(Dalam perjalanan balik kampung, sebelum mintak maaf di hari raya, masih sempat membebel pada orang kampong macam mak nenek)
Dalam solat tarawikh yang pantas dan cepat, akan selalu kita dapat dengar Pak Imam membaca surah- al-ikhlas.
Tapi yang mushkilnya, walaupun nama surah itu adalah al-ikhlas, tapi kenapa dalam surah itu tidak terdapat ayat yang berbunyi “ikhlas”, tak macam surah al nas, atau al falaq, yassin, taha, dan lain-lain surah yang mana nama surah itu ada kaitan dengan isi surah.
Sebagai menjawab secara ringkas (padahal tak tahupun secara panjang), mari kita rujuk soalan yang di tanya oleh para Tabien kepada seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang bernama, jika tak silap, Abu zar R.A
Abu Zar telah di tanya tentang satu hadith yang beliau dengar dari mulut Nabi sendiri, beliau hafal dan beliau faham.
Maka Abu Zar RA mula menceritakan satu hadith yang mana, beliau dengar dari mulut Nabi sendiri, beliau hafal dan beliau faham., tapi sebaik sahaja beliau ingin meneruskan pengucapannya, beliau telah jatuh pengsan.
Setelah di sedarkan dari pensan oleh orang ramai, beliau berkata,
“sekarang aku akan ceritakan tentang satu hadith yang mana, aku dengar dari mulut Nabi sendiri, aku hafal dan aku faham”., lalu beliau pengsan buat kali ke dua..
Pun begitu, setelah keadaan pulih, beliau berkata:
“sekarang aku akan ceritakan tentang satu hadith yang mana, aku dengar dari mulut Nabi sendiri, aku hafal dan aku faham”.
Kali inipun beliau tetap pengsan dengan mukanya terlangkup ke tanah!
Wah! Nampaknya begitu takut dan bertakwa sekali akan Abu Zar RA lantaran isi hadith ini mengandungi ancaman yang dahsyat, tapi aku ketika membaca hadtih ini, hafal dan cuba memahami, langung tak rasa takut atau gelisah..oh! air basuh kaki mereka (sahabat Nabi) jauh lebih mulia dari aku yang hina ini…
*******
Kali ini kita akan cerita tentang ikhlas, perkara basic dalam kehidupan berugama tapi teramat penting, kerana
TANPANYA…
Segala kehidupan dan kematian serta kemayatan akan menjadi sia-sia..*******
Apa itu ikhlas?IKHLAS adalah, sebarang AKSI yang kita buat hanya kerana ALLAH,
AKSI di sini termasuk segalanya, samaada perbualan, perbuatan, perlakuan, perancangan, pendirian dan lain-lain aksi manusia, sama ada yang di lakukan atau yang di tinggalkan, atau yang akan di lakukan, atau yang telah di lakukan, atau yang sedang di lakukan, atau apa saja, pendek kata semuanyalah!!
Lalu apa sahaja yang kita buat kerana Allah, itulah ikhlas.
Dan apa sahaja yang kita tak buat kerana Allah, itulah ikhlas.
Senang cerita, apa sahaja PERINTAH ALLAH, bila kita ikut: ITULAH IKHLAS!!
Sama ada perintah MENGERJAKAN atau perintah MENINGGALKAN, bila namanya PERINTAH ALLAH, dan di lakukan semata-mata kerana PERINTAH ALLAH, maka fahamlah kita bahawa itulah HAKIKAT IKHLAS.
Sebagai contoh dalam bab ikhlas. Aku bagi contoh solat hajat:
Jangan korang solat hajat kerana korang ada hajat, itu tak ikhlas namanya, tak makbul doa nanti kerana tak ikhlas, solat hajat di buat kerana perintah Allah.
Amalan yang ikhlas adalah amalan yang di buat hanya kerana Allah, atau kerana perintah Allah, maka korang buatlah solat hajat kerana perintah Allah yang menyuruh orang susah bersolat hajat, jadi korang buat solat hajat bukan kerana korang ada masalah, tapi korang buat solat hajat kerana perintah Allah yang suruh orang ada masalah buat solat hajat-, jadi buatlah solat hajat kerana itu adalah perintah Allah kepada orang yang ada hajat, bukan solat hajat kerana ada hajat, yang penting hanya kerana Allah!!!
