Dec 2, 2009
Rumahku Shurgaku?
(Sebelum jadi balu atau janda, elok aku bagi nasihat buat semua pengantin perempuan di luar sana)
Memiliki suami idaman, adalah impian semua wanita di dunia ini, lalu muncul semangat yang membara untuk menjadi isteri yang terbaik buat suami tercinta, tapi malangnya di tengah jalan kehidupan berumatangga, mata tiba tiba dah tak tertahan dengan debu yang menerpa ketika menyapu rumah, atau hati sedih melihat tangan yang menjadi kasar dan keras setelah bergelumang di antara kotoran pakaian dan sabun pencuci..
Di dapur pula masih banyak pinggan mangkuk yang belum di cuci, periuk kuali yang belum di gosok, dan gelas cawan yang masih berbaki air minuman, mula di naikki semut dan serangga..
Lafaz menjadi lelah mengenangkan kain baju yang masih terendam belum di cuci, yang sudah dicuci pula belum dijemurkan, dan yang sudah di jemur pada ampaian masih belum di angkat untuk di asingkan.., masih belum bergosok dan masih belum berlipat...
Anak anak pula cepat kotorkan diri, juga cepat laparkan diri lalu kencing serta berak merata rata..
Kemudian datang tetamu ketika rumah masih berselerak, kain baju dan pinggang mangkuk yang bertabur taburan seperti pasir di tepian pantai..Oh! apa yang aku nak masak malam ini?
Nanti petang suami pulang, ingin melihat rumah bersih dan kemas, ingin makan masakan sama rasa seperti masakan ibunya, ingin berehat menonton TV, sambil memesan makanan segera dan minuman panas seperti berada di restoran lagaknya..
Lalu menangislah wanita itu mengenangkan kehidupannya yang menyedihkan, beban kerja bertambah banyak tapi suami tak tolongpun, anak pula berak tapi suami tak ingin nak basuh, lalu hujan turun lantas suami terus tertidur membiarkan kain baju basah di jemuran..
Sebelum tidur suami berpesan, pakaian ke pejabat mesti disiapkan sebelum subuh, mesti bergosok dan stokin harus berbau wangi...
Dan di malam hari pula, masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam...
Ok, cukup sampai situ.
Persoalannya?, setelah korang para isteri buat semua perkara di atas, bersusah susah dari awal kahwin hingga hari ini, tapi kenapa suami masih tak bahagia hidup bersama korang?, sehingga sanggup marah korang, tengking korang, pukul korang, dan akhirnya ceraikan korang?
Kenapa?
Ok, sebelum tu, biar aku cerita pada korang akan apa peranan sebenar isteri pada suami secara batiniah, sebab korang dalam bab lahirian, semua dah tahu, semua dah pandai masak, kemas rumah, dan basuh kain baju, tapi dalam hati ada sifat yang tak betul seperti perasan diperlukan, perasan bagus, perasan di salahkan, perasan dibebankan dan sebagainya yang buat suami rasa tak best duduk sebumbung dengan korang lalu sanggup marah dan tengking korang, dan sanggup melihat korang menderita... isk...
Sebanarnya, ibu ibu dan puan puan sekalian, senang cerita, terdapat tiga jenis isteri,
Pertama adalah jenis yang derhaka pada suami, kedua yang Nampak taat tapi dalam hati derhaka dan yang ketiga adalah opposite pada dua golongan tadi, tidak derhaka pada suami sama ada secara batin atau zahir, dan dah tentu golongan yang ketiga akan masuk shurha, dan golongan kedua masih boleh di selamatkan dan golongan yang pertama eloklah belajar tentang kehidupan neraka supaya tidak janggal apabila tiba di sana kelak..
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya,
Korang tahu tak bahawa seorang anak itu tak boleh meninggikan suara pada ibunya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki ibu.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah anak yang soleh yang mana walaupun ibu bapanya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si anak tadi..
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada mak sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika mak kita buat silap? Tak solat atau tak nak tutup aurat atau suka pakai barang kemas melampau lampau, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada mak kita sampai bila bilapun kerana orang itu adalah mak kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai anak dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar ibu kita dapat membetulkan kesilapan mereka.., faham?
Kita tak boleh merajuk dengan mak kerana dosa mereka, hak kita sebagai anak tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah!
Kerana mereka adalah ibu kita dan shurga kita ada dalam ketaatan kita pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Ok, bab ibu dan anak semua dah faham..
Tapi ramai perempuan tak faham bahawa shurga mereka ada pada suami mereka!
Korang tahu tak bahawa seorang isteri itu tak boleh meninggikan suara pada suaminya, walaupun hanya berkata “Oh” sekalipun kerana shurga itu ada di bawah tapak kaki suami?.., dan dalam kitab ada menceritakan kisah isteri yang solehah yang mana walaupun suaminya derhaka pada Allah tapi mereka tetap melayani dengan baik sehingga Allah menaikkan darjat si isteri tadi..,
Moral cerita adalah kita tidak boleh marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana itu adalah perbuatan derhaka yang boleh membawa ke neraka..,
Bagaimana jika suami kita buat silap? Tak solat atau kahwin dengan perempuan lain, apa kita perlu buat?
Tetap kita tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami kita selagi mereka tidak ceraikan kita, maka kita hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, tunaikan hak sebagai isteri dan serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu kita wajiblah berdoa agar suami kita dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Kita tak boleh merajuk dengan suami kerana dosa mereka, hak korang sebagai isteri tetap kena tunaikan, jaga makan minum mereka, tunaikan keperluan mereka walaupun mereka hidup derhaka pada Allah! walaupun suami korang mengaku tuhan macam Firaun,, tapi isteri firaun tetap masuk shurga kerana hak isteri adalah khidmat pada suami, faham?
Kerana mereka adalah suami korang dan shurga korang ada dalam ketaatan korang pada mereka tak kira siapa mereka dan dosa mereka..
Sesungguhnya, Isteri yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, maka semua ikan-ikan di laut, burungdi udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanyaberistighfar baginya dan Allah SWT mengizinkannya memasuki surga dari pintu mana saja yang korang kehendaki, apa lagi nak di kata?
Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah? Kenapa tak tempeleng sahaja perempuan yang mulut leser tu! Selamatkan mereka dari lidahnya di gunting dengan api neraka!
Aku tahu korang dah banyak servis kat suami dan anak anak, dah penat, dah masak, kemas rumah, dan basuh kain baju tapi kenapa nak cakap tengking tengking dengan suami jika suami buat silap?, ingat suami ni anjing ke nak kena salak hari hari.., cuba korang takut sikit kat tuhan, sekali korang mati tanpa keredhaan suami, tak cium bau shurga ler nampaknya.., oh..
Cuba korang cakap pelan pelan dengan suami, dan jika mereka buat salah dan dosa, korang tetap tak ada hak untuk marah atau tinggikan suara pada suami sampai bila bilapun kerana orang itu adalah suami korang selagi mereka tidak ceraikan korang, maka korang hanya boleh nasihat dengan lemah lembut, menasihat sambil menangispun takpe, dan tunaikan hak sebagai isteri lalu serahkan pada Allah untuk membuat keputusan, di samping itu korang wajiblah berdoa agar suami korang dapat membetulkan kesilapan mereka..,
Ini tidak, suami lepak minum teh tarik dengan kawan sepejabat korang berleter, suami tengok bola korang membebel, suami tidur kat ruang tamu tak tolong korang kat dapur korang menyalak macam anjing, lepas tu berangan nak dapat keluarga bahagaia konon, sedang suami hati tertekan tapi sebab lelaki jenis yang tak suka berkongsi masalah, maka korang teruskan membebel hari hari, sedar tak sedar, suami dah kahwin lain baru nak terhegeh hegeh mintak maaf dan bertanya, apa dosa saya bang?
Dosa kau adalah bercakap dengan nada tinggi kat suami!
Dah pergi mintak maaf dekat suami masing masing..Tak payahlah korang nak komplen suami korang pemalas, duduk rumah hari minggu pakai baju cantik-cantik tapi melepak depan TV sambil up date DVD movie.., lepas tu baca surat khabar, ataupun tidur, sedangkan apa salahnya tolong saya masak dan basuh baju?
Oii!! orang perempuan, masa suami korang bujang dulu, dialah kaki lepak dekat luar, mat rempit, kaki wayang, kaki pancing, kaki impak maksima, kaki bola dan sebagainya..
Bila dah kahwin dengan korang, kenalah duduk rumah jaga korang, jaga keselamatan korang, korang nampak jer mereka terbongkang depan TV atau lepak baca akhbar, tapi mereka sebenarnya sedang mengawasi keselamatan rumah tangga, tak percaya cuba korang buat-buat pengsan kat dapur, dah tentu suami korang dengan risaunya hantar korang ke klinik.., serius!
Ini bermakna , korang kena syukur bila suami lepak tak buat apa-apa kat rumah, korang nak mereka pergi mancing atau lepak dengan kawan-kawan kat kedai awek siam pekena tom yam sampai jam 3 pagi? Korang nak mereka pergi karaoke di kelab dandut? Tahu tak nak! Habis tu bila mereka lepak kat rumah, boleh pulak korang membebel macam syaitan!
Sebenarnya duduk di rumah adalah satu mujahadah bagi suami yang banyak kawan-kawan, jadi kurangkan penderitaan mereka dengan biarkan mereka dapat berehat dengan selesa, upah mereka dengan teh tarik dan keropok goreng.., urut belakang suami , dan sesekali gunakan cakar harimau, apa salahnya?,
Korang tahu tak? Antara ciri rumahntangga bahagia, suami lebih suka lepak di rumah bersama isteri berbanding lepak bersama kawan-kawan bujang, atau lepak sorang diri di tepi kolam memancing.. , biar mereka lepak kat rumah tak buat kerja, kerana lepaknya suami dirumah adalah tanda rumatangga bahagia, tau takpe!
Jadi, mulai hari ini, jangan sesekali meninggikan suara pada suami, kerana mereka adalah jalan anda ke shurga.., boleh InsyAllah?
Ok, habis satu bab, aku nak pergi kepada satu bab lagi yang lebeh penting dalam menceritakan bab derhaka secara batin ini..
Begini ceritanya...
Kebanyakkan perempuan memang cukup bagus dalam member khidmat pada suami dan anak-anak, rumah kemas, masakan sedap, kain baju berlipat cantik serta bergosok kemas, anak anak pula kelihatan bersih dan dapur serta bilik air sentiasa berkilat menyilaukan pandangan mata...
Tapi dalam hati ada benda tak baik.. Iaitu member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya..
Sedangkan seorang isteri itu patut memberi khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya, bukan suami berhajat padanya!
Nampak macam takde beza, tapi hasil berkhidmat di sepanjang perkahwinan akan dapat dinilai apabila suami rasa tak best dengan korang sebab korang dalam member khidmat, ada sangkaan bahawa suami berhajat pada korang, tak ke hampeh?
Kenapa jadi macam tu?
Begini ceritanya...
Seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa suami berhajat padanya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, mulalah melenting?, apa abang ingat saya ni orang gaji ke? Abang ingat saya tak letih kerja kat pejabat? Abang ingat abang tu anak Raja? Ops, mungkin korang tak cakap macam tu kat suami, tapi dalam hati berkecamuk dengan perasaan macam tu, itu yang di katakan derhaka dalam hati..., dan hasilnya, korang akan buat kerja dengan tak ikhlas sebab hati bengang kerana suami asyik komplen tentang mutu servis korang yang memang teruk!
Masak tomyan rasa macam air panas bergaram, baik Abang makan Mee gee tomyam!
Jadi nak buat macam mana?
Maka korang kenalah memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, yang mana seorang perempuan, yang member khidmat dengan sangkaan bahawa dia yang berhajat pada suaminya.. apabila suami tegur sedikit tentang layanan yang kurang memuaskan, maka dia yang akan minta maaf, tersenyum dan membaiki kesalahan dengan serta merta, yang lebih bagus lagi, kisah seorang wanita yang pertama sekali masuk shurga, yang mana di waktu hidupnya, apabila suami pulang, di hulurnya rotan supaya suami pukul jika ada mana mana servis yang tak memuaskan!
Tapi korang tak perlulah kena hulur rotan.., cukup dalam hati timbul perasaan memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurha adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Dan bagi yang tak tahu, sudah banyak hadith yang cerita tentang kelebihan khidmat, Antaranya,
Apabila seorang suami pulang kerumah dalam keadaan letih dan isterinya melayani dengan baik maka mendapat pahala jihad.
Seorang isteri yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak lena karena menjaga anak/suami yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba sahaya.
Lepas tu pulak, Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang, maka akan Allah pandang mereka dengan penuh rahmat.
Kemudian, Isteri yang menyapu lantai dengan berzikir pula akan mendapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
Lagi? Isteri yang memicit kepala suaminya tanpa disuruh baginya pahala 7 ketul emas, kalau di suruh?dapat pahala 7 ketul perak.
Nak lagi? isteri yang berkhidmat tanpa derhaka dalam hati, mendapat pahala seperti solat selama 12 tahun, lepas tu, isteri yang menjaga solat di awal waktu, puasa ganti cepat cepat, dan taat pada suami, maka Allah SWT mengizinkannya memasuki shurga dari pintu mana saja yang korang suka..
Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)
Ok, cukup sampai sini.., moralnya adalah:
Berkhidmatlah pada suami dengan sangkaan yang betul iaitu korang yang berhajat pada suami, bukan suami berhajat pada korang, kerana wanita itu mulia dan mencapai darjat yang tinggi di shurga adalah melalui amalan berkhidmat, dan korang dapat member khidmat kerana korang ada suami, tanpa suami korang tak dapat nak khidmat, maka koranglah yang berhajat pada suami dalam member khidmat yang seterusnya akan menaikkan darjat korang di Akhirat! subhaAllah!
Kadang kadang cuba korang fikir, apa bezanya korang wanita Malaysia?, berbanding dengan wanita di Negara miskin seperti Bangaladesh, Kemboja, Burma, Pakistan dan lain lain pendalaman di Negara ketiga..
Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam..., rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,
Cuba korang fikir lagi, kenapa mereka di lahirkan di sana sebagai wanita yang hidup dalam Negara miskin? sedang korang rakyat Malaysia hidup mewah, air keluar dari kepala pair siap dengan penapis lagi, mesin basuh automatic, dapur ada blower, berhabuk sikit boleh vacuum, atas kepala ada kipas dan air cond, TV ada remote, tidur atas tilam empuk, duduk dalam rumah batu, ada internet dan boleh baca blog keretamayat hari hati..
Bersyukurlah jadi wanita Malaysia dan bersyukurlah dapat berkhidmat pada suami dalam Negara yang aman ini.., Allah dah takdirkan korang jadi wanita di Malaysia, kenapa nak bersedih lagi?
Bersyukurlah!
Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab...
Nikmat mana lagi yang korang dustakan?
Sekian...
Ps: Taatlah suami korang sehingga mereka jadi mayat atau korang jadi mayat, dan tahukah korang bilakah kita akan jadi mayat? Mungkin esok.., maka taatlah suami sampai esok...

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
153 comments:
Sedikit nasihat kepasa suami:
Isteri bukan robot, bukan hamba, mereka adalah taman mesra, tugas mereka antaranya adalah mudahkan korang taat perintah Allah, bila mereka dah masak, basuh pinggang, kemas dapur..., basuh baju, jemur baju, sidai baju, sorting baju, lipat baju, gosok baju, kemas rumah, sapu sampah, buang sampah, bla bla bla.. maka korang kenalah 5 waktu pergi solat di masjid.
Solat kat rumah ni untuk perempuan, mereka dah penat buat kerja rumah, biarlah mereka berehat dan beribadat di rumah, korang pergilah ke masjid, dan bukan setakat pergi masjid sahaja, pergilah belajar ugama, berjihad dan sebagainya, kelak isteri kat rumah dapat jugak pahala, balik nanti bolehlah ajar anak bini tentang hal ehwal ugama...
Sesungguhnya di akhir zaman, hanya dua golongan yang terselamat dari fitnah Dajjal iaitu Lelaki yang banyak habiskan masa di masjid dan Wanita yang banyak habiskan masa di rumah.
Wallahu’lam.
Sekian.
entri nih - terbaek!
susah kawen, susah lagi nk menten bahagia sepanjang kawen..
pengkomen ke 3..pingat gangsa..
Salam.
Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri.
Hidup berumah tangga tak sama dengan alam percintaan yang penuh asyik mahsyuk..
Kalau suami dan isteri masing-masing jalankan tanggungjawab dan tahu batasan mereka, perceraian takkan jadi.
p/s: Saya terkejut Natasha Hudson pelakon yang baru dua tahun berkahwin, dah bercerai.. Suaminya bukan calang-calang, orang berkedudukan lagi... Natasha pulak, cantik orangnya.
Kesimpulannya, cantik dan berharta, bukan kunci kebahagiaan.
wahhhhhhhhhhhhhhhh
macam mana nak bagi sume perempuan yang suka kutuk suami sendiri baca ni?kena print banyak2 ke?
citer dalam selimut pun nak citer kat kawan2 siap buat lawak..kan ke ntah ape2 punya isteri..
tuhan bagi suami..dianggap macam beban..
err..
mintak dijauhkan dari semua tu.
dan..semoga meningkatlah kualiti lelaki malaysia sebab hidup dalam rumah batu dan ada isteri yang bagi servis dengan rela hati,
=)
balik2..pusing2 kat situ jgk..sume sakit..sakit ape..?? sakit iman...iman kamzur amal also kamzur, effect to ibadat, muamalat, muasyarat, akhlakiat..so? watla ape yang dipesan oleh imam Malik rah.
Bukan senang nak jadi suami mithali oit.
Isteri plak asik komen terperuk kat rumah, boleh jadi mental.
Nak bawak jalan2 weekend plak, somi plak nak lepak rumah.
sangat setuju...
-putat-
http://cursingmalay.blogspot.com/2009/11/ceramah-pagi-hubungan-suami-dan-isteri.html
Dan di malam hari pula, bla..bla.. bla..
lalu dintindih sepanjang malam...
..menindih tak pe, jangan menindas..
hidupkan la taklim dalam rumah, baru boleh jadi rumahku syurgaku
sangat indah sebnrnye kehidupan rumahtngga ni kalo masing2 phm tggjwb masing2...merana bila ade yg xikhls, suka mgungkit...org pompuan ni cpt emosi ckit...hrp2 aku dianugerahkan berkat ksbaran yg tggi..
cakap senang kan..aku lum kawen lg, hrp2 bkn jd isteri yg suke mgungkit,n suke mbebel la..huhu takut jugak ni..
"aku yang bersalah, janji (pada suami) tak ku endah, terperangkap ku dalam bisikannya (syaitan)" - tambahan untuk entri ni kepada isteri2 di luar sana termasuklah isteri ambo!
Hamka, entri best! jap lg nak forward kat bini!
doakan saya dan isteri dapat hidayah untuk jalankan kerja yang sangat besar ini
semoga allah pilih saya kembali seperti mana ketika saya bujang semasa zaman student dahulu
allah yang sama boleh pilih saya dan isteri dan semua orang islam di seluruh dunia...amin ya allah
:) nasihat yg dtg tepat pd masenye...tima kacih
yanz
tima kasih kerana mengingatkan..akan saya jadikan panduan bila kawen nanti..doakan saya dapat lelaki yang memahami...amin
hamka,
next entri penuh buat pesanan utk pengantin lelaki pulak ok
tulisan hamka kali ini yang paling aku respek sepanjang aku baca tulisan keretamayat.
wahai isteri, hargailah sumai anda.
Semoga Allah panjangkan
usiamu wahai suamiku
dan maduku, aku akan
buat yg terbaeekkk..
uhuk uhuk..
wah...ada madu..
tabik!
salam...wah...nasihat yang berguna lagi manafaat...kerosakan wanita berpunca dari lelaki yang rosak...sebab itu, usaha hendak dibuat ke atas orang lelaki...takaza kita sekarang dan sampai kiamat jumpa setiap lelaki akil baligh di dalam rumah2 org islam,,ajak mereka kepada masjid..biar semua lelaki islam ada hubungan dgn masjid dan ada taaluk dengan Allah swt.
best....caiiyook
masyaAllah BrAdo..
n3 ni pon syok gak aq bace..
mmg Maha Besar Allah SWT..
em tp kan yg brado hamka citer ni psal somi istri..
camne plak yg somi nye punye la syg kat istri die, sampai ape istri die suroh buat pon die buat, sampaikan die sanggup derhaka kat mak die..pak cik aq la tu..dulu mmg aq xsuke betol die..benci sungguh..tp sejak kenal usaha dakwah br la aq dpt betolkan pandangan aq kt die..tp the hole family aq msih lg anti dgn die..yg die plak ta'sub dengan pekida haram jadah 2..mgkin brado hamka kene tambah sket psl tu kot..ini just suggestion je ye..hehe..
~mR COol~
Alhamdulillah. Dah baca habis. Habis baca entry rasa berat sebelah sikit lah bro hamka. Tapi first komen tu buat bagi dia balance sikit. Jadi, rasa tenang sikit.
Seriusly, menurut pengalaman isteri saya, mmg bekerja di rumah itu amat menguji batiniah beliau. Oleh itu, kena lah saya mendengar keluh kesah beliau dan selalu memuji, memberi hadiah dan memanjakan beliau.
jgn tahu tindih aje hahahaha
ape perasaan orang yang ditindih...woha????
hehe betullah tu.. apapun kan elok ada toleransi antara keduanya
Kejap lagi nak forward kat wife saya.......
Bro Hamka,
Isteri taat = tak mengeluh/menengking suami walaupun dengan kata 'oh' (dalam hati or dilafazkan)
So, maknanya, anak taat = tak mengeluh/menengking mak bapak walaupun dengan perkataan 'oh' (dalam hati or dilafazkan) jugak ke? MasyaAllah, susah betul nak didik hati ni supaya xmengeluh ye.
Yazid
i like la dis enrty..
banyak bagi pengajaran
waiting 4 the next post pulak..
=)
Baru nak cakap sal 'Isteri Bukan Hamba', huhu, tapi komen pertama dah jawab segalanya.
Kadang2, orang tak pakai agama secara dua hala. Mereka cakap pasal dalil taat hormat pada suami, tapi tak pakai dalil hormat pada isteri.
But, komen pertama tu sangat bernas.
setiap entri keretamayat tidak menghampakan aku..aku yg xkawen lagi pon rase mcm nk kawen..mana doakan aku jmpa jodoh yang terbaek ye....hahaha~
tuan hamka,
komen pertama patut menjadi entry seterusnya.....manusia bukan perfect...tp setiap manusia mengharapkan kebahagian dunia dan akhirat...toleransi dalam hubungan sangat diperlukan...jangan kerana syurga isteri di tapak kaki suami...isteri pula ditapak2 kan...jangan hanya mengambil dan mengamal perkara2 yang sedap di mata dan hati sendiri sahaja...
sebagai seorang isteri..saya berusaha untuk menjadi isteri pujaan suami...dan sentiasa mengingati hak2 suami ke atas isteri...tuan2 suami pun kena la paham hak2 isteri ke atas suami...jangan hanya menjadi laluan sehala sahaja...dalam dunia yang penuh cabaran sekarang...kedua2 nya harus tolong menolong dan bantu membantu sesama sendiri...bukankan isteri itu dari tulang rusuk suami...yang berada disisi..bukan dari kaki untuk dipijak2...bukan dari kepala untuk di junjung..sangat beruntunglah isteri yang mempunyai suami yang arif dan paham tanggungjawab mereka sebagai khalifah di bumi ini...
Salam,
pertama aku syukur pd Allah..anugerahkan seorang isteri yg baik/solehah..walaupun kami dua2 berkerjaya..di rumah memang takdpt dinafikan zaujahku byk berkorban...balik rumah, main dgn anak2 yang aku tahu..seingat aku la masakan yg best yg aku masak adalah sup ikan haruan aje utk zaujahku dlm pantang...memang besar pengorbanan seorg isteri....
tu tak termasuk time melahirkan...fuhhhhsss tabahnya hati seorg wanita...
ibuku,ahliaku,anakku,kakakku,adikku,sahabatku seluruh umat seluruh alam...semoga kalian semua dlm rahmat Allah...
"Ya Allah bahagiakan kami di Jannatul FirdausMu..."
TQ Mekar n3 terbaik!
abu firdaus
salam..
..bla bla bla.. maka korang kenalah 5waktu pergi solat di masjid..
..memberi khidmat dengan sangkaan bahawa korang yang berhajat pada suami..
soalan.
1. apakah kaedah sesuai untuk saya dapatkan kebiasaan solat 5 waktu berjemaah di masjid?
2. apakah kaedah sesuai untuk saya dapatkan kebiasaan memberikan khidmat dengan sangkaan saya yang berhajat..?
jawapan.
1. saya dah berkepuk-kepuk ilmu solat dari darjah satu hingga lah peringkat varsiti, apalah kiranya saya berfikir bahawa selama belajar agama adalah hanya maklumat. saya nak solat 5 waktu berjemaah.. waduh nggak kuat, tak bisa.. wawawa malas sih.. saya solat di rumah ajer.
(saya di atas adalah seorang perempuan) tetapi sekiranya lelaki, saya di atas adalah lelaki berkerudung..ahak!
2. berkhidmat untuk negara ke? berkhidmat dengan rasa berhajat hanya akan berlaku sekiranya saya.. err susah lah nak explain hanya bila .. bagilah masa untuk agama, dapatkan talab, niat dan hajat supaya dapat amalkan agama sempurna untuk semata-mata kerana Allah, berhajat pada keredhaan Allah. orang yang berhajat adalah ciri seorang hamba. dan sesuai lah kita menjadi hamba Allah, sekiranya kita tiada berhajat, selesa, berasa cukup, dah rasa terer, dah rasa baik, dah rasa ibu dan ayah serta adik beradik pun keturunan baik.. hmm nak buat macam mana.
-ROM
..Tak cukup lagi? Korang masak lalu terkena bahang akan di jauhkan api nereka, jemur baju maka matahari akan berdoa keampunan dan akhir sekali korang akan masuk surga 500 tahun lebih awal dari suami dan menjadi ketua bidadari bla bla bla bla.. (panjang nak cerita)..
