Mar 29, 2020
Jemaah Tabligh ramai belum serah diri?
(20 tahun dahulu, dan kini, di tahun 2020)
Hari ni nak
share pengalaman berdakwah dengan orang tabligh dua puluh yang lepas. Satu hari
lepas asar, pergilah saya dan beberapa orang tabligh berdawah rumah ke rumah,
satu jam kemudian kami balik ke surau tanpa ada sorangpun ikut.
Di tangga
surau ada orang kampong perli:
“Berapa
ramai yang ikut tabligh hari ni? kosong!”
Lepas tu
pakat gelak beramai ramai, dan ada kawan dia sampuk!
“Tak laku
dah dakwah macam ni, sia sia sahaja, orang meluat dakwah jumpa orang ni, takde
orang ikutpun, lama lama pupuslah dakwah tabligh ni!”
Saya
senyum, sebab saya faham, kejayaan dakwah bukan berapa ramai orang ikut kita,
tapi berapa banyak yang kita dapat amal dari apa yang kita sampaikan. Betul
tak?
Mari rujuk
Al quran, Bagaimana semua Nabi berdakwah?
Nabi
Muhammad SAW dan semua Nabi berdakwah adalah dengan cara jumpa manusia dan
bercakap dengan lemah lembut.
Rujuk Al quran
kisah Nabi Musa dan Firaun. Firman
Allah:
"Pergilah
kamu berdua (Nabi Musa dan Nabi Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui
batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah
lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut".
Kalau ikut
kefahaman korang, Firaun pun samalah macam korang, sangat meluat dengan orang
yang berdakwah secara berjumpa dirumah beliau, firaun pun dapat dosa sebab
marah dan tak selesa. Orang nak berehat, tapi Nabi Musa datang kacau, patut
Nabi musa berdakwah dengan cara yang selesa, cara yang mesti memikat dan
menyenangkan orang, guna internet ke, FB ke, baru firaun tertarik dengan Nabi
Musa dan mudah mudahan tertarik juga dengan islam.
Begitu
fahaman korang yang kononnya bernas?
Saya nak
tanya, sebelum Allah hantar Nabi Musa berdakwah pada firaun dengan cara yang
korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Firaun tak akan beriman?
Sebelum
Allah hantar Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara yang
korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa 99 peratus kamun Nabi Nuh tak akan tak
akan beriman dan kena bala?
Sebelum
Allah hantar Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif dengan cara yang korang
tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Nabi Muhammad SAW akan kena baling batu
sebab semua penduduk taif rasa meluat dengan dakwah cara Nabi.
(jika kau
jawab Allah tidak tahu, maka kau adalah jahil sejahil jahilnya bab ugama)
Allah Maha
mengetahui bang!
Nabi buat
dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka
melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu, korang siapa nak nafikan
perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak selesa dengan dakwah cara
Nabi, bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah
cara lain? Oh Nabi nuh gagal berdakwah cara jumpa manusia, nanti Nabi luth
dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat blog ke? Tulis buku ke? Ada Allah
ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?
Takde
maknanya!!
Nabi
Muhammad SAW pun ajar sahabat berdakwah jumpa manusia dari rumah ke rumah dan
bercakap dengan lemah lembut. Orang yang meluat adalah Abu jahal, Abu Lahab,..,
tapi ada Nabi suruh sahabat ubah cara dakwah tu? Lepas tu siapa yang kena laknat
dan azab? Abu lahabbbb!!!
Ketahuilah:
Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain
lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke,
berdemotrasi ke? FB sharing ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka
korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..
Berdakwahlah
dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai
membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain
yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila
kita berjaya amal apa yang di sampaikan.
Firaun yang
jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya Ahli sihir firaun
yang dapat hidayat, semua kerja Allah..
