(kronologi pengharaman KFC oleh seorang “Ustaz Anonymous”
yang malu nak bagi tahu nama pilihan mak bapak,)
Suatu hari, oleh kerana aku bosan baca komen-komen yang tak
meningkatkan imam bab perhipunan bersih 3.0 di blog aku, maka aku sajer sakat
pengomen dengan update hal yang tak berkaitan:
*****
Hamka Said:
Semalam beli dinner plate 2 set, dapat promosi 50%, 6 ketul
ayam berperisa original, cukup kami enam beranak makan, tapi tak cukup jugak,
bini aku order pulak X meal.
Sekian terima kasih.
ps: awal bulan macam ni, KFC lengang sahaja.., : )
******
Terus pengomen yang sedang bicang isu polis jahat atau
perusuh jahat jawab komen aku:
******
Anonymous said...
as salam..
Sheikh Yusof al Qardhawi dan Ulama al azhar dah keluar fatwa
KFC(dan SEMUA product ZIONIST) adalah HARAM dibeli oleh Umat Islam (sbb
membantu ekonomi Zionist) pon ada org yg so called muslim pergi beli jugak
..???
“KFC,Pizza HUT and McD adalah syarikat besar rangkaian yahudi Zionist yg sebhagian besar keuntungan dr
perniagaan ni memberi dana yg banyak kpd Zionist Israel utk membeli peluru dan
senjata menembak saudara seIslam kt di Palestin termasuk kanak kanak dan bayi
Islam...
MAKA... telah difatwakan oleh Ulama'2 besar dunia termasuk
Sheikh Dr Yusof Al Qardhawi dan semua Ulama' Al Azhar bahawa membeli brgn dan
produk yahudi Zionist dan Amerika adalah HARAM.
Sila rujuk website yg ada dinyatakan produk2 Zionist yg
WAJIB diboikot..Memboikot brg2 Zionist adalah salah st bentuk JIHAD iaitulah JIHAD
EKONOMI.
Kalau Jihad fisabilillah kt tak mampu buat, takkan jihad
ekonomi pun tak dapat...
Semoga usaha kt yg kecil ini dapat membantu rakyat
Palestin...dan dpt meraih CINTA dan KASIH SAYANG ALLAH SWT insyallahh..
******
Lepas tu ada orang tolong jawab untuk aku:
******
Ridwan mohd yunos said:
hahaha.. KFC haram haha.... wa gi mekah jumpa gaks KFC kat
mekah bro.. atas bukit lagi.. betul2 berjiran ngan makkah mukarramah.... tanah
haram tu...... bak kata pengomen.. ada plak key ep si haram..... hahaha..
mase tu wa tak belasah la key ep si.. sebab wa keyang blasah
air zam zam ala kazam..
******
Anonymous yang sentimen pula said...
KFC mmg ada di Mekah, Starbucks pun ada di Madinah..
Persoalannya siapakah pemerintah Mekah dan Madinah sekarang?
Mereka yg berkuasa sekarang adalah drpd keturunan Saud yg telah dilantik dan
diberi kuasa oleh British dan SEkutunya(Amerika n Yahudi off course..) jadi..Pemerintah Mekah sekarang adalah proAmerika. Ulama2
mereka(ahlussunnah) pun tak setuju dgn pembangunan pesat yg berlaku di Mekah
sekarang krn dikhuatiri menghapuskan tinggalan sejarah dan sirah Rasulullah saw
yg sememangnya menjadi agenda puak Thagut ini...Jadi, apa2 keputusan pemerintah
mekah utk membawa masuk KFC di Mekah tidak boleh dijadikan alasan utk menolak
fatwa yg dikeluarkan oleh Pengerusi Majlis Ulama' Sedunia Dr Yusof Al Qardhawi
yg mengatakan product Zionist haram.
Jika ada yg masih mempertikaikan fatwa ini, sy tak boleh
buat apa2 dan tak boleh paksa anda,terpulang pendapat masing2.. Muhasabah diri
masing2..
******
Dah puas Anonymous yang sentimen serang Ridwan mohd yunos,
sekarang Anonymous serang aku pula
Anonymous said...
******
to hamka.kami pun nak tahu apa nasihat awak pd org yg boikot
produk yahudi ni..org tu dah bagi hujah dia mll fatwa Pengerusi Ulama' sedunia
Dr Yusof Al Qardhawi..Skrg kami nak tau pulak apa hujah awak yg mgkn tak
bersetuju dgn Dr Qardhawi..
Al Ulama' warasatul anbiya'.
Ulama' adalah pewaris nabi.
*********
Oleh sebab aku tak layan komen anynomuos, maka Ridhwan bin
mohd yunus pula berhujah:
******
Ridhwan bin mohd yunus
perbandingan kfc di mekah tu bukan bertujuan dalil
(pengalaman jek), tapi kalau tuan sangkakan dan nak cakap dalil ok jugaks la..
tetapi bagai mana logo halal kfc yang diberi oleh JAKIM dari kerajaan
malaysia.. ???adakah kerajaan malaysia sesat..??? kenapa JAKIM SESAT adakah
Pemerintahan JAKIM sekarang ini adalah proAmerika. ataupun Ulama2 JAKIM sudah
menjadi agenda puak Thagut ...
ataupun
apa2 keputusan logo Halal JAKIM di KFC menolak pendapat
yusof kardawi...
wa tak baca pendapat yusof kardawi berkaitan product zionist
haram.. sebab wa tak pernah terpikir nak tolong zionist atau mengeluarkan
perkataan yang menyebelahi zionist.. hahaha
akan tetapi jika wa berniaga dengan yahudi wa akan berpegang
teguh pada kisah nabi muhammad berjual beli dengan yahudi.. ruj zaharuddin.net
ke kitab hadis ke kalau nak tau detailnya..
lagi satu tuan .. tuan bg tau pemerintah saudi sesat..
tuan.. nak hukum orang fasik pun susah lagi la nak cakap
orang lain sesat... terer la tuan.. boleh suka suka hukum orang lain sesat..
caya la.. bravo.. doakan saya terlepas daripada azab siksa kubur dan neraka..
kekadang kita nie dah mengambil urusan Allah dengan
menghukum perbuatan manusia lain
Imam Al-Nawawi dan Ibn Hajar dalam kitab mereka Syarhul
Muslim dan Fathul Bari: “Sesungguhnya manusia tidak letakkan tanggungjawab
untuk menilai urusan luar daripada yang zahir (jelas), dan apa jua urusan
terlindung itu cukup sekadar urusan Allah dengan hamba-Nya”. (Syarah Sahih
Muslim, 7/193; Fath Al-Bari, 9/119).
lagi wa berpegang pada pendapat .. pintu taubat terbuka...
ada dosa banyak sekalipun boleh bertaubat dan tidak terkeluar dari agama islam
atau murtad..
lagi satu.. setakat fatwa.. pe da hal.. hallahhhhh.. adoi..
susah aku nak terangkan mengenai fatwa nie.. kang aku terangkan a dia ingat
b... sebab dalam memahami dan mengeluarkan padangan ada dislin2 ilmu dan
ilmu-ilmu asas tertentu untuk di fahami.. ... terpenting ilmu tauhid.. lepas tu
ilmu nahu saraf, ilmu balangah, ilmu usul fiq.. adoih.. dah la orang yang
berminat pada agama ni sikit..
hah.. aku membebel lebih kang ada orang kata aku sesat
plak.. sebab dia guna dalil tak ikut ulamak tak ikut nabi..
ape2 pun wa hargai teguran tu.. kalau tuan mahir, paham dan
amal dalam ilmu agama tuan mesti labih baik dari hamka.. hahahah
wa rase macam maleh nak layan.. tapi.. layan je la.. syok
melayan.. hahaha
******
Nampak tegang, Aku pun komen:
*****
Hamka said...
eh?, ada yang kata haram makan KFC walaupun ada logo halal
sebab ada kena mengena dengan yahudi..
minta tolong yang bertanya tu bagi nama atau alamat email,
aku nak jawab IKHLAS!
tolong bagi jika korang ikhlas.
********
Anonymous yang bengang sebab aku tak layan hujah KFC haram
mula serang peribadi:
******
Anonymous said...
Aku rase hamka hang tak layak guna nama hamka.hang guna nama
lain laa.bush ka..sharon ka..mubarak ka..asad basyar ka..tu lebih layak utk
hang drpd guna nama ulamak.
********
Aku tak jawab.
*******
Anonymous yang masih bengang tapi tak bagi email, telah
berhujah lagi::
******
Anonymous said...
