Oct 9, 2020

Tun Maafkan Najib?


 

Saya tak sempat tonton wawancara ini, tapi bercerita tentang maaf, saya nak kongsi satu kisah...

Satu hari Nabi bagitahu ada ahli syurga akan melintas.

Lalu melintaslah seseorang yang ada kesan wuduk di wajahnya.

Esok nabi cakap hal yang sama, dan orang yang sama juga melintas.

Lusa Nabi cerita kisah ahli syurga, dan orang yang sama juga melintas.

Maka ada sahabat buat siasatan, lalu pergi ke rumah alhi syurga itu, dan mintak izin nak tumpang tidur sebab kononnya dia baru bergaduh dengan ayahnya. (bohong sunat)

Maka dalam Islam, tetamu boleh lepak 3 hari kat rumah, maka di waktu malam sahabat itu intiplah kot ahli syurga ni solat tahajjud sampai bengkak kaki tak tidur malam ke?, atau baca Al quran tak berhenti henti ke?, tapi takde?. Biasa sahaja, solat berjemaah, dan malam hari tidur.

Cukup tiga hari, sahabat ni bagitahu dia bohong jer bergaduh dengan ayah, sebenarnya dia datang nak siasat kenapa Nabi cakap kau ahli syurga?

Maka pemuda tu bagitahu, selain amalan yang wajib dalam islam, ada dua amalan tambahan dari dia:

1.Tidak dengki dengan nikmat orang lain.

2.Memaafkan semua orang sebelum tidur.

Nampak simple jer benda ni, tapi jika amal sampai ke syurga:

Lain hari Nabi SAW bersabda: “Takutlah kamu pada sifat dengki, sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar.” (HR Abu Daud).

Hari yang lain pula, Sabda Rasulullah SAW: “Harta tidak akan berkurangan dengan sebab sedekah. Dan ALLAH tidak menambah kepada seseorang hamba dengan sebab kemaafan yang diberikan melainkan kemuliaan dan tiada merendah diri seseorang itu melainkan ALLAH akan mengangkatkan darjatnya." (Riwayat Muslim)

Maka marilah kita amalkan dua hadis ini, jangan berdengki dengan nikmat orang lain, dan maafkan semua salah orang sebelum mati...

Untuk itu, maafkan saya jika ada apa yang saya tulis mengguris hati korang, dan tolong jangan dengki dengan nikmat yang saya kongsi kerana saya hanya menzahirkan syukur..

Dan buat semua penyokong politik, janganlah dengki mendengki dan semoga saling bermaafan kerana bermaafan itu tak perlu tunggu menjalang hari raya, sebab menjelang hari pilihan raya pun boleh.

Woha!

Sep 28, 2020

Bunuh diri, Rezeki yang Hilang?


Semalam tersebar berita pelakon jepun, The Ring, bunuh diri, sebelum tu pelakon Attack of Titan, dan katanya, Tahun ini saja ada 4 orang artist Jepun yang telah bunuh diri. Bayangkan pelakon yang cantic, kaya dan glamour pun boleh bunuh diri, apatah lagi orang yang tak ada apa-apa?

Tahukah anda? Jepun ni menduduki carta top ten negara paling banyak kadar bunuh diri, dan dikatakan waktu PKP, bila rakyat duduk rumah, kadar bunuh diri berkurang.

Kajian akan factor kenapa bunuh diri, adalah kerana tekanan untuk Berjaya di tempat kerja, selain masalah cinta dan buli.

Untuk itu di stesen tren yang utama sudah dipasang banyak lampu biru dan cermin berdekatan dengan platform. Ini kerana tempat itu menjadi medan yang kerap orang jepun membunuh diri. Lampu biru bertindak sebagai medium penenang manakala pantulan imej diri pada cermin memberikan peringatan kepada bakal mangsa.

Rujuk negara kita, kadar bunuh diri rendah, Alhamdulillah, semua ini rezeki Allah.

Bercerita tentang rezeki, saya terbaca rakan FB saya Kamal Zharif Bin Kamaludin menulis, di Jepun tiada kefahaman tentang REZEKI.

Kita jika terdengar perkataan REZEKI, terus otak kita nampak laut yang luas penuh rezeki, hujan mencurah dengan rahmat bersama rezeki, pelangi indah di balik awan adalah rezeki, syurga saujana di alam akhirat adalah rezeki terbesar, tapi di Jepun tiada ruang untuk REZEKI sebab kebanyakkan dari mereka tiada agama.

Kita bila cerita bab rezeki, terus otak kita kaitan dengan kuasa Tuhan, buatkan kita berdamai dengan takdir, dan tenang dalam ujian, lepas tu kita digembirakan dengan konsep rezeki mudah datang dengan bersedekah, solat duha, solat tahajud, berdakwah, berdoa dan pelbagai lagi. Tapi di jepun, kata si penulis, yang berkawan dengan orang Jepun. Telah bertanya:

"Kalau bahasa Jepun, apa perkataan untuk rezeki?"

"Hmm, nampak macam tiada."

"Mungkin perkataan paling dekat ialah 'megumi'." Dia menjawabnya. Megumi(恵み) maksudnya 'blessing'.

Rupanya Perkataan 'megumi' pun jarang disebut dalam kehidupan harian orang Jepun yang mana berbanding orang kita, perkataan rezeki itu tak perlu lagi dibuat perbandingan perkataan. Rezeki adalah rezeki. No any other word for explanation.

Datang ke Jepun, perhatikan sahaja ucapan-ucapan yang dikeluarkan, baik dalam program realiti ataupun drama, tiada langsung menyebut tentang rezeki. Tak pelik sebab Di Jepun hanya 20% sahaja mengakui diri mereka beragama. Lagi 80% tidak menjadikan agama sebagai elemen penting dalam kehidupan. Maka bila berlaku BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL mereka tiada tempat untuk berdamai dengan takdir kerana tanpa agama, maka diri sendirilah yang menjadi punca segala masalah, dan sayalah yang bersalah dalam semua perkara, saya menyusahkan orang, saya mati menggembirakan orang dan sebagainya yang selalu di alami oleh mereka yang stress.