Pening kepala? Rujuk ustaz lagi baik, aku tak pandai nak terangkan kot..
Namun, aku akan cuba terangkan serba sedikit tentang beberapa kekeliruan yang telah berlaku disekeliling kampong aku (kampong korang tak kot..) tentang ikhlas.
******
1. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA HATI TAK SUKA?Ramai orang kampong aku, bila di suruh buat sesuatu, contoh pergi solat jemaah, atau baca al-quran dan apa sahaja perintah Allah, mereka nak tunggu hati ikhlas dulu, baru boleh buat. iaitu hati suka untuk buat amal tu, jika hati tak suka dan mengerjakan dalam keadaan terpaksa, maka mereka faham itu adalah tak ikhlas.
Selalu ungkapan mereka:
“Kalau paksa, tak guna juga, sebab tak ikhlas”Kesannya, begitu banyak masjid kosong dan al quran berabuk kerana hati belum suka untuk buat amal tu, bila hati dah suka, baru boleh buat.
Hampeh! Siang malam kena tipu syaitan.
Woi orang kampong!
Tunaikanlah perintah Allah dalam keadaan ringan atau berat, suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah, ianya akan menjadi ikhlas, walaupun hati kita tak suka melakukannya.
Adakah korang ingat mereka yang pergi masjid berjemaah tu dah hoby mereka pergi masjid macam korang punya hoby kumpul stem?
Adakah korang ingat mereka yang baca al quran tu dah hoby mereka baca quran macam korang punya hoby suka baca blog?
Adakah korang ingat mereka yang pergi berdakwah tu dah hoby mereka pergi berdakwah tinggal anak bini macam korang punya hoby pergi mancing tinggal anak bini?
Padahal..
Mereka telah bermujahadah menetang nafsu sehingga akhirnya Allah mencampakkan kemanisan dalam amal..
Sahabat nabi ada yang mencukur kepala sampai berdarah kerana tak suka dengan keputusan hudaibiah, tapi mereka tetap ikhlas kerana mereka mengcukur kepala kerana Allah, dan akur dengan keputusan hudaibiah kerana Allah..,
Moralnya disini, syaitan akan buat usaha untuk kita rasa beban dalam amal, bila rasa beban dan malas muncul, adakah itu tanda tidak ikhlas? Jangan jadi bodoh, teruskan buat amal baik, sama ada suka atau tak suka, asal sahaja perintah Allah kita buat, dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan bila dah istiqamah tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu..
Aku ulangi:
Taatlah perintah Allah sama ada suka atau tak suka, sama ada ringan atau berat.
dan bila kita dah istiqamah nanti, barulah Allah akan campak kemanisan, dan di waktu tu, tahulah korang betapa pahitnya berpisah dengan amal itu..
(ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)
2. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA IKUT SURUHAN ORANG?Aku biasa ajak orang kampung aku pergi solat berjemaah atau pergi dengar ceramah, (akulah lelaki beriman akhir zaman kononnya-mudah-mudahan)
Lalu ada orang kampung yang menolak dengan alasan,
”aku nak pergi dengan rela hati aku sendiri, bukan terpengaruh dengan orang lain, nanti tak ikhlas.”
Hampeh, kalau aku ajak korang pergi makan keropok cicah teh tarik kat kedai pok de atau makan nasi dagang kat kedai mok ngoh, ikhlas pula korang makan..
Tapi bila bab ibadat, nak pergi dengan rela hati sendiri konon, tak nak ikut sapa-sape.
Padahal, ALLAH perintah kita IKUT orang YANG MENYERU KEBAIKKAN..
Maknanya walaupun korang ikut aku, tapi sebab aku ajak korang kepada Allah, maka ikut akupun adalah perintah Allah kerana ikut orang yang menyeru kepada Allah juga adalah perintah Allah.
Tak kanlah kalau aku azan, dan jerit, ”marilah solat” sebanyak dua kali, korang tolak sebab nanti datang masjid kerana aku, bukan kerana ALLAH, takke hampeh?
