Jul 31, 2010

Kenapa tanam Anggur?

(Menjelang Ramadhan, bini aku yang sibuk mengemas rumah sempat menegur aku yang sedang sibuk duduk berbaring tak buat apa-apa dan bertanya, abang sibuk tak? Aku jawab, abang sedang sibuk tanam pokok kurma…)

Mari kita belajar sejarah, zaman pakcik muda-muda dulu, orang akan guna beberapa istilah untuk merujuk kepada mereka yang menganggur, kat kampung pakcik di terengganu misalnya, penggangur di kenali sebagai “pengukur jalan” sebab berjalan ke sana ke mari takde hala tuju, takde matlamat, serta visi.., aktiviti bermula dengan lepak, lepas tu ‘ukur jalan’, dan lepak kembali…

Bagi yang perempuan, istilah menganggur mereka lebih akdemik, iaitu “ambik STPM”..

Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?"
(aih bahasa: Minah, apa kamu sedang buat ketika ini?)

Minah akan menjawab: “ambik STPM”..

“OOOOO..,”

Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu (kerana Minah tak cantik), dan dalam hati tahu sudah bahawa Minah sedang menganggur dan kerja beliau sekarang adalah “ambik STPM”..iaitu, Sedang Tunggu Pinang Mamat…

Namun, semua tahu sudah, istilah yang paling di iktiraf untuk penganggur sehingga arwah Sudirman pun ada buat lagu adalah “Tanam anggur”..,

Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?"

Minah akan menjawab: “tanam anggur”..

“OOOOO..,”
Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu kerana takut Minah mintak nak pinjam duit bagi kat Mamat untuk pinang dia, dan itu cerita lain…

Jadi, jika korang pelajar luar Negara, dan sedang belajar etnik rakyat Malaysia, dan jika korang terpaksa kena buat assigmnet interviu etnik Malaysia tentang ekonomi lalu ada di antara mereka yang menjawab sedang ‘tanam anggur’, maka korang kena faham bahawa jawapan itu adalah merupakan simbolik kepada mereka yang menganggur, takde kerja.., atau jobless!

Kenapa begitu?

Faktor ini mungkin disebabkan perkataan penganggur yang hampir dengan buah anggur, selain factor buah anggur sendiri yang susah nak dapat kat Malaysia ni..,

Maka kelas bahasa kita hari ini, (sejak bila blog keretamayat ada kelas bahasa?) akan membuat anjakan paradigma terhadap penggunaan kata kerja ini, kerana aku rasa istilah tanam anggur untuk penganggur dah tak beberapa sesuai kerana tak Islamic.., lagipun anggur bila diperam akan menjadi arak.., tak elok…, haram,

Maka, apa kata untuk genarasi baru yang baca blog aku, lepas korang habis belajar nanti dan takde kerja kerana ekonomi gawat misalnya.., korang tukar istilah ‘tanam anggur’ untuk jobless kepada tanam pokok yang lebih islamik sikit.

Iaitu “Tanam kurma”!.

Woha!

Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?

Minah akan menjawab: “tanam kurma”..

“OOOOO..,”

Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu kerana tak nak kacau Minah yang sedang berzikir kerana munurut hadith,yang diriwayatkan dari Jabir r.ahu, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca “subhanallahil aziim wabihamdihi” maka akan tertanam baginya sebatang kurma di shurga, (hadith riwayat Tirmizi)

Ok, sampai sini dulu, akupun nak pergi tanam kurma!

“subhanallahil aziim wabihamdihi”

Ps: Bagus minah yang sedang ‘tanam kurma’ tu, eloklah masuk meminang, woha!

60 comments:

nur said...

first

Nur said...

haha.. tkena kt batang idung den..bakal tanam kurma dalam masa sebulan lagi..huhu. Ya Allah kuatkanlah hatiku..bukakanlah pintu-pintu rezeki-Mu

sarina said...

masih lagi belajar..belum tanam anggur lagi tapi nak pergi tanam kurma!!..=)

Nerzhul said...

subhanannahil azim wabihamdihi.
skang ni feymes kurma yusof taiyobb...(nada berbisik)

tina said...

haha. harap2 semua yg baca blog ni, bila ditanya sdg buat apa & jawabnya adelah 'tanam kurma', maka yg dimaksudkn adelah sedang berzikir, bukan jobless :)

oke, aku nk pegi cr apa2 yg boleh dimakan kt dapur, sambil tanam kurma. besok2 dlm syurga aku dh ade pokok kurma sdiri. woohooo!

