Feb 8, 2006

Apa itu sunnah?

Di nasihatkan korang membaca post : “Mengapa wujudnya Mazhab?” sebelum meneruskan pembacaan artikel ini bagi menambahkan ‘aroma’ kefahaman sunnah…(cheh!, gaya seorang blogger yg perasan blognya ramai org baca)

Di nasihatkan juga, oleh kerana penulis bukan ustaz, korang boleh masuk tandas dan tarik pam tandas:, apa2 yg korang tak berkenan…

Satu cerita benar…

Mamat kata: Engkau simpan janggut macam kambinglah brother….

Aku kata: hek eleh, mamat nih, kalau org simpan janggut, kau cakap cam kambing, yg korang lari cari tempat teduh time hujan turun kau tak cakap pulak macam kambing!

Mamat kata: Apahal kau beserban, berjubah ni, tu budaya arab, pakai baju cam lain pun boleh…

Aku kata: kau tak paham hati aku, aku dah jatuh cinta ngan nabi,(Ya Allah berilah aku cinta pada Nabi) kau tengok anak muda sekarang, pasal minat dengan artis diorang, sanggup tiru, gantung CD kat tengkuk, ikat kain kat kepala, bertindik kat pusat, kat rumah pakai baju emak, kat luar pakai baju adik(org perempuan), warnakan rambut, bukan dapat duit pun!, tapi diorang dapat menambahkan cinta diorang pada artis kesayangan diorang, aku bukan nak cakap aku baik, tapi kalau ada hadith yg bagitahu pakai macam nabi takde pahalapun aku akan tetap pakai, sebab aku sayang kat nabi, apa yg nabi buat kalau boleh aku nak buat semuanya…tapi aku hanya mampu buat setakat nih, dan ditambah pulak ada hadith yg bagitahu kelebihan sunnah, makin ghairahlah aku nak amal, aku tahu kau pun sayang nabi gak, tapi kau minat gitu2 je, macam kau minat artis gitu2, kau tak beli kaset yg original, cukup dengar lagu kat radio, kau pun tak nak pakai cam artis yg kau minat, memang kau minat artis tu, tapi kau bukan peminat yg setia!

Mamat kata: Kau kalau nak mengajar aku ke sape, kena ada tauliah dulu…!

Aku kata: memang betul cakap kau, aku hanyakah di ibaratkan tukang kebun sekolah yg di beri kebenaran untuk mengajar murid2 di kelas pemulihan, lalu murid2 tu tak mahu belajar sebab aku hanya tukan kebun..kesian murid tu kerana akhirnya semuanya gagal dan jadi tukan kebun, ha ha ha…!(tukan kebun bukan satu kerja yg hina, ini hanya contoh)

Nota:

((( di sini ada dua kasihan, isk..isk…(menangis)

pertama, kasihan pada umat kerana aku yg bukan nabi@ustaz ni jumpa mereka, maka percakapan aku yg tak berhikmah/tak paindai/cakap lepas ini menyebabkan mereka makin jauh dari ugama, sepatutnya Nabi yg jumpa mereka isk..isk..barulah mereka dapat hidayat..isk..isk…

kedua: kasihan yg kedua adalah, Aku buat daqwah tanpa Nabi di sisi, bila aku kena marah, caci, hina, laknat, aku takde tempat nak ngadu….Nabi dah takde(sebak). Kat sini macam2 org hina mu ya Rasululullah, (kes terbaru, isu kartun)..isk..isk..aku rindu padamu ya Rasullulah…tapi takpe, aku ada Allah, hanya pada Allah aku mengadu..isk..iskk..)))

sambung balik:

mamat kata: kalau cam tu kenapa kau naik motor, kau kan nak ikut sunnah, kenapa tak naik unta ke, kuda cam Nabi buat?

Aku kata: Hek eleh mamat nih, Nabi mana ada ajar doa naik unta@kuda, nabi ajar doa naik kenderaan, aku naik kapal selam pun baca doa nih!, kalau kau terer, aku nak belajarlah jugak doa naik unta dan kuda ha ha ha…

Lalu aku pun melompat ke atas motor RX-Z ku dan meninggalan mamat yg aku sayangi(aku dan mamat kawan baik)

Dari jauh lampu belakang RX-Z ku menghilang dari pandangan mamat…..dan kedengaran sayup2 suara aku membaca doa naik kenderaan….

SEKIAN…
Ada org tanya aku, apa bezanya sunnah dengan sunnat?

Aku kata(setakat yg aku belajar)

Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat…

Dalil:(aku malas sangat nak tulis hadith, takut salah)

Satu peristiwa di padang masyar, Nabi akan bagi minum air yg mana sesiapa minum ini air tidak akan dahaga buat selama2nya,Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air dari telaga kausar, tiba2 satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun tangan dan mukanya bercahaya2 kesan wudhu yg sempurna, bila nabi Tanya malaikat kenapa tahan,? merekan kan umat aku?, malaikat jawab mereka menolak sunnahmu…maka Nabi pun halau mereka sebanyak 3 kali dan sekali nabi halau mereka malaikat heret sajauh mata memandang dan kalau nabi dah tak ngaku umat syaitan lah pulak akan mengaku mereka tu umat dia (naduzubillah)…

Tak nak cakap banyak2, sahabat berjaya sebab ikut nabi 100%...kalu korang nak berjaya buatlah perkara yg sama oleh org yg telah berjaya barulah korang boleh berjaya…

Ingat!

SEMUA ORANG BERUSAHA UNTUK BERJAYA, TAPI BUKAN SEMUA ORANG YANG BERUSAHA ITU BERJAYA, HANYA ORANG YANG BUAT USAHA YANG BETUL SAHAJA BERJAYA WALAUPUN TIDAK BERJAYA...(cth satu org nak jadi hafiz usha sungguh2, tapi tak sempat lalu menjadi mayat akan di bangkitkan bersama para hafiz...satu org ikut nabi sungguh2 tapi tak berjaya amal semuanya sedangkan dia mati dalam istiqamah, maka dia akan di bangkitkan bersama Nabi inshaAllah…)

Feb 5, 2006

Kenapa wujudnya Mazhab?