Untuk itu, kepada kita semua yang ada masalah BULI, PUTUS CINTA, dan GAGAL dalam apa jua bidang, sebelum kemurungan berlaku, ingatlah bahawa REZEKI Allah itu luas, sangat luas! dan dunia ini hanya setitik nikmat REZEKI berbanding di sana(akhirat) seperti lautan luas tidak berpehujung.

Bila kita di buli, Alah sedang uji saya, maka saya tidak akan menyerah (pasrah) begitu sahaja, tapi saya akan berusaha mencari keadilan (bertawakal) maka InsayAllah pertolongan Allah sangat dekat bagi mereka yang bertawakal.

Bila kita putus cinta, ingatlah semua orang akan mati, Nabipun mati, maka cintailah Allah yang tidak pernah mati dan tidak pernah menolak cinta, dan di syurga bertemu Allah nikmanya lebih besar dari dicintai semua bidadari.

Bila kita gagal dalam apa jua bidang, ingatlah dunia hanya sementara, kerisauan sebenar bukan untuk dunia, maksud hidup adalah ibadat, dan sabar dengan ujian Allah adalah ibadat, syukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah ibadat.

Ayuh!

"Gambatte kudasai Otsukaresama desu."

(Selamat berusaha bersungguh-sungguh. Terima kasih atas usaha yang keras)

Woha!

Ps: Sungguh bersyukur dengan baki nikmat yang ada juga adalah maksud hidup, dapat ini maka segala kesusahan akan menjadi ringan.

Sep 19, 2020

Berapa tahap Derita anda?

(Jika anda sedang menderita, dari tahap satu hingga tahap empat, berapakah tahap derita anda?)

Penderitaan ada banyak, tapi kita fokus empat dahulu, Jom kita susun tahap derita dalam hidup

Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang paling kurang deritanya berbanding empat penderitaan yang akan kita bincang nanti, dan oleh kerana derita ini paling kurang derita dari yang empat itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita nombor empat..

Apa derita nombor empat?

Orang Bangladesh atau orang Indonesia yang tinggalkan keluarga jauh jauh untuk cari rezeki di Malaysia adalah contoh mereka yang menderita katogori tahap empat, korang nampak mereka macam bahagia di hujung minggu jalan-jalan kat pasar malam makan durian berpimpin tangan, tapi dalam lubuk hati mereka, ada perasan cemburu pada rakyat Malaysia yang tak payah susah-susah cari rezeki jauh jauh tetap ada,

Yelah! Korang nak ke jadi macam mereka?, tinggal anak bini cari rezeki jauh jauh sampai Afrika barat? Hilang satu nikmat hidup.., alahai orang Malaysia yang duduk kelantan tapi kena kerja Kuala Lumpurpun dah rasa tak best, apatah lagi orang Kerachi dari Paskitan yang terpaksa jual karpet kat Kubang Kriang?

Ini semua takdir, kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah, sebab Allah boleh terbalikkan dunia, sekali datang selsema covid 20 pulak melanda Malaysia secara serius, habis lumpuh ekonomi Malaysia, last last, sebab takde kerja, tak mustahil, bini kita pulak jadi Amah kat Bangladesh, mana tahu?

Moralnya, Rezeki yang paling best adalah rezeki di kampong sendiri, maksud saya kerja yang kita kerja tu tak lah jauh dari rumah, tak lah jadi weekend husband, janganlah kerana gaji mahal semata mata kita selalu berpisah dengan anak isteri sampai ke tua, kasihan mereka..

Benda ni nak kena planning awal, sekarang baru kahwin takpe duduk jauh, tapi usahakan cari kerja-kerja yang boleh buat korang duduk sekali, atau bisnes ke, ambik pencen awal ke, kerana kelak bila ada anak ramai, masa tu dah kena stabil tapak rumah, dah tak payah nak travel-travel, jika susah sangat, yang wanita berhenti sahaja kerja ikut suami bertugas kat mana-mana, kang senang?

Bila duduk dekat, jika ada PKP, masih boleh ziarah sebab satu daerah, raya hari tu yang tak boleh lintas sempadan fahmlah perasaan warga asing yang terpaksa tinggal anak bini cari rezeki tak boleh balik sebab kontrak belum habis.

So, plan elok elok bab rezeki, InsyaAllah penderitaan kita semakin berkurang.., amin.

Ok, itu satu contoh derita tahap empat, senang cakap, derita tahap empat ni adalah derita sekitar bab rezeki, contoh lain macam kisah mereka yang kena pulau kat pejabat, atau kawan kawan seoffice yang tikam dari belakang, atau ada bos yang sengaja tak nak kita naik pangkat, atau rakan sekerja yang pakat-pakat tabur pasir dalam periuk nasik kita, atau bernoaga tapi kena tipu sehingga rugi berlipat ganda atau bencana datang buat rezeki kita lumpuh, atau kena potong gaji, atau bonus takde, kecuraian, kena roboh Majlis perbandaran atau apa sahaja, yang mana berkaitan dengan rezeki, sekali di uji macam tu, memang sakit hati, tapi nak buat camne?, dah takdir Allah, sabar jelah..,

Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori derita tahap empat, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., ada lagi TIGA tahap derita yang lebih dahsyat, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat kena jual karpet kat lorong Bombay, apa nak sedih?, ada rezeki boleh singgah rumah Aishwarya Rai jual karpet, Woha!