Khas ditujukn kpd
puak2 yg memandang sinis usaha memboikot brgn @ produk yahudi..
Sila rujuk n bc artikel dlm majalah SOLUSI TELAGA BIRU.isu
no 5. M/s 22,23(BOIKOT HEDONISME) dn 34,35.(CORAT CORET ANEKDOT ANTI YAHUDI).
Konsultant syariah maj ini ialah USTAZ DR HJ ZAHAZAN
MOHAMED.
Ketua editor USTAZ PAHROL M JUOI.
Kalu tak penah bc sy nak hilight bbrp ayat di sini.
Sila bc dgn MATA HATI.
"Dlm apa2 tindakn kt sbg seorang Muslim kt tdk boleh
lari drpd kerangka dasar yg mengikat kt,iaitu alQuran dn
AsSunnah.justeru,tindakn kt memboikotbarangn produk yahudi dan sekutunya
Amerika merupakn suatu yg DITUNTUT OLEH ISLAM.
Imam al bukhari telah meletakkn st subtajuk dlm kitabnya
SAHIH AL BUKHARI:Bab berjual beli dgn org2 musyrikindan mereka yg MEMERANGI
ISLAM.
IMAMAL NAWAWI ketika mghuraikn persoaln ttg bolehkahberjual
beli dgn mereka yg memerangi Islam,telah menyatakan :
"telah sepakat umat islamke atas keharusan utk
berurusniaga dgn ahli zimmah(org yg mengikat janji dgn kerajaan islam) dan
selain drpd mereka yg terdiri drpd org kafir,selagi mana ia tidak melibatkn
brgn yg haram. TETAPI TIDAK HARUS utk seorg islam menjual senjata atau
peralatan perang kpd org kafir yg memerangi islam dan TIDAK BOLEH BERTRANSAKSI
dgn apa2 yg membantudlm menegakkn agama mereka"
(Al Nawawi-Syarh al -Nawawi ala muslim,jilid 5,hlmn 478.)
"perlu difahami bhw hukum asal berurusniaga dgn org
kafir termasuk yg memerangi islam adalah HARUS dgn syarat brgn itu halal di
sisi islam.ia menjadi HARAM sekiranya keuntungn dan manfaat drpd transaksi itu
digunakn utk memerangi islam samada scr langsg atau tidak.
Justeru, PEMBOIKOTAN BRGN AMERIKA DAN YAHUDI PD HARI INI
SANGATLAH BERTEPATAN KERANA MEREKA SANGAT MEMBERI KOMITMEN KEWANGAN KEPADA
NEGARA YAHUDI ISRAEL.IA SESUATU YG TIDAK BOLEH DISANGKAL!!"
Ini hanya cebisan petikan dr majalah SOLUSI.edisi 5.nak tahu
lanjut sila beli di kedai2 buku.
Kalu korang tak setuju ngn dr qardhawi tak pe lagi. Tp kalau
IMAM NAWAWI pun korang tolak..berattt..memang beratt..
Muhasabah diri..lemahnya umat ini nak boikot produk yahudi
pun tak mampu.
Ni belum citer bab boikot produk HOLLYWOOD dan produk TEMBAKAU
AMERIKA.
******
Ok, tibalah masa untuk aku jawab:
*******
Hamka said...
dah ada yang jawabkan..., terima kasih riduan..
mana si anoynomous punya nama dan email, aku nak jawab bab
boikot KFC nih!
Ps: kat kelantan pun ada kfc beb, eh? Bior betol kat
Kelantan ada KFC? pemerintahan islam dah lama kat sana... woha! Serambi mekkah
tu!
********
Anonymous yang hari hari refresh
aku punya blog tunggu jawapan aku nampak kecewa sebab aku hanya minta email.
********
Anonymou said...
To hamka saudaraku..
Aku tak kata kfc haram.kfc tu halal dimakan,sbb tu Jakim
labelkn sbg halal..Ilah@sebab yg jadi haram sbb keuntungnnya menyumbang kpd
dana pembentukan negara haram israel. Ni bukan wording aku tp mll pembacaan
mjlh SOLUSI yg konsultn syariahnya u zahazan.
Kalu kamu masih tak terima kebenaran lagi,aku doakn semoga
kamu akan dpt memahami situasi ini st hari nanti..insyallah ameen..
Tak perlu aku bg email.
Cukuplah sekadar pencerahan di sini.
Tak de st pun wording aku guna perkataan sendiri.
Semua aku quote dr mjlh SOLUSI.
Kalu kamu masih buta mata hati tak nampak kebenaran. Kamu
email jer dgn UST DR HJ ZAHAZAN DAN UST PAHROL.
Kamu kenalkan ustaz2 ni.
Kalu tak kenal banyak2 kan cari majlis ilmu di tv al
hijrah,radio IKIM..kamu akan jumpa ustaz2 ni.
******
Ok, sebab anoynomous tak nak bagi email, terpaksalah aku jawab secara
terbuka.
*******
Hamka said...
Aku tak cakap boikot yahudi salah, tapi bab KFC, ada orang tanya ustaz azhar idrus, selamba ustaz cakap, KFC di terengganu memang halal, woha! (aku duduk terengganu)
Bro, aku mintak email kau bukan apa, sebab aku nak jual satu
produk islamik, sebab kau sokong produk islamik dan anti yahudi, jadi sila bagi
email kau kat aku sebab aku nak jual satu produk 100% buatan orang islam,
jangan pandai cakap sahaja, tapi tak amal, orang yang cakap tapi tidak amal
boleh masuk neraka,
produk aku ni 100% buatan orang islam, sokonglah orang islam
meniaga, harga RM25 sahaja satu bijik, aku minta email sebab nak tengok bukti
kau ni cakap serupa bikin ke atau cakap macam orang munafik, jadi aku tunggu
kau beli produk aku iaitu buku bab laki bini, 100%
buatan islam dan confirm tak de dana akan aku sumbang pada yahudi.., mungkin
aku akan berhenti makan KFC sampai bila bila kerana terkesan dengan keikhlasan
kau menyokong produk islamik..
Menurut rekod, paling tinggi pembeli beli buku aku adalah 8
bijik sekaligus, jadi aku takde email kau maka kau kena beli 10 biji sebagai
tanda sokongan terhadap produk islamik dan membuktikankan memang kau anti
yahudi yang hakiki..,dan penyokong prosuk islamik yang sejati, jadi sila Bank in sebanyak RM310
di akauan Maybank 1630 2855 3448.
Jika tak bagi alamat, aku akan sedekahkan buku tu kepada orang miskin, silalah Bank in sebnayk RM310, Itupun jika kau betul sokong produk islamik, jika tak beli,
meminjam fahaman kau "sah sokong kapir".
Woha!
Ps: Tak akan bagi email sebab takut nak beli produk islamik,
kekeke, Hampeh! Tapi jika beli, tarik balik Hampeh dan aku respek keikhlasan
kau memboikoi yahudi- woha!
Ps2: bila Anonymous
marah, akan ada nasihat suruh aku buang nama Hamka sebab nama tu ulamak
yang punya, apa punya bangang?!, ni nama mak bapak aku bagi, yang kau tu, guna
mana Anonymous tak ke bodoh! Ops, silap, mungkin nama kau mirip nama yahudi,
sebab tu kau boikot nama sendiri- Woha!
Jawapan ustaz Azhar Idrus bab makan KFC
(Ustaz Azhar Idrus dan kelurga sedang makan KFC-woha!)
(Kisah Awek kelantan dan Daging Panggang dengan tagline: “orang
tamak, selalu rugi” atau “orang tamak selalu haloba,” )
Dalam buku Buku Permata Yang Hilang ms 309, bab 46. ada
kisah penderitaan aku yang sangat dahsyat. Dan kebiasaanya kisah penderitaan
aku mesti melibatkan perempuan seperti kisah awek sabah dan orang utan, amoi
terengganu yang berbulu, muslimah kancil yang kuat politik, dan gadis gedik old
Mc donald a.e.i.o.u.. sebelum bertranformasi kepada gadis ayu.,
Okey, ada tak aku cerita kisah awek kelantan sebelum ini? Oh,
aku lupa nak masukkan kisah tu dalam buku sebagai pedoman, maka aku tulis kat
blog sahajalah..
Seperti biasa, bila melibatkan perempuan, pasti ada
penderitaan, maka untuk kisah awek kelantan ini, yang sepatutnya ‘dale bahaso
kelate untuk menamboh kese dramatik tapi nyaknye pulok ke demo jadi kawe’
cerita dalam bahasa Malaysia sahajalah..