Fuh…Dahsyat tajuk ini, ini hanyalah satu pendapat aku yang bukan ulama, maka korang boleh meng ‘tong sampah’kan apa yg korang rasa tak setuju….

Dulu…dulu, Allah cipta iblis sebagai ketua malaikat,

iblis@syaitan ni di buat dari api, manakala malaikat di cipta dari cahaya….kemudian Allah cipta Jin , juga dari api dan telah di amanahkan untuk mentadbir dunia ini,

Pada waktu tu, manusia (aku dan korang) belum ada lagi, pendek cerita jin telah membuat kerosakkan di muka bumi ini dan telah banyak berlaku pertumpahan darah sehingga Iblis telah mengetuai malaikat untuk berperang dengan jin dan mengusir makluk jin ke alam lain, masih di dunia ni tapi satu alam yg lain, maka bumi yg “kosong” ini, Allah telah bercadang untuk mencipta makhluk manusia yg akan diperbuat dari tanah untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.

Akrian, akan hal tersebut telah di bantah oleh para malaikat dan yg paling kuat membantah adalah iblis...

Yang paling iblis tak berkenan: kena sujud pulak dekat bapa manusia ini,(nabi Adam as.) Walaupun iblis telah bagi alasan yg logic,: “apahal pulak nak kena sembah manusia?, sembah Allah dah le, lagipun dia dari tanah, aku dari api, “(lebih kurang begitu) tapi telah mengundang kemurkaan Allah dan terus di laknat lalu usir dari syurga….bla bla bla(pendek cerita sebab korang semua dah tahu dah..)

Kesimpulan:-

Antara Makluk2 Allah:

1.Iblis dari api

2.Jin dari api

3.Malaikat dari cahaya

4.Manusia dari tanah

(ps:aku tak tulis makluk bidadari kerana tak ingat di cipta dari batu permata jenis apa)

Kemudian, di antara semua makhluk, Allah pilih satu makhluk untuk dijadikan sebagai kekasih Dia, dan korang semua(termasuk aku) patut rasa syukur yg amat, kerana kekasih Allah adalah seorang manusia, dan Allah telah buat keputusan bahawa kejayaan semua manusia adalah apabila dapat taat perintah Allah dan ikut cara kekasih Dia(sunnah), iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Waktu kedatangan kekasih Allah, maka dunia cukup suka, hingga berlaku gerak gempa yg membuatkan jatuh mahkota raja-raja, padam api majusi, dll.
Allah Taala telah tarbiah Nabi sehingga Nabi juga di kenali sebagai Al-quran bergerak, ini bermakna, Al-quran adalah kehendak Allah yg di zahirkan dalam bentuk perkataan(Qalam), manakala Nabi adalah kehendak Allah yg di zahirkan dalam bentuk manusia(cara hidup@sunnah). Apa sahaja perbuatan Nabi di cintai Allah, apa yg Nabi suka itulah yg Allah suka, dan apa yg Nabi benci itulah yg Allah benci,

Satu contoh tatkala Nabi naik atas arasy Allah, Allah suruh nabi naik dengan kasut2nya sekali, berbeza dengan peristiwa Nabi Musa di bukit Tur Sina, yg mana Nabi Musa di perintah untuk buka kasut, satu org alim tafsir ini bermakna bahawa,: debu2 yg melekat pada tapak kaki Nabi Muhammad, lebih mulia dari Arash Allah sendiri…korang bayangkanlah bagaimana hebat cintaNya Allah pada Nabi muhammad saw.

Akhirnya, kerana cintaNya Allah pada Nabi, maka Allah telah buat keputusan bahawa segala sunnahnya( perbuatan Nabi ) akan diikuti oleh semua umat akhir zaman, maka kerana itulah muncul pelbagai mazhab yg kita nampak berbeza cara Ibadat mereka, tapi setiap mereka mempunyai dalil dan hadith tersendiri yg membenarkan amal Ibadat meraka,

Sebagai contoh,: mazhab kita sendiri, waktu tahiyat akhir duduk ‘senget’ macam org sakit, sebanarnya memang waktu Nabi sakit, Nabi solat camtu, dan Allah kekalkan duduk nabi sakit tu dalam mazhab Shafee, kalau mazhab lain, duduk tahiyat akhir macam duduk tahiyat awal.
Banyak lagi contoh, kalau korang gi mekah, korang boleh lihat macam2 cara org solat, ambil wudhu dll, sebenarnya semua itu adalah dari Nabi sendiri,: ada waktu nabi ambil wudhu basuh semua kepala, ada waktu hanya menyapu kepala, mungkin Nabi buat camtu sebab faktor kekurangan air dan sebagainya,(mungkin)
Tapi allah mahu amal itu kekal, maka sekarang korang boleh lihat sendiri pelbagai mazhab telah wujud.
Jadi wujudnya mazhab yg berbeza adalah ‘tugu cinta’Nya Allah pada Nabi, dan…
Hanya Allah Pecinta yang mampu mengekalkan seluruh amalan kekasihNYa sepanjang zaman memlalui 4 mazhab yg besar…..merentasi 4 musim, 4 unsur, seluruh alam, sepanjang zaman, semua insan…
dan bila korang ikut cara Nabi, maka Allah pun akan suka kat korang, cam sahabat yg 100% ikut sunnah nabi sehingga Allah bagi title R.A kat sahabat…dan seperkara lagi dalam hadith kudsi Allah berfirman (lebih kurang begini)bahawa Al-quran akan di jaga oleh Allah sepanjang zaman, tidak akn hilang, tapi untuk amalan kekasih-Nya(sunnah )Allah bagi ganjaran 100 pahala mati syahid bagi org yaga amal@hidupkan satu amalan kekasih Dia…korang bayangkanlah sendiri..betapa hebatnya cinta Allah…

“SELANGKAH AKU RAPAT PADA-MU
SERIBU LANGKAH KAU RAPAT PADAKU….”

