May 24, 2019
Mari Mengumpat Perempuan di Bulan Puasa?
Part1: (Perempuan bodoh di larang baca)
Rapat rapat, aku nak cerita sikit, sejak akhir akhir ni,
ramai perempuan komplen dekat wall FB, dekat IG atau tweet tentang hak mereka
yang tak perlu buat kerja rumah, katanya masak ni kerja laki, kemas rumah kerja
laki, jaga anak kerja laki. Cari duit kerja laki, basuh pingang kerja laki,
basuh baju kerja laki, jemur baju kerja laki, lalu buka hadis, konon tak ada
dalam hadis suruh bini masak, takde dalam hadis suruh bini kemas rumah, suruh
jemur baju dan sebagainyalah.
eh! Si Laki pun apa kurangnya, bukak jugak hadis Masail
(hukum hakam), Bini nak buat apa apa, kena mintak izin, nak keluar rumah, kena
mintak izin, nak alihkan muka kat tempat tidur, kena mintak izin, bini tak
boleh tolak hubungan seks walau atas punggung unta, lepas tu gaduh, sebab Laki marahkan
bini tak amalkan hadis taat laki, dan bini marah laki sebab tak amalkan hadis
layan bini. Pung pang pung pang gaduh, macam parti politik daa…
Kan elok jika korang ikut berdakwah macam Nabi, dakwah lemah
lembut, dakwah dengan hikmah, jangan lupa dalam Al quran ada cerita kisah Nabi
Musa yang disuruh berdakwah lemah lembut dengan Firaun yang mengaku Tuhan. Laki
korang bukan jahat macam Firaun, bini korang bukan jahat macam Bini Abu Lahab,
jadi tak perlu nak berdakwah dengan keras siap guna hadis Masail (hukum hakam)
dan tulis dalam FB hak korang berdasarkan hadis tu. Lebih baik guna hadis
Fadhail amal (kelebihan amalan),
Contoh: Bini yang buat air dapat pahala sekian sekian, laki
yang beli hadiah dapat pahala sekian sekian, bini yang senyum pada laki dapat
pahala sekian sekian, laki yang mencumbui bini dengan kasih sayang dapat pahala
sekian sekian, Bini bila solat , puasa dan taat, akan masuk syurga melalui mana
mana pintu, bini sakit beranak dan sabar, dapat pahala jihad, laki beri nafkah,
diberikan pahala atas setiap suapan makan bini, orang islam sempurna bila
berakhlak mulia dengan pasangannya, dan lain lain.
Hah! Baru aman damai, baru korang akan saling cinta
mencintai dalam urusan mentaati perintah Allah, insyaAllah.
Bab hadis Masail (hukum hakam), korang baca untuk diri
sendiri amalkan, bukan baca untuk paksa orang lain amal, pelan pelan kayuh,
dakwah dengan hikmah ini ibarat pukul ular dengan tongkat, yang mana ular mati
tapi tongkat tak patah. Lain kali jika ular lain datang, masih ada tongkat
untuk pukul lagi. Nampak?
Tapi bayangkan jika korang dakwah dengan keras, pukul ular
sampai tongkat patah, datang ular lain, dah takde tongkat lagi untuk selamatkan
diri, itu yang laki bini saling gaduh bila masing masing keras kepala sebab
berdalil guna hadis Masail (hukum hakam). Adohai.
Cerita bab pukul ular, kami orang laki selalu dengar bini
jerit mintak tolong bunuh bintanang masuk rumah, “abang, lipas!, abang, ada
lebah terbang masuk rumah! Abang ada lipan dalam bilik air! Abang kucing kurap
masuk dapur! Abang! Cicak dekat cermin kereta! Abang, labah labah dekat ampaian
tu!”
Hmmm, kami tahu orang perempuan lemah jiwanya bila berdepan
dengan binatang kecil, kami pun pergi tolong mereka, bunuh lipan, penyet lipas,
jauhkan labah-labah, sergah cicak! Halau lebah, dan pujuk kucing kurap keluar
rumah, tapi kami takdepun nak update dalam FB bagitahu hak laki di zalimi sebab
bunuh biantang ni takde dalam hadis ke apa ke bagai macam korang merungut penat
masak dan kemas rumah! Apa ke jadah?
