Jun 30, 2013

Islam dan politik tidak boleh dipisahkan?

(Erti Demokrasi, Akhlak Pemimpin & Tamsil Kuda)

Soalan pembaca:

Bro, selalu dengar ceramah ustaz bagitahu islam dan poltik tidak boleh dipisahkan, tapi melihat parti islam yang berdakwah guna kaedah politik, makin pecah belah, makin huru hara, pening dibuatnya, betulke statement islam dan politik tidak boleh dipisahkan?

Hamka said.

Aku pun keliru jugak bila ustaz ceramah tajuk: “islam dan poltik tidak boleh dipisahkan”.., tapi dalam ceramah, mereka menafsir ke arah politik demokrasi lah pulak, adohai..

Memang betul islam dan politik tidak boleh dipisahkan, kerana maksud politik adalah “ proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan”.., maka betullah “proses membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan” dan islam tidak boleh dipisahkan..

Tapi ustaz yang berceramah hari ni menyebut politik dengan terlalu umum, kerana “proses membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan” di zaman Nabi adalah berdasarkan Al quran dan sunnah, tapi politik hari ini (baca: demokrasi), “proses membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan” adalah berdasarkan majoriti, yang mana dalam politik demokrasi, majoriti akan memang walaupun majoriti di pihak yang salah.

Sebab tu ada pihak yang rasa PR boleh memang sebab ramai datang kuliah UAI, tapi yang mereka tak sedar, lagi ramai yang datang JOM Heboh, Woha!

Itulah politik demokrasi, yang mana jika nak memang demokrasi hanya perlu cari ramai pengundi, dan pengundi boleh dibeli dengan wang, boleh di tipu dengan auta, boleh di pujuk dengan setimen, dan semua orang boleh mengundi, pelacur, perogol, orang tak sekolah, orang jahil agama, gay, lesbian semua boleh mengundi, yang mana akhirnya, MAJORITI akan memang walaupun mereka salah..

So jika ustaz cakap: islam dan poltik tidak boleh dipisahkan, itu betul, yang salahnya bila tafsir: islam dan politik demokrasi tidak boleh dipisahkan.., adohai..

Islam dan lengkap dengan politik cara islam, rujuk Al quran dan sunnah yang mana islam guna sistem Syura yang mana kebenaran dan kebaikan dilihat dari kaca mata Islam, berbeza dengan demokrasi yang bergantung pada suara majoriti semata-mata.

Di Malaysia, Ada ulamak yang kata demokrasi itu hukumnya harus, sebab ianya lebih baik dari guna sistem diktator macam firaun, di ijtihad ‘harus’ kerana ianya satu jenis darurat untuk melawan kerajaan zalim, aku pun setuju lah, dan dan aku juga keluar mengundi untuk tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat atas nama sistem negara demokrasi,tapi aku tidak iktikad ia sebagai sebuah perjuangan islam sebenar, so adalah salah bila anggap inilah satu satunya jalan jihad bagi pengikut parti yang taksub. Tak paham paham lagi?

Lebih haru bila ada ustaz ceramah, keluar fatwa wajib dan berdosa jika tidak berpolitik demokrasi, berjuang cara ni mati syahid, orang lain yang tak berjuang cara ni kapir dan masuk neraka,  ini yang hampeh, ini yang menyesatkan ummat, padahal. Ada ramai lagi ulamak lain yang tidak berpendapat politik demokrasi ni sama dengan politik Nabi, mengaji dulu apa beza kedua-duanya, ramai ulamak menolak politik demokrasi kerana mereka ingin umat bersatu kembali atas nama mahabbah Rasulullah, Mahabbah Sunnah dan Mahabbah Umattu Rasulillah. sila tak note.

Aku malas nak tulis panjang lebar, sebab semalam ada pembaca kirim artikel yang bagus untuk di fikir dan di renungkan bab politik demokrasi.., sila baca dan setuju di hujung artikel. End.


Copy paste:


0leh: AZMAN HUSSIN

SISTEM demokrasi dikatakan suatu sistem terbaik pada zaman moden untuk memilih pemimpin atau negarawan dalam menerajui pemerintahan sesebuah negara.