Semoga lepas korang baca kisah penderitaan aku yang dahsyat
ini, maka diharap dapatlah semua kesedihan korang di usir jauh dari sudut hati
kerana hakikatnya apabila kita membandingkan kesedihan kita terhadap orang yang
jauh lebih menderita, maka masalah korang akan menjadi kecil sahaja,
inyAllah.., bab kata pepatah English yang di melayukan:
“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku
hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..”
Argh, nak berfasalaflah pulak, kita terus pada babak akhir
kisah yang menyayat hati ini..
******
Pada suatu hari aku telah di jemput menghadiri jamuan makan bertemu
empat mata di rumah awek kelantan yang bertempat di Kok Lanas, Ketereh..
Oleh sebab aku segan dengan bakal bapak mertua yang selalu
berserban macam tok guru Nik aziz, maka aku ajak kawan baik aku yang kita
namakan sebagai menantu Mak cik Limah.
Pendek cerita.., aku dan menantu Mak cik limah yang bukan
orang kelantan telah pergi ke kelantan untuk makan makan, dan sampai di sana,
kami di hidangkan dengan laksa kelantan...
Laksa kelantan lebih kurang sama dengan Laksa Terengganu, Cuma
di kelantan mereka hidang bersama daging panggang..
Aku yang memang lapar terus berebut dengan menantu Mak Cik
Limah akan daging panggang tersebut.., lagipun daging panggang tak banyak,
sekitar sepuluh ketul sahaja yang dihidang bersama semangkuk garam dan semangkuk
cili boh,
Oleh sebab aku rakus dan pentingkan diri sendiri, aku
berjaya merebut 8 ketul daging panggang, manakala menantu Mak cik limah hanya
mendapat dua ketul..
Kesian semua hadirin yang lain kerena tidak dapat daging panggang,
mereka terkejut melihat aku yang tamak, tapi tidak rugi, nampaknya, pepatah , “orang
tamak, selalu rugi” tidak terkesan badinya pada aku, sebaliknya, pepatah aku
adalah: “orang tamak selalu haloba,” Woha!
Dalam kegembiraan aku nak makan laksa, akupun makan dahulu seketul
daging panggang sebagai pembuka selera..
Perghhhh, kenapa rasa daging panggang ni rasanya macam
daging mayat zombie?!
Tapi sebab awek kelantan sedang tersenyum pelik melihat aku,
maka aku habiskan juga seketul daging panggang yang rasa masam melekit masin
semasin peluh mayat zombie..
Menantu Mak cik limah lagi teruk, sebaik daging panggang tu
masuk mulut, terus menghembur keluar siap meludah lagi..
Perkara ini menimbulkan malu kepada awek kelantan dan
membangkitkan marah pada bapanya..
Pendek cerita, percintaan kami terkubur bersama daging panggang
yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie itu, “Hait Ptuihhh..!”
Rupa-rupanya.., apa yang kami makan itu bukan daging panggang,
tetapi belacan panggang! Sebab tu lah rasanya macam gampang!
Woha!
Ps: Lain kali jika pergi kelantan makan laksa, jangan sangka
belacan panggang tu daging walaupun rupanya nampak sama, tapi seksa memakannya,
tuhan sahaja yang tahu.., ya aku setuju..,Orang tamak selalu rugi, woha!
Ps2: Merujuk kepada gambar: kehinaan bagimu, tapi kemuliaan bagiku...
Orang selalu pesan, bersyukurlah, jadi aku tanya balik, apa
maksud bersyukur?, jawab mereka: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada
Allah..
Aku nak tegur sikit, syukur bukan setakat berterima kasih
kepada Allah, contohnya andai kata korang tiba tiba jadi kaya raya, lalu ucap:
saya bersyukur kepada Allah, sedangkan duit yang banyak tu korang simpan dalam
bank tanpa bayar zakat atau sedekah, maka pada waktu itu, korang nampak macam
bersyukur, tapi syukur korang tu hanya di bibir kerana korang sebenarnya
kedekut.
Syukur jika merujuk kepada orang kaya, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah,
perlulah di kongsi akan nikmat itu seperti membayar zakat atau membantu mereka
yang lemah, itulah maksud syukur bagi orang kaya.
Atau nak bagi mudah faham: Maksud syukur adalah keinginan
untuk berkongsi nikmat dengan orang lain.
Itu contoh syukur merujuk kepada orang kaya, sekarang aku nak tanya, apa maksud
syukur bagi orang beriman?
Maksud syukur bagi orang beriman, selain mengucapkan lafaz:
Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat iman itu kepada orang yang belum
beriman dengan cara dakwah mereka agar turut beriman dan selamatkan mereka dari
azab api neraka, inilah namanya syukur atas nikmat iman. Semua Nabi beryukur
atas nikmat iman melalui jalan dakwah...
Hari ini ramai orang islam perasan bersyukur atas nikmat
iman, lalu syok beribadat sehingga lupa nak dakwah jiran atau kawan, mereka ni sama macam
orang kaya yang kedekut tapi perasan beryukur..
Tak paham paham lagi..
Secara ringkasnya, bersyukur bagi orang sihat itu, adalah membantu
orang lemah, bersyukur bagi orang kaya, membantu orang susah, dan bersyukur
orang beriman, mendakwahkan hak kalimah..
Iatulah maksud syukur yang mana bila orang kaya bersedekah,
Allah janji akan tambah nikmat, menjadi lebih kaya, atau bila orang beriman
berdakwah, Allah janji akan tambah nikmat iaitu kekal dalam hidayat..
Firman Allah:
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan
tambah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur sesungguhnya
azabKu amatlah pedih. "( Ibrahim : 7 )
Jadi maksud syukur itu adalah keinginan untuk berkongsi
nikmat dengan orang lain.
Faham tak?
Jika tak faham, pakcik bagi contoh moden, dalam dunia
Facebook, bila kita suka satu artikel, maka kita klik button “like” yang mana ‘like’
di sini bermaksud macam korang berterima kasih kepada penulis tu sebab tulis
sesuatu yang bagus, atau dalam anologi syukur, korang ucap “Alhamdulillah” tu
kira macam korang “like” dengan nikmat Allah.
Tapi jika korang setakat ‘like’
sahaja, belum mencapai hakikat syukur, kerana maksud syukur itu adalah
keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain, maka dalam dunia Facebook,
korang akan “Share” pula artike tu.., Ha! Bila korang Share, kat sinilah sempurnanya
maksud Syukur yang cuba aku sampaikan di atas, iaitu korang bukan setakat ucapa
Alhamdulillah, tapi korang akan kongsikan nikmat itu pada insan lain..,
Bermakna, bila Allah dah beri kita nikmat iman, kitapun “like”
dan “share” pada jiran serta kawan, sama ada mereka nak “like” atau “share”
terpulanglah, kerja kita.“like” dan “share” sampai jadi mayat-
Woha!
***********
Baik, sempena hari baik bulan baik, aku nak “like” dan “share”
aktiviti di bawah..
Satu Sunnah besar telah berlaku di saat akhir sebelum
wafatnya Rasulullah SAW, berlaku di Pasang Arafah, semua sahabat berkumpul,
khemah khemah didirikan, dan Nabi bagi khutbah terakhir kepada 124 ribu para
sahabat, ada riwayat 144 ribu..
Dalam khutbah terakhir itu, Nabi pesan supaya hendaklah
orang yang ada di sini mendakwahkan ugama kepada orang yang tiada di sini
sehingga orang yang tiada di sini lebih faham ugama dari orang yang ada di
sini- lebih kurang maksud begitulah pesan terakhir Nabi.
Lalu bertebaran para sahabat ke seluruh alam mengembangkan
ugama, dari arab sampai ke asia, hingga seluruh dunia. dan dalam lipatan
sejarah, kelihatanlah kubur sahabat nabi yang bersemadi jauh dari mekah atau
madinah.
Jadi aku nak tanya pada sorang ustaz, bila kita boleh amal
sunnah ni?
Jawab sorang ustaz..
Kita akan buat sunnah ini bila kita dah berjaya tubuhkan
negara islam atau jenama barunya negara berkebajikan, dan bila kita dah
perintah Malaysia sepenuhnya satu hari nanti, selepas isu gaji minimun dan
menhapuskan kemiskinan tegar, maka pada waktu tu kita akan buat Muktamar atau
ijtimak secara besar besaran, dan kita akan bentuk jemaah jihad ke Palestiin,
Iraq, Afghanistan, dan seluruh dunia, sekarang kita tak boleh buat sebab
kerajaan tak bagi, hari tu kita cuba buat perhimpunan rakyat 100 ribu kena
serang dengan FRU, lagipun sekarang tol mahal, nak ke kuala Lumpur banyak guna
duit, bla bla bla itu ini begitu
begini..