Anonymous said...

ak nk kawin dgn minah yg tnam pkok kat surga dgn zkir kat dnia

skyline34 said...

top 10!
thanks hamka for sharing...nk cr anggur la pasni ; )

suhaibah said...

Saya x sempat nak tanam ape2 pn.. jgn kata nk tanam anggur, tanam taugeh pn x sempat. lps spm je dpt ke ipt, keluar ipt x smpai sebulan dh kena keje.. dr sudut negatifnye, jeles dgn org yg smpat tanam anggur beberapa bulan. dr sudut positifnye, Alhandulillah sbb terus dpt keje. hanya Allah yg tahu segala2nya, syukur...

tuan director said...

ahhaha ada saja idea hang ni.kerjalah kalian walaupun sebagai pencuci tandas.asalkan rezki halal.

Egg Head said...

ke-9

Anna said...

subhanannahil azim wabihamdihi.

mari kita tanam pokok kurma banyak2..

:)

Ziarah76 said...

debungga pokok kurma boleh jadi asbab ubat kesuburan bagi suami isteri yg masih tak dikurniakan anak, insya-Allah.

emak. bukan penari tiang said...

saya nak tanam semua..
tanam mayat pun maw gak..

morsmode said...

aku nak tanam pkok kurma berkebun kebun ..

~fam~ said...

tanam anggur adlh lebih baik dr curi anggur...

namun, tanam kurma adalah lebih baik dr tanam anggur...

woha!!

Afiz Totens said...

" subhanannahil azim wabihamdihi "

Hanisumayyah said...

Teringin nak tanam kurma (tak kerja) tapi iman yakin pada rezeki Allah yang bagi (bukan kerja) belum cukup kuat..masih harap pada gaji bulan2....sedih!

akema yazid said...

subhanannahil azim wabihamdihi..

aku nak tanam kurma madu la..
bukan tanam teratai layu di tasik madu..
hoho..;p

aniqaben said...

Ejaan zikir tu betul ke? Mcm pelik je aku bace.....

khairie said...

terima kasih sebab bagitau hadith ty, tak tahu (atau tahu tapi tak pernah amek tahu) pasal zikir tu. insyaAllah akan diamalkan.

Aina Mardiah said...

Woha! (dengan intonasi mengada-ngada sambil makan kurma)

Anda punya blog banyak mempengaruhi minda sy :)

alfindani said...

Salaam.
Ade typo skit Pakcik Hamka.
Ejaan sebenarnya : SUBHANALLAHIL 'AZHIM WA BIHAMDIHI. ;)

Moga Bermanfaat.

Azman said...

Salam Hamka,

Hahaha..tanam anggur..dah lama tak tanam anggur ni...

kaizen shinobi said...

tanam kurma?????? hahahahhahaha

Ilham-Kembara said...

Boleh makan anggur sambil menganggur, tapi macam mana pulak nak makan kurma sambil mengurma?

http://ilham-kembara.blogspot.com/

Affan Ruslan said...

betul gak.
kalau dpt kurma najwa, mmg terbaik lah! :)

hamka said...

Ops!, betullah salah eja zikir tu, dah di betulkan.., terima kasih pada yang prihatin, dan mintak maaf pada yang dah tersalah copy, tak tumbuhlah pokok kurma korang nampaknya.., isk..

Lain kali aku hati hati sikit(sambil pulas telinga sendiri)

ps: rujuk kitab mutakhab hadith ms 388 untuk versi arab.

noorafzan.blogspot.com said...

den pernah tanah kurma dekat 3 bulan sebelum dapat kerja. =)

p/s : menarik ni tanam kurma.di msia lagi susah nak jumpa kurma tanam sendiri kan.

Anonymous said...

