Mentang2 aku bukan ustaz, suka hati korang jer tanya aku soalan yg macam2 hal, he he, tapi takpe…aku memang ‘next worlddddddd’ (pinjam aura mawi world). Jadi kepada yg bertanya: “kenapa minyak naik 30sen?”
Aku kata: korang akan dapat jawab semua persoalan dalam dunia nih..dan korang akn berhenti bertanya apabila korang belajar dan faham HAKIKAT UGAMA.(aku pun tengah belajar:)
Ilmu ni tak boleh belajar melalui blog, ilmu ni akn datang pada korang bila korang belajar( dan Faham!) MAARIFAT ALLAH.
Ilmu ni pun tak boleh belajar melalui sapa2 pun, ilmu ni hanya akan datang bila korang belajar TARIKAT NABI…
Ha! Yg nih boleh belajar, sape yg terer hadith boleh mengajar, tapi korang tak
Kih kih kih, macam tinggi jer tajuk yg aku nak tulis nih, macam ada unsur2 tasauf, wali2 dan kiai2 he he, SATU PERINGATAN… Apa yg aku tulis terlalu keras dan tinggi, ‘tak terjangkau akal mu’, mungkin tak dapat di terima oleh semua golongan, jadi aku nasihatkan kalau korang rasa was2 dan ragu2 serta tak setuju, STOP it!. Balajar ugama yg basic dahulu he he he (macam aku terer, aku tak tererpun. Cuma takut korang salah tafsir, lagi2 ada perkataan takdir, qadar dan qadar.)
Syariat dengan bahasa yg paling mudah aku tulis supaya korang paham, tak yah lah aku tulis dari segi bahasa dan istilah, kalau korang nak yg macam tuh, pergilah rujuk ustaz yg bertauliah(jangan marah..he3)…jadi apa yg aku nak kabor, syariat adalah segala kehendak Allah dari segi perintah dan larangan. Boleh lah aku katakan syariat ini sebagai hukum-hakam Allah yg tertulis dalam Al-Quran, makala Tarikat pula adalah cara melaksanakan hukum-hakam berdasarkan hadith,: dan sudah tentu cara Nabi!, sebab tulah ada org alim menyebut Tariqat Nabi, contoh:
Allah telah mengsyariatkan seruan Azan dan solat, maka tarikat azan dan solat adalah cara Nabi iaitu azan dalam bahasa arab( keraja turki pernah azan dalam bahasa turki-rujuk riwayat kamal artatuk) dan solat berjemaah tempat azan di azankan. Jadi ilmu syariat dan tariqat ni wajib korang(dan aku) belajar.
Manakala ilmu maarifat dan hakikat memang tak dapat belajar dengan berguru, ilmu ni Allah akn bagi bila korang buat pengorbanan dan mujahadah yg betul. Maarifat ini adalah ilmu mengenal Allah dan Hakikat adalah ilmu paling tinggi yg bolehlah aku ertikan(tak tepat sebenarnya) sebagai kemanisan berugama atau kemanisan berhubungan dengan Allah.
Orang memancing dia ada undang2, iatu mesti ada joran, tali, mata kail, umpan, ni syarat2 sah untuk memancing, jadi untuk dapat ilmu nih kena belajar.he he
Dah pandai dan dah faham hukum-hakam memancing, korang kena ikut ‘tarikat’ atau perjalanan yg betul iaitu memancing mestilah di tempat yg ada ikan, tak boleh memancing kat telaga buta, dalam baldi , kat indah water dll..jadi kena rujuk pada pakar pemancing, yg ni pun boleh belajar
Ha! Yg ni memang korang akan dapat ilmu nih bila korang korban masa korang banyak2 memancing ikan, maarifat seorang pemancing adalah dapat tahu ikan apa, just tengok kocak di air sahaja..alah macam peribahasa, dalam air pun tahu jantan betina, ini bermaksud org tu ada maarifat pemancing..org cam gini, tengok umpan dah tahu ikan apa yg makan, tengok warna air dah tahu berapa ekor ikan yg tinggal di penempatan itu, tengok buih-buih dah tahu berapa kilogram ikan yg akn timbul…pendek kata profesional tahap impak maksimumlah! he he he
Yang ni aku tak reti nak terangkan, tapi member aku ada yg dah dapat, org yg dah dapat hakikat memancing, org cam gini biasa korang boleh tengok waktu maghrib pun duduk memancing lagi, tak peduli nyamuk gigit, tak peduli turun hujan, kadang2 duduk bertenggek kat jambatan, hampir2 aku langgar ngan kereta!, solat jemaah ngan ikan kot(aku berbaik sangka)..kawan aku(la ni ada dalam penjara) pagi2 raya pergi memancing, memang betul2 hakikat lah dia…sampai satu tahap bini nak bersalin pun boleh pergi lagi, inilah hakikat..hakikat…dia dah dapat.kemanisan, kalau dah memang jadi mungkin, apa lagi nak di kata?
