May 25, 2012
Menderita tetapi Bahagia?
(Kisah Awek kelantan dan Daging Panggang dengan tagline: “orang
tamak, selalu rugi” atau “orang tamak selalu haloba,” )
Dalam buku Buku Permata Yang Hilang ms 309, bab 46. ada
kisah penderitaan aku yang sangat dahsyat. Dan kebiasaanya kisah penderitaan
aku mesti melibatkan perempuan seperti kisah awek sabah dan orang utan, amoi
terengganu yang berbulu, muslimah kancil yang kuat politik, dan gadis gedik old
Mc donald a.e.i.o.u.. sebelum bertranformasi kepada gadis ayu.,
Okey, ada tak aku cerita kisah awek kelantan sebelum ini? Oh,
aku lupa nak masukkan kisah tu dalam buku sebagai pedoman, maka aku tulis kat
blog sahajalah..
Seperti biasa, bila melibatkan perempuan, pasti ada
penderitaan, maka untuk kisah awek kelantan ini, yang sepatutnya ‘dale bahaso
kelate untuk menamboh kese dramatik tapi nyaknye pulok ke demo jadi kawe’
cerita dalam bahasa Malaysia sahajalah..
Semoga lepas korang baca kisah penderitaan aku yang dahsyat
ini, maka diharap dapatlah semua kesedihan korang di usir jauh dari sudut hati
kerana hakikatnya apabila kita membandingkan kesedihan kita terhadap orang yang
jauh lebih menderita, maka masalah korang akan menjadi kecil sahaja,
inyAllah.., bab kata pepatah English yang di melayukan:
“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku
hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..”
Chewah!!..
Atau pepatah keretamayat...
“"Sekiranya beginilah caranya Allah mahu ampunkan dosa
kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Argh, nak berfasalaflah pulak, kita terus pada babak akhir
kisah yang menyayat hati ini..
******
Pada suatu hari aku telah di jemput menghadiri jamuan makan bertemu
empat mata di rumah awek kelantan yang bertempat di Kok Lanas, Ketereh..
Oleh sebab aku segan dengan bakal bapak mertua yang selalu
berserban macam tok guru Nik aziz, maka aku ajak kawan baik aku yang kita
namakan sebagai menantu Mak cik Limah.
Pendek cerita.., aku dan menantu Mak cik limah yang bukan
orang kelantan telah pergi ke kelantan untuk makan makan, dan sampai di sana,
kami di hidangkan dengan laksa kelantan...
Laksa kelantan lebih kurang sama dengan Laksa Terengganu, Cuma
di kelantan mereka hidang bersama daging panggang..
Aku yang memang lapar terus berebut dengan menantu Mak Cik
Limah akan daging panggang tersebut.., lagipun daging panggang tak banyak,
sekitar sepuluh ketul sahaja yang dihidang bersama semangkuk garam dan semangkuk
cili boh,
Oleh sebab aku rakus dan pentingkan diri sendiri, aku
berjaya merebut 8 ketul daging panggang, manakala menantu Mak cik limah hanya
mendapat dua ketul..
Kesian semua hadirin yang lain kerena tidak dapat daging panggang,
mereka terkejut melihat aku yang tamak, tapi tidak rugi, nampaknya, pepatah , “orang
tamak, selalu rugi” tidak terkesan badinya pada aku, sebaliknya, pepatah aku
adalah: “orang tamak selalu haloba,” Woha!
Dalam kegembiraan aku nak makan laksa, akupun makan dahulu seketul
daging panggang sebagai pembuka selera..
Perghhhh, kenapa rasa daging panggang ni rasanya macam
daging mayat zombie?!
Tapi sebab awek kelantan sedang tersenyum pelik melihat aku,
maka aku habiskan juga seketul daging panggang yang rasa masam melekit masin
semasin peluh mayat zombie..
Menantu Mak cik limah lagi teruk, sebaik daging panggang tu
masuk mulut, terus menghembur keluar siap meludah lagi..
Perkara ini menimbulkan malu kepada awek kelantan dan
membangkitkan marah pada bapanya..
Pendek cerita, percintaan kami terkubur bersama daging panggang
yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie itu, “Hait Ptuihhh..!”
Rupa-rupanya.., apa yang kami makan itu bukan daging panggang,
tetapi belacan panggang! Sebab tu lah rasanya macam gampang!
Woha!
Ps: Lain kali jika pergi kelantan makan laksa, jangan sangka
belacan panggang tu daging walaupun rupanya nampak sama, tapi seksa memakannya,
tuhan sahaja yang tahu.., ya aku setuju..,Orang tamak selalu rugi, woha!
Ps2: Merujuk kepada gambar: kehinaan bagimu, tapi kemuliaan bagiku...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
30 comments:
ok..
ko..
yes! blog database has been updated!
senuma senyum Ai baca entry ni hamka oiiii
:D
hahha..menantu mak limah mak limah, bawak keta laju tapi makan belacan gagal...nway dah beli buku permata yag hilang tuh and baru je sampai bab siapa musuh sebenar..tak sabar nak habiskan..nak tengok perbezaan di buku dan blog..ahha...
moralnya kalo gi umah bakal mentua for the 1st time sila bersopan santun yer...jgn gelojoh sgt...woha
bila la nak ada bersih 4.0 ni....
barulah rating komen boleh cecah 200...
ha ha ha ha ha ha haha ha ha ha ha hahaha heh heh.. hehhh......,,
Belacan panggang+ daging panggang= mayat zombie. . . .woha
bila mula baca , pelik sekejab
sebab
bila masa pulak orghe klatae makae laksa dengan daging pangae'.
hahahaa tu la pelik, bila masa pulak laksa kelate ada daging panggang, orang makan secubit saja belacan tu ehhehe
korang jangan rendahkan penderitaan ini, cuba korang makan seletul belacan, baru korang tahu derita memakannya .. woha!
