Sep 25, 2008

Perasaanku Terganggu?

(kucing yang lapar mengiaw di luar rumah di waktu sahur, mengingatkan aku terhadap zakat yang belum di bayar)

Suatu petang di bulan Ramadhan, di halaman rumah jiran, kelihatan betapa gigihnya seekor ayam jantan mengejar ayam betina lalu ‘mengerjakan’ ayam betina itu dengan tabah, dan.. mungkin itu adalah buat kali terakhir kerana Raya dah dekat, last kopek kata orang muda, almaklumlah, banyak pulak makanan orang melayu yang berasaskan ayam, dan aku yang sedang berpuasa zahir dan batin, sedikit sebanyak apabila mendengar rintihan ayam betina itu, ‘perasaanku terganggu’..

Dan aku tahu, di hujung-hujung Ramadhan sebegini, ada antara korang yang mengalami situasi yang aku namakan sebagai “perasaanku terganggu”..

Namun, “Perasaanku terganggu” ini bukan hanya di sebabkan oleh factor seperti melihat ayam jantan ‘menduduki ‘ayam betina sahaja, tapi banyak lagi factor lain, biasanya “Perasaanku terganggu” ini akan sering dialami korang pada banyak waktu dan antara waktu yang popular adalah waktu nak berbuka puasa atau waktu nak bersahur misalnya…

Akibat dari sydrom “Perasaanku terganggu” ini, kurma yang di makan mulai terasa pahit atau kuih-muih yang di makan terasa masin (bercampur dengan air mata barangkali…)

Ini semua di sebabkan oleh dua perkara, iaitu:-Kehilangan dan Kesunyian.

“Perasaanku terganggu” kerana korang sedang kehilangan orang yang tersayang atau yang belum ada orang tersayang pula, “Perasaanku terganggu” kerana korang sedang kesunyian tiada orang yang tersayang…

Sedih bukan?

“Perasaanku terganggu”?

Betul tak?

Kadang kadang bila korang terlihat bulan yang sedang mengambang penuh, atau melihat matahari yang sedang tenggelam di ufuk timur, atau terlihat warna pelangi di ufuk jingga, semua itu akan membawa korang kepada suasana “Perasaanku terganggu”…

Mendengar lagu raya, juga buat korang menjadi “Perasaanku terganggu”…

Semalam, ketika lihat malam yang penuh dengan bintang di langit, “Perasaanku terganggu” juga, tapi aku tak pasti sangat, kenapa “Perasaanku terganggu”?

Adakah “Perasaanku terganggu” kerana ‘kehilangan’ atau kerana ‘kesunyian’?.., mungkin di sebabkan dosa aku yang lalu atau sebab rohani diri yang belum sempurna atau mungkin sebab takut Lallatul Qadar dah terlepas atau mungkin sebab isteri aku sedang berpantang lepas bersalin dan sekarang sedang jauh dimata dekat dikampong maknya lalu tinggal aku berbuka puasa sorang-sorang?

Tapi bagus jugak, bolehlah aku bukak puasa di masjid hari-hari, dapatlah jaga takbir pertama solat maghrib secara berjemaah dan kalau ada ustaz ulamak ajak beriktikaf, takde masalah ler insyAllah... jadi tak perlulah aku menangis sebab mak aku ada cakap, jika nak menangis, silalah menangis atas sejadah..

Mudah-mudahan…

Tapi, “Perasaanku terganggu” juga bila bukak email di bulan Ramdahan dan baca keluhan ramai antara korang yang sedang alami situasi “Perasaanku terganggu”..

“Perasaanku terganggu” kerana belum ada jodoh terutamanya,…
“Perasaanku terganggu” kerana belum ada orang tersayang dan sedang kesunyian tiada orang yang tersayang…
“Perasaanku terganggu”…kerana kelam kabut politik di Malaysia juga di luahkan pada aku..

Tak perlu aku copy/paste semua email, cukup aku bagitahu, bahawa bila raya dah dekat, tapi korang masih bersendirian dalam dunia yang fana ini, lalu apabila melihat orang lain bergembira menyambut syawal bersama pasangan masing masing, maka “Perasaanku terganggu” pun berlaku dan “Perasaanku terganggu” ini terus menerus memperbaharui kesedihan korang..oh!

Dan korang buat ke seratus kali, korang akhirnya mintak tolong aku yang hina dan tak pandai ini..

Cik Hamka, tolonglah saya, “Perasaanku terganggu” sangat, tolong!

Tolong cik Hamka, saya sunyi, sedih dan keseorangan, tiada orang nak sayang saya!

Aku dah banyak kali mengaku bahawa tak pandai langung nak jodohkan korang, itu semua adalah di luar bidang kerja keretamayat, maafkan aku..

Tapi apa lagi nak di kata? Nabi Adam dalam shurga pun turut alami “Perasaanku terganggu”, apatah lagi korang di Malaysia bumi bertuah ini,

Nabi Adam alami “Perasaanku terganggu” apabila tengok burung burung terbang dengan pasangan masing masing..

Akhirnya Nabi Adam a.s mintak dengan Allah agar dihilangkan “Perasaanku terganggu” dan akhirnya Allah cipta seorang wanita untuk di cintai dan dilindungi.., di ambil tulang rusuk yang dekat dengan paru paru untuk berkonsi hidup dan dekat dengan perut untuk berkongsi makan tetapi tersilap kongsi buah larangan lalu terhukum di buang daerah, dan jatuh ke lembah dunia… dan itu cerita lain..

Begitu jugak Dato Siti Nurhaliza yang alami “Perasaanku terganggu” lalu menanyi lagu yang berangkap “tak kan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian..” dan akhirnya hilang jugak “Perasaanku terganggu” beliau dengan kehadiran Dato K.

Jadi korang pulak, yang alami “Perasaanku terganggu” tak kala baca blog aku yang secara tak rasmi terselit kisah suka duka aku bersama isteri, apa lagi nak di kata? Tiada Datok X, atau Datin Y yang datang menjengah, sebaliknya hanya “Perasaanku terganggu” yang datang memperbaharui kesunyian…

Maafkan aku, lantaran dalam blog ini, cerita cerita aku yang buat korang alami “Perasaanku terganggu” adalah sengaja aku tulis demi galakkan korang kahwin supaya cepat hilang “Perasaanku terganggu” tu,

Tapi dalam kentetuan Yang Maha Berkuasa, korang pulak yang alami masalah susah nak jumpa jodoh, lantaran sudah habis ikhtiar dan doa kata korang… yang lelaki pulak bila tengok perempuan cantik, bukan setakat “Perasaanku terganggu” tetapi “kemaluan juga turut terganggu”..oh!

Jadi beginilah, buat kesekalian kalinya, terus ke tajuk utama, basic orang islam dalam menyelesaikan masalah adalah melalui amal, boring bukan? Tapi cuba baca dulu cerita tentang ‘kehilangan’ ini..

Diriwayatkan ada kisah seorang Sahabat Nabi Muhammad SAW yang ada anak tunggal bernama Salim jika tak silap, tapi si anak ini, telah hilang kerana di culik orang jahat..

Sedih, bimbang takut dan “Perasaanku terganggu”.., Isterinya menasihati agar beliau pergi berjumpa dengan Nabi Muhammad SAW bagi mengadu ehwal…

Pendek cerita, Nabi suruh beliau selesaikan masalah melalaui perantaraan ‘Amal’, dan amal tersebut adalah seperti berikut:-

1.Sabar.

2.Takwa (Menahan diri dari buat sebarang dosa.)

3.Membaca dengan tawadduk dan banyak akan zikir menyerah diri : La Hau LaWaLA, hinga HilAzim. Yang bermaksud, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah..

Maka suami isteri inipun sabarlah, iaitu dengan tidak berkeluh kesah, kemudian, mengukuhkan takwa iaitu dengan menahan diri dari berbuat sebarang dosa dan setiap masa baca zikir ‘menyerah diri’ sebanyak-banyaknya..

Pendek cerita, si anak dapat meloloskan diri dari pengjaht dan membawa pulang bersama harta rampasan yang banyak…

Maka dari Hadith ini, siapa sahaja yang ‘kehilangan’, insyAllah akan mendapat kembali apa yang telah hilang, InsyAllah..

Tak kira apa yang hilang, samaada Thumb Drive ke, basikal ke, atau orang tersayang, insyAllah, setelah cukup rempah sabar di campur dengan takwa, dan di ulit dengan zikir menyerah diri, maka Allah akan hilangkan segala bentuk “perasaan terganggu” korang, mudah-mudahan..

Dan bagi korang yang sedang “Perasaanku terganggu” kerana sedang ‘kehilangan’ seseorang yang belum dimiliki, juga insyAllah akan mudah seseorang yang belum dimiliki untuk pulang kerana siapa sahaja yang layak untuk pulang akan pulang ke pangkuanmu untuk hilangkan “Perasaanku terganggu”, siapa sahaja, tak semestinya Dato K atau Syed Muzafar...

InsyAllah, selasaikanlah masalah melalui perantaran amal..

Dan satu lagi, jika korang yang sedang sabar, dan sedang menahan dosa serta sedang berzikir menyerah diri, bagi yang bujang belum kahwin, untuk cepatkan dapat jodoh, korang kena tunjuk betul-betul pada Allah yang korang ni adalah layak untuk menjadi seorang ayah atau seorang ibu, faham?

Korang kena zahirkan pada Allah bahawa yang korang ni, adalah telah layak untuk menjadi seorang ayah atau seorang ibu, bagaimana?

Ubah perangai!

Yang perempuan, jika sebelum ni tak pandai masak, malas kemas rumah, tak suka layan budak budak, tak pandai bercakap sopan dengan orang tua, dan tak pernah bagi makan pada kucing yang lapar di luar rumah, lepas tu tidur malam peluk teddy bear sambil layan radio dengar lagu jiwang, hmmm, memang tak layak nak jadi mak orang, maka macam mana Allah nak bagi suami kat kau? Tak kesian nanti suami dengan anak kau nanti dapat mak teruk cam gini?

Tapi korang cakap, lepas kahwin aku ubahlah perangai..

Tak payah tunggu lepas kahwin, ubah perangai sekarang, dah banyak aku dengar cerita kenapa member aku kahwin dengan wanita A yang tak cantik, sedangkan wanita B yang jelita suka kat dia, maka jawab lelaki X, wanita A lebih bersifat keibuan..

Apa lagi nak di kata?

Orang lelakipun sama, tak pergi solat berjemaah, tak pandai baca Al quran, suka tengok bahan lucah, malas solat tarawih, lepas tu ada hati nak jadi suami dan ayah kepada mangsa kedaaan, tak keseian ke kat anak bini nanti dapat suami tak jaga solat, rosak akhlak?

Dah! Bulan puasa begini, tak payahlah aku membebel..

Yang penting, jangan lupa bagi makan pada kucing, jangan pilih bulu, kucing kurap yang mengiaw di luar rumah jugak kena bagi makan, mudah-mudahan, apabila kita berkhidmat pada makhluk ciptaan Allah, maka terbukalah pintu takdir untuk kita dalam sejarah memberi manfaat kepada genarasi sendiri pula.., insyAllah..

Dan.. Bulan puasa dah nak habis, yang lelaki, eloklah pergi beriktikaf di masjid, aku tengok sejak kebelakangan ini, orang yang tidur di masjid, bukan setakat orang ‘tabligh’ sahaja, dah ada orang Pas dan orang Umno yang tidur dengan berniat iktikaf mencari lailatul qadar, alhamdulillah..

Baguslah, masing masing pakat tidur di masjid, lepas ni mungkin Nik Aziz, Pak lah dan Anwar Ibrahim akan adakan Iktikaf Perdana pulak, mana tahu?

Yelah! selepas korang dah penat berebut kerusi yang terhad kat parlimen tu, apa kata korang pakat pakat berebut ‘kerusi’ di bawah Arasy, banyak lagi yang kosong.., ada tujuh golongan yang layak duduk, dan salah satu adalah mereka yang hatinya terpaut kepada masjid..

Selamat berpaut!

Oh, ye, jika Dato-dato sekalian takut ‘kehilangan’ kerusi dan sedang alami “perasaanku terganggu”, boleh amal hadith di atas, iaitu sabar, kemudian tahan diri dari buat dosa, dan banyakkan zikir menyerah diri, maka insyAllah, segala bentuk “perasaan terganggu” Dato dato sekalian terubat.. amin.

Akhir kata, aku mintak maaf banyak banyak jika ada salah dan silap, atau terbuat korang alami “perasaan terganggu” di sana sini, atau mungkin ada entry aku yang buat kesedihan korang di perbaharui, maafkan aku, aku masih balajar, dan memang tak pandai, blog ini adalah nota ugama untuk diri sendiri, dan terima kasih kerana ada antara korang yang sudi baiki nota ini kadang kadang, alhamdulillah…

End.

Ps: Selamat Hari Raya!Selamat beriktikaf, selamat mencari seribu bulan, dan selamat bagi makan pada kucing, fakir miskin apatah lagi?

Sep 18, 2008

Anak Zina ?

(Bagaimana nak selamatkan anak gadis kami atau apakah tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial dari gelajala sosial?)

