Jan 28, 2019
Bagaimana menjadi Bisnesman?
(Nabi seorang bisnesman, maka marilah kita belajar minda
bisnes dari pemandu kereta mayat.)
Hidup kita ni, ada 24 jam, guna pun habis, tak gunapun
habis, untuk jadi bisnesman, kita kena belajar menggunakan masa dengan
cemerlang, sayapun sedang belajar juga, sama sama pesan benda baik.
Untuk itu, selain dari beribadat dan bercinta, cuba luangkan
masa setiap hari untuk buat tiga perkara penting.
Saya ulang, selain dari BERIBADAT dan BERCINTA, cuba
luangkan masa setiap hari untuk buat TIGA PERKARA penting!
Apa tiga(3) perkara tu?
1.Investment
2.Money Future
3.Money Now.
Bahasa Englishlah pulak, baik, Saya ulang, tiga perkara
penting kita kena buat setiap hari untuk belajar jadi orang bisnes.
1.Investment (pelaburan-duit keluar)
2.Money Future (pendapatan tertangguh-duit akan masuk)
3.Money Now. (pendapatan sekarang-duit masuk)
Jangan Pilih satu atau dua, Hanya dengan buat ketiga tiga
ini, maka korang akan jadi bisnesman, insyaAllah.
Keterangan:
1.Investment: adalah pelaburan yang kita buat sehingga
terpaksa keluarkan duit. Contoh: Beli Buku. Pergi Kursus Menulis, dan lain lain
pelaburan.
2.Money Future: pula adalah wang yang akan masuk di masa
hadapan, tapi kita kena buat hari ini, seperti Baca Buku, Amalkan Imu dari
Ceramah, Tulis Buku dan lain lain.
3.Money Now: pula adalah wang masuk, seperti Jual Buku, Di
jemput berceramah, dapat hadiah dan lain lain.
Nampak tak?
Jika kawan ajak mengeteh, maka itu boleh jadi “Money Future”
sebab kawan mungkin ada network yang bagus.
Atau jika kita ajak kawan yang hebat mengeteh, maka itu
menjadi “Investment”. Takpe kita belanja orang hebat mengeteh sebab nanti
ilmunya lagi tak ternilai kita dapat dan akan menjadi “Money Future”,
Dan andai kata waktu mengeteh tiba tiba kawan terus offer
projek bagus, dah jadi “Money Now”
Nampak tak?
So sekarang cuba korang fikir, apa korang buat sekarang?
Investment? Money Future? Money Now? Atau buang masa duduk
dalam gua ada aircond sambil bercerita hal politik sokong sebelah pihak sahaja
walaupun salah?
Nak mudah fahan, saya beri contoh mudah:
Jika korang baca FB saya ni, banyak tip tip saya share, maka
korang sedang buat “money Future”, duit tak habis, tapi ilmu bertambah,
Alhamdulullah.
Jika korang ada beli buku saya, atau pergi kursus yang saya
jadi penceramah, atau belanja saya mengeteh, maka korang sedang buat
“Investment”.
Nampak tak? Takpe duit habis sikit sebab ilmu semakin
bertambah dan peluang untuk “money future” semakin cerah.
Atau waktu kita berjumpa bertentangan mata, tiba tiba ada
“Money now”, mana tahu ada produk korang yang saya rasa nak beli, kan? Atau
kita bekerja sama buat projek win win situation.
So apa saya nak bagitahu ni? Apahal contoh semua dalam
bidang penulisan?
Saya nak cakap, 9hb Feb ni, saya ada buat kelas penulisan,
RM60 sahaja, inilah “Investment”, yang bakal mendatangkan "Money Future
and Money Now".
Jangan cakap abang keretamayat tak payung
Woha!
Whasapp: 0199117163
Jan 25, 2019
Kenapa perempuan suka suami orang?
.
Ini aku cerita pengalaman sendiri, bilamana ramai (tak ramai
pun, tapi tulis ramai supaya nampak macam popular-woha!) jadi bila ada peminat
perempuan ajak poligami, dan aku tolak sebab aku belum ada dalam agenda hidup
nak kahwin ramai.
.
Maksud aku jika betul nak kahwin lagi, biar untungkan ramai
pihak, bukan bini baru sahaja untung, sedang anak dan bini pertama rugi. Itu
bukan pelaburan yang bijak. Lagipun bila peminat perempuan suka kat kita, bila
masa pulak kita suka kat dia?
.
Jadi Bila tolak, perempuan tu cakap aku takut binilah, aku
tak amalkan islam sempurnalah, macam-macamlah!
.
Padahal, bukan mudah juga suami orang nak suka pada
perempuan lain jika bini pertama sangat membantu kehidupan dunia akhirat.
.
So aku cakap, jika anda nak sangat poligami, nak sangat
kahwin dengan laki orang, pergilah ambik hati bakal madu anda dan pujuk elok
elok sebab korang nak kongsi hidup dan kongsi suami, eh tahu pulak tak nak!
Suruh kahwin senyap senyaplah, malah lagi teruk, ada pulak suruh cerai bini
pertama sebab dia tak nak berkongsi kasih! Dan ini banyak berlaku pada kisah
rumah tangga di Malaysia. Nauzubillah!
.
Ok, balik pada tajuk, Kenapa orang perempuan jatuh cinta
pada suami orang? Walaupun tak hensem? Apa orang bujang tak menarik ke?
.
Ini adalah kerana, suami orang ni pada pandangan mata
perempuan lain, macam Roller Coaster, lagi besar Roller Coaster, lagi menarik!
So dalam Roller Coaster tu ada anak bini yang semua kelihatan seronok naik
Roller Coaster! Menjerit jerit bahagia dalam hidup. Jadi perempuan lain pun nak
tumpang sama naik Roller Coaster!
.
Memang ada pasangan yang izinkan perempuan lain naik Roller
Coaster!, tapi berebut kerusi pulak sebab semua nak duduk tepi suami, yang
bergilir baguslah! Yang bergaduh alamak runtuhlah Roller Coaster tu!
.
So jangan gaduh gaduh, nak naik Roller Coaster tu ambiklah
hati semua penumpang sebab anda berkongsi perjalanan pada Roller Coaster yang
sama.
.
Pengajaran di sini, kepada lelaki bujang, kesilapan korang
bila jatuh cinta, korang janganlah hidup mati pada perempuan tu, terus hidup
korang focus pada perempuan tu lalu kehidupan korang jadi tak menarik. Setakat
jatuh cinta macam tu semua orang boleh buat, yang sebetulnya korangpun kena ada
Roller Coaster yang menarik! Itu yang perempuan nak.
.
Bila hidup kita macam Roller Coaster yang menarik, berebut
perempuan nak!
.
