Aug 30, 2016
Pokemon itu Ciptaan Yahudi?
(Ayah, kata kawan saya, Pokemon tu ciptaan Yahudi untuk
kuasai dunia, dan maksud Pokemon dalam Bahasa melayu adalah “saya yahudi”, saya
rasa ini semua tuduhan liar, tapi saya nak tanya ayah, betul ke tu?)
Hmmm, kat celah mana yahudi dapat kuasai dunia melalui
pokemon?, Ok, mari kita rujuk fakta. Itu yang Islam ajar bila dapat berita,
kaji dan rujuk pada ahli. Bukan terus sebar dan paksa orang percaya.
Ok, lepas ayah dah kaji jap tadi, ayah dapati Pokemon
sendiri pernah di kritik oleh Anti-Defamation League yang terdiri dari
sebahagian pemeluk agama Yahudi dan mereka siap suruh syarikat Pokemon ubah
simbol dekat kad gambar raksasa Golbat dan Ditto karena gambar itu ada unsur
anti yahudi, ada macam logo Nazi jerman katanya. Woha!
Eh? Bila Yahudi sendiri kritik Pokemon, jadi siapa cipta
Pokemon?
Ok, pencipta Pokemon adalah prang Jepun, Namanya Satoshi Tajiri. Masa kecik hobinya suka tangkap
belalang, serangga dan berudu di sekitar kawasan rumahnya, iaitu di Tokyo
Jepun. Tapi bila dewasa beliau dapati budak budak zaman sekarang susah nak
dapat feel tangkap serangga dan berudu sebab dunia makin maju. Susah nak cari
belalang dan berudu zaman sekarang, Jadi beliau cipta permainan yang ada feel
rasa kepuasan tangkap serangga dan berudu.
Eh? kenapa tangkap raksasa, kenapa tak cipta tangkap
serangga? okey, balik pada waktu Tajiri dapat ilham nak cipta game pokemon,
Tajiri terpengaruh dengan raksasa dalam Filem Ultraman, (orang jepun lah kata
kan) jadi Tajiri cipta permainan tangkap raksasa dan simpan dalam Capsule
Monster macam Ghost Buster tangkap hantu guna Ghost Pedal Trap. Tapi nama alat
Capsule Monster ada masalah kontroversi, jadi Tajiri tukar nama alat tangkap
raksasa kepada Pocket Monster. Nama itu kemudian di ringkas menjadi Pokemon.
Ya anak-anak, dan ibu bapa pembaca sekalian, Pokemon ialah
singkatan kepada Pocket Monster, Pokemon bukannya bermaksud Saya Yahudi, Saya
Kafir atau seumpama dengannya dalam Bahasa Yahudi yang disebarkan oleh orang
malas membaca dan mengkaji lalu sebar fitnah yang akhirnya menampakkan
kebodohan diri sendiri.
Akhir kata, celah mana tak tahu Yahudi nak kuasai dunia
dengan Pokemon?, pingat emas kat sukan olimpik Rio 2016 kosong dan
kedudukan Yahudi masih jauh di bawah Malaysia sebab pingat perak pun belum
dapat. Adohai…
Ps: Kita orang islam lemah bukan sebab Yahudi kuat, kita
lemah sebab tidak bersatu dan saling caci mencaci, sila take note. Hu hu.
Aug 20, 2016
Jumpa Tuhan guna duit haram?
(cerita pendek di musim haji)
Ada sahabat lelaki dapat panggilan pergi haji, tapi duit tak
cukup, lalu beliau berniaga on line jual macam macam produk.
Antara produk yang beliau jual, ada satu produk yang aku cukup
tak berkenan iaitu beliau jual Thumb drive
yang ada kartun Upin dan Ipin, Didi and Frends, Boyboyboy dan banyak lagi.
RM100 satu Thumb drive 8G.
Aku mesej dia secara personal cakap, haram jual thumb drive
ada kartun tanpa izin dari penerbit, awak dah sama macam lanun cetak rompak cuma
mereka guna DVD dan awak guna pen drive.
Pada mulanya, dia kata siapa dalam dunia ni yang tak buat dosa tengok cetak rompak?, mungkin pelukis kartun tu masa belajar dulu layan CD cetak rompak, atau guna software pirate, dan awak yang menegur saya ni, pernah juga nampak layan youtube yang di upload secara haram oleh user waktu zaman maharajalawak sedang top.
Ok, jika nak cerita dosa orang, memang tak habis, tapi dosa
orang bukan alasan untuk kita buat dosa yang sama, malahan jika ada orang kepit
rokok di tangan dan nasihat orang jangan merokok, maka nasihatnya betul, kerana
nasihatnya adalah fact. Nabi pun ada pesan jangan tengok orang yang bercakap,
tapi dengarlah apa yang dia cakap.