Kesimpulannya derita nombor empat adalah derita BAB REZEKI…, ramai jugak orang yang bunuh diri kerana masalah rezeki ni..isk..,

Betul tak?

*************

Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita tahap empat tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang tahap empat itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita tahap tiga..

Apa derita tahap tiga?

Oleh sebab kita dah kerja 8 jam kat pejabat atau berniga sampai larut malam, dan sudah ada banyak derita nombor empat, maka sekepulangan kita dari pejabat atau tempat bisnes, maka kita akan balik rumah dah habiskan masa purata 16 jam kat rumah, dan sudah namanya rumah, maka dah tentu kita akan ada jiran.., dan bila sudah ada jiran, maka akan timbul pulak banyak cerita dan derita..

Harapan kita bila sudah banyak menderita kat pejabat atau tapak bisnes, alih alih balik rumah, baru nak sampai depan pintu, kita berdepan pulak dengan jiran tentanga yang juga pulaukan kita.. aduh! Jiran pulak jenis jahat!

Jadi, derita tahap tiga adalah derita berkaitan jiran tetangga, ipar duai, atau saudara mara.., panjang nak cerita, tapi inilah kisah sebenar dalam masyarakat, jiran tu dengki dengan korang, lepas tu tak nak tegur dengan korang, atau adik beradik yang berebut harta sampai bergaduh tak sudah sudah.., atau ipar duai yang kikis harta..,

Tak cukup dengan gangguan kata nista dan fizikal, mereka ganggu pulak dengan gangguan mistik.., yang mana tak lama kemudian, jiran sebelah pulak sanggup bomohkan korang, malam malam jumpa Puaka niyang rapik sedang berak dalam tandas, atau jumpa keliwong dalam bilik air pinjam shampoo, memang masalah,

Lepas tu pulak, ipar duai yang dengki dengan korang, sanggup sebar fitnah dan mengumpat.., balik kerja ada yang ludah tengok korang, tak cukup lagi?, jiran yang janda pulak kacau suami korang, mentang mentang ada kopi janda, … apa?!, kopi duda tak de ke?, saya pun pelik, kopi jantan dah ada, kopi betina takde ke bang?

Dah! Cukup! Panjang cerita bab jiran tetangga ni, rumput rumah kita panjang dah kena umpat, keluar berdakwah dah kena pulau, masak petai goreng belacan dah kena maki, baru niat nak poligami dah kena kutuk, memang sakit hati!

Sampai satu tahap, ada yang bergaduh, bertumbuk, dan santau sana sini, memang teruk.., itu yang banyak drama ada cerita orang yang sanggup pindah duduk jauh jauh sebab hubungan dengan jiran tetangga dan teruk, yelah.., mana sanggup korang hidup berjiran dengan orang yang sakit hati dengan kita?

Hari hari tak selamat, baiklah pindah tempat lain mencari bahagia.., lepas tu pulak, bila jiran kita miskin atau kaya, maka akan wujud masalah kejiranan yang serius, atau jenis taksub pada parti, jenis assobiah, lagi teruk!

Sampai bila mati tak nak datang tahlil, atau buat kenduri tak nak makan sebab tak sah sebelihan kerana berbeza wahabi syiah sunnah, apa punya bangang daa.., esshh, panjang nak ceritalah bab ni, banyak yang dah makan hati, ini semua derita tahap tiga, ingat tu, derita tahap tiga…!

Kesimpulanya derita tahap tiga adalah derita BAB JIRAN DAN SAUDARA…, biasa orang akan pindah rumah atau lari dari kampong ler bila jadi kes macam ni, sanggup berhenti kerja sebab masalah kejiranan ni lebih besar.. aduhhh

Apa-apapun, sekarang korang dah tahu kategori yang bagaimana akan derita tahap tiga, memang korang derita, tapi releks, jangan sedih sangat.., sebab boleh pindah, ada lagi DUA derita yang lebih dahsyat dan tak boleh pindah, cuba check, korang ada tak derita yang berikutnya, jika ada baru boleh mengaku derita, jika takde, alhamdulillah, simple sangat derita korang, setakat berjiran dengan Firaun, Haman dan Abdullah bin Ubai, apa nak sedih sangat,

Jika bala datang melanda kampong korang kerana kejahatan mereka, dah tentu korangpun akan kena sekali, tapi sebab korang lelaki beriman di akhir zaman, Allah akan asingkan korang dari mereka kat akhirat, tak lah derita sangat, kan?

Dan jika korang ahli masjid yang jaga solat berjemaah, menurut hadith, bila bala datang, korang akan bertebaran dan selamat, ok lah tu…

************

Baik, sekarang kita pergi kepada masalah yang lebih derita berbanding derita bab jiran tetangga tadi, dan oleh kerana derita ini lebih derita dari yang tahap tiga itu, maka saya namakan derita ini sebagai derita tahap dua..

Derita tahap dua, (baca dalam keadaan echo)

Apa derita Tahap dua?

Dah tengok filem Si Tanggang yang di sumpah menjadi batu, atau Filem anakku Sazali? Kisah anak derhaka yang muka ada iras-iras P Ramlee tapi menderhaka pada bapaknya Sazali yang juga ada iras muka P Ramlee.., yang mana kalaulah sepuluh tahun dahulu bapaknya Sazali pukul Sazali, dah tentu Sazali tidak akan menjadi gengster nombor satu di Singapura Bapak tau?, tapi mungkin Sazali akan menjadi Hafiz di madrasah Darul Ulum Karachi Pakistan.., apa-apalah!

