Nov 8, 2008
Apa aku dapat bila tulis blog?
(Tajuk asal entry ini adalah: Deleted scene on the Special Features)
Apa yang En. Hamka dapat bila tulis blog? Sedangkan En. Hamka selalu 'mengutuk’ pendakwah moden, apa yang keretamayat dapat? Bukankah Nabi tidak berdakwah melalui internet? Bla bla bla..., Tanya korang pada aku dengan marahnya setelah baca entry "bagaimana nak berdakwah”
Ehem-ehem, aku tak kutuk, atau marah, aku nasihat jer.., nasihat pada diri sendiri dan mungkin boleh jadi sebagai asbab hidayat, tapi kau bukannya faham..
Sebenarnya, aku ingin sekali bagi jawapan tentang apa yang aku dapat bila tulis blog secara berilmiah disini tapi aku buruk sangka pada korang yang email sebab bagi aku otak korang ada masalah, sebab bila dah ramai yang faham tentang entry tu iaitu 90 peratus, (peratus di ambik dari kepala lutut) dan yang tak faham cuma 10 peratus termasuk kau, tak perlulah aku layan.. sebab?
Dalam dunia ni ada ramai orang yang macam kau, tak faham ugama, bangang bab ugama, dan aku mengaku masih jahil bab ugama, tapi tak lah bangang dalam ugama, maka bila aku ditanya oleh orang macam kau, nampaknya aku tak boleh bagi jawapan dalam ’bentuk ugama’, akan buat korang jadi tambah dosa lagi sebab korang bukannya faham, sebab bila aku jawab tulis blog dapat pahala misalnya, asbab hidayat, bla bla bla, maka apa jadi? Dah tentu korang akan bertambah teruja untuk mempertahankan kefahaman korang yang boleh bawak pada rosak akidah, maka tak perlulah aku jawab, sebab korang bertanya bukan nak faham, tapi perasan bagus! Dan jika aku nak jawab gak, boleh aku jawab, tapi aku kena bagi jawapan dalam ’bentuk dunia’ baru korang faham..
Sebagai contoh: cerita tentang kawan aku merangkap jiran aku,
Isteri dia pandai jahit baju, bila bulan puasa tiba, isteri dia tak nak jahit baju sebab nak tumpukan pada ibadat di bulan ramadhan, maka pada dekat-dekat 10 hari terakhir, ada pulak yang datang tempah baju, maka isteri kawan aku tu tolak dengan jawapan yang jujur, "saya nak cari lailatul qadar”.
Korang tahu apa jadi seterusnya?, terus isteri kawan aku tu kena kutuk dan umpat oleh jiran-jiran yang lain, berlagak alimler, exstrim ler, tak tahu kerja itu ibadat ler, tak hormat jiran ler..
Tapi itu tahun lepas punya cerita, bila tahun ini punya cerita, maka aku suruh kawan aku tu bagitahu pada isteri dia jangan lagi bagi jawapan dalam bentuk ugama untuk orang yang tak faham ugama, bagitahu sahaja alasan dalam bentuk dunia, seperti saya nak tolong hantar anak saya tuisyen, lepas tu nak ajar anak saya ulangkaji sekolah, saya sibuk nak buat kuih raya orang tempah, bla bla bla, lantaklah apa sahaja alasanpun, janji dalam bentuk dunia, baru orang jahil tu faham, maka cerita terkini yang aku dengar bukan lagi umpatan tapi pujian pada isteri jiran aku tu sebab pentingkan pelajaran anak dia, pandai cari duit dengan buat kuih raya, bla bla bla.. he he, nampak tak?
Nampak tak maksud orang yang tak faham ugama tapi faham dunia?
Aku bagi satu lagi contoh, kawan aku si A ambik cuti 40 hari tingal anak bini, maka jiran-jiranpun tanya nak pergi mana 40 hari?
Jawab si A, nak pergi belajar ugama ikut orang tabligh, nak jaga solat 40 hari takbir pertama supaya bebas dari sifat munafik, nak tambah ibadat.., itu ini begitu begini.
Maka korang tahu apa jawapan dari orang yang jahil ugama ni?
Di kutuknya si A, kata si A tu dah gila, dah buang tabiat, exterim, sesat, dan berdosa besar sebab tinggalkan anak bini tak bagi nafkah batin, berdosa biar anak bini tidur tanpa wali, bla bla bla..
Tapi, cuba korang bagi jawapan dalam bentuk dunia, seperti: aku cuti 40 hari tinggal anak bini sebab nak pergi kursus naik pangkat, aku cuti 2 bulan tinggal anak bini sebab ada kursus induksi yang mana kursus ini bertujuan untuk pengesahan jawatan, aku pergi BTN seminggu tinggal anak bini untuk dapat peratus kenaikkan pencen, aku pergi luar negara belajar degree 5 tahun tinggal anak bini sebab gaji aku kecik, dah dapat degree aku balik dengan gaji besar..
Dan korang tahu apa jawapan untuk orang yang jahil ugama tapi faham dunia ni?
Dipujinya si A, baguslah, pandai cari duit, takpe tinggal anak bini sebab bila balik nanti gaji besar, bla bla bla, takpe tinggal 5 tahunpun takpe, tak dosapun, tak pe tak bagi nafkah batin, sebab gaji nafkah zahir dah banyak bla bla bla..
Nampak tak?
Nampak tak maksud orang yang bangang dalam bab ugama tapi faham dunia...
Kadang-kadang, perkataan bodoh tak faham ugama tu boleh terkeluar dari mulut ahli ugama seperti imam, bilal, dan ustaz!!!
Ada cerita sorang mamat ni nak keluar berdakwah 40 hari, tapi bini dia tak bagi sebab bini dia pun bangang dalam bab ugama tapi faham dunia, lalu ngadu kat ustaz suruh nasihat laki dia..