Dia tetap nak berkeras nak jual thumb drive kartun cetak
rompak sebab aku dah bank in RM 100, kata aku, duit tu saya hadiah untuk awak
pergi haji, ingat! awak nak PERGI HAJI, kenapa nak guna wang dari sumber yang
haram untuk berjumpa dengan ALLAH?
Dengar perkataan “berjumpa dengan Allah guna duit haram”
terus dia up status FB mintak maaf kepada yang dah bank in, dan akan pulangkan
wang sebab hukum haram tetap haram walaupun di nasihat oleh orang yang banyak
dosa macam Hamka Kereta mayat.
Pendek cerita, semalam dia call, duit semua dah cukup, alhamdulillah.
Katanya Allah bagi rezeki dari sumber yang tidak di sangka-sangka, dia juga
sangat berterima kasih kerana menegur isu jual thumb drive cetak rompak.
Aku pesan pada dia, jika teringat aku kat Mekah, doakan dosa
aku tengok cerita cetak rompak di ampuni.
Hu hu…
Aug 14, 2016
Mari mengumpat Orang perempuan?
(baca sampai habis dan sila bersetuju di hujung perenggang dan jadilah wanita bijak-woha!)
Rapat rapat, aku nak cerita sikit, sejak akhir akhir ni,
ramai perempuan komplen dekat wall FB, dekat IG atau tweet tentang hak mereka
yang tak perlu buat kerja rumah, katanya masak ni kerja laki, kemas rumah kerja
laki, jaga anak kerja laki. Cari duit kerja laki, basuh pingang kerja laki,
basuh baju kerja laki, jemur baju kerja laki, lalu buka hadis, konon tak ada dalam
hadis suruh bini masak, takde dalam hadis suruh bini kemas rumah, suruh jemur
baju dan sebagainyalah.
Hmmm, patutlah Jemaah tabligh galakkan pendakwah baca hadis
Fadhail amal (kelebihan amalan) bila berdakwah, mereka pun tak ada gaduh walau
ada macam macam mazhab, berbeza latar belakang ketrunan dan bangsa serta kerjaya, tapi siap buat ijtimak kumpul manusia berjuta juta, takde
gaduh, sebab masing masing bila baca hadis Masail (hukum hakam) mereka akan
rujuk kepada diri sendiri, supaya amal hukum hakam, tapi bila berdepan dengan
orang, mereka baca hadis Fadhail (kelebihan amalan) agar umat saling cinta
mencintai dalam mentaati perintah Allah.
Bayangkan jika ada Jemaah yang berdakwah guna hadis Masail (hukum
hakam), memang boleh gaduh besar, seperti: siapa tak sokong Negara Islam,
kapir!, wajib bunuh! Siapa tak nak buat hudud, kafir! Darah mereka halal! Itu yang
jadi perang sama islam, ISIS lah, Daeslah, Wahabilah, Parti sana kafirkan parti
sinilah, dan macam macam, Nauzubilllah!
Nak aman damai, ikut cara Nabi, dakwah lemah lembut, dakwah
dengan hikmah, dalam Al quran ada cerita kisah Nabi Musa yang disuruh berdakwah
lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Senang korang ikut macam Jemaah
Tabligh yang berdakwah guna kitab Fadhail amal (kelebihan amalan), gerakan ini
ada di seluruh dunia dan tak ada gaduh gaduh, mereka saling cinta mencintai
dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah.
Jadi balik kepada kehidupan Laki Bini, yang saling gaduh
sebab masing masing berdakwah sesama pasangan guna hadis Masail (hukum hakam),
lalu bini tuntut hak: Saya tak wajib masak, takde dalam hadis, saya tak wajib
kemas rumah, takde dalam hadis, eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak
hadis Masail (hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar
rumah, kena mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, lepas tu gaduh, sebab Laki marahkan bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini
marah laki sebab tak amalkan hadis layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam
parti politik daa…
Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah
lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi
Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki
korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab,
jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam)
dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan),
Contoh: Bini yang buat
air dapat pahala sekian sekian, laki yang beli hadiah dapat pahala sekian
sekian, bini yang senyum pada laki dapat pahala sekian sekian, laki yang
mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala sekian sekian, Bini bila solat
, puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana mana pintu, bini sakit beranak
dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah, diberikan pahala atas setiap
suapan makan bini, orang islam sempurna bila berakhlak mulia dengan
pasangannya, dan lain lain.
Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta
mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah.