Rujuk Surah yassin ayat 21 juz 23
”Ikutlah orang yang tiada meminta upah kepadamu itu, karena mereka mendapat pimpinan yang benar. ”
Woi, orang kampung, aku jadi bilal mana ada elaun???
Jadi moralnya adalah, kalau orang ajak kita buat baik, IKUT SAHAJALAH, lagipun orang tu tak mintak upah, yang mintak upah tak payahlah ikut..
Tapi korang terbalik pula, yang mintak upahtulah korang ikut.., tak ke hampeh?
Jemput artis menyanyi kat simpang depan rumah ketua kampung, lalu tinggal solat jemaah apa kes?
Oh! Mungikn sebab korang suka kat artis tu, tu kira ’ikhlas’ ler konon,,
Hampeh!!
(ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)
3. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA ORANG NAMPAK?Ada orang kampung aku yang tidak pergi ke masjid kerana takut riak, takut orang kata alim, buang tabiat dan sebagainya.
Aku rasa ramai orang islam yang ada masalah begini, kerana al maklumlah, menghidupkan sunnah nabi di zaman monopous ini, akan di cop sebagai tak cool..
Bukan sahaja tak kool! Malah korang juga akan di anggap ketinggalan zaman, kuno, ortodok, tak sporting, berfikiran sempit, terlalu ke’antik’kan, cerewet, islam tua, tak urban atau apa sahaja yang sewaktu dengannya, silap-silap korang di cop sebagai puak pelampau, ahli taksub atau lebih teruk : pengganas!!
Lalu korangpun tinggalkan amal.., solat jemaah kat rumah kerana takut riak.
Padahal, sesiapa yang meninggalkan amal kerana manusia, itulah riak.
Dan siapa yang buat amal kerana manusia itulah syirik!!
Hello!!!! woi orang kampung!,
Dalam ugama ada amal yang kena buat terang terang dan ada amal yang kena buat sembunyi-sembunyi.
Amalan yang di buat terang-terang di pangil SYIAR,
Dan sudah perintah Allah suruh korang SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan sunnat.
Contoh solat berjemaah, bila azan bilal pakai speker 12 watt, nak suruh semua orang kampung dapat dengar, nak riak ke?
Kemudian, korangpun ambik wudhu ke masjid, tak kan nak sembunyi sembunyi?, ini kena syiar, lainlah jika korang nak solat tahajjud ke qiamulai ke, itu memang patut kena sembunyikan.
Allah suruh kita SYIAR amalan WAJIB dan sembunyikan amalan SUNNAT.
Contoh lain: Orang yang berpuasapun kena syiar, terutama puasa wajib, nabi bagitahu jika ada orang mengumpat cakap kat mereka :
AKU SEDANG BERPUASA!!!
Begitu jugak zakat, kena syiar, kalau sedekah kena sembunyi.
Begitu jugak haji, kena syiar, buat jamuan makan, hilang dari kampong 40 hari orang tahu ke mana korang pergi..
Begitu jugak kahwin, kena syiar, buat kenduri, bagitahu dunia dan seluruh warga kampung bahawa korang dah kahwin, bukan nak riak, tapi itu perintah Allah, nak kahwin lagi satu, pun kena syiar, tak lah orang tuduh korang khalwat ke apa,
Moralnya dah dengar azan, pergi masjid, syiar suasana ugama, lelaki berulang alik ke masjid, bersaksilah itu adalah ahli shurga..
Jangan biar setan tipu korang. Meninggalkan amal kerana takut riak konon, habis bila nak buat amal, nak tunggu hati suka baru buat?
Hampeh!
(ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)
4. ADAKAH BENAR AMALAN ITU TIDAK IKHLAS BILA BUAT KERANA 'MAKHLUK'?Ada orang belajar yang ilmu tinggi dari aku (tentunya) lalu berhujah denganku, shurga dan neraka adalah makhluk, sesesiapa yang beribadat kerana makluk, dia adalah orang yang tidak ikhlas.
Aku kata macam mana pulak dengan doa nabi senidiri yang selalu mintak masuk shuga dan mintak jauh dari api neraka dan di bulan posa begini suruh kita banyakkan mintak dua perkara itu, macam mana pulak?..?