Ustaz tu pun nasihatler, berdosa tinggal anak bini tanpa bagi nafkah batin, dan berdosa susahkan isteri hantar anak ke sekolah, berdosa buat bini takut tidur malam-malam.., jaga keluarga juga ibadat, tak payahlah berdakwah, isteri lebih penting bla bla bla..
Mamat tu pulak bila dah kecewa dengan ustaz yang kononnya pakar dalam mengubat rohani, pergi rujuk kepada kawannya seorang doktor yang pakar penyakit jasmani..
Doktor tu pun bagi satu surat 'bohong sunnat’ kepada isteri mamat tu, dalam surat tu bagitahu mamat ni kena penyakit kronik yang perlu di ubat di luar negara selama 4 bulan.., jika tak mamat tu akan mati
Tapi Mamat bila dah 'sakit’, tak nak pergi luar negara walaupun bini dia dah paksa dia, dia tak nak, biarlah mati di Malaysia katanya, maka bini dia yang bangang dalam bab ugama tapi faham dunia, pergi ngadu kat ustaz yang dia minat sebab ustaz tu kelakar, lalu suruh ustaz kelakar tu bagi nasihat laki kat laki dia.. (kelakar dalam ceramah)
Maka kata mamat tu kat ustaz selepas di nasihati oleh ustaz kelakar, mana boleh pergi berubat ustaz?, berdosa tinggal anak bini tanpa bagi nafkah batin, berdosa buat bini takut tidur malam-malam.., lagipun siapa nak hantar anak saya ke sekolah?
Kata ustaz, saya tolong hantar.., huh! Korang sambungler sendiri cerita ni, malas aku nak detailkan, pendek kata: Ustaz, kau memang kelakar
Ok, aku bagi cerita lain pulak, kisah manusia yang bangang dalam bab ugama tapi faham dunia, cerita ni lebih kelakar dari ustaz yang kelakar tadi, aku copy/paste dari email..
Pada suatu hari, Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oi, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab
" Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, pergi hotel, genting highland, sewa bot pergi kenyir, kaunter wayang dan macam-macam tempat lagi. Eh, ko camner lak?"
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".
Woha!
OK, cerita paling last, kisah diri sendiri, pendek cerita, aku selalu gak tinggalkan anak bini aku sebab aku pergi belajar ugama beberapa hari... Dan bila kawan aku yang bangang dalam bab ugama tapi faham dunia tahu akan aku kadang-kadang tinggal anak bini terus kutuk aku, suruh aku bertaubat, takde sunnah nabi, tak bagi nafkah batin, bla bla bla.., kasihan anak aku tidur tanpa ayah dan lain-lain..
Aku kata dalam hati: sabar jer ler.. Tapi tak lama lepas tu aku kawan aku boleh pulak ajak aku pergi memancing seminggu di Kenyir, dan ada masanya ajak aku pantau perkemahan pengakap jambori selama 2 minggu di selangor, aku tak nak dan tolak dengan baik, dan mereka selamba pergi mancing seminggu dan cukup bangga cerita pengalaman berkemah pengakap bla bla.., aku cakap: semoga perginya mereka memancing seminggu di Kenyir tinggal anak bini, dan pergi berkhemah pengakap 2 minggu mendapat pahala dari Allah...
Kasihan kat anak bini kau sebab kena tinggal seminggu kerana si ayah sewa bot pergi memancing di Kenyir.., takpelah tak dapat pahalapun, sekurang-kurangnya mereka dapat ikan. Kata aku dalam hati.
Arghhh, banyak contoh yang aku boleh bagi, tapi malas nak mengumpat.. karang ada yang terasa, dan kerana bangang dalam bab ugama tapi faham dunia, terus tak nak kawan dengan aku sampai jadi mayat.., tapi akhirnya tetap kena naik jugak keretamayat, tak ke manapun..
Jadi pendek cerita, apa yang En. Hamka dapat bila tulis blog? Sedangkan En. Hamka selalu ’mengutuk’ pendakwah moden, apa yang keretamayat dapat?
Dah tentulah aku dapat duit! Dapat hadiah!
Bagaimana? Tanya korang konfius sebab aku jawab dalam bentuk dunia sedangkan korang nak dalam bentuk ugama...
Pendakwah lain tulis blog dapat pahala macam mana pulak encik keretamayat boleh dapat duit?..
He he, bila aku sebut ’dapat duit’ terus minat nak dengar tak jadi nak marah, he he, walaupun jawapan aku dalam bentuk dunia, tapi keterangan adalah dalam bentuk ugama, dengar ye tuan-tuan..
Menurut Buznama, darjat ZAKAT adalah lebih rendah dari HADIAH kerana ZAKAT di haramkan untuk Nabi Muhammad SAW tapi HADIAH tidak di haramkan untuk diterima oleh baginda. Jika korang rujuk Hadith, memang banyak riwayat Nabi dapat hadiah.., kira dapat hadiah ni adalah satu SUNNAH,
Sebelum korang salah sangka, sila baca sampai habis perenggan ni, kerana walaupun ZAKAT hukumnya FARDU dan HADIAH hukumnya sunnat, namun dalam beberapa hal, SUNNAT boleh melebihi FARDU, seperti kes bagi salam, iaitu bagi salam itu SUNNAT, tapi jawab salam itu FARDU, semua tahu sudah, TETAPI, mendahului salam adalah SUNNAH, dan lebih utama dari jawab salam yang fardu tadi, faham tak?
Bukan semua orang boleh dapat ZAKAT tapi semua orang bolah dapat HADIAH, dan bukan semua orang boleh bayar ZAKAT tapi semua orang boleh bagi HADIAH.., oleh kerana ZAKAT bertujuan mensucikan harta, maka hukumnya hanya sekali setahun setelah cukup syarat dan untuk orang-orang tertentu sahaja, tapi tujuan HADIAH adalah untuk menyukakan hati semua orang islam maka kerana itulah ALLAH benarkan HADIAH sepanjang tahun, tiap-tiap hari boleh, kerana amalan ini adalah UTAMA dalam asbab pengembangan ugama...