Ps: apabila di dunia ini sudah tidak ada lagi amalan kekasih Dia berlaku, sudah tidak ada lagi org islam, maka Allah akan jadikan semua org yg masih ada sebagai mayat….Allah akn matizan semua malaikat, Allah akn musnahkan segala-galanya…Masjid, Kaabah, gunung, langit dan bumi semuanya musnah…HANCUR BERKECAI seperti bulu berhamburan….!!!!

Feb 4, 2006

Dunia ini Penjara Org Islam?

Tentu ramai org bukan islam tak setuju dengan kenyataan bahawa ‘dunia ini adalah penjara org islam, dan shurga org kapir’
Jangan bimbang, masalah ni pernah berlaku kat tanah hijaz sana tu, dulu-dulu…
Begini kisahnya…

Satu hari seorang pengemis yg bukan islam telah menghalang laluan seorang Raja Islam yang sedang naik kuda disertai bala tentera yang hebat2. Bila di tanya Raja kenapa duduk tengah jalan ni? Maka kata pengemis itu:
“datuk kamu seorang pendusta!”
“mustahil datuk(Nabi Muhammad) saya seorang pendusta”Sanggah Raja yang selaku cucu Nabi.
Jawab pengemis:
“Datuk kamu bilang, dunia ni shurga org kapir, dan penjara org islam, tapi aku tengok tuanku sekarang menjadi raja di ‘penjara’ mu, sedangkan aku hanya menjadi pengemis di ‘shurga’ ku…”
Maka terang Raja panjang lebar (lebih kurang):
“Jika nak di bandingkan kehidupan aku sebagai raja org islam dengan kehidupan seorang ahli shurga, dan jika ahli shurga di beri peluang hidup di dunia sebagai raja seperti aku, maka pasti ahli shurga itu merasa kehidupan ini seolah-olah dalam penjara…tak bebas, penuh dengan undang2. tak boleh minum arak(dalam shurga boleh minum arak)tapi sekiranya seorang ahli neraka di beri kehidupan mengemis sepertimu, maka ahli neraka akan menganggap kehidupannya bagaikan shurga jika nak di bandingkan dengan kehidupan dalam api neraka dulu….”
(habis)

Wahai org islam, jika macamamna senangpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat shurga, sebenarnya korang tinggal dalam ‘penjara dunia’….tapi untung gak sebab dalam penjara ini korang masih boleh kahwin, makan yg best2(yang halal sajelah) Cuma korang kena tinggal segala larangan Allah seperti minum arak, zina dan lain-lain…(yang haram)

Dan kamu wahai org bukan islam, macamana susahpun hidup korang di dunia ini, jika korang tahu hakikat neraka, korang sekarang sebenarnya hidup dalam ‘syurga dunia’, korang bebas di sini, nak minum arak, nak zina (bukan semua ugama yang menghalalkan perkara ini, ini hanya contoh)

“MENANGISLAH KAMU WAHAI MATA, SESUNGGUHNYA API NERAKA DI HARAMKAN BAGI MEREKA YANG PERNAH MENANGIS KERANA TAKUTKAN AZAB ALLAH”

Aku kata:korang nak tahu tak sesungguhnya kalau korang pergi kat penjara pudu ke, penjara marang ke korang boleh nampak ada beberapa ciri@sifat org yg duduk dalam penjara yg boleh kita jadikan pedoman dan tamsilan…

Sifat –sifat org dalam Penjara:

1. Mereka yakin dengan rezeki.
-kalau korang tengok polis tangkap org jahat(mereka berdosa kerana mereka berpeluang-jangan hina mereka), korang tengok mereka menangis, mereka menangis bukan bimbang pasal rezeki, mereka menangis sebab sedih tinggal dalam penjara. Cuba korang tanya banduan “eh, korang nak makan apa dalam penjara nanti” dia akan marah kat korang balik, jawab si banduan: ”polis tangkap aku, dialah kena sediakan makanan aku”, pendek kata tak pernahlah dalam sejarah mana2 banduan mengeluh pasal rezeki.
Jadi aku nak kabor(info) kat korang, bila Allah hantar kita kat ‘penjara dunia’ ini maka korang pun kena lah yakin yang Allah telah sediakan rezeki korang semua! Jangan nak risau-risau, Allah yang hantar kita, Maka Allah jugalah yg sediakan rezeki kita..kena yakin…ingat dunia ni penjara org islam….

2. Mereka ada uniform:
-org dalam penjara seluruh dunia ada uniform, mereka tak boleh suka2nak pakai baju melayuke, Kain pelekat India ke, jubah kungfu china ke, tak boleh!, mereka kena pakai pakaian yang telah ditetapkan oleh warden penjara…he he he, jadi korang org islam tak boleh pakai macam org kapir pakai, sebab tu ada larangan dalam islam “sesiapa yg menyerupai sesuatu kaum, maka akan bersama kaum itu kelak di akhirat ” tak semestinya korang kena berjubah, berserban sepanjang masa, ikut kemampuan korang, (tapi bagus dapat istiqamah berserban,berjubah) yg penting tak menyerupai org kapir, pakai baju melayupun boleh,(sebab org melayu adalah org Islam) yg penting tak menyerupai org kapir, org pempuan lagilah, mesti mau tudung, mesti mau labuh-ok!, org kapir tak pakai tudung and labuh… ingat dunia ni penjara org islam….

3. Meraka ada undang-undang.
-Pergilah mana2 penjarapun meraka pasti ada undang2, tak boleh sesuka hati nak tidur, nak lepak, nak tengok TV, diorang ada masa-masa dia, ada waktu makan, ada waktu bersenam, ada waktu berkebun, basuh baju, dengar kuliah, ada masa melawat, pendek kata memang kena ikut undang2, kalau tak Siap! kena hukum dengan warden nati, jadi pesan aku kat korang dan aku sendiri, rukun islam, rukun iman, tu adalah undang2 kita dalam penjara dunia ni, ada yang kita tak boleh buat, makan babi, minum air arak, berzina…dan banyak lagi(rujuk alQuran dan Hadith)! oleh sebab itu yang demekian maka kejayaan kita kat ‘penjara dunia’ ini adalah bila kita dapat taat segala perintah Allah dan tinggal segala larangan Allah, boleh?! … ingat dunia ni penjara org islam….