Apakah demokrasi? Demokrasi lebih-kurang bermaksud dari rakyat oleh rakyat dan untuk rakyat. Ia diterjemahkan dari perkataan Yunani, demos kratos (kuasa rakyat). Ia bermaksud pemerintahan dari rakyat (diputuskan mengikut kehendak rakyat terbanyak), dibuat oleh rakyat (dilaksanakan oleh rakyat), dan ditujukan kepada rakyat (dinikmati oleh seluruh rakyat).

Pengertian mudahnya ia adalah sistem sekular, memisahkan urusan dunia dan akhirat. Ia tidak terlibat dengan unsur-unsur ketuhanan.

Semuanya dari akal fikiran manusia, oleh manusia, dan untuk kehidupan manusia seluruhnya. Tiada penglibatan dan campur tangan tuhan.

Suara majoriti adalah tuhan (kebenaran) dalam demokrasi. Ini sebenarnya adalah hukum alam. Yang teramai akan mengalahkan yang lebih sedikit dalam pilihanraya, walaupun minoriti yang kuat boleh mengalahkan majoriti yang lemah dalam kes rampasan kuasa. Demokrasi boleh diringkaskan kepada maksud: sesiapa yang dipilih secara majoriti sebagai pemimpin akan sah diiktiraf menjadi pemimpin.
Jika majoriti rakyat mahu mengiktiraf seorang ateis sebagai pemimpin, maka sahlah ia (kerana ia daripada undi majoriti rakyat).

Bolehkah umat Islam mengambil parti politik sebagai jalan atau kaedah, dan bertanding dalam sistem pilihanraya, untuk memperjuang agama?

Demokrasi adalah neutral; boleh jadi baik atau tidak baik hasilnya. Bergantung kepada pengundi. Jika majoriti pengundi berakhlak baik, kesudahannya pemimpin berakhlak baiklah yang diangkat sebagai pemimpin. Akhlak pemimpin adalah gambaran, cerminan atau refleksi akhlak masyarakat akar-umbi di bawah.

Walaupun dikatakan pemimpin yang membentuk rakyat, sebenarnya situasi itu tidak begitu di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Selagi seseorang pemimpin memerlukan undi daripada rakyat, selagi itulah rakyat yang akan membentuk watak pemimpin. Jika pemimpin tidak mengikut kehendak rakyat, ia akan kalah.

Adalah salah sama sekali mengumpamakan pemerintah dengan seorang bapa yang bertanggungjawab membentuk bagaimana akhlak si anak. Dalam demokrasi ia tidak begitu. Politikus memerlukan sokongan rakyat, maka politikus yang telah dibentuk oleh rakyat, sedangkan si ayah adalah berkuasa penuh untuk menentukan apa yang harus dilakukan oleh seorang anak.

Maka, memenangi majoriti undi rakyat adalah tujuan utama dan terpenting dalam sistem demokrasi. Rakyat boleh menyokong sesebuah parti, tetapi ia tidak bermakna rakyat akan mematuhi ajaran atau dasar-dasar yang dibawa parti. Parti politik boleh menyatukan undi, dan undi boleh saja didapatkan dari orang yang hanya menyokong tapi tidak mengikuti dasar-dasar parti. Pelacur, penipu, perasuah atau penjudi dikira sah mengundi dalam sistem demokrasi Ini tidak selari dengan misi politik yang dibawa Nabi Muhammad SAW untuk mengubah masyarakat. Orang-orang yang mengikuti baginda adalah orang yang bertaut hatinya kerana Allah SWT, yang akhlak mereka mengikut al-Quran dan sunnah nabi saw sepenuh hati.

Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah. Maka parti politik akan mengadaptasikan diri dengan kehendak-kehendak masyarakat. Ini tidak sama dengan jalan nabi-nabi terdahulu yang mengubah masyarakat dengan dakwah. Nabi tidak mengubah atau berkompromi dengan prinsip agama hanya kerana ingin memenangi rakyat. Pemimpin agung mengubah rakyat, bukan diubah oleh rakyat.

Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga Islam menjadi cara hidup (addin, budaya dan semuanya tentang kehidupan manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya. Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah.