Arghh, pendek cerita, derita nombor DUA terbesar dalam hidup di dunia yang fana ini adalah: apabila anak yang kita sayang, kita sanjung, kita belai dan jaga serta tatang bagai minyak kereta Isi penuh, tiba tiba si anak yang kita harapkan itu, tiba tiba si anak itu, tiba tiba..oh! tergamak sungguh si anak tiba tiba mencucuh petrol itu dengan api sehingga wajah korang menjadi hitam seperti di conteng arang ke muka korang yang putih secara tiba-tiba, Tak ke tiba-tiba? (Tiberrrr)

Maka menangislah si ibu bapa di hujung usia mengenang perbuatan anak derhaka.., dunia terasa gelap, gelap terasa hitam, hitam sudah tiada manis lagi.., dan dalam kegelapan kesedihan, tiba tiba masuk pulak dalam kubur yang gelap..

Saya pernah tengok, orang yang derita bab rezeki, lepas tu dengan jiran pun ada masalah.., tapi bila anak-anak berjaya dalam pelajaran, atau berjaya dalam hidup, atau berjaya mengharumkan nama agama, bangsa dan Negara, senyum jer si ibu dan bapa dengan air mata kesyukuran sehingga lupa dengan derita bab rezeki dan jiran tetangga…

Tapi cuba korang tengok mereka yang takde masalah bab rezeki, dan tiada masalah dengan jiran tentangga, tapi bila anak derhaka, oh gelapnya hidup.., satu nikmat hidup yang besar telah luput dari genggaman.., tu yang banyak cerita orang buang anak yang dah besar, bukan buang bayi tapi masih di buang ibu bapa kerana penderitaan nombor dua tadi, tak mengaku anak!

Derita mana lagi yang korang nafikan?

Kesimpulanya derita nombor dua adalah derita BAB ANAK DERHAKA…, biasanya si ayah akan buang anak, atau tak mengaku anak.., (sehinggalah anak jadi kaya dan balik pada hari raya bersama menantu yang cantik jelita dan mintak maaf macam Shah Rukh Khan bergaduh dengan Amitabh Bachchan dalam filem Kabhi Khushi Kabhie Gham )

Dan si ibu pulak jika dapat anak derhaka, biasanya si ibu tak macam si ayah, si ibu akan menyumpah anaknya menjadi batu.

Woha!

**********

Baik, sekarang korang dah tahu katogori derita masing masing, ada derita tahap dua, derita tahap tiga dan derita tahap empat, korang yang tentukan..

Sekarang kita akan pergi kepada derita tahap satu..

Nombor SATU!, (baca dalam keadaan echo)

Apa derita tahap satu?

Derita ini bakal melanda semua pasangan hidup.., iaitu derita apabila pasangan hidup korang tiba tiba curang, pergi kepada kekasih lain! Oh.. sekelip mata kau berubah..…, budak sekolahpun sanggup bunuh diri bab ni.. aduhai..

Dan untuk suami isteri, masalah rumahtangga yang berakhir dengan penceraian, adalah kesan dari penderitaan ini, dan ramai jugak yang kemurungan.

Sungguh apabila orang yang telah sanggup seiring dan sejalan, sehidup dan semati, sangup tidur berbogel dengan kita, bergeser pusat dan berlaga lubang kencing.., tiba tiba.., si dia melukakan kita, mengkhianati kita, curang, derhaka dan berpisah…

Hati memang sedih.., dunia terasa gelap.., Lalu lagu lagu sentimental menjadi peneman bagi yang malas membaca Al quran..oh..

Saya  tak perlu tulis panjang, semua tahu bagaimana deritanya jika mak dan ayah kita berpisah…, anak anak jadi derhaka.., jiran pun mengumpat, dan ekomoni rumah tannga men jadi huru hara.. oh…

Namun jika derita anda tahap tertinggi, masih ada jalan pulang dalam menacri cinta...

Sesungguhnya, Siapa saja yang mencintai manusia, maka manusia itu akan meninggalkan kamu sama ada kerana curang atau kerana menjadi mayat, Dan barangsiapa yang mencintai Allah, maka sesungguhnya Allah itu tidak akan meninggalkan kamu, dan Allah tidak akan mati dan tidak akan curang buat selama lamanya, dan Allah itu akan menerima cinta sesiapa sahaja hambanya yang bertaubat walaupun mempunyai dosa setinggi gunung mececah awan, kerana Allah adalah Kekasih Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyanyang…

Nimat mana lagi yang kau dustakan?

Pulanglah kepada Allah…

Sekian. 


Sep 18, 2020

Soalan Temuduga tersusah?

Saya habis belajar tahun 1998. Zaman Tun M sedang memerintah. Ekonomi waktu itu tengah gawat, Anwar Ibrahim sedang bergaduh dengan dengan PM4.

Pada hari Ahad, Waktu Anwar tanya soalan: Siapa Bodoh? kat dataran Merdeka kepada semua penyokongnya,. Saya kebetulan ada area situ, sedang naik motor RXZ bersama kawan dari terengganu nak pergi temuduga di Bangi tiba tiba jalan jem sebab FRU dan penunjuk perasaan sedang beraksi.

Malam itu kawan saya ajak pergi kediaman Anwar yang sedang dikepong penyokong, alasannya, wartawan ramai, dan ini sejarah Negara, kita kena ada dekat dengan sejarah negara yang penting! (padahal dia nak tengok Nurul Izaah, justice for papa bakal mertua)

maka saya cakap, esok saya ada temuduga. Maka waktu kejadian, saya tak ada di kawasan berhampiran.

Bila saya hadir temuduga kerja di Bangi, saya ada dapat soalan ini:

“Apa pendapat anda tentang Anwar Ibrahim?”

Pergghhh,. Berita anwar kena tangkap baru semalam, saya tak tahu nak jawab apa, lalu saya jawab:

“Semua orang adalah Innocent until proven guilty, Jika Anwar tidak bersalah, maka saya simpati pada dia”

Terus si temuduga tu senyum dan ambik saya kerja. (banyak lagi solan lain tentang kemahiran saya, soalan ini hujung seisi temuduga, huhuhu)

Beberapa tahun kemudian, saya minta kerja tempat lain pula, dan dapat soalan lebih kurang sebegini.