Kata mereka:
Nabi berkata secara tersirat, dan kita kena faham maksud hakikat, kena ikut tarikat, baru faham makrifat.
aku kata :
terangkanlah pada aku yang jahil ini.
Kata mereka:
dalam beramal, kena niat kerana ALLAH, jangan buat kerana syurga atau neraka, kerana pahalapun jangan!!
Kalau niat buat amal kerana shurga, Allah akan haramkan masuk shurga, kalau buat amal kerana takut neraka, Allah akan campak dalam neraka, buatlah amal semata-mata kerana Allah.
Wah wah wah! Aku pulak yang kompius.. oh!
Sedang semua Nabi membawa berita gembira pada ummatnya, (fadhail) dan al quran banyak cerita tentang kelebihan amal, laliatul qadho yang lebih baik dari seribu bulan, pahala haji mambrul, ganjaran untuk hafiz dan sebagainya, lalu korang muncul dan peningkan kepala aku tentang ikhlas.
Teringat aku satu hadith dari hazrat Abu hurairah r.a. yang berbunyi, Nabi saw bersabda, sesiapa yang berdiri beribadat pada malam lailatulqadar dengan iman dan IHTISAB. Akan di ampunkan dosanya yang terdahului.
Apakah itu IHTISAB?Ihtisab adalah niat untuk mendapatkan ganjaran...
Kalau korang ibadat serta tak nak pahala, bagi sajer kat aku, aku nak!!!, mana ada orang buat dosa tak nak dosa?, dosa akan datang bila kita buat dosa dan begitu jugak pahala, akan datang bila kita buat amal, lupakah korang dengan sahabat baginda yang gementar dengan neraka dan melangkah kaki ke masjid pendek-pendek mengharapkan pahala..
Mengharapkan pahala adalah kesempurnaan iman, kerena percaya dan yakin pada benda yang ghaib.. itulah IHTISAB!!!
Apa-apapun, aku tengok kat kampung aku, ustaz yang tak suka guna hadith fadhail dalam berceremah sebelum ini, tapi bila masuk bulan ramadhan, asyik cakap pasal hadith fadail pulak, kelebihan tarawikh, kelebih lalatul qadha dan sebaginya..
Barangkali bila syaitan dah di ikat, maka merekapun senang hati guna ilmu fadhail.., Alhamdulillah, memang betul, shatan memang tak suka mendengar kelebihan ganjaran untuk ummat, sampai tabur kepala dengan pasir, tapi syaitan dah di ikat, maka berlumba-lumbalah manusia mencari kelebihan di bulan ramadhan, masjid penuh dan ada yang iktikaf di sini sana… alhamdulillah.
Biar aku terang sikit guna hakikat marifat, mudah-mudahan korang semua paham.
Memang benar, buat amal kerana makluk adalah tanda tidak ikhlas dan mungkin jadi syirik.
Dan memang benar, shurga dan neraka adalah makhluk Allah.
Tapi korang kena ingat, Allah boleh azab manusia tanpa neraka dan Allah boleh bagi nikmat pada manusia tanpa shurga.
Sebab tu kita selalu dengar orang yang gembira dalam dunia berkata:
"Aku hidup bagai dalam shurga”Padahal confirm duduk dalam dunia, dan kita selalu jugak dengar orang yang menderita dalam dunia berkata:
"Aku hidup bagai dalam neraka”Makannya di sini, Allah boleh bagi nikmat dan azab tanpa shurga dan neraka, maka JANJI ALLAH untuk azab dan bagi nikmat bukanlah makhluk.
JANJI ALLAH adalah SIFAT ALLAH.
ALLAH berjanji akan azab bila manusia buat sekian-sekian.
ALLAH berjanji akan beri nikmat bila manusia buat sekian-sekian.
ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang BENAR-BENAR BERIMAN.
Apatah lagi shurga dan neraka di gambarkan sebagai tempat yang tak terlintas dalam kepala, tak tergambar oleh otak, tak terbayang oleh kata-kata.
Tapi di situ terletak JANJI ALLAH. Untuk azab dan bagi nikmat.
MAKA, takut neraka adalah takut kepada JANJI ALLAH!!!
Dan mengharap shurga adalah harap kepada JANJI ALLAH!!!