Ok, jawapan ustaz tu panjang lagi tapi aku edit sebab nak
menyedapkan jalan cerita.., woha!
Dahlah tu Ustaz, tak payah rasanya kita nak tunggu Kerajaan
sekarang jatuh, atau tertubuhnya negara kebajikan baru nak kumpul ummat islam
untuk bagi ceramah dakwah dan bagi kerja dakwah macam Nabi buat di padang
Arafah..
Sebab sekarang, di seluruh Malaysia, sedang berlansungnya
ijtimak peringat negeri di seluruh negara, bermula dari Kuala Lumpur, sampailah
ke sabah..
Perhimpunan ini bukan untuk orang tabligh atau budak hafiz
sahaja, tapi untuk semua orang islam di Malaysia, tak kira korang sokong PAS,
UMNO, DAP, AMBIGA, BERSIH, BELIA, SUPER SPONTAN, atau penyokong Ustaz Azhar
Idrus, asal korang berugama islam, ada kalimah LA ILLA HA ILLAh!, maka korang
semua di jemput untuk hadir di lokasi yang berhampiran rumah masing masing..
Dalam perhimpunan itu akan ada ustaz ulamak yang akan
berkhutbah tentang hal ehwal ummat dan kerja ugama, dan dihujung khutbah, kerja
ugama akan diberi kepada mereka yang sedia untuk menyambung kerja kerja
kenabian.., insyAllah..
Ijtima bermula waktu solat subuh di hari pertama dan
diakhiri dengan doa pada hari ke-3 sebelum menunaikan solat fardhu zohor.
Ceramah-ceramah umum setelah solat fardhu Subuh berjemaah, pagi (sekitar 10.30
pg waktu Semenanjung, 9.30pg waktu Sabah Sarawak), asar dan maghrib.
Dilaporkan Halqah khusus pada pagi hari ke-2 untuk Ulama, ustazVVIP,
VIP dan Pelajar-pelajar.
Untuk makluman,ada halqah untuk mereka yang menggunakan
bahasa isyarat. Dipelawa membawa rakan-rakan istimewa (pekak dan bisu)
bersama-sama.
Makanan disediakan; makan secara berjemaah dan layan diri.
Mungkin keadaan sesak dan bermujahadah untuk mendapatkan
kemudahan-kemudahan awam seperti tempat letak kereta, dewan/khemah makan,
tempat rehat, tandas dan lain lain.
Berikut adalah TARIKH & LOKASI untuk di “like” dan “share”
19hb-21hb Mei - SELANGOR & WIL.PERSEKUTUAN
Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.
22hb-24hb Mei - PERAK
Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
25hb-27hb Mei - PULAU PINANG
Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Penang.
28hb-30hb Mei - PERLIS & KEDAH
Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.
31hb Mei-02hb Jun - KELANTAN
Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.
03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
06hb-08hb Jun - PAHANG
Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.
09hb-11hb Jun - MELAKA & N.SEMBILAN
Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
12hb-14hb Jun - JOHOR & SINGAPURA
Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.
15hb-17hb Jun - SARAWAK (Kuching-Sibu)
Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.
18hb-20hb Jun - SARAWAK (Bintulu-Miri) & BRUNEI
Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.
21hb-23hb Jun - SABAH Pantai Barat (KK, Labuan, Beaufort,
Keningau, Kudat dll)
Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkul, Beaufort.
24hb-26hb Jun - SABAH Pantai Timur (Tawau, Sandakan,
Semporna, Kinabatangan dll)
Masjid Nur Iman, Sapagaya, Lahad Datu.
Semua Muslimin di jemput hadir..
Sekian.
Ps: Aku sebagai pemandu keretamayat menyokong penuh usaha
menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad SAW, tak kira siapa yang buat, UMNO, PAS, Tabligh
dan lain lain gerakan so call islamic, asal itu Sunnah Nabi, maka aku akan “like” dan
“share”- Woha!
(Rujuk Buku PermataYangHilang ms 139 bab “bagaimana mendapat
kemanisan bersetubuh” untuk lebih memahami ‘punch line’ entry ini, he he he..)
Soalan Pembaca:
Salam, Abang penulis Permata yang hilang kini dijumpai..
Soalan Aku, Bagaimana nak mengatasi perasaan was-was...aku
selalu mengalami was-was dalam 3 perkara....
1) bila mandi wajid
2) bila habis buang air kecil
3) bab kebersihan...
bila mandi wajib aku jadi was-was sama ada air sudah
diratakan pada bahagian tertentu anggota badan atau tidak, walaupun aku yakin
aku telah ratakannya...tapi lepas selesai mandi wajib perasaan was-was tu
datang, membuatkan kehidupan aku dalam satu hari itu jadi huru-hara..arghhhhh.
Aku cuba lawan perasaan was-was itu tapi kadang-kadang rasa tidak mampu, hampir
tewas, hampir gila...owhhh...aku takut ibadat aku tidak diterima ALLAH
s.w.t...dalam masa aku fikir aku telah dipermain syaitan laknatullan itu...
mohon cara atasi penyakit was-was ini...
*******
Jawapan keretamayat..
Ok, semua tahu dalam hadith dan dalam Al-quran ada cerita
tentang bahaya was was.., dan semua tahu was was ni kerja syaitan untuk
rosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid manusia.., mula-mula syaitan buat kita was was bab ibadat seperti
was was dah rata ke air waktu mandi wajib, lepas tu was was bab wudhu, sampai
habis satu kolah, lepas tu was was dalam solat berapa rakaat, sampai lebab
dahi, hingga terpaksa mufarakah dalam solat dan yang paling bahaya dalam
penyakit was was ini adalah bila syaitan berbisik bak Tauhid, seperti, “Sebelum
Tuhan siapa ada?”, “Tuhan asal dari mana?” “Tuhan tak akan mati ke?”
Astarfirullahalazim...
Semua ni kerja syaitan dik!
Dan maaf cakap, orang was was sebenarnya berada dalam
keadaan sangat bahaya sebab anggap Tuhan tu macam bodoh sangat..!
Tuhan Maha tahu air tu dah rata, tuhan tahu kau dah mandi
wajib dan niat nak rata tapi jika tak rata tuhan pun tahu dan Tuhan dah ajar
nabi dalam bab sunnah sapu tiga kali jika lebih dah membazir lalu jatuh ke
taraf saudara syaitan jadi kita tak payah perasan pandai nak ambik kerja tuhan
nak detail sampai menyusahkan diri, merosakkan ibadat, akhlak, dan tauhid!!..
ASTARFIRULLAHALAZIM... (Huruf besar sebab lafaz dengan
kuat!)
Cuba guna otak, tak kanlah ambik wudhu sampi perlu air
kepada tiga baldi, tak logik dan memperbohkan tuhan, Allah marah orang membazir,
kenapa nak membazir dengan ikut was was syaitan..
Fikir logik lagi, nak mandi wajib, tak kan sampai satu
kolah? Kenapa nak bodohkan diri dan bodohkan tuhan? Allah Maha Tahu! Dan air bila
di jurus akan mengalir dari atas ke bawah sebab bumi ni ada graviti, tiga kali
jirus, sapu dengan tangan, akan rata insyAllah.., tak payah nak jirus dari
setiap penjuru sampai bil air melambung tinggi-Membazir saudara syaitan dik..
Jadi untuk atasi masalah ni, lain kali lepas dah ikut
sunnah, tiba tiba rasa was was, kena terus yakin bahawa wuduk/mandi
wajib/kebersihan korang tu memang dah sah. Ini Buzmana ajar aku yang bilamana
datang was was, terus yakin, Aku dah ikut sunnah, insyAllah berjaya, dan pergi
mampus dengan was was sebab was-was memang permainan setan. Persetankan was was
si syatain yang was-was itu...!
Dalam Al quran Surah al-A’raf kalau tak silap, Allah SWT
berfirman: “Dan jika dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah
perlindungan daripada Allah (iaitu dengan membaca A’uzu billahi minas syaitanir
rajim), sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
A’uzu billahi minas syaitanir rajim...