Semua ini bukan dilakukan dengan undang-undang negara, tetapi kerana masyarakat telah meredhai dan menerima kebenaran Islam selepas menerima seruan dakwah Nabi SAW. Undang-undang negara hanyalah kaedah untuk melindungi rakyat. Ia seumpama pagar yang menahan rakyat daripada dicerobohi musuh-musuh. Tamsilkan sekumpulan kuda liar; Islam menjinakkan kuda, bukan membina pagar untuk mengurung kuda. Pagar hanya dibangunkan apabila kuda sudah dijinakkan untuk mengelakkan serangan serigala. Jika pagar dibina tanpa dijinakkan kuda-kuda, ia tidak ada gunanya, kuda-kudanya itu pasti merosakkan pagar. Jika rakyat tidak sepenuhnya mengamalkan suruhan agama, tidak ada maknanya sesebuah negara yang menegakkan hukum-hukum agama.

Makna di sini, Islam tidak perlukan jalan parti politik untuk menegakkan agama, bahkan negara Islam akan tertegak secara automatik jika setiap orang Islam berakhlak seperti pengikut-pengikut nabi suatu masa dulu.
Islam sebenarnya sudah ada kaedah politiknya sendiri, iaitu dakwah; memenangi hati majoriti rakyat dengan dakwah, menyampaikan kalimah kebesaran Allah. Apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat, selesailah semua masalah. Masalah akhlak tidak boleh diselesaikan dengan kekuasaan politik.

Tentang kekuasaan negara, Allah SWT telah berjanji dalam ayat ini, “wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu membantu (agama) Allah, maka Allah akan membantu kamu, dan mengukuhkan kaki-kaki kamu,” (Muhammad 47: 7).

Masalah asas yang sebenarnya adalah begini: parti politik memilih kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum Islam melalui negara. Nabi Muhammad SAW pula berusaha memasyarakatkan Islam. Walaupun tidak berhajatkan kepada kekuasaan, baginda telah dikurniakan kekuasaan oleh Allah sehingga tertegaklah negara Islam Madinah. Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi alam. Parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api, sedangkan cahaya tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.

Nabi SAW bermula dari bawah, iaitu individu kepada negara. Parti politik bermula daripada negara kepada individu. Maksudnya, parti politik mahu melaksanakan Islam dengan mengambilalih negara. Tapi bagaimana negara Islam akan terbina jika individu-individunya tidak berkualiti Islam? Ia hanya akan tinggal nama sahaja sebagai negara Islam, tetapi rakyatnya tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.

Parti politik boleh berhujah yang mereka juga berdakwah untuk memenangi rakyat. Tetapi kerana mereka lebih mengutamakan tujuan membina negara Islam, mereka sesat jalan dan terperangkap dalam tong najis demokrasi tajaan dan anjuran Yahudi dan Nasara. Tangan kanan Yahudi dan Nasara mempromosikan sistem demokrasi, tangan kiri pula mendakwah seluruh umat manusia mengikuti agama (budaya hidup) mereka melalui setiap aspek kehidupan. Maka majoriti yang terperangkap dalam lubang biawak Yahudi dan Nasara inilah yang akan memenangkan pemimpin berakhlak seperti mereka.
Itulah demokrasi. Suatu hukum alam yang memenangkan pihak majoriti.

Kenyataannya: Nabi Muhammad SAW mengubah akhlak masyarakat tanpa menubuhkan parti atau menyertai suku-suku kaum tertentu. Baginda menyatukan semua parti (suku-suku kaum) dengan dakwah Islam. Politikus boleh menguatkuasakan undang-undang, tetapi ia tidak dapat menahan rakyat dari melanggar undang-undang tersebut.

Walaupun Islam itu suatu sistem hidup yang syumul dan menyeluruh, tetapi politik dalam Islam bukanlah politik yang berlandaskan sistem demokrasi, iaitu menurut suara majoriti. Politik Islam adalah dakwah, tabligh, menyampaikan seruan agama dan mengajak manusia kepada ketaatan kepada perintah Allah SWT, kerana jika rakyat mentaati perintah Allah SWT akan tegaklah negara seperti Madinah, negara Islam contoh dalam sejarah.

Bahkan politik yang paling agung adalah mengajak dan menyeru umat manusia kepada kebesaran Allah SWT.




Ps: Entry di atas ni adalah copy/paste versi sopan, untuk versi yang lebih ganas, klik sini. Woha!

30 comments:

Duan jeng jeng said...

Adakah aku yg pertama..?