Bab hadis Masail (hukum hakam), korang baca untuk diri
sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa orang lain amal, pelan pelan kayuh, dakwah
dengan hikmah ini ibarat pukul ular dengan tongkat, yang mana ular mati tapi
tongkat tak patah. Lain kali jika ular lain datang, masih ada tongkat untuk
pukul lagi. Nampak?
Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular
sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan
diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab berdalil
guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.
Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini
jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada
lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang kucing kurap
masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian
tu!”
Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan
dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas,
jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar
rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab
bunuh biantang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat
masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?
Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan
kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, iklas dan
istiqamah (wah dah keluar sound arab)
Jadi kepada orang perempuan, ambik tahulah kelebihan dan
kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah guna hadis Fadhail
amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang
dan bermakna.
Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur
dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa
dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah!
Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!
Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, saya baca untuk
pesanan kepada diri saya, semoga saya dan korang semua selamat dari azab
binatang bisa dalam kubur. Amin…
Okey, dah penat membebel, bini mintak tolong beli gas sebab
dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap. Walaupun tukar dan pikul tong gas 14
kg ni takde dalam hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang
kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal
rumah tangga.
Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde Menteri
Hal ehwal lelaki!
Woha!
Ps: Bagi Laki yang slow, entry ni bukan suruh korang bantu bini buat kerja rumah, tapi suruh bini yang bantu korang buat kerja rumah. Faham tak? korang tu yang kena buat juga kerja rumah, cuma bila keadaan tak berlaku, tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis Fadhail amal (kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae, dan hadis Masail (hukum hakam) dalam majlis Infradi, InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang dan bermakna.
Jul 29, 2016
Lagenda Eskimo Mencari Tuhan?
(Kisah Olaf di musim sejuk mencari musim panas, di jalanan bertemu dengan pendakwah Islam yang di benci, lalu bola bola api yang dulunya kecil kini dah jadi besar- panjang gila tajuk)
![]() |
| Kredit gambar: Frozen disney Movie |
Pada suatu hari, seorang eskimo yang masih muda sangat bosan
duduk di kutub utara, aktiviti di perkampungan eskimo sangat membosankan, bangun
pagi tak boleh mandi sebab cuaca sejuk, keluar rumah salji tebal dan aktiviti
harian hanyalah tangkap ikan dan cari bahan bakar, esok ulang perkara yang
sama, sekali sekala mereka pergi memburu beruang kutub untuk di jadikan pakaian
dan makanan alternative.
Pemandangan harian adalah salji putih sahaja, tak ada bunga,
tak ada rumput, tak ada warna warni. Bercakap pun sepatah sepatah sahaja macam pingguin
pingu. Bagi Olaf (bukan nama sebenar) hidup sebagai seorang eskimo adalah
sangat membosankan.
Satu hari ayahnya mati tercekik tulang ikan, kejadian mati
tercekik tulang ikan begitu popular di kalangan orang eskimo terutama bagi
mereka yang dah tua. Ini menyedihkan Olaf lalu beliau bertekad untuk berhijrah keluar
dari kampong eskimo.
Dengar cerita di luar sana, ada musim panas, ada pohon
menghijau, dan bunga warna warni, di sana juga ada rama rama yang belum pernah
di lihat seumur hidupnya.
Lalu Olaf senyap senyap lari tinggalkan kampungnya, tanpa
memberitahu ibunya yang sedang bersedih atas kematian ayahnya. Sebab jika
ibunya tahu, tentu tak akan benarkan Olaf keluar dari kampong eskimo.
Pendek cerita, Olaf akhirnya sampai ke Negara 4 Musim, yang
sedang dalam proses musim bunga, wah seronoknya, indahnya. Air mata Olaf tumpah
buat kali pertama bila melihat rama-rama terbang di celah kelopak bunga,
terharu sungguh.
Kemudian musim panas tiba, dan Olaf dapat lihat wanita
cantik separuh bogel berjemur di pantai dan pendekkan cerita Olaf jatuh cinta
dengan wanita musim panas.
Kemahiran tangkap ikan dan tahan cuaca sejuk buat Olaf di
terima bekerja di Kilang Ikan. Tak lama, terus di lamar gadis separuh bogel
yang di temui tempoh hari. Bila gadis itu sanggup jadi bini, hati Olaf berkepak
kepak macam rama rama musim bunga.
Hidupnya kini penuh makna, bangun pagi terus bahagiakan
kekasih dan tidak ingin lagi mengubah nikmat sedia ada, hingglah musim luruh
datang, dan salji pun datang.
Adakah olaf sedih? Tidak! sebab Olaf ada kekasih yang
ditemui musim panas, dan tak lama lagi, musim bunga dan musim panas akan
kembali. Hidup akan bermakna bila ada harapan. Kan?