Assalam
Nora Azuan Pendiam.
Dihina kerana agama adalah satu perkara yang dilalui oleh semua Nabi-Nabi, sahabat-sahabat, tabit tabiein serta sesiapa yang ingin berdakwah.
Malu, sakit hati, marah, malas, jemu, putus asa serta yang sewaktu dengannya...adalah mujahadah perasaan dalam berdakwah.
Apabila sahaja seseorang itu sabar diatas mujahadah/tarbiah ini maka Allah akan memberikan kefahaman agama.
Nabi saw dihina kerana agama, kenapa tidak kita?
Bukankah kita ummatnya.....
Khalid
Till the last drop of my bloddy blood...I'll give it to Deen...and my corps if it can be used for Deen.
aku dah zahirkan tanda syukur aku dengan memmfowrd blog mu merate laman...bak meh 'permata' sebagai balasannya.. hhe he he
Bagai menggaru kurap weh.. Makin garu makin sedap! Eh eh..! Silap topik..
Wakakap.. :)
Buku tu best, cuma nak cakap terima kasih untuk biografi dan tanda tangan tu :)
hahahahaahahaha! sape soh tak hidu awai2.... kan dah kene.... hahahahahahaha!
Parents aku pula lain semacam, aku beli buku Permata Yang Hilang.
Mama aku cakap, 'ni bukan novel ni...." sambil muka berkerut terkejut dan tak percaya aku beli buku Permata Yang Hilang kini Dijumpai. Sebab mungkin dia ingat buku ni pasal Permata Yang Hilang seni nafkah batin tuuu...
hahahahahhaahahaha! Kem salam kat muslimah kancil, Puan X, suami 'babi' Puan X dan yang semua amoi cina yang ade bulu ketiak....
Hahahahahahahahahahahahahahaha!
Aku dah bagi pinjam kat kawan aku buku uh.. harap x hilang sudah...
wahaha apa takde bau ke belacan tu? atau hidung dh tersumbat dek haloba? saya sangat bersimpati..kihkih
Keh3,cerita mendalam betul.mengikuti isu dan gossip semasa.terkena sendiri ko saja pekena?pastikan niat berdakwah dijaga.trend bergossip dlm berdakwah boleh membutakan batasan.apapun,woha lah.
Baca kali kedua kat blog tak le lawak sangat macam kat FB...
Aku pernah periksa mayat yg da ditanam beberapa hari sebelum dijumpai... betul bau macam belacan... tak tau pulak bau zombie macam mana...
dan aku penah goreng ikan terubuk Serawak kat A&E, orang kat OT (Operating Theater) sound tanya ada mayat ke? woha!
aku penah ratah belacan..sedap..
kira aku da penah meratah zombie la jugak ni..woohaaa
Salam Hamka..
Kok Lanas belah mana?..hehe
Aku xminat laksa, tapi macam pelik, ada ke laksa kelantan makan dengan daging panggang..nanti aku tanya bini aku..hohoho..
Tapi selalunya la kan, orang tamak xselalu rugi..dah tentu orang tamak untung..
ni entry yang santai....
dapat la membuat aq tergelak sebelum subuh...hahahaha
Lagu Edit: Jangan gelakkan aku
(dibuat ekoran dari entry terbaru kisah makan laksa)
Lagu asal: Ana Raffali – Tolong Ingatkan Aku
Jangan disusun kata-kata mencela
Jangan disebut baris ayat menghina
Biar hilang di celah gigi
Biarku terjah dengan kayu sugi
Jangan gelakkan aku
kisah ku tersedar
Daging panggang itu rupanya belacan..oh oh..
Mari berebut daging panggang
Mari semburkan sisa belacan gampang
Biar luka sembuh sendiri
Biar gigi putih sendiri
Jangan gelakkan aku
kisah ku tersedar
Daging panggang itu rupanya belacan oh oh..
Kau gelakkan aku
Setiap batang gigiku berdetak
Setiap lurah gigiku berlagu-maluuuu
Bila belacan merasuk lidah
Tersembur menyelubungi mertua
Aku lupa
Jangan gelakkan aku
kisah ku tersedar
Daging panggang itu rupanya belacan oh oh
Kau gelakkan aku
Setiap batang gigiku berdetak
Setiap lurah gigiku berlagu-maluuuu
Jangan gelakkan aku
Makan laksa..
Jangan gelakkan aku
kisau ku tersedar
Daging panggang itu rupanya belacan oh oh..oh..oh..
Jangan gelakkan aku
Makan laksa..
woha!
kok lanas, dekat simpang empat, dulu ada kedai roti canai kat situ.., : )
a'kum.. bila sy nak dapat buku sy, payment dah hampir 2 minggu pun, ke sy ada tersilap step masa order..
salam..
boleh tahu nama dan email seperti yang di isi dalam borang?
*life IS like this..=)
hahahahahahahhahahahahahhahahahahaahahahahhahahahahahahhahahahahahahhahahahahahhahahahahahhahaahahahhahahahahahhaahahhaha........................................... hamka wat lawak!!!!!!!!!!!
: )
awek kelantan
Post a Comment