Zuber Mokhtar said...

kedua... siot x dpt first

aku said...

3rd!!! oklah

Anonymous said...

typo error

Islam "dah" lengkap

Anonymous said...

Demokrasi maknanya hak menentukan hukum adalah milik rakyat. Demokrasi menekankan kedaulatan rakyat. Maka inilah titik tolak SYIRIK nya demokrasi. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T:
Maksudnya: “Keputusan itu hanyalah kepunyaan Allah. dia Telah memerintahkan agar kamu tidak menyembah selain Dia. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”[Yusuf:40]

Dan juga firman Allah:
Maksudnya: “Dan tidak ada seorang pun yang boleh menyekutuinya dalam hukum”-[al-Kahf:26].
Dalam demokrasi, rakyat yang menentu dan meluluskan undang-undang. Rakyat dalam takrif demokrasi adalah penduduk sesebuah negara tanpa mengira batas agama. Maka secara signifikannya demokrasi membenarkan orang kafir membuat undang-undang dalam sebuah negara Islam. Maka demokrasi amat bertentangan dengan Islam.

Tetapi kenapa ada kebanyakan ulama2 membenarkan/menghalalkan demokrasi sedangkan ianya bertentangan dgn firman2 Allah...?? Ulama2 tersebut ialah ULAMA2 PARTI yg hanya ingin meraih undi utk menang dan akan mendapat pangkat dan jawatan dan ULAMA2 PEMERINTAH yg ingin mempertahankan pemerintahan yg mereka bekerja denganya sehingga mereka ini terlalu berani mengeluarkan fatwa2 yg langsung TIDAK ADA dalil2 AlQuran dan Hadith utk mendukong hujah2 mereka.Apakah AQIDAH ASWJ sudah tidak memerlukan dalil2 A/H lagi..cukup sekadar menggunakan hujah akal semata2 (Akal yg telah dijajah pula tu..)

Marilah kita renungkan sabda Rasulullah :
1." Sebaik-baik umara ialah yg menjadi bawab(pelayan) kpd ulama. Dan sejahat2 ulama ialah yg menjadi bawab(pelayan) kpd umara. Adapun maksud bawab itu ialah mrk yg jadi pelayan iaitu mrk yg melayani kemahuan umara.
(Dari Ali b.Thalib R.A.)
2."Bilamana disaat-saat akhir zaman...ramai ULAMA yang melalui jalanku...akan terpedaya lalu terperangkap DITENGAH-TENGAH GELANGGANG FITNAH DAJJAL. bahkan paling dahsyat..mereka membawa sekalian pengikut..pembantu dan pendukung mereka...TERJUN KE DALAM API NERAKA!!" (H.R Imam Ahmad)

Siapa ulama2 ini kalau bukan ulama2 pendukong parti dan pemerintah (ulama akhir zaman) yg hanya ingin mempertahankan pangkat dan jawatan mereka..lepas tu dapat ler datok ker datok seri ker....( demokrasi adalah salah satu gelanggang fitnah dajjal tersebut.)
Dan dengarlah apa perintah Nabi yg bersabda :
"Jauhilah ulama2 yg mengejar pangkat dan jawatan"

Dan taatlah perintah Allah yg berfirman ;
"Dan ikutlah org2 yg berilmu (ulama) yg TIDAK MEMINTA apa2 BALASAN dari kamu..mereka yg mendapat hidayah petunjuk" (Yaasin)

Wallahuaklam.

En.Silent said...

Woha!! (tu je)

Anonymous said...

Tajuk kali ni agak rumit sb msyarakat msia trdedah dgn brmcm2 fahaman..perlukan satu momentum yg besar utk mncelikkan minda msyarakat agar mnerma semula sistem yg d bawa oleh nabi ini..setiap diri harus brusaha spt kata2 hasan al bana"tegakkan islam dlm dirimu nescaya islam akn trtegak dlm negara kamu"..
#pencari kbenaran#

Unknown said...

Inilah yang kita perlukan.. Bukan diktator, bukan sosialis, bukan kapitalis, bukan komunis... Kita perlukan Islam...