JANJI ALLAH BUKAN MAKHLUK!!
JANJI ALLAH adalah GHAIB.
YAKIN dengan yang Ghaib adalah kesempurnaan iman.
Maka berdoalah aku semoga kita semua dapat masuk shurga dan bertemu nanti di sana di tingkat lapan.
Dan tidakkah hati ini bergejolah mengharap kepada nikmat melihat wajah Allah di dalam shurga?.
Dan tidakkah hati ini bergetar takut kepada azab neraka kerana di sana langung tak dapat melihat wajah Allah ..
Aku nak pahala, aku nak shurga, aku nak lihat wajah Allah..
(amin-ya rabbil alamin)
Tapi aku tahu.. aku tak layak…
Lalu terngiang member aku yang bertahajud jam 3 pagi tapi bila doa menyanyi lagu ni sambil menangis dan seluruh masjid boleh dengar.!!.
Tuhanku..
aku tidak layak masuk shurgamu,
namun tak upaya menghadapi, api nerakamu,
terima taubatku, dan ampunkan dosa-dosaku,
sesungguhnya engkau mengampun kan dosa hambaMU
moralnya di sini, dalam setiap amalan kita, berikhlaslah, tanpa ikhlas, segala amal menjadi sia-sia..
dan nasihatlah kepada member-member kita yang kapir, supaya mereka juga ikhlas dalam amal mereka, kerana orang kapir yang ikhlas, maka ALLAH akan tunjukkan jalan yang benar. InsyaAllah..
Manakala orang islam yang tidak iklahs, Allah akan cabut hidayat dari dirinya..
Kita selalu dengar cerita paderi kkritian yang ikhlas, berdakwah dengan ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.
Juga kisah penyanyi yang ikhlas, mencari kebenaran dan akhirnya masuk islam.
Juga kisah orang islam yang mencari cinta, mencari nikmat dunia, mencari kebebasan yang mana berakhir dengan murtad.. OH!
Mungkin barangkali, apabila Nabi SAW mendoakan agar Allah memberi hidatyat kepada dua UMAR, satu adalah anak Al khatab, dan satu lagi adalah Abu talib, lalu Allah menurunkan hidayat kepada Umar Al khatab, kenapa?
Kerana saidiana Umar ikhlas menyembah latta dan uzza (nama tuhan berhala) sehingga sanggup buat apa sahaja mempertahankan tuhan berliau, lalu bersumpah, jika dia tidak dapat membunuh Muhammad jangan panggil dia jantan.
Lalu dengan pedang terhunus dan niat yang ‘ikhlas’, menuju Nabi tanpa takut, namun di jalanan, berjumpa adiknya yang juga masuk islam, lalu di belasah, panjang cerita boleh rujuk ustaz, tapi pendek cerita, akhirnya secara tiba-tiba Allah mencampakkan kesedaran dalam hati beliau dan masuk islam..
Berbeza dengan Abu jahal dan Abu talib, mereka menyembah latta dan uzza kerana ada kepentingan, kerana bila orang sembah patung dekat kaabah, orang akan letak duit emas sebagai penebus dosa, yang mana menjadi habuan Abu jahal dan Abu talib, mereka dapat untung bila ramai orang sembah berhala di kaabah, jika Ugama Muhamamd naik, dah tentu depa rugi, dan mereka tahu bahawa ugama Nabi adalah benar, tapi mereka memang tidak ikhlas, menentang Nabi kerena kepentingan dunia, yang mana membuatkan hidayat tersekat untuk mereka..
Semoga kita semua di pelihara Allah dalam urusan ikhlas dan niat.
Orang yang berjuang dalam parti XYZ ke, ABC, apa ke jadah ke, periksalah niat masing-masing...
Di sini amat penting bagi kita, sebelum buat amal, Tanya hati.
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?
Begitu juga ketika sedang buat amal, Tanya hati:
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?
Pun begitu juga bila dah lepas buat amal. Tanya lagi hati
Buat kerana siapa?, untuk apa? Dan nak buat sampai bila?
Bukan apa, syaitan akan buat usaha habis-habisan, mati-matian untuk rosakan niat dan keilklasan kita.
