiahnya adalah solat, dan Begitulah perumpaaan bila korang solat main-main, solat lengah-lengah, sengaja tak nak solat jemaah, solat dengan riak dan sebagainya yang tak elok, dalam hadis bagitahu nanti Allah akan campakkan sembahyang kat muka korang macam kain buruk! Kerana dulu Solat ni bukan malaikat Jibril yang bawa turun, tapi Hadiah dari Allah kepada Nabi Muhammad dan Ummat sewaktu israk Mikraj.

(Lepas tu masukkan cerita bab solat dalam tazkirah sebab israk Mikraj ni bukan nak gaduh tentang jasad Nabi naik ke atau hanya mimpi? Atau Zat Allah bagaimana sifatnya? Bukan! tak nak bincang bab tu, Allah larang kita bincang Bab Zatnya sebab otak kita tak sampai, tapi yang kita nak bincang adalah bab solat, iaitu solat kepala agama, solat amal pertama di hisab, solat penyejuk mata, solat Tarik rezeki berkat, solat angkat azab kubur, solat mudahkan titi sirat, solat selamatkan dari neraza azab! )

Take note! Suami pun balik rumah, boleh kumpul anak bini dan bagi tazkirah ringkas ini.

Jangan kata abang keretamayat tak payung!

Woha!

Mar 26, 2021

Bank Islamik itu RIBA?

“Assalamualaikum tuan Hamka. PerBankan Islam ni kita kena boikot ke apa sebab ada orang cakap perbankan islam ni lagi Riba dari Bank biasa? Boleh nak minta tolong tuan huraikan topik ni tak?”

********

Waalaikumusalam, bab Bank Islam ada Riba ni, abang mayat terpaksa bersetuju dengan kawan abang, Pakcik Josh namanya.

Pakcik Josh ni memang anti betul dengan perBankan islam, sebab manipulasi riba katanya, mana boleh pinjam 10 ribu tapi kena bayar 13 ribu! Riba semua tu haram!

Lalu Pakcik Josh berikrar, jika dia kaya, dia akan buat pinjaman yang betul betul islam, pinjam 10 ribu, bayar 10 ribu! Lewat takpe, tiada riba dikenakan.

Maka kawan kawan pun berdoa agar Pakcik Josh kaya dan menjadi tauke Bank.

Tak lama kemudian, Pakcik Josh menjadi sangat kaya, sebab pakcik Josh join Skim cepat kaya sewa Hotel Turki Instabul, untung ratus ribu sebab ramai yang melabur dengan pakcik Josh, tak cukup bisnes itu pakcik Josh melabur lagi dalam perniagaan sawit Indo, letak duit, dan tiap bulan confirm dapat duit (macam riba pulak sebab dah fix kan untung).

Maka bila dah kaya, Pakcik Josh tak berjoli, tapi Pakcik Josh tunaikan janji dia untuk jadi Bank paling islamik, bagi pinjam kepada kawan kawan tanpa riba, pinjam 10 ribu, bayar 10 ribu.

Jadi bila kawan kawan nak melabur dalam skim cepat kaya sewa hotel Turki Instabul dan Sawit Indo, Pakcik Josh sanggup bagi pinjam separuh duit dia, dan untung bulanan bahagi dua, seronoklah kawan kawan, meniaga denga modal separuh.

Lepas tu berbondong bondong lah kawan-kawan datang ramai-ramai pinjam duit dari Pakcik Josh, dari ribu ribu ke puluh puluh ribu, nak meniagalah, nak berkebunlah, nak beli kereta tanpa ribalah, nak beli tanah tanpa riba, semua pakcik Josh support, paling tinggi pakcik Josh pernah bagi pinjam adalah RM80 ribu! Perghhhh.

Tapi langit tak selalu cerah, mendung memang tanda nak hujan, dan hujan pulak ada asid sebab akhir zaman, maka tibalah satu hari, skim cepat kaya yang dilabur tersontot. Orang atasan lari, Pakcik Josh yang jadi ejen tersontot, duit pakcik Josh sendiri pun hilang entah ke mana!