Aku sudah seminggu lebih menghabiskan sisa sisa baki umur berulang alik ke Wad Hospital, bagi yang tak tahu, anak aku masih belum sihat sepenuhnya dan isteri aku juga turut sama masuk wad untuk pastikan anak bongsu aku tu sentiasa dapat susu segar sepanjang masa.., doakan kami semua selamat dari kemurkaan Allah, dan cukup sampai situ cerita tentang anak dan isteri aku..

Cerita hari ini adalah, selang diantara waktu melawat, aku terjumpa seorang sahabat yang pernah datang ziarah dan beriktikaf di kampong aku atas maksud Dakwah, beliau kini sudah jadi Doktor, bekas pelajar UIA, tapi kerana kesibukannya yang luar biasa, aku tak sempat berborak panjang dengannya…

Cuma yang agak kelakar tentang mamat ni adalah kerana beliau yang memang jenis tak tengok perempuan, sentiasa tundukkan pandangan waktu berjalan terutama bila ada kelibat perempuan, tapi bila bekerja, bidang tugas beliau adalah bahagaian ibu ibu mengandung, bahagian bersalin dan yang semakna dengannya.., apa-apalah!

Ok, kita lupakan tentang mamat tu yang memang sentiasa sibuk, al maklumlah, bahagian pengurusan wad bersalin aku rasa sama sibuknya dengan bahagian pengurusan bilik mayat…, hari hari orang jadi mayat dan hari hari orang beranak pinak, dan orang yang beranak adalah jauh lebih ramai dari orang yang jadi mayat.., betul tak?

Kemudian, anak haram lebih ramai dari orang yang mati haram, err maksud aku, mati bunuh diri. Dan itu cerita lain.

Baiklah, pendek cerita, menjelang kesibukkan doctor tu, aku ada bertemu pulak dengan doctor lain yang agak ‘free’.., setelah merujuk akan masalah anak aku dan setelah mendengar penerangan darinya, dan sebagai seorang doctor islamik, beliau telah membuka minda aku tentang kehebatan Allah dalam penciptaan bayi..

Pendek cerita lagi, banyak yang aku belajar secara tak langsung dari doctor tu. Banyak! tapi aku tak hafal semuanya dan lupa pulak nak tulis kat sini, tapi, antara yang aku ingat, doctor tu cerita tentang air ketuban, yang mana air ketuban adalah ciptaan Allah yang sangat sempurna dalam proses melindungi bayi, dalam air ketuban, apabila bayi di ‘scan’, bayi didapati bernafas dalam air tu, sama macam kita bernafas sekarang, ajaib bukan? dan ruang ketuban adalah untuk memudahkan bayi bergerak-gerak membuat pergerakkan awal yang seterusnya memudahkan kerja kerja doctor untuk memantau perkembangan bayi...

Di ceritanya juga tentang betapa bersih ketuban yang menjaga bayi dari sebarang kuman, kerana dekat faraj wanita ada banyak kuman, jika ada ‘leaking’, boleh menyebabkan bayi kena penyakit dan jadi mayat..

Doktor itu menyambung lagi,: Air ketuban juga adalah untuk menjaga bayi dari sebarang gegaran, bermakna jika isteri kita naik kereta di jalan yang tak rata, tapi bayi dalam kandungan tak rasa sangat gegaran kerana berada dalam air ketuban.., begitu hebatnya ciptaan Allah.

Dan apabila air ketuban pecah, maka bayi tidak akan selamat lagi dalam rahim ibunya dan mesti di keluarkan secepat mungkin, lagi cepat keluar, lagi baik! Jika lambat keluar, maka bayi akan menerima macam macam masalah..

Sebagai doctor Islamic beliau baca pulak ayat 13 surah Al Mukminum yang menceritakan bagaimana Allah melindungi bayi di tempat yang ‘kukuh’, tempat yang kukuh itu di tafsir oleh doctor itu sebagai rahim yang ada air ketuban di dalamnya..

Panjang cerita doctor tu tentang kebesaran Allah, dengan ilmunya dan bidangnya, aku jadi kagum dan rasa nak tulis tapi (macam biasa) lupa pulak nak tulis balik semuanya di sini..

Beliau juga ada cerita tentang otak kita yang seberat 2 kilogram tapi kita rasa macam 100 gram sahaja sebab ada satu cecair apa nama ntah apa ntah (sekali lagi macam biasa, aku lupa), yang bergerak di sekeliling otak dan bersambung ke tulang belakang yang mana setengah orang bila ada masalah dekat laluan air ni, kepala akan rasa berat macam pikul 2 kilo gula atas kepala.. bla bla bla..

Kemudian, bercerita pulak pasal puasa, doctor tu terangkan bagaimana apabila kita berpuasa, dalam 10 jam pertama maka perut kosong akan mula cari tenaga yang di simpan dalam mampatan lemak terpendam.., ini bagus kerana, lemak lemak itu tak elok di simpan lama-lama dalam tubuh, sama macam harta dan duit yang banyak tak elok di simpan, mesti digunakan, baru berkat!, maka samalah orang yang berpuasa, maka tenaga tenaga terpendam jika di simpan akan menyebabkan saraf tersumbat dan mendatangkan gejala gejala penyakit yang kronik, maka hikmahnya puasa adalah untuk kesihatan, dengan syarat jangan berbuka dan bersahur yang melampau bla bla bla..

Memang ralit berborak dengan doctor tentang ilmunya dan tentang cara beliau bandingkan pulak dengan Al Quran, masa rasa cepat jer, tup tup doctor tu terpaksa beredar kerana ada tugas, doctor memang sentiasa sibuk ,bukan?..

Tapi sebelum doctor tu beredar, beliau sempat menceritakan kebimbangannya terhadap masyarakat hari ini, kebimbangannya terhadap anak remaja hari ini, yang mana, kata beliau hampir setiap hari di hospital, ada kes ‘ibu tunggal’

‘Ibu tunggal’ di sini bermaksud anak zina..

Kadang-kadang, ada 3 orang Ibu tunggal di wad menunggu bersalin, kemudian, ada 2 orang Ibu tunggal di wad sedang bersalin dan ada pulak 4 orang Ibu tunggal di wad setelah bersalin.., boleh kata hari hari ada!

Ini sangat membimbangkannya kerana banyaknya bilangan kelahiran anak luar nikah adalah ‘indicator’ kepada kerosakkan ummat yang akan datang dan ‘indicator’ kepada kegagalan ummat hari ini..

Kes mengandung anak zina kadang kadang belaku pada gadis bawah umur, sangat kasihan dan membimbangkan, baru haid sekali dah mengandung!

Aku buktikan kata doctor itu benar, semasa melawat isteri aku, aku nampak ada anak gadis yang umur baru 15 tahun, form 3 lebih kurang ,tapi dah berbaring bersama anak di sisi, bila aku tanya bini aku adakah itu ‘ibu tunggal’?, bini aku akuinya…

Hari ini masa jumpa bini aku tadi, ada lagi ‘ibu tunggal’ yang berumur 16 tahun…

Makin bertambah ummat islam dengan anak zina, apa lagi nak di kata? Oh!

Kata doctor itu lagi sebelum beredar:, saya rasa sekarang ini kita tidak boleh lagi berpuas hati hidup dengan setakat sembahyang kita bagus, solat berjemmaah kita bagus, dan lain-lain, tapi kita juga kena keluar mendidik masyarakat.., wajib!

Sebab saya juga ada anak, kata doctor tu lagi, jika kita tak keluar didik masyarakat betul-betul, maka akhirnya kelak, masyarakat yang akan rosakkan anak-anak kita..

Sekarang kita kena buat tindakkan supaya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial.., kata doctor tu lagi..

Tapi, itulah, sedang asyik berborak, doctor tu pulak terpaksa pergi tinggalkan aku kerana beliau ada kerja banyak lagi yang nak kena buat, dan berlalulah doctor itu tanpa sempat doctor tu terangkan kaedah-kaedah atau ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…’

Aku rasa terkilan sangat sebab doctor tu tak sempat terangkan bagaimana nak buat atau apakah ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…’

Kesedaran dah ada, tapi bagaimana nak buat kerja? Tanya aku pada diri sendiri..

Sebenarnya, perasaan ‘terkilan’ ini banyak kali sudah telah berulang dalam hidup aku, ketika dengar ceramah dari ustaz-ustaz misalnya, yang mana bila ustaz tu berapi-api cerita keburukan masyarakat, masyarakat teruk dan sebagainya, tapi bila masuk waktu isyak, ceramah habis sampai situ sahaja.., tanpa sempat ustaz tu terangkan atau tunjukkan akan bagaimana nak buat ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…’, nak kata tak sempat, minggu depan ceramah lagi, bagi kesedaran kepada masyarakat berapi-api, tapi sampai isyak, habis begitu sahaja ceramah…

Inilah masalah ummat islam yang belajar ugama sekarang ni, Kesedaran dah ada, tapi bagaimana nak buat kerja itu takde…

Mungkin Ustaz terlalu sibuk untuk ajar ummat akan ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…’ sama macam doctor di atas yang terlalu sibuk nak uruskan pesakit atau kita semua memang perasan sibuk yang mana kita tahu sudah bahawa masalah ini besar tapi kita tidak dapat buat apa-apa atau tiada tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial, selamat dari azab Allah, dan selamat dari azab api neraka!

Kerana masalah anak remaja kita bukan setakat gelajal sosial, tapi masalah sebenar adalah hari jadi mayat mereka kerana salah satu soalan di akhirat yang kita semua kena jawab adalah:

“Di mana kamu habiskan umur remaja kamu?”

Oleh sebab Ustaz sibuk nak mentelaah ilmu, sehingga tak sempat nak tunjuk cara atau tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Dan juga doctor yang sibuk nak urus pesakit sehingga tak sempat nak tunjuk cara atau tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Dan mungkin pemimpin juga sibuk nak pertahankan kerusi sedia ada sehingga tak sempat nak tunjuk cara atau tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Dan mungkin pembakang juga sibuk nak rampas kerusi sehingga tak sempat nak tunjuk cara atau tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Maka akhirnya, tinggallah aku dan nota keretamayat ini yang menjadi rujukan korang akan bagaimana tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Tapi, aku juga perasan sibuk, ingat Ustaz , doctor dan pemimpin saja yang sibuk?, aku lagilah perasan sibuk (tapi masih sempat tulis blog), aku driver keretamayat banyak nak kena hantar mayat ke kubur.., maka tak sempat jugaklah aku nak terangakan ‘tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Maafkan aku.

Dan aku tahu korang jugak perasan sibuk (tapi masih sempat baca blog aku), sehingga korang pun tak tahu akan apa yang nak di buat atau apakah tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial…

Dan korang jugak kena mintak maaf dengan aku.

OK, kita dah seri, O-O..

Seri dan dua kali lima sahaja sebab aku dan korang tidak buat sebarang tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala social…

Semua nak kena jawab dengan Tuhan kat akhirat kelak!

Satu nak kena jawab:
“Di mana kamu habiskan umur remaja kamu?”

Dua nak kena jawab:
“Ketika remaja-remaja rosakkan hari muda mereka seterusnya merosakkan hari tua mereka dan hari akhirat mereka, apakah tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi korang kelak selamat dari gejala social, dan api neraka?”

Selamat menjawab dan selamat hari raya!

End.

MORAL OF THE STORY

1)Jangan Berzina.

Menurut berita dari isteri aku yang duduk sama-sama dalam wad bayi, kasihan sungguh melihat ‘ibu tunggal’, kerana mereka bersendirian dalam wad, tak macam aku, setiap hari hantar baju dan lampin dan ikan haruan panggang untuk isteri aku, sebab aku suami kepada isteri aku, tapi ‘ibu tunggal’ ni takde saudara mara yang nak ambik tahu, mereka dihukum keluarga, dan dihukum masyarakat, dan ada kes yang mana pakwe mereka datang dan siap bertengkar dalam wad, lepas tu si ibu tunggal ni kena tampar-kasihan sungguh, dan ada ibu tunggal yang tertekan sampai bila anak menangis ke berak ke buat tak peduli, hanya tidur sahaja dalam wad menanti luka beranak sembuh tapi luka di hati tiada siapa yang tahu..

Aku tahu sebab bini aku cerita, bini aku sihat hanya anak yang sakit, maka kadang kadang dalam wad yang sama, bini aku tolong angkat anak mereka ke pangkuan dan tolong apa-apa yang patut dan sempatlah interviu para ibu tunggal ni dan aku rasa tak payahlah aku nak kena cerita secara detail kisah ibu tunggal ni, pendek cerita, semua mereka salahkan lelaki…

So, kepada perempuan perempuan yang belum berzina di luar sana, jangan berzina dan jangan sesekali menghampiri zina…

2)Jangan menghukum pendosa sebelum tiba masanya

Ini aku dapat belajar daripada kakitangan hospital, tak kira sama ada ibu tunggal, pendosa atau siapa sahaja, doctor, nurse, dan lain lain kakitangan hospital tidak melayan pendosa seperti Malaikat Mungkar atau Malik penjaga Neraka, mereka iaitu doctor, nurse, dan lain-lain kakitangan hospital bukannya wakil tuhan untuk menghukum pendosa, nak kena marah ke, nak kena bedah tanpa bius ke, nak kena bersalin dalam keadaan sakit ke, tidak!-tidak sama sekali…

Mereka di Hospital di ajar untuk buat kerja mereka, di ajar untuk menunaikan hak pesakit, tanpa peduli apa dosa pesakit, malahan jika Firaun masuk hospitalpun mereka akan layan seperti mana pesakit berhak di layan.., biasa ada penjenayah yang cedara di tembak polis, pihak hospital tetap guna kaedah yang terbaik dalam menyembuhkan para pesakit..