Nabi Nuh
berdakwah siang dan malam, sepuluh tahun baru dapat seorang pengikut, tak
pernah Allah cakap cara Nabi Nuh tu salah sebab 10 tahun dapat seorang, 900
tahun dapat 80 orang, yang salah kaum dia yang rasa tak selesa dengan cara Nabi
Nuh berdakwah dan agenda yang di bawa oleh Nabi Nuh, akhirnya yang rugi kaum
dia, bukan Nabi NUh, tak paham lagi?
"Tapi
Tuan, ada orang insaf bila mendengar lagu nasyid, macam mana tu?"
Dik, dakwah
terbaik adalah cara Nabi, selain dari cara Nabi ni walaupun ada sedikit
‘kesan’, tapi kesan kerohaniannya tak sama, lagipun bukan semua benda yang
mendatangkan insaf itu baik, sebagai contoh, ramai yang insaf tengok mangsa
covid menderita, habis tu nak kena jngkit dulu baru ornag lain insaf tengok
kita? Gitu? Contoh lain: ramai orang insaf bila melihat mayat bergelimpangan
mati di jalan raya, tapi tak kan lah kita sengaja nak bergolek di jalan raya
semata mata nak suruh orang insaf, kena pijak tayar lori karang, siapa nak kutip?
keretamayat juugak, adohai..
Dakwan cara
Nabi akan datang bersama pengorbanan dan ujian.
Baca kisah
nabi Ibrahim kena campak dalam api, Nabi Nuh di sabotaj binaan kapal, Nabi
Muhamad di baling batu, Nabi zakaria di gergaji, Nabi Ayub di ditimpa penyakit,
Nabi Yunus di telan ikan, Nabi Yosof dipenjara, Nabi Ismail di sembelih..
adohai.. banyak nak cerita.
Bila
Sahabat rasa susah bermujahadah dalam berdakwah cara Nabi, Nabi tenangkan
mereka dengan bagitahu:
“Sesungguhnya
umat-umat yang zaman dahulu, mereka disikat dengan sikat-sikat besi sehingga
mengoyakkan daging dan urat dari tulang-tulang, namun semua itu tidak
membuatkan mereka berpaling daripada agama.”
Tuan tuan,
Agama tersebar dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman
Nabi Muhammad SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum
ada, kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar
harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik
takde, halaman web Islamicpun takde jugak, sekolah pondokpun takde, parti islam
dan nasyid jugak tiada, drama islam takde, ceramah kelakar macam UAI pun takde,
tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?
Kerana
hidayat tersebar bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi
zaman ni, apa yang tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar
dan majalah islamic bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog
dakwah berlink link, halaman web Islamic penuh sesak, sekolah pondok bertingkat
tingkat, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di
radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah bukan main kelakar,
tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi, sikit bebenor,
malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?
Patut
dengan dakwah cara tak meluat, Masjid penuhlah, tapi masih kosong terutama bila
takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..
Akhir kata
pesan kepada geng Tabligh:
Bersabarlah
kita dalam berdakwah cara nabi, kerana Nabi dahulu bila berdakwah telah di hina
oleh bangsa sendiri, Hari pertama istihar Kenabian, telah di tempelang oleh
anak Abu jahal, Nabi pernah di sepak macam anjing, pernah di humban ke tanah
seperti sampah, pernah di tumbuk sehingga tercabut giginya, di baling najis, di
lontar batu sehingga berdarah darah, di hina di caci, di dusta di lukai, ini
adalah gara gara berdakwah dari pintu ke pintu yang orang kapir cukup meluat.
Tapi adakah
Allah turunkan wahyu kesian tengok Nabi susah bermujahadah dalam berdakwah
dengan cara yang orang kafir meluat lalu suruh ubah cara berdakwah?
Takde
maknanya!
Berdakwahlah
untuk menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain..,
berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.
Pesan imam
Ghazali: Mujahadah adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain
mujahadah.
Nak
berhibur sambil berpesan perkara baik, itu takde masalah, nak bernasyid ke, nak
tulis blog ke, nak berkompang ke, nak berdemotrasi ke, nak uodate facebok ke,
nak kadi youtuber ke, takde masalah, selagi ada kebaikkan, ianya akan member
manfaat pada sesama mukmin.. tapi nak kata cara Nabi tak sesuai dan meluat,
baiklah istigfar.