Allah kata kalau kita semua umat manusia menyembah Dia, Dia tak akan untung atau rugi sedikitpun.
Tapi kalau semua umat manusia ingkar kepada Dia, Dia tak akan untung atau rugi sekalipun.
Kitalah yang tentukan untung rugi kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat kelak.
Aku pun jahil jugak,tapi sampai bila..kena usaha balik tarbiyah diri...

hamka said...

9 komen kemudian..

Alhamdulillah, tiada orang yang bantah, nampaknya penyokong politik sudah matang selepas majlis angkat sumpah.

Tahniah.

: )

detective nie said...

walaupun saya belum matang dari segi umur yg membolehkan undi, tp saya lebih prefer jika kini semua ulama, ustaz dan penceramahan bebas mengetepikan kepentingan politik selepas pilihan raya ini dan memfokuskan kepada pembinaan ummah dari peringkat individu supaya generasi yang lebih baik daripada generasi dahulu dapat dibina dan dapat membetulkan kesilapan terdahulu..

lebih2 lagi, kini zaman teknologi di hujung jari membuatkan generasi zaman sekarang lebih lemah dan kurang daya berdikari dan daya inovasi menyebabkan pemikiran masyarakat kini menjadi sempit dan menyebabkan taraf kita makin mundur walaupun ilmu pengetahuan berkembang pesat.

when survival need is reduced, so does the effort.

Anonymous said...

Assalam

Sedar atau tidak, masjid atau surau yang hidup 5 waktu kebanyakannya, telah dilabel samada biru atau hijau.

Biru tak pergi hijau, hijau tak pergi biru.Semakin hari semakin haru biru. Samada sebelum PRU atau selepas RRU

Masjid dan surau yang sepatutnya tempat berkasih sayang telah dipenuhi dengan kebencian, cercaan dan maki hamun-an...

Siapa yang salah???

AKU lah yang bersalah....
100% bersalah...Ya Allah.
Ampunkanlah aku yang Allah, jadikanlah kami semua berkasih sayang keranaMU Ya Rabb

Khalid

nawarzara said...

x kisahla fahaman politik apapun, yang penting aku sokong Islam...:)

Anonymous said...

semua ni terjadi atas niat yg baik asalnya khalid..
sekelompok manusia perlu kekalkan karier sebagai pencuri,kalau semua manusia berenti mencuri TAKUT2 polis xda kerja..
tak perlu solat malam banyak2 rakaat sangat,TAKUT2 kejang otot..
tak perlu bla bla TAKUT2 bla bla..
kalau semua x ambik port pasal politik demokrasi TAKUT2 negara hancur bla bla..
niat kita baik tapi atas kelemahan kita sendiri la semua ni berlaku,iaitu gagal menyandarkan satu2 perbuatan itu kepada Allah..
sandaran amal hanya Allah,takut2 dah xda kalau memang nak buat ape2 amal kerana Allah,Allah la yg bagi mudarat atau munafaat,makhluk langsung takda kuasa..kita doa jela untuk 1 sama lain x kira pas umno,semoga kita semua bersatu atas ketauhidan kepada Allah insyaAllah..
walaupun kita di pehak yg benar,jgn berperang dgn askar yg sikit TAKUT2 bla bla bla...betul ckp kp khalid,kita la yg salah...usaha dan belajar lagi la kita insyaAllah.

Anonymous said...

kah kah kah! Macai Anwar Ibrahim tidao dalam khemah berjerebu di padang. Anwar & Tian Chua lepak dalam aircond di Banglo & parlimen. Kah kah Kah! Mana Cina tido dalam khemah dan baring atas jalan raya? Cina takut Jerebu wooo!! kah kah kah!

Umat Akhir Zaman said...

yahudi yang cipta demokrasi untuk kita di malaysia ? biar betul ? habis macamana nak boikot ?

MUQARRABINZ said...

Emak dah pesan jangan tinggal solat. kan dah pesan...tugas kita pesan kat anak-anak pulak.

School Of Tots said...

Nampaknya Malaysia ini sudah terjerat dalam politik Demokrasi ciptaan penjajah sudah 56 tahun lamanya. Hasil daripada pilihanraya setiap 5 tahun skali lahir kerajaan yg memerintah.

Pabila pemerintah punyai aqidah, iltizam dan ruh untuk mengajak rakyat mentaati Allah, dengan polisi, agenda, media, program, undang2 serta penguatkuasaan yang Islamik makanya dengan izin Allah akan wujudlah sebuah masyarakat yg baik.

