Apr 4, 2012

Isteri cantik pun kena cerai?

(Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik..soalan yang tak sabar aku nak jawab)

Soalan pembaca:

Salam,
Terima kasih kerana masih ada lelaki seperti saudara yang menulis blog kereta mayat yang banyak membari nasihat membina disamping buat saye tergelak. Malam ini tiba tiba ada kemuskilan di hati saya yang membuat saye tergerak hati untuk meminta sedikit pandangan dari encik Hamka.

Soalan saya, kenapa ada suami yang sanggup ceraikan isteri yang cantik, dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik, sebagai contoh pelakon Awiie, bini bukan main cantik, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, sama jugak macam pengacara AC mizall, bini pramugari, tapi cerai dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik, terbaru, Ustaz Akhilahai, tinggalkan bini cantik, dan kahwin dengan wahida wassini yang kurang cantik dari bini pertama, soalan saya, bukankah lelaki memilih kecantikan?, tapi kenapa ada suami yang cerai isteri cantik dan kahwin dengan perempuan yang kurang cantik.

Nampaknya, teori mengatakan lelaki memilih perempuan cantik tidak benar, dan apa pendapat Encik Hamka tentang perkara ini, wah, rasa bangga gila dapat tanya soalan kepada Encik Hamka.

******

Hamka keretamayat jawab:

Banyak soalan yang belum aku jawab, tapi soalan ini buat aku tak sabar nak jawab, ha ha ha!

Kenapa lelaki sanggup ceraikan isteri pertama yang cantik dan kahwin dengan isteri baru yang kurang cantik? Hmmmmm...

Aku tak tahu apa masalah Awie, AC mizal atau Ustaz-Akhilehay bercerai dengan bini pertama yang cantik dan berkahwin dengan bini baru yang cantik jugak, tapi tidaklah secantik yang pertama, aku tak tahu, sebab artis bila di tanya kenapa bercerai? Jawapan mereka: “sudah tiada jodoh”

Sungguh betul jawapan mereka dan tak perlu kita nak korek lebih lebih. Tutup aib orang tu adalah sifat orang islam yang bertakwa. Amin.

Baik, balik pada topik, dulu..,  aku sebagai lelaki, juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang bukan artis tapi kahwin bini lawa macam artis dan akhirnya bercerai macam artis dan kahwin dengan bini baru yang kurang cantik macam bini artis yang bercerai tu dan bila di tanya kenapa bercerai pada kawan aku yang bukan artis tapi jawab macam artis, iaitu sudah tiada jodoh dan mahu bini baru yang beriman sambil menjawab macam artis.. (aku sudah lost di sini-okey?)

Kat mana tadi?

Baik, dulu aku juga jenis pantang bila terpandang wanita cantik, tapi lepas  aku dah kahwin, dan bila aku dapati ramai jugak member aku yang kahwin bini lawa tapi bercerai, dan kahwin bini baru yang kurang cantik, dan sebab mereka member aku, maka aku telah tanya secara serkap jarang dan bahang gambang, akhirnya aku dapat kesimpulan kenapa mereka bercerai walaupun bini lawa dan bila dikaitkan dengan Hadith Nabi, maka bertambah yakinlah aku akan kebenaran hakikat ini.

Dengar sini wahai semua bini orang yang cantik atau perasan cantik!

Terdapat dua perkara yang sangat penting dalam rumah tangga yang sering di anggap remeh oleh orang perempuan tapi sangat besar di sisi lelaki.

Pertama: Sila teman suami waktu makan. Tolong!

Kedua: Jika menolak untuk bersetubuh, atas sebab yang patut, jangan lupa qadha(ganti balik) seberapa segara yang boleh. Tolong!

Bab makan ni, ramai perempuan bagus bab masak, beli barang basah, potong sana, rebus sini, goreng sinun, lalu hidang atas meja.