Aku teringat kisah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Aisyah RA, yang mana apabila datang seorang yang jahat ke rumah baginda, dan Nabi suruh Aisyah berlindung dalam rumah sebaik sahaja ketibaan tetamu ini. Di sebalik dinding Aisyah dapati nabi melayan tetamu yang di katakan buruk perangai ini dengan baik sekali…

Apbila tetamu pulang, Aisyah RA tanya Nabi Muhammad SAW kenapa layan orang yang ‘jahat’ itu begitu baik? Lantas nabi bersabda lebih kurang maksud:

“Tak kan kerana kejahatanya, aku nak kena buang akhlak baik aku?”

Begitu lebih kurang, Nampak semua! Nabi tidak menghukum pendosa sebelum tiba masanya..

Firaun yang buat salah banyak, mengaku tuhan dan telah bunuh beribu ribu bayi, tetapi apabila Allah hantar Nabi Musa berdakwah padanya, maka Allah perintahkan Nabi Musa bercakap dengan lemah lembut- sila rujuk Al quran.

Hukum hudud yang diwujudkan Allah bukanlah untuk menghukum semata-mata atau untuk memalukan sesiapa, tetapi adalah untuk memberi pengajaran dan peringatan kepada orang orang yang beriman dan sebagai pemangkin dalam usaha menyelamatkan dari hukuman di akhirat kelak

Sepanjang hayat Rasulullah SAW, yang aku tahu, tak lebih dari 2 kali sahaja hukum hudud ke atas penzina dilakukan. Itupun kalau korang baca sejarah, si penzina tu siap datang menyerah diri dan terpaksa merayu untuk dihukum..

Mereka terpaksa merayu kerana Nabi Muhammad tidak suka menghukum, malahan mereka yang diminta hukum itu akan di disoal siasat takut gila ke apa atau takut tak faham apa itu zina…

Tapi Ummat islam hari ini, dan sesetengah pejuang ugama, suka benar menghukum, dilempangnya pendosa, di boikot, di sakiti, dan paling tidak, di hukum dengan cara menyebarkan aib pendosa kepada orang ramai, mencela mereka, dan jika mereka datang mintak kerja, dah tak di ambil langsung bekerja, terpaksalah mereka buat jenayah pulak untuk menyara hidup.. siapa bersalah?

Ada yang kena pukul, ada yang ahli keluaga halau dari tumah, mak tak mengaku anak, Majikan tak menagku pekerja, suami cerai isteri bila dah tahu isteri dah takde dara dimalam pertama, dan lain-lain.., dan memang sedih bab ni, kita memang suka menghukum, seolah olah kita adalah wakil tuham untuk menghukum manusia..,

Malaikat Mungkar hanya akan hokum manusia apabila manusia tu masuk dalam kubur dan Malaikat Malik Penjaga Neraka akan azab manusia hanya dalam neraka, pendek kata, selagi pintu taubat belum tertutup.., janganlah hukum manusia..

Jika anak kamu sudah berzina, mereka tetap anak kamu, kamu masih wajib menyara hidup mereka dan wajib melindungi aib mereka…

Sedangkan Allah Yang Maha Berkuasa, masih memberi makan kepada pendosa, dan akan Menghukum manusia apabila tiba masanya iaitu HARI AKHIRAT!

Apatah lagi aku dan korang yang pernah buat dosa!

TUNAIKANLAH HAK SAUDARA MUSLIM TANPA MENGIRA BETAPA BESARPUN DOSANYA!

3)Jangan perasan sibuk

Aku bukan Driver keretamayat sebenarnya, ‘driver’ itu hanya berlaku disini, di alam maya, dalam blog, hakikatnya, aku kerja macam korang jugak, dan sekarang aku cuti isteri berslain, dan aku mengaku perasan sibuk sehingga tak sempat nak terangkan tindakkan-tindakan yang dapat diambil selari dengan ajaran islam supaya masyarakat selamat dan seterusnya generasi kita kelak selamat dari gejala sosial dari gelajala social adalah kerana..

Err, aku sibuk nak hantar ikan haruan panggang pada isteri, nak hantar kain baju pada anak dan isteri di wad, dan nak panggang ikan…

Maafkan aku seorang yang perasan sibuk ini.. oh!

Cuma aku boleh bagi sedikit jalan dalam menyelesaikan masalah ini, , aku bagi satu ayat yang mana korang kena cari jawapan tafsir ayat ini daripada mereka-mereka yang sedang beriktikaf di masjid pada 10 hari akhir Ramadhan.., jangan pulak perasan sibuk!

Jadi, dapat ayat ni, dan pergi jumpa mereka mereka yang sedang beriktikaf di masjid pada 10 hari akhir Ramadhan pada bila bila masapun dalam masa 10 hari akhir Ramdahan dan tanya mereka tentang ayat ini..

" Hai orang-orang mukmin, jika kamu bantu (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu"( Surah Muhammad; 47:7)

InsyAllah, mereka akan terangkan cara cara bagaimana ‘bantu’ ugama Allah yang mana selepas kita bantu ugama Allah, maka Allah janji akan membantu pulak kita dalam semua masalah termasuk masalah generasi kita kelak selamat dari gejala sosial, selamat dari azab Allah, dan selamat dari azab api neraka!

InsyAllah..

Selamat belajar!

Dan maafkan aku yang perasan sibuk…

Ps: Sebenarnya, Allah tidak perlu pertolongan kita untuk membantu ugamanya, tapi Allah ingin muliakan manusia dengan memberi peluang ‘membantu’ ugama Allah dan sebagai janjiNya: Allah akan Bantu manusia…

Selamat membantu!

Sep 13, 2008

DEMI ?

(Ini bukan sequel filem “Kami The Movie” tapi ini adalah drama baru yang berjudul “Demi The Movie” dan ini adalah kisah benar yang aku tulis tentang kenangan diperkarangan Hospital selang waktu melawat mengubat rindu pada isteri yang dah masuk wad sejak 5 hari yang lalu…)

Demi 1

Pada awal Ramadhan baru baru ni, Bini aku SMS, katanya dia lupa nak kunci pintu pagar dengan mangga waktu pergi kerja tadi, dia hanya kunci pintu rumah, dan tanya pendapat aku, perlukah dia balik untuk kunci pintu pagar?

Aku yang perasan sibuk dipejabat terus tekan tekan telefon dengan pantas hantar SMS:

“Pergilah balik dan kunci, demi..”

Ops!, aku tak sempat habiskan ayat SMS, tapi dah tertekan butang ‘send’, aku sepatutnya habiskan ayat dengan menulis … “Pergilah balik dan kunci, demi keselamatan, jaga barang, jaga iman”

Tapi takpelah, harap bini aku faham, lalu aku terus sambung kerja tanpa hantar SMS susulan, dan seperti yang di duga, bini aku SMS balik:

“demi apa?”

Aku terus balas SMS:

“demi cintaku padamu”

Woha!

Ps: Demi sesungguhnya, kuncilah barang barangmu, dan barulah bertawakkal kepada Allah.., jaga barang, jaga iman..

Demi 2

Akrian, seminggu sebelum Ramdhan, kelihatan seorang rakan yang baru keluar dari klinik pergigian sambil menayangkan giginya yang putih bersih kesan langsung daripada kerja kerja mencuci gigi oleh doctor gigi pakar, lalu tersengih-sengihlah mamat ni seperti tyrannosaurus yang bangga dengan giginya yang bersih dan kuat..

Dan kehidupan mamat itu berubah selepas mencuci gigi kerana semenjak dari itu, apabila masuk sahaja waktu solat, dan apabila masing masing menolak diri enggan menjadi imam solat berjemaah, akhirnya mamat itu yang terpaksa jadi imam setelah dipersetujui oleh semua ahli jemaah dengan alasan :

“Gigi kau lebih putih dari kami..”

Ps: Demi sesungguhnya, kebersihan itu sebahagian dari iman, dan Allah suka dengan orang orang yang mensucikan diri…

Demi 3

Minggu lepas pulak, Bini aku ada SMS,

“abang nak makan apa bukak puasa nanti?

Aku reply:

“Nasi lauk ikan keli, demi”

Bini aku tanya balik.

“demi apa?”

Aku terus balas SMS:

“demi cintaku padamu”

Woha!

Ps: Demi sesungguhnya, manusia itu mudah lupa…

Demi 4

Kereta yang aku start tak hidup-hidup, seorang kawan yang baru nak pulang dari kerja nampak aku terkial kial lalu datang menghampiri..

“kenapa?”

“kereta ni tak hidup, macam takde bateri, tapi jika aku bukak radio, hidup”

“bateri lemah kot?”

“agaknyalah”

“dah berapa lama tak tukar bateri?”

“Dah dekat 3 tahun rasanya”

“Patutlah, ni nak kena tukar baru, kau ada ‘jumper’? charge pakai bateri kereta aku”
“takde..”

Kemudian datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?
Lepas tu berulang balik jawapan macam tadi, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Tak lama lepas tu datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?
Lepas tu berulang balik jawapan macam tadi jugak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

lepas tu, datang lagi seorang rakan dan tanya, Kenapa?
Lepas tu jugak, berulang balik jawapan macam tadi gak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Tidak beberapa lama kemudian, datang lagi seorang rakan dan tanya juga, Kenapa?
Dan lepas tu berulang balik jawapan macam tadi jugak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Datang lagi yang lain, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Datang yang lain pulak, bateri lemah, dekat tiga tahun dan tiada jumper..

Arghh!!!, aku dah penat dah nak explain condition kereta aku pada semua rakyat Malaysia yang prihatin.., lain kali aku nak rakam jawapan lengkap dan Onkan player bila ada yang tanya.., pendek cerita semua rakyat Malaysia yang prihatin tu takde ‘jumper’ dalam kereta, jadi sebulat suara bersetuju untuk tolak kereta aku sampai hidup..

Inilah pengalaman pertama dalam hidup, kereta aku di tolak orang untuk ‘hidup’..

Dapat ilmu baru hari ni, kaki tekan clutch, masukkan gear satu, bila kereta di tolak, lepaskan clutch dengan pantas dan tekan minyak terus, ajar seorang rakyat Malaysia yang prihatin pada aku akan bagaimana nak hidupkan kereta tanpa bateri..

Maka mereka pun tolak..,

Tapi dan tiga kali tolak tak berjaya jugak..

Dahlah bulan puasa, kesian kat mereka..

Tiba tiba baru aku perasan, ketika mereka tolak kereta aku, ada satu benda yang aku tak buat, kalu aku tanya mereka tentang apa yang aku lupa buat tu, nampak bodoh pulak soalan tu, akupun ‘buat’ secara senyap-senyap apa yang aku lupa buat dan merayu agar mereka tolak lagi sekali dan kali ni aku akan berdoa dengan sungguh sungguh, pujuk aku pada mereka..

Maka dengan izin Allah, Sekali tolak, kereta terus hidup, broom!

Mereka gembira kepenatan, itulah, kena doa sungguh sungguh dulu, kata salah seorang rakyat Malaysia yang prihatin..

Kemudian akupun berterus terang, tadi.., aku lupa nak ON kan suis kereta..

Dalam kepenatan setelah menolak kereta , mereka tak marahkan aku, tapi mereka pakat pakat ketawakan aku!

Lantaklah, dan terima kasih banyak banyak wahai rakyat Malaysia yang prihatin sekalian, ada banyak pengajaran dalam cerita ini, antaranya adalah, bateri bila dah setahun setengah memang nak kena buat tindakan, lepas tu jika tak nak buat tindakan, jangan lupa bawak ‘jumper’ dalam kereta, dan akhir sekali bila nak tolong tolak kereta ke, bas ke, lori ke, kapal terbang ke, pastikan driver tu ON kan suis kenderaan….

Ps: Demi sesungguhnya, ingat-mengingati dan tolong menolong itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman…


Demi 5

Bini aku SMS pada hari yang lain,

“abang nak makan apa bukak puasa nanti?


Aku reply:

“Nasi goreng petai, demi”

….

Eh, pelik, Bini aku tak reply pun SMS macam biasa untuk tanya balik ‘demi’ apa...

Aku pulak yang tak sabar dan telefon..

“Kenapa awak tak tanya ‘demi’ apa?”

“Dah tahu, demi cintaku padamu..”

“tak, abang bukan nak bagitahu, ‘demi cintaku pada mu’ macam biasa, tapi ada ‘demi’ lain..

“demi apa?”

Nanti abang SMS, segan nak cakap..

Pendek cerita, lepas tu, Akupun taip SMS dan sent kat bini aku..

“demi SESEUNGGUHNYA, aku cinta pada mu”

Ha!

Demi 6

Seorang saudara perempuan yang belum kahwin dan masih remaja datang rumah aku untuk jaga anak anak aku terutamanya waktu aku nak pergi solat tarawih sebab bini masuk wad, pada pagi semalam, ketika aku sibuk layan anak-anak aku mandi, telefon aku berbunyi dan bergetar yang menandakan masuknya isyarat Masuk SMS..

