Feb 18, 2016

Apa yang paling korang menyesal?

(Hidup terlalu pendek untuk baca artikel yang salah.  10 perkara yang korang akan menyesal bila tua-beruntung jika orang muda baca entry ini, amin..)
Hidup terlalu pendek untuk baca buku yang salah-Woha!

Orang islam yang percaya pada takdir, adalah orang yang kurang bersedih dan hidup lebih tenang berbanding orang bukan islam yang tidak percaya pada takdir, rujuk data, orang bukan islam yang tidak percaya kepada takdir akan lebih ramai bunuh diri bila menyesal, atau sedih atau berda di jalan buntu. Rujuk Negara Korea atau Jepun, bandingkan dengan Malaysia atau brunei misalnya. Itu baru asia, jika rujuk di barat, negara bukan islam lebih ramai yang bunuh diri berbanding negara islam. Boleh rujuk data.

Pernah borak dengan orang cina, kata mereka, orang melayu ni ada benda pelik, dalam setiap berita yang dia baca berkenaan bencana yang menimpa orang melayu, seperti kemalangan maut, anak lemas, rumah terbakar, kena rompak dan sebagainya, hujung berita jika di tanya wartawan, jawapan mangsa adalah: “saya redha ini sebagai ketentuan ilahi”

Berbeza dengan cara orang cina bila ditimpa bencana, katanya ada yang murung dan ramai yang bunuh diri, waktu borak dengan beliau kebetulan ada berita dalam akhbar depan kami kisah orang melayu yang redha anak mati lemas dengan anggap kentetuan ilahi dan muka surat lain cerita kisah cina bunuh diri kerana kedai elektroniknya tenggelam dalam banjir besar.

Kenapa bunuh diri?

Di Amarika, 117 orang bunuh diri setiap hari. Kerajaan amarika terpaksa belanja 44 juta setahun untuk tangani masalah bunuh diri. Jadi kenapa bunuh diri?

Banyak jawapan, antaranya sebab menyesal, sedih, takut, risau, dan lain-lain.

Panjang cerita jika nak tulis bab kenapa bunuh diri, maka biarkan dalam tulisan aku hari ni, kita focus pada satu topik sahaja, iaitu tentang MENYESAL.

Sebelum itu, untuk pengetahuan korang, menyesal ini terbahagi kepada dua.

Satu menyesal kerana buat, kedua menyesal kerana tak buat.

Dan dihujung usia, manusia akan lebih menyesal dengan perkara yang tak di buat berbanding dengan perkara yang di buat.

Di beritakan juga, di akhirat, orang lebih menyesal dengan perkara yang tak dibuat lebih dari yang di buat.

Sehingga ada hadis cerita ahli neraka sanggup kembali ke bumi dengan di tebus semua harta dunia walau hanya seketika untuk buat benda yang mereka tak buat.

Cerita bab menyesal di akhirat memang panjang, jadi aku kecikkan lagi skop, kita focus kepada menyesal yang di hadapai oleh orang yang masih hidup.

Menurut kajian dari doctor dan jururawat yang selalu jumpa pesakit yang dah tahu tarikh mati, atau pesakit yang dah tua, atau yang sedang hampir kepada nazak, dan lain lain penyakit kronik, antara semua mereka ada 10 perkara yang paling mereka menyesal dalam hidup. Mari kita renung dan ambik iktibar.

1.            Bab cinta: Saya menyesal kerana tak sempat nak tunjukkan rasa kasih sayang yang sungguh sungguh pada orang yang sayangkan saya, alangkah baiknya saya dapat undur masa dan tunjukkan kasih sayang saya pada arwah mak, arwah bapa, kepada isteri/suami, kepada anak-anak… lalu air mata pun bercucuran. Menyesal sebab tak buat. Alangkan baiknya jika saya dapat menjadi pasangan yang baik, ibu bapa yang baik, anak yang baik, air mata bercucuran lagi. Jika belum kahwin, menyesal sebab tak luahkan perasaan pada kekasih, atau menyesal sebab tak berani jumpa bakal mertua, air mata bercucuran bagaikan mutiara, huhuhu.