Maka kesimpulannya, orang macam aku adalah tidak layak dapat ZAKAT, tapi aku boleh jer dapat HADIAH jika korang nak bagi, aku tak mintak, dan tak harap pun, tapi jika korang tak sabar nak bagi hadiah kat aku, ada syarat-syarat yang wajib di patuhi,
Pertama duit tu mesti duit lebih, jangan susahkan diri bagi aku duit,
Kedua, tak boleh email bagitahu siapa kamu, dan...
Ketiga, tak boleh tanya ke mana duit itu di belanjakan.. itu syarat bila korang berkeras nak bagi hadiah kat 163028553448 Maybank.., he he
Jadi, apa yang En. Hamka dapat bila tulis blog?, Bukankah Nabi tidak berdakwah melalui internet? Bla bla bla..., apa yang keretamayat dapat?
Dah tentulah aku dapat duit! Dapat hadiah!
Woha!
Ps: Mungkin korang pertikaikan kesahihan contoh-contoh yang aku bagi, aku tak kisah, aku tak paksa korang percaya apa yang aku tulis, tapi no account Maybank2u tu betul, tak tipu, woha!
(Ya Allah, jauhilah aku dari penyakit Wahan)

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
67 comments:
satu idea yang best yang dapat difikirkan...
kalau boleh nak minta tolong bro buat entry kenapa perlu sangat dakwah kepada orang islam... pasal ramai orang islam yang didakwah mengatakan aku sudah islam pergi cari orang kafir....
Salam encik hamka,
Saya masih belajar, dalam setahun cuma 2 bulan saya balik kampung. Tapi waktu2 balik tu la saya nak kenal tinggal mak bapak utk belajar ilmu agama, kadang2 rasa bersalah juge. Tapi tu lah, bila lagi pun nak blajar agame, course uni saya mmg tak ajar bab2 agama nie.
hai bro.. dah lama dh saya menyepi dari blog bro.. agak sibuk.. buka ni dah final sem saya di matriculation uia.. lepas tu boleh la masuk main camp pulak.. insyallah.. macam ane family? kak *** sehat ker?? harap sihat la.. maaf la.. agak lama tk jenguk.. sy doakan bro dan family sihat..
hamka..kalau aku letak no akaun aku kat sini bleh dpat duit gak ke?hehehe soalan dunia...soalan lain aku komen ni dapat apa pulak?
yang diorang tanya2 tu dapat apa pulak?kalau tanya kat aku gerenti dapat maki...astaghfirullah
ish ish ish mmg banyak org yang faham akan dunia lebih dari faham akan agama,mmg kelakarlah manusia la ni ..bertamadun tapi tak macam org yang bertamadun pun..kelakar kan..woha..ngko pun lawak gak la hamka
hadiah paling berharga pada zaman ini ialah hadiah berbentuk RM. :)
Assalamualaikum,
contoh cerita tu macam kena kat aku je masa first time nak keluar 3 hari dulu...hehehe..
isteri aku mula2 tak bagi, pastu aku pujuk baru dia bagi pegi...pastu lepas dah paham siap
halau aku keluar 3 hari setiap minggu ketiga ( doakan aku dapat keluar masturat dgn dia)
bapak aku cool je.dia siap nasihat aku sambil buat usaha ni kena dalam kan ilmu sekali.
mak aku mula2 tak bagi,aku selamba je keluar.dia tak puas hati siap suruh orang kampung
pujuk aku takyah kluar,aku buat bodoh je sambil senyum tak ikhlas (oh..).lepas 2-3 kali
keluar baru dia ok dan paham.
adik aku lain pulak.dia pegi belajar tasauf,aku dalam usaha tasykil dia ni.ilmu dah tinggi
takkan tak nak buat usaha sekali.share2 la ilmu tu sikit.
orang kampung aku susah skit, sampai skrg tak paham2 lagi..takpelah kena doa/usaha lebih
lagi.
member ofis mula2 tak suka, pastu lama2 dia baik balik dgn aku.(member ofis aku tu paham
kot).
apa aku dapat keluar ke buat usaha atas iman? dapat merdeka daripada keduniaan..Woha!
(yelah...mana sempat nak pikir beli sport rim,tgk astro,tgk awek...blabla...
nak kena buat zikir 300 pagi dan 300 petang,ziarah,2 jam 1/2 setiap hari,nak mengaji
lagi,nak hafal Quran lagi, lepas subuh nak Yassin lagi,isra' lagi dhuha lagi dll,mesyuarat
harian lagi,takbir pertama lagi...blablabla....)
p/s: maaf Tuan,saya perasan bagus lak...Oh..doakan saya menjadi seorang daie sampai mati.
Aku cakap macam ni:
Wei jom pergi california ade Ijtima'.
Oh taknak la ade kerja la.
Esoknyer....
Wei jom pergi California, gi Disneyland.
Jom!
Pastu aku bawak pergi Ijtima'. Disneyland pergi jugak.
Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Boleh tak no.acc maybank tue diganti maybank sy. pekebun tua lebih memerlukan dari kereta mayat. keke. kereta mayat org usung, kereta pekebun tua kna isi minyak. hehe. sori merapu lg.
"Pada suatu hari, Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
"Oi, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab
" Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tengok bola, pergi hotel, genting highland, sewa bot pergi kenyir, kaunter wayang dan macam-macam tempat lagi. Eh, ko camner lak?"
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau... ".
"
ikutkan fikir 2-3 kali juga nak bagi tabung masjid lebih dari RM 5.
masalahnya buka dompet, yang banyak RM 1, duit bajet raya pulak tu
apa pun setiap orang fikiran masing-masing. masing-masing perasan bagus. hanya Allah aje yang tahu tahap iman kita macam mana kan kan kan
hamka, kalau aku nak bagi hadiah dalam RM, ko nak berapa???
ker ko nak dalam dinar ????
demi ...
p/s lawatilah blog aku di http://amin007.blog.friendster.com/.
tumpang iklan free hehehe
tk ramai org hebat dlm ugama, jadi selalunye kalo dpt buat sikit pun dh ade org yg rase hebat... tapi yg rasa hebat tu hanya 'rase' shj. Sbb sorg hamba tkkn rase hebat dlm mengharap redhaNya.. malu sepatutnya. Yg spatutnye dirasekn hebat ialah ugama yg dibawanya... sampai begitu teruja utk disampaikn pd org lain.