Apa itu Roller Coaster yang menarik? Hidup yang ada tujuan
yang jelas, kerjaya yang semakin berkembang, suka terlibat aktiviti
kemanusiaan, suka membantu masyarakat, kemampuan hadapi cabaran dengan riang
ria macam orang menjerit seronok naik Roller Coaster waktu tiba di laluan
paling mencabar!
.
Perempuan jandapun sama, bila si janda tiba tiba hidupnya
bertukar menjadi Roller Coaster yang menarik! Bisnes Berjaya, kerjaya
berkembang, bakat dicurahkan pada masyarakat, maka berebut pulak si lelaki
datang meminang sebab nak naik Roller Coaster duduk kerusi paling depan!
Perghhh..
.
Jadi, Roller Coaster hidupku ini, kerusi depan semua dah
penuh, namun masih ada gerabak kosong di belakang tapi jika nak naik, pergi
‘mengorat’ bini aku dulu. Dan andai kata bini aku suka pada korang, belum tentu
aku suka sebab cinta tak boleh di paksa.
.
I rest my case.
.
Ps: Korang mungkin kenal aku waktu aku sedang gembira, sebab
nampak macam selalu ceria, lalu korang jatuh cinta, tapi korang tak pernah
tengok waktu aku paling marah, waktu aku paling down, jika korang tahu, dan
nampak sikap aku waktu itu, tentu korang akan jatuh cinta buat kali ke
dua-Woha!
Jan 21, 2019
Suami anda Caring tak?
(Mari mengumpat orang perempuan)
Ada sorang akak tu share dekat FB dan IG gambar dia dan laki
pergi makan angin, tak salahpun Cuma dia ceritalah laki dia ni caring sangat,
pandai ambik hati, ambik berat pasal makan, selalu bawak jalan jalan. So caring
is darling katanya.
Jadi kebetulan aku kenal dengan laki dia, so nak tahulah
jugak tahap caring dia ni tahap mana, kan?
Jadi aku tanya laki dia, tahun lepas ada tak bini puasa
ganti pada bulan Syaaban?
Dia jawab ada.
Aku tanya berapa hari? Dia jawab tak tahu.
Dalam hati aku.., ni bukan caring ni.., ni lacking ni..,
Lalu aku Tanya lagi, tahun ni punya nak isteri ganti bulan Syaaban jugak ke?
Dia kata tak tahu.
Aku pun ceramahlah dia,bagitahu kita orang lelaki kena jaga
hal ehwal agama bini kita, kena tahu berapa banyak dia tinggal puasa tahun
lepas (sebab haid) dan selalu follow up bila dia nak ganti?
Sebab jika bertangguh sampai bulan Syaaban hadapan baru nak
ganti, tak eloklah, jika terlajak kena bayar fidyah, itu jika umur panjang,
jika mati awal muharam belum sempat puasa ganti macam mana? Dah mati dalam
keadaan berhutang dengan Allah.
Kita jika ada hutang dengan PTPTN pun kena cepat bayar,
apatah lagi dengan agama, cepat cepatlah ganti, lagi bagus bini kita bulan
syawal tu dah ganti semua puasa yang lepas. Kita pulak boleh gotong royong
bantu bini ganti puasa cepat cepat dengan sama sama puasa sunat, apa salahanya?,
kata suami caring. Kan?
Lepas tu aku tanya bini jika Haid ada tak kejut jam 3 pagi
tanya Haid dah habis ke belum?
‘Dan-dan’ dia kata aku gelojoh nak tak sabar nak
bersutubuh,, adohai..
Bukan Tanya nak bersetubuh bang, Tanya sebab jika haidnya
dah kering sebelum subuh bolehlah solat isyak sebab masih ada waktu, tapi jika
bini terlajak tidur lepas subuh baru bangun, sempat solat subuh alhamdulillah,
tapi isyak tu kenalah ganti, silap-silap, magrib pun kena ganti jika isteri tak
check darah haid ada berheti ke tak sebelum isyak.
Terus si suami insaf dengan ceramah ringkas aku, terus dia
mesej bini tanya puasa ada berapa hari belum ganti, bini dia jawab ada empat,
diapun tazkirah bini dia tentang mati awal, kena qadar segara, nak puasa sunat
sama sama.
Aku senyum jer dari jauh. Esok aku Nampak FB bini dia share
kisah betapa beriman nya suami dakwah dia tentang puasa ganti dan Haid.
Aku like jer dari jauh. Benda elok, kita like lah, kan?
Sila share artikel ini sebab sharing is Caring-Woha!
Ps: So korang pulak, suami semua love and caring kan? Ada
mereka ambik tahu pasal puasa ganti korang? renung renungkanlah.
Ps2: Jom hadir bengkel menulis oleh Hamka keretamayat pada 9
Feb ini di Perpustakaan Kuantan, yuran rm60 sahaja, makanan tak disediakan so
boleh puasa ganti dan ajak suami sama-Woha!
Whatsapp: 0199117163
Jan 16, 2019
Apa itu Kejayaan?
(Ok, bila masuk tahun baru, maka kita akan renung kejayaan
tahun lepas sebagai semangat untuk teruskan kejayaan tahun ini. Tapi apa itu kejayaan?)
Jom tengok sekeliling, ada tak kita kenal kawan lelaki yang
badannya semakin sado? Atau kawan perempuan yang berbadan semakin rampin?
Tahukah kita bagaimana mereka mendapat kejayaan itu?
Tengok lagi sekeliling? Ada pasangan laki bini yang hidup
bahagia aman damai, seronok naik roller coaster masing-masing, dan tahukan apa
yang mereka lakukan dalam hidup laki bini mereka? Tengok lagi tempat lain, Ada
jugak pasangan laki bini yang selalu bergaduh dan nak bercerai, tengok apa yang
mereka buat dalam hidup mereka?
Ada idea?
Tengok pulak kawan yang bisnes semakin maju, wow, tengok
pulak yang bisnes semakin merundum..oh…
So kita di sini, adakah sekadar pemerhati untung rugi orang
lain, atau apa kata, kita buat jalan hidup kita sendiri yang seronok beronok
ronok!
Untuk itu, mari menjadikandiri kita termasuk dalam golongan orang yang
Berjaya!
Apa itu kejayaan?
Bagi aku, kejayaan adalah bila kita target sesuatu dan ianya
tercapai.
Lagi bagus, target itu adalah sesuatu perkara yang tak
pernah kita buat, (keluar dari zon selesa) dan berjaya di buat, waktu buat tu
pulak rasa seronok, dan bila kejayaan dicapai rasa seronok beronok ronok.