4. Meraka rindukan dunia luar.
-Kalau korang tengok para-para banduan meraka selalu rindukan dunia luar mereka, mereka menghitung-hintung hari mereka di bebaskan dari penjara…mereka selalu bercerita tentang dunia luar penjara. Kadang2 mereka menangis bila terkenangkan dunia luar mereka.
Mmmmmmmmmmmmm
Jadi aku dan korang semua, kita duduk dalam penjara dunia ni kenalah rindu hari akhirat sana, kena selalu cerita hari akhirat sana, kena buat persedian untuk, keluar dari penjara dunia ini…kena hintung masa yang telah berlalu kerana hari ini semakin sempit untuk kita buat usaha masukkan diri dalam shurga dan semakin sempit masa untuk buatkan usaha selamatkan diri dari penjara yangs sebenar-benarnya: API NERAKA JAHANNAM!!! … ingat dunia ni penjara org islam….

Tambahan:
Cuma yang pasti kat dunia ni takde warden yg pastikan kau ikut perintah Allah, warden kita adalah IMAN kita. ‘Warden kita tu’ nanti, akan dapat gaji kat akhirat kalau berjaya jaga korang dengan baik….inshaAllah…… ingat dunia ni penjara org islam….

Ps: menjadi mayat adalah tanda kita keluar dari “penjara dunia”…. … ingat dunia ni penjara org islam….

Feb 1, 2006

Apa itu Hijrah?

(Apa yang korang faham tentang Hijrah?)

Biarlah hari ini aku bercerita tentang hijrah dan keuntungan yg korang akan dapat, setakat yg aku paham, kalau korang lagi terer, sila tambah2 mana yg patut.
Mari kita lihat sejarah dahulu,

1.Penghijrahan islam yg pertama adalah di ketuai oleh Sahabat Ayub r.a ke Habshah.
Tujuan penghijrahan adalah untuk selamatkan iman kerana kat Mekah, org kapir banyak bagi tekanan dan ancaman. Kat sini kita boleh belajar bahawa hijrah bukan bererti TAKUT tapi adalah perintah Allah supaya kita selamatkan iman kita…sebab tu ada perintah Allah “wahai org yang beriman, berimanlah…”
bermakna korang kena buat apa saja usha supaya iman korang selamat, kalau korang baca tafsir al Quran korang akan jumpa cerita tentang :Allah puji dan selamatkan 7 pemuda dalam gua yg lari dari Raja yang Zalim dengan niat supaya iman mereka selamat….
Jadi sahabat yg ke Habshah Nabi benarkan duduk kat
sana, buat amal ugama dan tak perlu tentang kerajaan kat sana, kerana kerajaan Habsyah ketika itu bersifat berkecuali…(ehem..ehem..aku tak nak cerita pasal politik) kita sambung topic kita.

2.Hijrah yg kedua adalah diketuai oleh Nabi sendiri dan seorang sahabat ke Taif. Tapi kat sini cerita sedihlah..Nabi kena baling batu sampai berdarah2. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi berjalan bunyi macam org berjalan kat tempat basah…isk..isk…(rasa nak terajang je org taif tu!)…lalu Malaikat datang offer untuk datangkan bala kat sana, tak kiralah taufan ke, gempa ke, tsunami ke, tapi Nabi tolak..dan Nabi doa agar cucu cicit org taif dapat hidayat, ini pun perintah Allah “wahai manusia, berimanlah..”.
Tujuan penghijrahan Nabi adalah di atas perintah Allah untuk majukan ugama, untuk buat ‘hati’ bagi dunia iaitu masjid (time tu masjid takde lagi) dan kalau nak buat masjid perlu pada org untuk makmurkan sebab tu perlu pada masyarakat…(bukan nak bina Negara seperti yg di dakwa sesetengan pihak, zaman nabi Sulaiman dan nabi Zurkanain dulu dah ada Negara yg complete hebat, tapi Allah tak istiharkan ugama sempurna waktu tu…(aduh, kenapa aku cakap politik lagi nih,,)sambung balik topic kita…

3.Dan penghijrahan Nabi yg ketiga adalah ke Madinah. Sampai je terus buat masjid, org yg berhijrah di panggil org MUHAJIRIN, org kampung yang bantu( keadaan ni takde kat habshah dan Taif) di panggil org nusrah atau ANSAR. Masa tu kat Madinah hanya ada 4 golongan, 2 shurga, 2 neraka,

Golongan shurga
1.Muhajirin (org islam mekah)
2.Ansar(org islam madinah)

Golongan Neraka
3.Munafikkin (org islam pura-pura)
4.Org kapir(selain ugama islam)

…dan tujuan hijrah Nabi ke madinah ini adalah untuk membina kekuatan islam dan pada waktu ini barulah Allah datangkan pertolongan yg berbondong2. kenapa?
Kerana NUSRAH ALLAH AKAN DATANG APABILA ADA GOLONGAN YANG BERHIJRAH KERANA ALLAH DAN ADA GOLONGAN YANG BANTU ORG YG HIJRAH TADI, maka kerana itulah, dalam perang Badar, Allah hantar 1000 malaikat walaupun satu malaikat cukup dah sebenarnya,untuk kalahkan org kapir, disini menunujukkan kesukaan Allah pada meraka yang berhjirah dan mereka yng membantu org berhijrah……dan kalau korang nak tahu golongan muhajirin dan Ansar ni (313 org ini) adalah org yang memakmurkan masjid Nabawi! Hari ni takde malaikat Bantu org islam berperang, nak Bantu camne, masjid kosong…sadis sungguh..isk..isk..
Lepas tu turun ayat lagi. “wahai org beriman bertaqwalah” maka sahabat paham maksud ayat ni dan mereka yakni org muhajirin dan Ansar telah bertebaran berhijrah seluruh alam dalam membuat 3 perkara:
1.ajak manusia beriman
2.ajak org beriman supaya buat usaha iman
3.ajak org buat usha atas iman supaya bertaqwa.(nak tahu lebih lagi, sila rujuk Al-quran dan org alim)

Jadi nak tanya korang?