Satu lagi, sila takut dengan ayat ni: “Eh, aku buat tuhan
bodoh?, astarfirullahulazim..., tuhan suruh aku berjimat, tapi aku was was dan
membazir dengan niat menyukakan tuhan tapi sebenarnya aku mendapat murka sebab
anggap tuhan tu bodoh macam aku”- A’UZU BILLAHI MINAS SYAITANIR RAJIM!
InysAllah, jika korang Yakin dengan Kuasa Allah dan
Kudratnya, maka akan selesailah masalah..
Di harap mereka yang ada was was seperti pembaca di atas,
dapat mengamalkan tip yang aku tulis, dan seterusnya masalah bil air yang
membazir di rumah korang sebelum ini dapat di selesaikan.., insyAllah..
Sekian..
“Eh, Hamka, kau nasihat orang jimat bil air, tapi rumah kau
bil air mahal sangat kenapa? Was was mandi wajib ke?”
Dik.., bil air rumah aku naik, bukan sebab was was mandi
wajib, tapi sebab banyak kali mandi wajib.
WOHA!
Ps: Tolong kepada yang beli buku, JANGAN isi borang sampai DUA
KALI atau banyak kali, Jangan WAS WAS, sebab was was tu kerja syaitan, jika isi dua kali sedang
korang bank in hanya untuk satu buku, memang akan menyusahkan pihak kami, sudah dua
kali kami post double pada orang yang sama kerana isi borang banyak kali pada
hari yang berbeza beza, tolong faham penderitaan kami akibat was was anda, jika
dah isi borang boleh email ‘keretamayat’ atau ‘afdal pub’ untuk minta nombor
rujukan, InsyAllah...segala keperihatinan dari pihak pembeli di dahulukan dengan ribuan terima kasih., tutup entry ini dengan lafaz..,
(Dulu aku tulis part 1, ramai yang tak puas hati sebab
pendek sangat, aku sambung part 2, pun masih ramai tak puas hati sebab pendek
jugak, jadi aku sambung part 3)
Soalan asal dari pembaca: bagaimana nak jadi isteri solehah?
Jawapan part 1:
korang kena menjadi seorang isteri yang mudah di ajak
berbincang dan juga mudah di ajak bersetubuh.
Isteri solehah adalah isteri yang mengejutkan suaminya untuk bersetubuh bersolat subuh sebelum subuh setiap hari sampai suami jadi mayat. Alhamdulillah.
Aku tambah lagi sikit, solehah juga isteri yang dah tahu
esok lusa akan datang haid, lalu mengejutkan suaminya untuk bersetubuh sebelum
subuh agar suami yang di kasihi tidak menderita air naik kelapa sapanjang
tempoh haidnya-Woha!
Ps: 'Solehah' di sini adalah merujuk pada pandangan cermin
keretamayat sahaja, harap maklum.
Ps2: Tempoh promosi harga buku Permata yang hilang akan berakhir
hujung bulan ini, harap maklum.(Sehingga 1 Jun RM25, selepas 1 Jun RM29)Kos
penghantaran masih RM6.
(Hukum sambut hari ibu itu haram kata kau?, aku bukan
ustaz, lagipun dah lama aku tak sambut hari ibu, blog ini adalah nota kepada diri dan juga nota kepada mereka yang mahu mengerti...)
Sempena nak masuk hari ibu, aku banyak dapat email bertanya
tentang apa hukum sambut hari ibu, aku nak jawab terus, tapi oleh kerana
perasan sibuk tolong bini lipat kotak pos ekspress dan tanda tangan buku
(kongkritnya alasan) maka akupun terus terlupa di tambah aku sendiri pun tak
sambut hari ibu kerana mak aku sudah lama pulang ke pangkuan Allah...
(lap hingus di bahu isteri kejap)
Sambung balik.alamak ada lagi hingus.
(akhirnya kedua dua bahu isteriku di penuhi lendir lendir
kerinduan yang penuh bermoral)
Ok, sebelum korang tanya pulak lepas ni apa hukum sambut
hari bapa, dan takut aku lupa pulak nak jawab tahun depan, (ada email tanya apa
nama anak yang sesuai, bila aku jawab, anak mereka dah boleh berjalan-aduhai
kesiannya)
Jadi, aku malas nak cakap banyak, straight to the point.
Aku malas nak letak hokum panjang panjang sebab benda ni
simple sahaja, sila guna common sense!
Jawapan aku: apabila benda itu ada kebaikkan, dan kebaikkan
itu tidak menjejaskan akidah, tak payah kita nak pening kepala berhujah itu ini
begitu begini..
Dulu ada ustaz haram poco poco sebab bila menari terbentuk
salib, lepas tu senyap gitu sahaja.., dulu kat terengganu ada ustaz cakap haram
cuti hari ahad sebab hari tu orang kristian pergi gereja, kita patut cuti hari
jummaat, tapi lepas tu senyap gitu sahaja.., lepas tu haram guna barang yahudi,
mari boikot, lepas tu senyap begitu sahaja.., dulu haram bergabung dengan orang
kapir, tapi sekarang takpe pula, dulu haram tak tegakkan negara islam, sekarang
tukar kepada negara kebajikan kerana negara islam takde dalam Al quran, aduhhh,
lepas ni apa pula? hari ibu, haram! Hari pekerja haram! Hari Konvokesyen haram!
Tahu nak haram sajer.., lepas tu bagi hujah “menyerupai”
orang kapir..
Setakat nak bagi hukum haram dengan alasan menyerupai orang
kapir tak de hebatnya kawan..
Aku pun boleh bagi hukum haram jika nak jadi perasan bagus
macam korang:
Contoh: kau tahu tak, menulis ni, dari kiri ke kanan,
menyerupai orang kapir, menyerupai
tulisan dalam Bible, Sunnah Nabi menulis, kanan ke kiri, jadi korang semua ni haram
main FB, main blog, sms dan semua apa ke jadah sebab menulis dari kiri ke kanan
menyerupai orang kapir, haram! Jika nak main FB atau sms, kena guna tulisan
jawi, baru halal-woha!
Korang nampak tak betapa bodohnya contoh tu di mata korang,
ha!!! Samalah kita!
Tapi Hamka, kita kena ingat ibu hari hari, bukan hari
ibu sahaja... (nak jugak memang tu!)
Woi, Kau ni sama macam ayah pin, bila ajak solat 5 kali
sehari, dia cakap: kita tak boleh solat 5 kali, kita kena solat setiap waktu,
pakai niat sahaja! apa ke jadah!
Ok, memang haram ler jika kau ingat mak kau pada hari ibu sahaja, tapi jika korang..Arghh!
Sudah! malas aku nak terangkan serba serbi, menghina kebijaksaan pembaca pulak karang..
Nasihat aku, bila tiba hari ibu nanti, ajaklah ibu korang
makan dekat hotel yang ada buat less 50% sempena hari ibu, (bila lagi nak makan
murah dekat hotel? Dah ada less 50% sempena hari ibu, waktu nilah kita
bahagiakan mak kita dengan bertukar selera di tempat yang mahal tapi murah di
hari ibu..betul tak?) dan lepas dah kenyang makan, peluk mak korang masing
masing, sambil ucapkanlah tiga lafaz ini:
Pertama, korang kena ucapkan lafaz ini dengan gaya
menyeringai macam budak perempuan yang comel, cakap:
“mak, saya sayaaaaaaang mak, selamat hari ibu!”
Kedua, jika mak kau janda muda atau kau sendiri anak dara
yang comel, tambah ungkapan dengan gaya lebih menyeringai dari tadi iaitu:
“Mak, Hamka keretamayat kirim salam! Woha!”
Ketiga, ketika mak korang sedang di seliputi bahagia makan
di hotel yang membuat potongan 50% sempena hari ibu tapi terpinga pinga akibat
mendapat kiriman salam dari Hamka keretamayat, maka korang hulurkan hadiah
kepada mak dengan berkata..
“Mak yang kusayangi, ini ada hadiah untuk mak tersayang...”
Maka Mak korang dengan penuh bahagia membuka kotak hadiah,
dan rakamlah serta uploadlah di FB akan aksi bahagia korang bersama Mak bersama
hadiah kepada mak yang berupa buku “Permata yang Hilang kini dijumpai” karangan
Hamka keretamayat.
Woooohaaa!
Selamat hari ibu dari aku yang sudah tiada ibu...
Sekian.
Ps: Tiba-tiba, aku berasa seperti arwah mak ada di dapur.