Aku yang sibuk nak layan anak-anak aku pakai baju selepas mandi, pesan kat saudara perempuan yang belum kahwin dan masih remaja tu tolong baca SMS kuat-kuat!

Lalu saudara perempuan yang belum kahwin dan masih remaja tu bukak SMS aku dan baca kuat kuat:

“Hamka, batal tak puasa aku sebab..”

Tiba tiba jer saudara perempuan yang belum kahwin dan masih remaja tu tak nak baca SMS sebaliknya suruh aku baca sendiri, aku tanya kenapa, boleh pulak dia beredar…

Aku pun baca balik SMS tadi..

“Hamka, batal tak puasa aku sebab tadi aku bermimpi bersetubuh sampai pancut keluar air mani”

Woha! Patutlah minah tu lari, sambil tersengih sengih, aku jawab SMS tu.., macam-macam hal!

Ps: Demi Sesungguhnya, mereka yang sengaja memancutkan air mani di bulan Ramadhan akan mendapat hukuman dari Allah..

Demi 7

Sekarang bini aku dan anak terbaru sedang terlantar di katil hospital, sebelum ini mereka berada di wad yang berbeza, tapi alhamdulillah, bini aku dah dibenarkan keluar wad untuk para ibu semalam, dan sekarang terpaksa tinggal di wad untuk anak pulak kerana anak aku masih tak sihat.., semoga Allah ampunkan dosa dosa kami…

Dan Bini aku ada suruh aku beli seluar dalam saiz besar sebab tak selesa pakai seluar dalam yang biasa kerana luka jahitan akibat pembedahan…, takpe, demi cintaku padamu, jap lagi abang pergi beli..

Dan sebelum tu aku taip SMS dan hantar pada bini aku..

“DEMI ALLAH Aku cinta padamu ”

Ps: DEMI kian tadi, cerita tentang manusia manusia yang belum jadi mayat, maaf agak boring kerana aku sedang mabuk bau ubat agaknya… lalu meracau di ruang menunggu Hospital..

Ps2. Cuba korang jawab SMS dari pasangan korang dan tinggalkan ayat 'demi' tergantung, lepas tu bila mereka tanya, korang jawab macam cerita aku, kalau terjadi apa-apa yang best, boleh kongsi.. :)

Sep 8, 2008

Kenapa Tersedak?

(Aku pernah dengar lagu nyanyian Nash ‘Pada Shurga di wajahmu’ tapi bila pulak nak buat lagu ‘Pada Neraka di wajahmu’?, tanya aku sambil tepuk belakang mereka yang tersedak!)

Sebagai manusia biasa, sudah tentu aku pernah jugaklah beberapa kali dalam hidup yang fana ini, mengalami gejala tersedak (Chocking) ketika makan,

Gejala yang mana ketika makanan sedang berada dalam mulut kita, dan sebelum kita nak telan semua makanan tu, iaitu antara kunyah dah telan, tiba tiba makanan itu tersumbat pulak antara lubang saluran pemisah udara dan lubang perut lantas sejurus itu juga, runtunan pengecutan rongga toraks berlaku secara automatic, lantas keluarlah satu tekanan dari perut yang menolak semua makanan dalam mulut ke ruang atmosphera dengan kelajuan yang pantas tak sempat nak kawal lagi..

Maka terus sahaja berhamburlah nasi-nasi yang sedang di kunyah dalam mulut aku ke pinggan kawan kawan aku yang sama sama sedang makan sambil mengadap antara satu sama lain…

“Uhuk! Uhuk!”

Maafkan aku sahabat, aku tak sengaja tersedak, (err ada ke orang sengaja (ter)sedak?)

Namun, walaubagai manapun, kawan kawan aku memang cool sangat!

Mereka jenis selamba gak macam aku, sedang yang lain tepuk belakang aku, yang duduk mengadap aku dengan selamba makan nasi dia yang dah bercampur akan ketersedarkan sisa makanan aku tadi , puas aku pujuk suruh order makanan lain dan aku nak belanja tapi mereka tetap cool, dan sempat pulak buat lawak dengan berkata “ takpe aku makan bekas sisa orang ‘alim’, darjat aku akan naik lepas ni, ha ha”

Aku pulak cakap: “engkau tu orang yang lebih tinggi darjat kerana sanggup membuang sombong makan sisa orang lain, aku yang tumpang berkat kamu, isk”

Pendek cerita, sudah dua kali bulan lepas sebelum puasa aku tersedak ketika makan yang mana akhirnya sisa sisa nasik aku jatuh ke dalam pinggan-pinggang kawan-kawan aku, dan sudah ada dua kawan aku yang memang sentiasa ‘cool’…

“Hidup sementara, apa sangat makan sisa orang lain?”
Kata lelaki 1 sambil meneruskan suapan..

“Makan sisa orang ‘alim’, adalah penawar penyakit hati..”
Kata lelaki 2 yang langsung tak terkesan dengan suasana

Aku kelu tak terkata dan rasa sedikit terharu sebab masih ada dalam dunia ini akan kawan-kawan yang jenis cool selamba cam gini..

“Ada orang sebut nama kau barangkali…”
Kata lelaki 3 sambil tepuk belakang aku.

“Orang sebut nama aku?”
Tanya aku pada soalan yang tidak perlupun kepada apa-apa jawapan..

*******

Ya, sinonimnya, bercerita tentang tersedak, orang melayu dulu-dulu percaya jika tersedak itu tandanya ada orang yang sedang sebut-sebut nama kita, memuji atau mengumpat tu tak diklasifikasikanler pulak....

Dan semua tahu sudah, itu hanyalah mitos orang melayu dulu-dulu, sama taraf macam larangan tak boleh duduk atas bantal nanti dapat bisul atau menyanyi di dapur akan dapat kahwin dengan datuk, (datok K misalnya), dan lain lain..

Namun, andai benarlah setiap kali orang puji kita atau kutuk kita maka tuan punya badan akan tersedak-sedak, aku rasa tentu Anuar Ibrahim, atau Paklah atau sekian-sekian Menteri yang sewaktu dengannya akan asyik tersedak-sedak bila tiba musim pilihanraya...

Apa-apapun, aku rasa bukan masyarat melayu sahaja yang ’percaya’ tersedak itu tandanya ada orang sebut nama kita, bukan.., sebab aku pernah tengok dalam satu siri kartun animasi jepun yang berjudul Naruto, watak Jiraiya selaku tok guru Naruto yang mahir dengan teknik seruan katak dari kampong Kanoha jugak ‘tersedak’ dalam satu babak apabila Naruto mengumpatnya…

Apa-apalah!

*******

Kita lupakan cerita tersedak dan mitosnya itu, sekarang sempena bulan Puasa yang mulia, aku akan tulis satu cerita benar yang confirm bukan mitos dan cerita ini telah berulang sejak zaman berzaman untuk sejarah masa hadapan!

Ini adalah cerita tentang satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas RA bahawa telah bersabda akan nabi Muhammad SAW yang bermakasud:

Hadith 1

“Setiap hari pada waktu berbuka puasa dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka...”

Wah! Ini berita yang SANGAT-SANGAT bagus, Cuma sedih sedikit pada diri sendiri, sebab aku yang hina ini sangat tak pasti akan kepada siapakah sebenarnya ditujukan akan sejuta manusia yang kesemuanya telah ditentukan untuk masuk Neraka tapi kemudian di bebaskan jua akhirnya dalam hadith di atas, siapa?.

Aku yang jahil banyak bab ugama dan tak tahu maksud Hadith ni, telah timbul soalan dari diri aku, iaitu sejuta ahli neraka itu di rujuk kepada yang masih hidup atau yang sudah jadi mayat?

Jika ada ustaz yang tahu, boleh bagitahu aku, aku memang masih banyak yang jahil…

Soalan aku adalah, Jika sejuta ahli neraka dalam hadith di atas itu ditujukan kepada mereka yang telah jadi mayat, maka mayat yang mana dulu akan di bebaskan?
Mungkin mayat yang anak cucunya berdoa untuk mereka atau bagaimana? Mayat yang tiada anak dan cucu pula bagaimana?

Atau,

Sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada aku dan korang yang masih hidup kerana antara kita memang dah banyak buat dosa sehingga telah tertulis nama di pintu-pintu neraka!. Naduzubillah!

Sebagai contoh sebab-musabab nama tertulis di pintu neraka, Nabi bersabda:

Hadith 2:

“Seseorang yang meninggalkan solat sehingga terluput waktunya, kemudian menqadakan solah itu maka dia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub bersamaan lapan pulun tahun dan satu hari (di akhirat) adalah sama dengan seribu tahun (di dunia ini)”

Contoh dari Sabda Nabi yang lain,

Hadith 3:

“Seseorang yang meninggalkan walaupun satu solah fardu dengan sengaja, namanya akan tertulis dipintu neraka dan dia pasti akan memasukkinya.”
(Kitab Qurratul Uyun)

Jadi aku yang jahil ini beranggapan bahawa sejuta ahli neraka itu ditujukan kepada yang masih hidup, yang mana mungkin ada antara korang telah sengaja tak solat, maka nama dah tertulis dipintu neraka sedang korang masih belum jadi mayat lagi…, tapi tak semestinya anggapan aku betul..

Cuma mungkin setelah dirujuk kepada hadith Nabi yang yang di ambil pada tarikh 30 hb syaaban riwayat Hazrat Salman R.a yang berbunyi,

Hadith 4:

“Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara(dari empat perkara) yang tidak boleh tidak kamu perlukan iaitu memohon shurga daripada Allah dan meminta perlindungan dari api neraka.”
(Kitab Fadhilat amal)

Nampaknya memang nabi ada suruh kita banyakkan mintak selamat dari azab api neraka pada bulan Ramadhan dan mintak pulak adalah bagi pihak diri kita sendiri..

Maka aku berharap kita semua bertawajuh pada ALLAH agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah kita: aku dan korang!

Walaupun, setelah segala dosa itu kita cucuri dengan air mata menyesal, taubat dan qadha mana yang tinggal, namun kuasa memadam nama dipintu neraka adalah di tangan Allah, maka sempena bulan puasa ini di waktu berbuka, sekali lagi aku harap kita sama sama dapat bertawajuh pada ALLAH dengan sepenuh harapan agar sejuta ahli neraka yang di bebaskan itu adalah termasuk kita semua: aku dan korang!

Namun, ikut quote Hadith yang mula-mula di atas, Allah hanya bebaskan sejuta ahli neraka sahaja setiap hari, sedangkan Ummat islam ada berbelion-belion atas muka bumi ini..!

Maka nak tak nak, kita memang kena ikut sangat sabda Nabi dalam Hadith di atas yang mengatakan “Perbanyakkanlah bulan ini dua perkara(dari empat perkara) YANG TIDAK BOLEH TIDAK KAMU PERLUKAN iaitu memohon shurga daripada Allah dan meminta PERLINDUNGAN DARI API NERAKA.”

Maka kena bersungguh-sungguh mintak bebas dari azab api neraka terutama waktu berbuka kerana setiap hari, Allah hanya bebaskan sejuta orang sahaja daripa berbelion-belion ummat islam yang ada atas muka bumi ini yang masih hidup, yang ada dalam perut bumi pula ada lagi berbilion trillions! …

Baiklah, pendek cerita, sebab dah banyak hari juga Ramadhan telah berlalu, peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…

Jadi kesimpulannya, kita memang kena ‘berlumba-lumba’ di bulan Ramadhan ini dengan bersolat sunnat tarawih, bertadarus Al Quran, berdakwah, dan lain lain ibadat demi meraih perhatian Allah agar kita termasuk dalam 30 juta ahli neraka yang akan di bebaskan.., amin!

Nabi Muhammad SAW bersabda, Hadith 5:

“Allah akan menumpukan perhatianNYA kepadamu dalam bulan Ramadhan, Dia akan menurunkan Rahmat, dan akan menggugurkan dosa-dosa dan menerima doa. Dia akan memerhatikan perlumbaan kamu dalam Ramadhan dan Dia akan membangga-banggakan kamu kepada para Malaikatnya. Maka perlihatkanlah kepada Allah daripada kamu akan kebaikan. Sesungguhnya orang yang celaka ialah seseorang yang telah dijauhkan daripada Rahmat Allah pada bulan ini”
(riwayat Ubadah bin Sommit RA):

Maka, tunggu apa lagi? peluang sejuta ahli neraka di bebaskan dari neraka masih di buka setiap hari, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya sejuta sahaja sehari, bermakna sepanjang bulan Ramadhan akan ada hanya 30 juta ahli neraka yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…

Inilah bulan kita nak bersolat tarawikh kerana bulan ini sahaja yang ada, jangan berbaring di depan TV, inilah bulan amalan sunat mendapat ganjaran fardu, dan amalan fardu di ganda-gandakan..

Maka kena cepat dan jangan ketinggalan untuk bersungguh-sungguh mintak bebas dari azab api neraka terutama waktu berbuka kerana setiap hari, Allah hanya berjanji untuk bebaskan sejuta orang sahaja daripa berbelion-belion ummat islam yang ada atas muka bumi ini yang masih hidup, Apa lagi nak di kata?

Dan ada satu lagi berita baik, dari Hadith pertama di atas, masih ada sambungan..