Itulah maksud kejayaan di dunia. (kejayaan bab akhirat akan menyusul di bawah-sila
baca sampai habis)
Untuk mudahkan perjalanan mencipta azam menuju kejayaan:
Mari pecahkan kejayaan kepada A paling hebat, B: hebat, C: Biasa, D: Teruk. E:
sangat teruk.
Aku ulang:
A paling hebat,
B: hebat,
C: Biasa,
D: Teruk.
E: sangat teruk.
Dan terpulang bagaimana korang untuk tentukan apa itu A dan
B, tapi ingat! untuk mulakan azam korang kena anggap korang di markah C, iaitu
biasa. Dan sasaran korang adalah A atau B.
Nak mudahkan lagi, Perjalanan Mencipta Azam Menuju Kejayaan
ini, sila pecah kecilkan sasaran kejayaan kita kepada 5 bahagian iaitu:
-Kesihatan (mahu sihat setara mana?)
-kecintaan (hubungan dengan pasangan, anak, ibu bapa, mahu tahap
mana?)
-Kewangan (berapa banyak simpanan? Harta? Kuasa sedekah?)
-keakuan (apa belum pernah buat dalam hidup? Mengembara?
Melancong? Belajar imu baru?)
-keAgamaan (Adakah mati esok membawa ke Syurga? Apa
sumbangan saya pada agama?)
So kena set dalam kepala, kesihatan korang belum A, baru C.
Kecintaan pun sama, dan lain lain pun sama, semua C.
Dan sudah tentu, untuk capai A dan B kena kerja keras, work
Hard, Tiada Work Smart! Work Hard is work smart!
Namun masalahnya manusia ini, ada sifat malas, lemah, mudah
putus asa lalu dari tahun ke tahun, hanya markah C dan mungkin dapat D, sampai
E pun ada! makin teruk pencapaian nampaknya.
Lalu terlihatlah korang yang ada masalah Kesihatan yang semakin
teruk sebab bertambah gemok sebab dapat penyakit baru siap ada segugus bungkusan
ubat kena bawak kemana mana.
Isteri pulak makin bosan dengan kita, anak anak menjauh
diri, kawan kawan semua menghilang. Kicintaan fail, sebab diri sendiri pun
korang benci.
Wang dalam bank tak ada, dalam poketpun wang pinjaman. Makanan
atas meja tak sedap, dalam peti ais dah berulat.
Banyak masalah jika nak cerita, lalu sebagai manusia yang takut
gagal, malas Berjaya, tak suak dengar cerita azam tak dapat dicapai lalu korang
pilih untuk hidup dikalangan orang yang markah lebih rendah agar korang lebih
selesa dengan ‘kejayaan C’ kerana kawan kawan korang D dan E. Memang tak maju
maju.
Lepas tu korang membawang burukkan golongan A dan B,
semuanya di buat sebab korang nak selesa dengan C, D dan E, teruk kan?
Padahal hidup ini terlalu singkat untuk kekal dalam C, semua
orang boleh capai A jika berusaha, atau B sekurang kurangnya…
So nak Berjaya, kita kena bergerak dari C ke B, dan dari B
ke A. Bila dah sampai di A, kena besarkan minda, bahawa korang masih C dan buat
sasaran A dan B yang baru, Nampak tak? Nampak tak cara orang Berjaya berfikir
di luar kotak?
Semua ini adalah permainan keluar dari zon selesa (C ) dan
menikmati zon baru (A dan B) yang nampak tak selesa pada mulanya tapi hakikatnya
jauh lebih selesa dari C.
So bagaimana nak dapat A dan B?
Sebagai contoh, bab Kesihatan. Apa target korang? Kalau aku
sebelum ini, berat badan 92 kg, aku target dapat 82 kg sebagai (B) dan untuk
(A) aku target kesihatan yang baik sehingga mampu mendaki gunung kinabalu.
So selain jaga makan dan bersenam untuk dapat (B) aku
berlatih naik gunung Ledang, Gunung Datuk, Gunung Irau, Gunung Suku, Gunung
Berantai sehinggalah akhirnya aku dapat Berjaya naik Gunung Kinabalu pada akhir
tahun lepas. Alhamdulillah! Markah A!
Benda simple sahaja, Untuk mudahkan azam menjadi kenyataan,
kita set sasaran kejayaan, tulis, dan bagitahu rakan-rakan.
Maka aku tulis, DAKI GUNUNG KINABALU di sebelah kanan
kertas, dan di kirinya, aku tulis Things to do untuk capai perkara itu,
seperti:
-Study bab Hiking,
-beli alatan hiking,
-berlatih naik gunung Datok,
-Daki Gunung Berantai,
-Daki Gunung Ledang,
-hubungi kawan di sekitar gunung ajak teman daki gunung
-kumpul duit beli tiket kapal terbang-tarikh?
-Hubungi Malim Gunung? Kos?
So begitu lebih kurang, dan Alhamdulillah, waktu daki gunung
Irau di Cameron Highland aku ada borak dengan kawan baru yang ada plan nak daki
gunung Kinabalu, lalu aku letak nama untuk join, dan akhirnya dengan izin
Allah, aku berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu pada umur 41 tahun,
Alhamdulillah.
Ok, bab kedua, KECINTAAN. Sasarannya nak buat orang yang
kita sayang gembira. Nak buat orang yang kita sayang waktu terima berita
kematiaan kita, rasa berbaloi menikmati hidup bersama kita. So siapa yang kita
sayang? Mulakan dengan ibu bapa, bini, anak, adik beradik, saudara mara dan
kawan-kawan.
Untuk ibu bapa, terus cari tarikh untuk ziarah mereka,
kerapkan ziarah mereka. Kalau boleh sekurang kurangnya sebulan sekali kena
ziarah mereka, terus catat di kelendar dan cuba luangkan masa bersama mereka
selama yang kita mampu. Ziarah mereka markah (B). Ajak mereka jalan jalan
tempat best.(markah A)
Aku plan nak ajak ayah pergi Umrah tapi ayah tak nak, so tak
tercapai (A) tapi kekerapan ziarah tercapai, (B) namun aku ada jugak bawak ayah
jalan jalan sekitar Malaysia.
Untuk anak Bini, sama jugak macam ibu bapa, cuba cari event
yang gembirakan mereka, Bila Birhday mereka, bagi masa bersama mereka dan bawak
makan tempat best, tengok wayang, main bowling, (itu markah B) pergi
jalan-jalan tempat best, markah A, so aku bawak mereka mandi di taman tema,
pergi jalan lama lama sikit, melancong luar negeri (untuk markah A) tak kisah, terpulang
pada bajet masing masing, yang penting kita luangkan masa bersama mereka dengan
kasih dan sayang.
Jika boleh cuba letak target MENYELAM KE DASAR LAUT BERSAMA
ANAK BINI contohnya. Lalu kita senaraikan “things to do” untuk ke sana, dan
saksikan betapa seronoknya anak bini menyelam melihat keindahan lautan ciptaan
Allah.