Dalam kebahagian hidup Olaf bersama kekasih baru, di awal
musim bunga, Olaf di datangi pendakwah Islam yang ajar Olaf mengenal Tuhan.
“Tuhan? Dunia ini ada Tuhan? Patutlah dunia ini indah, tapi
di kutub utara, hidup menyedihkan, kenapa Tuhan jadikan Kutub utara satu musim
sahaja? Tuhan tidak adil, Tuhan tidak wujud, pendakwah ini semua berbohong! Kenapa
Tuhan tak hantar malaikat berdakwah? Kenapa mesti manusia yang sama macam aku
tak pernah lihat Tuhan tapi sanggup berdakwan tentang Tuhan kerana kononnya
mereka ada IMAN? Apa tu iman? Merepek semua ni!”
Oleh sebab bosan dengan ceramah tentang hari selepas mati
oleh pendakwah Islam, Olaf pun bangkit dan rampas mikrofon lalu bertanya
soalan.
“saya nak tanya, pakcik makcik saya dekat kutub utara
sekarang ini hidup tidak bertuhan, jika mereka mati adakah mereka masuk Neraka?”
Pendakwah itu bagitahu, Neraka urusan tuhan, namun jika
terbukti orang di sana tidak sampai seruan Tuhan, maka mati mereka tidaklah
masuk ke dalam nereka.
Lalu jawab Olaf:
“habis tu kenapa dakwah kami? Kalau kami tak tahu semua ini,
bukankah kami tak akan masuk neraka?-woha!”
Semua orang gelak dengan jawapan lucu dari Olaf.
Pendakwah cuba bagitahu bahawa dalam Islam, Allah telah
wajibkan orang yang tahu menyampaikan apa yang dia tahu, itu pesan Nabi kami dari
wahyu Allah di padang pasir seribu tahun dahulu, alhamdulillah, agama yang
dimulai di padang pasir, telah tersebar seluruh dunia melalui takdir tuhan
dengar pengataraan rasul sebagai wakil tuhan, peristiwa ini di jelaskan dalam
Al quran zaman berzaman sejak zaman Nabi Nuh, Nabi Ibrahim hingga ke Nabi Musa,
dan Nabi Isa sererusnya Nabi Muhammad SAW.
“Pendakwah dalam bentuk manusia juga adalah satu ujian
kehidupan, (jika malaikat datang, tak susahpun nak terima, kan?) dan sekiranya
orang tak terima, maka kami beredar dan serahkan urusan anda kepada Tuhan,
kerana hidup ini hanyalah ujian, dan hidup ini hanyalah sementara. Syukur atas
nikmat ujian dalam dunia sementara. Dan ketahuilah Olaf, Tuhan telah takdirkan
kami berdakwah kepadamu, sedang pilihanmu lah untuk hina kami.”
Begitulah terang pendakwah panjang lebar dan terus beredar.
Tak lama selepas pendakwah itu beredar, dunia di uji dengan
perang dunia pertama, semua orang hidup susah, ada yang di bunuh kejam, ada
yang di seksa, dan ada yang jadi hamba seks, isteri Olaf adalah salah satu mangsa
perang, di jadikan hamba seks, di seksa dan di bunuh, Olaf sendiri sempat di
seksa dengan di rendam dalam air sejuk di musim dingin, namun kerana jati diri
eskomo sejati, olaf berjaya melarikan diri dan terus lari ke tanah airnya iaitu
kutub Utara.
Sampai di sana, Alhamdulillah, tiada perang dunia berlaku di
sini, tapi bila Olaf balik rumah, emaknya sudah tidak ada, sudah mati, yang ada
hanya nota bunuh diri tertulis:
“Anakku, belum sedih ayahmu yang mati kerana bunuh diri, kau
pergi tinggalkan mak, maka mak akan bunuh diri dengan cara yang sama dengan
ayahmu, iaitu sengaja makan tulang belakang ikan”
Air mata mengalir dan terus membeku di pipi Olaf, sedarlah
beliau bahawa orang kampungnya sebelum ini mati akibat kemurungan kerana tiada maksud
hidup. Tercekik tulang ikan itu hanyalah alasan membunuh diri. Sedarlah bahawa
hidup tanpa tujuan akan buat hilang harapan dan mati dalam keadaan penuh
menyedihkan. Alangkah baiknya pendawah tiba di saat ayahnya masih hidup, susah
tentu ayahnya akan hidup lebih bermakna dalam ujian cuaca sejuk begini.
Lalu Olaf sujud penuh insaf kepada Tuhan yang pernah di hina
wakilnya dulu. Lalu Olaf pun cerita kepada saki baki penduduk kampong tentang
maksud hidup selepas mati.