Nabi bersabda: (sambungan Hadith 1)

“..Apabila tiba hari terakhir dari bulan Ramadhan, Allah SWT akan membebaskan pada hari itu ahli neraka sebanyak bilangan manusia yang telah Dia bebaskan dari awal sehingga ke akhir bulan.”

Wah!! ini SUDAH SUDAH SUDAH-SANGAT SANGAT SANGAT BAGUS! Dari 30 juta ahli neraka telah di tambah kepada 60 JUTA!!! Betapa Pemurahnya Allah! tunggu apa lagi? peluang 30 juta dah di tambah kepada 60 juta!! Ingat!! ADA 60 JUTA ahli neraka yang akan di bebaskan dari neraka dan peluang ini masih di buka, cepat-cepat! Jangan ketinggalan, daripada berbelion billion ummat islam, hanya 60 juta sahaja yang confirm masuk neraka akan di bebaskan…

Jangan berlengah lagi, kunjungilah masjid yang berhampiran untuk keterangan lanjut, dan tarih tutup adalah pada 1 syawal..

InyaAllah….

*****
Penutup

Akhir kata, aku amat berharap, korang yang selalu puji blog aku ini cakap blog ni best, cakap bini aku best dapat aku yang best, cakap entry aku semua best, dan email aku hari hari dan sentiasa tinggalkan komen berbentuk pujian.. itu ini begitu begini! sedang semua dari Allah, aku tiada apa apa, tanpa kehendak Allah, aku nak tekan butang “Enter”pun tak mampu.., nak recall balik password keretamayat ni pun tak mampu..

Maka inilah masanya, aku berharap, korang yang cakap dah insaf baca blog ini, dah dapat hidayat baca blog ini, dan lain lain..

Maka aku amat berharap, korang lapangkanlah satu ruang dalam doa korang untuk letak nama aku, Hamka! doakan Hamka ini agar selamat dari masuk api neraka, andai Hamka namanya ada di pintu neraka kerana dosa-dosanya, maka masukkanlah dia dalam senarai 60 juta ahli neraka yang di bebaskan tahun ini! Selamatkanlah dia dari azab api neraka.., bla bla bla…

Begitu lebih kurang permohonan aku, boleh?!..

Dan ada hadith lagi, Hadith 6:

“Seorang Muslim yang berdoa kebaikan dan kebahagiaan saudara muslimnya, maka malaikat-malaikat di langit Allah akan berkata : Dan bagimu seperti itu juga”
(Kitab Malfuzat)

Pendek kata, bila korang doa kebaikkan untuk aku, hakikatnya korang jugak telah berdoa kebaikkan untuk diri sendiri..

Dan doa yang makbul di bulan puasa ini adalah waktu nak berbukak puasa, dan di waktu itulah sejuta ahli neraka akan di bebaskan, tolonglah doa untuk aku. Tolong!…

Boleh, insyAllah?!

: )



…….

Kata bini aku:
“Bang, kenapa asyik tersedak sahaja bukak puasa hari ni?”

“Ada orang sebut nama abang kot..”

Woha!

****

Ps: Seorang islam yang mencintai orang lain kerana Allah atau dicintai kerana Allah maka rasa ‘cinta dan sangka baik’ ini akan menjadi bekalannya di akhirat kelak. Maka, cinta pembaca blog keretamayat terhadap aku sangat di harapkan agar dapat menutup keaiban aku di akhirat kelak…:)!

Sep 4, 2008

Siapa yang kamu sedang rindu?(ulangan)

(Hari yang penuh emosi..., bermonologlah pulak...)

Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan …, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada isteri Nabi Musa a.s yang kesejukkan di bawah kaki bukit Tsur, bersama anak-anaknya, yang tabah menunggu suami serta ayah mereka, yang telah pergi mengambil api dari puncak bukit, tapi suami yang di tunggu tak muncul tiba, kerana hakikatnya si suami sudah di lantik menjadi Nabi, dan bermulalah sebuah pengorbanan dalam mencari nikmat berugama..…

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa, sedang asyik menjamah makanan dan menjamu selera…, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Barangkali kita terlupa pada Isteri Nabi Ibrahim a.s yang kepanasan dan kehausan, serta kelaparan dan keletihan dalam mencari air di Lembah Safar dan Marwah.. sedang anak masih dalam susuan, lalu tinggalah dua beranak di lembah Mekah tanpa suami di sisi kerana suaminya sedang berkorban dalam mencari nikmat berugama…

Hari ini kita bersolat berlangitkan kipas syiling, dan berdiri di atas karpet yang lembut lagi tebal, serta masjid yang sungguh indah saujana mata, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada Summayah r.aha yang di tombak di kemaluan kerana ugama ini, atau keluarga Yassir yang mati di seksa, atau Nabi zakaria a.s yang di gergaji dan juga Nabi Yahya a,s yang di pancung, semuanya kerana ugama!

Nampaknya, demi ugama, Allah sanggup melihat kekasihNya terkorban dan di korbankan....

Dalam kemeriahan kita semua berbuka puasa, makan bersama kicap cap ‘Bilal’ penyedap rasa, sebenarnya kita telah terlupa pada Bilal bin Rabah yang hidup di seksa, di jemur di padang pasir sedang di dadanya di pasak dengan batu sebesar raksasa, saban malam di cemeti bergilir-gilir pula...

Tak lupa juga akan kita yang berbuka dengan roti Khebbab yang enak dan menyelerakan, danging panggang dan roti pital yang empuk.., sedang Khabbab bin Alarat r.a telah di seksa kerana ugama ini, beliau di seret atas bara api sehingga lemak dan darahnya telah memadamkan bara api.. semuanya kerana ugama.... berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, sebenarnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Jika kamu mahu mengenang cerita dan derita,
Izinkan aku titipkan beberapa lembaran kisah mereka yang telah menderita kerana ugama, berkorban dalam mencari nikmat berugama…!

Pada suatu waktu di saat zaman dan kurun yang terbaik, terdapat cerita seorang sahabat Nabi SAW yang baru kematian isterinya sedang beliau masih mempunyai seorang anak lelaki berusia 5 tahun, namun sahabat ini telah datang berjumpa Nabi SAW untuk menyertai jihad menegakkan ugama Allah...

Nabi menasihatinya supaya duduk di rumah bersama anaknya yang masih kecil itu.., tapi dia mendesak juga untuk menyertai, barangkali beliau telah tercium bau syurga. Dan Nabi Muhammad SAW telah benarkan beliau pergi..

Si anak yang di bernama Basyir ini pun bukan calang calang budak. Walaupun baru berusia 5 tahun telah sanggup berpisah dan di pisahkan demi semata mata kerana agama Allah.

Malahan si anak-anak para sahabat Baginda ini akan saling berbangga terhadap ayah dan bapa mereka yang telah turut sama menyertai peperangan bersama Baginda SAW.

Allah jua yang mencampak kefahaman dalam diri mereka tentang nilai ugama..

Setelah beberapa masa berlalu, terdengarlah khabar berita akan kepulangan tentera islam dari luar kota Madinah, Nun di sana kelihatan segerombolan habuk dan debu yang berterbangan menjulang ke langit kesan hentakan tapak kaki kuda dan unta milik tentera islam.

Di sempadan Madinah, sebaik kuda dan unta menghentikan tapak kakinya, dan dalam suasana debu debuan yang masih berterbangan, si anak-anak sahabat sudah tidak sabar menunggu untuk bertemu dengan bapa-bapa mereka. Dalam larian kasih sayang, Basyir bin Abarkah telah mendahului kesemua perindu yang lain, walaupun usianya baru 5 tahun, tapi beliaulah yang paling maju, katanya: ingin menyergah ayahnya..maklumlah, Mereka baru belajar erti rindu.

Debu debu pun mulai turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terpancullah wajah kuda dan wajah unta yang setia.

Dan debu debu pun masih terus turun ke bumi. Sedikit demi sedikit terlihatlah wajah bapa bapa mereka. Maka si anak mula menerkam si bapa, dan bapa mulai menerpa si anak, mereka saling berpelukan menangis gembira melepaskan rindu dendam seolah olah seperti baru terlepas dari hukuman mati. Bapa mana yang tidak rindu pada anak? Anak mana yang tidak gembira bertemu bapa? Lantas terdengar suara takbir di sini sana, memuji Allah sambil menangis kesyukuran..

Memuji Nikmat Allah..

Tidak lama kemudian.. sempadan Madinah itu telah menjadi daerah sepi dan sunyi, yang tinggal hanyalah kesan tapak kaki manusia dan binatang tunggangan. Namun yang terlihat pada waktu dan ketika itu, Basyir budak berumur 5 tahun seorang diri sedang melilau mencari ayahnya. Sudah puas ke kiri dan ke kanan… sudah jauh mata memandang, sudah penat menunggu, namun si ayah yang di rindu, tidak datang-datang!. Tidak kunjung tiba!

Ke mana ayah pergi?
Kenapa masih belum pulang?

Dalam debu debu yang masih tinggal, terlihat satu kelibat lelaki sedang berjalan ke arah Basyir Abarkah budak berumur 5 tahun itu,
Lalu si Basyir menerpa lelaki itu kerana disangkanya bapanya sudah pulang. Namun lelaki itu bukanlah bapanya, sebaliknya lelaki itu adalah Nabi Muhammad SAW .

Lantas Basyir bertanya:
Mana ayah ku?.

Lalu Nabi memalingkan wajahnya ke kanan kerana tidak sanggup untuk berkata kata.
Si Basyir lantas bergerak kekanan Baginda dan terus bertanya:
“Mana ayah ku?”.

Sekali lagi Nabi memalingkan wajahnya ke kiri lantaran tidak sanggup untuk menuturkan kata kata sedang air mata mulai berlinangan di pipi. Si Basyir tidak berputus asa dan terus bergerak ke kiri Baginda.
"Mana ayah ku?”.

Lalu Nabi duduk sama tinggi dan menjawab dengan nada sedih dan pilu sedang tangan baginda di pipi Basyir....

“Anak.., Ayah mu telah syahid.”


Air mata anak terus mengalir hangat, di kala darah yang mengalir dari badan ayahnya sudah lama lenyap di telan bumi....

Dalam kedamaian sahur kita pagi ini, dan kemeriahan berbuka puasa petang nanti, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di waktu malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah… Sesungguhnya mereka telah mewarnai bumi Mekkah dan Madinah dengan darah..

Sekurang-kurangnya, kenanglah pada Basyir budak berumur 5 tahun itu..

Jika kita masih terlupa, biarlah aku ceritakan kisah Mus’ab bin Umair, yang hidup dalam kesempitan telah berjalan melewati Baginda SAW sedang beliau hanya memakai sehelai kain yang telah koyak di beberapa bahagian. Salah satu bahagian yang terkoyak telah di tampal dengan kulit binatang kerana tidak cukup kain, lalu sambil menangis Rasululullah bercerita kisah Mus’ab bin Umair kepada sahabat yang lain, bahawa sebelum islam, Mus’ab bin Umair adalah anak orang kaya dan hidup dalam kemewahan, di sayangi dan di manjai, hidup ditatang bagai minyak yang penuh, pakaiannya sahaja berharga 200 dirham dan hidup dengan penuh perhatian dari ibu bapa. Tapi sebaik beliau memeluk ugama islam, beliau telah di murkai oleh ibu bapa, di ikat dan di kurung, satu hari beliau dapat melepaskan diri dan lari mengikut sahabat Nabi lalu hidup dalam keadaan zuhud dan miskin.

Di hujung pengorbanan, dalam perperangan Uhud, mayatnya di lihat terbujur tanpa ke dua-dua tangan, di potong musuh selangsung tugasnya yang memegang bendera.., dan baginda SAW telah menutup mayatnya dengan kain tapi tidak cukup lalu di tutup dengan daun-daun Izkhar..

Dalam hidangan berbuka puasa yang enak dan meyelerakan, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa di sepertiga malam, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Dan ada juga cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, tentang kematian anak sulung, tentang kematian anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu anaknya yang bongsu juga mati , si ibu ini terpegun dan menangis…dia dipujuk orang, supaya bersabar dengan ujian Allah..
Tapi si ibu berkata: “janganlah kamu semua ucap takziah pada aku, tapi ucapkanlah tahniah kepada aku, …, aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku telah mati, tapi aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah.!!!!”

Dalam kerehatan kita bertarawaikh, dan sedang menikmati juadah sejurus lepas solat witir, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Seorang sahabat ketika hendak di campak ke dalam api oleh seorang kafir telah menangis sambil berkata: “aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa sahaja, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!! "

Dalam keseronokkan kita membuat persediaan hari raya, bertepuk tampar, dan saling bergembira, bertakbir di sini sana, di sebalik semua nikmat berugama ini, sesungguhnya, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Mungkin kita terlupa pada awal kerja Nabi di jalankan, ketika Nabi Muhamad SAW keluar dari rumah dengan baju yang bersih, tapi bila petang nanti pulang, baju Nabi sudah kotor, di jalanan beliau di pukul orang, di sepak terajang dan di baling batu serta najis..,

Dari celah daun pintu Fatimah r.aha anak Nabi mentintai perlakuan ayahandanya yang tercinta, lalu bergenanglah air matanya melihat penderitaan ayahnya, namun sebaik Nabi pulang, lekas-lekas beluau menyampu air mata dan menyambut Baginda dengan senyuman, menyembunyikan kesedihan demi memberi sokongan moral dan sedikit hiburan kepada jiwa luhur bapanya yang teramat tabah itu..