Tapi bila suami mahu makan, isteri boleh pula buat kerja lain seperti tengok TV, menjahit, jaga anak, kemas rumah atau tidur dengan alasan, saya sudah siapkan semua hidangan, tapi selera makan pula tiada, jadi saya mahu berehat sekejap. Apa ke jadah?!

Lalu makanlah suami korang seorang diri bersama syaitan yang akan menghasut suami korang dengan pelbagai perkara durjana.

Nampak remeh, tapi hakikatnya, perkara ini adalah sangat BAHAYA! Membiarkan suami makan seorang diri adalah kesalahan yang sangat besar dalam dunia rumah tangga. Sangat besar!!

Aku dah rujuk kepada 5 pasangan yang bercerai, ,  setelah aku selidik, hmmm, terdedahlah kesilapan bini lawa selama ini adalah: selalu biarkan suami makan seorang diri bersama syaitan, nampak remeh, tapi suami yang makan sendirian bersama syaitan akan lebih mudah menceraikan isteri berbanding suami yang selalu di teman isteri.

Puan Puan sekalian, kewajipan isteri bukan memasak, anda boleh beli makanan di kedai, dan itu tidak menjadi kesalahan, tapi, jika tidak menemani suami makan, adalah satu kesalahan dan akibatnya, suami anda akan mudah bergaduh dengan anda, dan bercerai-naduzubillah.

Layan suami makan, ada di sebut dalam hadith, dan menurut Buznama lagi, makan seorang diri akan ditemani syaitan, kerana itu para nabi menggalakkan makan secara berjemaah, jadi jangan biarkan suami korang makan seorang diri bersama syaitan, jika tak nak syaiitan hasut suami korang ceraikan korang talak lapan...jangan!

Korang bini orang semua ni masih ingat lagi tak?, perkara membiarkan suami makan bersama syaitan ini tidak berlaku di awal perkahwinan, suamipun senyum memanjang kerana tiap kali waktu makan, isteri setia meneman, tapi bila isteri sudah beranak, waktu makan sudah tiada isteri mahu meneman, kerana isteri sibuk uruskan anak, makan bersama anak, tidur bersama anak, lalu tinggalah suami mengunyah nasi yang bertambah masin kerana bercampur air mata dan air kecing syaitan!

Apa lagi nak di kata?

Aku ada kenal seorang pakcik yang mana bininya huduh, mulut leser, perangai boleh tahan cerewetnya, tapi Pak cik tu bertahan hidup dengannya sampailah bini beliau meninggal awal tahun lepas, selepas di korek rahsia kenapa bertahan hidup dengan isteri yang mulut macam puaka tu?, jawab bekas suaminya, isteriku tidak pernah membiarkan aku makan seorang diri, sekiranya beliau tiada selera, beliau tetap duduk bersama menemani aku makan sampai habis. Wanita begini, tidak akan aku tinggalkan seumur hidup.

Dengar tu wahai semua bini orang yang perasan cantik sekalian.

Ini adalah serius, wahai semua isteri diluar sana, tolonglah menemani suamimu makan, berbicaralah apa apa isu di waktu makan, bagus jika bercerita tentang ugama, tapi jika lemah iman, boleh juga bercerita tentang perkara dalam kain, dan jika tiada selera, jamahlah jua sesuap nasi, membiarkan suami makan seorang diri, membuka jalan untuk suami mencari teman di luar, dan akibatnya, rumah tangga menjadi bergelora. Tolong jangan biarkan suami makan bersama syaitan jika tidak mahu rumah tangga di kacau syaitan.

Baik, itu bab teman makan, sekarang bab teman tidur.

Menolak ajakan bersetubuh, dan suami diam sahaja, mungkin orang perempuan sangka suami tidak apa apa, tapi hakikatnya suami mengalami kecederaan dalaman, lalu air naik kepala dan meleleh ke telinga.