Kenapa kami tak komplen? Sebab kami tahu kelemahan dan
kelebihan perempuan. Kami accept, redho dan pasrah, syukur dan sabar, iklas dan
istiqamah (wah dah keluar sound arab)
Jadi kepada orang perempuan, ambik tahulah kelebihan dan
kekurangan laki korang, jangan komplen, dan berdakwahlah guna hadis Fadhail
amal (kelebihan amalan), InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih tenang
dan bermakna.
Tambah sikit bab binatang tadi, sesungguhnya, dalam kubur
dan dalam Neraka, dah takde lipas atau labah labah merayap, yang ada ular bisa
dan serangga berbisa, menyeksa perempuan yang tak solat dan taat suaminya. Hah!
Dah terguna hadis Masail (hukum hakam). Tengok nak marah lah tu!
Ok, hadis kena seksa dengan ular dalam kubur tu, saya baca
untuk pesanan kepada diri saya, semoga saya dan korang semua selamat dari azab
binatang bisa dalam kubur. Amin…
Okey, dah penat membebel, bini mintak tolong beli gas sebab
dah habis, nak pergi pikul tong gas kejap. Walaupun tukar dan pikul tong gas 14
kg ni takde dalam hadis, tapi kami orang laki tak komplen di FB macam korang
kompen penat masak dan kemas rumah sebab kami orang laki lebih faham hal ehwal
rumah tangga.
Buktinya, dunia ni ada Menteri Hal ehwal wanita, tapi takde
Menteri Hal ehwal lelaki!
Woha!
Ps: Bagi Laki yang slow, entry ni bukan suruh korang bantu
bini buat kerja rumah, tapi suruh bini yang bantu korang buat kerja rumah.
Faham tak? korang tu yang kena buat juga kerja rumah, cuma bila keadaan tak
berlaku, tegurlah pasangan masing masing dengan lemah lembut, guna hadis
Fadhail amal (kelebihan amalan) dalam majlis Ijtamae, dan hadis Masail (hukum
hakam) dalam majlis Infradi, InsyaAllah hidup korang berumatangga akan lebih
tenang dan bermakna.
Part 2: Wanita tidak bodoh sahaja boleh baca
Ada perempuan tu kan, kat pejabat bertudung bukan main, tapi
bila kita pergi beraya rumah dia, boleh pulak keluar hidang air tak pakai
tudung, lebih dahsyat, pakai baju terbelah sana sini, ada yang pakai baju
kebaya sehingga nampak lurah buah dada siap dengan tahi lalat yang di gelapkan dengan
Eyeliner glides with waterproof formula berjenama Revlion.
Kemudian, ada pula mewarna rambut pulak macam buah Naga
cicah Coklat siap dengan pekej rambut mengerbang macam hatu kak limah balik
rumah.
Solat pula lengah lengah dan bersalaman jantan betina sambil
menhampuskan dosa serta merta laksana Father di gereja dengan ungkapan,
“kosong-kosong.”
Wah wah wah, meriahnya raya..
Bila bersembang pasti bercerita tentang harta, politik dan
hiburan...
“Eh Cah, Kerja kat mana sekarang? Bonus raya dapat berapa?”
"kerja biasa biasa jer, bonus pun RM450 jer"
“anak kau sudah berapa orang Cah, masuk U berapa orang?”
"anak dua orang, gila masuk U, matrix pun tak lepas,
eh? cantik baju kau Esah, beli kat mana?"
“Baju I ni sama butik dengan penari latar Aida Jebat you..
beli online jer”
“Cantik nya, eh Esah, Balik kampung berapa hari?, jalan jem
tak? Tapi I tak penat sangat sebab naik kereta MPV baru”
“Wah, kereta baru ke Cah? ingat ke kereta sewa, hihihihi, Eh
Aiyah mana sekarang lama tak nampak?"
"Kesian Aisyah sekarang ni Esah oiii, Kau tau tak? laki
si Aisyah tu perangai sebijik macam Ustaz Madi, hidupnya kini terubang ambing,
kadang di atas kadang di bawah"
"macam malam jumaat!”
"kikikikikikiiiki"
Amboi sedapnya mengumpat nasib orang macam malam jumaat
kadang di atas kadang di bawah, dah takde modal lain nak cerita?