Masa tu orang dah ramai tuntut duit modal pelaburan, tapi pakcik Josh tak mampu bayar, orang kepung rumah dia, dan pakcik josh janji akan bayar balik pelaburan tersontot dengan harapan, dapat dari kawan kawan yang pinjam duit dulu, tolonglah pulangkan.

Tapi yang bayar sikit sangat, itupun bayar tak habis dan mintak tangguh lepas tu hilang, rupanya kawan kawan pakcik Josh ramai pinjam tapi tak bayar, masa pakcik josh sedang untung dalam skim cepat kaya tak kesah sangat orang tak bayar hutang, tapi bila diri sendiri dan tersontot, hutang oranglah yang Pakcik Josh harap sebagai back up.

Tapi itulah, kisah orang islam tak bayar hutang orang islam ni sentiada ada, maka pakcik Josh jual kereta, jual rumah dan segala harta untuk bayar balik modal pelaburan orang ramai, tapi duit tak cukup sebab orang atasan dah lari, harapan terakhir pakcik josh untuk hidup, adalah kawan kawan tolonglah bayar hutang.., tolonglah!

Masa tu bila sembang dengan Pakcik Josh, dia kata patutlah Along potong tangan orang tak bayar hutang, sebab hati sakit woiii, kita susah orang buat tak tahu padahal duit kita dia pegang, aduhhh, sakitnya hati aku Hamka, ada cara tak nak buat orang bayar balik hutang kita?

Dalam hati saya, ikut islam, sipemberi hutang mestilah mampu halalkan hutang orang tak bayar, barulah tiada pihak yang dizalimi, tapi pakcik Josh ni bagitahu orang hutang dengan dia dekat dua ratus ribu, manalah nak mampu dia halalkan, aduhhhhh….

Kita tinggalkan kejap Pakcik Josh yang sedang merana, kita balik kepada tajuk utama iaitu berkenaan perbankan islam, riba ke tak?

Nak faham riba, korang tengok pinjaman Along, pinjam rm2000, tapi dapat rm1300 sahaja, dan bunga rm400 setiap minggu, jika sebelum seminggu bayar 1800 selesai hutang, tapi jika tak dapat bayar, minggu tu, bila nak bayar RM2000 minggu berikutnya mereka cakap denda lambat bayar RM3000, campur hutang jadi rm5000.

Tak ada RM5000 riba akan naik lagi, okey pinjam dengan Along lain RM5000, tapi dapat hanya RM3500, bunga RM800 setiap minggu. Jadi pinjaman duit kawan dan pinjaman along cukup RM5000 bayar kepada Along pertama, tapi dalam perjanjian korang tak boleh pinjam along lain dan mereka denda RM6000 campur dengan hutang RM5000 jadi korang kena bayar RM11000. Itulah bapak segala riba, maka tolong jangan pinjam Along sebab confirm haram!

Jadi bagaimana cara nak elak Riba?

Cari kawan yang baik macam Pakcik Josh? Tapi berapa ramai sangat Pakcik Josh boleh bantu? Dan bila tak bayar hutang boleh pulak masuk neraka… (cerita detail kat bawah)

Atau Buat pinjaman perbankan islamik?

Mana satu pilihan yang paling bermunasib?

Jawapannya, Perbankan islamlah yang mana dah ada ustaz ulamak kaji bagaimana boleh buat pinjaman ala islamik, tanpa terlibat dengan riba.

Macam persetubuhan diluar kahwin adalah haram, zina namanya, tapi bila guna kaedah saksi, akad, wali, yang sah maka berlakulah perkahwinan, jadi persetubuhan pun halal, maka sama jugak guna riba acara jahiliyyah adalah haram, tapi jika guna cara islam. Saksi, akad, semua dah tentu akan jadi halal, maka muncullah, konsep pinjaman ala Islamik dengan istilah  Mudharabah (kongsi untung) atau simpanan Wadiah atau kaedah usaha sama melalui Musyarakah, juga Murabahah, sewaan berkonsep Ijarah, atau  pra-bayar Bai' Salam, atau Bai' Bithaman Ajil atau Qardh Al Hassan dan lain lain istilah so called islamic.