Benda ni bahaya, jangan terlalu kerap menolak ajakan bersetubuh dari suami. Terdapat hadith yang mengatakan Malaikat akan melaknat sampai ke subuh jika menolak bersetubuh, satu hadith lagi, jika suami ajak bersetubuh atas jubor unta, pun tak boleh tolak.

Argh, tak perlu aku cerita panjang lebar bab ni, semua faham sudah tentang betapa pentingnya kepuasan seks dalam keharmonian rumah tangga. 

Nasihat aku, jika suami ajak bersetubuh, dan andai kata puan puan terpaksa menolak di atas sebab yang patut, seperti deman, pening kepala, atau lain lain, tapi jangan lupa qadha balik seberapa segera bila sudah pulih dari semua itu, kalau boleh lafazkan dengan kata-kata:

 “Bang, semalam maaf sangat sebab kepala pening, sekarang sudah sihat, jom qadha bersetubuh!”

InsyAllah, isteri yang berbuat demikian, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai.

Cukup sampai situ, naik syeikh pulak nanti orang yang belum kahwin baca bab ni,

Sebagai penutup, ingat pantun penuh falsafah dari  Hamka keretamayat ini baik baik:

“Apa guna berbini cantik,
 Bila makan tidak meneman,
Apa guna isteri romantik
Jika selalu mengelak di ranjang”

Woha!

Ps: InsyAllah, isteri yang melayan suami makan dan tidur dengan baik, suami akan fikir seratus empat belas kali sebelum mahu bercerai. InsyAllah. Semoga bini aku dan semua bini orang dapat amal apa yang aku sampaikan. Chow!

Pps: Buku aku ada banyak lagi info berguna untuk laki bini, InsyAllah.

215 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 215 of 215
Anonymous said...

Btul2...suami nak suruh layan macam raja...memang patut la..tp nafkah, tgungjwb agama unt anak isteri yg diabaikn tak pulak dijadikn isu....kawan sy bercerai krana tak tahan tpksa menanggung makan minum n duit rokok suaminya yg mls keje..dah la kaki pompuan...kperluan ank x pernah fikir

hamka said...

betul tu anon, mak sokong adik, punah dapek laki macm tuh, adohai

Anonymous said...

nak copy paste blh...he3

Anonymous said...

Baca post sekejap je habis.
Baca komen.. pehhhh...

Hamka bagi nasihat, dengar dan ambil pengajaran. Ianya tips kehidupan, bukan resepi.
Tips kehidupan, kalau ikut mungkin jadi, mungkin tak.
Resepi, kalau ikut hampir tentu menjadi.

Kalau tips kehidupan tu macam resepi, senang la akak2/abg2, ikut sebijik2 mesti menjadi, kan?

Kita masing2 ada ujian untuk kita. Kalau yang bermasalah dgn suami (macam Cik Tanah), tak peliklah perkara tersebut jadi kat dia sebab cara bercakap pun stail macam tu ("aku mesti menang").

Apakah kita rasa kebahagiaan di dunia ini adalah segala2nya?

Dari Surah Al-Baqarah
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" (2:214)

Wife aku, aku balik lambat pun dia nak tunggu makan sekali. Dah suruh dia makan dulu pun, dia tak mau. Bab atas katil, no problem. Skrg, dah lebih 15 tahun kawin, ada masa teringin nak tambah cawangan pasal nak yg cantik sikit, yg ramping sikit, yg tinggi sikit tapi bila pikir2 dan pikir lagi.. hmm bini mana la dapat nak layan aku sebagus layanan bini skrg ni.

-belacak-

Dalila yusof said...

Kadang2 isteri dah buat macam2 tapi suami ttp pandang yang lain. wahai isteri buatlah sempurna yang mungkin, jangan takut.jgn bicara tentang hak. Suami memang sukar menghargai bini, sebab mereka ada 4 kuota. Ingat dalam kepala otak masing2, yang pertama sukar dilupakan walaupun apa yang berlaku. Buatlah sehabis baik, jika berlaku penceraian pasti suami rindu segala kebaikkan isteri. Yang paling sukar diganti layanan yang baik serta masakan isteri.