Begitulah sebaliknya jika kerajaan sukakan hiburan dan kebendaan tanpa ikhlas dalam pengisian ruh, ilmu dan iman maka masyarakat terbentuk kearah itu.

Maka di sini kuasa memilih wakil rakyat drp kelompok parti politik yg punyai visi memperjuangkan Islam dan mengajak manusia mentaati Allah dan membela kebajikan rakyat adalah pilihan yg sepatutnya.

Justru untuk melibatkan dalam politik 'Demokrasi' ini sudah tidak dapat dielakkan pada situasi semasa ini demi untuk mengelak mudarat yg lebih besar. Jazakallah.

peminat muhaya said...

Jawapan Prof Dr Muhaya :

"Pertama, kita perlu betulkan perspektif kita berkaitan dengan politik. POLITIK dan ISLAM tidak boleh dipisahkan. Mengapa kita tidak menyukai politik?. Ini kerana, dalam politik barat mereka mencari kuasa dan menjatuhkan orang lain.

Politik islam pula bertujuan mentadbir dan mengurus dunia berdasarkan keadilan. Kita perlu PRIHATIN dengan politik. Ambil perhatian atas perkara-perkara yang berlaku. Gunakan kuasa memilih yang kita miliki bagi menentukan pemimpin yang dapat menegakkan kesejahteraan dan keadilan kepada rakyat.

Sekiranya kita tidak mengundi, orang yang tidak sepatutnya memegang kuasa pemerintahan akan mendapat kuasa itu.Apabila orang yang tidak layak mendapat kuasa, kita turut bertanggungjawab atas perkara itu. Ini kerana kita tidak menjalankan tanggungjawab kita sebagai pengundi. Islam menggalakkan kita bermusyawarah dalam kehidupan, mengundi adalah cara musyawarah peringkat global.."

Dipetik dari Buku "PELAJAR BERTANYA PROF. DR.MUHAYA MENJAWAB"

peminat muhaya said...

bro. jika menolak demokrasi, orang kafir akan memerintah, maka kamu akan berdosa besar kerana membiarkan orang zalim memerintah.

Anonymous said...

salam..ape yg Allah suruh sentiasa benar dan akan menang tanpa terikat langsung dgn "logik" ..
bila Allah suruh malaikat sujud pada nabi adam,yg x ikut jadi binasa,yg ikut jadi berjaya..adakah yg x ikut dah buat perkara "logik" berbanding yg ikut pada ketika tu?
bila Allah suruh nabi ibrahim sembelih nabi ismail,nabi ibrahim ikut dan nabi ibrahim berjaya..
setan pulak hasut nabi ibrahim supaya jgn sembelih nabi ismail masa tu,adakah setan dah buat perkara yg "logik" berbanding nabi ibrahim pada ketika tu?..
"logik" telah sihirkan kita otak kita..yg sebenarnya ialah siapa yg x ikut apa yg Allah suruh la yg berada dlm keadaan x "logik"..
Allah telah suruh seluruh umat nabi saw,ikutlah Quran dan sunnah..
dan jika ada manusia sengaja menyakitkan hati kita dgn berkata demokrasi ciptaan kafir ni sampai bila2 pun x membawa kepada kejayaan bahkan membawa mudarat besar pada umat islam,tapi hanya dgn quran dan sunnah nabi saw saja lah yg akan membawa kepada kejayaan sekaligus mengelak mudarat besar..kita "ya" kan saja la walau nampak mcm x "logik",bukan keluar duit poket pun kan..
latih tubi ringan namanya tu..

hamka said...

tertarik dengan komen menolak demokrasi, orang kafir memerintah, maka penolak demokrasi berdosa sebab biar orang zalim memerintah..

dik.., zaman Nabi Muhammad SAW, orang kapir secara majoriti setuju lantik nabi jadi ketua tapi nabi tolak, lepas tu orang kapir zalim kekal memerintah sehingga keluar arahan bunuh Nabi dan terpaksa Nabi hijrah ke madihah, ikut fatwa korang, adakah Nabi berdosa sebab biar orang zalim memerintah..?

inilah masalahnya bila ambik kerja tuhan..