Maka sebagai jawapan,
aku buat kerana Allah.
Untuk dapat keredaan Allah
Dan aku nak buat sampai aku jadi mayat!!
Aku akan buat habis-habisan sampai habis
Aku akan buat mati-matian sampai mati.
Sampai jadi mayat!!!
******
BAGAIMANA NAK DAPAT IKHLAS?Berbalik kepada surah al ikhlas yang tiada lafaz ikhlas di dalamnya, setelah di rujuk kepada tafsir ulamak, dan Buznama,
Yang menyatakan bahawa.
Walaupun dalam surah al-ikhlas tiada ayat tentang ikhlas, tetapi kesuluruhan ayat dalam surah itu menceritakan tentang tauhid kepada Allah yang mana merupakan pokok pangkal akidah, puncak dari kepercayaan, dan PengEsaan yang mutlak kepada Allah. Pengakuan atas ke-SatuanNya, keEsaanNya dan ketunggalanNya.
Abu bakar ra berkata bahawa asas pada ugama adalah kalimah tauhid, iaitu kalimah La-ila-ha-illah, dan ini adalah kalimah ikhlas.
Bermakna di sini, jika kita nak dapatkan sifat ikhlas, kena banyak baca surah al ikhlas. Atau dalam kata lain kena banyak ulang-ulang cakap tentang tauhid, kena buat dakwah membesarkan Allah. Kena banyak cerita tentang KeEsaan Allah, bahwa Allah itu tempat pergantungan. Allah pentadbir, selain dari Allah semua di tadbir, Allah pencipta, selain dari Allah semua di cipta. segala sesuatu memerlukan dan berkehendak kepada Allah,berlindung kepadaNya,sedangkan Dia tidak berlindung pada sesiapapun.
Allah tidak perlu pada keturunan dan tidak diturunkan, tidak beranak dan tidak diperanakkan
Dan Tiada yang setara denganNya, seorang pun!.
Sememangnya Allah itu tiada yang boleh melebihiNya, kerana Zat dan KekuasaanNya melangkaui batasan fikiran manusia.Tuhan itu mutlak kuasanya, tidak terbahagi,tiada gandingan dan bandingan.
Itu adalah contoh ucapan tauhid dalam kalimah dakwah, kena banyakakan cerita lagi dan lagi akan kebesaran Allah, maka ikhlas akan datang, insyAllah.
*******
PENUTUPBerbalik kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Zar RA, yang mana membuatkan beliau pengsan adalah, kisah tentang 3 lelaki yang awal-awal masuk neraka.
Mereka adalah Qari(pembaca al-quran), Dermawan (orang kaya) dan Syuhada (pejuang berani mati).
Yang menakutkan, Qari itu masuk neraka bukan kerana kesalahannya terhadap al quran, seperti menhina al-quran, memijak al quran, atau malas baca quran atau mengubah ayat al quran, bukan!
malahan amalan qari itu adalah selalu membaca quran dengan tartil dan merdu.
Tapi beliau telah di campakkamn ke dalam neraka kerana dosanya adalah.. TIDAK IKHLAS..
Beliau membaca dengan niat supaya orang panggil dia Qari..oh!
Yang mana akhirnya membuatkan beliau telah di azab kerana kesalahan tidak ikhlas baca Al quran!!
Begitu jugak dermawan, begitu menakutkan, penderma itu bukan kedekut, atau suka hina orang miskin, atau tak peduli kepada fakir, bahkan dialah yang selalu bagi makan, buat jamuan itu ini, sana sini, selalu derma cek besar-besar, Tapi akhirnya beliau telah di campakkan ke dalam neraka kerana dosanya adalah tidak ikhlas.
Beliau menderma dengan niat supaya orang panggil dia dermawan...oh!
Dan beliau telah di azab kerana kesalahnaya adalah TIDAK IKHLAS menderma!!
Dan begitu jugak pejuang islam, begitu menakutkan, dia adalah orang yang sentiasa tinggal anak bini, malahan sentasa bermujahadah di jalan Allah, akhirnya beliau cedara dan terluka kesan tetakan musuh demi mempertahankan ugama Allah, telah banayk musuh di bunuhnya, sehingga akhirya beliau sendiri mati sayaid, Tapi di akhirat beliau telah di campakkan ke dalam neraka kerana dosanya adalah tidak ikhlas.