Aku lantas ke dapur tapi mak tiada di didapur, mungkin mak berada di bilik
solat. Kaki ini melangkah juga untuk menjengah bilik solat, walaupun aku
mengetahui mak sudah tiada. Hanya kain solat peninggalan arwah mak yang
terlipat bersama sejadah. Mungkin juga mak keluar pergi membeli barang. Kejap
lagi baliklah mak memasak makanan kegemaranku..oh, Aku bermain dengan andaian
sendiri tanpa menyedari air mata telah pun mengalir dan membasahi pipiku.
Aku masih teringat, sempena nama Abangku Hanafi, dan Syafee,
Ayah aku ingin menamakan aku Hambali, tapi mak aku berkeras ingin menamakan aku
Hamka, ingin aku menjadi penulis apabila besar katanya.., akhirnya mak berjaya
pujuk ayah agar mendaftarkan namaku Hamka, sekarang mak sudah tiada, sudah
kembali ke Rahmatullah, tapi mak pergi bersama doa yang sudah di makbulkan..,
Buku Permata yang Hilang kini dijumpai itu, aku dedikasikan kepada arwah Cek Ku
Teh..
Oh, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terima
kasih emak kerana telah membesarkan aku dari kecil, sehingga menjadi lebih
besar daripada emak. Halalkan segala yang terjadi sejak dari sekecil tapak
tangan sehingga menjadi sebesar manusia.
Aku hendak cari dan memeluk menantu emak sekejap. Aku hendak mengelap hingus pada bahunya.
P.S 2: Malaikat Maut sudah datang rumah emak aku. Lain kali
beliau akan datang lagi rumah aku atau rumah emak kamu. Baik kamu telefon emak
kamu dan cakap, “Selamat hari ibu, saya sayang mak”. Dan minta maaf sebab
pernah mengkritik masakan emak yang tidak sedap. Sebab Lain kali, belum tentu
kamu boleh makan masakan emak lagi buat selama-lamanya..
P.s 3: Nampaknya, emak aku yang pergi ‘membeli barang,’
tidak pulang lagi buat selama-lamanya.
(Salam, saya memang berhajat nak beli buku cik Hamka, tapi sebelum itu, bolehkan cik Hamka sendiri buat preview buku Permata yang Hilang kini di temui-sebab preview belakang buku tu pendek sangat, terima kasih)
Salam, buku aku masih baru di pasaran on-line, tapi sungguh aku senyum bila baca komen anda di FB dan email yang kebanyakkanya memuji, seperti : dapat buku terus baca dan habis dalam masa sehari (hampir 400 m/s tu!) dan ada juga yang memberitahu sudah khatam 3 kali, dan mahu baca lagi, ada yang minta aku menyambung buku itu sebab rasa pendek sangat, ada yang bagitahu buku itu sudah rosak sebab berebut dengan anak, ada yang berkongsi membaca dengan ibunya sampai ibunya turut ceria, ada yang rasa insaf dan mahu baiki diri agar dapat suami beriman, dan ada juga yang mengkritik dengan mengatakan buku itu agak sopan jika di bandingkan dengan Blog keretamayat yang lebih ganas dari angsa ganas-Woha!
Baik, Buku itu adalah himpunan karya terbaik bab laki bini yang di petik dari blog keretamayat, malahan setiap karya itu di perbaiki dan di mantapkan lagi agar lebih memberi kesan dramatik kepada mereka yang membacanya..
Oleh kerana aku bukan Ustaz, dan tidak mahu di tuduh berceramah (menulis buku berilmiah) laksana seorang ustaz sedangkan syarat ‘berceramah’ perlu kepada tauliah, maka buku aku ini di tulis dalam bentuk novel kerana menulis novel tidak perlu kepada syarat “ustaz”. Apa-apalah.
Kisah dalam buku ini adalah berkenaan Hamka (nama sebenar) yang baru berniat untuk belajar ilmu ugama yang paling rendah, akan tetapi, ketika sedang belajar ilmu ugama yang paling rendah itu, satu kemalangan telah berlaku membuatkan beliau berputus asa namun saksi kemalangan yang di kenali sebagai “Muslimah Kancil” telah datang mengembalikan semangat Hamka yang hampir hilang..
Cover baru yang sedang hangat di pasaran
Ketika Hamka dan Muslimah Kancil jatuh cinta antara satu sama lain, mereka telah di uji dengan badai asmara yang menggoncang cinta mereka, ujian cinta mereka adalah: Perbezaan pendapat dalam perjuangan ugama, sungguh klise bunyinya-Woha!,
Sementara itu, di satu sudut lain, seorang gadis gedik muncul menyemarakkan lagi kisah cinta Hamka yang sungguh berbeza sinopsisnya dengan mana mana filem karya tempatan.
Dapatkah Hamka menyelamatkan hubungan beliau dengan Muslimah Kancil? Siapakah gadis misteri yang gedik itu? Bagaimana Hamka menyelesaikan masalah mertuanya yang tidak mahu anak gadisnya berkahwin awal?
Walaupun kelihatan buku ini berunsur novel, tapi terselit antara kisah Hamka dan liku liku hidupnya akan artikel artikel berilmiah yang di tulis dengan bahasa santai sebagai panduan untuk semua peringkat umur,insyAllah..
Antara topik yang di sentuh dalam buku ini adalah:
Bagaimana atasi masalah onani.
Bagaimana memikat hati mertua dan bagaimana memujuk mertua yang tidak mahu anaknya berkahwin awal.
Bagaimana menghadapi isteri atau suami yang dingin terhadap seks.
Masalah suami pendiam dan isteri merajuk.
Kenapa pasangan bercerai dan bagaimana mengelakkkannya.
Bagaimana mendapatkan anak bagi pasangan yang tiada anak.
Dan lain lain..
Cover ni dah habis
Sebenarnya ada 55 bab dengan pelbagai cabang tajuk yang Hamka hadapi dan bagaimana dari kisah Hamka dalam buku ini, dapat kita jadikan panduan dalam mencari kebahagaian seni rumah tangga.
Nasihat Hamka dalam buku ini mungkin tidak sehebat nasihat ustaz ustaz di luar sana, namun dalam setiap pengalaman manusia, terselit jua pengajaran pengajaran yang mungkin berguna pada kita di waktu yang belum pasti suatu hari di mana kita jua menghadapinya...
Buku ini di pecahkan kepada 4 bahagian:
bahagian pertama adalah isu sebelum kahwin yang sesuai untuk orang bujang,
bahagian kedua adalah berkenaan menjelang perkahwinan yang sesuai untuk rujukan orang yang bertunang,
bahagian ketiga pula berkenaan rumah tangga yang sesuai dirujuk oleh suami isteri, dan
bahagian keempat lebih kepada asam garam rumah tangga seperti, bercerai, poligami, bergaduh adik beradik, mencari menantu, perpisahan dan kematian...
Pendek kata Buku ini adalah himpunan karya terbaik bab laki bini yang telah di tambah baik, dan di setiap bab akan di wujudkan keisinambungan bagi setiap artikel agar tiada atau kurang ‘plot hole’, dan di hujung setiap bab juga di tambah dengan artikel yang belum pernah di tulis di Blog Keretamayat.
Semoga buku ini terselit di antara buku buku berilmiah di almari korang yang berada di ruang tamu semestinya.
(Tolong jangan bercakap dengan aku tentang ugama jika korang
seorang yang SENTIMEN)
Antara filem perang yang aku rasa jujur adalah filem Kingdom of Heaven (2005) yang di bintangi oleh
Orlando Bloom dan Ghassan Massoud . Filem ini jujur kerana walaupun
ianya di arahkan oleh Ridley Scott yang bukan islam, tetapi pengarah
berdasarkan fakta sejarah telah menterjermahkan dengan baik perang Salib yang
melibatkan Saladin dan Raja Baldwin di Jerusalem tanpa sebarang unsur Sentimen.
Walau bagaimanapun, Filem ini tidak dapat di terima oleh
sebahagian besar pengkritik profesional barat, walaupun pengarah filem ini
pernah memenangi pengarah terbaik, tetapi akibat sikap Sentimen pengkritik
filem pada islam, maka filem ini di lebel sebagai: "dangerous to Arab relations", juga, “Osama bin Laden's version of the
Crusades and would "fuel the Islamic fundamentalists"...
Akhirnya, Sentimen pengkiritik profesional yang dikumpul
oleh “Rotten Tomatoes” menilai markah filem ini sebanyak 39% sahaja.., dan
filem ini gagal di pawagam US, tapi filem ini untung besar apabila ditayangkan
di seluruh dunia kerana penonton lain pula sentimennya.