En. Hamka, ceritalah, saya rasa banyak cerita tentang akhirat yang saya tak tahu, rasa macam bersemangat jer untuk khidmat kepada suami bila terasa ada ganjaran yang besar menanti di akhirat, bukan nya nak menuntut tapi kepercayaan kepada balasan akhirat kan salah dsatu tanda beriman. apa-apa pun tetap harap keredhana Allah jua.
-kak ros
tp kan en hamka.
bab tampar 2.
bukan islam melarang seorang suami menampar isterinya ke?
pukul boleh tp jgn smp berbekas. dan hanya boleh menggunakan tangan, tak boleh pakai alat. dan xboleh sama sekali di muka.
bukan cmtu ke?
oh ya, 1 lg...
sy tringat sms yang
kenapa mengharap isteri sebaik khadijah andai diri tak sesempurna muhamad SAW.
:)
burung hantu..
pernah dengar tak..
Isteri Nabi Nuh AS, tak dapat hidayah malah termasuk golongan yang tenggelam dalam banjir
pernah dengar tak ..
Isteri Nabi Luth AS, tak terima Islam malah mendapat bala Allah
bukan semua suami tak boleh sebaik Rasulullah,
bukan semua isteri tak dapat sebaik Khadijah,
tetapi setiap seorang perlu ada keinginan untuk menjadikan Nabi SAW dan para isteri sebagi model dalam kehidupan. perlu ada usaha ke arah penambah baikan dari segi kefahaman islam, pengorbanan jiwa dan perasaan dan paling utama beristiqamah pada amalan agama yang baik2 yang sedia ada di dalam kehidupan dengan menghidupkan amalan Sunnah Nabi SAW.
-ahliah josh!
muahaha.. saya dah copy content.. but.. don't worry.. ader link back.. muahaha
I was about to complain about my encik. Then, hati terbuka nak buka blog ni. Terus insaf. Dari penat marah2 tu, terus sejuk.
Lepas ni nak salam cium tangan. heheh
time aku bace entry ni aku ade rase bias sket heheh tp xpe..aku sebagai wanita berterima kasih krn ko ingtkan kami dlm entry ni
suami pon kena la faham..isteri tu penat.wanita ni emosi die xbape nk tentu..
mcm satu kisah..umar al khattab kalau xclap..ke hadis nabi ye?kalau siapa ingt harap boleh betulkan..
seorng mengadu ttg isterinya yg suke membebel..kate org itu..isterimu telah menjaga anak2mu,pakaian mu,makan mu,rumah mu..kamu hanya perlu mendengar isteri mu membebel je.maka bersabar la...
xclap aku umar alkhattab yang cakap benda ni..
sgt kagum dan sgt menginsafkan...
Err.. Aku ni student agi... so, bab2 rumah tangga ni aku x brape paham lg.. Tp xpe boleh buat pengajaran utk masa depan..!
Ya Allah,
Kalau macam tulah pahala Allah nak bagi,esok juga saya nak kahwin uhuk3
Thanx,peringatan yg mantop
salam.
saya nak c&p di blog ya agar suami/isteri membacanya juga.
Terimakasih Saudara Hamka.
InsyaAllah. Suamiku Syurgaku.
Mereka hidup dalam keadaan letrik tak ada, air kena ambik dari telaga, baju kena basuh dekat sungai, susu kena perah dari tetek lembu, masak roti guna tahik lembu sebagai bahan bakar, tepung kena tumbuk dengan batu.., tidur hanya di atas tanah dan rumah di buat dari tanah liat, dan mereka hidup sepeti ‘hamba’ kepada suami masing masing, lepas tu jika silap mereka akan di rotan, dan malam hari masih ada kerja dari suami kepada isteri, yang mana isteri dibogelkan suami lalu dintindih sepanjang malam..., rumah tiada Astro, DVD, atau kalkulator..,
kat rumah kena ada kalkulator ke baru best?
Dan sesungguhnya tugas isteri adalah melayan suami dan mendidik anak. Aku amat bersyukur mempunyai suami yang memahami. Abang menganggap kerja rumah bukan tugas isteri lalu bersama-sama melakukan kerja rumah. Bila terdengar azan beliau ke masjid. Bila aku teremosi abang mengingatkan dengan lemah lembut. Abang juga tak kisah kalau aku menasihatinya jika dia tersalah. Abang tak ego. Abang pun kata beliau tak sanggup berpoligami kerana abang kata dia tak mempu. Semoga kami akan terus bercinta sehingga ke syurga.
salam en hamka dan lain2..
good entry.. tp suami2 harus igt menolong isteri dpt pahala tau. Rasulullah pun tolong isteri2 baginda.
Allah sudah hantar ana ke negeri tuan...
Salam....perempuan yg baik untuk lelaki yg baik2...begitu juga sebaliknya..(selalu dengar ayat nih)
p/s-tapi kalau lelaki/perempuan yg BAIK dapat yg tk berapa nak baik anggap la itu DUGAAN tuhan...sabarla selagi boleh bersabar..dan jika yg perempuan/lelaki yg sedar diri tu TK BERAPA BAIK tp mendapat pasangan yg baik itu REZEKI dariNYA..syukurrr...
~ISTERI itu ANUGERAH~
HaGiMaRu
Nice entry :) Tumpang tanya(sbb you mention "...dalam kitab..."), so:
Specifically, kat dalam Quran (I assume "kitab" yang you maksudkan itu ialah Al-Quran...), Surah mana dan ayat keberapa yang ngatakan syurga kat kaki suami?
salam buzrukoo hamka.
kawan rasa entry kali ini agak buyers kepada laki. mesti ramai masturat (ppuan) di luar sana yang setuju!!! Untuk seimbangkan keadaan,kawan cadangkan tuan kena buat pula entry khas untuk suami- ambil contoh akhlak Rasulallah & sahabat khidmat kepada isteri. Kawan bukan ape, kawan panas telinga kalu ppuan yg tk paham agama memutar belitkan keadaan. tgk aje la kepada isu poligami, asalnya suci maksud & tujuannya,akhirnya jadi isu sensitif kepada wanita,akibat laki2 yg prasan bagus nak amal sunnah nabi, katanya lah.. porah, sunnah fardu atas fardu xnk buat!!!
Harap dipertimbangkan wahai shabat...
sokong.
buat nota ingatan untuk pengantin lelaki plak lepas ni. mungkin jgk nota untuk kaum pengantin lelaki dan mungkin juga nota untuk pakcik hamka sendiri =)
sokong.
buat nota ingatan untuk pengantin lelaki plak lepas ni. mungkin jgk nota untuk kaum pengantin lelaki dan mungkin juga nota untuk pakcik hamka sendiri =)
lengkuk~
Lepas kahwin, ada yang mati dahulu, yang bahagia akan merana, yang derita akan bahagia.., woha!
-------------
charisteas86
picit kepala biasa dapat emas dan perak, gangsa takde, he he
-------------
Brahim Nyior
Natasha Hudson dah bercerai?
Katakan, apa yang perlu aku buat sekarang?
------------
aishah_conteng_je
Dalam drama TV melayu, banyak gambarkan isteri yang cakap tinggi tinggi suara dengan suami.., oh.., reality..
--------------
Khairi
Yang ada isteri, ada masa dihujung minggu, bawak isteri ziarah orang sakit, banyak faedahnya..
------------
-putat-
: )
--------------
i-SYA
blog tu, ok..., ulasan filem porno melayu dan filem tempatan juga ok..
--------------
azharjaafar
dah sorang tu jer isteri dia, kena tindinhlah siang malam..
--------------
ziarah76
Lalu isteri bertanya: nak buat taklim ni sampai bila bang?
Jawab aku: sampai mati..
-------------
Ann
Biarlah perempuan layan aku macam hamba melayan raja, tetapi di hatiku mereka bukan hamba tapi permasuri hatiku..
Err, teh tarik satu tuan puteri..
Woha!
---------------
uan609
Lagu To’ki!
---------------
vanjenazah
Akupun!
------------
Yanz
Sama sama
------------
Norimie Sulaiman
Nanti jangan lupa bagi pakcik bunga telur..
------------
faz
InsyAllah..
--------------
imammuda
Baru hari ni kau respek aku, bukankah esok lusa kita akan jadi mayat?
-------------------
Anak Pendang Sekeluarga
Datanglah rumah aku, InsYAllah aku takde kat rumah.., : )
Aku yang berhajat pada usaha ugama..
---------------
4L-F4Ri3D
: )
------------------
~mR COol~
Lepas kahwin, isteri kena ikut cakap suami, ‘derhaka’ kat Mak kerana suami takpe..
Tapi suami, tetap kena ikut cakap mak, ‘derhaka’ kat isteri kerana Mak, takpe..
-----------------
maiyah
hehe
---------------
Nasir_Penang
He he
----------------
Yazid
Ini semua bab hati, tangan buat kerja tapi hati caca merba..oh
--------------
AuRorA DiAnA
=)
----------------
PonTianaK DegiL
Tahniah kepada pengkomen pertama.., isteri kamu memang best..
---------------
kuyie
hahaha~
-----------------
abu firdaus
"Ya Allah bahagiakan kami di Jannatul FirdausMu..."
(dah lama orang tak panggi aku dengan nama Mekar, ramak kawan kawan kampong yang panggil aku dengan nama Mekar, dah jadi mayat..)
----------------
-ROM
Bagus kau ni, sendiri Tanya sendiri jawab dan aku di sini, sendiri mau ingat..
--------------
-kak ros
Cuba Tanya pakcik google.., InsyAllah ada banyak blog yang cerita tentang “kelebihan wanita”
: )
----------------
Burung Hantu
Alahai tak boleh pukul, tindihpun boleh..
-------------------
-ahliah josh!
Woha!
------------------
Kay_amx
Tahu takpe..
---------------------
Belle
Dan peluk kaki suami mintak maaf.., oh terharunya!
------------------
@LiYaNNuaR
: )
-----------------
Farhe
Heh
---------------
Jewel Lover
Esok, jumpa kat pejabat Kadi negeri mana?
--------------------
kakchik
Boleh..
------------------
Linda
Juga maduku shurgaku.., boleh?
------------
eksp
Kat Malaysia, kerajaan cakap, satu rumah satu computer, tapi kat sana, satu rumah satu kalkulator pun belum planning lagi..
-----------------
Hasbullah Salih
Jumpalah dengan semua orang islam di sini..
----------------
HaGiMaRu
Macam ayat Rahim Razali dalam filem cinta jer.
-------------
insan_fakir_iman
coming soon..
---------------
anony
akupun sokong.
Mula-mula baca N3 ni rasa macam saudara berat sebelah. Baca, baca dan baca hingga selesai, menginsafkan.
Terima kasih atas ingatan dan nasihat.
kepada Hasbullah Salleh
Keluar route mana?
ada sampai area bukit payong tak?
kalau ada mari la jumpa saya yang lemah ini...boleh dengar awk cakap agama,cakap kebesaran allah, cerita kisah nabi dan sahabat
""Tapi aku tengok zaman sekarang, ramai perempuan yang selamba jer marah marah kat suami, siap tinggi suara lagi sehingga aku yang duduk sebelah rumahpun boleh dengar.., lepas tu berleter kat suami macam ibu yang berleter pada anaknya, tapi suami diam sahaja sebab takut kat bini, apa punya dayus ntah?""
>>>TERKADANG SUAMI PUN KNE PHAM GAK PASAI PA ISTERI ASIK MARA2 JE ...MGKIN HORMON TAK STABIL KER...ATAUPUN SI SUAMI BG SERVIS TAK BGUS KER..TAK PUAS AGAKNYE.TU YG NYEBBKN ISTERI MCM NK MARA2 TU..KLU SI SUAMI BG SERVIS BAGUIH PUNYA SI ISTERI TAK KAN MEMBEBEL NYE...MALAH MAKIN SYG PD SUAMI..TERASA SUME PROBLEM RINGAN ..INSYAALAH
- Isteri sanggup kuar sama2 cari nafkah utk bantu suami... kadang2 keje nyer lebih teruk dr si suami.. waktu utk isteri sudah kurang lebih 8jam...
- Blk, keje dlm umah lak, juga isteri.. 100% isteri... lyn anak, lyn suami, demi mendapat keredhaan suami... tanpa mengeluh..
- Suami? keje 8jam... pastu blk... KOPI 1 SENAH... aaa.. esok nk RM10 nk isi minyak kete pi keje...
- belanje umah 50-50 sama rata.. kdg2 lebih kpd isteri 70%.. sbb idup ini satu perkongsian kan kan...
huhuhu.... zaman skrg...
salam...
bkn lagu t0k'ki la
ad0iiiyaiiii
adakah wanita dihargai jika dia 100% berkhidmat untuk suami?
yg menghargai cuma Allah s.wt...
Lelaki tidak pernah puas, jauh lagi menghargai..
p/s: sukarnya menguasai bahasa org lelaki.... dibadai asmara
Buat la apa yang ISLAM suruh buat:)
-ikhwanmuda-
Para / bakal isteri...
kalau rasa entry ni mcm berat sebelah, cuba andaikan suami tu kepada Emak / Bapa anda (bab tindih2 tu jgn la andaikan plak)...
hmm..
cerita bot-bot besar memang korang suker kan, tapi amal agama masih takuk lama, sedar la skit, sapa-sapa yang belum rasa nak baiki iman dan amal, buatlah keputusan cepat-cepat k. ummat menderita, ada 2 jer kerja iaitu hijrah dan nusrah..
sapa ada cuti pi hijrah/khuruj
sapa tak der cuti pi nusrah/bantu jemaah buat amal masjid tempatan.