2.            Bab kerjaya: Menyesal sebab tak suka dengan kerjanya sepanjang hayat, oh.., Alangkah indahnya hidup jika dapat kerja ABC, aku sekarang kerja XYZ, kenapalah aku tak kerja di ABC…, kenapa aku tak berusaha buat kerja yang aku suka? Air mata pun tumpah.., Pesan aku,kepada semua pekerja yang masih muda, sukailah kerja anda, dan jika tidak suka, cubalah untuk suka, dan jika tidak suka juga, eloklah kerja lain, kerana, sesiapa yang suka dengan kerja dia, maka dia telah bersara pada hari pertama dia bekerja. Dan siapa yang telah bersara di hari pertama dia bekerja, maka dialah pekerja yang akan buat kerja dengan cara yang sempurna dan akan menyenangkan semua pihak. Take note.

3.            Bab Kerjaya vs cinta: Saya menyesal kerana utamakan kerja lebih dari keluarga, saya kerja lebih masa hingga tak sedar isteri menjadi tua dan anak menjadi dewasa, tak sedar ibu bapa sakit dan meninggal dunia, masa yang lalu tak dapat di undur lagi, air matapun tumpah, kata jururawat yang buat kajian ini, ada seorang pekerja yang menyahut seruan bosnya untuk travel 3 kali sebulan, sedang dia ada anak perempuan yang masih kecil, masa berjalan, dia menjadi pekerja yang Berjaya akhirnya, tapi anak perempuannya tidak memaafkan bapanya sampai bila bila.

4.            Bab belajar: Kalaulah aku belajar betul betul waktu sekolah, kalau aku ada dilploma, ijazah, kalau aku dapat sambung belajar luar negara, kalau..kalau.., kalau….

5.            Bab zon selesa: Alangkah baiknya jika saya keluar dari zon selesa awal awal dan saya ambil risiko yang saya risaukan, dulu takut sambung belajar, takut berdiri depan orang, takut tukar tempat kerja, takut nak luahkan perasaan pada orang yang saya suka, takut nak buat keputusan sendiri, takut nak berniaga, takut nak tambah anak, takut nak melabur, takut nak berkata “ya” pada setiap peluang, takut orang kata, takut berhenti kerja dan macam macam takut, sehingga akhirnya saya menjadi orang tua tanpa ada apa apa peristiwa besar dalam hidup, hanya menjadi orang tua yang dibenci, dan akan mati lalu dilupakan. Air mata tumpah lagi, pesan aku, waktu sihat, buatlah benda yang mampu kita buat, masa sakit dan tua, kita akan menyesal kerana tak buat semua itu.

6.            Bab keyakinan diri: Kenapa aku dengar cakap semua orang? Air matapun tumpah, ramai yang menyesal di waktu tua sebab hidup dengan cara dengar cakap semua orang, tak berani nak terima pendapat sendiri yang baik, dan biarkan orang lain tentukan jalan hidup yang dia tak suka, dan habiskan wang untuk tarik perhatian orang yang diri sendiripun tak suka. Adohai…, pesan Lukman Nur Hakim pada anaknya sangat betul, iaitu jika keputusan kita dah betul, maka jangan dengar cakap SEMUA orang, dengan cakap orang ‘tertentu’ sahaja. Lagi bagus, sucikan hati dan ambil fatwa dari hati anda sendiri, insyaAllah.

7.            Bab buang masa: Alangkah baiknya masa muda yang dihabiskan untuk mengkritik, mencaci, sepanjang hidup di tukar kepada bersyukur dan berterima kasih. Maka dunia anda akan berubah.., orang tua yang bersyukur dan bersabar adalah datang dari orang muda yang bersyukur dan bersabar. orang tua yang tak bersyukur dan tak bersabar dan suka mengeluh  adalah datang dari orang muda yang tak bersyukur dan tak bersabar dan suka mengeluh. Orang politik sila take note.