Seorang yahudi jumpa Nabi dan mintak izin untuk uji iman sahabat, maka Nabi benarkan, lalu org yahudi ni telah duduk depan masjid dan menunggu kedatangan sahabat2. (korang kena ingat: sahabat adalah org yg sempurna maarifat dan hakikat ugama.)
pendek cerita:
Abu bakar r.a datang ke masjid dan org yahudi ni tumbuk dia, tapi abu bakar hanya berlalu sahaja. (memang hakikat tahap impak maksimum lah!)
Kemudian datang Saidina umar,r.a pun di tumbuk oleh org yahudi, Saidina umar hanya melihat sahaja dan masuk masjid.
Kemudian datang pulak saidina usman r.a juga ditumbuk, saidina usman sempat bertanya kenapa tumbuk? Belum sempat org yahudi tu jawab, Usman r.a telah masuk ke masjid.
Akhir sekali datang saidina Ali r.a, juga ditumbuk oleh org yahudi, Saidina Ali membalas tumbukan org yahudi itu dan masuk kemasjid.
tidak ada sesuatu pun atas muka bumi/dunia atau alam semesta berlaku secara kebetulan tetapi semuanya adalah izin dan kehendak Allah SWT.
Orang yang kata "kebetulan itu, kebetulan ini", dan menentang serta mempertikaikan "kebetulan itu, kebetulan ini", maka iman dia pada Allah SWT telah rosak.
Tu dia, bila org kata kita gila kerana ugama itu bermaksud korang dah dapat hakikat ugama! Macam kaki pancing yg di kata
dan jika sahabat nabi ni jumpa aku tentu dia kata aku gila!
satu cerita wali Allah:
Ibrahim adham sedang berzikir dalam istananya dan sedang berfikir : mengapa aku masih belum dapai hakikat iman…lalu datang malaikat buat bising atas bumbung istana dia. Lalu dia sound: siapa yg buat bising tu ha?! Malaikat kata : aku, dan aku sedang mencari unta yg hilang, ibrahim adham sound lagi: gila ke cari unta yg hilang atas bumbung? Malaikat tu jawab: kau gila ke cari hakikat iman dalam istana?
(nak tahu cerita ni lebih lanjut kena lah cari sendiri he he he, rujuk ustaz@kitab)
jadi boleh ke cari Hakikat ugama just baca blog?(kata kat aku sendiri ni..is..isk..)
Aku bertanya Ustaz Amin dari Felda Tenggaroh 8 tahun yg dulu(masa aku belajar) mengenai syariat, tarikat, maarifat dan hakikat
Kata dia:
1. Ibu segala syariat adalah: Kalimah Tauhid.
Orang yg tak ucap ini kalimah, buat sejuta kabaikanpun tak berguna…
2. Ibu segala tariqat adalah: Soalt berjemaah.
Ustaz yg tak solat berjemaah aku memang tak pakai dia punya fatwa sebab dia tak mursyid.
3. Ibu segala Maarifat adalah: Daqwah
Dengan berdaqwah, korang akan dapat macam2, caci, nista, baling batu di ancam bunuh, dengan cara ni korang akan dapat kenal Allah.(insyaAllah)
4. Ibu segala Hakikat adalah: Tahajjud
Memang korang dah mencapai darjat soleh bila korang setiap malam bangun solat tahjjud.(amin)
Seorang sahabat Nabi (kalau tak silap aku sardina ali) berkata. Aku mengenal Allah apabila aku musnahkan impian dan cita2 aku!
Aku pun! Dulu aku ni bercita2 nak tubuh band muzik sendiri, hari2 main gitar sampai naik kematu gua punja jari, wa cakap lu(aku org tua lama, rock kapak kih kih) tapi bila aku musnahkan impian dan cita2 aku barulah aku dapat kenal sedikit(kot) Allah berbanding dahulu..isk..isk… Ya Allah berilah aku Hakikat ugama…
(menjadi mayat adalah hakikat hidup)