-ahliah josh
vanjenazah saya la ni kt kbg bjuk, lps zohor bru dpt route. dgr2 mcm nk ke paka. bkt pyung dkt dgn kbg bjuk sini kn? .**
tuan hamka! tuan halqah mana ye?
Hasbullah Salleh
Haah Bukit Payong dekat je dengan Kubang Bujuk
Saya lemah iman
Doakan saya dan isteri agar diberi hidayat oleh Allah
-neena-
bestnye dapat suami cam hamka..pandai agama.. nampak cam pandai hargai isteri..harap2 sy dapat suami cam ni suatu hari nanti..
suami kalu ade agama,InsyaAllah, rumah tangga ok..
Doakan aku mendapat suami yg boleh membimbing aku ke syurga...
AKu ada soklan::
1) Apa hukumnya siibu tidak mahu menghalalkan apa yg diberikan kepada anaknya hatta setitik susu pun kerana anak lelakinya mahu kawen lain kerna mahu menghindari zina?
2) Apa plak halnya dgn si isteri yang tidak mengizinkan si suaminya berkahwin lain. Betulker kalau si suami berzina, si isteri plak menanggung dosa zina suaminya kerna tak izinkan sisuami kawen lain?
Sekian, Makasih Hamka...
Wassalam.
entry ni wat aku menangis lagi... semalam aku cium tangan suami aku.. aku cakap 'minta maaf banyak2 sebab selalu buat salah' kemudian aku peluk suami erat2... aku cakap "yang ni kereta mayat suruh" hehehe... saja je wat lawak dgn suami... TQ saudara Hamka... rasanya entri yg ni buat isteri2 insaf... aku harap suami aku redha dgn aku..
Hasbullah Salleh & vanjenazah;
Aku kat Kepong. Tak nok jupe ke? Mari la jalang-jalang..
Sori la Hamka.. Gangguang sket..
"Sesungguhnya di akhir zaman, hanya dua golongan yang terselamat dari fitnah Dajjal iaitu Lelaki yang banyak habiskan masa di masjid dan Wanita yang banyak habiskan masa di rumah."
- Byk drama2 Melayu suka tunjuk wanita zaman skrg ni moden, suka pndg rendah pada suami,kerja lg hebat dr suami so, bleh tinggi suara pada suami smpi suami pun ikut tunjuk isteri je..hampeh betul. cuba la bykkan cerita teladan mcm drama "Miftahul Jamilah".
Nway, bagus entri ni! 10/10..Sgt2 membuka minda dan hati utk muhasabah diri ni semula:) terima kasih abang sbb suruh baca isteri mu ini baca bLog keretamayat ^_^
TAKLIM DI RUMAH --- Tabligh Amalan Kerasulan Limpahan Iman Mujahadah... Dakwah llallah.. Ramailah Ummat Muhammad Allah Hadiahkan...
Taklim-taklimkan hadis Rasulullah
iblis terseksa, ummat dipelihara
hidupkan Sunnah di rumah-rumah
Dunia akhirat aman sejahtera...
amin...
Kunang-Kunang
Aku menulis entry ini selepas sorang wanita datang mengadu tentang masalah hidup pada hari raya haji baru baru ni, si wanita itu mengeluh tentang suami yang tidak menolong kerja rumah, beban rumah bertimbun, buat beliau penat dan sedih..., buat dia marahkan suami lepas tu tak bertegur sapa selama bebarapa hari...
Siapa yang menang? Suami atau isteri? Dah tentu syaitan...
Lalu, apa yang aku nasihat pada wanita tu, aku tulis balik kat blog sebab aku rasa elok jika seluruh dunia berkongsi nota...
Dan wanita tu dah beretegur sapa dengan suaminya, Alhamdulillah..
Terima kasih juga kepada puan.
-------------
vanjenazah
aku ada kakak ipar yang duduk bukit payung!
--------------
tholhah
baca komen paling first..., itu intro untuk entry buat suami (lain kali)]
----------------
Senah
KOPI 1 SENAH...
Ps: esok nak RM10 nk isi minyak kete pi keje, he he
----------------
Grave Members
Adanya Orang lelaki bukan untuk di fahami, tapi untuk di khidmati..
Selamat berkhidmat pada ugama, suami, anak suami, harta suami, dan kerja!
----------------
-ikhwanmuda-
Yup!
----------------
Sedarkan aku
Kalau rasa berat sebelah lagi, cuba rujuk tempat kerja, kalau bos kita buat salah, boleh kita marah dan tengking bos kita,? Kena buang kerjalah nampaknya, kita taat arahan bos setia gila babi, jika bos silap, kita tegur secara lemah lembut..., tapi suami buat silap, tak bertegur dengan suami seminggu apa kes? Ada korang bergaduh dengan bos sampai tak bercakap, tak de kan?
Suami kita bos...
------------
-ahliah josh
Ok, abang pergilah ni...
Err, buat teh satu dulu, boleh tak?..
-----------------
Hasbullah Salih
Aku sebelah halqah marang, tapi sayang aku bermusafir di sana kerana tempat aku kerja adalah di Pahang.., kirim salam kepada fauzi fikirman...,
...
--------------
-neena-
Secara teori aku ni Nampak best, tapi hakikatnya, ketiak aku masam, tahi hidung aku masin, dan tahuk aku busuk, dan tahik lalat ada merata di badan dengan warna yang gelap, so, aku sama sajer macam manusia lain, tak pernah cukur bulu kening..
(apa aku merepek?)
------------------
~ n0ra ~
Bila ibu tak nak halal susunya.., biasanya si ibu menguncapkan kerana si ibu sangat berharap anak mengikut cakapnya.., walaupun halal susu atau haram susu masih boleh di bahaskan kerana menyusu dah lama, tapi tidak redhanya ibu kepada anak, tetap akan buat anak merana di akhirat…
Jadi anak yang bersalah dalam hal ini kerana gagal pujuk ibunya…, dan apabila si anak takut berzina, tapi ibu tak bagi kahwin, sekarang tinggal dua pilihan, derhaka pada ibu atau melancap? Maka ambiklah dosa yang ringan antara dua dosa…
Bab isteri tak bagi poligami memang salah isteri jika tak mampu puaskan nafsu serakah suami atau isteri ada sakit.., tapi jika suami berzina sebab isteri tak bagi poligami itu bodoh bagi pihak lelaki.., dosa zina dapat kat suamilah.., sekarang tinggal dua pilihan, berzina atau melancap? Maka ambiklah dosa yang ringan antara dua dosa…
Eh, macam melancap sahaja dapat menyelesaikan masalah kat atas?…
Teruk aku ni, inilah padahnya bila bukan ustaz menjawab soalan ugama, lain kali rujuk ustaz, ok..
----------------
ryina ikhwan
aku dan isteri aku tiba tiba click blog kamu lalu baca entry terbaru kamu dan tersenyum…
kirim salam kami berdua kat suami..
: )
--------------------
Azharjaafar
Tadok hal
-------------------
Ibrahim & Jihan
Cakap pasal 10/10…, baru ni ada member aku tanya, kau ujian MUET dapat Band berapa?
Aku senyap..
Band 4?
Aku geleng..
Bend 3?
Taklah, aku Band ten (Ben10),
Woha!
Abu Amar, aku post kau post.., dah termiss nak komen..
: )
Trima kasih Hamka.
Jawapan kau menenangkan hati.
Wassalam.
yg pasti takkan dpt ubah ape2.. isteri tetap kene patuh suami.
so, isteri jgn byk songeh. ikhlaskan hati..
ingtan utk diri sendiri~
salam, entry ni memang sesuai untuk bacaan wanita, tidak begitu sesuai untuk bacaan jejaka..
jom tgk nih..
http://www.youtube.com/watch?v=DSEsUZIT6d8
haha. mule2 saye bace pon rase cam bias. yela, memgla isteri kene taat. kalau isteri buat semua keje lengkap perfect jage umah makan minum suami anak2, tapi kalau suami dah pemalas tahap dinasor tamau keje, tamau crik nafkah, duk melingkar depan tv, amik duit bini beli nombor ekor kalau kalah pukul bini jugak, ape jadah nye tu?
haha saye belum kawin, juz amik contoh pasangan yg pernah dijumpai.
nasib baikla 1st komen tu dah membetulkan keadaan.
apepun entry yg baik untuk jadi iktibar. :')
p/s: jgn fire saye, biasela pompuan kan emo sikit. tapi aku da insaf haaha
woha! woha! en kereta mayat and saudara abu amr masuk blog aku siap signature sekali... terharunya ... macam dapat mas keping! hihihi... tq untuk saudara berdua... dan doakan juga spy saya dan isteri2 kat sini dgr cakap suami n jgn byk songeh.. apala sgt beralah dgn suami sdgkan isteri masuk 500 th lebih awal ke syurga... kan? kan? lagipun semua tu jasad je kan... dah mati tinggal rangka je! nak rebut wat apa kan?
betol tuh, bukan bias, bukan berat sebelah, tapi untuk kesejahteraan para isteri di akhirat sana...
sharing is caring... aku pulak termeleleh air mata... uwaaa... so touching la bro Hamka... huhu
Salam,
Alhamdulillah, thanks atas peringatan2 yang sangat bagus untuk isteri2. Cuma saya nak tambah sedikit nasihat2 untuk isteri2 yang dizalimi oleh suaminya. Contoh:
1. Suami yang tidak memberi nafkah pada keluarga dan dengan dayusnya makan hasil titik peluh isteri.
2. Memukul isteri dengan cara yang tidak dibenarkan oleh agama (tempeleng tu termasuklah).
Dua contoh je la, sebab ini yang paling banyak berlaku sekarang ini.
Tindakan yang paling bijak ialah mengadu di pejabat agama. Ada saluran untuk anda bertindak. Bukalah mata. Islam adalah agama yang sangat membela wanita. Membebel atau menengking pada suami adalah satu tindakan yang agak bodoh. Ingat, apa2 tindakan yang berbaur emosi adalah tindakan yang tidak bijak.
Satu lagi tindakan yang salah ialah terus taat pada suami sebegitu. Terus taat akan bermaksud membiarkan dia terus-terusan dalam keadaan membuat dosa. Jadi bagaimana caranya untuk membantu dia meninggalkan dosa itu? Bertindaklah dengan bijak seperti yang disarankan di atas tadi.
Suami adalah seperti raja. Raja adil, raja disembah, raja zalim, raja disanggah... daulat tuanku!!
Buat para suami, darjat, kuasa dan taraf yang tinggi yang Allah anugerahkan pada kalian adalah satu anugerah dan boleh juga menjadi satu ujian. Beringat saja pada Iblis yang dulunya darjat dan pangkatnya adalah yang tertinggi di kalangan para hamba. (Ketua segala Abid). Kemudian jatuh tersungkur lantaran egonya merasa dirinya patut dihormati dan tak mahu menghormati hamba yang lebih rendah darinya.
Salam,
Ada satu kemusykilanlah. Apa hukumnya lelaki yang menderhaka pada kedua orang ibu bapa mertuanya, dan apa hukum perempuan menderhaka pada kedua orang ibu bapa mertuanya. Jarang orang buka kes ni padahal sangat banyak berlaku. Setahu saya ibu bapa mertua adalah umpama ibu bapa kandung sebab once dah berkahwin dengan anaknya, haram untuk dia berkahwin dengan ibu bapa mertuanya walaupun die telah berpisah dengan anaknya.
Adakah darjat ibu bapa mertua adalah sama dengan ibu bapa kandung?
Sesiapa yang arif tentang isu ni bolehla dikongsikan bersama. Dan mohon jelaskan ada tak perbezaan tahap pematuhan antara seorang suami dengan ibu bapa mertuanya dan tahap pematuhan antara seorang isteri denagn ibu bapa mertuanya.
hamka, mintak copypaste kat blog aku ek..dah copypaste pun.. haha....tq..
salam..
dalam rumah ku ada shurga?..
serasanya tiada, kerana amalan ziarah menziarahi tiada, rumah jiran sebelah kiri dan kanan jer menjengah, dua belah kiri, dua belah kanan tak pernah menjejak..
apatah lagi setaman, sekampung.
bahagia rumah dimana?
serasa tiada apabila isteri tidak terdidik dengan agama dan amalan Sunnah Nabi SAW, bahagiakah suami melayan keletah anak-anak, walhal demi cintanya Ibrahim AS, mendakap satu-satu anaknya pun hingga bertahun-tahun menggunung rindu tertahan.
nak pergi solat jemaah pun tak dapat diistiqamahkan kerana anak, isteri dan kerenah duniawi memintas istiqamah.
hmm, pada tahap ini apa die ukuran iman, jelas masih ada ruang untuk perbaiki..