8.            Bab kesihatan: Alangkah baiknya jika aku jaga makan, jaga tidur, jaga kesihatan, jaga lidah, jaga mata, jaga hati.., and counting…., aku yang dah gemok ni malas nak ulas panjang bab ni, rasa kutuk diri sendiri, adohai..

9.            Bab ibadat: Alangkah baiknya jika aku bantu seramai mungkin manusia di dunia ini, sama ada dengan kudrat, dengan harta atau bakat, alangkah baiknya…, air matapun tumpah sebab tak mampu nak berjalan sekarang (dah lumpuh) dan teringin sangat nak ke masjid menjadi bilal. Atau teringin sangat nak sertai Jemaah dakwah yang beriktikaf di masjid, makan dalam dulang dan bergerak rumah ke rumah sampaikan pesan nabi walau sepotong ayat. Oh alangkan indahnya hidup berjemaah.

10.          Bab kawan: Alangkah baiknya jika aku dapat buat hubungan dengan kawan kawan lama…, malu pulak nak hubungi mereka waktu tua dan sakit sebegini, hu hu hu..

Habis sudah perbincangan ini, walau sesedih mana pun anda, bunuh diri bukan penyelesainnya. sebab dalam islam, orang bunuh diri terus masuk neraka, nauzubillah.

Kepada mereka yang masih muda dan berpeluang membaca entry ini, nasihat aku, kurangkan masa depan computer atau phone, bergaullah dengan keluarga, utamakan keluarga dari kerja, makan bersama, sembang santai, dan buat kebajikan bersama-sama, di masa bersendirian, cuba baca buku yang isinya boleh share dengan orang yang kita sayang, pergilah mengembara dan jalan-jalan, kurangkan bercakap perkara sia-sia dan banyak mendengar luahan hari orang yang kita sayang, jika Nampak orang dakwah sedang berdakwah, cemburuilah mereka dan sertailah mereka, ajak orang yang kita sayang turut aktif berdakwah, selain itu, jaga ibadat, zikir dan khidmat.

Nanti bila kita dah jadi mayat, semua ahli neraka akan menyesal dengan masa yang dihabiskan secara sia sia, dan ahli syurga juga menyesal..

Apa? Ahli syurga juga akan menyesal?

Ya, ahli syurga menyesal dengan masa yang dihabiskan tanpa memuji Allah kerana syurga di hias mengikut amal ibadat kita.

PS: Nikmat mana lagi yang aku dustakan?



14 comments:

Anonymous said...

Assalam,

Masyallah...masterpiece as usual bro. 2 thumbs up!
Aku menyesal dengan dosa-dosaku sekarang, yang lepas dan yang akan datang.
Aku sangat berharap Allah ampun, maaf dan rahmati aku serta ummat Muhammad saw tanpa terkecuali seorang pun.
Sesungguhnya kita ummat akhir zaman, ummat kekasih Allah swt. Allah sayang setiap seorang dari kita 70 kali lebih dari seorang IBU menyayangi anaknya....

Allah swt akan memanggil kembali orang-orang mukmin yang beriman dengan panggilan "Wahai jiwa-jiwa yang tenang".
Tenanglah wahai jiwaku..
Tenanglah wahai jiwaku...
Tenanglah wahai jiwaku....

CF

nidapink90 said...

terbaikkkkk... terima kasih

Anonymous said...

Saya ambil Note lah cik Hamka, jadi nasihat buat orang muda

Tornado Assassin said...

Sesal dahulu pendapatan,

Sesal kemudian tiada guna.

Ashari said...