____________________________________
cth perkara wajib yg dikemudiankn;
Hadis Anas bin Malik r.a:
Daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: Apabila makanan telah siap dihidangkan dan sembahyang hendak didirikan, maka hendaklah kamu makan terlebih dahulu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim:866
bab mkn aje cthnye...hu3
Salam hazreen rashid!
Cakapje pada parents, tahunni ada kursus motivasi diri 40 hari!
Ya Hamka. Nak faham agama dgn tamsilan dunia pun sunnahkan. Nabi saw pun ada bagi tamsilan seperti bagaimana iman pun boleh pudar sebagaimana warna pada kain/tekatan boleh luntur...
entry yg mudah faham untuk semua.
...oh ye..pemuda mersey, kalau tak salah (betulkan) masatu Nabi saw cakap pd sahabat ra yg dah lama/berhari2 tak makan. Wallahu'alam.
Tapi, kita kalau dah tau dah nak masuk waktu solat, janganlah hidangkan makanan!
kita SEMUA slalu berat sebelah when it comes to religion.padahal agama adalah sepatutnya di tangga teratas.
aku faham bila kau ckp kalau guna alasan 'akhirat',smua org pandang senget.lagi2 kat aku yg tak nampak alim lgsung.malas aku nak layan.
contoh:klo p dating tu lagi tak ape(lagi mulia) dari pigi solat jemaah kat masjid.hampagas.
aku rasa org takut dengan masa hadapan yg mungkin lebih jahil dari masa sekarang,maka mgambil langkah bhati2 utk tidak terlalu 'baik'.
sebab ape?takut dengar cakap orang.hahaha,ksiann...
kenapa kene dakwah orang islam...ada satu cerita yg aku dengar, seorang budak non muslim ni tanya ayah dia, aku nak masuk islam...bapak dia cakap, baiklah, ko ikut aku pegi satu tempat dulu...so si ayah ni pun pegi bawak anak dia ke taman rekreasi yg ada tasik...ayah dia cakap, cuba ko tengok akhlak orang islam kat kawasan ni (yg mana hampir semua melayu islam)...so piker ler sendiri..ohhh..
tambah sikit lagi...kalu nak disedap cerita...aku tambah senario..si bapa dan anak tu pegi ke taman tu time dah nak dekat maghrib...huhuhu...
semoga terus berjuang membaiki umat Islam bro.
salam persahabatan.
hurm...macam2
ok2 aja...kan en.hamka!?
semua tu adalah hasutan...
hasutan dari golongan yg menidakkan nabi Adam iaitu mereka yg terkutuk...
syin~ya~tho~alif~nun~
(^_^)V
salam,
ye la rm1 je masuk tabung surau. kalau 30x? bayangkan skali keluar rm50, kalau 30x? hahaha tak sengkek aku?
derma la seikhlas hati..
hadiah rm1 boleh la kot, hamka? kalau 3 juta orang peminat (mcm blog che det) dah kayo ekau... hehehe
Salam,
Bro tulis blog sebab.......
Saya komen pun sebab.......
Mereka komen pun sebab.....
Kita baca blog ni pun sebab.......
SEBAGAI PERINGATAN DIRI.
Surah YaaSin ayat 6;
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
[36:6] "agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai. "
mmg btul..kekadang aku pk camne nk jawab soalan orang yg x paham ugama ni..mmg aku cuba nk jawab dalam bntuk duniawi..sekaligus bagi depa paham kehendak ukhrawi tu...tapi bukan senang...kalau salah jawab nanti bertambah soalan2 depa (org yg x paham ugama) ni...dan soalan tu plak soalan yg bukan2...sebab depa saja nk buat2 tak paham ugama dan tak nak terima apa yg kita cakap...hmm
sesungguhnya aku masih gagal menyampaikan.. sbb masih ramai lagi lam family aku yg masih x faham dan x nak faham ugama...aku sentiasa doakan agar ALLAH buka pintu hidayah utk mereka..agar mereka ni tak jatuh lam neraka...bukan la aku cakap aku baik sangat..tapi sebolehnye aku pon x nk masuk neraka dan aku x nak la ahli2 keluarga yg terdekat mahupun yg jauh msuk neraka jugak...ish..sedeynye... sbb ALLAH kata lam quran..ahli keluarga yg baik takkan biarkan ahli keluarganya yg lain mask neraka...
wallahua'lam...sedeynye..
Aku suka entri ni....
Terima kasih!
hidayat! hidayat! hidayat!
Perbandingan contoh antara makan dan solat mmmmmmmm....
Bagaimana pula kisah dan ayat yang sahabat menutup perniagaan ketika azan dilaungkan. Kisah sahabat yang hanya ada satu bata utk siapkan rumah dia maka bila azan tinggalkan bata dan kerja dia terus ke Masjid.
Sebenarnya banyak ayat yang turun pasal solat dan terpulang samaada untuk gunakan ayat ada kena mengena dengan makan atau sebagainya.
Macam satu kisah karguzari ada satu masjid nak buat ta'lim lepas Subuh tapi jemaah masjid bantah dan dia keluarkan satu ayat yang lebih kurang begini bunyi dia, hendaklah bertebaran di muka bumi di awal pagi untuk cari keberkatan rezeki. Lepas Subuh duduk ta'lim mcm extrim sangat atau tinggal dunia.
Aku sound karkun tu suruh dia bentang ayat pula kat jemaah Masjid yang selepas solat subuh beriktikaf sehingga Isyra' dan solat Isyra' akan dapat pahala haji dan umrah yang mabrur. Selain itu banyak lagi fadhilat selepas Subuh sebagaimana yang dinyatakan dalam Fadhilat Zikir.