Hamka, agak-agak nye lah berapa lamakah seseorang boleh memilih dosa yang ringan sehinggakan tidak terasa ringannya dosa malah terasa best hingga istiqamah! ahak!
no..no..no bukan itu, tapi macam kes lengahkan solat dan menyimpan wuduk untuk doa solat seperti zohor pukul 4.00 dan asar kul 4.30 petang... oh! iman lemah
-ahliah josh
~ n0ra ~
Errr, sama sama.
: )
--------------
MakTEH
Ada hadith lebih kurang maksud:
Jika isteri meyapu tapak kaki suami dengan mukanya pun masih belum mencapai tahap khidmat…
-------------
Halya
Betul…, lelaki baca jadi bias..
-------------------
ryina ikhwan
sebulan sekali pun payah aku nak tinggal komen kat blog orang, tahniah!
--------------
WeLove|sLam
Ada juga hadith yang bagitahu jika manusia boleh sujud sesame manusia, maka dah tentu perempuan kena sujud pada suaminya…
-----------------
Norshuhada
Ada lelaki yang kahwin, keduan mengutamakan ibu bapa mertua lebih dari ibu bapa sendiri.., mak pun terasa hati, bila mati, suami yang kena..
Mak mertua tak meneran kita waktu lahir, sedang kita buat apapun nak balas jasa meneran mak satu kali punya teran pun tak terbayar…
So, derhaka hanya tertaluk pada mak bapak, mak mertua tak mencapai darjat macam mak kandung..
Tapi berbeza dengan perempuan, bila kahiwn dengan suami, maka menggembirakn suami adalah tugasnya, dah tentu suami suka jika isteri ambik berat ibu bapanya…
Ada perempuan bila kahwin nak adil.., mana boleh? Lelaki wajib taat mak bapaknya lebih dari mak mertua….
Korang suka anak lelaki tak balik beraya sebab takut pada bini?
Dah, tahun depan, raya pertama rumah abang!
----------------
J.E.F.R.I
No problem..
--------------
ahliah josh
Berdosalah mereka yang mengumpulkan dua solat (kecuali musafir dan yang semakna dengannya)
Salaam~
pakcik,entri yg berguna utk sy yg bakal grad thn depan...
haha ada kaitan ke?
ada2;p
'Sesungguhnya, isteri yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah semua pintu-
pintu neraka dan terbukalah pintu-pintu syurga. Maka masuklah korang dari mana-mana
pintu yang korang kehendaki tanpa dihisab...'
Baca mcm senang je nak masuk syurga.tp sebenarnya susah...nama pun syurga kn?
Salam,
Thanks for clarification. Hmmm... Betul, memang susah nak berlaku adil pada kedua-dua belah pihak. Saya setuju yang itu. Cuma ada beberapa perkara yang saya perlukan penjelasan lagi. Rasanya elok saya bagi contoh supaya lebih jelas.
Maaf, contoh balik kampung tu isu remeh bagi saya. Dalam kebiasaan family saya sendiri, tak pernah seumur hidup mak saya selepas berkahwin dgn bapa saya, dia beraya pertama rumah nenek saya sebelah mak (mungkin bagi saudara ia contoh saje, tapi bagi saya itu contoh yang remeh.. hehehe). Saya rasa ramai isteri yang boleh ikut benda ni.
Ok, contoh pertama yang saya nak utarakan:
Berlaku isu hangat dalam keluarga. Si isteri merasakan perlu campur tangan orang luar sebab dia tak mampu menangani suami dia ni. Dia minta campur tangan kedua2 belah pihak, orang terdekat sebelah suami dia dan pihak dia sendiri, disebabkan sebelah suami dah tiada ibu bapa, jadi ibu bapa sebelah perempuan cuba memberi nasihat yang sangaaattt lemah lembut, tetapi sayangnya sisuami mengugut isterinya dengan berkata, “kalau saya jumpa mak bapak awak, saya tak teragak2 nak tengking mak bapak awak”. Apabila ibu bapa sebelah isteri mengetahui kata2 menantu dia ni, dia sangat berkecil hati sampai menitiskan air mata dan terlepas dari mulut dia yang menantu dia ni menantu derhaka.
Contoh kedua:
Suami memulaukan kedua ibu bapa mertuanya. Bila ibu bapa berziarah kerumahnya, terus masuk ke bilik mengunci diri tanpa bertegur sapa langsung dengan ibu bapa mertuanya. (Aduh, kasihan betul kes yang sebegini lagi2 bila ibu bapa tu ada seorang saje anak perempuan, bila anak perempuannya diambil terus diperlakukan begitu, nanti kalau saudara jadi bapa mertua, mungkin akan faham perasaan tu). Ada yang lebih parah, duduk menumpang rumah ibu bapa isterinya tapi tak mahu bertegur dengan ibu bapa mertuanya. Makan minumnya kena dihidangkan dalam bilik macam putera raja.
Memang jelaslah tindakan suami tu tak wajar. Tapi adakah tahap tidak hormatnya dia pada orang tua mertuanya tu sama tahap seperti seseorang yang tidak hormat kepada orang – orang tua secara umum? Kederhakaannya tu adakah tahap biasa2 aje macam seseorang melawan cakap pak cik mak cik tepi jalan? Dari sisi Islam sendiri macam mana ya?
norshuhada:
pendapat saya tentang hal di atas:
there are two types of good in this world - religious good and moral good.
problem arise when people separate those 2 goods.. eg:
1- religious people who wakes up at nightime doing solat sunat, have a good relationship with Allah, but acts very poorly with human, tengking mak bapak, tipu syarikat, etc
2- unreligious people who does good deeds, respectable towards others, give sadaqah, world peace etc, without having faith in Allah (contoh nya masyarakat barat laa ni.. diorang ni banyak yang baik2, cuma tak percaya tuhan jee)
so, kita sebagai muslim, dalam Alquran ada sebut (maaf, saya tak dapat quote ayat mana) yang kebaikan adalah kombinasi antara religious good dan moral good ini.. jadi, pendapat saya, kalaupon tiada hukum mengatakan seorang suami/isteri wajib berbuat taat kepada mertua, mereka masih mempunyai tanggungjawab terhadap moral good ini..
*ishk bleh kee saya nyebok bagi pendapat ni? maaf laa ye..
huish..terima kasih untuk peringatan n nasihat ni..
kene pikir banyak2 kali ni, dah bersedia ke untuk kahwin? risau pulak huhu
saya hanya ada emak..
bila isteri tinggi suara mesti ada sebab :
isteri mana leh tahan bila suami asik balik lewat malam?
isteri mana leh tahan bila suami asik bergayut 24 jam ?
isteri mana leh tahan bila suami dok asik melepak ngan kengkawan cam orang bujang ?
isteri mana leh tahan bila tiap2 ujung bulan gaji tak pernah yang sampai kat tangan ?
isteri mana leh tahan bila penat2 dah masak suami balik wat dek je tak nak makan ?
isteri mana leh tahan bila dah penat2 melayan satu pujian pun tak pernah suami ucapkan ?
isteri mana yang betul2 leh tahan bila dah susah payah berkorban aleh2 suami bukak cawangan ????
lu fikir la sendiri...
gunung tahan pun tak leh tahan tengok perangai suami cam jemuan!!!!
Salam,
Thanks Hilya for your respond. Relious good insya Allah senang di kenalpasti. Religous yang membuahkan akhlak yang baik tu yang susah nak dicari walaupun dalam diri sendiri. Kepada Allah sajelah berserah segalanya.
Salam,
Norainimy: Saya doakan awak diketemukan dengan seorang suami dan ibu bapa mertua yang tidak mementingkan diri sendiri insya-Allah... Sedih saya bila mengenangkan ibu atau bapa yang menjadi sebatang kara bilamana dia ada seorang anak perempuan je untuk dia bermanja, dapat pulak menantu dari keluarga yang mementingkan diri sendiri... terus dibuang je ibu isterinya sendiri..
hamka
kakak ipar mung duk taman mana?
baru ni bukit payong banjir
rumah aku air naik takat dada itik dan takat lutut aku
kahwin sush, x kawin lg sush..org duk mengata..tp hormat ibu lagi mudah kot..
Salam Hamka,
Hidup sandar menyandar.. jika mahu isteri bersabar, suami juga perlu bersabar. Jika mahu isteri baik suami dulu yg perlu baik, hakikatnya telah disebut bahawa wanita bersifat sperti tulang rusuk lelaki, jika mahu melenturnya daripada bengkok ia akan patah, namun jika dibiarkan ia akan terus bengkok..
Beruntung jika suami dapat isteri yg berusaha sabar dgn kerenah suami.
Beruntung isteri dapat suami yg benar2 memimpin (imam).
Jadi sama2lah berusaha agar wujud mawaddatan warahmah antara keduanya.
tidak adil dibebankan kpd isteri sahaja atau suami sahaja.
sesungguhnya Allah tak bezakan antara lelaki dan perempuan. Siapa sahaja yg bertakwa maka dia layak ke syurgaNya.
Selalu baca N3 tuan, tp ini first time komen.
Terima kasih krn memberi peringatan yg amat berharga.
... tengok tak filem wanita berkalong sorban... ada isu tentang ketaatan isteri kepada suami. malangnya suami yang dinikahi atas alasan untuk mengukuhkan silaturrahim dan menjaga pemusafiran itu seorang yang kasar dan tidak menghormati isterinya. Bahkan untuk bersama juga dikasari sehingga trauma si perempuan.
apabila dia menyuarakan hasrat bercerai ibunya menyuruh dia beristighfar. Dalam keadaan tertekan ditambah hatinya dimiliki oleh orang lain, terpaksalah dia mencari jalan yang lebih buruk untuk bercerai kerana kebebasan dengan cara baik tidak diendahkan.
tiada siapa yang mahukan perceraian atau pergaduhan dalam rumahtangga tetapi jika keadaan yang teruk sehingga menggugat diri dan hubungan dengan keluarga, nampaknya kebebasan itulah kebahagiaan.
sekiranya terus duduk bersama orang yang tidak disukai kerana sikapnya, berdosalah si isteri yang selalu derhaka walaupun di dlam hati.
lepas bc blog ni mmg memberi kesan kpd sy tentang seramnye berumahtangga. takutnye sekiranye mendapat suami yg menguji ketaatan kite pdnye. jadi, marilah kite same2 mernung2 kate2 ini yg telah lame sy simpan utk renungan bersama. dn kate2 ini juga telah menjadi entri utk blog sy kali ini. sungguh memberi kesan entri rumah mayat kali ini. ini kali ke 2 sy memberi komen disini. hehe.
Wanita : Akal Senipis Rambutnya
Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah
Anamunawwarah
Kalau senang, macam mana pula neraka boleh ramai wanita di dalamnya..
-------------
Norshuhada
Itu termasuk dalam bab akhlak..
Nabi bersabda: bukan ummatku mereka yang tidak hormat pada orang tua..
Ps: raya tahun depan, hari raya pertama, awak kena beraya di kubur mak saya!
--------------------
Halya
Oklah.., lagi nagus kau pakai dalil Nas..
---------------
napisah.
Risau hanya untuk akhirat…
--------------
Norainy
Sebelum ada suami, berkhidmat dengan mak pun besar pahalanya…
------------------
Carwashku
Boleh tahan?
Tapi kata Dato’ siti.,
“Tak kan mungkin kita bertahan, hidup dalam bersendirian..”
Woha!
----------------
Vanjenazah
Kampung bukit chendana.., wakaf dua
-------------
tal8497
hormat ibu lebih mudah sebab ibu bersifat mengalah, tapi hormat suami payah sikit sebab lelaki bersifat ego dan nak menang.., tau takpe..
-----------------
bebas
tengok tak filem perang wanita kena tangkap lepas tu kena rogol dan jadi hamba abdi, kalu melawan kena bunuh…
pengajaran: apa sangat susahnya berkhidmat dengan suami di Negara yang aman..
-----------------
MakTEH
Perempaun cukup bangga menyanyi lagu Seksis Anita serawak kenara lagu itu menunjukkan perempuan boleh menguasai leleki..