Sama jugak untuk kawan-kawan dan saudara mara atau adik
beradik, jika mereka ajak ke majlis kahwin anak mereka ke, terus catat di
kelendar dan hadir majlis tu, (markah B) kalau boleh bantu mereka di majlis
kahwin dengan ambik tugas yang mencabar, seperti MENJADI JURU PANTUN! (markah
A) Ha ha, first time aku buat dan Okey jer, dua kali dah aku berpantun dalam
majlis perkahwinan anak saudara. Lepas ni siapa nak upah juru pantun, boleh
bagi tarikh, ha ha!
Jangan lupa belajar banyak ilmu yang boleh dikongsi dengan
orang tersayang, aku pandai menyanyi, pandai main gitar, pandai melukis, pandai
bab agama, dan macam macam lagi nikmat kepandaian yang selalu aku share dengan
orang tersayang. Jadikan diri kita asset, bukan Liablility!
So, next, KEWANGAN, berapa income kita nak tahun depan?
Pecahkan pada bulanan, dan mingguan, dan harian, lepas tu buat reverse
Engineer, maka bermulalah things to do kita untuk capai sasaran tu, kes aku,
menulis bukulah, (markah B jika siap tulis buku baru) atau buat bengkel menulis
(markah A jika ramai peserta)-untuk rekod tahun lepas dapat 60 kerusi penuh
dalam satu seisi ceramah. Alhamdulillah. so bab bisnes ni dah ramai orang
cerita, maka tak payahlah aku cerita lebih lebih.
OK, Bab kesihatan dah cerita, bab kecintaan dah cerita, bab
kewanganpun dah cerita, bab apa lagi?
Ya, bab keakuan, Me time. Dalam hidup ini kita kena ada
sasaran peribadi.
Macam naik gunung kinabalu tu, itu sasaran peribadi keakuan
aku, dan sekaligus termasuk dalam sasaran kesihatan, selain itu aku ada jugak
backpackers ke luar Negara tanpa bawak anak bini, just me time. Pilih tarikh,
anak bini faham. Alhamdulillah tahun lepas dapat naik bot si sungai Mekong Kemboja
then redah jalan darat ke Viatnam. So pilih Negara yang korang nak pergi, dan
tulis Things to do untuk capai matlamat itu.
InsyaAllah. Sasaran Peribadi ni tak semestinya kena ke luar
Negara, tapi ianya lebih kepada “hadiah kepada diri sendiri” korang nak bergi
bertapake? Apa ke? Lantaklah, asal jangan sampai menyusahkan orang. Bagus jika
dapat belajar ilmu baru, atau buat sesuatu yang tak pernah dibuat. Boleh?
Tapi Jangan pilih sasaran kejayaan ikut nafsu, sebab kelak
binasa diri, ada kawan aku, azam dia tak nak kahwin selamanya, sebab tak nak
jadi hamba system perkahwinan katanya, tak nak jadi hamba wanita, tak nak
susahkan anak sebab kita semua jahil. Dia terang terang cakap ni waktu umur dia
25 tahun. Dan dia berjaya tak kahwin sampai sekarang 45 tahun.
Tapi kejayaan dia tu tak terpamer di wajahnya, bila orang
cerita pasal anak bini, dia akan menyepikan diri. Sunguh dia tak tahu nikmat
balik rumah ada orang sambut dan ada orang peluk. Nikmat masuk kedai makan
bersama anak bini, nikmat pergi bermain taman tema bersama anak bini, nikmat
buat taklim bersama anak bini, tapi itulah, jika dia kahwin sekarang malu pulak
sebab dulu dia menentang system, tapi tak salah telan ludah jika itu pilihan
yang benar walaupun pahit, atau istilah lebih murni sekarang, U turn! Woha!
Ok, last bab agama, ini sepatutnya aku cerita awal awal
lagi, tapi takut korang bosan pulak, tapi inilah sasaran paling penting, So apa
target korang?
Sebelum itu kita kena faham, Kejayaan sebenar adalah bila
kita diumum masuk syurga sewaktu berada di mahkamah Allah, Itulah kejayaan
hakiki! Jika mati masuk neraka, menangislah air mata darah tak guna dah!
Untuk mencapai kejayaan diumum masuk syurga, pastikan di
dunia, kita berjaya taat perintah Allah ikut cara Rasulullah s.a.w.
So Targetnya adalah: Jika saya mati sekarang, berdasarkan Al
quran dan Hadis, InsyaAllah saya layak masuk syurga!
Boleh juga buat things to do, contoh: tulis KHATAM AL QURAN
DUA KALI, dan tulis list seperti baca beberapa muka surat lepas solat, dan
sebelum tidur. Atau tulis KAJIAN KITAB MUTAKHAB HADIS, target KELUAR BERDAKWAH,
target melibatkan diri dalam program keagaman, Hadir Ijtimak, menerima jemputan
berceramah dan sebagainya.
Jika ada rumah, target rumah di hadiri Jemaah Masturat.
Berapa kali setahun?
Sungguh dalam bab agama ni kita jarang ada azam yang besar
besar, hidup setakat jaga solat dan pergi denar ceramah sahaja. Lalu selesa dan
perasan masuk Syurga, apa ke hal?
Nabi dna Sahabat dahulu hidup dalam mujahadah bersama azam
yang tinggi, NABI dikir bagaimana masjid boleh dipenuhkan? Bagaimana seleruh
dunia boleh dapat ajaran Islam, tapi kita hari ini:
Ada tak azam nak jadi pendakwah, nak berdakwah rumah ke
rumah, pintu ke pintu?
Ada tak azam nak ziarah saudara islam seluruh dunia?
Ada tak azam nak berceramah pulak sebab ilmu ni kena
sampaikan walau satu ayat?
Ada tak azam nak kembangkan Islam ke seluruh dunia?
Ada tak azam naik ikut Sunnah Nabi seratus peratus? 50
peratus? 10 peratus?
Ada tak?
Orang kapir tengok masjid kosong tak rasa apa-apa, normal
sebab mereka kapir..tapi orang islam tengok masjid kosong tak rasa apa-apa? Nak
tunggu rumah terbakar ke baru nak ke masjid? Ada tak azam nak istiqamah solat
lima waktu? Ada tak?
So mari kita islah diri, kenapa kita gagal dalam bab dunia
dan agama, pertama sebab azam kita tak kuat, keinginan kita lemah, dan kedua
kita tak sanggup buat pengorbanan.
Untuk aku Berjaya daki gunung Kinabali, aku sanggup penatkan
lutut dan kaki, aku faham dan aku redah, so untuk majukan agama, kita kena korban
harta, masa dan perasaan.