Tanya balik nak rezeki dunia ke atau ganjaran akhirat.
Sebenarnya banyak ayat dalam Al-Qur'an serta hadis yang mana tak tercapai oleh akal kita. Samaada saya malas mengaji atau tak dapat hidayat.
Anonymous
((( pasal ramai orang islam yang didakwah mengatakan aku sudah islam pergi cari orang kafir....)))
Maka kau cakaplah kat orang tu.., “jom cari orang kafir”!
--------------
Hazreen Rashid
Orang kampong kau lagi rasa bersalah, yelah, dah 10 bulan kau tinggal mak kau untuk belajar dunia mereka tak rasa bersalah sangat, tiba tiba kau nak tinggal pulak sebulan lagi untuk belajar ugama?. Maka akupun rasa ‘bersalah’..oh!
---------------
budak shams
amin..
----------
kedaijamu
kalau maki sambil tekan tekan maybank2u, ok jer, hihihi..
---------------
kubangbujukians
banyak contoh kelakar, ada yang masuk hutan 4 bulan untuk dapat cinta pada Negara, tapi untuk cinta ugama cukupke masuk surau 1 jam, magrib isyak?..
-----------
Maryam Abu Ahmad
Duit lebih jer tau..
:)
--------------
nizam
sampai jadi mayat..
amin.
-----------
Wan M Faiz
Nak ikut!
-----------
Sweet Thinker
Kena usung tak sama dengan harga minyak yang tak menentu.., kos tayar lagik, minyak hitam, road tax. Viper, he he
-----------
Amin007
Oii, tumpang iklan pulak, mentang mentang free,
hehehe
-----------
pemuda Mersey
cerita bab makan dulu dan solat kemudian,
bulan puasa Nabi tak makan dari pagi sampai magrib, bila dah masuk waktu azan, nabi makan dulu, iaitu makan buah tamar dan air sejuk, lepas tu Nabi pergi solat berjemaah..
tak faham-faham lagi?
-------------
Nurul Huda
Orang yang faham entry ini adalah yang tekan tekan maybank2u, woha!
Kau faham ke? Hihihi..
------------
zackyun
kasihan..
------------
van qif
kenapa kene dakwah orang islam? Sebab dalam Al quranpun ada ayat dakwah pada orang islam iaitu:
“wahai orang yang beriman, bertaqwalah”
Nampak?
------------
hazwan mohd nor
salam persahabatan, dan selamat naik keretamayat..
------------
MaNuSiA_RuMiT
Rumit bukan?
-----------------
Lelucon
Tahu takpe! Bolehlah aku pergi haji cepat sikit he he
-----------
MMohdSha
Pandai!
------------
limaumaniss
ada banyak soalan yang tak perlu di jawab dalam dunia ni,
contoh kau sedang memandu, tiba tiba kereta depan kau bawak slow, dan tiba tiba jugak bini yang duduk sebelah kau yang nak cepat bertanya, kenapa kereta ni bawak slow sangat?
Tak kan kau nak jawab:, kejap ye, nanti abang call orang depan tu Tanya kenapa bawak slow sangat
He he
-----------
faz
Aku suka kau
Sama-sama
----------
mohd
Amin!
------------
abikhsan
betul! Dan pandai.
eh..eh..ada tersirat bab maybank2u? maaflaa bab ni saya betul-betul tak faham. Tak pernah tekan-tekan pun. Sebab selamani, kalau saya nak apa2 mesyuarat je ngan boss...insyaAllah dapat. Cuma ingatan pada hari hisab yang menghalang dari meminta berlebih-lebih...
Yang tak faham, kenapa bila nak hantar anak belajar menghafal Al-Quran atau belajar a'lim di madrasah, orang menanyakan "anak engkau nak makan apa nanti?"
Dah tentu makan nasik!
salam..en.hamka,
pnulisan yg baek...(",)
dakwah nie semua org Islam wajib bdakwah...amal ma'ruf nahi mungkar..sy yg jahil ni ingin btanya..persoalannya...bgmana org perempuan yg still single nak p bdakwah? zaman Rasulullah, ade je perempuan ikut berperang..e.g: Nusaibah bt.Kaab.. Wanita Zaman Rasulullah s.a.w
1. menunaikan solat Jumaat dan fardu terutama Subuh dan Isya'
2.menunaikan solat 2 hari raya
3. wanita mhadiri majlis ilmu di Masjid Nabawi
4. wanita menyanggah Umar dlm persoalan mahar dlm masjid
wanita kena dok kat umah je ke? bleh kuar untuk didik/dakwah umat jgk kan??
subhanallah...tahniah hamka sbb ALLAH guna otak ko utk pikir dan tulis perkara sebegini...
yg bagi paham ALLAH...
jadi kite kena anggap KERJA DAKWAH ni kerja kite...kalo tak kite rase agama tu keperluan..
CONTOH 1:
di pejabat tempat 'kerja' kite ade selisih faham dgn rakan sepejabat..atau kite difitnah...tp kite tetap teguh kerja disitu atau sekurang2nye kite ikhtiar cari tempat cawangan lain...pindah..namun tetap 'kerja'
TAPI...
dlm "KERJA" agama kite ade selisih faham atau difitnah oleh rakan seusaha(karkun),,adakah kite terus "KERJA" atau pindah mohalla atau terus good bye tabligh...
CONTOH 2:
di pejabat tempat 'kerja' kite DITEGUR OLEH bos sbb lewat masuk kerja, report tak betul satu perkataan...atau pakaian tak kemas ...adakah kite pindah kerja ..berhenti kerja atau marah bos balik....
TAPI
di masjid kite ditegur IMAM ATAU PENGERUSI SBB masbuk(dtg lambat solah jemaah)rukuk tak betul atau pakaian tak elok atau bacaan tak bagus(w/pun dah bagus cuma lagunye je tak merdu) adakah kite tetap teguh solah berjemaah disitu atau sekurang2nye kite ikhtiar cari masjid lain...pindah tempat solah..