Well, lirik lagu dan lagu itu di buat oleh lelaki…
Ps: Lelaki Akal seteal hutan tebal..
assalamualaikum,
dah lama aku follow dan baca blog ni. alhamdulillah..entry2 tuan banyak menginsafkan saya.
post kali ni benar2 meruntun jiwa saya sehingga memaksa saya untuk komen.
saya pada tarikh ini masih lagi dalam fasa pergaduhan dengan isteri. beberapa ciri2 negetif/tak betul dalam cerita tuan ada pada isteri dan saya.
bila mengenangkan itu (isteri membebel/menengking, tidak menghormati suami, merungut tak sudah2 dsb) dan saya selalunya hanya mendiam diri dan mengikut sahaja apa yang dibebelkan (kerana saya tidak mahu timbul pertengkaran dan mengakibatkan penceraian) terasa seolah2 dayusnya saya sebagai seorang suami.
jika saya berdiam diri, segalanya berjalan seperti biasa. tetapi jika saya menjawab maka akan berlaku pertengkaran (saya menjawab bilamana saya tidak tahan lagi dengan bebelan/perangai nya) seperti yang berlaku pada saya sekarang.
pertengkaran akan membawa kepada merajuk (isteri) yang sehingga berhari2 tidak bertegur sapa. selalunya saya yang akan memujuk (menangis merayu2) dia. saya sanggup mengangis kerana saya sayangkan dia dan tidak sanggup bercerai berai. kasihan pada anak yang masih kecil.
saya sangat tertekan...
perkara di atas berlaku berulang kali (jika terdapat perselisihan dan kecik hati isteri terhadap saya). jika mampu saya hanya mendiam diri, jika tidak saya juga akan melawan, meninggi suara.
saya sudah tidak tahan...
saya memikirkan untuk bercerai..tapi bila menatap wajah anak, hati saya jadi sayu. saya menangis.
tuan hamka,
saya mengaku bahawa apa yang berlaku adalah atas kelemahan dan kekurangan ilmu dalam berumah tangga (saya juga kekurangan iman dan meringankan solat).
mohon tuan hamka menasihatkan saya..
apakah suasana/situasi yang dikatakan suami itu dayus?
bagaimanakah keadaannya yang dibolehkan perceraian itu berlaku?
apa2 saja nasihat yang berkaitan.
saya selalu menangis kerana isteri dan tidak kerana ALLAH...astagfirullah
Salam,
maafkan aku utk komen utk kali kedua...adalah menjadi kebiasaan aku utk singgah di sini utk kutip apa yg baik dr entry dan komen pembaca yg budiman utk diterapkan dlm kehidupan aku dan keluarga ke arah yg lebih baik..insya Allah.
aku terkesan pd komen suami H20 mata,
sebenarnya aku bukan dikalangan org yang baik2...bagi aku mungkin Allah mau tingkatkan iman tuan dgn anugerahkan isteri seperti itu...banyak lagi Allah bg ujian pd hambanya..dgn kemiskinan,dengan kesihatan yang teruk, dengan jiwa yang celaru etc..
Suami air mata...
tuan perlu bersyukur...xleast tuan dah punyai anak2 sebagai aset di akhirat nanti...maaf cakap la ada org takdpt nikmat dunia selepas kawin...jika takdpt nikmat tu..asbab dpt anak pun mungkin terpadam. so nasihat saya yang hina ini...tuan banyakkan bersabar dan betul2 tawajjuh pd Allah mohon rahmat utk kebahagian keluarga tuan.(mungkin kesilapan kita terdahulu yg mungkin kita tak tahu) utk Allah kifarahkan utk masa ini. Allah anytime aje boleh bolak balikkan hati manusia...kisah Saidina Umar R.A(spt komen sblum ini) telah menerima kedatangan sahabat utk menceritakan ketidakbaikan isterinya telah benar2 menginsafkan kita. Andai tuan mempunyai isteri yang kurang baik di masa ini...sekurang2 tuan masih ada anak2 utk dididik dgn akhlak terpuji Rasulullah. Dalam kitab Hayatus Sahabah...kisah Hindun yg mamah hati Saidina Hamzah (andai silap sila betulkan) pun dapat hidayah...
Suami airmata...
saranan saya sila amalkan bacaan Al-Quran dan bacaan Hadis dan kisah2 Sahabat di rumah, solat berjemaah di masjid awal waktu..(sampai bila? sampai kita tinggalkan dunia)...insya Allah keberkatan akan datang dan zulmat(kegelapan) akan hilang...
Sayangilah isteri tuan, anak2 tuan dan seluruh ahli keluarga tuan.
dr Allah kita datang kepada Allah kita kembali...
jazakalllah..
insan lemah abu firdaus..
itu sebab tafsir saidin ali radiallahuanhu..doa "robbana atina fidd dunia hasanah" ialah isteri yg solehah...
tengok punye byk bende2 dunia..isteri solehah dikatakan kebaikan dunia..
YA ALLAH, KURNIAKANLAH KAMI(LELAKI) ISTERI2 YANG SOLEHAH SEBAGAIMANA TAFSIRAN SAIDNI ALI..KABULKANLAH YA ALLAH..
isteri yg baik..dunia jadi baik..pelikkan tapi inilah hakikat..
tengok ayat no 1 n 2 selepas tajuk tu pun dah tak sedap hati nk baca...mak ayah baru jer kuar bertandang kt rumah makcik ku yg anaknya yg hampir2 nk jadi janda...hmm.....aku menantikan keputusannya sambil baca posting nie.... :(
kalau ikutkan kerja perempuan kat umah memang tak pernah habis, tapi ingatkan ganjaran dari Allah yang menanti kita di sana nanti. kadang2 saya juga terbabas merungut keletihan, tapi suami selalu mengingatkan..bla..bla..bla..kemudian hati saya sejuk semula...semoga Allah mengurniakan kesabaran yg berterusan utk saya.terima kasih juga buat suami yg selalu mengingatkan isterimu yg selalu alpa..
nak cipta bahagia memang mudah, tapi nk kekalkan kebahagiaan itu memng susah...
alhamdulillah aku tercipta sebagai perempuan....dok umah jer...hehe
Assalam. Suami air mata, menangis kerana isteri dan anak-anak bukanlah bermakna tak menangis kerana Allah. Allah yang beri kita isteri dan anak-anak sementara waktu, sebelum dia ambik balik.
So crying husband, one tips yang mudah dan senang diamal. Setiap kali selepas sembahyang berjemaah 5 waktu, baca 3 kali Kulhuallahhuahad, Kualauzubirabilfalak, Kulauzubirabbinnas dan hembus ke hati. Insyallah hati selembut salju.
Crying husband,
Ana sayang anta seperti diri ana. Nabi Adam allaihisalam kena pujuk dengan Hawa allaihissalam langgar perintah Allah, Nabi Nuh mempunyai isteri yang tak beriman, Nabi Luth mempunyai isteri yang durhaka, Nabi Muhammad saw pernah merajuk dengan Ummul Mukminin2.
Ada satu lagi ubat hati...saya ada baca (tak ingat kat mana) sesiapa yang telan kemarahan walaupun dia dipihak yang benar. Di akhirat nanti di hadapan seluruh umat, Allah swt akan beri kita pilih bidadari mana satu yang kita suka.
Nabi saw juga ada bersabda lebih kurang, kita bila susah kena tengok orang yang lebih susah dari kita, baru kita syukur. Jangan tengok orang yang lebih senang...
Lastly bro. Cakap sama itu masalah, Allah Maha Kuasa dan makhluk tak ada kuasa. Masalah itu makhluk ciptaan Allah. Dengan kebesarannya, kerahimannya dia beri kita masalah dan dia juga bertanggungjawab selesaikan masalah yang sama.
Just stay put bro. Your children is hanging on you tight. Biar kita nangis air mata darah disini!!! Jangan menangis tak sudah kat akhirat!!!
Dayus adalah orang yang izinkan isteri dan anak-anak langgar perintah Allah tanpa halangan dan tegahan. Contoh: Tak pakai tudung, bergaul bebas lelaki perempuan dan yang sewaktu dengannya.
sabar dengan kerenah isteri bukan dayus bro. Wallahualam.
Sori hamka.
Khalid
Salam,
Buat saudara Suami Air Mata ada beberapa pandangan yan saya nak berikan dari pandangan seorang perempuan. Saudara Sam, apa yg saya nampak saudara macam dah berputus asa dengan perkahwinan saudara. Dan nak cari peluang untuk melakukan perceraian. Maafkan saya kalau apa yang saya nampak tu tak betul. Cumanya, dalam kes ni apa yang saya boleh lihat, perceraian bukanlah jalan penyelesaian.
Soalan saya, berapa peratuskah jaminan yang hidup saudara akan berubah baik selepas perceraian berlaku? Berapa peratuskah kebarangkalian untuk saudara bertemu dengan calon isteri seperti yang saudara idamkan selepas saudara melepaskan isteri yang sekarang ini? Seandainya saudara mendapat isteri yang saudara idamkan, akan bahagiakah bahtera yang dilayari seandainya saudara sendiri sebagai nakhoda gagal menunjukkan arah tujuan hidup yang Allah redhai.
Hakikat tetap hakikat, sebaik macam mana pun penumpang kapal, kalau nakhodanya hilang pedoman, sesatlah kapal itu. Bagaimana hendak jadi nakhoda yang baik? Saudara sudah ada kuncinya. Kuncinya ialah bila saudara menyedari kesilapan2 di pihak saudara yang boleh saudara perbetulkan hanya jika saudara mahu dan berusaha. Ini yang pertama.
Yang kedua, cadangan saya ialah, senaraikan segala kebaikan2 yang isteri saudara lakukan, atau peribadi2 dia yang membuatkan saudara pernah jatuh cinta padanya. Ya betul, dia seorang pembebel. Ya betul, dia seorang perungut. Tapi dia tak pernah main kayu tiga bukan? Dia tak pernah menduakan saudara bukan? Dia tak pernah memburuk2kan saudara di depan khalayak bukan? Selari dengan apa yang saudara Hamka sarankan, bilamana suami membuat sesuatu yang menjengkelkan isteri, isteri diminta untuk berfikir, sekurang2nya suami dia tak liar, sekurang2nya suami dia tak berpeleseran diluar, sekurang2nya suami dia tak membuat sesuatu yang haram di luar, dimana kata kunci nya ialah, carilah sudut yang positif pada suami itu. Jadi, saudara carilah dan senaraikan dan renungkan segala yang positif pada isteri saudara dan bersyukurlah.
Yang ketiga, berusahalah menunjukkan yang kita sangat mengambil berat dengan apa yang dia kisahkan. Contoh mudah, saudara tertumpahkan air kopi pada baju seseorang, kalau saudara seorang yang baik, saudara pasti meminta maaf bukan. Meminta maaf itu menunjukkan yang kita mengambil berat dengan musibah yang berlaku padanya walaupun ia tak mampu pun membersihkan tumpahan kopi tu tapi ia cukup untuk mengurangkan marah orang itu. Apa kaitannya di sini? Apa yang saya nampak saudara tak mampu menunaikan semua kehendak dia dan memang begitulah kemampuan manusia, tak mampu nak penuhi segala expectation orang lain even expectation sendiri sekalipun. Tetapi, sekurang2nya tunjukkanlah yang kita berusaha menunaikan expectation itu. Contoh: kalau die selalu merungut tempat bersepah, kain baju tak berliapat, instead of tolong lipat kain yang kita pun lelah nak buat, belikan lah kotak plastic besar contohnya, ckp dgn lemah lembut, baju yang dah kering masuk je kat kotak ni, so kalau tak sempat lipat, takdelah berselerak sangat kan yang? Itu contoh. Contoh lain, kalau dah takde idea langsung pun, sekurang2nya turut sama bincangkan problem yg dia hadapi tu. Contoh, “Kasihannya awk buat kerja ni sorang2, saya pun penat tak mampu nak tolong, macam mana nak tolong awak ye..” Ini salah satu cara menunjukkan yang kita care dgn masalah dia, walaupun saudara tak tolong sekalipun, tapi cukuplah sekadar ambil berat dan bersimpati. Itulah yang perempuan selalu harapkan sebenarnya. Selalunya perkara ini menjadi parah apabila isteri merasakan yang dia keseorangan melakukan kerja2 itu, dan suami pula tak menghargai walaupun dgn sedikit kata2 yang manis. Cubalah bayangkan suami sendiri kadang2 jadi agen penyepah, tuala basah main campak je. Cari barang yang kita sendiri lupa letak, habis barang lain disepahkan. Tempat bersepah tau pula dia nak komplen siisteri. Sebenarnya bukan menjadi satu hal besar untuk uruskan semua itu bagi pihak isteri tapi bagilah kata2 yang manis menunjukkan saudara care dgn segala usaha yang dia buat.
Err.. tak sangaka pulak panjang sangat. Sorry2.. ni last.
Yang keempat: Komunikasi perlu diperbetulkan. Banyak cara komunikasi. Yang saya mampu ingat ada 3 jenis, body language, verbally, dan ada perantara (tulisan). Saya cadangkan saudara baca buku karangan Ainon Ahmad bertajuk “Komunikasi dalam hubungan peribadi” kalau tak silap saya. Dia banyak menyentuh contoh2 ayat yang boleh membangkitkan pergaduhan. Contoh, ayat yang berbunyi tuduhan atau pointing to the second party. Contoh: “Awak ni abaikan tanggungjawab” Ayat tu boleh digantikan dgn, “saya terasa saya diabaikan”. Atau contoh lain yang lebih mudah: Instead of bercakap, “Awak busuk” gantikan dengan, “saya tercium bau busuk pada awak”.
Dalam membincangkan isu2 yang boleh menimbulkan pergaduhan ada baiknya menggunakan cara komunikasi berbentuk tulisan. Di sini saya sarankan saudara berterus terang tentang apa yang saudara rasa, apa yang saudara harapkan darinya dan paling penting bertanyakan kembali apa yang dia harapkan pada saudara. Luahkan semuanya pada lembaran kertas, biar dia baca semasa saudara keluar contohnya. Kelebihannya ayat yg di kertas itu boleh kita susunkan aturannya, supaya terluah semuanya tanpa die boleh interrupt.
Saudara, takkan dianggap dayus kerana berdiam diri dengan leteran isteri. Masakan Saidina Umar dayus kerana berdiam diri dengan leteran suaminya? Anggaplah isteri saudara sedang sakit, dan dia sangat2 memerlukan saudara untuk mengubatinya. Kejamnya saudara seandainya isteri saudara yang sepatutnya memerlukan bimbingan, saudara campak pula dia tanpa diberikan penawar.
