Feb 25, 2024

Doa guna nama Malaikat?

 Malam nisfu Syaaban, berdoalah banyak banyak..

Guna ilmu yang ada sebagai modal dalam berdoa…

Contohnya dari kecil kita belajar tentang 10 malaikat, maka boleh guna kerja malaikat sebagai modal dalam berdoa..

“Doa modal tugas malaikat? Apa tu?”

Okey, saya doa, kamu aminkan, boleh?

InsyaAllah..

Jom doa!

*****

“Ya Allah, Kami beriman dengan Mu, dengan Malaikat, dengan Kitab, dengan Nabi, dengan Hari kiamat, dan dengan Takdir…

Ya, Allah, 

Kami dengar Hadis Malaikat Jibril akan turun pada Malam Al qadar untuk menyampaikan Rahmat kepada orang yang sedang bertahajjud, jadikanlah diri kami dan keturunan kami termasuk hamba yang bertahajjud di malam Al qadar lalu dipeluk Rahmat yang dibawa malaikat Jibril,,

Ya Allah, Takdirkan dalam senarai Rezeki yang  Malaikat Mikail jaga untuk Kami, rezeki yang luas, jika jauh dekatkanlah, jika sukar permudahkanlah, jika dilangit turunkanlah, jika dibumi, keluarkanlah, jika haram, sucikanlah..

Ya Allah, sewaktu kami hidup ini, takdirkahlah Malaikat Raqib sentiasa sibuk mencatat kebaikkan kami, dan Malaikat Atid tidak sibuk kerana kurangnya dosa dosa kami, takdirkanlah kami orang yang sentiasa berbuat baik sepanjang hidup, yang mana andaikan jika Malaikat Raqib ada sifat penat, biarkan dia penat menulis amal kebaikkan kami…

YaAllah, jangan panjangkan umur kami hingga menjadi tua nyanyuk menyusahkan orang, jangan panjangkan umur kami sampai kiamat, hingga terdedah kepada fitnah dajjah, jangan panjangkan umur kami hingga terdengar tiupan Sangkakala oleh Malaikat Israfil yang sungguh dahsyat, maka matikanlah kami jauh sebelum kiamat besar, mati dalam husnul Khatimah..

Ya Allah, menjalang mati nanti, izinkanlah Malaikat Izrail yang bertugas mencabut nyawa kami, mencabut dengan lemah lembut sambil membawa berita gembira..

Ya Allah, di kubur nanti, izinkanlah Malaikat Munkar bertanya soalan Kubur dengan lemah lembut pada kami, dan kami dapat jawab semua soalannya, dan biarkan Malaikat Nakir yang bertugas mengazab dalam kubur tiada kerja, semua dengan IzinMu yang Allah, permudahkanlah urusan kami semua bersama Malaikat Kubur..

Ya Allah, di akhirat nanti, jangan takdirkan kami bertemu dengan Malaikat Malik penjaga neraka yang bahan bakarnya manusia serta batu-batu, jangan jadikan kami dan keturunan kami bahan bakar api neraka! Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu Ya Allah.. Jauhilah kami dari api neraka!

Ya Allah, Akhir sekali, kau Izinkanlah Kami bertemu Malaikat Ridwan yang bertugas menjaga syurga, Izinkanlah kami masuk syurga tanpa hisab, izinkanlah kami masuk syurga bersama keluarga tanpa teringgal seorangpun! 

Tiada daya upaya melainkan dengan izinMu Ya Allah.., perkenankah doa kami.

Amin…


klik sini untuk belajar mudahnya menghafaz Yassin https://tazkirahustazustazah.com/?aff=hamka&p=7021

3 comments:

Anonymous said...

Amin Ya Rabbal Alamin..moga kita smua dlindungi Allah..moga kita sama2 berhati2,sbb ada golongan dluar sana yg persoal pertikai2 cara berdoa yg x salahi syarak..cntohnya ada golongan yg hatinya sakit dgn ahlul bait,org2 soleh@wali2 Allah dsbgnya,persoal pertikai tawasul dgn nabi2,org2 soleh (wlupun slepas wafatnya/dah mninggal dunia),seolah2 mcm x prnah dgr tntang "wasilah","barakah","syafaat" dsbgnya,memperolok2kan bab "karomah" dsbgnya..hinggakan apa itu "ikhtiar" pun seolah2 mcm x prnah dgr..cntohnya apa yg diperakuinya barulah prlakuan itu namanya "ikhtiar",klu yg x diperakuinya(wlupun hal trsebut x salahi syarak),silap2 haribulan namanya syirik..nauzubillahiminzalik(walhal bab akidah,feqah,tasauf itu selesai trmaktub&dwariskan,mreka brkelakuan seolah2 mcm ianya belum selesai@persoal pertikai2 kbenaran@perlukan perakuannya).
Cuba cari ASWJ yg kerjanya persoal prtikai hal2 kbaikan/x salahi syarak trsebut..insyaAllah x jmpa..klu jmpa pun ianya tntang hal2 yg salahi syarak..
Ingatan utk diri juga&moga brmanfaat&moga Allah lindungi kita smua insyaAllah.

hamka said...

benar

mohamad kholid said...

Amin