ORG ISRAEL tnm pokok gharqad

p3chandan said...

Memang ade tanaman anggur kat rumah..tp nak try pulak tanam kurma disini dan di syurga nanti insyaAllah...

Kohern said...

woha!
kau ingat cukup ke tanam kurma je? -.-

Hidayah said...

DISKAUN DURIAN RUNTUH. PENGEDAR DICARI http://tshirtmuslimah-hidayah.blogspot.com/

Sir Marcello said...

hahaha...nice...saya pun sedang tanam kurma =]

Anonymous said...

kehkehkeh
sy tk pernah smpt tanam anggur dlm hidup sy pkcik.
hbis2 trus kna pngil keje

hoh?
mencikkkkk

>.<

hamka said...

kawan aku ada pernah masuk akhbar sinar versi pantai timur kerana pokok kurma dirumahnya berbuah...

bukak puasa tahun lepas, makan kurma Malaysia beb..

Mummy said...

Salam sumer...
Actually bila2 masa jer kiter bleh tanam kurma..kira macam hobi ler..pasni anak2 sumer kalo cikgu tanya hobi masa lapang apa? jawab ler tanam kurma..kalo dulu kiter mesti ckp baca buku, kumpul setem, baca blog...woha

cinta said...

tanam kurma sambil wat keje pn buleh.. sambil makan, sambil basuh baju, sambil masak, sambil susu anak, sambil drive keta mayat.

Anonymous said...

Hamka cuma memberi panduan, tapi jika nak beramal, pegi la carik dlm kitab2 zikir tersubut dlm bhs arab.cth :H x same bunyinyer ngan ﺡ .kang larik pulak maknanya.

Anonymous said...

saya kerja MARA

.
.
.

MARAPU

kundi said...

yezz...x berapa hari lagi nak pose nih...
Ya Allah pertemukanlah aku dengan Ramadhan tahun ini...

hainur hapis said...

Aku mmg nk minang minah kt oversea 2. Aku x kira, aku nk jgk huhu.

hainur hapis said...

Aku suka kurma maryam,sbb lembut, leh trus buang biji sejak kunyah dlm mulut. Klu abg nk jual kurma leh la, woha...

Anonymous said...

Assalam. Touch down.Tak mati lagi Hamka. He..he..he..boleh buat usaha lagi dak..ke guaner?

Mana yang tanam kurma tu...?
Tunjuk skit...
Khalid.

Anonymous said...

hehehe...ak pernah tanam anggur lebih krg..setahun lebih..serikk....huhuhuu..tp buahnya x jadik arr..

hainur hapis said...

kurma maryam sekotak RM10. abg tolak la murah skt hehe

TSHIRT LABUH MELETOP! said...

NEW UPDATE TSHIRT MELETOP
http://tshirtmuslimah-hidayah.blogspot.com/

Liz said...

hamka, saya nak promote blog ni kat blog saya. tumpang share beberapa links yer.

Anonymous said...

Assalam. (Sketsa minggu ini..)

Seorang pokcik tue orang Ganu jumpe ngan anak sedarenya di tepi pantai Batu Buruk.

Pokcik: Awang...mung wak menda lening?
Awang: SPM......
Pokcik: Menesabah skit awang!!!...mung kang baru habih SPM!!!
Awang: Bukang Sijil Pelajarang Malaysia....Pok!
Pokcik : dah Tu...sijil bende pulok...
Awang: Sijil Padang Mahsyar Pok...
Pokcik: SubbahanAllah...anak sedare aku bijok..bijok..Mulah harapang....(sambil mengesat airmata)

Khalid
Ganu sentiase di hati..

Anonymous said...

semacamm jerr bile ak baca gaya ganu nie..adess..

Anonymous said...

Assalam. (Sambungan Sketsa)

Awang : Laaa..ieehhhh!!! Pasa pe nangis ni pulok...Pok!
Pokcik : Dak eiiihhh....Dok nangis, habuk!!! Mata masuk habok...Doh le...mari makang...lapar perut nie...(sambil terbatuk-batuk apabila disapa oleh angin pantai yang menusuk ke tulang sum-sum....)

