Jan 30, 2024

Solat 42 rakaat?

 

Alkisahnya Saya pernah cerita pergi berdakwah rumah ke rumah, tiba tiba nampak tuan rumah sedang kopak buah kelapa guna p*rang..

Saya pun bagi Salam dan tuan rumah terus bertanya soalan dengan a*gkuh..

“Solat berapa rakaat setiap sehari dan siapa ketua kamu?”

Spontan saya jawab: tujuh belas rakaat.. dan ketua saya Nabi Muhamad”

Terus dia bertenang dan berkata..

“Benar, silakan dakwah saya…”

Alhamdulillah tiada kejadian di ****** parang.. ujian orang berdakwah rumah ke rumah…

Akisahnya Tular video seorang hamba Allah bagitahu yang beliau solat Subuh 4 rakaat, solat Zohor 12 rakaat, Asar 4 rakaat, Maghrib 5 rakaat, dan Isya 17 rakaat.

Apa nasib jika brother potong kelapa yang bertanya? Takut ada yang terp*tus kepala…

Apa-apapun, dah ada ustaz jawab, Hamba Allah tu betul, sebab dia jawab ikut Mazhab Hanafi..

Bagi yang tak tahu, ustaz cakap, Ikut mazhab Hanafi, solat-solat sunat rawatib adalah wajib, sedangkan Mazhab syafee hukumnya adalah sunat

Hujah Mazhab Hanafi ialah hukum Rukun fardu adalah hukum yang datang dari dalil Qat'ie dari hadith-hadith Mutawatir. 

Manakala yang wajib adalah hukum yang datang dari dalil Zonni seperti hadith-hadith Ahad.

Pernah kan ada yang cakap tak nak Qunut sebab Mazhab syafee tak sesuai bagi mereka dan ada yang pilih Hanafi.. sebab lebih sunnah..

Jadi.. jika naik ikut Mazhab Hanafi kenalah wajibkan ibadah sunnah. Witir jangan tinggal..

Sebab mazhab Hanafi wajibkan ibadah sunnat muakad dalam pandangan Mazhab kita..

Al faham ke tidak?

Contohnya solat sunat yang diwajibkan oleh mazhab Hanafi sebab ada dalil Nabi walaupun ketika bermusafir  tak akan tinggalkan solat sebegini..

2 rakaat sebelum Subuh, 4 rakaat sebelum Zohor, 4 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 4 rakaat sebelum dan selepas Isyak. 

Manakala bagi solat witir, dalil yang mereka guna adalah, 

"Solat witir merupakan satu KEWAJIPAN keatas setiap Muslim, siapa yang mahu solat witir secara lima rakaat, maka dia boleh lakukannya, siapa yang mahu melakukannya secara tiga rakaat maka lakukanlah, jika dia mahu secara satu rakaat maka lakukanlah." - riwayat Nasie. 

Maka betullah apa yang hamba Allah tu cerita ikut mazhab Hanafi..

Kita kat Malaysia, jawab jer 17 rakaat yang wajib…

Dan nak tambah sikit sebab sekarang musim panggilan Haji, jangan keliru pulak antara rukun dan wajib haji.

Kita belajar wajib jika tertinggal tak sah tapi di waktu ibadah haji kena tahu bezakan rukun dan wajib..

Yang mana rukun haji jika tertinggal haji rosak dan tak sah, tapi wajib haji jika tertinggal haji tetap sah cuma kena bayar dam.

Faham ke  tak ni?

Sebelum korang suruh lukis, abang dah buat video siap siap untuk bezakan rukun dan wajib..

Lepas tonton wajib like, share dan subscribe!


Woha!

6 comments:

adnil linda said...

ramai orang nak kecam je...sebelum tahu hal sebenar...kadang2 amalan kita dengan negara Jiran pun tak sama...sebelum nak katakan orang sesat, kena kaji, korek dulu...selalu kalau yang sesat tu...lg memudahkan, bukan menyusahkan..

Anonymous said...

Brown Flesh Corpora Cavernosa with ED says:- sibinar birapa rakaat mao solat tara hal. Janji yitu rakaat ada dalam masok 2,4,4,3,4. Ada kurang yitu worang ada probelim. Yitu Milayu banyiak suka kitawa worang solat banyak rakaat yitu tara center punya. Kapala suda masok ayer. Mari kita solat.

Anonymous said...

Ingatan utk diri juga&moga ada manfaatnya insyaAllah..
lekeh2kan/prtikai2/nafikan dsbgnya amal kbaikan org biasanya dsbbkan:-
-kita x tau,tp wat2 tau(pandai2 sndiri).
-kita x tau yg diri kita x tau,kita ingat/yakin kita tau/btul("jazam" kat sangka2).
-kita tau,tp sorokkan "kbenaran",smpaikan yg x btul sbg yg btul/kelirukan org(sakit hati kat "kbenaran" ke apa wallahua'lam).
-dsbgnya.
Kdg kita x trfikir yg "kbenaran" itu ada&dwariskan,ia bknnya xda.cntoh yg mudah inysaAllah:-math,tmbah/tolak/darab/bahagi itu "kbenaran"nya ada&dwariskan..klu mak ayh kita dlu suruh kita pandai2 sndiri tntangnya..insyaAllah akn buang masa la kan,bwk org ikut jadi salah lak(sbb pandai2 "ajar" org lak dari pandai2 sndiri td),lepas tu aib lak kmudian hari lpas dtg "kbenaran" kat diri(iaitu kita tipu org lak cover ksalahan tu td sbg 1 bntuk "kbenaran" bknnya pngajaran)..maka sbb "kbenaran" itu ada&dwariskan tu la yg mak ayh kita hntar g skolah/rujuk kat yg ahli tu dlu..
maka bgitulah bahkan lbih buruk klu cntohnya kita pandai2 sndiri dlm akidah feqah&tasauf,dgn lekeh2kan/
prtikai2/nafikan dsbgnya amal org..& klu dah dtg "kbenaran" tntang feqah(cntohnya)kat diri,lalu tau yg kita lekeh2kan/prtikai2/nafikan dsbgnya amal org itu dulunya 1 ksalahan/kebatilan diri sndiri(x tau yg "kbenaran" tntang feqah itu ada&dwariskan&trpelihara insyaAllah),maka "malang"lah klu kita masih pakai kaedah yg sama(yg canggahi "kbenaran" itu sndiri sprti yg diats skali dsbgnya tu)dlm akidah atau tasauf(atau kdua2nya)..moga Allah lindungi kita smua insyaAllah.

boms said...

kaki terseliuh

hamka said...

Terbaik komen

wan said...

punca sakit pinggang
skoliosis
slip disc
kaki terseliuh
simptom gout