1.Korang ni golongan muhajirin ke?(org yg berhijrah kerana ugama)

2.Atau org ansar ke?(org yang membantu org yg berhijrah kerana ugama)

3.Atau korang org munafik( ada udang di sebalik batu, nampak macam bantu, tapi ada sesuatu di sebalik batu rupanya)
4.Atau korang org kapir(hijrah takde , nusrahpun takde..naduzubillah…)

Dan satu lagi contoh hijrah aku nak kongsi ngan korang hasil kajian aku…he he he

Hijrah (musim pertama)

Dalam perut Bonda:
9 bulan 10 hari.

Balajar Merangkak:
Setahun.

Belajar berlari
1 Tahun

Belajar bezakan makanan dan najis
2 Tahun

Belajar bezakan manfaat dan mudarat
Setahun

Belajar di tadika
Setahun

Belajar di Sekolah Rendah:
6 tahun

Belajar di Sekolah Menengah
2 Tahun

Menikmati alam Remaja
Setahun

Masuk U
5 Tahun

Menganggur:
Setahun

Mula bekerja pada umur: 26 tahun.
Kerja..kerja…kerja….(cari pasangan)

Kahwin pada umur: 27 tahun
Kerja..kerja…kerja….(dapat anak)

Beli kereta ansuran 7 tahun dan beli rumah ansuran 25 tahun
Kerja..kerja…kerja….(anak-anak nak sekolah)

Tamat ansuran kereta: umur 34 tahun

Kerja..kerja…kerja….(trade-in kereta)
Dapat menantu umur 47 tahun.

Tamat ansuran rumah; umur 52 tahun(dah ada cucu…)
Kerja..kerja…kerja….(besarkan rumah)

55 Tahun: pencen.

63 Tahun: Menjadi mayat.
Tammat.


Hijrah (musim kedua)

Mandi Mayat,Kapan Mayat, Sembahyang Mayat, saudara melawat:
Sehari saje.

Tahlil: 3 Hari
Mayat di makan ulat…

Tahlih hari ke 7

Tahlil hari ke 40.
Mayat sudah menjadi tanah.
Nota; isteri anda mungkin sudah menjadi mayat juga, kereta anda telah rosak, rumah anda di jual anak-anak sebab ramai tak tahu camne nak bahagi2, jadi jual bagi duit sikit sorang…


Hijrah (musim ketiga)

Dalam kubur
Paling kurang 40 ribu tahun.

Padang Masyar (Ribu-ribu Tahun) terbahagi kepada tiga hari:
1. Hari kebangkitan.
2. Hari Kemurkaan Allah (100 ribu tahun)
3. Hari pembalasan (juta-juta tahun bergantung pada Hisab.)

Akhirat terbahagi lepada 5 tempat
1. Mizan
2. Madang Masyar
3. Bawah Arash
4. Telaga Kaustar
5. Titian sirat (1500 tahun perjalan)


Hijrah (musim terakhir)

Rezki berkat
Seksa kubur angkat
Tangan kanan tarima kitab
Titi Sirat sepantas Kilat
Masuk Shurga Tanpa Hisab.

Hadiah:
Masa mati malaikat tarik slow and tunjuk shurga, so matipun senyum je..
Mayat tak reput
Dalam kubur rasa macam sembahyang 2 rakkat je.
Padang Masyar duduk bawah arash
Tak sedar pun dah titi sirat…
Masuk Shurga selama-lamanya….forever and ever…macam macam ada.

YANG Tersingkir….
Masuk neraka selama2nya jika kapir, bagi org islam kena seksa bergantung pada dosa paling kurang dalam nerakapun 1000 tahun

Nota:
Org munafik duduk bawah neraka sekali
Ada neraka untuk org yang sengaja lenngah2kan solat
Ada neraka untuk org tak solat
Macam-macam ada.!

Sekian, selamat menyambut Maal Hijrah…

Jan 30, 2006

Maut itu Nikmat?

(menangkap malaikat maut?)

Ni ada satu cerita sedih..isk..isk.. satu cerita yang boleh di ambil pengajaran.

Di sebuah kampung ada seorang remaja yang sangat sayangkan Neneknya. Sayang gilerlah, satu hari dia belajar hakikat hidup bahawa semua orang akan menjadi mayat termasuklah neneknya yg disayangi.
Dan dia dapat tahu pulak yang menyebabkan orang menjadi mayat adalah Malaikat Maut. Maka dia berdoa pada tuhan agar di beri hikmat untuk menangkap Malaikat maut.
Maka Allah berkuasa, makluk tak ada kuasa, Allah telah kurniakan hikmat MENANGKAP MALAIKAT MAUT pd budak tu….
Akrian bila nenek dia sakit tenat maka datanglah malaikat maut…
Budaktu pun apa lagi terus gunakan HIKMAT MENANGKAP MALAIKAT MAUT….dan budak itu berjaya…
tapi bila budak tu tengok nenek dia sakit tak henti2, mengerang kesakitan, menderita kelaparan kerana tak lalu makan, tak boleh tidur kerana sakit tak kebah2…siang malam menangis, kesian pulak budak ni tengok nenek dia gitu gaya…dan nenek dia doa.."Oh..Tuhan ambilah nyawaku, supaya aku boleh berehat…aku sakit sekarang,”
Air mata kesidihan, kepiluan,kehibaan mengalir tak henti2.
“Nenek jangan doa macam tu, saya sayang nenek…!”jerit budak tu..
Nenek jawab: “cucuku..bunuhlah nenek..nenek dah tak sanggup lagi…nenek sakit…”
air mata kian deras, gigi di rentap2 menahan sakit…
“Sakitnya ya Allah..sakitnya ya Allah….”
Akhirnya kerana tak sanggup melihat neneknya menangis gitu gaya…dia pun melepaskan malaikat maut…maka,
Mati dan menjadi mayatlah orang tua tu…
ada tanda2 tenang pd mayat tu….si budak ini menangis….
‘Alangkah deritanya manusia jika tiada maut….."
budak ni belajar lagi hakikat hidup...
Sekian....