Allah akan bantu kamu bila kamu bantu agama, renung renungkan, dan selamat beramal..

bukhary said...

bila tinggal kerja dakwah nabi, Allah akan bangkitkan raja(pemimpin) yg zalim, yg akan berbuat zalim kepada wanita dan ibu bapa kamu, dan waktu itu kamu takut , menangis ,berdoa tapi tidak dikabulkan, kamu memohon pertolongan pertolongan tidak dtg kepada kamu.

benar sungguh apa yg diperkatakan oleh nabi tentang keadaan huru-hara yg berlaku pada umat di akhir zaman.

org yg sentiasa dlm dakwah nabi, alami atau maqami , sentiasa meninggikan kalimah Allah swt di setiap pelusuk dunia tanpa mengharapkan pertolongan selain dr hanya Allah swt dan selagi mereka tidak membawa perkara2 baru dlm agama , mereka itu pasti org yg beruntung dan mendapat perlindungan dari Allah swt.

sebelom kita merengek , meriuh , mengamuk, membenci , berdemo, tidak puas hati, benci membenci , dan menggulingkan kezaliman yg dilakukan oleh pihak pemerintah , sila semak kembali apa hak2 Allah yg kita telah zalimi sehingga kemurkaan Allah swt dtg sebegitu dahsyat. sehingga Allah swt memperlihatkan kezaliman dtg kpd org islam secara umumi. alihkan kembali tumpuan2 manusia yg sibuk kearah pemerintahan , kuasa , wanita, harta, dan kecintaan dunia kepada tumpuan hanya sanya kepda Allah swt. hanya dgn dakwah nabi saw Allah akan kembali kpd org islam.

penggal leher aku kalau ada kejayaan selain dari kerja nabi !

#malaysia #freesyria #morsyi

hamka said...

Nabi berjihad guna kaedah tafakult..

hari ini orang berjihad dalam poltik demokrasi, langsung tak guna kaedah tafakult.

Hampeh!

Anonymous said...

Hehe.....suka yup....

Anonymous said...

inilah yang berlaku di mesir...

Anonymous said...

Doa umat tuan..hidayat mahal..pkir nabi mahal..keje nabi mahal..syurge mahal..Allah.....syuko alhamdulillah

hamka said...

orang islam hari ini jaga solat pun fail, macam mana Allah nak bagi dunia?

pesan kepada doro sendiri. adohai

Anonymous said...

TGNA xpnh band2 org..die pon wat dakwah tabligh dulu..slalu jadi penterjemah bile jemaah arab ade n die salah sorang ank murid maulana mustakim di deoband dulu..cume die nak wat dakwah ikut care politik..2 pon stelah bemesyuarat dgn masyeikh2 tabligh..nie dulu..tpi skg kalo korang jmpe die cube tye pndgan die dgn keadaan pngikut die skg..kompem2 die sruh org2 die klua dakwah sbb die pon tau keje dakwah tabligh nie..n die lpas nie akn aktif semula wat dakwah..nie sye dga sndri laporan dri jemaah yg klua di kelantan tahun lepas..

Anonymous said...

mane ade pkataan politik dlm alquran..dlm kitab freemason ade la..sape yg ngundi xkire r pas ke umno due2 jebak dpt dose fre psl ikot org yahudi pye care (care yahudi,bkan pngikut)..kite sume kne game je ngan yahudi nasrani nie..cer celik mate sikit tgok ape jdi dunie skg sbb politik..xjadi ape la kwn..makin bungkam ade la..bunuh sane sini..entry2 cmnie bek ko xyh wat la hamka..wat rosak iman je..kegelapan sume nie..bek ko cte kehebatan Allah,syurge nerake akhirat lgi best..

Anonymous said...

Perbezaan Antara Syura dan Demokrasi Kepartian

Sebagian orang menganggap bahwa demokrasi adalah wujud praktik Sistem Syura dalam Islam. Ini adalah anggapan yang salah, perbezaan antara keduanya bagaikan timur dan barat. Di antara perbezaannya adalah:

1. Sistem Syura berasal dari Allah dan selalu berlandaskan di atas syariat sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian berlandaskan sokongan majoriti walaupun juga disokong oleh orang-orang fasiq bahkan kafir.