Balik ke
tangga surau 20 tahun lepas, dikutuk oleh orang kampong konon dakwah cara Nabi
takde orang ikut.
Jika mereka
tahu akan datang, pada tahun 2020, satu perhimpunan Tabligh telah di adakan,
tapi syarat peserta hanyalah mereka yang pernah berdakwah selama 4 bulan
sahaja, maka saya yang pernah berdakwah selama 40 hari tak layak pergi ke sana,
semua ada hikmah dan tiba tiba ujian Allah datang, virus covid tersebar, dan
beribu ribu orang tabligh dah pergi serah diri.
Tengok
bilangan yang hadir, gerun jugak sebab ramai, belum lagi jika rujuk Jemaah tabligh
buat perhimpuan Ijtimak di Nilai tahun 2009, ada 200 ribu masa tu, jika rujuk
himpunan di Tonggi pula, 4 juta orang… maka saki baki Jemaah tabligh yang gagal
di jejak, tolong serah diri untuk diperiksa.
Salam
sayang, korang semua penyejuk mataku.
Woha!
Mar 27, 2020
Tip aktiviti bersama anak sewaktu Covid?
(Hidup sementara sahaja, datang virus pun mati, tak datang
viruspun mati. Sunguh hidup terlalu singkat untuk bergaduh bab agama.)
Untuk itu, sempena perintah berkurung 28 hari, elok waktu yang
ada sewaktu berkumpul bersama anak bini, kita habiskan dengan buat aktiviti
keagamaan.
Nak buat apa? Buatlah (1) Muzakarah adab, (2)Taklim, (3)Bayan,
dan (4)Soal jawab.
Bila nak buat?
Solatkan ada lima waktu, maka boleh buat satu majlis tiap
kali lepas solat, contoh lepas subuh buat (3) Bayan, lepas zohor buat (1) muzakarah
adab, lepas asar buat (4) Soal jawab, lepas magrib mengaji beramai ramai, lepas
isyak buat(2) Taklim
Macam mana nak buat?
Ok, untuk (1) muzakarah adab, himpungkan semua ahli rumah,
duduk dalam bulatan, dan minta cadangan dari ahli nak bincang isu apa?
Isu makan ke, isu solat ke, isu ziarah ke, tak kisah.
Bila dah dapat tajuk, si ayah boleh cerita tentang Maksud
sesuatu ibadat, kelebihan sesuatu ibadat, dan bagaimana cara nak dapat hakikat
ibadat itu. (korang kenalah study sikit sebab dah namapun ketua keluarga kan?)
Contoh katakan korang bincang adab solat, maka pengerusi
majlis ceritalah tentang maksud solat, iaitu nak bawa ketaatan dalam solat
keluar solat hingga solat dapat mencegah mungkar.
Kelebihan solat pula adalah dosa dosa diampuni bagai daun
gugur dimusim gugur, (ada beratus ratus kelebihan solat)
Cara nak dapat pula adalah melalui solat awal waktu secara
berjemaah.
Kemudian boleh minta semua ahli rumah tambah ikut ilmu
masing masing, sebab banyak lagi kelebihan solat atau apa apa bab solat yang
orang lain tak tahu maka dapatlah kita berkongsi ilmu.
Bagi ahli rumah yang tak tahu, suruh mereka ulang balik
cakap orang lain agar tiada peserta majlis hanya diam termenung, biarkan semua
bercakap.
InsyaAllah diam diam anak kita bila ada peluang bercakap bab
agama, banyak input mereka bagi dan waktu ini jika fahaman mereka agak wahabi
atau syiah atau ada unsur athies, bolehlah kita betulkan balik alignment
calibration mereka agar kembali ke jalan Sunnah wal jamaah.