MOGA ALLAH ISTIQOMAH KAN KITE DLM AGAMA DAN AMALAN AGAMA CARA RASULULLAH SAW..AMIN 3KALI
RON
(p/s : masih belum boleh post comment kat blog hamka nie guna blogger)
nurul huda
ia berlaku pada bulan puasa..
dan tambahan pada hadis tersebut ialah hadis ;
daripada Abdullah bin Umar, Baginda s.a.w. bersabda:
“Apabila dihidangkan makan malam seseorang kamu, sedangkan solat (jamaah) telah didirikan, maka mulailah dengan makan malam. Janganlah dia tergopoh-gapah sehinggalah dia selesai.”(Riwayat Bukhari dan Muslim).
huraian para ulama' ttg hadis tersebut;
Kata an-Nawawi (meninggal 676H): Di dalam hadis-hadis tersebut dimakruhkan solat apabila terhidangnya makanan yang hendak dimakan kerana ia boleh mengganggu hati dan menghilangkan kesempurnaan khusyuk.(An-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 4/208, cetakan: Dar al-Khair, Beirut)
Al-Munawi (meninggal 1031H) pula menyebut:
“Hadis tersebut menyatakan hendaklah didahulukan makan malam sebelum solat Maghrib. Namun ia juga dipraktikkan juga pada solat-solat yang lain. Ini kerana punca arahan ini ialah bimbang hilangnya khusyuk.”(al-Munawi, Faidh al-Qadir, 1/295, cetakan: al-Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, Mesir)
bagi diriku..'selesaikan urusan dunia agar tidak merosakkan urusan akhirat.
wallahua'lam
abikhsan
apa yg en.hamka tulis adalah berkaitan dgn KEUTAMAAN atau dlm arabnye 'fiqh al-awlawiyat', Masalah umat sekarang ialah mereka sudah tidak pandai meletakkan KEUTAMAAN pada tempatnya sebab itulah pegi memancing 10 hari tkpe tp pegi berdakwah 3 hari jadi pelik(KEUTAMAAN buatan manusia) ... jadi cara terbaik untuk kita belajar ttg KEUTAMAAN ini ialah berdasarkan Quran dan Sunnah, jadi kalau dah dalam hadith kata keutamaan makan atas solat, maka itulah selayaknya... maknanya jgnlah sekali-kali kita cuba untuk membuat sesuatu KEUTAMAAN tanpa merujuk pada Quran dan Sunnah.
maaf kalo cth yg diberi itu membawa kekeliruan, kerana tanpa huraian... maaf ye tuan punye blog.
ps: mari sama-sama baca kitab fiqh al-awlawiyat oleh dr.Yusuf qardhawi
en. hamka
saya cuma ingin memahamkan KEUTAMAAN khusyuk dalam solat ke atas solat...
bukan sebenarnya KEUTAMAAN makan ke atas solat.
maaf sekali lagi, sekarang sy faham KEUTAMAAN tulis pjg2 atas tulis ringkas2.. =)
Nurul Huda
He he, takpe tak faham, sebab tu aku taruk tajuk lain entry ini adalah:
“Deleted scene on the Special Features”
-----------------
Anonymous bab tu aku dah tulis dalam “bagaimana nak poligami”
--------------
RON
Benar!
--------------
pemuda Mersey
bab solat dulu makan kemudian..
ini banyak hadith tekankan bab ni,
sekiranya kita nak bermuzakarah, bermuzakarahlah dengan niat untuk menghidupkan sunnah Nabi.
Bukan nak cari asalan boleh tinggal solat jemaah atau sengaja nak lengah-lengah..
Lain kali aku tulis bab ni, ramai yang pedas nanti, tak taulah..
Ps: ramai yang tak kyusuk solat sebab ingat pada makanan, tapi ramai lagi yang tak khusuk solat sebab dah kenyang lalu ingat benda lain, dan yang paling hampeh, ramai orang yang kshuyuk makan sampai lupa nak solat.. hampeh!
en hamka,
kdg2 aku paham entry yg ko tls
n phm ape yg ko maksdkn..
tp ade2 timing yg aku x phm huhuhu
dan kdg2 aku tkut gak kalu aku salah paham..
dan ade gak timing yg aku rase ko salah, or was2 dgn fakta2 yg ko nyatakan..
ats rase was2 tu lah yg mendorong aku bukak semule kitab2 lame ayah aku, yg tak pernah aku sentuh evn dah puluh2 thn kat rak..aku dh rajin bli buku2 agama..cuma tanye ustaz je yg blum..
pe pn, aku seronok bace blog ko :)
tq en hamka kerana berkongsi ilmu kt blog nie
Salam!
Hubby saya pulak suruh anggap kita jadi 'boss' dalam buat kerja dakwah bukan jadi pekerja biasa.
Contoh:
Katalah si fulan ada satu perniagaan besar. Kalau dia boss, tentu setiap masa dia akan fikir risau bagaimana nak majukan perniagaan dia. Tapi kalau pekerja biasa yg dapat gaji bulanan tetap, tentu dia tak peduli jika perniagaan itu untung sikitke atau rugike, sebab dia tetap dapat gaji banyak tuuhh.
Ye laa, lebih baik ingat solat waktu makan, drp ingat makan waktu solat...tapi solat fardhu berjemaah, tetap utama...sebab sunnahnyer nabi tak tinggalkan solat maghrib berjemaah sebab nak bukak puasa.
en.hamka
betul, saya setuju
apa yang besnya bila kita bentang dan bincang hadis makan mendahului solat ialah supaya kita melihat pula sunnah makan Rasulullah(kalau tak tgk maka tidak adil).
yang haram kejadahnya keadaan umat sekarang yg sgt suke menggunakan sebahagian agama utk kesesuaian hidupnya sahaja.
samalah macam kes solat tarawih, antara di masjid dengan di rumah, antara 8 dan 20... mana pilihan kita dan apa sebabnya?
kalu kita tak tau waktu solat lain lah, tapi sekarang ni kan ada jadual waktu solat, apa2 pun perlukan hidayat dari allah!allah bagi paham
Saya tak pandai bercakap, dan mungkin sbb tu susah saya nak berdakwah. saya mohon agar Allah berikan kekuatan utk berdakwah pd keluarga dan teman.