Haaaa! Yang ni lagi sedih…ni nak nangislah ni..uhuk—uhukk! Korang tentu pikir aku nangis, tersedut asap ubat nyamuk sebenarnya(buat lawak mayatlah pulak)
Di akhirat nanti bila semua org dah masuk neraka dan syurga, maka Allah jelmakan Maut dalam bentuk seekor ‘kibas’(macam kambing)…
Hidup rupanya Maut ni..sebab tu lah korang semua akan mati, lalu Allah perintahkan Malaikat maut ni sembelih kibas di antara shurga dan neraka…maka matilah 'maut' ni,,
Mautpun jadi mayat…
Maka bergembira sakanlah org dalam shurga…maklumlah tak mati2 dah lepas ni,
Tapi org dalam neraka meraung! mengjerit! menangis ..!
“Ya Allah dengarlah rayuan kami” jerit ahli neraka,
40 ribu tahun kemudian baru Allah Jawab.
“ Apa korang Mahu?”
“Keluarkan lah kami kedunia walaupaun sesaat…”(baru nak keluar sesaat, dulu 5 minit ke masjidpun payah...)
Allah tak layan permohonan mereka, maka mereka ni merayu lagi selama 40 ribu tahun,,
“Ya Allah jadikanlah kami tanah…”
Allah berfirman:(plus-minus)

“Kekallah kamu dalam neraka selama-lamanya…!”

Merekapun menangis sampai keluar darah, lepas tu keluar nanah, lepas tu keluar bijik mata..mereka mengoyakkan muka mereka menyesal..mereka menderita..mereka mahu mati,,mereka mahu maut datang ambil nyawa mereka,.. mereka tidak mahu wujud ..mereka ingin sangat jadi mayat..tapi mereka kekal di dalamya selama-lamanya…Mereka terbakar, mereka kegorengan,mereka kerebusan, mereka kepanggangan, mereka kekukusan, mereka sakit yag amat..maha sakit…
.Ya Allah selamatkan lah kami dari Azab api nerakamu…..

ps:Korang takut tak api neraka?..kalau korang takut, aku lagi takut…! ,kalau korang tak takut, takutnya aku kat korang sebab tak takut azab Allah!!!

Jan 26, 2006

Apa bayi buat dalam perut?

(temuramah secara maya)

Sebenarnya ada dua soalan, apa bayi buat dalam perut dan apa korang buat dalam dunia ni...Untuk mengetahui apa yang bayi buat dalam perut, kita tanya seorang ibu (kononnya) yang di beri izin oleh Allah untuk bercakap dengan bayinya….

BERCAKAP DENGAN BAYI:

Ibu: Apa kabar kau?

Bayi: Kabar baik aku.

Ibu: Apa kau buat kat dalam tu?

Bayi:Aku duk pusing2 sambil makan2.

Ibu: Ada apa kat dalam?

Bayi: Tak nampak apa2, gelap tapi nyaman, tidak sejuk dan panas, sambil makan2. Aku selesa di sini.

Ibu: Apa kau makan kat dalam tu?

Bayi:Makanan yang dihantar melalui tali pusat.

Ibu: Oh..Itu darah haid…agaknya.

Bayi: Apa itu darah haid.?

Ibu:.. kalau ibu cakap pun kau bukannya paham..

Bayi: Cakap je lah..

Ibu: Perempuan kalau tidak beranak keluar darah haid, tapi bila dah mengandung darah haid dah takde, Allah tukar jadi makanan bayi ..ibu rasalah…agaknya.

Bayi: Tak faham aku..

Ibu: Kang ibu dah cakap….

Bayi: Tapi aku tak sedap hatilah, aku makin hari makin sukar bergerak, ada benda2 tak berguna keluar dari badan aku dan menganggu aku.

Ibu: Patutlah kau duduk terajang-terajang, rupa2nya kau tak bebas bergerak..Itu adalah tangan dan kaki kau, kau tak perlukan kat dalam tu tapi bila kau keluar kau sangat2 perlukan tangan dan kaki kau tu..

Bayi: Ah taknaklah saya, baik saya gunakan zat tu untuk besarkan tali pusat. Boleh makan banyak sikit.

Ibu: Jangan begitu anakku, bila kau lahir nanti takkan ade doctor boleh cipta kaki untuk kau, kau akan cacat selama-lamanya…kau tak boleh naik basikal

Bayi: Basikal tu apa?

Ibu:Itu adalah salah satu nikmat dunia, bila sampai masa nanti kau akan kena keluar dari perut mak, kau akan menagis terkejut…

Bayi: Baiklah mak…tapi saya tak takut kerana tuhan dah bagitau bila saya keluar nanti ada malaikat jaga saya.

Ibu: Malaikat?, Siapa nama malaikt tu…?

Tuhan kata panggilah dia: BONDA.

Tammat…

Sekarang korang ikuti temubual aku bersama makhluk ‘engkau’…

BERCAKAP DENGAN ENGKAU:

Aku: Apa kabar kau?

Engkau: Kabar baik aku.

Aku: Apa kau buat kat dunia ni?

Engkau:Aku duk pusing2 sambil cari makan..

Aku: Apa yang kau makan?

Engkau:yang halal. Macam2 ada: nasi ayam, nasi itik. Nasi goreng kampong…

Aku: Oh..Itu makanan dari tanah.Akhirat nanti makan dari khazanah Allah..

Engkau:: Apa itu khazanah Allah..

Aku:.. kalau aku cakap pun kau bukanya paham..

Engkau:: Cakap je lah..

Aku: Khazanah Allah ,makan dlm shurga kau niat je terus muncul, macam magik ler...

Engkau:: Tak faham aku..

Aku: Kang aku dah cakap….

Engkau: Tapi aku tak sedap hatilah ramai pendaqwah ganggu aku, mintak aku bagi masa dengar ceramah, tak bebas aku dibuatnya…

Aku: Patutlah kau lari2, rupa2nya kau rasa tak bebas bergerak. Diorang tu mintak masa supaya akhirat nanti kau tak rugi…bila kau tak solat, akhirat nanti takde kepala, kau tau?