Maaf kerana saranan yang panjang berjela ni, harap saranan2 saya ni tak didefinaskan sebagai leteran pula. Mungkin ada orang akan berkata, cakap senanglah, bukan kau yang hadapi, tapi itulah hakikat manusia yang Allah jadikan, orang yang sedang menghadapi masalah itu umpama berada di dalam gelas. Sangat sukar baginya mencari jalan keluar lantaran terlingkup oleh gelas itu, jadi di situlah perlunya bantuan orang yang berada di luar gelas.
Maaf saudara Hamka, lebih sudu dari kuah pula nmpaknya saya ni. Wallahu a’lam.
Assalamualaikum,
@abu firdaus
terima kasih atas nasihat tuan. alhamdulillah, saya mula menjejak kaki ke surau utk berjemaah dan membaca alquran dirumah. doa kan saya semoga istiqamah.
@khalid
insyaAllah saya akan amalkan baca 3 qul selepas solat. terima kasih atas ayat2 saudara.memberikan sedikit kelegaan buat saya.
@norshuhada
bukan niat saya untuk menceraikan isteri, dia sendiri yang meminta2 dari saya. alhamdulillah, dengan sedikit kewarasan dan ketenangan dapat saya menahan lidah dari melafazkannya. jika setiap kali pertengkaran permintaan utk cerai keluar dari lafaz mulutnya, saya sendiri tidak tahu sampai bila saya mampu bertahan. terlintas difikiran saya untuk melepaskannya kerana tidak mahu dia terus derhaka dan melakukan dosa terhadap suami. doakan saya terus tabah.
biar saya ceritakan sedikit latar belakang kami agar saudari dapat memberi nasihat yang lebih bersesuaian terhadap saya.
saya dan dia berkenalan di universiti. kami satu course (accounting). selepas graduate, dia dapat pekerjaan di audit firm sementara saya hampir setahun menganggur. sekarang ini, kami bekerja ditempat yang sama (kerja kerajaan). dia memiliki professional cert (MIA). Gajinya lebih dari saya (kerana ada MIA).kami berkongsi perbelanjaan seperti bayaran kereta dan perbelanjaan rumah yang lain.
oleh kerana, kerja adalah sama, pendidikan sama, gaji yang lebih, dan membantu saya dalam perbelanjaan, beliau memandang kerja rumah dan melayan suami adalah suatu yang membebankan.
jarang sekali dia melakukan kerja rumah dengan senyuman. kebanyakannya dengan rungutan.
saya sedar hakikat itu, saya membantu mana yang termampu. pinggan mangkuk dan botol susu anak saya yang basuh. kalo dia membasuh baju (guna mesin) saya yang akan menyidai. jika saya sedang berihat(menonton tv, surfing internet) kemudian melihat dia sedang sidai baju, saya akan tolong. melihat dia melipat baju, saya akan tolong.vakum rumah dan mop lantai juga akan saya lakukan jika di minta olehnya (biasanya dia akan lakukan kecuali penat dsb). saya juga menggosok baju sendiri.
untuk pengetahuan saudari, jika berlaku pertengkaran, isu "sama pandai" "ada duit sendiri" sering menjadikan saya panas.
contoh kes yang pernah terjadi (minta saudari tolong nasihatkan saya). saya berjalan didalam rumah dan tersepak botol minyak. saya hanya berdiam dan mengalihkan botol itu ketepi. tapi dia memarahi saya "jalan tu mata letak kat mana?" (jika saya berdiam diri tiada apa yang berlaku) saya pun dengan nada yang marah "siapa yang letak botol tu kat tengah jalan?" sepatutnya dia menyedari silapnya meletakkan botol tersebut di tempat laluan dan sepatutnya disimpan ditempat sepatutnya. tapi dia merungut2 saya ni penat tak sempat nak kemas dan terus merajuk. dan akhirnya saya terpaksa memohon maaf dan merayu2 kepadanya.
bagi saya contoh diatas, jika saya tersepak botol itu dan saya terus marah2 kenapa botol itu ada disitu mungkin salah saya marah tanpa usul periksa. tapi sebaliknya dia yang memarahi saya kerana mata letak kat tempat lain.
itu antara apa yang berlaku. saya berdiam diri selagi mampu. kadang2 saya tak tahan dan memarahinya semula. lalu berlaku pertengkaran, merajuk dsb.
saya letih dengan semua ini..
alhamdulillah, selain perangai nya yang begitu, dia tidak ada main kayu tiga dsb. dia memang seorang yang baik dan saya gembira melihat dia gembira.
berlaku ketidak seimbangan dalam hubungan kami...
antara contoh yang dapat saya ceritakan kepada saudari (mungkin saudari dapat huraikan dari sudut seorang perempuan). katakanlah jika saya bercerita tentang perempuan lain, dia akan melenting, marah2 dan yang paling saya tidak tahan,MERAJUK. jadi pergaulan saya di pejabat contohnya amat2 saya jaga bagi menjaga hatinya. tetapi, dia sendiri "senang2" bercerita tentang ex bf atau lelaki2 lain tanpa ada rasa bersalah dengan saya. terasa sakit juga hati ini bila dia bercerita tentang kisah nya dengan lelaki yang pernah ditemui sebelum saya. tapi saya hanya berdiam diri. untuk mengelakkan pertengkaran. dia juga bebas bercerita tentang lelaki2 lain. dan saya...berdiam diri demi mengelakkan pertengkaran.
saya sudah letih memintah MAAF..
setiap kali pertengkaran saya yang merayu2 meminta maaf dengannya. jarang sekali dia yang meminta maaf dengan saya. hinggakan dia sendiri MUAK mendengar perkataan maaf dari saya..
akhir sekali...saudari fikirkan situasi ini..
jika saya terlupa untuk menutup tin susu anak, dia akan berleter panjang dengan saya. saya hanya berdiam diri utuk mengelakkan pertengkaran.
jika dia yang terlupa tutup, saya akan tutupkan tin susu tersebut dan berdiam diri kerana tidak mahu pertengkaran.
kesimpulannya, jika saya yang melakukan kesilapan, siap akan dileter. tapi jika dia yang melakukan kesilapan, saya diam kerana tidak mahu pertengkaran.
p/s tiada niat untuk mendedahkan perangai buruk isteri atau saya. saya cuba ceritakan apa yang berlaku dengan sejelasnya agar tuan2 dan puan2 yang lebih alim dari saya dapat memberikan nasihat yang sewajarnya dengan situasi yang berlaku kepada saya.
p/s/s maafkan saya kerana membebankan tuan2 dan puan2 dengan masalah saya. segala nasihat tuan2 dan puan2 insyaAllah akan saya lakuakan mana yang termampu. hanya Allah saja dapat membalas jasa tuan2 dan puan2. semoga tuan2 dan puan2 berbahgia disamping keluar. amin..
alhamdulilah masjid yg dibina masih utuh lg. Selain menyelesaikan maslah perantaraan amal agama petua-petua org lama perlu juga diamalkan.
Mudahan Allah s.w.t merahmati saudara dan kita semua.
apa yg kita perlu buat utk x marah pd suami..samaada luaran / dlm hati...(walaupun dia buat kita marah?)
plz advise..cara2nye...
opps lupa... soalan td dr saya "ISTERI" :)
suami air mata.., anta tidak keseorangan sebagai suami yang diuji begitu. Semuanya dari Allah, kesabaran pasti ada hikmahnya. Untuk melegakan situasi, pastikan sentiasa memaafkan isteri sebelum tidur walaupun si dia memalingkan tubuhnya. Jangan sampai laknat Tuhan terus-menerus kepada isteri,,.. kesabaran dan doa pelembut, InsyaAllah bisa menjadi hati yang keras akan lembut akhirnya. Memang sukar menjaga perasaan isteri, namun untuk redha Illahi, lakukanlah yang terbaik, secocok sunah Nabi.
salam...
biarpun hamka cerita panjang lebar.. jawapan pun panjang lebar..
semuanya hampeh..
SEKIRANYA,
isteri-isteri dah tiada keinginan untuk taat perintah Allah SWT melebihi segalanya, dan juga tiada keinginan untuk mengamalkan agama yang sempurna iaitu keseluruhan Sunnah Nabi SAW dalam kehidupan.
.. walhal merekalah yang diharapkan.. kerana lemah lembut mereka, Allah swt muliakan lebih daripada lemah lembut suami/pria..
.. doa-doa mereka dengan tangisan, lebih didengari oleh Allah swt daripada tangisan seorang suami/pria..
-ROM
kalau isteri tolak ajakan suami, malaikat akan laknat si isteri sampai ke pagi...
kalau suami tolak ajakan isteri,
suami tak pulak kena laknat...
cuma berdosa????
suami air mata…
belajarlah takutkan Allah, maka nescaya semua makhluk akan takut padamu..
dan insyAllah, isteri juga takut pada suami.., iaitu takut melukakan hati suami kerana faham shurga ada dalam keredhaan suami…
belajarlah takut kepada Allah…
Bab isteri meminta cerai, bawa sahaja ke Mahkamah, biar isteri terangkan kepada hakim kenapa dia menuntut cerai, dan setelah mendengar nasihat hakim, baru fikir balik nak lafazkan atau tidak..
Hidup ini jangan terlalu lemah emosi, anak satu ujian dari Allah, isteri juga satu ujian..
Pokoknya, belajarlah takut kepada Allah…
(akupun..)
-----------------
insan lemah abu firdaus…
kadang kadang di jalanan, kita jumpa anak orang yang cacat.., oh,! Besarnya nikamt hidup kita…
-----------------
najmussobah
Tahukah korang?
dua pertiga dari manusia adalah perempuan, dan dua pertiga dari dunia ini adalah air..
fikir fikirkan..
----------------
limaumasam
aku tunggu apa keputusannya?, (sambil makan pop corn)
--------------
IsteriKamarul
Kadang kadang jika isteri terlupa, madu juga boleh ingatkan, woha!
-------------------
antikapel...
perempuan dulu beranak di rumah, perempuan sekarang beranak merata rata…
fikir fikirkan..
----------------
Khalid
Sory? Ok, aku maafkan.. : )
-------------------
Norshuhada
Lagi sorang mintak sory, ok, aku maafkan..
-----------------
"ISTERI"
Anggap sahaja korang akan mati esok, jadi sayangilah dia hari ini, tak payah nak marah marah sebab esok korang dah nak mati, atau lebih senang, anggap suami korang mati esok…
----------------
ROM
Lain macam bunyinya?
-------------
bini_orang
Allah adil, jika suami tolak ajakan isteri, kena laknat..
Maka bagi suami yang bermadu, sekali empat isteri serentak ajak bersetubuh, dan tak muat kain selimut.. dah kena buat seks mania..,
Tak ke naya?
erm...sgt menginsafkan, tapi maaflah, cara penyampaian macam kurang ajar sikit.perempuan pun ada perasaan, lelaki kena faham.perempuan selalu cuba buat yang terbaik, jadi suami pun kenalah bekerjasama kan.isteri bukan untuk dikulikan tanpa belas.nak isteri baik, diri kenalah jadi baik dulu, contohi Rasulullah s.a.w. jgn ikut sunnah Rasulullah bab poligami ajee =)
bagaimana si isteri boleh bertahan jika si suami penagih dadah, keluar masuk lokap dan kaki pukul...jawabnya ke mahkamah syariah lah untuk tidak membebankan hidup dan lebih rela bergelar janda..
nak n3 baru... takmo tajuk laki bini, tajuk azam tahun baru yang masih tak berjaya..
botol kicap..
hidup ini ujian, bukan anak yang baik sahaja kita kena tunai hak, dah anak kita, hak yang patut, kena tunaikan jugak...
sama macam laki kau.., ok?
hidup sementara sahaja.
terharu dan insaf..entri ni nak jadikan pedoman supaya tak derhaka di ke depan hari..yg dah lepas tu, tak tau la nak kata kan...yg penting, belajar dan belajar lagi..terima kasih atas panduan berguna nih...
suami happy, famili happy..
: )
entri yg baik..menyedarkan sy yg tergolong dlm jenis pmpuan yg bdendam ngn lelaki..ganas n suka marah ngn lelaki.huhuhu..hrp2 bleh berubah pas ni n jumpa ngn lelaki yg terima sy seadanya.kerana sy akn cuba mnjd isteri yg berhajat pd suami.insya Allah
hehe tergelak2 bila baca
part cuba korang try2 buat pengsan
ohh haa sy ade bc pasal kisah wnita prtma yg msuk syurga tuh kat stu buku
sehingga nangis siti ftmah
dsyatkn taat kat suami
ye rja rmah tngga
Satu entry yg ngam ho....mtk izin tok hamka nak usung mana2 entry yg ngam bwk masuk dlm keranda hamba plak....bleh TQ !
ok
salam hamka...
ermmm macamana pulak dgn org yg telah solo kembali? ada apa2 nasihat utk mereka....
yang solo kembali?, err, jangan ulang kesalahan yang sama..