Nak berdakwah kena ada bakat gak ke? Huhu...
salam
soalan ni xde kaitan dgn post ni
nak tanye pendapat skit bkenaan isu yoga
thanks!
mmm...x dinafikan, zaman skang ni...asal ditanya n kita jwb blk pasal agama...org akan ckp kita prasan bagus.
jwpn org x bapa nk paham islam --->"ingt ko jwb mm tu, ko dah abih baik ke?"
wallahualam...
*mm=mcm
Apa aku pulak dapat bila baca blog and tulis komen?
Dapat duit gak ah!!
Semua org dpt duit! aku, engkau, hamka, pemberi2 hadiah!!
Lagi best dari MLM!!
564306010610 Maybank
Mari3
$$$=RM-----> (sama dengn penyakit wahan ke en.hamka kalo asyik teringt duit je?) woha!
Ala...Ustaz Hamka pun klakar juga...tergelak-gelak saya...
Mungkin org bleh pertikaikan contoh yang Tuan Hamka bagi...tapi org tak bleh nak tipu diri dengan menidakkan ssesuatu yang sangat realistik dan dekat di hati...di wajah masyarakat.
Hadiah = Infak?
What do U think?
bismillah..
salam bro hamka..skang ni,sy slow2 bru nk berubah gaya pulang kepangkal jln..mcm bro uar2kan..
alhamdulillah Allah mentaqdir sy pd bln ni t'bca blog bro yg m'buka minda n m'buat org b'fikir..
wlupn agak keras n ada unsur2 18thn keats..namun deeekaat dihati..
rsa2..sy xmampu lg nk ngajak org kpd amar maa'ruf nahi mungkar..tp tgh berusaha kearah itu..insyaAllah..
skang ni nk jd org baek dlu..hehe
n xmau nyusahkan org lain..
Nurul Huda
Dan kena anggap kawan-kawan kita yang buat usaha ugama sebagai pembantu kita, bukan kita Bantu dia, maka dengan cara ini, insyAllah kita akan maju.
Pesan pada diri sendiri sama..
--------------
pemuda Mersey
Makan selepas lapar, berhenti sebelum kenyang dan solat apabila masuk waktunya.
Amin..
-------------
Suara
Allah pilih kau jadi ummat Nabi, maka dah tentu kau ada bakat, sebab Allah tak salah pilih ummat Nabi kekasihnya..
------------
yg curious
yoga yang senaman tu ke?,
aku tak tahu dan tak belajar bab tu, yang aku tahu senaman ’Abu bakar’, atau juga dikenali senaman harimau, bertujuan untuk kuatkan zakar.
Woha!
------------
jiddan84me
moralnya, belajarlah jawab soalan kubur,
------------
jiddan84me
: )
---------
Skar
He he..
-------
RM+$=duit
Tak de kerje ke?
-----------
Hidemichimomotani
Aku telah lama kelakar, tapi baru hari ni kau gelakkan aku, bukankah esok kita jadi mayat?
--------------
VersedAnggerik
I think, maybank2u..
Heh!
Ps: betul, infak harta di jalan Allah adalah yang terbaik!
--------------
Ummuaiman
Berikan aku khabar gembira kelak, dan ajaklah orang jadi baik, maka Allah akan perbaikkan kamu, insyAllah.
bismillah..
salam bro hamka,insyaAllah tgh dok kumpoi kekuatan..
entry ni yg latest ka?ka sy ketinggalan?
p/s:x ngheti nk refresh tang mana..
Iklan: Burung Hilang
Ada seorang lelaki tua yang hobinya memelihara banyak burung. Pada suatu pagi, semua burung kesayangannya telah hilang. Merasa sipencuri sudah keterlaluan, lelaki tua itu pun membawa masalah ini di perjumpaan mingguan di kampungnya.
Lelaki tua : "Siapa disini yang ada burung?"
Seluruh penduduk laki-laki segera berdiri.
Menyedari kesilapannya dalam cara bertanya, lelaki itu menambah
"bukan itu maksud saya"
Lalu di ajukan soalan yang lain..
"maksud saya adalah, siapa yang pernah lihat burung?"
Maka seluruh penduduk wanita berdiri.
Kerana menyedari pertanyaannya masih tidak betul, maka dengan muka merah padam dia menyambung "maaf, bukan itu maksud saya"
Sekali lagi dia cuba bertanya
"maksud saya adalah siapa yang pernah lihat burung yang bukan miliknya"
Separuh penduduk wanita berdiri.
Muka lelaki itu makin merah, dan juga makin gugup, segera berkata lagi
"maaf sekali lagi, bukan ke arah itu pertanyaan saya, maksud saya adalah,
siapa yang pernah lihat burung saya?"
Lalu… Isteri lelaki itu pun pun berdiri….dan seorang wanita yang lain,
maka kali ini merah padam pula muka si isteri, lelaki tu pun cabut lari,
menyesal tanya.
...so, what is the moral of the story?..
Hamka...