2. Sistem Syura dilakukan pada perkara yang belum jelas ketentuannya dalam syariat, dan jika ada ketentuan syariat maka itulah yang ditetapkan. Adapun dalam Sistem Demokrasi Kepartian perkara yang sudah jelas dalam syariat pun dapat diubah jika suara majoritinya menghendakinya berbuat demikian, sehingga dapat menghalalkan yang haram dan sebaliknya.

3. Anggota Majelis Syura adalah kebanyakannya adalah para ulama dan yang memiliki sifat-sifat tertentu. Sedang Anggota Dewan Parlimen / Negeri dalam Sistem Demokrasi Kepartian tidak ada cirri-ciri berkenaan. Ada yang berilmu agama, ada yang jahil, ada yang bijak ada yang tidak, ada yang menginginkan kebaikan rakyat, dan ada yang mementingkan diri sendiri, mereka inilah yang menentukan semua perancangan samaada dalam sudut agama atau pun dunia.

4. Dalam Sistem Syura, kebenaran tidak ditentukan dengan majoriti tapi dengan kesesuaian terhadap sumber hukum syariat. Sedangkan dalam Sistem Demokrasi Kepartian, kebenaran adalah suara majoriti walaupun menentang syariat Allah yang jelas.

5. Sistem Syura adalah salah satu ciri-ciri keimanan, karena dengan Sisitem Syura kita mengamalkan ajaran Islam. Sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian adalah wujud kekufuran kepada Allah, karena jika majoriti memutuskan perkara kekufuran maka itulah keputusan yang perlu diikuti dan dituruti semua.

6. Sistem Syura menghargai para ulama, sedangkan Sistem Demokrasi Kepartian menghargai orang-orang kafir.

7. Sistem Syura membezakan antara orang yang shalih dan yang jahat, sedangkan demokrasi menyamakan antara keduanya.

8. Sistem Syura bukan merupakan kewajiban di setiap masa, bahkan hukumnya berbeza bersesuaian dengan keadaan. Sebaliknya Sistem Demokrasi Kepartian merupakan sesuatu yang diwajibkan oleh Barat kepada pengamalnya dengan kewajipan yang melebihi kewajipan shalat lima waktu dan tidak mungkin keluar darinya.

9. Sistem Demokrasi Kepartian jelas menolak Islam dan menuduh bahwa Islam lemah serta tidak mempunyai maslahat, sedangkan Sistem Syura tidak demikian.

( Tanwiruzh Zhulumat, hal. 21-36 dan Fiqih As-Siyasah Asy-Syar'iyyah hal. 61)

Walau bagaimana pun masih ada ulama yang membolehkan Sistem Demokrasi Kepartian ini, antaranya Syeikh Yusof Al Qardawi. Beliau membolehkan kerana ianya mirip kepada keadilan. Keadilan itu sendiri adalah tuntutan di dalam Islam. Perkara yang sama juga dipersetujui oleh Syeikh Yassin Hamas, juga beberapa ulama di Tanah Arab. Selain daripada itu ramai pula yang memberi alasan sebagai darurat. Namun ianya disanggah oleh sesetengah pihak khususnya “Hizbut Tahrir” melalui beberapa siri ‘pamphlet’ yang diedarkan di masjid-masjid.

Bila bertebung ‘khilaf’ (pandangan tidak sekata) antara yang berfahaman wajib perpolitik dan yang mengharamkan politik kepartian, maka bolehlah kita ketogorikan sebagai ‘ijtihad’. Masing-masing akan ada pahala walau pun tersalah di dalam ‘ijtihadnya’. Namun bila dikatakan ‘ijtihad’ maka yang berfahaman wajib berpolitik sepatutnya tidak menyanggah atau mengutuk yang berfahaman haram berpolitik kepartian. Sebagaimana Mazhab Hanafi mengatakan tidak perlu makmun membaca Fatihah dibelakang imam dalam solat berjemaah kerana bacaan imam adalah bacaan makmum. Sedangkan Mazhab Syafie mewajibkan makmum membaca Fatihah. Masing-masing berlapang dada dengan pegangan masing-masing. Tidak pula kutuk mengutuk antara satu sama lain. Ini adalah kerana masing-masing faham bahawa ianya adalah ‘ijtihad’ dan ‘khilaf’.Berlainan ditempat kita malah menjatuhkan hukum sesat dan sebagainya.

Wallahu’alam

)dipetik dari alorstari