“Cinta kepada manusia datang dan pergi, Cinta kepada Tuhan
kekal Abadi. Orang yang kita sayang, akan pergi tinggalkan kita, tapi Tuhan
akan sentiasa ada walau dalam mimpi, apatah lagi selepas mati”
Perggh, deep betul kata kata Olaf. Akhirnya sebahagian penduduk kampong setuju untuk ikut
hijrah bersama Olaf ke dunia luar. Tujuan Hijrah adalah untuk belajar tentang
agama dan akan sebarkan agama kepada orang yang senasib penduduk eskimo.
Mereka sebelum ini tiada maksud hidup, dan kini dengan hati
berbunga dan berkepak macam rama rama telah gagahi diri melangkah kaki
meredah salji tebal dalam ekspidisi mencari Tuhan sebagai Antologi diri paling
bermakna yang pernah mereka alami!
Salji tebal semakin memenuhi kutub utara, Olaf dan
sebahagian orang kampong menghilang dalam sajli tebal. Semoga mereka dan kita
semua bersatu di syurga.
Tamat.
Jul 25, 2016
Aku, Nasi Lemak dan peminat?
(Tajuk asal Cerpen ini, Antara Sahiba dan Star Wars ada nasi lemak dan telur separuh masak, popularkah aku?)
Aku ni bukan orang popular, keluar mana mana orang tak layan
aku macam Hamka Kereta mayat, sebab aku tak dedahkan identity aku.
Pernah satu hari ada awek tegur aku:
“Hamka kan?”
Akupun, dalam hati berbisik: Perghh, ada orang kenal Hamka
keretamayat,dah pakai ray ban pun orang cam.
“weii, ini akulah, Ina budak kelas kau dulu, jangan buat
muka macam artis sangat!”
Woha!
Perasan popular, ke ke ke.
Okey, cerita hari ini. Kisah aku yang tak popular perasan
popular.
Alkisahnya, Lepas dua minggu raya, waktu memandu seorang
diri tiba tiba nampak sebuah kedai jual nasi lemak best. Dah sebulan tak cuba
sebab kedai ni tutup bulan puasa, jadi eloklah di tunaikan kemengidaman tak
terduga di pertengahan syawal sebegini.
Masuk kedai, order nasi lemak, dan teh Tarik, perghhhh,
sambal bilis kuah pekat di gaul dengan putih telur, kunyah perlahan lahan
dengan nasi lemak kukus santan kelapa segar, perghh, sedar sedar tinggal
mentimun sahaja terdampar di atas daun pisang.
Order sebungkus lagi, dan order dua biji telur separuh masak
sebagai pencuci mulut.
Dah habis teh Tarik, aku pun bersiap nak bayar, tapi, sedar-sedar,
beg duit tak ada dalam beg sandang aku.
Okey, relax, chill, cool, mungkin beg duit tercicir dalam
kereta sebab tadi campak beg sandang tak tutup zip, lalu aku pergi basuh mulut
dekat singki, orang waktu tu ramai, line clear, terus aku keluar kedai dan
bergegas ke kereta.
Jika aku tak percaya hari akhirat macam orang taka da agama,
dah tentu aku start kereta dan blah macam tu sahaja, perut kenyang, makan free,
dosa belakang kira. Tapi aku sedar Allah Maha melihat, Allah lihat apa yang aku
buat, dan apa yang aku buat di nilai oleh Allah, dan syukur sebab beg dut
memang ada terdampar celah tempat letak kaki.
Capai beg duit, kunci kereta dan bergegas masuk kedai dan
terus melangkah ke kaunter bayaran. Buka beg duit, nampak not seringgit dua
tiga keping, not hijau.., merah?, oren?, ungu?, semua tak ada, arghhh, sudah!?
Semalam rasanya ada RM100 lebih, langkah kaki di perlahan
sedang jantung berdegup kencang.
Imbas balik kemana duit RM100 melayang?, okey semalam teman
anak-anak belanja duit raya di kedai buku, anak perempuan tak nak beli buku nak
beli permainan susun abjad ‘Sahiba’, tak apa guna duit raya dia. Elok layan
anak pilih mainan Sahiba, tiba tiba anak kecik umur 3 tahun capai buku tebal
Star Wars, dan ‘prak’ koyak bahagian dalam.
Aku pusing belakang buku, harga RM70 ringgit, mak aih, aku
tengok kiri kanan tak ada siapa yang nampak, CCTV pun tak ada, tapi Allah
melihat apa yang aku buat, dan apa yang aku buat di nilai oleh Allah.