Sedih sebab kalau semua yang keluar tu balance jihad jalan Allah dengan jihad pada keluarga alhamdulillah..tapi hakikatnya, ramai gak salah bawak atas kelemahan diri...kesian juga dengan isteri2 dan anak2 yg ditinggalkan...masa suami keluar makan hebat, anak bini kat rumah makan ala kadar...moga allah naikkan darjat isteri2 tu...saya sedih nak cakap gini tapi tulah hakikatnya...nak dapat ikhlas memang susah...harap saya bukan tergolong dalam gol yg buat fitnah pd org yg buat usaha agama, banyak jugak yg okay,...
sejak berkeja ni aku baca blog encik hamka kat opis.. 2 minggu lepas, aku perasan encik hamka ada post entry baru, biasanya klu encik hamka ada post entry baru dgn gelojohnyer terus baca. tapi kali ni aku kurang gelojoh aku baca sampai ada perkataan 'banggang'...lepas tu hati busok aku berkata..macam dah lain macam jer encik hamka ni, bila perkataan banggang bergelimpangan disana sini. aku terus hentikan bacaan..dan macam encik hamka gak perasan sibuk..teruss tak baca..baru ari ni baru teringat nak baca balik. nampaknya masih takde entry baru...
lepas baca baru paham.. bleh tahan gak 'slow' aku ni..hok hok hok...
klu sblm ni klu aku nak berucap sepatah 2 kata kat ruang komen aku letak nama nurul huda..td aku baca komen ada nama nurul huda..mmg ramai nama nurul huda kat malaysia neh... pasni nak letak makcik huda lah.. perlu ke aku citer sume neh.. ada ke yang nak baca... sekian terima kasih
oh..cik hamka..
xkan no account je..
password xnak sertakan skali ke?..
ahlia F said..
sekadar berkongsi cerita,
tuan rumah sewa (TRS): F keluar tabligh berapa lama..?
isteri F (I.F): 40 hari je..
TRS : dia keluar ni ada dapat upah ke gaji ke? ada tak EPF ke, SOCSO ke..?
I.F : EPF-EPF ni tak adalah pulak..
TRS : ohh ye..? *nada semacam terkejut dibuat-buat*
I.F : kerja agama ni mana lah ada upah gaji EPF bagai.., nak upah nanti mintak dgn Allah je..*nada sedih bercampur perli light-light*
sekarang ni kalau org tanya, cakap pegi kursus je senang.. takdelah kena tanya soal EPF bagai...
salam..
actually from the 1st day u posted this entry,I've finished reading it..
Tried to seek for the moral of the story..
There is,but not much of significants.
A question for u Hamka,
Did u seriously have the intention of asking people to deposit cash into your bank account?
Ridiculous.
ummuaiman
refresh dengan tulis alamat penuh kat http: iaitu, keretamayat.blogspot.com.
tanpa ada tajuk tambahan dihujungnya, faham?
--------------
pae8461
burung merujuk kepada kemaluan kanak kanak yang belum berkhatan, maka sila ‘matangkan’ cerita anda.
Sekian.
--------------
hijrah1429
Ada mamat tu kutuk dan umpat jiran dia yang keluar tabligh sehingga anak bini lapar, kita Tanya betul ke? Dia siap bersumpah..
Lepas tu kita datang rumah dia mintak alamat jiran dia yang siksa anak bini tu sebab nak tolong report balai polis, tapi rupanya dia pun dengar orang cakap, takde pun jiran dia tu..
Merah padan muka dia sebab malu..
Semoga Allah ampunkan dosa dia dan aku.
---------------
makcik huda
maaflah makcik, sebab banyak tulisan ‘bangang’, lepas ni saya nak kurangkan atau tak nak guna, insyAllah, doakanlah saya..
salah makcik huda jugak, sebab bila makacik tulis nurul huda, ingat makcit sweet18 ke apa, terus saya perasan muda, lalu bercakap bahasa muda nafsu gelora, terlupa bahawa pakcik sendiripun dah tua, patut bercakap bahasa tua nasihat di dada..
woha!
-------------
myway - i am a human..
he he , kau jangan bergurau dengan penyakit wahan…
-----------
ahlia f
pandai!
Ps: pejabat ugama ada jugak buat dakwah, masuk jumpa orang asli, baru ni kawan aku budak tabligh joint siap dapat work order, bermakna gaji jalan, epf ada…, tinggal bagi masa sajer.., harap orang dunia boleh faham.
---------------
anonymous
Aku jarang jawab pengkomen yang tiada nama, sebab?
ridiculous.
bagus klu suami kluar umah berhari2 sebab nk mendalami agama,menyebarkan agama.Boleh tk klu tuan driver keta mayat bincangkn plak isu isteri yg ditingglkn suami dgn alasan utk berdakwah,tp tk plak dia tingglkn nafkah yg cukup?istri plak tepaksa bekejar2 kesana sini menyelesaikn urusan umah tangga,amik ank balek skolah,pegi pasar dll lew..berkat ke ye?camne plak klu istri tu tk reda dn rasa teraniaya?
-Princess-
itu bermakna kau kena buat report polis...
itupun setalh orang kampung tak nak bantu..
besar pahala tolong 'siti hajar' yang di tinggalkan suami di padang pasir selama 10 tahun..
betul tak?
mungkin...tk mengape la..ape pon blog ni byk memberi inspirasi.
tahniah.
-princess-
kagum!!!
woha!
salam bro hamka,..
sy baru jer semak buku-buku virtual,
alih-alih terjumpa lak muka surat citer pasal kereta mayat...terus jatuh kereta,emmm.. maksud saya jatuh hati...
ini la entry bro yang saya rase paling best bagi saya peribadi,,...klu nak jawapan dunia...entry ni best sbb bole la sy bg jawapan kat org yg ada penyakit wahan tu dengan jawapan dunia...woha...tp klu nak jawapan berbentuk padang mahsyar,.. emmm.. saya pikirlah sendiri...hehehe... bukannya apa, sbb sy pun baru jinak2 merpati dengan dunia blog nih...
apa2 pun,..all da best la utk bro...selamat menyedarkan makhluk Tuhan yang bernama manusia....
sori terpinjam ayat2 power bro...
sy akan terus jadi peminat, pemerhati, pemantau, pengkritik blog bro nih,..huhuhu...(bukan pemerhati PBB yang buang karan tuh)
jangan la tak sudi memayatkan blog saya yang serba kurang ni ye/...
: )
Salam :)
Alhamdulillah.
C00l Blog bro :D
: )
Post a Comment