Sesalan tu bg ahli Neraka, atau org org yg menerima azab.
Bg ahli Syurga yg dah berada di dlm Syurga tentunya sentiasa bersyukur. Yg sentiasa bersyukur, masih ada lg ke sesalan ? Bukankah sesalan tu satu punca kesedihan ? Dlm Syurga, ada lg ke kesedihan?
Jika ada pun sesalan bg org yg baik baik, tentunya sebelum berada di dlm Syurga. Bila dah berada di dlm Syurga, tiada lg rasa penyesalan.

Bg org org bertaqwa pula, segalanya diyakini Qadha' dan Qadr Allah swt, dgn Ilmu, Kebijaksanaan, Keadilan dan IradahNya. Sehinggakan kedudukanNya di dlm Syurga pun semuanya adalah dlm Qadha' dan Qadr Allah swt jua, dgn Ilmu, Kebijaksanaan, Keadilan dan IradahNya yg telah ditentukan sejak azali lg. Dan bg org org yg bertaqwa, tiada apa yg disesalkan dgn apa jua Ketentuan dan Kehendak Allah swt atas dirinya.

Status hadis ahli Syurga menyesal tu patut dirujuk semula, kesahihannya.
Namun begitu org org yg beriman dgn iman yg sempurna, dan org org yg bertaqwa, semmgnya seluruh masanya berzikrullah, sbgmn disebut dlm ayat 191 Surah Ali Imran, duduk, diri, baring, sentiasa dia berzikrullah.

WaAllahu'alam !

amira said...

Mira mungkin menyesal suatu masa nanti kerana lambat ambil keputusan..
- sama ada keputusan utk berpisah dengan suami gay
- atau keputusan utk sabar, dan terus sabar dengan harapan suami gay akan berubah

Maka, Mira tak ambil apa2 keputusan lagi kerana takut menyesal..

Anonymous said...

Hamka sy ada masalah onani.. Sy dah usaha nk berhenti tapi x boleh.. Dah dua kali sy usaha nk kawen tpi last2 xjadi.. Dah balik keluar IPB pon still xblh berhenti.. Rasa hina sgt diri dekat Allah.. Mintak nasihat sikit blh? :(

hamka said...

CF: terima kasih atas doa anda yang sangat mahal.

nidapink90 : sama-sama

kecapi borneo : wah, orang muda.

Tornado Assassin: wah, pepatah.

Ashari : Cerita ni mahsyur.., boleh rujuk kitab. WaAllahu'alam !

amira : saya sedang tulis buku tentang gay, banyak kes, perempuan terniaya, huhu

Anonymous: cuba search: bagaimana memanipilasikan syiatan oleh hamka keretamayat, ada bab berhenti melancap ni,

Anonymous said...

Zikrullah tu memang amalan paling mudah, selagi waras boleh buat bila bila masa, tak semestinya kena pegang biji tasbih, atau kena duduk atas tikar solat, sambil jogging, sambil masak pun boleh buat.

Anonymous said...

hahaha sempoi ko bro..
cuba potong 2 2 tangan kot mujarab..

detective nie said...

thumb up bro!, nasihat yang baik buatkan aq menangis dalam ketawa. semoga Allah merahmati mu dan keluarga mu.

Anonymous said...

no 6 : menyesal dengar cakap orang. bab ni saya dilema sikit bro. dari kecik sampai besar bab education sampai career semua orang tua tentukan. sampailah sekarang nak kawin, tiba2 mak pulak tak suka calon suami sebab gaji rendah. sekarang dah banyak menyesal bab2 career..., la ni nak kawin pun kena dengar cakap mak ke? pening la bro cuba nasehat sikit - akuygnkkawen

hamka said...

detective nie: terima kasih atas doa

hamka said...

Anonymous no 6 :

"ambilah fatwa dari hatimu tapi sebelum itu sucikan hatimu dengan takwa"

ada waktu, boleh dengar cakap orang, ada waktu jangan dengar cakap orang, kaji dan selidik serta mesyuarat dan istiqarah sebelum buat kputusan, bila dah buat keputusan, apa hasilanya kelak, kena sabar dan syukur, beriman kepada qada dan qadar, insyaAllah