Beliau berjuang dengan niat supaya orang panggil dia beranai mati, (pengebom berani mati? Wallau’lam..)!
Dan beliau telah di azab kerana tidak ikhlas berjuang!!
Dosanya bukan kerana engga berjidad..
Tapi dosanya adalah TIDAK IKHLAS dalam berjuang..oh!
Maka, Walaupun aku dan korang buat amal yang baik dan hebat-hebat, tapi bila niat tidak ikhlas, maka ALLAH akan azab kita, walaupun amal kita itu ‘baik-sangat’, baca quran, derma, berdakwah, berpolitik, berdebat dan sebagainya.. semuanya akan menjadi asbab di azab di akhirat kelak..oh!
Oh aku kena belajar menangis, dan belajar pengsan!!
Ketahuilah, tanda orang yang ikhlas adalah:-
-Dia tidak akan tinggalkan amal kerana takut riak.
-Dia tidak akan sesekali mengsyirikan Allah dalam amal
-Dia akan sentiasa takut dan harap kepada Allah.
Takut amalannya tidak di terima, dan harap Allah menerima dengan kasih sayang..
-Dan yang pastinya, orang yang iklas itu akan tetap beriman dan bermamal, walau banyak manapun ujian.
-Dan Dia akan selalu istiqamah taat perintah Allah sampai jadi mayat.
(buat-buat pengsan)
Ps: aku sedang pengsan, sedang bersaudara dengan mayat.
Tambahan:Ada cerita yang sedih kat kampung aku tentang ikhlas, dulu parti ABC telah memerintah selama berpuluh tahun sehinggalah pada suatu hari parti XYZ pulak memerintah.
Namun satu penggal sahaja, parti XYZ telah kalah dan parti ABC pula memerintah.
Yang paling mehampehkan adalah bila parti ABC menang di kampung aku dan pengerusi masjid terpaksa ditukar dengan orang ABC, maka AJK-AJK masjid yang sebelumnya orang-orang XYZ semua pakat-pakat letak jawatan, Padahal yang kena tukar cuma pengerusi sahaja, tapi yang lain-lain AJK semua ngikut sama letak jawatan. Dan lebih haru dah tak pergi solat kat masjid tu just solat di rumah..
Kita boleh nampak kat situ masalah ummat. Nampak macam sia-sia saja khidmat dan amal bakti mereka terhadap masjid selama ini bila mereka lakukan semuanya semata-mata kerana parti. habis gitu je kesemua pahala mereka yang dah 5 tahun mereka tinggal kat situ dan berkhidmat kat masjid itu, kerana berkhidmat bukan kerana Allah, tapi kerana parti.
Hanya Allah yang Maha mengetahui... wallahulam.
Ya Allah berilah merika pengampunan dan pertunjuk hidayahMu.
Kemudian (eh, ada lagi) bila ustaz XYZ mengajar kuliah kat masjid tu, maka ada ustaz ABC dan pengikutnya takkan duduk. Begitu jugaklah sebaliknya, bila ustaz ABC mengajar kuliah, ustaz XYZ pula dan pengikutnya yang akan balik lepas solat maghrib.
Beginilah masalah ummat bila tak belajar ilmu ikhlas, yang mana ilmu ini akan dapat bila kita belajar buat usaha atas iman, kerana tanpa ilmu ikhlas, walaupun dia seorang yang beragama, tapi dia tak akan dapat belajar sifat merendah diri, sifat tawadduk, sifat sabar dan sebagainya.
Hanay usaha agama cara Nabi SAW yang akan terus berjalan seperti biasa, tak kira mana-mana parti yang menang sebab kita lakukan bukan kerana makhluk tapi semata-mata mengharapkan keredhaanNya...
Semoga kita semua di beri ilmu ikhlas dan beristiqamah dalam amal sampai jadi mayat.., amin..
(masih pengsan)
Kepada Allah aku yang hina iin mengadu, semoga aku terus menulis dengan ikhlas .
Amin.
Nota: ni kampung aku ler ni, bukan kat tempat lain)