Kritikan tajam yang penuh sentimen dari media barat telah di
bantah oleh pengarah filem ini dengan mengatakan:
“I am not fighting another holy war here, I am trying to get
across the fact that not everyone in the West is a good guy, and not all
Muslims are bad. The tragedy is that we still have a lack of understanding
between us, and it is 900 years since the Crusades. We have never truly
resolved our differences.”
Ya, aku setuju dengan pengarah filem ini bahawa, bukan semua
orang islam jahat, dan bukan semua orang kapir tu baik, ada orang islam yang
baik, dan dah tentu ada juga orang kapir yang jahat. Inilah fakta, tapi sayang,
apabila pengkritik profesional barat tidak dapat menerima hakikat ini, maka
hilanglah kepercayaan aku kepada Rotten Tomatoes jika menilai filem bercorak
ugama..
Ok, lupakan Ridley Scott dan Rotten Tomatoes, fokus aku
sekarang adalah fakta tentang;
Bukan semua orang islam baik, ada orang islam yang jahat.
Dan bukan semua orang kapir jahat, ada orang kapir yang
baik.
Ini adalah FAKTA!, dan tolong jangan beremosi atau berSentiment!
Dalam neraka juga ada orang islam, tapi dalam shurga tak ada
orang kapir, walaupun orang kapir itu baik, dan ini adalah fakta.
Dalam penjara juga ada orang islam, dalam penjara juga ada
orang kapir, belakang rumah kita ada orang islam pukul anjing, sebelah sana ada
orang kapir pijak kucing, tempat lain pula ada orang islam bagi minum pada
anjing, dan tempat lain ada orang kapir sedang selamatkan ikan paus, ini adalah
fakta.
Ok, Manusia ada macam -macam perangai, tak kira islam, kapir
atau aetis, terimalah hakikat bahawa ada
orang islam yang baik dan ada yang buruk, sama jugak orang kapir, ada yang baik,
ada yang buruk.
Kerana ada islam yang tidak baik lah, Maka Allah turunkan
hukum hudud untuk orang islam.
Jadi kenapa saya perlu jadi bodoh hari ini apabila saya
paksa untuk percaya bahawa SEMUA ORANG ISLAM itu baik, hanya semata semata untuk
menyedapkan sentiment saya.?
Sedangkan hakikat sebenarnya, untuk kita percaya pada
sesuatu perkara, kita perlukan bukti yang kukuh. BUKAN percaya semata-mata
kerana sentimen!
Oleh kerana saya sudah islam dari kecik, dan berketurunan
islam, Maka fantasi kita percaya bahawa semua orang Islam adalah baik-baik
belaka. Orang islam tak buat silap, orang islam tak salah.
Jika ada orang islam yang salah, maka itu semua adalah
konspirasi yahudi, freemasoom dan illimuniti, wah wah wah, meriahnya hidup...
“Bukti sahih menunjukkan orang Islam yang buat 9/11. Yang
merancang dan menjalankan rancangan itu adalah orang Islam. Bukti dah jelas
dalam pelbagai dokumen dan rakaman yang telah didokumentasikan. Samada saya
suka atau tidak, orang Islam yang buat 9/11 itu. Saya realist. Saya terima
hakikat yang pahit.
Bukannya saya reka cerita yang menyedapkan hati: oohh,
sebenarnya yang buat adalah yahudi, atau CIA atau FBI. Orang Islam ni cuma
dijadikan kambing hitam supaya mereka boleh serang negara Islam. Ini adalah
emosi dan sentimen semata-mata. Tak ada satu bukti pun bahawa 9/11 dibuat oleh
CIA atau FBi, walaupun sentimen dan emosi anda INGIN percaya pada benda itu.
Telan lah realiti walaupun pahit, wahai saudara Islamku sekalian.”
*****
Betul kata Bal, Jadi terimalah hakikat, tak kan lah Mat
Rempit ragut beg tangan nenek kau, kau nak salahkan yahudi jugak.., inilah
hakikat..
Jadi balik kepada tajuk entry ni, sejak perhimpunan Bersih
3.0 baru baru ni, rakan rakan FB dari pembangkang mula kongsi gambar ganas
pendemotrasi dan gambar ganas polis.
Lepas tu masing masing mengulas kejadian itu bukan dengan
fakta, tapi sentimen.
Sentimen korang sebagai orang dari parti so calI islamic.
Maka fantasi korang percaya bahawa semua penyokong parti so call islamic adalah
baik-baik belaka. Orang parti so call islamic tak buat silap, Orang parti so
call islamic tak salah.
Jika ada Orang parti so call islamic yang salah, maka itu
semua adalah konspirasi UMNO, freemasoom
dan ilmuniti, Orang parti so call islamic baik baik belaka..
Bila ada gambar penyokong bersih pukul polis, korang dengan
penuh sentimen berkata:
Ini bukan orang PAS, bukan orang DAP, bukan orang PKR, ini
konspirasi UMNO, orang UMNO pukul polis supaya pihak kami di kambing hitam, kami
semua baik baik, sebab kami dari parti so call islamic., hampeh!
Lepas tu penyokong kerajaan pula tak kurang jugak
sentimennya-kongsi gambar dan ulas: ini adalah pihak PR yang menyamar jadi
polis, kami pihak kerajaan baik baik belaka, gambar polis ganas ini adalah polis
yang menyamar, ini adalah konspirasi pembakang!
Woha!
Terima lah hakikat wahai semua rakyat malaysia, bila korang
berdemotrasi dan terbuka kepada semua rakyat untuk menyertainya, maka bukan
semua yang datang tu berniat baik, ada yang berniat jahat, dan terimalah
hakikat bila polis bertugas,ada yang baik dan ada yang brutal..., rujuk Infernal Affairs (2002)
Ini adalah fakta..
Jadi, bila korang terima berita, jangan terus percaya atau
bantah, kenalah buat kajian dulu siapa yang bersalah.., inilah keadilan dalam
islam..
Saidina Ali waktu jadi pemerintah, baju besi beliau kena
curi oleh orang yahudi, bila pencuri di tangkap, dan bila masuk mahkmah yang
mana hakim mahkamah di lantik oleh saidina Ali, dan bila hakim minta bukti,
maka saidiana Ali panggil anak dia jadi saksi, tapi hakim tolak mengatakan
bukti tak kuat sebab kanak kanak jadi saksi, dan dari keluarga sendiri pulak tu, mungkin akan bias, maka saidina Ali akur, dan baju besi
itu jadi hak milik yahudi tadi, terus yahudi tu masuk islam sebab terkesan
dengan keadilan dalam islam.
Inilah keadilan, yang mana apabila satu berita tersebar,
korang jangan guna sentimen dalam
menilai berita itu..
Nabi Muhamamd SAW, bila Aisyah di tuduh berzina, ada baginda
beremosi macam korang yang mengaku pejuang islam? Ada Nabi cakap, “ini semua
konspirasi yahudi, isteri aku baik baik belaka,” ada Nabi cakap macam tu?
Takde, Nabi tak sentimen, Nabi cool, Nabi diam, bertawajuh kepada Allah..,
Malahan Nabi cakap; “Jika Fatimah mencuri, aku akan potong
tangan dia”!
Tengok,Nabi cakap jelas, jika anak sendiri buat salah dan
ada bukti, tetap kena hukum..
Tapi bila orang parti korang buat salah, korang dengan penuh
emosi dan sentimen cakap, ini semua konspirasi, kami semua baik baik belaka..
wah wah wah, belajar ugama kat mana nih?
Tak payah cakap banyak, ikutlah Sunnah bab mendengar berita
dan penyebarannya, belajarlah Sunnah Nabi bab orang yang kita sayang di
fitnah.., iaitu bertawajuh dan siasat, cari bukti, dan jika terbukti bersalah,
hukum, tak kira siapa mereka, orang islam atau orang kapir, pembangkang atau ponyokong
kerajaan, jika terbukti salah- Hukum!
So, tak payah nak share gambar FB dan ulas dengan penuh
emosi dan sentimen, buang masa sahaja.., berdosa pulak jika korang fitnah dan sebar berita fitnah..
Sekarang, siasat dan cari bukti dengan akal, bukan dengan
sentimen..
jika terbukti Polis ganas- hukum dia.
jika terbukti pendemo ganas- hukum dia.
jika terbukti Ketua pembakang berzina- hukum dia.
Jika terbukti PM bunuh artis-hukum dia.
Jika terbukti bekas TPM meliwat-hukum dia.