: )
Bagus betul la entry ni kan.. Menyedarkan saya supaya kalau suami bagi nafkah tak cukup.. jangan banyak lebih kurang.. mintak fasakh je kot... susah la pulak bila ada suami yang ikut kepala sendiri mcm tu... eww.. tolong x nak.. tu la.. time senang sama-sama, time susah sorang-sorang... ish ish... maka berdosalah suami yang menyalahgunakan dalil dan hadis/al-quran dan suami yang ikut kepala sendirik je
bukan semua orang mendapat moral
salam. masalahnya skrg.. perempuan sama2 kerja.. malah kdg2 kerja perempuan lebih teruk brbanding lelaki.. agak2 la kalau nak suruh.. ni istri balik, masak fine xpe, tp bila kurang garam sikiiitttt je, dah komplen sminggu.. agak2 ar.. smua org tahu lelaki lg kuat drp perempuan, lagi bertenaga.. smua org tau kan??? ok, kita lihat masyarakat skrg..
suami isteri kerja sama2 kuar pkul 9 pg balik pkul 5 ptg (kalau keje ofis) pastu xsmpat rehat g amik anak kat umah pengasuh la..angkat baju, pas mandi kena ready nak masak plak. laki buat apa????? terbongkangggggg je depan tv sambil korek gigi. Pastu pas makan malam istri basuh pinggan kemas meja lipat baju susun baju blablabla. ni tak masuk lagi bab anak kecik. suami buat apaa????????? tengok berita.
kalau ikut logik.. balik dr kerja tu istri lg letih drp suami sbb tenaga suami lebih banyak drp tenaga istri. sudahhh la istri lagi letih, balik kerja sambung buat kerja rumah non stop.. suami buat apa????????????? restore balik tenaga yg ilang waktu kerja.
pastu ada hati nak komplen lebih2.. tak fikir ke perasaan isteri?? mana kewajipan suami kpd istri?????
istri zmn skrg cuba jd flexible, duit gaji sama2 kongsi utk perbelanjaan rumah dan anak.. sama byk.. padahal kalau nak ikutkan suami langsung TAK BERHAK untuk tuntut duit drp gaji istri..langsung tak berhakkk.pastu ada hati plak nak komplen macam2??
wah, lebih diktator drp kemal ataturk ni..
aku tak kesah kalau ko nak ckp cmni.. dgn syarat istri tu goyang kaki kat umah, xyah masak, xyah kerja, xyah itu xyah ini. hanya berkhidmat dengan suami 100%. Boleh no hal. hati dijamin ikhlas 140%.
byk ag aku nak komplen ni tp dh panjg terlampau plak.nasihat aku kpd ko- kalau istri dah masak, kemas rumah, jaga anak blablabla.. hargai la. istri membebel dgarla bukan bernanah pon telinga tu kalau istri membebel...dia dah penat buat mcm2 tp ko buat apa? ko buat dia cam hamba ek.. arghhh stress aku baca entri ko nih.
Pendek kata, ko ni BIAS ar!!!!!!!!!!!!
sib baik tak kahwin dengan kau! woha!
nama : maruko
suami kalau nak bini perfect
sila kerja bagus2
kalau setakat tumpang gaji isteri
jangan harap la
ini realiti zaman sekarang
kalau bini suri rumah takpe la
kalo bini bekerja
sediakan org gaji
hantar bini kat spa ke ape ke
baru elaun utk shopping weekly
baru boleh mintak macam2
assalamualaikum..
kepada isteri2 yg prasan hebat sbb ade kerja sendirik..
sedarlah wahai isteri2...korang nih dapat gi keje sbb ape?kene mintak izin suami kan kalo nak keje..??
ok,camni lah...duit gaji korang berdua nih wat aper? bayar kat pengasuh yg jage anak korg..bayar duit tambang bas sekolah anak..bayar minyak and tol nak gi keje..pastu byr installment 2nd car(untuk isteri pegi keje)..etc..
cube kalo korang jadi suri rumah..ape yg leh jimatkan?duit pengasuh xyah bayar..dah bape dah tuh..duit transit nyer lagi..jage budak nyer lagi..tambang bas nyer lagi...gaji laki ko mesti cukup punyer nak bayar riba rumah besar korg tuh,nak bayar riba kereta lg,plus blanjer isi rumah..pehhh,byk tuh leh jimat..so,korg isteri2 nih duk la umah jage rumahtangga..biar la laki ko carik rezki..insyallah cukup...
ps=/ baik la isteri2 nih duk umah jer..xde laa byk sgt dosa..kalo korang bekerja,dosa pakai baju x betul laa,dosa pakai minyak wangi laa,dosa mekap lg,dosa bercampur gaul dgn laki bkn muhrim lg,aihhhh byk la dosanyer kalo korg kuar gi bekerja..duk umah lg best..
peace.

ohh...satu lagi...bab susu budak nih...kalo korang duk umah,xyah la beli susu mahal2 nih...bagi la susu tetek korg tuh...dah la byk kelebihan susu tetek nih...free lak tuh!!! dah lepas 2 thn tuh,xyah la poyo2 beli susu lg..bg laa air len..
setuju!
Herm... masih ramai perempuan yang merungut walaupun lepas baca entry nih.
Macamni lah korang, nanti bila dah jadi mayat, sendiri jawab. Duk bising² merungut pasal lelaki kat sini, tak guna gak. Tambah dosa jek.
Buat baik kat suami kalau nak anak sendiri buat baik kat awak. Isteri merungut kater suami tu laa ni laa, anak merungut kater mak tak abih² ngumpat pasal ayah. Last² anak ngan mak dpt dosa free ~yay~ sebab bagi isteri, syurga di bawah tapak kaki suami, dan bagi anak-anak, syurga di bawah tapak kaki ibu.
Suami>Isteri>Anak>(ulang balik dari suami). Maaf, bukan lelaki yang tetapkan susunan ini.
Suami tunggang langgang? Tegur elok-elok, dan berdoa moga-moga suami sedar suatu hari nanti. Jangan sebab suami tunggang langgang, si isteri pun nak turut serta, lepas tu salahkan suami dengan bangganya. Jangan jadikan "The Blame Game" sebagai jalan keluar dari dosa.
Buat baik jek, tuh jek. Isteri sangat mudah masuk syurga berbanding dengan suami.
Encik Hamka cuma nyatakan apa yang dia pelajari, ilmu yang dikurniakan oleh Allah. Takde nyer bias dari dia, sebab dia pun ada sumbat first komen tu. Terus terang cakap, ada sedikit terasa bila baca first komen tu, tapi ada benarnya komen tu. Dan entry ni sebenarnya sangat bagus, kerana dari entry ni la, isteri (dan saya juga) tahu kelebihan menjadi seorang "isteri". Saya percaya sesetengah isteri moden tidak tahu kelebihan-kelebihan seperti yang dinyatakan di dalam entry ni
Sesetengah isteri bekerja sebab nak ringankan beban suami, tapi jangan lupa ada juga isteri yang berkerja menggunakan alasan "ringankan beban suami" sebab bosan duk rumah jek memanjang, nak keluar bersosial. Berapa banyak isteri yang baru lepas berkahwin, sudi tinggalkan kerja masing-masing dan duduk terperap dalam rumah menunggu suami? Lebih-lebih lagi jenis yang aktif bersosial zaman belajar. (Selalu temankan isteri keluar jalan-jalan sebab dia suka merayau)
Banyak keluarga yang saya ternampak, si suami lebih dari layak untuk membiayai keluarga, tapi isteri tetap mahu bekerja. Adakah masih atas dasar mahu ringankan beban suami?
Satu lagi, jangan laa bermain permainan "assume" aka "main teka suka hati jek tanpa usul periksa."
"Assumption" selalu membawa masalah dalam hubungan. Cuba berkomunikasi (saya selalu berkomunikasi dengan isteri saya, direct lagi tu, takde nyuruk-nyuruk).
Saya bukanlah suami yang terbaik, tapi saya cuba untuk ringankan beban isteri sebanyak mungkin. Saya cuba berfikir menggunakan akal, bukan hati. Seboleh-bolehnya saya berharap isteri saya layak masuk syurga 500 tahun lagi awal dari saya, lamer tuuuuu masa nak enjoy dlm syurga sementara nunggu suami join skali. Setakat ni, hubungan kitorang okay, masing-masing senyum, masing-masing faham, masing-masing dah baligh so kena laa berhenti jadi budak-budak.
Btw Carwashku:
Tahan semua tu, dan terbukalah pintu syurga seluas-luasnya untuk si isteri. Cuma perlu bersabar.
Ps : Ntah hape saya merapu
Pss : Approval dari bapak anak dara (susah woo nak dapat)= dapat anak dara untuk dijadikan isteri.
Approval dari suami = dapat masuk syurga dengan bangganya.
-Seorang lelaki yang cemburu akan senangnya perempuan masuk syurga-
Banyak isteri sekarang ego melebihi suami, mintak macam-macam.
"Kalau nak isteri perfect, suami kena bla bla bla". Suami buat bla bla bla, tape, pandai bersabar, dapat pahala, masuk syurga, tapi isteri yang mintak tu, pandai-pandai laa jawab sendiri nanti kat kubur. Sebab jadi isteri yang tak ikhlas, harapkan ganjaran.
Hantaran nak mahal-mahal, tapi nilai seorang isteri tarak, cuma kertas akademik jek. Orang dulu-dulu gak best, baik jek, setia jek, jarang nampak kes cerai, tak macam sekarang, semua mender nak merungut, semua mender nak mintak cerai.
-Seorang lelaki yang cemburu akan senangnya perempuan masuk syurga-
http://www.youtube.com/watch?v=hWy_QXCfXPU&feature=related
rujukan tentang tanggungkawab suami n isteri..... saya harap awak bleh betulkan fatwa awak yg mengatakan segala bab2 rumah tangga ni tanggungjawab isteri....
komen to ruby...
isteri duduk kat umah spenuh masa?
ok kalu ko kata bleh jimat, mungkin jugak...
susu tetek? wow hebat, ko nih mmg xbelajar sains, tak semua mampu ntuk produce susu badan dgn secukupnya...
certain tuh siap amik ubat n injection lg, tp xberkesan, kalu tak, xkan dlm quran ada menceritakan ttg perihal ibu susuan?
dahla tak belajar sain, agama pun tak tahu...
buat encik hamka, saya tak rasa nak mengamok wpun baca blog ni ttg isteri merupakan hamba bagi suami, cuma saya rasa terlalu banyak persamaan dgn ajaran kristian yg pernah saya dgr, yang diamalkan oleh ramai penganut Christian ortodoks tak silap ttg Christian Domestic Dicipline...
dan jugak langsung xde persamaan dgn apa yg ustaz2 saya ajar dari zaman sekolah sampai universiti...
bunyi macam teori konspirasi jer, minah komspirasi ke ni?
Bulan puasa elok bangun awal masak sahur untuk suami, lepas tu jangan membebel pulak bila penat masak waktu bersahur tu, jaga lidah tau, nanti habis pahala puasa.
dah lah tu baca blog keretemayat tu, takde pekdahnya, baik awak pergi siapkan juadah berbuka abang, abang nak tidor jap.., dah masak karang, kejut abang, ok?
i love u.
cuma bertanya ye cik abang hamka...
sebab tgk adanya persamaan...
tu yg timbul confuse tu...
sebab cik abg yg tulis, so, saya tanyalah awak....
bila awak dah post dlm blog, tak semestinya blog cik abg ni dibaca oleh org islam sahaja, ada kemungkinan juga yg bukan islam ada membacanya...
sebab itulah saya bertanya...
maafkan saya jika pertanyaan tersebut menimblkan kemarahan.
dan terima kasih sebab tiba2 mengecop saya dgn gelaran yg tidak baik.....
walaupun tajuk ni da lama tp saya nak jugak komen... al maklum la saya ni fan baru.. maaf kpd cik anon di atas... bg pndpat saya, cik anon mmandang dr sudut lain dan encik hamka memandang dr sudut lain.. oleh sebab itu timbul perselisihan pendapat(perbezaan pendapat adalah 1 rahmat).. tapi, saya faham apa yang cuba encik hamka sampaikan dan saya setuju dengan pendapat encik hamka.. semuanya adalah IKHLAS KERANA ALLAH.. saya tak merasakan bahawa pendapat encik hamka ini bias jika kita benar2 faham.. semuanya lillahi ta'ala..
SEDARLAH WAHAI WANITA@ISTERI..(termasuk saya kerana saya adalah seorang isteri dan seorang ibu)
kita sebenarnya lebih mudah masuk syurga berbanding lelaki tetapi wanita lebih banyak masuk neraka berbanding lelaki..
FIKIR2KANLAH.. kenapa??
salah satunya adalah kerana DERHAKA PADA SUAMI
doakan saya agar saya menjadi isteri yang soleha dan ibu mithali..
~Sall Atli~
ada back up, yay!
asalamualaikum encik hamka ni karkun ker?
tak.., tapi aku suka di dunia ni ada karkun yang fikirman..
aku x dpt kebahagian sebagai suami.. isteri x pernah rasa puas dan bersyukur atas kemampuan suami.. suami berdiam ada sebab krn aku sendiri berdiam diri.. pernah termarah kerana x tahan.. menggeletar anggota badan menahan amarah.. klu terlepas x dpt aku bygkan 2 situasi.. parah atau maut.
parah atau maut, jurus yang dahsyat, simpan sebaiknya,
Post a Comment