Jadi dengan teknik islamik begini, InsyaAllah tiada riba, yang mana riba ni haram bila zalim, sebab tu orang buat pinjaman ni bukan kena paksapun, kadang beli kereta mewah, rumah besar, tapi takde duit, maka pinjam dengan perbankan islam yang guna kaedah di atas, InsyaAllah jauh lebih baik dari pinjam duit kawan lepas tu tak bayar yang membuka gerbang pintu neraka!

Dan sudah tentu perbankan islam ni tak sempurna, sebab ada cas perkhidmatanlah, ada syarat itu inilah, persent tinggilah, tapi logiklah, bila buat bank, nak bayar upah jaga, nak bayar pekerja, nak bayar air cond, nak bayar mesin ATM semua tu duit, maka jika takde cas perkhidmatan yang di ambil dari Mudharabah (kongsi untung), maka kita menzalimi bank lah pulak, sebab semua free, untung kita sorang jer, Bank tak bolehg untung, maka jadilah macam kes Pakcik Josh, yang mana kawan kawan pinjam duit tapi tak bayar, kawan untung Pakcik Josh merana, maka kawan kawan telah menzalimi Pakcik Josh. Menzalimi mana mana pihak adalah haram.

Pakcik Josh yang sedang sensara telah berkata;

“Hamka, kau tau tak? Nabi bagitahu sebaik baik amalan adalah mati syahid, semua dosa di ampunkan kecuali hutang! HUTANG!

Tapi Mangkuk ayon semua kawan aku yang pinjam duit tapi tak bayar, esok esok merangkaklah cari aku kat akhirat! Celaka semua waktu pinjam duit manis mulut, sekarang aku sendiri papa kedana, sekor pun tak nak bayar hutang aku?, konon semua nak lari dari riba pinjam duit aku tanpa riba, tapi mereka semua buat dosa besar hingga mati syahidpun tak dapat selamatkan mereka dari azab api neraka!”

Perghhh, marah benar Pakcik Josh, tapi memang betul pun, bila kawan kita konon nak pinjam tanpa riba sebab riba zalim, tapi bila pinjam duit time nak bayar tak bayar-bayar, maka si peminjam telah menzalimi si pemberi pinjaman, sakit hati oooo.

Tengok FB dia makan musang King, beli Drone, melancong, tapi hutang kita tak bayar, sakit hati oooo.

Saya pun berseloroh dengan Pakcik Josh:

“Pakcik, pinjam duit sikit, RM2500 jer, nak buat modal beli Drone untuk jadi Youtuber, dapat Monetize nanti, saya bayar, boleh ke?”

Dari duduk Pakcik Josh berdiri sambil berkata:

“Hamka, Dari aku sakit hati tunggu kau bayar hutang entah bila nak monetize youtube tu, Lebih baik kau pergi buat pinjaman dekat Bank Islam! Pergi kau dari sini”

Kah kah kah!

So pendapat saya sama macam Pakcik Josh, jangan pinjam duit kawan kawan sebab seksa tunggu orang bayar hutang ni lain macam hingga Nabi bagitahu, syahid pun tak dapat selamatkan orang yang berhutang tak bayar, Nauzubillah! maka nak selamat, ikut nasihat Pakcik Josh:

“Lebih baik kau pergi buat pinjaman dekat Bank Islam sana!”

Woha!

Mar 16, 2021

Solat Tak Khusyuk, lalu?

"Solat tak khusyuk, buat apa solat? Nanti Allah lempar macam kain buruk!"

Kata kau! padahal ada hadis Allah puji orang yang istiqamah solat walaupun sampai tahap dia tertidur dalam solat, pun Allah puji hamba yang tertidur dalam solat kerana kesungguhanya...

Jika dah tahu solat tak Khusyuk, jangan give up, putus asa ni haram, dalam dunia ni Allah bagi lima perkara yang haram kita berputus asa.

1-Nyawa.., berat macam manapun ujian, jangan sampai bunuh diri-haram!

2-Rezeki.., susah macam mana pun hidup, jangan sampai mencuri, merompak apatah lagi, berhutang tak bayar pun haram! orang mati syahid Allah ampun semua dosa kecuali bab hutang atau mencuri! jadi tolong jangan putus asa dalam bab rezeki.