Sanggup tak?
Aku pernah Tanya kawan yang selalu hiking walaupun hujan,
katanya saya seorang pendaki, ini kerja saya.
Jadi dalam bab agama, ada tak dalam minda kita berkata: Aku
seorang pendakwah, maka aku kena berdakwah walaupun hujan dan panas, walaupun
sukar dan senang.
Jadi semuanya balik kepada cara kita melihat diri kita, Self
image lah yang bakal menentukan kejayaan kita.
Dalam bab Kesihatan, korang kena ada Self image seorang
atlit, ya saya atlit dan ini kerja saya.
Dalam bab Kecintaan, korang kena ada Self image seorang Suami
romnatik misalnya, ya saya lah suami paling romantik dan kerja saya mencintai
isteri saya tanpa syarat.
Dalam bab Kewangan, korang kena ada Self image seorang Ushawabn
yang berjaya, ya saya lah pakar kewangan itu (sambil dua jari ditunjuk pada
dahi)
Dalam bab Keakuan, korang kena ada Self image seorang paling
ideal!, ya saya lah hamka keretamayat-yang dah lama kelakar tapi baru hari ini
korang gelak sebab korang lembab. Kah kah
Dalam bab Keagamaan, korang kena ada Self image seorang DAe
yang ada fikir risau Nabi, ya saya lah umat terbaik dari Nabi Terbaik dan
Dakwah ini adalah kerja Nabi yang diwariskan kepada saya!
Faham ke tak ni?
Jika tak faham, korang hiduplah dengan markah C korang,
pergilah berkawan dengan geng D dan E, tapi tolong jangan sekali kali pernah
nak membawang dengan mereka yang nak markah A atau B ini, Cuma satu sahaja pesan
aku:
Cukuplah jika korang mahu kagum dari jauh!
Woha!
Dec 21, 2018
Tip Menikmati hidup paling optima?
(Petua terhebat mendaki gunung juga Petua terhabat ‘mendaki’
kehidupan bahagia ada dalam artikel ini.)
Baiklah, ekoran kejayaan mendaki gunung Kinabalu bulan
lepas, ramai jugak yang tanya tip mendaki.
So tipnya adalah: Mental kena kuat.
Orang yang mental kuat, walau gemok pun boleh sampai puncak
gunung.
Orang yang mental koyak, walaupun badannya sasa dan ada six-pack
dekat perut, tapi nak naik tangga masjid pun tak mampu. Kan?
So macam mana nak kuatkan mental?
Tipnya, adalah: Guna mesin masa!
Bagaimana?
Selalu bila aku penat, bila aku sedih, bila aku sakit, aku
akan guna kaedah mesin masa, iaitu pejam mata dan bawa diri aku ke masa depan.
Contoh dalam perjalanan daki gunung Kinabalu, waktu rasa
diri penat sangat, aku duduk berehat, urut betis, dan terbaring sambal pejam
mata dan tutup telinga lalu terbang ke masa depan.
Aku terus sampai ke hospital kuala Terengganu di tahun 2030
mungkin? Aku ternampak diri aku yang sudah tua, sudah terbaring di katil
hospital, makan tak boleh guna mulut, kena guna tiub, badan di cucuk ubat
setiap satu jam, mata terkebil kebil menerima takdir, lepas tu anak anak datang
cerita masalah hidup, anak mengadu tak cukup wang nak tanggung kos bedah, bini
menangis atas kerusi roda, sedih sungguh.
Lepas tu aku rasa nak berak, tapi tak boleh bergerak, datang
Jururawat lelaki bukak seluar aku dan basuh punggung aku dengan kasar sebab aku
dah terberak, sedih hati sebab tak mampu basuh berak lalu aku pejam mata dan berdoa
agar aku dapat kembali ke zaman silam, kembali ke kaki gunung kinabalu, zaman
aku sihat dulu dulu.
Dan doaku makbul!
Aku bukak mata, aku ada di pertengahan gunung kinabalu, aku
pandang kiri kanan menikmati pandangan yang indah, aku hisap coklat manis
dengan nikmat, aku teguk air gunung dengan bahagia, aku melompat lompat tak
sabar nak teruskan mendaki, lalu aku teruskan mendaki sambil tersenyum bahagia,
menikmati kekuatan kaki melangkah, menikmati deruan angin, menikmati kurma
kering, menikmati nikmat sihat, dan menikmati setiap detik! Alhamdulillah, terus
aku berzikir kesyukuran tak henti henti, lalu akhirnya aku sampai ke puncak
Gunung Kinabalu dengan jiwa yang penuh dengan kedamaian dah kebahagian serta
kesyukuran.
Alhamdulillah. Nikmat mana algi aku dustakan?
So, nasihat aku, bila korang semua ada masalah, sedang
sedih, sedang berduka cita, cepat cepat gunakan mesin masa, pergi ke masa
depan, rasai pengalaman menderita di hospital, ambik masa lima minit duduk
sana, rasai penderitaan di sana, dan bila dah tak cukup sabar, kembalilah ke
masa silam iaitu hari ini.
Sungguh hari ini sangat indah, langit sedang membiru, pohon
sangat menghijau. Burung berkicauan, rama rama terbang, dan nikmat udara ini,
rasanya sangat sedap!
Untuk kesan yang lebih tinggi, korang pergi ke masa depan
yang lebih jauh, bukan ke zaman 2050 atau 3000, tapi bayangkan diri masuk
neraka berpelukkan dengan Firaun berguling-guling atas bara api, lalu korang menangis
air mata darah merayu malaikat Malik kembalikan korang ke dunia, tapi Malaikat
tak layan, malah dipukul muka korang sampai pecah berkecai dan bercantum
kembali, lalu korang menangis air mata nanah merayu kepada Allah untuk dihantar
semula ke dunia, takpelah telur harga naik pun, PTPTN kena bayar pun takpe,
takpe jugak minyak tak turun hargapun, tol tak mansuh pun tak per, asal dapat
ke dunia dan dapat merasai nikmat beribadat.
Oh Tuhan, aku telah merasai azabnya neraka yang dahulu aku
minta disegerakan (kerana tidak beriman), maka kembalikanlah aku kedunia
walaupun sekadar satu perahan susu agar dapat aku menyebut namaMu didunia yang
mana menurut NabiMu, sesiapa sahaja pernah ucap Tiada Tuhan melainkan Allah,
pasti akan dikeluarkan dari Neraka walau dosa sebanyak buih di lautan, Oh Allah
yang Maha Pengampun! Kembalilah kami ke dunia!