Maka membayarlah akan aku harga buku tu RM70 campur mainan SAHIBA,
duit anak terlalu banyak dalam not RM satu jadi Puan bini suruh guna duit dulu
dan claim kemudian, tapi aku lupa nak claim, (tak claim pun) hasilnya hari ni,
aku berjalan perlahan macam haiwan jaga kaunter dalam kartun Zootopia.
Okey!, apa kemungkinan paling buruk jika aku mengaku duit
tak cukup, kena basuh pinggang? Sanggup, kena maki depan khalayak, errr, kena
viral di FB, ohh tidak. Tidak!!!
Sedar sedar dah sampai depan kaunter, makcik jaga kauter belum
sempat bersuara aku dah cakap dulu.
“berapa yer dua bungkus nasi lemak, dua biji telur separuh
masak dan teh Tarik?”
“awak yang duduk meja sebelah tiang tu tadi kan?
Eh? Makcik ni, dia nampak ke aku lari keluar kedai gaya
orang tak nak bayar? Alamak habis lah.
“meja awak dah ada orang bayarkan”
Hah, aku terkejut dalam gembira. Macam tak percaya.
Lalu aku pusing pusing kepala tengok kot kot ada orang yang
aku kenal. Dan puas toleh sini sana, aku tanya makcik tu, siapa yang bayar?
“tadi ada sorang tu waktu bayar dia suruh kira meja awak
sekali”
“siapa dia?”
“makcik tak kenal”
Okey, aku malas nak susahkan makcik tu pikir siapa di antara
beratus ratus pelanggang yang rajin belanja makan. Apa-apapun, aku nak ucapkan
jutaan terima kasih kepada hamba Allah misteri.
Anekdot yang boleh aku isi untuk penuhi ‘plot hole’ cerita
hari ini adalah…
Aku rasa ada orang perasan aku Hamka Kereta mayat, dan
perasan aku lari dari meja makan tak bayar, dan dia tolong bayarkan sebab nak
jaga maruah aku.
Aku seorang yang masih popular.
Woha!
Ps: Allah melihat apa yang kita buat, dan apa yang kita buat
di nilai oleh Allah. Jika baik di balas baik walaupun sebesar zarah kebaikkan,
dan begitulah sebaliknya, Nauzubillah! Take note!
Jul 20, 2016
Hidup ini terbahagi kepada tiga?
(Suatu hari yang deep berlaku di beranda Masjid Kuala Syuga)
“Nak ke mana Hamka?”
Tanya seorang Pakcik seawal pagi hari di beranda sebuah
masjid, kami baru habis solat subuh berjemaah.
“Saya ada keperluan sikit pakcik, saya nak pergi selesaikan keperluan hidup saya sekejap”
Jawab aku yang merujuk: “keperluan” sebagai perkataan
lain dalam mencari rezeki. yelah..! Solat ibadat, cari rezeki juga ibadat, jadi undur diri dari majlis solat kepada mencari rezeki yang merupakan keperluan hidup.
Lalu pakcik itu sembang secara ringkas tentang falsafah hidup ini
yang dibahagikan kepada tiga bahagian. Iaitu Maksud, Keperluan, dan Ujian.
Maksud hidup katanya, adalah berdakwah, sambung kerja Nabi,
Allah sudah tamatkan era kenabian kerana Ummat akhir zaman diwariskan untuk
sambung kerja Nabi, kerana itu kita di nilai dalam Al quran sebagai Ummat
terbaik, sambung kerja Nabi adalah maksud hidup kita.
Ibadat pula adalah keperluan hidup kita, tanpa ibadat, hidup
akan menjadi sia-sia kerana Allah jadikan kita untuk ibadat, maka ibadat adalah
keperluan hidup.
Ujian pula adalah waktu kita mencari rezeki untuk
kelangsungan hidup, di sini kita akan diuji sebab Allah dah tetapkan rezeki
kita, namun ujian dalam pelbagai sumber rezeki buat manusia menafikan Allah dan
yakin pada makhluk, sebab tu cari rezeki ni bukan keperluan tetapi ujian,
kerana ramai yang Syirikkan Allah dalam bab mencari rezeki.
Habis ceramah ringkas, pakcik tu tanya soalan yang sama:
“Jadi, kamu nak ke mana Hamka pagi ini?”
Sambil sarung selipar, aku jawab:
“Saya ada ujian hidup pakcik, saya pergi dulu selesaikan
ujian hidup saya”
Pakcik tu senyum dan kami pun berpisah.
Pagi yang deep! woha!
Jul 18, 2016
Debat Islam siapa paling betul?
(Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan,
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? )
Hari raya balik kampung, lepas jam 12 malam, ada kawan ajak
minum borak borak. Aku jika nak borak, aku tak boleh borak ramai ramai, aku lebih
suka borak dengan sorang sahaja, dalam borak tu, aku ada dua niat, iaitu: “apa
aku boleh belajar dari dia” dan jika aku dapati dia tak ada benda nak ajar aku,
maka aku akan borak dengan tajuk: “apa aku boleh ajar dia”
Jadi malam tu, kitaorang borak isu: “Penyokong mazhab dan wahabi berdebat, siapa
paling betul, siapa paling Tuhan sayang, sebab semua dakwa mereka betul, jadi
siapa yang betul?”
Lalu kawan aku berhujah lebih sokong kepada wahabi sebab
niat dia nak hapuskan amalan bidaah, kerana amalan bidaah boleh ke neraka, tapi
kawan aku tu tak ada lah nak kafirkan penyokong mazhab, Cuma tak puas hati
dengan cara ulamak tua ajar agama, dia lebih prefer kepada ulamak muda.
Ok, oleh sebab dia bekerja di hospital, bila tiba giliran
aku pulak berhujah, maka aku buat analogy mudah, kata aku:
Dalam dunia ini, ada ramai orang dakwa boleh rawat pesakit
yang sakit, kita ada doctor hospital guna kaedah allopathy berdasarkan bukti
sains, kita juga ada dr Homeopathy yang guna kaedah berbeza daripada Allopathy,
kita juga ada Ustaz yang dakwa boleh rawat penyakit guna perubatan islam, kita
juga ada bomoh yang guna jampi, seru jin dan syaitan untuk sembuhkan pelbagai
penyakit, kita juga ada pengamal perubatan traditional seperti guna herba cina,
rempah india, dan resepi nenek moyang melayu dalam perubatan.
Masing masing mengaku mereka paling hebat dalam menyembuh
pelbagai penyakit, masing masing mengaku mereka paling handal berubat, dalam
allopathy ada Dr pakar, dalam homeopathy pun ada Dr pakar, dalam perubatan
islam pun ada ustaz pakar, dalam jampi jampi ada bomoh pakar, dalam perubatan tradional
pun ada pakar petua nenek moyang, semua mengaku betul dan pandai rawat pelbagai
jenis penyakit. Tapi korang rasa dalam semua cabang ilmu perubatan ini,
perubatan mana yang korang akan pilih?
Ada orang akan pilih satu perubatan sahaja, contoh mereka
yang anti dengan Allopathy, anggap allopathy adalah senjata sulit yahudi
lemahkan umat islam, terus setia kepada homeopathy dan burukkan alloypathy, ada
orang pulak lebih suka homeopathy sebab kos murah dan tak ada kemia katanya
tapi burukan pilihan perubatan orang lain, ada orang memang cukup pergi jumpa
ustaz, ada orang yang terus jumpa bomoh walaupun demam, dan terus percaya kata
bomoh, bahawa ada orang dengki dan santau dia, ada orang terus rujuk petua nenek
moyang seperti makan ketam bila denggi dan yang best, ada yang ambik semua
kaedah perubatan, ada yang mula merawat dengan ustaz dan berakhir dengan
allopathy di hospital (sakit jantung misalnya) dan ada yang mula dengan
hospital dan berakhir dengan ustaz(penyakit dah confirm mati misalnya)
Paling pelik, ada yang cuba produk baru, (biasanya di jual
secara MLM) lalu sanggup tinggal nasihat doctor pakar dan cukup dengar nasihat
dari penjual penapis air, penjual gelang magnet, penjual tilam kain kaabah,
penjual bantal garam gunung yang mana kos beribu ribu tapi panyakit semakin
parah bila kita nasihat, kita di marah, adohai..
Jadi dalam bab perubatan ini, bagi aku masing masing ada
hujah, masing masing boleh bagi testimony, tapi aku, dengan guna akal dan
fikiran kurniaan Tuhan, aku lebih cenderung kepada allopathy, sebab mereka
gunakan kaedah sains dan bukti secara statistic data (bukan testimony) apatah
lagi, bidang ini sudah banyak di ceburi oleh orang islam yang ikhlas dalam merawat
pesakit.
Lagi satu hujah aku yang penting adalah, hari ini, jika ada
orang yang cedera akibat kemalangan jalan raya, siapa yang akan kutip mereka
untuk di rawat? Tok bomoh? Pakar perubatan tradional? Pusat perubatan islam? Ambulance
Homeotahy? Tak adanya!, selain allopathy yang mana seluruh dunia, akan ada Ambulance
stand by untuk selamatkan orang yang cedera di mana-mana, tak kira hospital kerajaan
atau swasta, mereka mampu kutip pesakit dan rawat sebab kaedah perubatan mereka
maju dan bersistem.