Stand down jap.....

Awang: "Pok..pok"...(sambil mulut penuh dengan nasi..he..he..)
Pok: "Apa ye.???".....sambil berdehem menelan nasi ke lubuk kerongkong yang paling dalam..pheh!
Awang: "Emmmm...nyam-nyam...Pok dah ade ke sijil SPM?"
Pok: "Koh! kooh! Arrk!!...ayer!!....ayer!!" jerit pokcik sambil mengurut-urut dadenya yang sudah kendur ditelan usia. (tersebak tahap kritikal peringkat 3)
Awang:"heee...heee...heee..guanner sedok' plak ni....?", sambil mengangkat bontotnya bangun dari kerusi bagi mengambil ayer ke Pokcik yang dicintai.
Pok: "Mu lahh...! tengah makang tanya pasa sijil? Cam cekgu skolah plak?" Sambil tersenyum memandang anak saudaranya yang disayangi.
Awang: (Sambil tersengih cam kerang busuk)...Sorilah.....I don't mean it!
Pok: Apo menit-menit.....!!!!

Keadaan menjadi tenang semule selepas Pokcik meneguk tiga tegukan dengan ucapan Bismillah...apabila meneguk, dan Alhamdulillah apabile menelan.

Awang: "Pok...!!!!".
Pok: "Iyeeeaaa"!...(gaya manja yang tak boleh dijual beli)
Awang: "Ade dok sijil SPM?".

Pok: "Ade!", jawab pokcik dengan steadynya....
Awang: "Mane iye sijil tu Pok?" tanya Awang dengan over-excited.
Pok: "Ade kek Sri Petaling Markazzzzzz.....tulah SPM tu.!!sama ertilah tu..!!!".

Awang: "Iyeee!!", balas Awang dengan muke aksi budak darjah 6 yang baru habis UPSR. Kebingungan.
Pok: Dahlah....nanti kite gi SPM key?
Awang: "Yebedabedu!!......nak gi SPM!! ..nnak gi SPM!!!".

Pokcik tersenyum sampai ke telinge....."Nikmat Tuhan mana lagi yang nak didustakan". Bisik satu suare yang begitu jauh kedengarannya di hujung kotak telinge yang gelap gelite.

Khalid

mz said...

sekarang tengah wat pe.. 'tanam kurma'. Hehe.. smart plak ayat tu, buat aku tergelak je bila baca..

hamka said...

cerita pasal kurma, rasa lapar lak..,

: )

hainur hapis said...

agak2 bajet nak bangun sahur nnt, blasah je KURMA ngan AIR SUSU k.
sunnah dan simple.

jgn lupa g solat subuh trus,
sahur la lewat2 skt, bagun 5:20 ke k

Assalamualaikum


p/s : mkn kurma sahur byk2 skt - 7 biji ke, INSYA ALLAH xlapar di siang hari, INSYA ALLAH, WA ALLAH HU ALAM

Shuhada said...

karang bile buka puase,jamah kurma dulu, pastu minum air zam2. Cubelah.Nikmat sungguh rasanyer. Air zam2 skarang mudah nak dapat dah. Bukan sedap jer,tp kenyang.

Zaihan said...

km, boleh kasi pendapat fasal hadis fadilat solat sunat terawikh?

bdak sekolah said...

den pun tanam kurma...xidup pun...i/allah lepas spm cr agi ilmu..bawak bas ke..hafal quran ke..bace kitab ke..xdelah tanam pokok..ha33333

hamka said...

hadith pelik kelebihan setiap malam tu, ramai ustaz cakap tarafnya palsu..,

so, ng beetanya pasal hadith tarawikh, rujuk sahaja kitab Fadhilat ramadhan karangan Maulana Zakaria,

insyAllah, best!

mizi said...

salam rhamadan..moga diampunkan tuhan segala dosa-dosa kita oleh tuhan..sesiapa yang berlebihan stok kurma kat rumah bolehlah sedekahkan kat aku,aku izinkan..huhu

hamka said...

kenapa FB tak activete entry ni?

Anonymous said...

he3...lawak..dalam iman..MASYA ALLAH..