“Hamka, bayangkan pada suatu hari, awak baru lepas kena rompak, dan sedang kesedihan di tepi jalan, lalu datang Encik Bijan tumpangkan anda ke rumahnya, bagi makan, dan bagi sedikit wang untuk meneruskan hidup. Dengan wang itu anda mulakan hidup baru, buat bisnes kecil kecilan dan berjaya. Lalu anda nak bayar hutang Bijan, tapi si Bijan menolak, kerana kata Bijan, dulu bantuannya ikhlas. Malahan dia turut promosi produk anda menjadi semakin laris. Hidup anda semakin berjaya dan dia selalu membantu anda. Pendek kata dialah yang merubah nasib hidup anda.

Suatu hari, keluar berita bahawa dia adalah buruan polis atas kesalahan merompak dan membunuh, sekarang dia berselindung dirumah anda.

Apa yang anda akan lakukan?”

Perghhh, soalan macam ni pun ada dalam temuduga?, waktu tu zaman pemerintahan Pak Lah, kalau korang jadi saya, apa yang korang nak jawab?

Masa pun terhad, penemuduga tak suka kita ambik masa terlalu lama.

Maka jawab saya:

“Saya setuju dengan konsep ‘Innocent until proven guilty’, jadi saya akan serahkan dia pada polis, sebab jika dia terbukti salah maka dia layak kena hukum, walaupun dia buat baik pada saya, dan jika dia tidak bersalah, maka dia akan dibebaskan, alhamdulillah”

Entah betul ke tidak jawapan saya tu, tapi saya memang dapat kerja situ, dan belum pernah jumpa Bijan dalam hidup ini. Hu hu hu…

Ok itu zaman Pak Lah, dan masuk zaman Najib. Saya tak ada minta kerja di mana-mana sebab ekonomi Malaysia zaman Najib sangat bagus, idea vaucer bukunya buatkan industri buku naik mendadak dan dapatlah saya tempias jadi kaya sekejap zaman tu.

Tapi tak lama, dato Najib di tuduh merompak oleh PH, BN kalah PRU, maka sudah berlalu zaman Najib, dan Malaysia kembali ke zaman Tun M, Anwar Ibrahim yang dulu masuk penjara kerana Tun M akhirnya dibebaskan oleh Tun M. Persoalan yang masih belum terjawab: Benarkah Anwar meliwat, atau Mahathir yang mengfitnah? Oh, lupa. Ia luka kecil.

Najib walau jadi pembankang tiba tiba jadi Bossku, naik tak memijak kawan, jatuh tak menheret lawan, dengan Trollnya yang makan dalam, pernah Tun M bagitahu Najib akan pakai baju oren tak lama lagi (sebab masuk penjara) terus Najib update FB pakai baju oren pergi solat Jumaat, dan diselfie beramai ramai oleh rakyat yang rindukan zaman Najib.

kekalahan BN ada hikmah, kerana pada satu Hari Jummat yang indah, PAS dan UMNO bersatu, saya kali ini ada tempat kejadian, saya ada waktu orang PAS berdiri menyanyi lagu UMNO sambil menangis, saya ada waktu khutbah Jumaat oleh parti PAS di bangunan UMNO, saya ada waktu makcik tudung merah peluk makcuk tudung hijau sambil menangis. 

Saya ada waktu pakcik bersongkok dan berkopiah simpan songkok dan kopiah masing masing lalu sama sama bertanjak dan menjerit Takbir!

Saya ada waktu air mata mereka bercucuran bersyukur kerana dah lama sangat mereka bergaduh, dan akhirnya mereka berdamai. Anwar Ibrahim boleh move on dengan Tun M, hanya luka kecil, maka UMNO dan PAS pun sama, hanya luka kecil.

Saya sebagai saksi di tempat kejadian, walaupun saya hanyalah peniaga Tanjak, dan semua Tanjak saya warna merah, biru, hijau, habis di jual, tapi Tanjak warna biru muda tak laku, aduhhhh.. tapi tengok Pas dan UMno bersatu, sungguh terharu

Masuk tahuh 2020, Tun M tiba tiba jadi ketua Pembakang, Anwar pulak timbalan ketua Pembakang, dan Najib masih belum masuk penjara, malah berlaku Plot Twits, Abah tiba tiba jadi PM!

Woha!

Update terkini lepas PRK Slim: nampaknya BN Semakin Kuat, Bossku masih popular walaupun "terbukti bersalah oleh satu hakim",  gabungan MN Kekal Relevan, PN Sudah Nazak, Tun M di tolak orang muda, Dan PH Semakin Lemah,

Tengok keadaan sekarang, elok PRU di segerakan, agar kuasa politik lebih stabil.

apa-apapun, Saya doakan yang baik baik buat buat semua PM Malaysia dimulakan dari Tun M, Pak Lah, Najib dan Abah.

Selamat Hari Malaysia

(kereta mayat)

Sep 17, 2020

Terengganu asal dari Tamil?


Sebagai orang Terengganu. Saya kena jawablah soalan ni, betul ke nama Terengganu berasal dari Tamil? Dan betul ke Tanah Melayu ni asalanya orang India?

Baik, untuk pengetahuan semua, Orang Terengganu dia tak sebut "Terengganu". Dia sebut Tranung.

Tranung kiter!

Berasal dari loghat Terengganu yang berbunyi "Terang Nung" dibaca laju menjadi "Tranung" bermaksud Terang jauh.

Ada yang kata terang itu merujuk kepada pelangi. Tapi "nung" menjadi "sana" atau "sinun" dan pendek cerita Tranung kekal di mulut orang Terengganu sampai sekarang. Dan bila di dokumentasikan menjadilah Terengganu.