3. Kesihatan, jangan putus asa bila doktor cakap takde ubat, tetap terus berusaha, doa dan tawakal, jangan menyerah, ada hukum benarkan berubat dengan benda haram, benda najis pun boleh, apatah lagi vaksin? pokok pangkalnya, jangan putus asa dalam bab kesihatan, selamatkan nyawa adalah wajib.

4. Solat, sebab tak khusyuk atau masih buat maksiat korang pun tak solat?, tolong jangan putus asa sampai tinggal solat, kerana azab meninggalkan solat adalah berat! Tiada putus asa dalam solat, orang sakit pun Nabi suruh solat sambil baring atau guna isyarat mata, itu bab perbuatan, bab hatipun, sakit macam mana hati kita, hitam macam manapun hati, jangan pernah putus asa dalam bab Khusyuk! Tiada putus asa dalam solat!

5. Taubat- Jangan sesekali putus asa dalam taubat sebab tiada siapa yang boleh tutup pintu taubat melainkan orang yang berputus asa. Tolong jangan malu untuk bertaubat kerana banyak dosa tapi malulah buat dosa kerana banyaknya bertaubat, Putus asa ni haram tau tak!

Ok, dah marah marah, saya cerita Perihal Solat, bagaimana nak dapat Khusyuk?...

Teringat pesan buznana iaitu jika korang solat kerana itu adalah perintah Allah, maka korang telah menjadi orang yang berilmu…

jika korang solat kerana yakin dengan janji Allah, maka korang telah mencapai makam ihtisab,

jika korang solat kerana takut azab Allah, maka korang telah menjadi orang yang bertaqwa…

jika korang solat seolah-olah melihat Allah, maka korang telah mencapai tahap ehsan…

Dan jika korang solat kerana bersyukur dengan nikmat Allah, maka korang telah mencapai tahap Solat sebegai penyejuk hati, yang mana solat menjadi ruang untuk berehat dan menikmati ketenangan.

Kerana itulah bila Aisyah r.aha menangis lihat kaki Nabi s.a.w bengkak kerana lamanya solat, dan bertanya :

“Bukankah tuan takde dosa?, mengapa solat sampai bengkak kaki…?”

Nabi jawab lebih kurang maksud: Aku ingin menjadi hamba yang bersyukur… dan Hadis lain Nabi bagitahu, Solat adalah penyejuk hati, Nyamankanlah diri dengan mendirikan Solat.

Perghh, Solat tempat Nabi rehat dan bertenang, itu yang ada kisah sahabat nak follow Nabi bertahajjud tapi Rakaat kedua dah mufarakah sebab Rakaat pertama Nabi baca Al abqarah dan Al Imran, lepas tu rukuk dan sujud lama macam baca Al baqarah, allahuakbar!

Pesan Buznama tu lagi:

Untuk dapat kusyuk, dalam solat kena buat tiga perkara:

1. Syukur dengan nikmat solat lalu di zahirkan dengan Ajak dan dakwah orang lain bersolat juga dengan cara hikmah dan bijaksana.

2. Praktik kan solat dengan khusuk melalui yakin bahawa, Allah sedang lihat saya solat, Allah mendengar apa yg saya bacakan, dan Allah tahu apa yang bermain di fikiran saya.

3. Doa dengan Allah sungguh-sungguh dan lama-lama, mintak dengan Allah supaya saya dan semua orang dapat nikmat solat yang khusyuk dan khuduk.

Bila dah Khusyuk, maka datanglah Ihtisab, Takwa, Ehsan, dan suasana yang menjadi Penyejuk hati.

Dan bagi korang yang dah tahu solat tak Khusyuk, buatlah usaha untuk bersolat dengan syukur kerana waktu kita rukuk, ada ribu ribu orang tak dapat nikmat rukuk, Alhamdulillah, Allah pilih saya, waktu kita sujud, ada ribu ribu orang tak dapat nikmat sujud, Alhamdulillah, Allah pilih saya.

Akhir kata ingatlah ayat ini baik baik:

"Sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk," Al-Baqarah 2:45.

Now you Know! kipidap, don't give up! Woha!

Ps: Buznama tu siapa hamka? Buznama tu adalah Berita dari Ustaz yang saya tak ingat Namanya.

.