Langsung tiada ciri islamik, itu belum cerita bab makan
sehingga terbaring kekenyangan mengalahkan orang somolia yang terbaring kelaparan..,
malas sudah nak mengumpat lebih-lebih sambil beriktikaf sebegini, apa yang saya
nak fokus adalah bila tiba ziarah hari raya, patut bersembang bab agama, macam
ahli shurga, jaga akhlak macam ahli shurga!
Maklumlah sudah sebulan berpuasa, sudah sebulan dengar
tazkirah, tak kan tidak boleh borak bab agama kot..
Okey, nasihat ni bukan untuk perempuan sahaja, lelaki pun
sama dua kali lima, borak pasal politik sokong DAP, pasal hobi yang membazir
wang, pasal harta yang dapat melalui hutang, paling teruk boleh pulak bercerita
tentang saiz budah dada bini orang apa ke jadah?
Cuba korang rajinkan diri baca kisah sahabat dan Nabi
Muhammad SAW, anda akan dapati banyak perbualan antara Nabi dan sahabat yang
mana perbualan mereka pada mulanya hanyalah dalam urusan dunia, tapi bila
bersembang dengan Nabi, topik perbualan itu akan bertukar menjurus kepada
cerita tentang akhirat,
Seperti kisah sahabat bercerita betapa untung beliau
berniaga hari itu, lalu Nabi cerita tentang untung lagi orang yang solat sunnat
selepas solat fardu, kemudian, anak Nabi sendiri, Fatimah r.aha, cerita kisah
sedih akibat penat dan perlukan hamba untuk menolong kerja rumah, Nabi cerita
pula kelebihan membaca tasbih sebelum tidur..,
Ada sahabat lain cerita tentang unta betina bunting yang
mahal, Nabi cerita pula kisah kelebihan membaca Al quran, ada sahabat cerita
tentang tanam pokok, Nabi cerita tentang pokok di syurga, ada cerita tentang
air di kebun, Nabi cerita tentang tujuh sungai di syurga.. dan lain-lain..,
(rujuk sendiri)
Jadi, anda boleh semak balik, bila anda berborak dengan
kawan di waktu ziarah hari raya, ke mana topik perbualan akan menjurus?..,
adakah akan menjurus kepada akhirat? atau menjurus kepada harta dunia, politik
, hiburan atau mengumpat tepi kain orang? (yang menambahkan dosa)
Ada antara anda bercerita tentang akhirat? Cerita tentang pokok
di syurga? Cerita tentang api neraka?
Ada?
Jom Ubah topik berborak hari raya..
Contohnya:
“Eh, kau tahu tak khutbah hari raya tadi cerita pasal apa?”
Apa sahaja jawapan kawan anda, dengar atau tertidur, maka
anda sudah ada modal untuk bercerita bab agama, maka terus masukkkan hadih Nabi
atau ilmu ilmu yang anda sudah belajar sepanjang tazkirah antara tarawikh 8
rakkaat yang lalu, bila lagi nak belajar, AMAL dan SAMPAIKAN.. kan?
Atau jika korang sendiri tertidur waktu khutbah raya, boleh
juga mulakan perbualan begini:.
“Pernah baca Buku yang di tulis oleh Hamka Keretamayat?’
Woha!
Arghh, malas nak mengumpat sambil berpuasa, maka saya nak
pesan, sesiapa yang order buku minggu lepas dan belum sampai, boleh follow up
di email keretamayat atau mesej di FB, dan raya lagi seminggu dua ni masih
sempat jika nak order buku, maklumlah hari raya nanti sewaktu nafsu nak borak
isu dunia membuak buak, lalu kawan korang ternampak buku keretamayat. Ada lah
modal sikit nak berdakwah.
So buku dah tak banyak, permata yang hilang, kamar sutera,
semusim di neraka dan Menangkap Dajjal dah habis stok dan belum ada niat nak
cetak lagi, semuanya dah jadi kenangan.
Maka buku yang tinggal, Kisah Laki Bini, Hantu Terakhir,
Semusim di Syurga, Anak bini dan paling latest: Mengeteh di Kubur Ayah-masih
ada. (siap tanda tangan jika mahu)
Semoga yang baik mendatangkan kebaikkan, yang buruk jadikan
sempadan.
Nasihat saya itu benar, iklan buku juga benar, Selamat
mencari Lailatul Qadar.
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Yg dok tag pasangan masing masing dlm fb tu la sebenarnya mengaibkan pasangan masing2 tanpa sedar
Post a Comment