Sekali korang buka mata! Nah! doa korang termakbul, sesungguhnya
koranglah manusia paling bertuah! Tiada lagi penat, tiada lagi keluhan. Tiada
lagu dukacita, Korang masih ada didunia sedang baca coretan ini, dan masih
sempat Bertaubat! Alhadulillah!
Pergi berdoa syukur sekarang, dan jika teringat, sebutlah
namaku dalam doamu, chewah…
Ok, enough internet for today- Please enjoy the rest of your
life with Alhamdulillah!
Woha!
![]() |
| Pondok Hijau di telunjuk Penulis tu 7km jaraknya dari kaki Gunung |
![]() |
| Hirup Udara di atas ketinggian Awan |
![]() |
| Tunggu Matahari Terbit dari kepulauan Awan |
![]() |
| Syukur Di Puncak Kinabalu |
Dec 18, 2018
Kenapa Tak Bertopeng lagi?
(Kerana ini adalah zaman aku keluar gua)
Okey, Aku pernah maklum dalam Facebook kenapa dah tak
bertopeng tahun lepas, tapi di Facebook susah nak jejak post yang lama lama,
jadi aku post di Blog, sebagai rujukan kepada mereka yang semalam baru mahu
bertanya: Kenapa Hamka Keretamayat sudah tidak bertopeng lagi.
Jawapannya,
Aku dah azam, masuk umur 40 tahun, aku mahu keluar dari ‘gua’.
Ya, aku serius menulis blog sejak umur 28 tahun, tulis
sebagai nota kepada diri, tulis di blog sebab zaman dah maju, tulis dalam buku,
nanti buku hilang.
Sebenarnya aku dari zaman remaja lagi sudah ada menulis nota
secara ringkas bab ugama dalam buku kecil, juga nota bab dunia seperti dialog
filem yang bermutu, falsafah falsafah dan apa sahaja yang aku rasa penting
seperti Tamsil ceramah dari ulamak,
ucapan ahli politik yang kelakar, lirik lagu berseni, petikan kata kata hikmat
buku tertentu, idea idea bab berniaga, idea idea untuk dijadikan skrip komik,
atau filem dan sebagainya, tak lupa juga lukisan lukisan yang terlintas di
sepanjang usia muda.
Dalam nota itu jugak, aku menulis balik kefahaman dari
buku yang aku baca atau dari filem yang
aku tonton dengan menggunakan pendekatan bahasa yang aku rasa lebih sesuai,
akhirnya buku itu dah jadi macam ‘kitab’ bagi aku untuk rujuk balik bila rasa
down atau lost.
Lebih kelakar, ada kawan aku nama Sudin yang fotostat buku
aku tu sebab kata beliau, himpunan nota dalam buku catatan aku itu sangat
tinggi nilai kemanusian dari segi akedemik dan falsafah!. Sudin juga akan rujuk
‘kitab’ aku bila rasa down atau lost!,
Woha!, ini satu penghormatan pada buku nota kehidupan aku,
walau aku rasa tindakan Sudin itu agak pelik.
Dipendekkan cerita, bila masuk zaman blogger, aku transfer
nota aku dari buku ke blog, tulis balik dengan plot yang lebih terancang, aku
tokok tambah dengan ilmu baru kerana hidup sudah lebih berpengalaman(kononnya), dan setiap
entry aku cuba masukkan drama dan punch line agar lebih dramatic, dan bila
pembaca serta kawan kawan baru merasa pelik serta hairan akan bagaimana aku
boleh update setiap minggu akan blog
keretamayat dengan bahan ‘rare’ yang lain dari yang lain, (rujuk entry dari
tahun 2006) lalu bertanya; dari mana datang idea?
Mereka sebenarnya tidak tahu, bahawa nota ugama dalam blog
adalah di tulis sejak aku remaja lagi dalam buku yang berkedut kedut kerana
mengharung suka duka naik masjid dengar ceramah, masuk kolej, keluar
university, masuk penggung wayang keluar konsert, ada yang koyak serta
bertampal.., ada yang hilang beberapa muka surat entah ke mana..
Namun, Alhamdulillah, sejak zaman internet, masalah buku
koyak sudah berakhir, dengan istiqamah update blog setiap minggu sekurangnya
satu entry, dan di tulis kembali dengan niat sebagai himpunan nota peribadi
kepada diri sendiri, dan tanpa apa apa promosi, namun setiap hari ada orang
baca (and counting) dan ada yang berterima kasih secara personal dan ada yang
mengaku hidup berubah kepada lebih baik lepas baca ‘nota ugama’ dalam blog aku,
maka menjadilah kereta mayat sebagai sebuah ikon pilihan hiburan islamik
berilmiah di persona media sosial.
Masuk tahun 2012, aku masuk aliran perdana, karya aku di
blog bertukar menjadi buku, dan setiap tahun wujud buku baru dengan bahan yang
tiada di blog, rupa rupanya, bila kita sebarkan ilmu, lagi banyak ilmu datang,
kita share idea percuma, lagi banyak idea yang best best Allah bagi hingga
mampu buat buku yang tebal tebal.
(Alhamdulillah, Semua dari Allah, aku hanyalah pendosa yang
hina)
Okey, kemudian, bila dah ada buku, maka terlibatlah aku
dalam kerja “memuji diri sendiri di hadapan orang ramai”. Bermula di CitiOne
Kuching Sarawak, lepas tu dekat OneBorneo Sabah, lepas tu di KB Mall Kelantan. Kemudian
ke Kuala Lumpur, Bangi, Shah Alam, Terengganu dan Kuantan termasuk Segala event
berkenaan Buku.
Aku sentiasa turun padang, tapi pakai cermin mata hitam
sebab belum besedia nak jadi artis. Namun waktu itu, umur dalam 30-an, aku dah
azam, masuk umur Nabi Muhammad SAW terima wahyu iaitu 40 tahun. Aku nak buka cermin mata hitam, aku nak keluar
gua. Aku mahu mewujudkan diri sebagai seorang manusia yang benar benar wujud.
Jadi sekarang, aku dah berumur 40 tahun, kerana itu aku dah berani post wajah
aku di media sosial, dan aku dah tak bertopeng lagi. Hamka Keretamayat itu
wujud, dan aku juga ada buat bengkel menulis dan berceramah, nak jemput
InsyaAllah, ada masa aku turun. (sempat promosi tu, he he)
Selain dari mahu keluar gua macam Nabi di umur 40 tahun, ada
banyak juga kebaikkan bila aku sanggup munculkan diri.
- Aku kena lebih bertanggung jawab dengan semua tulisan aku. Ada orang tulis tanpa wajah, bila menfitnah, senang nak lari. Aku tak nak jadi macam tu. Jika aku buat silap, aku kena minta maaf. Dah tak boleh lari. Maka aku akan lebih berhati hati dalam menulis.