Ok, selain muzakarah adab, buat juga (2) majlis taklim, ini
sangat senang, sorang baca hadis, dan yang lain pakat pakat dengar.
Melalui majlis taklim, anak anak akan ada modal untuk
bercakap bab agama, waktu makan nanti boleh tanya anak taklim tadi baca hadis
apa? Lalu terbukalah jalan untuk sembang perkara yang meningkatkan Iman.
Baik, dah habis dua majlis, nak buat apa pulak?
Buat (3) majlis bayan! Minta anak ceramah tentang agama
dalam 10 minit, InsyaAllah melalui amalan muzakarah adab dan taklim tadi, anak akan
ada banyak modal nak berceramah.
Waktu ni jika korang suka kutuk ustaz ceramah tak best, baru
korang tahu anak korang boleh pergi jauh mana dalam bab ceramah dan sama sama
lah korang improve diri.
Dah habis bayan, nak buat apa pula? Hah! Ini anak paling
suka, (4) majlis soal jawab.
Minta anak anak bertanya soalan, dan ayah jawab, waktu ni
kita dapat tahu ilmu kita takat mana dan kita akan ada modal nak cari jawapan
yang kita tak tahu, bagi anak yang tak bertanya, kita yang tanya dia, biar dia
serik sebab tak bertanya, haha.
Okey cukuplah dulu empat majlis tu korang buat bersama anak
bini, ada lagi majlis lain seperti mesyuarat cara islam, khidmat cara islam,
riadah cara islam tapi panjang nak cerita nanti, pelan pelan kayuh. (boleh
rujuk FB dan Youtube saya dari masa ke semasa)
Bagi yang masih tak dapat gambaran, saya ada buat video
Muzakarah adab di Youtube Hamka Keretamayat Channel, dalam video tu saya tunjuk
cara buat muzakarah adab makan cara islam, jadi korang boleh buat Smart View
kat TV dan biarkan anak bini tonton agar mereka faham bagaimana nak buat
muzakarah tu nanti.
Video tu akan saya share di ruang komen. https://youtu.be/EIYVJMj1fOY
Selamat menonton, sila like dan subscribe dan jika keluar
iklan kat video tu, janganlah skip ads!
Woha!
Ps: gambar anak anak lepak di belakang rumah seramai 5 orang
yang sedang lapar dan makan dengan rakus kerana penat dengan majlis agama dari
si ayah katanya, adohai
Mar 20, 2020
Kirim salam kepada?
Mahukah kamu temankan aku berjalan di tepi pantai sampai
tua?
Alkisahnya tadi jogging tepi pantai tiba tiba terlihat
pasangan pakcik makcik bertongkat sambil berjalan di persisir pantai.
Terus teringat arwah ayah dan bonda yang telah pulang ke
alam akhirat.
Teringat juga waktu kecik aktiviti petang mandi pantai
sambil di perhatikan ayah dan bonda.
Semua itu telah menjadi kenangan.
Dalam hadis, lihat wajah ayah dan bonda dapat pahala, lihat
pantai pun dapat pahala.
Maka pesanan saya di persisir pantai indah ini, kepada
mereka yang masih ada ibu bapa, bawalah mereka berdua berjalan di pantai dan
nikmatilah pahala yang menderu bagai ombak menghepas pantai tanpa henti.
Lepas tu bagitahu, kereta mayat kirim salam
Woha!
Teh Tarik Tersedap?
Sempena hari wanita minggu lepas, saya nak share cara buat air teh
tersedap (InsyaAllah)
Jom buat agar suami Puan akan lebih seronok beronok mengeteh
bersama puan.
Bahan bahan:
1. Dua biji gelas, satu untuk rendam teh, satu untuk di dia
yang istimewa.
2. Sebatang sudu untuk proses mencampurkan serbuh the dan
susu menjadi sebatian
3. Dua sudu serbuk teh, atau tiga uncang teh.
4. Dua sudu susu pekat, jangan manis sangat nanti manis
potong kaki tak sedap jugak
5. Panapis untuk asingkan serbuk
6. Air panas pada suhu 100 darjah Celcius
7. Sekelumit garam jika ada
8. Segugus Hali jika perlu
9. Sekalung cinta wajib ada
10. Sekujur asmara dana, wajib ada jugak.
Cara nak membuat.