Bab asal tanah melayu orang india pulak,

Pengalaman duduk Terengganu 40 tahun susah nak jumpa orang india dalam majoroti ramai atau nak jumpa kuil besar.

Banyaknya masjid dan orang cina ramai di kuala. Rakyat pulak majoroti orang melayu cakap loghat Tranung cuma pelik geng tranung besut bercakap kelantan? Tak kan nak claik loghat kelantan dari india pulak? Aduhai...

Balik pada sejarah betul ke tanah melayu ni asalnya india. Simple sahaja.

Rujuklah filem purba di negara terbabit.

Contohnya filem Hang Tuah lakonan P Ramlee. Filem melayu pertama yang bewarna. Diterbitkan oleh orang cina Shaw Brothers dan di arahkan oleh orang india Phani Majumdar.

Walaupun penerbit cina dan pengarah India Tapi untuk berlakon filem purba tu semua pelakon adalah melayu. Sebab itulah fakta tanah melayu.

Dan filem itu ditayangkan ke seluruh dunia sampai tercalon di Jerman. Dan menang di Hong Kong.

Tapi takde pulak zaman tu orang cakap filem tu tak betul sebab pelakon semua melayu sebab sejarah dah buktikan. Kesultanan melayu di tanah melayu adalah bukti tanah ini tanah melayu.

Maka jika ragu ragu dengan sejarah rujuklah filem purba. Di china ada Wong Fe Hong. Di India ada Asoka. Di Tanah melayu ada Hang Tuah. Tak kan lah di Terengganu ada Katappa dan BahuBali. Terengganu ada Megat Panji Alam!

Rujuk singapore mana ada filem purba nak gambarkan bangsa cina majoroti? Sebab zaman purba singapore adalah Temasik yang di perintah oleh orang melayu.

Oh ye ada filem purba rujuk singapore dalam Pirates of Caribbean tapi tu lanun cina dari Temasik. Dan itu cerita pasal lanun.

Akhir kata..

Dakwaan bahasa Tamil seakan akan Terengganu.... Maka "India" seakan akan bahasa melayu iaitu "Ini dia" tapi tak perlulah nak claim. Buat malu orang kampung jer nanti.

Woha!

Tak kan melayu hilang di dunia dan jangan pernah malu bertanjak di tanah melayu. Saya ada jual tanjak. Nak beli mesej jer. Hihihi.

#tanjakwoha

Sep 16, 2020

Kenapa Ada Orang Kafir?


 

Salam bang, nak tanya,, kenapa Allah cipta orang kafir lalu dimaksukkan ke neraka selamanya?? Kenapa Allah tak ciptakan semua manusia sebagai orang islam.? Tq bang.

Jawapan:

Untuk jawab seoalan ini, kena jawab soalan asas kehidupan:

“Dari mana kita datang, ke mana kita pergi dan apa tujuan di sini?”

Jawapannya, Kita datang dari Kehendak Allah, kepada Kehendak Allah kita pergi, dan Tujuan hidup adalah Ibadat.

Sunnguh Allah Maha Berkehendak, dia yang Berkehendak kita menjadi manusia, lalu disempurnakan nikmat iaitu kuasa berkehendak juga ada pada kita.”

Lalu Kita di beri dua jalan, yang baik untuk didekati, dan yang buruk untuk dijauhi. Baik dan Jahat, Allah yang tentukan, bukan kehendak kita, kita ikut kehendak Allah maka ada kejayaan, lalu akhirnya kehendak Allah yang menentukan Syurga nereka berdasarkan Kehendak kita di dunia”

Dan di dunia ini sahajalah tempat Allah benarkan kita membuat kehendak!

Dan segala kehendak kita di sini akan menentukan masa depan kita di sana( akhirat)…

Sungguh Kejayaan hidup adalah bila kita berjaya membuat ‘kehendak’ dan ‘pilihan’ yang betul…

Saya ulangi..

KEJAYAAN HIDUP ADALAH BILA KITA BERJAYA MEMBUAT KEHENDAK DAN PILIHAN YANG BETUL!

Inilah ‘kuasa’ yang Allah bagi pada manusia yang menentukan Syurga atau Nereka.

Korang di beri DUA PERKARA untuk memilih di antara dua perkara…

Korang di beri AKAL DAN HATI untuk memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan.

Binasalah korang jika mengikut DUA PERKARA dalam memilih di antara dua perkara…

Binasalah korang jika mengikut NASFU DAN SETAN dalam memilih jalan kebaikkan atau jalan kebinasaan!

Jika tak buat pilihan di antara DUA JALAN, iaitu JALAN KEBAIKAN dan JALAN KEJAHATAN, maka di akhirat dah tak boleh buat pilihan lagi!

Berikut adalah PILIHAN-PILIHan yang di minta oleh mereka yang berada di Neraka tapi TIDAK di layan:

· Minta makanan dan minuman kepada penghuni Syurga. (Al A’raf 7:50)

· Meminta kepada penjaga Neraka supaya diringankan seksaan walau hanya satu hari saja. (Gofir 40:49-50)

· Meminta kepada malaikat Malik, agar dimatikan saja sebab dah tak tahan kena seksa. (Az-Zukhruf 43:77)

· Meminta kepada Allah agar dikeluarkan dari Neraka dan dikembalikan ke dunia untuk beramal soleh. (Al-Mukminun 23:107-108, As Sajadah 32:12, Ibrahim 14:44)

· Meminta supaya Allah melipat gandakan azab untuk para pemimpin dan ketua yang telah bawa mereka Neraka. (Yasin 33:66-68)

· Meminta Keluar Dari Neraka. (Al Mukmin 23:11)

Oleh sebab itu duhai pembaca yang budiman sekalian, disana sungguh sudah TIDAK BOLEH BUAT PILIHAN, Maka menangislah wahai mata di sini tempat boleh buat pilihan kerana, menangis di sana walaupun keluar air mata darahpun tiada guna sedikitpun.