- Di Instagram dan Facebook, aku juga pernah jumpa orang curi curi ambik gambar aku dan sebarkan, celaka sungguh, sebab gambar yang di sebarkan itu tak hensem, aku nampak gemok dan gelap, (memang macam tu pun) jadi biar aku sendiri pilih gambar yang aku perasan hensem dan share dekat media Sosial, Woha!
- Lagipun dulu pernah aku dapat beberapa email dari awek cun mengaku di mengorat oleh aku, lalu akupun tunjuk muka aku sikit kat awek tu dalam email, dan terdedahlah bahawa ada orang menyamar jadi aku untuk mengorat awek tudung labuh, nasib baik si awek tu confirmkan dulu betul tak si penyamar tu Hamka Keretamayat, adohai..
So lepas aku dah share wajah tak hensem aku pada semua
pembaca setia keretamayat, lepas ni dah tak ada kot orang sanggup nak menyamar
jadi aku dan mengorat awek tudung labuh. He he..
Lagipun, kau gila? aku ni bukan jenis takut bini, tapi
kadang kadang Puan Bini sungguh menakutkan!
So sebelum berita tak benar Hamka keretamayat mengorat
perempuan tudung labuh tersebar, maka disinilah aku berdiri dengan nama dan
wajah sebenar.
Jika jumpa nampak aku senyum dan ada lada celah gigi.
Tegurlah dengan kasih sayang.
Akhir kata:
Terima kasih sudi baca dan komen di blog, FB, dan IG
keretamayat.
Terima kasih sudi bersangka baik dengan aku.
Terima kasih sudi beli buku kereta mayat
Terima kasih atas segala doa yang baik-baik.
Semoga kita semua Woha sampai syurga.
Ps: Sudin tak beli buku aku sebab katanya dia dah phostotat
nota aku dulu, adohai.., ternyata tindakan Sudin itu bukan pelik, tapi terlajak
bijak. Kah kah kah!
Ps2: Gambar ni aku tunjuk pada bini, lalu berTanya: wajah
abang mirip Tun M atau Datok Najib? Bini aku jawab: wajah abang macam Azwan
Ali!
Woha!
Dec 10, 2018
Himpunan Kuning Vs Perhimpunan Putih?
(Kajian berilmiah paling serius dari pemikiran golongan atas pagar yang dah nak terjun)
Ok, kita terus bentang hasil kajian berkenaan Fakta-fakta tentang Perhimpunan Kuning Vs Perhimpunan Putih
- Bilangan yang hadir ke Himpunan 812 adalah lebih ramai daripada yang menyertai BERSIH
- Selepas perhimpunan Bersih jalan kotor, selepas perhipunan 812, jalan kekal bersih
- Himpunan 812 solat berjemaah pada skala besar, himpunan bersih solat berterabur.
- Tak ada kereta pecah atau terbalik berbanding himpunan Bersih.
- Tak ada gambar pemimpin atau sultan dipijak di himpunan 812
- Tak ada pertempuran dengan polis dan FRU.
- Tak ada bendera Malaysia yang terbalik.
- Tak ada ahli bomba yang dipukul.
- Tak ada wartawan pecah kamera.
- Tak ada placard manifesto yang menipu.
- Tak ada LGBT bukak aurat sambil berdemo.
- Kawasan lain hujan kawasan berhimpun tak hujan
"Kejap cik Hamka, saya suka semua pos encik Hamka, tapi saya
tak suka bila cik Hamka tulis cerita politik, tolong tulis cerita tentang fakta
tanpa libatkan politik, lagipun himpunan semalam aman sebab kerajaan sekarang
yang bagus."
Ohhh, ok, kalau begitu aku tulis fakta tentang warna kuning
vs warna putih. Boleh?
Fakta Warna Kuning, Tahukah anda?
- Terdapat tujuh warna kuning di Malaysia iaitu, kuning air, kuning gading, kuning langsat, kuning muda, kuning pinang masak, kuning sami, dan kuning tua tapi di Terengganu warna kuning tua dikenali dengan ‘kuning bata’.
- Kuning ialah warna cahaya yang merangsang kedua-dua warna merah dan hijau sel-sel kon retina, tetapi bukan sel-sel kon biru. Cahaya dengan jarak gelombang 565-590 nanometer adalah kuning, walaupun cahaya komposit berfrekuensi kedua-dua merah dan hijau, seperti mencampurkan jingga dengan cahaya hijau pucuk pisang, atau merah dengan cahaya hijau, juga menghasilkan cahaya kuning.Jangan ponteng kelas sains.
- Maharaja legenda China yang pertama Huang Di, digelar "Maharaja Kuning"
- A golden service dengan symbol warna Kuning oleh Jabatan Bomba Malaysia melambangkan "penawaraan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan”.
- Di Negara orang putih, warna kuning melambangkan ‘penakut’. Oleh sebab itu, dalam slanga bahasa Amerika Syarikat, seorang penakut digelarkan "yellowbellied"
- Di Malaysia, filem lucah di kenali sebagai ‘filem biru’, tapi di China, filem lucah dikenali sebagai ‘filem kuning’.
- Di New York, istilah "Yellow journalism" (akhbar kuning) merujuk kepada wartawan murahan yang suka memutarbalikkan fakta, membesar-besarkan perkara remeh temeh dan suka bergossip murahan.
- Orang Asia kekadang dirujuk oleh orang Barat sebagai bangsa-bangsa berkulit kuning sebagai metafora warna ras. Pada abad ke-20 di Amerika Syarikat, pendatang-pendatang dari negara China dan Asia Timur dirujuk dengan penghinaan sebagai "bahaya kuning"
- Menurut kajian dari Universiti Chicago, kuning ialah warna yang paling nyata dari jauh, oleh sebab itu, teksi, bas sekolah dan jentera berat bewarna kuning.
- Jika ternampak kereta yang bewarna kuning, untuk menunjukkan korang upadete dengan isu isu semasa, maka jeritlah, "BUMBLEBEE!!" –woha!
- Dalam bola sepak, pengadil menggunakan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah melakukan kesalahan dan sedang di beri amaran
- Dalam permainan ragbi, seorang pengadil akan menunjukkan kad kuning untuk menunjukkan bahawa seorang pemain telah digantung daripada permainan buat sepuluh minit sebagai penalti.
- Kuning ialah warna untuk bola snuker yang mempunyai nilai dua mata.
- ‘Yellow pages’ adalah buku kuning sebagai pelapik telefon rumah zaman PM ke 4.
- Dalam budaya Arab, terdapat frasa "senyuman kuning" yang bermaksud "senyuman dibuat-buat".
- Dalam frasa bahasa Perancis, "rire jaune" ("ketawa kuning") yang dapat diterjemahkan sebagai "ketawa kosong", iaitu ketawa sebab tak lawak.