Aduh, penatlah tulis teh, dia auto tukar the, maka saya buat
video,
Selamat menonton dan sila like, subscribe channel Hamka
keretamayat.
Woha!
Mar 19, 2020
Suaramu Syairku versi arab?
Pada satu hari, anak autisme saya tiba tiba naik pentas dan
menyanyi lagu SUARAMU SYAIRKU versi arab.
Dia bukan penyanyi utama, tapi mujurlah penyanyi asal
mengalah dan ajar guna mic dengan betul
Ada dua kali cubaan Ustazah nak tarik dia ke belakang tapi
anak autisme gigih menyanyi sampai habis
Terima kasih ustazah yang sporting!
Terima kasih penyanyi utama sebab bagi laluan!
Woha!
Link video: https://youtu.be/rBB3WTjdyFw
Mar 18, 2020
Ada masalah hutang Along?
Salam abang mayat, saya pinjam along rm2000, tapi dapat
rm1000 sahaja, dan bunga rm400 setiap minggu, jika sebelum seminggu bayar 1800
selesai hutang, tapi silap saya tak dapat bayar, minggu tu, bila nak bayar
RM2000 mingu berikutnya mereka cakap saya kena denda lambat bayar RM3000,
campur hutang jadi rm5000, saya mana ada duit? Mereka cakap jika tak bayar
RM500 setiap minggu bunga naik RM500.
Saya pening, saya pinjam along lain RM5000, tapi dapat hanya
RM2500, bunga RM800 setiap minggu. Jadi pinjaman duit kawan dan pinjaman along
cukup RM5000 saya bayar kepada Along pertama, tapi dalam perjanjian saya tak
boleh pinjam along lain dan mereka denda saya RM6000 campur dengan hutang
RM5000 jadi saya kena bayar RM11000. Pening saya bang!
Lepas tu Along No 2 pula bagitahu saya kena denda RM6000
sebab langgar perjanjian kerana tak bagitahu ada pinjaman dengan Along lain.
Saya sangat risau dan sedih sebab suami dan mertua saya
belum tahu dan Along ugut jika tak bayar segara akan bagitahu kepada suami dan
mertua, saya takut kena cerai tapi saya sangat buntu, ada tak sesiapa di luar
sana yang pernah hadapi masalah seperti ini?
Isteri rungsing.
***********
Hamka kereta mayat menjawab:
Semua orang berdosa dan sebaik baik pendosa adalah mereka
yang tidak malu mengaku bersalah dan tidak malu bertaubat secara terang terang.
Pinjam along berdosa sebab ribanya tinggi, maka untuk
bertaubat nak tak nak, kena mengaku bersalah, dan jika takut suami atau mertua
tahu, hakikatnya along akan gunakan ketakutan kita untuk tuntut hutang lebih
banyak sampai puan jadi murung dan bunuh diri.
Nasihat saya, buat report polis, dan simpan segala dokumen
pinjaman serta bayaran, dan pergilah ke PPIM Kuala Lumpur untuk minta khidmat
nasihat.
Saya rasa kena bagitahu juga suami dan mertua sebab nanti
lambat laun mereka akan tahu juga sebab kita tak ada kuasa nak sekat mulut
along dengan duit riba.
Dosa akhirat menanti sebab bila orang menipu akan guna dua
tipu untuk tutup satu tipu dan guna empat tipu untuk tutup dua tipu yang mana
akhirnya bila tipu terlalu besar, akan terbingkar jua
Dah terlanjur, bertaubatlah dan buatlah solat hajat sambil
bercucuran air mata.
Sungguh dalam dunia ni berkumpul semua manusia nak
mudaratkan kita mereka tak boleh buat apa apa melainkan dengan Izin Allah.