Tapi di sini walau setitik…bisa memadamkan api neraka yang berkejolah.oh..!

“Dua mata yang tidak akan disentuh api neraka untuk selama-lamanya : mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam di jalan Allah.”

(Riwayat Tirmidzi-bukti pilihan di sini mengubah nasib di akhirat)

So, berbalik kepada pilihan maka wujudlah orang kafir, Allah tak ciptkan mereka kafir, semua orang lahir islam dan fitrah, tapi bila di beri dua jalan, maka mereka memilih kekufuran.

Tapi orang kafir masih di beri peluang bertaubat, di datangkan Nabi, dan pendakwah, mereka boleh ubah nasib di akhirat jika mereka mahu, tapi itulah, mereka yang pilih untuk jadi kafir.

Panjang penerangan, saya ringkaskan dengan bertanya Empat Soalan

Siapakah makhluk yang tidak nampak Allah, tapi DERHAKA sampai kiamat?

Jawapan: Orang kafir

Siapakah makhluk yang tidak nampak Allah, tapi TAAT sampai kiamat?

Jawapan: Orang beriman

Siapakah makhluk yang nampak Allah, tapi TAAT sampai kiamat?

Jawapan: Malaikat

Siapakah makhluk yang nampak Allah, tapi DERHAKA sampai kiamat?

Jawapan Iblis dan syaitan.

Dari empat jawapan ini maka menjawablah soalan korang yang bertanya:

“Abang mayat, kenapa ada orang kafir? Kenapa Ada orang islam? Kenapa Ada syaitan? Kenapa Ada malaikat?

Ini semua masuk bab Iradat, Allah Maha Berkehendak, Maka siapalah kita untuk pertikaikan Kehendak Allah, lalu sudah kehendak Allah nak cipta manusia, diuji susah, diwakilkan Nabi, dan siapa yang ikut Nabi masuk syurga, siapa tak ikut Nabi akan masuk neraka, sudah itu kehendak Allah, kita sebagai hamba ciptaannya nak pertikai apa lagi, sedangkan pilihan telah di beri”

“Tapi abang mayat, dengan Iradat macam tu, ramai akan masuk neraka, kenapa Allah tak bercakap terus dengan manusia direct ke telinga, terus semua sembah Allah dan masuk syurga”

Saudara, Iradat Allah juga sudah buat makluk yang Allah bercakap direct iaitu Malaikat, dan semua malaikat sembah Allah, lepas tu baru Allah cipta manusia, dan waktu itu ada pulak makluk yang bercakap direct dengan Allah jugak tapi derhaka, iaitu iblis, jadi Allah cipta manusia dengan iradat boleh buat pilihan, dan semua manusia akan di uji sama ada nak jadi baik macam malaikat atau jahat macam iblis, pilihan di tangan kita.

Kita hanyalah makhluk ciptaannya, bersyukur Allah tak jadikan kita iblis, kekal di neraka, tapi Allah jadikan kita manusia, boleh pilih masa depan. Tapi kita sombong, nak jadi kafir, dan salahkan Tuhan? Tak ke mana lah kita.., ke neraka bersama iblis Nampaknya.

Akhir kata: takutlah Allah, Fahami bab Iradat, yang mana Allah mampu cipta malaikat yang bercakap direct dengan Allah, semua taat, Allah juga mampu cipta iblis yang bercakap direct dengan Allah, tapi semua derhaka, lalu Allah juga mampu cipta manusia yang tak bercakap direct dengan Allah dan pilihan di tangan kita nak pilih syurga atau neraka

Sabda Nabi, Beruntunglah orang yang tidak melihat aku, tapi Beriman dengan apa yang aku sampaikan.

Semoga Woha sampai syurga!

Sep 15, 2020

Kisah penulis lapar?


Dua tiga hari ni kecoh isu penerbit tak bayar Royalti, alamak? Teruk ke jadi penulis?

Maka saya sebagai penulis 12 buku nak bercerita kisah penulis yang ada waktu kenyang, banyak waktu lapar, dan kadang kadang kebuluran.

Semoga tulisan ini dapat dijadikan pedoman hidup, atau sebagai rujukan, atau batu loncatan, atau batu yang di baling laju ke permukan air lantas dipuji kerana melambung lambung tiga percikan lalu tenggelam dan nobody care.

Nasihat pertama, bagi mereka yang nak jadikan kerjaya menulis ini sepenuh masa:  tengoklah siapa penerbit anda, dan siapa kerajaan memerintah zaman tu, jika dapat kerajaan mesra buku, dan penerbit yang telus. Alhamdulillah.

Jika dapat kerjaan yang dalam pembentangan bajet kau search perkataan “buku” tak ada, dan dapat pula penerbit yang tak takut rohnya tergantung di langit kerana berhutang dengan penulis, atau tipu bilangan jualan agar royalty rendah, maka bersiap sedialah untuk rebus buku dan hisap dakwat.

Alkisahnya, awal menulis dulu, buku saya semua direject penerbit, sebab katanya tulisan saya tak sesuai dengan zaman ini.

Tapi saya tak putus asa, buku pertama saya PERMATA YANG HILANG KINI DIJUMPAI, pinjam duit kawan kawan RM10 ribu cetak sendiri.

Alhamdulillah, setahun, habis terjual. Tapi penat dan puas hati sebab dapat bayar hutang namun masa menjual lebih banyak dari masa menulis buku baru, maka saya dah tak nak terbit sendiri.

Maka buku kedua saya, ada Penerbit datang tawarkan, iaitu kompeni TERFAKTAB MEDIA, judulnya KAMAR SUTERA.

Laku keras katanya, buat cetakan baru dengan dua Cover berbeza.