Perubatan lain, setelah beratus ratus tahun wujud di dunia,
tak mampu semaju dan secanggih Allopathy, masing masing tak bersatu dan tak ada
ambulance! Mereka tak bersidang macam geng Allopathy buat. Mereka boleh sembang
boleh rawat semua penyakit, cuba bawa orang baru lepas eksiden pada mereka,
tangan putus, mata tersembul, mampu mereka rawat? Tak mampu sebab mereka tak ada
sistem yang baik.
Jadi aku pilih allopathy sebagai cara ikhtiar merawat
penyakit sebab mereka ada ambulance dan guna logic sains, lagu satu sebab Allah
buat dunia ini darul asbab, dan sudah ramai dr pakar di kalangan orang islam
yang menceburi bidang ini dengan ikhlas. Namun jika melibatkan gangguan jin,
aku tak tolak merawat cara islam, Macam Dr Harun Din, pakar perubatan islam,
tapi bila sakit jantung, pergi berubat di IJN, sebab Dr Harun Din tahu, allopathy
adalah ikhtiar yang paling common sense bila sakit jantung.
Jadi balik kepada debat Penyokong mazhab dan wahabi, atau debat
antara sunni dan syiah, atau pas dan pan, atau umno baru dan umno lama, atau mana nama kefahaman pun, walau masing
masing dakwa merekalah paling faham agama, paling handal agama, paling hebat
berhujah. Kita rujuk kes yang sama macam allopathy tadi:
Iaitu: Aku lebih suka merujuk kepada fahaman agama yang ada ‘ambulance’,
bukan sembang kosong. “ambulance” di sini adalah merujuk kepada fahaman agama
yang sanggup keluar berdakwah dan kutip ummat lalu di ‘rawat’ di masjid. Sebab inilah
cara Nabi dan sahabat buat, pergi dakwah rumah ke rumah, pintu ke pintu, dan
ajak manusia kepada Allah. Bukan sembang kencang macam Tok Bomoh, tapi bila
orang eksiden, buat tak tahu..
Masing masing boleh sembang akulah paling faham agama, tapi
bila mat rempit merempit, bila umat tak solat, bila umat buat maksiat, siapa
nak jumpa mereka? Siapa nak dakwah mereka? Korang tak mampu kutip mereka sebab
tak mampu dakwah mereka atau bagaimana?
Jangan jadi macam pakar perubatan lain yang hanya rawat
pesakit yang simple, sakit pelik korang serah pada allopathy, sakit simple
korang berebut nak rawat siap kena cas yang tinggi.
Ini berlaku dalam bab kafahaman agama hari ni, ada orang dia
pilih orang kaya sahaja sebagai ahli, ada yang sasarkan orang akedemik sahaja,
ada yang untuk puak dia sahaja, habis tu, si pemabuk, sipeminum arak, mamat
bertatoo, siapa nak dakwah?
Siapa nak keluar berdakwah macam Nabi dan Sahabat buat?
Siapa?
Siapa nak selamatkan ummat macam Nabi dan Sahabat buat?
Siapa?
Jadi kepada sipendebat penyokong mazhab atau wahabi, atau
siapa siapa pun anda, nak tahu sipa betul? jom kita keluar berdakwah, mulakan
dari jiran jiran korang, ajak mereka ke masjid, ajak mereka kepada Allah, yang
tak pandai solat, ajar mereka solat, sama sama imarahkan masjid, sama-sama kita
berkdakwah.
Sama sama kita jadi ‘ambulance’ kutip orang yang ‘sakit iman’
kepada hospital iman(masjid). Boleh insyaAllah?.
****
Malam semakin larut, kawan aku mengaku boleh sembang bab agama
berjam jam, tapi nak pergi berdakwah 15 minit jumpa mat rempit dia tak sanggup,
akhirnya kedai dah nak tutup, masing masing pulang dengan azam nak belajar jadi
ambulance-InsyaAllah
Akhir kata: Jadikanlah dirimu ‘ambulance’ sebelum keretamayat
datang ambil kamu. Pesan pada diri sendiri.
Sekian.
Ps: Menurut hadis, Ummat ini akan terpecah kepada 73 golongan,
hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga, siapakah mereka? Kata ustaz,
golongan yang masuk syurga, bukanlah golongan yang sibuk kafirkan 72 golongan
lain, tapi yang masuk syurga adalah golongan yang fikir risau terhadap diri
sendiri dan 72 golongan lain lantas berusaha dakwah mereka semua taat perintah
Allah, ikut cara Rasulullah. Wallhu’lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)