Namun hati anak mana yang tahan melihat ayanya di seksa? Lantas suatu hari beliau telah mengikut di belakang Nabi, melihat perlakuan ayahnya secara langsung, di jalanan beliau melihat ayahnya berdakwah dan di hina, di layan seperti pengemis dan binatang, di sakiti, di caci, di maki, di pukul, dan di baling batu...

Kemuncak penghinaan, ketika Nabi bersolat di hadapan Kaabah, Abu jahal dan sekutunya telah membuang najis dan perut unta ke belakang badan baginda yang sedang sujud.., dengan linangan air mata Fatimah r.aha datang membersihkan najis di badan ayahnya..

Di suatu hari yang lain, Fatimah r.a telah menyambut kepulangan Nabi Muhammad SAW dengan linangan air mata., Lalu Baginda bertanya: kenapa menangis?

Dengan air mata yang bergenang, melihat penderitaan ayahnya, Fatimah r.aha berkata:

“Aku menangis kerana ku lihat telah bertukar warna kulitmu dan kotor pakaianmu.., ”


Nabi menjawab (lebih kurang maksud)
“Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, satu hari nanti, ugama yang aku bawa ini, akan pergi menuju ke setiap rumah walaupun rumah itu berada di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumah seperti tersebarnya malam…”

Maka kita semua pada hari ini, Dalam kedamaian pagi dan ketenangan petang atau kesejahteraan malam, sedang kita menikmati nikmat berugama, mungkin di suatu hari akan datang wakil Nabi mengetuk pintu rumahmu, tidak kira di mana kamu berada, di desa atau di Bandar, dan Allah akan masukkan kemuliaan atau kehinaan ke dalam rumahmu seperti tersebarnya malam… dan bukakanlah pintu hatimu.., kerana mereka sedang mengzahirkan hadith Nabi Muhamad SAW.

Ziarah mereka bukan kerana hari raya, atau kerana menuntut hutang, tapi semata mata kerana Allah, mudah-mudahan kamu dan mereka akan dapat menikmati ruang di bawah arasy berkat amalan ini, dan semoga Allah kasihan pada kamu dan mereka lantaran amalan yang mulia ini lalu mengekalkan kita semua dalam iman, dan menyebarkan hidayat ke seluruh alam, sehingga akhirnya kesemua lelaki akhil baligh dapat minikmati solat berjemaah, dan keseuma wanita akhil baligh dapat menikmati solat di awal waktu serta tutup aurat dengan sempurna, kemudian, anak-anak akan taat perintah ibu bapa, dan isteri-isteri akan taat perintah suami dan semua mahkluk akan taat perintah Allah lalu menyembah Allah dengan cara yang paling layak selayak-layaknya Dia di sembah!...

Sesengguhnya, Dalam kedamaian sahur, dan kemeriahan berbuka puasa, serta rukuk dan sujud yang merehatkan jiwa, di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhintung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah…

Selamat menyambut malam Lalatul Qadar, Lalilatul Jaizah, dan selamat menyambut Hari raya..

Hamka
KeretaMayat.
(28 Ramadhan 1428H)


ps: Tak salah aku buat entry ulangan sebab dulu entry ini muncul di akhir Ramadhan, 28 hb yang buat kurang dari korang dapat menghayati maksud sajak ini, lalu aku re-post balik pada 4 Ramadhan 1429H, lagipun kepada korang yang email aku suruh up-date entry sempena puasa, kira dah up-dateler ni, terubat ler rindu korang sikit sebanyak, (cover line sebab belum tulis dan takde ilham untuk entry baru.., he he)

Aug 31, 2008

Apa itu Merdeka?

(Drama Patriotik 7 bab bersempena Merdeka yang berjudul “Dia bukanlah Hassan walaupun wajahnya mirip Hassan, dan dia juga bukan Sarjan walaupun suka menonton Sarjan Hassan” Selamat Hari Merdeka…)

Part 1

Hari ini 31 Ogos, ada cerita tentang seorang hamba Allah yang bernama Hassan, dimana hari ini Hassan telah dilihat menjadi mayat sejuk dipembaringan, dan sebelum Hassan jadi mayat, cerita tentang Hassan adalah dilihat sebagai seorang yang sangat ‘sedih’ sekali, dengan air mata dan sedu sedan, Hassan terlantar di hospital atas sebab penyakit yang tidak boleh di selamatkan lagi. Kencing manis tahap kritikal...

Kehadiran kawan-kawan si Hassan, majikan serta saudara mara yang datang mengucapkan salam terakhir, menambahkan kesyahduannya, sayang benar Hasaan pada dunia yang fana ini...,

Kemudian, segala permintaan Hassan yang logik-logik telah dipenuhi oleh isteri dan keluarga, namun masih ada rasa terkilan dihati sebab rumah yang baru habis ‘installment’ dan baru lepas ‘renovation’ 2 bulan lepas, masih belum puas di diami lagi, tambahan pulak, kereta MPV yang baru di beli, belum puas meronda lagi, kasihan sungguh!

Namun, masa memang dah nak habis sangat, dan disaat-saat akhir sebelum Hassan menjadi mayat, Hassan sempat berwasiat pada anak tunggalnya supaya rajin belajar agar kelak akan dapat kerja bagus supaya tak menjadi miskin dikemudian hari, berpesan juga Hassan kepada isteri agar jaga rumah dan kereta MPV baik baik, tak lupa ASB yang bernilai 50K dan sijil simpanan premium BSN 10K, serta harta pencariannya yang lain-lain, tolong jaga baik baik.. Oh tidak lupa, sebagai ahli kelab Skuter, tolong jangan jual motor yang dah habis beribu ringgit di hias itu, walau berapapun orang nak beli, tolong jangan jual, sebab motor tu adalah begitu sentimental bagi abang...

Maaf ler bang Hassan, masa dah nak sampai, tak banyak wasiat dan pesanan yang dapat di waris, kerana abang Hassan ketika berbaring di katil hospital tanpa sebelah kaki kerana sudah di potong, sedang tangan kiri menggenggam tangan anak dan tangan kanan menggenggam tangan isteri, air mata terus mencurah sedih lantaran terpaksa berpisah dengan anak dan isteri, dan antara kasih sayang itu, Hassan menghembus nafas terakhir di celah celah jasad anak dan isteri tercinta..,

Hassan telah berubah sudah menjadi mayat kekal, dan secara terus menerus, tubuh Hassan menjadi tumpuan.., yang mana pakaian Hassan mula di lucut orang, jam tangan dan spender yang mahal tu, telah di lucutkan orang, setelah sekian lama di mandi oleh mak bapak ketika kecil, sekarang Hassan dimandikan pula buat kali terakhir oleh AJK surau, lepas tu Hassan di angkat Hads besar dan kecil, dan Hassan kemudiannya dibungkus rapi dengan kain kapan dan ramailah saudara mara datang menatap wajah Hassan buat kali terakhir, dan ramai yang mengambil kesempatan mencium dahi mayat Hassan, akhir sekali, Hassan di solatkan…

Ramai pulak yang datang melawat dan bersolat untuk arwah si Hassan itu, baguslah, kemudian, kereta mayatpun datang sebagai penutup majlis lawatan, lalu keretamayat terus bawak mayat Hassan ke tempat yang selalu kita lupa nak singgah tapi di situlah distinasi terakhir sebuah kehidupan.. sebuah perkuburan Islam.

Di sana terdapat taman-taman shurga dan juga terdapat lembah-lembah neraka...

Kemudian mayat Hassan di turunkan ke dalam sebuah lubang di dasar yang terendah, dan di situ juga mayatnya di timbus dengan tanah, berkubur di liang lahad.., pergi tidak kembali lagi.

Malam itu rumah Hassan yang dah habis installment dan baru siap renovation telah di kunjungi oleh ramai ahli masjid dan surau, nasib baik rumah Hassan sempat buat renovation, kira selesailah jugak ahli surau dan ahli masjid duduk bertahlil di rumah Hassan, dan tiga malam sudah majlis makan-makan di adakan di rumah arwah Hassan yang mana kereta MPV dan skuter berhias menjadi saksi…

Selamat menjadi mayat dalam Negara yang Merdeka wahai Hassan...

Part 2

Pendek cerita, Hassan sebenarnya terlupa dia ada saudara kembarnya yang bernama Hussin, Hussin pulak sudah lama suka dekat isteri Hassan, dengan kematian Hassan, Hussin mengambil peluang untuk memikat isteri Hassan, dan dengan rupa yang sebijik macam Hassan, Hussin terus mencurahkan cinta dan harapam lalu dengan pantas sekali, terus sahaja isteri Hassan yang rindukan Hassan dan anak Hassan yang dahagakan kasih sayang, menerima pengganti ketua keluarga yang baru dalam hidup mereka...

Sedikit sebanyak, Hussin merasa kasihan kepada arwah Hassan, mati muda dan kena potong kaki sebelum mati.., kasihan sungguh Hassan, sekarang segala hartamu telah menjadi milikku.., MPV dan Skuter berhias, ha ha! Hussin bangga dengan diri sendiri, dengan kejayaan yang datang bergolek..

Kepada arwah Hassan yang menjadi mayat dengan air mata berlinang dipipi dulu, kematianmu tiada orang yang cemburu, malahan ada orang sedang mentertawakan kamu, kasihan sungguh padamu Hassan..

Part 3

2 tahun kemudian, ketika rakyat Malaysia sedang berbaring rehat di ruang tamu menonton TV, tengok cerita ‘Sarjan Hasan’ lakonan P Ramlee yang selalu di ulang tayang sempena hari kemerdekaan, si Hussin juga sedang lepak di depan TV sambil hisap rokok menonton TV cerita ‘Sarjan Hassan’, oleh kerana watak hero dalam cerita tu bernama Hassan, Hussin sedikit sebanyak, terimbas kembali akan kesusahan hidup Hassan saudara kembarnya dan betapa sedihnya Hassan di saat kematiannya...

Tiba tiba siaran terganggu dengan berita terkini yang mengatakan Malaysia telah di serang, kemudian nampak pulak gambar mayat-mayat bergelimpangan di Kelantan dan Johor yang di papar di skrin TV, gambar jet penceroboh sedang berligar di ruang udara KL dan letupan demi letupan berlaku.., sebentar kemudian TV padam dan seluruh taman perumahan Black out,

Kemudian Hussin terdengan bunyi tembakan, ledakkan bom, rumah terbakar dan terdengar juga laungan orang menjerit dan menangis di sana sini..

Dalam kegelepan, si Hussin merangkak mencari anak dan isteri, setelah memastikan anak isteri selamat, Hussin merangkak pulak pergi mengunci pintu dan menutup semua tingkap, dalam kegelepan malam bersama kebingitan perperangan, Hussin kukuh berpelukan bersama anak beranak di sudut bilik sepanjang malam..

3 hari kemudian, bekalan makanan di rumah Hussin dah habis, biskut, Maggie, dan kacang semua dah habis di makan, Hussin yang tak berani nak keluar rumah terpaksa juga keluar hari ini, sebab anak dah menangis tak nak makan biskut lagi, menangis nak makan nasi, menangis nak pergi main kat luar dan menangis nak pergi tengok wayang, lalu dengan terpaksa, Hussin keluar juga dari rumah mencari makanan untuk anak dan isteri tercinta, walaupun bukan anaknya, tapi dah di anggap macam anak sendiri, dah sayang gila, lagipun masih darah yang sama mengalir dalam tubuh si anak..

Dari luar rumah, Hussin terlihat langit telah menjadi mendung kerana banyaknya asap di sana sini, dan kereta MPV serta skuter berhias yang diwarisinya pula, nampaknya sudah hancur berkecai..

Dalam kesamaran pagi, Hussin masih tahu meniti jalan menuju kedai runcit berhampiran, tapi kedai dah hancur dan di depan kedai di dapati jalan menjadi begitu tidak rata sekali, bila tersadung dan terjatuh barulah Hussin perasan jalan yang tidak rata itu adalah disebabkan mayat mayat yang bergelimpangan, dan Hussin yang sudah lama tidak menangis di atas sejadah hari ini telah bercucuran air mata dengan selebat lebatnya kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal siapa tuannya, cikgu sekolah, anak saudara, jiran sebelah, juruwang, tauke kedai mamak, pelayan restoren, anak Pak haji, anak pak ngah, sipolan sipolan..

Tiba tiba Hussin terdengan bunyi tembakkan lagi, dan Hussin sempat lari ke bangunan berhampiran, dan terus lari dan bersembunyi di sebuah tapak pembinaan yang belum siap, di sana Hussin bertemu dengan beberapa kawan yang turut bersembunyi di situ..

Dari tingkap bangunan persembunyian, Hussin dapat melihat operasi pecah rumah dari tentera penceroboh telah berjalan, rumah di pecah masuk dan semua penghuni rumah di paksa keluar dan berkumpul di padang taman permainan yang biasa budak budak main bola, dan Hussin sangat panic tapi tak boleh buat apa-apa bila melihat pintu rumahnya di tendang tentera pengceroboh, beberapa askar penceroboh terus masuk dan sebentar kemudian, terlihat isteri Hussin di seret keluar dengan di cekak rambut, isteri Hussin mengelumpur meronta tapi di sepak dan di terajang membuatkan isteri Hussin terus pengsan, air mata Hussin terus tumpah apabila melihat anaknya juga di layan dengan cara yang sama kejam..