- Acar kuning ialah sejenis makanan orang Melayu yang terdiri daripada timun, lobak merah, dan kacang buncis dan sila rujuk buku memasak.
- Pulut kuning ialah sejenis makanan orang Melayu di Malaysia, juga dikenali sebagai santapan semangat. Di Terengganu di kenali sebagai nasi kunyit.
- Demam kuning adalah perkara yang biasa terjadi di kalangan bayi pada minggu pertama kelahiran dan jika tak di jemur pada cahaya matahari budak bila besar akan menjadi slow.
- Jika ada gambar yang tidak lucah tapi di pandang lucah, maka masyarakat melaysia akan melebelkan orang itu sebagai “otak kuning”.
- Tahi yang sihat adalah bewarna kuning, warna hitam itu tanda tahi tidak sihat. Tahi merah itu buasir!
- Di Malaysia pentaksub politik di lebel, Mahacai, Di Amerika Syarikat, pentaksub politik di gelar "anjing kuning".
- Budaya yang tidak elok dari etnik lain, di kenali sebagai budaya KUNING.
- Di negara bukan islam Filipina, warna kuning telah digunakan sebagai warna rasmi dalam perhimpunan-perhimpunan politik untuk menentangi kerajaan Filipina(eh, sama macam perhimpunan bersih jer..)
- Ada hadis riwayat Abdullah bin Amr bin Al Ash menceritakan Rasulullah SAW melarang memakai pakaian berwarna kuning.
Ops, dah sampai ke hadis Nabi cerita tak suka warna kuning, cukuplah sampai situ, kita
cerita warna putih pulak, baru adil.
Fakta Warna Putih, Tahukah anda?
- Nama sebenar P Ramlee adalah Zakaria Puteh.
- Pasir Putih ada Di Kelantan.
- Warna putih adalah warna yang digemari Nabi. Petikan Imam Al-Ghazali dalam Ihya' Ulumiddin
- Pakaian ehram untuk mereka yang pergi haji, adalah bewarna putih dan ini adalah sunnah Nabi.
- Daripada Samurah r.a ,Rasulullah S.A.W bersabda ,: " Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik.." (Hadis riwayat Nasa'i)
- Dari Ibnu Majah, Nabi S.A.W bersabda,: " Sebaik-baik pakaian untuk mengunjungi masjid atau menziarahi kubur ialah berwarna putih.
- Bendera Islam bewarna putih dan tertulis kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH (HR Ibnu Majah)
- Kain kafan yang di gunakan untuk membungkus mayat orang islam adalah bewarna putih, tidak kira korang dari parti warna apa apapun.
- Orang kapir, kereta mayat mereka bewarna hitam, tapi di Malaysia, keratamayat warna putih.
- Dalam perang, jika bendera putih kosong yang dikibarkan itu tandanya mereka ingin berdamai atau menyerah kalah.
- Dalam sukan UFC, apabila jurulatih membaling kain putih ke tengah gelanggang, pengadil haruslah memberhentikan perlawanan.
- Dalam budaya perkahwinan masyarakat barat, pakaian putih dan tutup muka pengantin perempuan dianggap sebagai lambang kesucian, iaitu pengantin masih dara. Tapi di malaysia, malam pertama letak kain putih dipunggung perempuan yang mana jika ada darah bermakna dara pecah.
- Pulau Batu Puteh menjadi subjek utama mengenai pertindihan antara Singapura dan Malaysia yang dibicarakan menerusi Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
- Mambang Putih merujuk kepada sejenis makhluk halus yang mewakili semangat putih matahari dan langsung tak boleh bagi manfaat atau mudarat.
- Jenayah kolar putih ialah jenayah yang dilakukan oleh seseorang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Ada pepatah mengatakan, penjenayah miskin tempatnya dalam penjara, penjenayah kaya tempatya dalam politik.Woha!
- Krim yang sedap korang makan pada kueh kek, adalah Putih telur campur air gula-Now you know
- Jika bermain catur, buah putih jalan dulu.
- Orang yang malu nak mengorat tiba tiba aweknya kahwin dengan orang lain di kenali sebagai “berputih mata”.
- Bawang putih baik, bawang merah jahat, tapi aku lebih suka Nia Ramadhani.
- Sel darah putih berfungsi untuk membantu tubuh melawan berbagai penyakit berjangkit dan bendasing, kekurangan sel darah putih akan – jangan ponteng kelas sains.
- Biar Putih Tulang bermaksud bermaksud berusaha habis habisan.
- Rumah Putih ialah rumah untuk Presiden Amerika Syarikat. Sudah beberapa kali rumah ini dimusnahkan dalam filem seperti 'die hard 4.0', 'independence days' dan lain lain.
- Tahukah kamu kenapa warna tahi cicak putih dan hitam? Menurut kajian sains, ianya adalah atas dasar safety, yang mana jika tahi cicak jatuh dalam susu, orang nampak, jatuh dalam kopi pun orang Nampak.
- Tahukah kamu kenapa mahsuri berdarah putih? Ya betul, sebab mereka tikam tepat pada buah dadanya.
Arghh, dah start mengarut, aku nak cerita kisah sunnah Nabi
yang suka warna putih, tapi melalut kepada warna tahi cicak dan darah mahsuri,
hampeh betul!
Habis sampai sini, anggaplah ini kekurangan diri aku yang
mewakili warna hitam dalam hati putih aku, adohai...
So kesimpulannya, perhimpunan putih lebih bagus dari
perhimpunan kuning berdasarkan fakta, sila setuju dari jauh.
Woha!
Ps: Di tulis oleh keretamayat warna putih.
Tambahan:
Apa pendapat keretamayat jika PAS nak bergabung dengan UMNO?
Eloklah orang islam bergabung! Apa salahnya kan?, orang
kafir bergabung korang elok jer sokong jugak kan?
Contohnya?
Superman dan Batman bergabung dalam Justice League
Iron Man dan Captain Amarica bergabung dalam Avangers!
Power Rangers bergabung jadi robot besar
Kamen riderpun bergabung
Ultraman pun bergabung
Dulu Goku lawan Pikor, tapi bila Bezita datang, Goko
bergabung dengan Pikor.
Bila Fliza datang, Bezita pulak bergabung dengan Goku.
Sekarang ni, Flizapun bergabung dengan Goku..
Jadi apa salahnya PAS dan UMNO nak bergabung? Apa salahnya?
Ps: Contoh tu jika korang malas nak rujuk al quran dan
hadis, tapi jika rujuk al quran dan hadis, memang orang islam diperintah untuk
saling bersatu dan janganlah berpecah belah.
Sila take note!
Subscribe to:
Posts (Atom)