Dengan TERFAKTAB ni, saya buat lima buku, selain KAMAR SUTERA, buku saya berjudul SEMUSIM DI SYURGA (laku hingga ada dua cover) SEMUSIM DI NERAKA (habis di pasaran) dan KISAH HANTU TERAKHIR. (ada 10 bijik lagi,)

Royalti Alhamdulillah, di bayar ikut bilangan buku dijual, setahun sekali, atau setahun dua kali, jika saya beli sendiri ada diskaun 50%, dan pernah kompeni ini taja saya dan isteri melancong ke Bandung.

Dapatlan naik gunung berapi dan main indoor game di transbandung!

Namun, pelango tak selalunya berbelang. Kompeni ada masalah, dan dah tutup, lalu Karya saya di serap ke WRITE and BRAVE kompeni baru tapi Nampak gaya tiada cetakan baru untuk karya saya. Hu huh u.

Baik, Syarikat kedua yang lamar saya adalah KARANGKRAF, dijadikan penulis indie pertama bawah penerbitan BUKU POJOK, di Karang Kraf, saya tulis buku KISAH LAKI BINI yang mendapat best seller, jualan sampai lima angka, dapat naik pentas bersama Ramlee Awang Murshid terima Anugerah. Alhamdulillah. Pernah juga di bawa Karangkraf jalan -jalan ke Sawarak dan Sabah.

Selain KISAH LAKI BINI, saya menulis KISAH ANAK BINI, SATU, dan MENGETEH DI KUBUR AYAH.

Sistem Royalti di Karangraf sangat tersusun, jualan buku dinyatakan, dan Royalti akan di bayar ikut jadual. Masih mendapat royalty walau dah tak banyak, faham factor ekonomi, dan Hingga sekarang buku saya under KarangKraf masih dijual diseluruh negara, boleh tegur jika jumpa, dan jika tak jumpa boleh mesej saya untuk beli. He he

Syarikat ketiga yang lamar saya, adalah TARBIAH SENTAP, dan saya menulis buku MENANGKAP DAJJAL DI WAKTU DHUHA.

Cetakan pertama 10 ribu unit, dan habis! Saya rasa the best penerbit forever dari segi royalti dan kontrak adalah TARBIAH SENTAP, jualan buku dijual kepada penulis sangat tinggi diskaun, dan rasanya Royalti paling tinggi saya terima adalah dari Kompeni ini, di bayar Royalti dulu,  walau buku tak habis dijual. Perghhh Dahsyat! Kontrat habis tempoh pun sedap termanya!

Zaman tu zaman kaya lah jugak, zaman penulis kenyang!

Kemudian saya di lamar oleh Dubook, saya tulis AKU ALMOND LONDON DAN GAY, dan saya akui pernah terima royalty sekali, lepas tu membisu, saya follow up balik (dan lepas betahun tahun membisu) dua tiga hari lepas, mereka kata dalam proses, saya tunggu sahajalah. Semoga mereka Berjaya dengan janji terkini mereka, Amin.

Terkini, saya dilamar PTS bawah penerbitan Puteh Press, dengan karya KERANA DIA ANAK SYURGA, baru setahun buku itu, Alhamdulillah dah dapat royalty pertama dan mana mana kedai buku saya pergi Nampak jer buku saya ada atas rak. Rezeki anak OKU Autisme saya ni, Alhamdulillah.

Dan sisi gelap, bukan semua karya saya diterima, KISAH PEMBUNUH DAN TAKDIR, masih diperam oleh sebuah penerbitan, TEKA TEKI ISLAMIK, ditolak, dan terbaru saya buat KISAH MUALAF BERCAKAP DENGAN KUCING dan sedang tunggu jawapan dari penerbit baru anak muda, kita tengok hasilnya.

Jadi jika bertanya, kenyangkah jadi penulis?

 Untuk saya jika saya menulis sahaja, maka saya akan kelaparan, sebab royalty ni dibayar setahun sekali. Dah dapat terus bayar hutang.

Zaman mewah adalah zaman baucer buku, memang penerbitan tumbuh macam cendawan lepas hujan.

Jadi saya bukan full time menulis, buat macam macam kerja jugak, jual tanjak, tolong kawan jual ebook, buat kursus penulisan, buat homestay (tak menjadi dah tutup), dan macam macam lah, tapi saya tetap menulis sebab seronok menulis.

Pendek kata, Nak jadi kaya dengan menulis ni belum rezeki saya, tapi Alhamdulillah bersyukur dengan segala nikmat.

Jadi pesanan saya kepada semua penerbit yang ada hutang dengan penulis, bayarlah, sebab si mati syahid, patut masuk syurga tanpa hisab, namun rohnya tergantung sebab ada hutang, maka apatah lagi kita semua yang banyak dosa,

ingatlah roh yang tak boleh dipegang... Nampak macam boleh lari sambil terbang tapi kuasa Tuhan, mampu di gantung roh kita, mana kau nak lari wahai roh? Adohai..

Akhir kata, terima kasih kepada semua penerbit yang sudi terbitkan buku saya, Terima kasih yang bayar royalty buku saya,

Juga Terima kasih tak terhingga kepada yang sudi beli buku saya, dan kepada yang nak beli lagi, stok yang ada, Semusim di Syurga, Hantu Terakhir, Kisah LAki Bini, KIsah Anak Bini, Mengeteh di Kubur ayah, Kerana dia Anak Syurga. http://www.wasap.my/60199117163 Nak Beli tanjak pun boleh jugak, hehehe.

Last! Semua ini akan menjadi kenangan, izikan buku aku terselit di almari rumahmu, memerhati kehidupanmu dan tiba tiba kau menoleh melihat bukuku, sambil masing masing: kagum dari jauh.

Woha!

#hamkakeretamayat