Tiba tiba berlaku perkara yang lebih dahsyat, semua orang lelaki yang berkumpul di padang telah di tembak sehingga mati, anak anak juga di tembak dan di pijak pijak, wanita pula di rogol sebelum ditembak.., isteri Hussin juga di rogol dan di tembak, anak Hussin juga mati di pijak..

Beberapa orang kampong yang bersembunyi mula menjadi hysteria, menjadi gila dan mula mencapai kayu lalu keluar dari tempat persembunyian, terus tentera penceroboh tahu bahawa masih ada yang hidup, maka peluru di lepaskan, bunyi bom, letupan di sana sini.., darah bergemercikkan, dan tapak pembianaan yang belum siap itu terus menjadi hancur berkecai bak padang terkukur..

Part 4

Pada waktu petang itu, Hussin terjaga dari tidur, Hussin dapati dirinya bersama beberapa rakan yang masih selamat, rupa-rupanya mereka semua selamat lari buat sementara waktu dan bersembunyi dalam hutan berdekatan, baru Hussin perasan, kakinya yang sangat sakit, bila dilihat rupanya sebelah kaki telah tiada, dan rupanya Hussin dah pengsan akibat serangan pagi tadi, tapi masih ada kawan kawan yang membantu memapah Hussin lari ke hutan, dan kaki Hussin putus akibat terkena bom...

Hussin menangis, lalu seorang rakan menghulur ubi mentah, Hussin makan dengan rakus dan terus teringat anak anak yang lapar pagi tadi, dan air mata terus tumpah mengenangkan anak dan isteri telah mati di bunuh tentera penceroboh..

Belum sempat Hussin habiskan makanan, terdengar lagi bunyi tembakan, darah melimpah membahasi ubi mentah, beberapa rakan terus mati serta merta akibat kepala berkecai di tembak tentera penceroboh, Hussin campak ubi dan mula merangkak lari tak tahu ke mana, dengan kaki yang masih berlumuran darah, Hussin mengesot sedang telinga bingit terdengar bunyi letupan dan tembakan..., tiba tiba Hussin menggulusur jatuh ke sebuah sungai berdekatan, dalam keadaan kelam kabut Hussin yang tenggelam timbul cuba menggapai sebab tak mampu beranang dengan satu kaki...

Akhirnya Hussin dapat berpaut pada sebatang kayu yang hanyut.., dan Hussin dapat lihat bersama kayu yang hanyut itu terdapat beratus ratus mayat yang juga sedang hanyut ke muara, dan Hussin bertambah sedih kerana hampir semua mayat itu Hussin kenal, dan Hussin menjerit jerit memanggil nama Allah, apabila ternampak mayat isteri dan anaknya juga sedang hanyut menuju muara..., sungai telah lama menjadi merah..

Part 5

Keesokkan hari, di pinggir sebuah tebing sungai, terlihat darah yang membahasahi di sana sini, terlihat ada tiga jasad, dua tidak bernyawa dan satu masih hidup..

Terlihat mayat isteri Hussin dan anak Hussin terlantar di tebing sungai, dan Hussin sedang berbaring di antara mereka..

Tiada kawan kawan yang hadir, jika ada yang hadirpun adalah kawan kawan yang hanyut dalam bentuk mayat berlalu tanpa singgah menjenguk Hussin, tak macam ketika kematian Hassan dahulu, ramai yang datang menjegah.., Hussin mulai cemburu pada ‘kematian’ Hassan.. Hussin menangis lagi.

Maaf ler bang Hussin, masa dah nak sampai, abang Hussin ketika berbaring di tebing sungai itu juga tanpa sebelah kaki.., sedang tangan kiri menggenggam tangan anak yang dah jadi mayat, dan tangan kanan menggenggam mayat tangan isteri, air mata terus mencurah sedih lantaran anak dan isteri telah menjadi mayat sejuk, dan antara dua mayat itu, Hussin teringat pada Hassan, kematian Hassan penuh meriah. Hassan dimandikan oleh AJK surau, lepas tu Hassan dibungkus dengan kain kapan dan di solatkan…

Tapi Hussin, sebentar lagi akan menjadi mayat yang berulat, atau mungkin mayat Hussin akan di makan oleh haiwan liar…

Part 6

2 hari kemudian, mayat isteri dan anak sudah mulai membusuk dan berulat, Hussin yang masih nyawa-nyawa ikan dan sudah banyak pendarahan itu mulai cemburu pada meraka yang mati sebelum Malaysia di serang, Hussin mulai mengeluh kenapa aku tak mati dulu?, kena kencing manis ke?, darah tinggi ke?, kenapa aku mati begini?

Hussin, dalam keadaan cemburu.., akhirnya mati jua…

Mati dalam Negara yang telah hilang KeMerdekaannya…

Hussin, pelik sungguh, dulu waktu Negara Merdeka, kamu kasihan dan ketawa pada orang yang mati sebelum kamu, tapi bila Negara telah hilang KeMerdekaannya… nampaknya kamu sudah cemburu pada kematian mereka

Maka fahamlah aku akan maksud Merdeka adalah:
Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka...

Aku ulangi,
Maksud Merdeka adalah:
Apabila kita mati, dan mayat kita di urus dengan baik, dan kawan kawan sempat melawat dan berdoa, maka itulah ertinya Merdeka...

Lalu kenapa kita takut mati wahai sahabat?, kenapa bersedih mati sekarang?, ini Negara Merdeka, kematianmu akan di urus dengan bermaruah....

Namun mati merdeka belum menjamin merdeka dalam kubur, ada perkara lain yang Hussin dan kita semua kena faham tentang Merdeka...

Terdapat beberapa kisah sahabat Nabi Muhammad SAW yang mati dalam perperangan yang mana Nabi telah menguruskan jenazah mereka sehingga sahabat sahabat lain yang masih hidup, cemburu dengan kematian mereka...

Tak perlu aku tulis semua cerita itu, tapi yang kita kena faham adalah, apabila seorang yang beriman dan bertakwa seperti Saidina Abu Bakar RA atau Saidina Umar RA juga cemburu pada mayat orang lain yang Nabi telah bersaksi shurga mereka, maka itulah hakikat Merdeka yang sebenar-benarnya!

Hakikat Merdeka adalah:
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang yang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Aku ulangi,
Apabila kematian kita di cemburui oleh orang beriman, maka sesungguhnya kita telah merdeka!

Fahamlah kita di sini wahai Hussin dan korang semua bahawa walau dimanapun mayat kita di tanam atau tidak di tanam atau mati berulat, Allah tidak menilai melalui cara kita menjadi mayat, tapi Allah menilai melalui cara kita hidup sebelum jadi mayat..

Ketahuilah, Negara Aman adalah nikmat yang besar, bermakna kita bebas merdeka untuk beribadat tanpa sebarang masalah, kita boleh ke masjid solat lima waktu, kita boleh azan dengan lantang, kita boleh beriktikaf di masjid dan kita boleh berdakwah secara terang terang..

Alangkah ruginya ketika kita masih di beri peluang untuk buat semua ini di Negara Merdeka, tapi kita tidak mengambil bahagian, kita asyik tengok cerita perang sampai tinggal solat jemaah, tidak pedulikan azan dan menghalau pendakwah yang datang mengetuk pintu rumah…

Tuan Puan sekalian, Kejayaan hakiki bukan di ukur apabila kita dapat hidup dalam Negara yang merdeka, kerana dalam Negara merdeka ada perintah Allah sekian-sekian, dan dalam Negara peperangan juga ada perintah Allah sekian sekian, kejayaan hakiki adalah apabila kita dapat taat perintah Allah dalam apa jua keadaan, samada Negara merdeka atau negara perperangan..

Orang Palestin yang mati di bunuh Israel ketika sedang bersolat berjemaah dalam negara huru hara adalah jauh lebih baik dari orang Malaysia yang mati ketika menonton cerita perang sampai terlupa solat berjemaah…

Ketika Negara kita merdeka, berapa kerat antara kita yang sanggup solat berjemaah di masjid 5 waktu? Dan tak sedihkah kita tengok betapa payahnya rakyat palestin nak solat berjemaah sebab tentera Israel tak bagi kerana Negara mereka belum Merdeka…

Kita di sini asyik kibarkan bendera jalur gemilang, kerana kita sudah lama merdeka, buktinya kita dapat beribadat dengan aman, dapat azan dengan kuat dan dapat ke masjid solat berjemaah tanpa halangan, tapi apabila kita tidak mahu beribat dalam Negara merdeka, tidak mahu ke masjid untuk solat berjemaah dalam Negara Merdeka, tidak mahu berdakwah dalam Negara merdeka, apakah ertinya kemerdekaan itu?

Tidakkah kita terfikir, Apakah ertinya Allah memberikan kita Merdeka?

Apakah ertinya Merdeka?, andai Merdeka itu di salah guna…

Adakah kita baru mahu ke masjid apabila Tsunami datang atau Negara di serang?

Dan sesunggunnya, Allah boleh tarik balik nikmat Merdeka ini bila bila masa..,

Siapa yang shukur akan di tambah nikmat, siapa yang kufur, azab Allah amatlah pedih..
Maka sementara kita masih Merdeka, jadilah orang islam yang benar benar menyembah Allah dalam Negara Merdeka..

Part 7

Tiba tiba Hussin terjaga dari tidur, tertidur ketika menonton TV cerita Sarjan Hassan tadi, di telinganya terdengar azan yang jelas berkumandang kerana di laungkan di sebuah Negara Merdeka..., Hussin bermimpi rupanya..

"Dah lah tu, Hussin, tutup TV tu, dah berapa kali kau nak tengok Sarjan Hassan, dah azan ni, dalam Negara merdeka, orang tak dengar azan sambil baring tau!" kata driver keretamayat...

End.

Ps: Aku ulangi sekali lagi, Dalam Negara merdeka, orang tak dengar azan sambil baring-harap maklum dan Selamat Merdeka, dan Selamat Berpuasa!

Aug 28, 2008

Bagaimana Belajar Bahasa Inggeris ?

(Kadang kadang, tidak salah jika seekor ketam itu mengajar anaknya berjalan lurus.., tak gitu Encik Crab?)
Pada asalnya, entry ini bertajuk “Bagaimana Tafsir Mimpi”,Tapi sebab belum siap dan di tambah aku yang perasan sibuk, maka aku keluarkan sebahagian isi asal entry itu dan create entry baru yang tiada langsung kaitan dengan tafsir mimpi, tapi adaler sikit-sikit kot, maka kita sambung lain kali bab tafsir mimpi, dan kita layan dulu tajuk baru yang agak bosan kepada bot bot besar…

Kepada mereka yang dah terer Bahasa Inggeris, boleh abaikan entry ini, biarkan aku yang pernah ambik BM julai dan belum pernah ambik BI julai mengajar anak anak bangsaku sempena bulan kemerdekaan akan betapa pentingnya korang kena belajar Bahasa English.

Semua tahu sudah, belajar Bahasa English itu penting kerana banyak sekali akan sumber ilmu yang dapat dirujuk dalam Bahasa English, boleh rujuk Wikipedia, dan jika kamu berniat untuk menyelamatkan dunia, maka ‘kerja’ itu akan jadi lebih mudah insyALLAH jika kamu expert like a crazy pig (Pandai gila babi).

Nota: Gila babi bukan digunakan untuk menghina, tapi untuk menujukkan rasa kagum yang teramat iaitu kagum gila babi-harap maklum.
Lagipun aku dengar cerita, jika tak tahu English, maka kita tak boleh masuk sukan Olimpik, walaupun pandai gila babi maian badminton, terlepaslah pangkat datok dan wang sejuta.., itu yang tahu, he he..

Balik pada Main topik, Pendek cerita, Dulu, aku adalah seorang melayu yang agak malas belajar bahasa English, Mungkin sebab zaman aku dulu, PM tak wajibkan lagi belajar Matematik dan Sains dalam BI, lagipun masa tu belum ada internet, maka aku jadi macam tak endah dengan pentingnya BI, (alasan.)

Sehinggalah pada suatu hari, setelah aku melihat budak budak Punk ketawa membaca tulisan di dinding tandas yang buat aku iri hati dengan kelebihan ilmu mereka dan di tambah dengan ramainya pendosa dari luar Negara yang datang ke Malaysia, maka aku mulai berniat to improve my English language sebagai salah satu kaedah yang lebih cepat dalam usaha menyelamatkan dunia..insyAllah..

Bak kata pepatah:
“Just because the car’s stuck in reverse doesn’t mean the kids don’t have to go to school”

Namun, sebab aku dah lama habis sekolah dan aku juga seorang yang miskin, takde duit nak masuk tuisyen dan takde masa jugak nak pergi belajar, maka aku belajar English dengan cara aku sendiri, dan sekarang, berkat usaha gigih karisma dedikasi integriti.. err,, kejap.., cerita aku di sini bukanlah nak cerita aku yang dah terer English gila babi, tapi nak cerita tentang bagaimana kita sama sama boleh cepat pandai dalam English… insyAllah.. so tiada lagi istilah “hot-hot chicken shit”

Jadi, mula-mula sekali dalam bab nak belajar English, korang kena ada kamus senidri, kalu takde korang kena beli kamus dan bawa ke mana sahaja, kalau boleh hafal kamus, jika dulu Nabi di gelar ‘Al quran yang bergerak’, maka sekarang, korang kena jadi ‘kamus yang bergerak’..