Sangka baik pada Allah!
Namun saya bukanlah pakar kewangan, segera report polis
kerana takut ancaman Along, jika ada ugutan, rakam atau print short, tunjuk
pada polis sebab along jika cederakan pemijam akan masuk kes jenayah dan mereka
boleh kena penjara!
Merekapun takut penjara dan berani bila kita takut tak
bertempat sahaja.
Penting, rujuklah PPIM yang dah banyak selesaikan masalah
ini.
Sungguh ketakutan adalah modal Along untuk perah peminjam
sampai mati kering, tapi jika berani dengan ikhlas, tiada kuasa yang boleh
lawan orang ikhlas! Syaitan yang paling kuatpun tak akan mampu lawan orang yan
berani dan ikhlas dalam bertaubat!
Dengan menzahirkan Taubat, ilham dari Allah untuk selesaikan
masalah akan datang InsyaAllah dan ilham ini adalah rezeki yang tidak di sangka
sangka.
Hari tu saya pernah baca kisah orang pinjam along, dan dia
bayar setakat pinjam dan riba sahaja, denda semua dia tak bayar dan buat report
polis bahawa sudah bayar hutang along tapi tak bayar denda yang melampau dan
buat report atas tujuan keselamatan, mula mula along ugut nak bagitahu suami
dia, tapi dia cakap, suami dah tahu, lepas tu along tampal gambar dia tak bayar
hutang di tiang elektrik sekitar kampung, semua orang kampung tahu, dan dia
lebih rela malu daripada diperah oleh along, akhirnya along tak kacau dia dan
dia teruskan kehidupan sebagai peminjam along yang dah bertaubat, life goes on,
kita tak hidup dengan pujian orang, dan kita tak mati dengan kejian orang. Kita
hidup denga kasih sayang Allah dan salah satu nikmat hidup adalah bertaubat
sebelum jadi mayat
Akhir kata:
Moga Menteri baru, ketua polis baru, hakim baru, peguam
baru, kerajaan baru dapat berbincang untuk atasi masalah rakyat dalam bab along
yang menindas.
Para pembaca yang pernah ada pengalaman boleh share cara nak
atasi masalah terjebak dengan Along demi kebaikkan kita bersama.
InsyaAllah
Mar 17, 2020
Bagaimana nak selesaikan segala masalah hidup?
(Jawapannya ada pada lima kertas kosong yang ada dalam
simpanan anda.)
Baik, sediakan lima kertas kosong bersaiz A4.
Kertas pertama, tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:
“Jika saya hidup SETAHUN sahaja lagi…”
Kertas kedua, tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:
“Jika saya hidup SEBULAN sahaja lagi…”
Kertas ketiga, tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:
“Jika saya hidup SEMINGGU sahaja lagi…”
Kertas keempat,
tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:
“Jika saya hidup SEHARI sahaja lagi…”
Kertas kelima,
tulis sepuluh perkara yang akan saya buat:
“Jika saya hidup SATU JAM sahaja lagi…”
Okey, ambik masa, tulislah sepuluh sahaja yang anda akan
buat pada lima kertas tu.
Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya percaya,
separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.
Saya ulang! Apa apapun jawapan anda pada kertas tu, saya
percaya, separuh dari masalah hidup anda akan dapat diselesaikan.
Woha!
Ps: Siapa tak pernah jawab lima soalan ini dalam hidupnya,
akan sangat meyesal bila tiba tiba sahaja mati mengejut.
Hint: Jangan mati bawa hutang, maka dalam tempoh setahun,
sebulan, seminggu, sehari dan sejam itu pastikan ada ruang untuk bayar hutang
pada Tuhan, hutang pada orang tersayang, hutang kepada kawan, hutang kepada
alam, hutang kepada kerjaya dan hutang kepada diri sendiri.
Hutang ni bukan wang ringgit sahaja, tapi termasuk ahlak
yang baik serta kasing sayang.
Now you know.
Subscribe to:
Posts (Atom)