Engkau:: ye ke ni,,,Ah taknaklah aku, baik aku gunakan masa tu untuk besarkan pernigaan aku. Boleh makan banyak sikit.

Aku: Janganlah begitu engkau…, bila kau dah jadi mayat nanti takkan ade org boleh tolong kau dalam kubur, padang mahshar, titi sirat…tak dapat shafaat nabi.

Engkau:: Shafaat tu ape?

Aku; Itu adalah salah satu nikmat akhirat, Nabi bagi kat org yg ikut sunnah dia...bila sampai masa nanti kau akan akan jadi mayat, baru kau tau...kau akan menangis terkejut…

Engkau: ah..mulalah nak daqwah aku tu.... aku sibuklah nak baca blog engkau ni baik aku pergi besar kan ‘tali pusat’ aku….

Sigh out….

Disini solat, puasa, haji memang tak nampak manfaat, tapi korang akan dapat manfaatnya disana, akhirat yang kekal abadi…macam bayi, dalam rahim tangan, kaki, mana ada manfaat, bila dah beranak kalau cacat, cacat selama-lamanya, tali pusat yang paling sedap dalam perut mak kita jika bagi kat korang sekarang, muntah bueekkk, korang…tapi manusia hari ini sibuk besarkan ‘tali pusat’ hingga lupa pada perintah Allah…nauzubillah…

Ps: Hari2 dalam surat khabar cerita pasal mayat bayi dan mayat bapak budak ditemui di sana-sini….mayat kita juga akan di jumpai seseorang…

Jan 24, 2006

Kenapa Masjid kosong?

(untuk lelaki sahaja)

Apa sudah jadi pada Negara Islam Malaysia, tanah tempat tumpah darah aku dan ibuku…
Masjid kosong…

“RUMAH-RUMAH SYAITAN PENUH RIANG,
RUMAH-RUMAH TUHAN KOSONG DAN LENGANG…”

(Lagu :peristiwa akhir zaman)

Sekarang ni, tren org muda pakat-pakat ajak pergi ‘fullhouse’ kan pangung wayang (bayar tu!) tapi masjid jadi ‘blankmosque’…

Hati bagi kampung/bandar/negara adalah masjid, kalau org kapir tengok masjid kosong tak rasa apa2, kita org Islam janganlah macam tu kawan,
Baru2 ni aku ada terima emal foward dari mat dan minah forward bertulis ‘petua rumah tangga bahagía’ dan salah satu isinya bertulis begini:

“Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.”

Aku kata: maaf kerana menegur, dalam keluarga islam tak de hadith atau ajaran/perintah yg suruh solat kat rumah berjemaah bersama isteri, nanti masjid kena roboh pun kita tak tau...sembahyang sunat tu, adalah…nampaknya penulis berjaya membuat perhubungan yg baik dengan isteri tapi tidak dengan masyarakat, dia tak tahu ke wanita tu boleh jadi senjata syaitan? memang keluarga dia ni ‘bahagia’, pasal tak yah gi masjid…

Sebab tu Nabi bagitau nak bakar je rumah org yg solat fardu kat rumah! Korang ingat Nabi datang nak bergurau ke! ( kalau aku ahli bomba, aku akan buat kajian kat rumah yg terbakar tu ,diorang punya ahli kelurga ada tak gi solat jemaah, kalau takde., memang wajar lah kata2 nabi tu…)

Seorang sahabat kata wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yg dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah.
Seorang sahabat yg tua dan buta serta duduk jauh dari masjid, mintak izin solat kat rumah , tapi nabi tak bagi izin, lepas tu dia pergi jugaklah dalam keadaan bersusah payah hingga dia terjatuh dalam parit, habis kotor baju dia, dia balik tukar dan peristiwa ni berlaku sampai 3 kali, kali yang ketiga ada sorang mamat tu tolong dia dari jatuh dan bawak dia ke masjid, tanya sahabat ni (lebih-kurang)
“terima kasih kerana tolong pakcik, anak ni siapa nama?”
Jawab mamat tu :
“aku ni syaitan, tadi bila kau jatuh kali pertama habis dosa kau gugur, kali kedua kau jatuh habis dosa keluarga engkau Allah ampun, dan aku takut kalu kali ke-3 kau jatuh seluruh penduduk madinah ni Allah ampunkan dosa, jadi sia2 lah usha aku selama ni, tu yang aku tolong kau tu”

Ada satu lagi cerita seorang hamba Allah ni dapat melihat syaitan dan bertanya “macamanakah caranya nak jadi syaitan”
Syaitan kata: sunguh pelik, inilah pertama kali jumpa manusia nak jadi cam aku, apa-apapun senang je nak jadi shaitan, kau kena lengah2kan solat(tak yah pergi solat jemaaah), maka org tu kata mulai hari ini aku takkan melengah2kan solat lagi…(aku ada kitab ni kat rumah) shaitan cakap ni lah first time aku kena tipu, mulai hari ni aku takkan menasihati manusia lagi….

Malahan ada juga riwayat bagi tahu Neraka Lam-Lam dicipta utuk org yang melengah2kan solat…

Itu cerita Ancaman, Fadhilat solat jemaah pula:

Lebih kurang hadith: kalau kau nampak ada satu org yang selalu ke masjid, maka kau kena bersaksi dia tu ahli shurga,

40 hari tak ketinggallan takbir pertama bersama imam kau bebas dari sifak munafik dan bebas dari azab neraka! Maknanya selagi 40 hari tak dapat takbir pertama kau memang ada sifak munafik, bukan aku kata tapi Nabi kata! (org munafik duduk neraka paling bawah!)

Ayat al quran tulis Hanya org yg memakmurkan masjid Allah org yg benar2 beriman!

Banyak lagilah!!!