Jika aku jumpa korang dan bertanya, what is masturbation? Terus dapat jawab.. itu contoh!

Dan aku tahu, korang tak pandai BI bukan sebab korang bodoh, tapi sebab korang tak tahu makna dan malas nak hafal sebab buat block dalam otak, tak tahu BI boleh hidup gak, kata korang, malaikat dalam kubur tak tanya dalam BI, korang beralasan..,bla bla bla, arghh, malas nak cerita, apa kata korang just bukak block tu, dan aku heran kenapa pelajar dalam kelas BI tak ada kamus kat tangan, masalah pertama kamu adalah tak tahu makna, itu masalah yang paling utama! Tak tahu makna! Beli kamus dan hafal, itu key yang pertama!

***

Dulu bila aku baru berkecimpung dalam bidang internet, rasa teruja sungguh, sebab begitu banyak sumber ilmu yang boleh kita terokai, bukak sahaja wikipedia dan boleh baca semua cerita, baru aku tahu apa itu “Rotten Tomatoes”, siapa “Maddox”.., tapi sebelum tu, semua nak kena pandai BI..,

Dan bila dah pandai BI, boleh buat niat untuk berdakwah ke peringkat antarabangsa, bukan setakat Perlis sampai ke Sabah sajer perjuangan kita.., baru boleh dapat pingat emas peringkat olimpik dan tebus satu juta! Dan itu cerita lain..

Jadi sebab baki hayat kita dah tinggal sikit.., maka aku belajar BI dalam “ruang yang terhad” tapi masih seronok sebenarnya, sebab dunia belajar itu memang fun bukan?, dan semua dengan pertolongan Allah…

Jadi... aku memang rajin baca ‘Wikipedia, the free encyclopedia’ dan baca sambil bukak kamus, lepas tu beli akhbar the Star, beli komik English dan beli jugak kitab karangan Maulana Yusof Mutakhab Hadih versi English.. baca baca baca..

***

Bila berjalan, aku akan bawak kamus, jika nampak tulisan yang di conteng di dinding tandas awam dalam bahasa English, aku akan bukak kamus dan ketawa jika lawak itu bermutu tinggi..

“You’re just the straw that broke the camel’s back.., that’s mean without the straw the camel wouldn’t have a broken back. But if you remove the straw from the camels back doesn’t fix it, the camel is still dead. But remember, Camel’s can go 40 days without water. (contoh lawak bermutu tinggi)

****

Untuk lebih cepat pandai, aku pinjam dua buku dari perpustakaan awam iaitu satu versi BM dan satu versi English, dan kedua dua buku itu aku baca dan bandingkan..,

Buku BI : How To Give Any Woman Orgasms and have a beg you for more

Buku BM : Tak sampai hati nak tulis…

****

Untuk dapat saham di dunia dan akhirat pula, aku baca buku islamic yang ada dua versi BM dan BI, seperti buku Tafsir dan buku Hadith, kedua dua buku itu aku baca dan bandingkan…

Contoh Hadith BI dipetik dari “A Selection of Ahadith”

Nabi Said: He is wise and shrew who takes account of himself and prepares for what is after death. And he is weak and incapable who follows his desires and yet pins high hopes on Allah’s Mercy. (Tirmidhi)
Contoh yang sama Hadith BM dipetik dari “Himpunan Hadith Pilihan”

Nabi bersabda: Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa menghisap akan dirinya dan beramal dengan amalan yang akan dibawa selepas mati, Dan orang yang bodoh itu ialah orang yang sentiasa mengikut keinginan hawa nafsunya dan berangan-angan mendapat Pengampunan Allah. (Tarmizi)*****

Kadang kadang aku kaji falsafah English seperti berikut..

“Being dead is definitely worse than being alive. When you're dead, you can't do all the cool stuff you can do when you're alive. You and I, we can do all kinds of cool stuff 'cause we're livin'. We're not dead. We're alive. If we were dead, we wouldn't be able to do all the cool stuff we can do because we're alive. Dead people can't do cool stuff. Only people that are alive can do cool stuff, because they're livin'. And you have to be livin' to be able to do cool stuff. You have to be alive. Yeah, except, when you're alive, sometimes bad stuff happens, too. Like sometimes you can get in a car wreck, or you can have a headache, or twist your ankle, or even stub your big toe. So bein' alive is kinda hard, too. But I think it's definitely better than being dead.”
–(Randy Hickey)

*****

Kadang kadang jugak, bila menonton filem, aku akan focus pada dialog dan apply dalam kehidupan seharian..

Contoh petikan Dialog dari Filem "Bujang Lapuk" [old bachelor(s)]

Aziz: Probably ... that house that you mentioned, has anyone occupied it yet ?
Sudin: Which house ?

Aziz: That house, the one that you kept talking about.
Sudin: Oh, that house. It's still vacant ... if we apply for it, we'll get it.

Aziz: How many rooms, Din ?
Sudin: I saw three rooms.

Aziz: That's good. Each of us can have a room to himself. Are they large ?
Sudin: Not very. But it's long - 7 feet ... about 3 feet long and 7 feet deep.

Aziz: Quite big, huh, there's even depth.. That's a grave !
Hamka: Woha!

*****

Dah naik syekh, Ada jugak aku cuba menanyi lagu melayu dalam Bahasa English seperti lagu:
-Sekadar di Pinggiran “Just at the Edge”
-Menaruh Harapan “Pinning on Hope”
-Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu “You are the Key to My Love in Your Heart”
-Takdir Dan Waktu “Fate and Time”
-Pada Syurga Di Wajahmu “Your Heavenly Face”
-Teratai Layu Di Tasik Madu “Dying Lotus in the Honey Lake”
-Tanya Sama Itu Hud Hud “Ask the Woodpecker”
-Cinta Beralih Arah “Love Turns Away”
-Jerat Percintaan “Love Trap”
-Balqis “Queen of Sheba”
-Rela Ku Pujuk “I'm Willing to Entice”..


Dan lain lain, sebagi contoh aku paste satu lagu yang aku suka nyanyi..

Contoh:
Lagu Asal: Aci-Aci Buka Pintu

Aci-Aci, Open the door
Nana come back at 1 am
Don't be afraid of the owl
Nana bring a cane of Semambu

Nana Nana, come home quickly
Aci afraid to be all alone
There's a ghost behind the house
With shifty eyes and a striped nose

Aci aci, don't be afraid
Nana have Oh! a stunt machete
Ghost and demons will be frightened
See the machete, surely they will run!

If Nana, just say so
Then my heart is calm right now
If come again, demons and ghost
Aci will beat them with a broom

Errr, betulkan jika lirik aku tu salah dan siapa antara korang yang ada tulis lagu melayu dalam BI boleh post kat aku.. : )

*****

Lepas tu untuk menambahkan lagi kefahaman dalam English, Kadang kadang aku berpantun dengan orang orang tua di sekitar kehidupan..

Contoh pantun..

1)
The Pandan Island is far from land
The Daik Mountain has three peaks
Though the body has rot in the sand
The good deeds are never forgotten.

2)

Two or three cats a running
They are not comparable to the cat with stripes
Two or three I can find
But there are not comparable to you.

Errr, sekali lagi, betulkan pantun tu jika ada yang salah,

*****
Kadang kadang aku berteka teki..

-Which Mountain has three peaks?
-Which Island is far from land?
He he, teki teki, something like that., heh!

******
Kadang kadang aku bersajak hasil karya Natasha Hudson

CakeI wanted one life
You wanted another
We couldn't have our cake
So we ate each other.

The Little TurtleThere was a little turtle. He lived in a box.
He swam in a puddle. He climbed on the rocks.
He snapped at a mosquito. He snapped at a flea.
He snapped at a minnow. And he snapped at me.
He caught the mosquito. He caught the flea.
He caught the minnow. But he didn't catch me.

Things We Like to EatYellow butter, purple jelly, red jam, black bread.
Spread it thick, Say it quick.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Spread it thicker, Say it quicker.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread
Now repeat it, While you eat it.
Yellow butter, purple jelly, red jam, black bread Don’t talk With your mouth full!

*****
Kadang kadang sorang diri depan ceriman, aku akan menari macam Micheal jaksaon dan menyayi lagi ni..

You Better Run,
You Better Do What You Can
Don't Wanna See No Blood,

Don't Be A Macho Man
You Wanna Be Tough,

Better Do What You Can
So Beat It,

But You Wanna Be Bad..,
Just Beat It,
Bini aku cukup menyampah tengok aku tergedik gedik sepahkan bilik tidut dengan tarian gymnastic aku.. woha!

******
Kadang kadang, aku akan berpatriotik dalam bahasa English..

Rukun negara
Belief of God (Kepercayaan kepada Tuhan)
Loyalty to King and Country (Kesetiaan kepada Raja dan Negara)
The Supremacy of the Constitution (Keluhuran Perlembagaan)
The Rule of Law (Kedaulatan Undang-Undang)
Courtesy and Morality (Kesopanan dan Kesusilaan)

******

Kemudian bila jumpa member member yang berpendidikan tinggi yang bergelar pensyarah, doctor atau professor, aku terus akan bercakap English dengan mereka, jika berurusan dengan china dan India, aku jugak akan bercakap English, malahan dengan kucing yang curi-curi masuk rumah aku, aku juga menghalau dalam bahasa English, sesekali bila berasmara dengan isteri aku, aku akan berasmara dalam bahasa English!,

*****

Dan yang paling bernilai dalam hidup, iaitu ketika para pendakwah dari luar Negara datang berdakwah dikampung aku, aku pula akan menjadi pengalih bahasa untuk orang kampong yang tak tahu berbahasa English, begitu lebih kurang..

“Alhamdulillah, Allah puts the success of human’s life in this world and the hereafter only in the perfect religion. The Perfect religion is carrying out all of the commandments of Allah following the way of Rasullulah SAW. All of the companions of Rasullulah SAW have had the perfect religion in their life, It was mainly because all of them had six noble qualities with them. If we want to have the perfect religion in our life, we should follow the footsteps of those successful people by making effort to obtain and bring the six qualities into our life. If we have these six noble qualities with us, we will also be able to practice the perfect religion in our life easily…,”
*****

Maka satu hari tu, ketika duduk berborak dengan kawan kawan dalam bahasa English yang agak berterabur janji faham, maka terciptalah satu teori baru dalam hidup aku, yang mana aku lihat kawan kawan aku bila belajar bahasa English mereka ada target tersendiri atau Measurement masing masing dalam menentukan setakat mana sudah pengetahuan mereka dalam Bahasa English tercapai.., antara mereka ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh berborak dengan pelancong asing, ada yang yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh menyanyi lagu English sambil faham maksud tersirat, ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh mengarang resume sehingga di terima kerja, ada yang anggap mereka sudah pandai berbahasa English apabila boleh membaca novel barat tanpa merujuk kamus, atau boleh ketawa pada dinding tandas yang di conteng falsafah English misalnya.. dan lain-lain..

Tapi aku lain, aku ada target tersendiri atau Measurement yang lain dalam menentukan setakat mana sudah pengetahuan aku dalam Bahasa English tercapai, iaitu..

AKU MESTI BERMIMPI DALAM BAHASA INGGERIS!

Ya, serius, untuk pandai bahasa English, Aku mesti memastikan dalam mimpipun aku akan berbahasa English, aku mesti pastikan selalu bermimpi berada di London atau New York, aku mesti berjumpa dengan Avril Lavigne atau Padme Amidala dalam mimpiku, lalu berborak dengan mereka dalam bahasa English slang America sambil buat lawak standard holywood..,

Dan akhirnya, selepas bertungkus lumus belajar bahasa English, aku akhirnya sudah dapat bermimpi dalam bahasa English, kadang-kadang bermimpi berada di London atau New York, dan sudah bertemu dengan mat saleh yang ada iras Angelina Jolie atau Avril Lavigne dalam mimpiku, kemudian berborak dengan mereka dalam bahasa English slang America sambil sempat berdakwah dalam mimpi dengan bahasa English! (Semua dari Allah)

Maka, nasihat aku, kepada mereka mereka yang sedang belajar bahasa English sekalian, buat target yang tinggi dalam hidup, iaitu korang mesti pastikan belajar English sehingga akhirnya korang dapat bermimpi dalam bahasa English, dan mengigau dalam bahasa English.., so itu tahap tertinggi dalam belajar ilmu BI, maka sekarang, korang mungkin belum dapat berdakwah di America, tapi berkat usaha gigih, boleh sajer berdakwah dalam bahasa inggeris dalam mimpi korang masing masing…

Boleh?

Ps: Tapi yang sedihnya, kadang kadang waktu terjaga dari tidur, aku terpaksa pulak bukak kamus sebab tak faham dengan mimpi aku sendiri..oh!

(And then, why not you’ll gonna try and enter my dream tonight. Just gonna concentrate really hard when you falling asleep and try to enter my dream. So we can make conversation.., good night, I’ll see you in a little while…)