Kak Yong Ayuni said...

Sedihnya baca kisah kisah semua, terima kasih keretamayat jadi medan perkongsian ilmu.

Betul dah tu,, segala galanya ujian semata-mata mata mata

yang derita itu ujian.
yang bahagia sebenarnya jugak ujian(malahan ujian yang lebih besar)

dan Allah uji adalah berkaitan dan bersesuaian hambaNya

contoh isteri yg baik melayani suami (ikhlas kerana Allah)
maka Allah uji dengan balasan yang buruk diberikan oleh suami

padahal di sisi Allah sudah ganjaran hebat diberikan kepadanya (isteri yang baik itu)

(sekalipon ganjaran yang suami berikan pada kebaikan kita adalah M.A.D.U ataupon T.A.L.A.K

Kak Yong Ayuni said...

apapon segala yang disarankan oleh HAMKA sudah bersesuai pada adatnya.

Cuma dalam hal talak.biasanya sebab isteri yang mintak pisah.

kalau suami yang ceraikan. agak jarang jarang berlaku.

melainkan sebab isteri mintak (sebab tak tahan sikap n perangai suami)

so dari situ perceraian banyak berlaku.

kebanyakkan suami jarang jarang mengeluh dan nak menceraikan isteri sebab sikap buruk isterinya bagaimana sekalipon. ( ke gane ? )

Kak Yong Ayuni said...

bila skroll balik banyak pulak hentam keretmayat, siann mayat kena hentam walaupon dah jadi mayat..

sabarlah wahai mayat. sepinggan nasi belum mampu mencukupkan seluas perut yang kelaparan.

tapi sebuku roti sudah cukup bagi menampung seluas perut yang sudah penuh makanan

so siapa yang perut masih luas.... carilah makanan di lain lain tempat

kerana keretamayat hanya menyediakan sebuku roti di sini

bersyukurlah dengan sebuku roti dan pergilah mencari berbuku buku buku roti lagi di bumi Allah yang maha luas ini

amira said...

Macam mana kalau suami gay?

Nak jaga yang mana?kalau antara perut ke lutut tu?

Bagi "makan" dia lagi sedap makan dengan kwn2 dia.

macam mana tu?


Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
hamka said...

jika tak tahan hidup dengan lelaki gay, boleh mengadu pejabat agama, mereka ada penasihat khas, wallahu'lam.

Nuur said...

Assalam, saya geram and sedih sangat. Kenapalah baru skrg tahu kewujudan blog ini.. Tapi mungkin juga dulu hati saya blum terbuka untuk menerima penulisan sebegini. Anyway, setelah membaca penulisan blog ini saya boleh menarik nafas lega sikit sebab nampaknya masih ada lelaki2 melayu yang boleh diharap menjadi pemimpin. Ingatkan spesis lelaki melayu macam abang dah pupus dah. Kesianlah kami wanita yang tercari-cari imam untuk mereka dan anak2 mereka. Saya nak sangat kahwin dgn lelaki melayu mcm abang. Semoga ramai lagi lelaki2 melayu sprti abang dpt dilahirkan menerusi blog ini.

N.Naim said...

Lelaki xsuka d Tanya mcm polis tnya pmbunoh brsiri.lelaki suka kalau bini dis join dia buat hobi yg dia suka... Cuba ingat balik...

Anonymous said...

Makan tidur je la yg pntg

Fazz said...

wanita sangat berharga. kebersihan dan penampilan diri amat diambil peduli..
antaranya,
membuat rawatan kuku
memakai inai kuku
menjadikan inai serbuk untuk menyihatkan rambut
memakai sticker inai
mengenakan fesyen blouse muslimah terkini
pilihan baju kurung yang menarik
Menggayakan tudung samada shawl atau bawal satin printed

«Oldest ‹Older   201 – 215 of 215   Newer› Newest»