Satu fakta yang dapat dari Palestin, kata org yahudi, selagi bilangan org yang datang sembahyang subuh berjemaah, tak sama dengan sembahyang jumaat berjemaah, selagi itulah palestin di bawak tapak kaki kami selamanya…

Satu hadith yag aku tak ingat sumber kat mana (kalau korang tahu tolong bagitahu) lebih kurang bermaksud begini: kalau org Islam seratus peratus solat jemaah maka Allah akan mencampakkan kegerunan pada org kapir,

La ni, org kapir tak takut lagi kat org islam sebab Allah dah cabut kehebatan islam bila org islam abaikan solat jemaah, tengok cam Amerika dengan Iraq, Serbia dgn Bosnia, Israel ngan Palestin, org bukan islam kat Malaysia dengan org islam Malaysia(kes Mohamad @ Moorthy baru2ni) Sekarang ni bilangan peratusan org islam solat jemaah kat masjid tak sama dengan peratusan org islam solat jemaah zaman nabi dulu,
zaman madinah almuwarah(bercahaya-cahaya) semua org islam solat jemaah kat masjid, org munafik pun datang (Abdullah bin Ubai), org tua dan buta pun datang(Abudullah bin Mattom) dan yg uzur dan tua pun dipapah ke masjid,

Nabi , saidina Umar, saidina Ali pernah dipapah ke masjid, Sekarang ni ada gak org papah org tua, tapi bukan gi ke masjid, pergi mengundi, 5 tahun sekali bolehlah, 5 kali seharí, Ha!!! ni baru mujahadah!

Zaman ini bilangan org pergi hají dan bilangan org islam lebih ramai berkali2 ganda dari bilangan org islam zaman Nabi, dan satu dunia doa, “Ya Allah selamatkanlah, Palestin, Iraq, Pengkalan Pasir,” tapi doa tak makbul, kenapa? Kerana umat ini telah tinggalkan cara hidup sunnah Nabi S.A.W. dan yang paling penting dan ketara: solat berjemaah.(amalan yang mula2 sekali akan di hisab, ok, yg ni lepas jugaklah yang lain2-inshaAllah)

Sepatutnya perintah Allah ni boleh menyatukan umat apbila dibuat ikut cara Nabi, tapi Sekarang ni org taat perintah Allah, tapi ikut cara ‘saya’
Contoh: balik kerja dan dah masuk waktu solat: nak rehat dulu, karang baru solat, bermakna korang dah taat perintah Allah tapi bukan cara Nabi, sebab tu Umat akhir zaman berpecah belah! sampai 73 dan satu saje masuk shurga
Dewasa ini, bila tiba time solat umat islam sendiri berpecah-pecah,

Ada yang solah kat rumah,
Ada yang solat lengah2,
Ada yang solat pakai niat,
Ada yang solat pakai qadha 5 sekaligus,
Ada yang tak solat,
Ada yang marah org solat
Macam2 ada, sampai 73 barangkali!

APA PUNCANYA?

Puncanya sebab korang semua belum buat keputusan.
Korang buat keputusan yang korang ni org islam (siap ada IC tu)
Tapi korang tak buat keputusan untuk taat semua perintah Allah!
Korang tak buat keputusan untuk ikut segala Sunnah Nabi!
Korang buat keputusan untuk solat jumaat berjemaah kat masjid,
Tapi korang tak buat keputusan untuk solat 5 waktu di masjid.
Kalau aku ajak korang tengok wayang hari jumaat jam 1 petang, korang akan terkejut,
Woi! ni waktu solat jumaat,
sebab korang dah buat keputusan untuk solat jumaat,
dan korang akan cakap kalau jam 4 petang boleh gak
sebab korang tak buat keputusan untuk solat asar berjemaah!
Jadi, jika aku ajak korang solat asar berjemaah pada hari jumat apa korang jawab,
eh ! tengoklanlah dulu kalau saya free, tak tau lagi…
inilah masalahnya!

KORANG BELUM BUAT KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH!,

macamamn Allah nak buat keputusan kat korang untuk masuk syurga?
Kat kedai makan pun kalau korang pergi tanpa ada keputusan nak makan apa, bila waitress tanya nak makan apa? Errrrrrrr. Makan apa ye? Apa yang best? Errr…Tapi kalau kau dah buat kepusan nak makan nasi lemak, pasti kau cakap nasi lemak daun pisang satu!!!!
Satu lagi, Kalau nenek korang panggil korang, Ali, oi Ali…, Ali mari jap tolong nenek masukkan benang dalam lubang jarum ni, dan korang buar derk aje, nenek korang panggil lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yg ke dua belas tentu nenek korang akan terajang dan baling masin jahit kat korang, pekak ke!!!

Begitulah jugak dengan Allah, pangil kita 5 kali sehari :
Marilah solat………….
Marilah berjaya…………..

Korang buat derk ajer dan sampai umur 40 tahun pun buat derk aje, munasabahlah Allah rendam korang dalam neraka selama satu huqub untuk jumlah setiap satu bilangan solat yg korang tinggal dan satu huqub bersammaan 80 tahun….

Kalau perhatikan dalam satu taman/kampong berapa ramai yag datang solat subuh berjemaah?, 4 hingga 5 org, kalau buat nisbah, berapa? 1/1000 atau 1/5000? Ada hadith yg bagitahu dalam seribu org islam satu je yg masuk syurga tanpa hisab, bahaya nih!!!

Last, kalau korang perhatikan bila hari jumaat akibat satu waktu yg org islam solat berjemaah, perempuan2 yg pakai skirt pun dah pandai pakai labuh-labuh, Tanya, kenapa? Diorang jawab, hari ni kan hari jumaat, yang lelaki mula berketayap dan bersongkok ke tempat kerja atau kuliah, malahan ada amoi yg pakai baju kurung, dahsyat tu!!! Tu baru kesan satu waktu, kalau hari2?

Jadi aku doakan agar aku dan korang semua dipilih oleh Allah untuk istiqamah solah berjemaah ke masjid…..

Korang dan aku, buatlah KEPUTUSAN UNTUK TAAT SEMUA PERINTAH ALLAH, barulah Allah akan membuka segala jalan kebaikkan….

Sekian.

Ps:sembahyang mayat adalah secara berjemaah....