Jika terbukti MB makan rasuah-hukum dia.
Jika terbukti Timbalan Presiden buat oral seks-hukum dia!
Sekian dari aku, Sila komen dengan fakta, dan bukan
sentimen! Dan yang penting, waktu berbuka puasa ada kurma-Woha!
I rest my case!
Ps: To Ridley Scott, I am also not fighting another holy war
here, I am trying to get across the fact that not everyone in the PR is a good
guy, and not all BN are bad. The tragedy is that we still have a lack of
understanding between us, and it is 3.0 already. We have never truly resolved
our differences. Maybe You should make a
film about Bersih 3.0-Woha!”
Nama sebenar abang adalah HAMKA, dan nama pena abang abalah KERETA MAYAT
Abang memang rajinkan diri update facebook setiap hari, blog setiap minggu, Insta bila ada ambik gambar, dan sekali sekala update twitter.
Jadi elok korang SEE FIRST untuk follow cerita yang berunsur “kagum dari jauh”
Antara topik yang abang tulis adalah, agama, isu semasa, kisah laki bini, dan sekali sekala, berkongsi resepi masakan puan bini.
Jumlah follower: (Jun 2017)
Facebook page: Hamka (Kereta Mayat): 150,942
Blog: keretamayat.blogspot.my : 8,312
Instagram : hamka_keretamayat : 6,644
Twitter: keretamayat_ori: 124
Lagi satu nak bagitahu, Abang juga seorang penulis, dah sebelas buku abang tulis, semua masih diulang cetak dan boleh dapat beli di kedai, juga boleh beli on line.
Antara tajuk buku:
(1) Permata Yang Hilang kini dijumpai (kisah Laki Bini sebelum kahwin sehingga kahwin)
(2) Kamar Sutera (kisah laki bini baru kahwin dari malam pertama hingga beranak anak pertama),
(3)Semusim di Syurga (Tazkirah santai berdasarkan peristiwa kelendar Islam, seperti NIsfu Syaban, Israk Mikraj, dan lain lain peristiwa dalam Tahun Islam),
(4)Semusim di Neraka (Tazkirah sentap berdasarkan peristiwa kelendar Masihi, seperti Hari kekasih, Hari Ibu, dan lain lain peristiwa dalam tahun Masihi) ,
(5) KLB: Kisah Laki Bini (kisah suami isteri menempuh suka duka kehidupan membantu rumah tangga orang lain dan diri sendiri) ,
(6) Kisah Anak Bini (Kisah anak yang banyak bertanya soalan pelik, dan bagaimana Laki Bini menanganinya),
(7)Menangkap Dajjal DiWaktu Dhuha (Novel Thriller kisah suka duka penduduk kampung berhadapan masalah peristiwa akhir zaman),
(8) Aku, Almond London dan Gay- Kisah di goda gay dalam mencari Almond London, lalu akhirnya memutuskan untuk membantu golongan LGBT dalam mencari jalan Taubat.
(9)Satu, Gabungan 4 penulis, Saya menulis cerita Satu Bini.
(10) Buku Terakhir Tentang Hantu, (kisah bini dirasuk dan terbongkarlah segala rahsia dunia hantu)
(11) Ebook Kisah Laki Bini di bulan Puasa. (suka duka laki bini di bulan puasa sampai raya)
(12) Ngeteh Di Kubur Ayah (surat dari arwah kepada anak anak seluruh dunia)
(13) Kerana dia Anak Syurga (kisah anak autisme dan Ilmu menjaga anak OKU)
Ok, selamat berkenalan, dan selamat follow page abang.
Ps: Abang dah lama kelakar, baru hari ni korang gelakkan abang, bukankah esok lusa kita semua jadi mayat? Woha!
E Book, Kisah Laki Bini di Bulan Puasa. Kisah suka duka Laki Bini bermula 1 Ramadhan hingga Raya Enam! Ada Cerita, tazkirah, Santai, Tarbiah, Lawak, Deep, dan Woha! Boleh baca santai di Smart Phone, Dekstop. RM 10 sahaja, Bank in kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584) Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, saya akan hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF File) kepada Email anda dengan segera!
("Kalimah yang popular di ulang ulang; 'ini kali lah' dan 'lain kali lah'.. sedangkan kalimah yang paling afdal di u...
Peraturan Membaca Blog keretaMayat
Amaran
Mengamalkan apa yang aku tulis di sepanjang blog ini tanpa merujuk kepada Dalil dari Al-Quran dan Al-Hadith yang semakna atau hampir semakna dengannya, bukanlah tindakan yang bijak dan merbahaya kepada bot-bot kecil.
Silalah bertindak dengan bijak kerana aku hanyalah sekadar memberi pendapat kepada diri sendiri.
18 Tahun ke atas..
Blog ini menyentuh aspek agama, sosial dan politik,(18PL) Blog ini mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,(18SX) Blog ini ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,(18SG)
Bukan Ustaz.
Blog ini di tulis oleh seorang yang bukan ustaz, ulamak, mufti, kiai, atau ahli fatwa kebangsaan, Oleh sebab itu, sila rujuk kepada ustaz dan ulamak serta kitab. Maafkan penulis jika kurang hikmah dalam penulisan di sepanjang blog ini, dan terima kasih kerana berlapang dada membaca secebis ilmu dan maklumat tentang dunia islam dari kaca mata seorang hamba yang hina ini.
Seks Blog ini sering bercerita tentang kelebihan berumahtangga dan isu seks, dalam menggalakakn muda mudi mendirikan rumahtangga dengan cepat demi kesempurnaan separuh dari ugama melalui perkahwinan, walaubagaimanapun, tak salah jika yang sudah berkahwin membacanya.(mana tahu ada rezeki untuk tambah...)
Mualaf
Dalam bebarapa artikel, ada di selitkan nota untuk mualaf, bagi penulis, mungkin anda akan tidak selesa atau bosan membacanya, namun abaikan sahaja kerana pada pendapat Aku yang hina, masih ramai sebenarnya remaja dan orang islam sendiri yang masih ‘mualaf’ dalam bab-bab ugama.(termasuk juga aku), maka, kita sama-sama belajar ingat-mengingat, walaupun untuk perkara yang remeh.
BuZnama
Bermaksud: “Berita dari UstaZ yang aku tak ingat NAMA”. Demi Allah, Aku sedaya upaya mencuba sepenuh jiwa raga agar tidak sekali-kali meyebarkan berita yang palsu, apa yang aku dengar dan telah dengar banyak kali dari 'Buznama', maka aku gunakan sebagai hujjah, semoga aku sampai bila-bilapun tidak akan berdusta atas nama Rasulullah SAW.
Short Word.
Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.
Hampeh
mencarut dengan bahasa yang murni.
Woha
Penulis menggambarkan situasi menjerit gembira atau menjerit keliru atau apa sahaja, bergantung kepada senario.
Lagu dan Syair.
Dalam kitab ugama, penulis dapati banyak penerangan di selitkan syair arab, menjadikan kitab itu menarik dan seronok di baca. maka aku juga banyak menyelitkan lirik lagu yang popular di mata aku ke dalam beberapa artikel, ada yang aku edit sesuka hati dan ada yang sama dengan lirik lagu yang asal, anggap sahaja sebagai syair dalam memudah fahamkan sesuatu penerangan dan menghidupkan suasana ceria.
Lawak.
Ada bebarapa artikel yang mungkin lucu pada sesetengah jiwa, penulis tidak berniat membuat lawak, ini bukan blog lawak, dan ugama tidak boleh di jadikan bahan gurau, (kena pergi surau).., anggaplah itu sebagai “pereda ketegangan” dalam membincangkan bab-bab ugama. Mudah-mudahan.
Rujuk Ustaz
Penulis benar-benar maksudkannya. Demi kebahagian anda.
Jangan Jadi SLOW
Blog ini juga tidak mewakili mana mana pertubuhan, kumpulan, fahaman, parti, gerakan atau sindiket, jika tak puas hati,jangan kutuk PAS, UMNO, TABLIGH, PKR dan lain-lain pertubuhan, tapi hina, caci, maki, kutuk dan laknatlah aku seorang...,
Komen dan Email
Setiap Komen yang negatif tapi masih tidak di delete bukan bermakna penulis bersetuju, tapi perasan sibuk, dan tidak mewakili langsung pendapat penulis.
Bagi yang bertanya, Harap dapat bertanya dengan ringkas, Penulis cuba jawab semua komen dan email secara umum, bukan secara personal, cuma lambat atau cepat sahaja... adohai.