May 22, 2012
Apa maksud Syukur?
(Cerita tentang “Ijtimak”, “like” dan “share”..)
Orang selalu pesan, bersyukurlah, jadi aku tanya balik, apa
maksud bersyukur?, jawab mereka: Syukur bermaksud kita berterima kasih kepada
Allah..
Aku nak tegur sikit, syukur bukan setakat berterima kasih
kepada Allah, contohnya andai kata korang tiba tiba jadi kaya raya, lalu ucap:
saya bersyukur kepada Allah, sedangkan duit yang banyak tu korang simpan dalam
bank tanpa bayar zakat atau sedekah, maka pada waktu itu, korang nampak macam
bersyukur, tapi syukur korang tu hanya di bibir kerana korang sebenarnya
kedekut.
Syukur jika merujuk kepada orang kaya, selain mengucapkan lafaz: Alhamdulillah,
perlulah di kongsi akan nikmat itu seperti membayar zakat atau membantu mereka
yang lemah, itulah maksud syukur bagi orang kaya.
Atau nak bagi mudah faham: Maksud syukur adalah keinginan
untuk berkongsi nikmat dengan orang lain.
Itu contoh syukur merujuk kepada orang kaya, sekarang aku nak tanya, apa maksud
syukur bagi orang beriman?
Maksud syukur bagi orang beriman, selain mengucapkan lafaz:
Alhamdulillah, perlulah di kongsi akan nikmat iman itu kepada orang yang belum
beriman dengan cara dakwah mereka agar turut beriman dan selamatkan mereka dari
azab api neraka, inilah namanya syukur atas nikmat iman. Semua Nabi beryukur
atas nikmat iman melalui jalan dakwah...
Hari ini ramai orang islam perasan bersyukur atas nikmat
iman, lalu syok beribadat sehingga lupa nak dakwah jiran atau kawan, mereka ni sama macam
orang kaya yang kedekut tapi perasan beryukur..
Tak paham paham lagi..
Secara ringkasnya, bersyukur bagi orang sihat itu, adalah membantu
orang lemah, bersyukur bagi orang kaya, membantu orang susah, dan bersyukur
orang beriman, mendakwahkan hak kalimah..
Iatulah maksud syukur yang mana bila orang kaya bersedekah,
Allah janji akan tambah nikmat, menjadi lebih kaya, atau bila orang beriman
berdakwah, Allah janji akan tambah nikmat iaitu kekal dalam hidayat..
Firman Allah:
“Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan
tambah nikmatKu kepada kamu, dan sesungguhnya jika kamu kufur sesungguhnya
azabKu amatlah pedih. "( Ibrahim : 7 )
Jadi maksud syukur itu adalah keinginan untuk berkongsi
nikmat dengan orang lain.
Faham tak?
Jika tak faham, pakcik bagi contoh moden, dalam dunia
Facebook, bila kita suka satu artikel, maka kita klik button “like” yang mana ‘like’
di sini bermaksud macam korang berterima kasih kepada penulis tu sebab tulis
sesuatu yang bagus, atau dalam anologi syukur, korang ucap “Alhamdulillah” tu
kira macam korang “like” dengan nikmat Allah.
Tapi jika korang setakat ‘like’
sahaja, belum mencapai hakikat syukur, kerana maksud syukur itu adalah
keinginan untuk berkongsi nikmat dengan orang lain, maka dalam dunia Facebook,
korang akan “Share” pula artike tu.., Ha! Bila korang Share, kat sinilah sempurnanya
maksud Syukur yang cuba aku sampaikan di atas, iaitu korang bukan setakat ucapa
Alhamdulillah, tapi korang akan kongsikan nikmat itu pada insan lain..,
Bermakna, bila Allah dah beri kita nikmat iman, kitapun “like”
dan “share” pada jiran serta kawan, sama ada mereka nak “like” atau “share”
terpulanglah, kerja kita.“like” dan “share” sampai jadi mayat-
Woha!
***********
Baik, sempena hari baik bulan baik, aku nak “like” dan “share”
aktiviti di bawah..
Satu Sunnah besar telah berlaku di saat akhir sebelum
wafatnya Rasulullah SAW, berlaku di Pasang Arafah, semua sahabat berkumpul,
khemah khemah didirikan, dan Nabi bagi khutbah terakhir kepada 124 ribu para
sahabat, ada riwayat 144 ribu..
Dalam khutbah terakhir itu, Nabi pesan supaya hendaklah
orang yang ada di sini mendakwahkan ugama kepada orang yang tiada di sini
sehingga orang yang tiada di sini lebih faham ugama dari orang yang ada di
sini- lebih kurang maksud begitulah pesan terakhir Nabi.
Lalu bertebaran para sahabat ke seluruh alam mengembangkan
ugama, dari arab sampai ke asia, hingga seluruh dunia. dan dalam lipatan
sejarah, kelihatanlah kubur sahabat nabi yang bersemadi jauh dari mekah atau
madinah.
Jadi aku nak tanya pada sorang ustaz, bila kita boleh amal
sunnah ni?
Jawab sorang ustaz..
Kita akan buat sunnah ini bila kita dah berjaya tubuhkan
negara islam atau jenama barunya negara berkebajikan, dan bila kita dah
perintah Malaysia sepenuhnya satu hari nanti, selepas isu gaji minimun dan
menhapuskan kemiskinan tegar, maka pada waktu tu kita akan buat Muktamar atau
ijtimak secara besar besaran, dan kita akan bentuk jemaah jihad ke Palestiin,
Iraq, Afghanistan, dan seluruh dunia, sekarang kita tak boleh buat sebab
kerajaan tak bagi, hari tu kita cuba buat perhimpunan rakyat 100 ribu kena
serang dengan FRU, lagipun sekarang tol mahal, nak ke kuala Lumpur banyak guna
duit, bla bla bla itu ini begitu
begini..
Ok, jawapan ustaz tu panjang lagi tapi aku edit sebab nak
menyedapkan jalan cerita.., woha!
Dahlah tu Ustaz, tak payah rasanya kita nak tunggu Kerajaan
sekarang jatuh, atau tertubuhnya negara kebajikan baru nak kumpul ummat islam
untuk bagi ceramah dakwah dan bagi kerja dakwah macam Nabi buat di padang
Arafah..
Sebab sekarang, di seluruh Malaysia, sedang berlansungnya
ijtimak peringat negeri di seluruh negara, bermula dari Kuala Lumpur, sampailah
ke sabah..
Perhimpunan ini bukan untuk orang tabligh atau budak hafiz
sahaja, tapi untuk semua orang islam di Malaysia, tak kira korang sokong PAS,
UMNO, DAP, AMBIGA, BERSIH, BELIA, SUPER SPONTAN, atau penyokong Ustaz Azhar
Idrus, asal korang berugama islam, ada kalimah LA ILLA HA ILLAh!, maka korang
semua di jemput untuk hadir di lokasi yang berhampiran rumah masing masing..
Dalam perhimpunan itu akan ada ustaz ulamak yang akan
berkhutbah tentang hal ehwal ummat dan kerja ugama, dan dihujung khutbah, kerja
ugama akan diberi kepada mereka yang sedia untuk menyambung kerja kerja
kenabian.., insyAllah..
Ijtima bermula waktu solat subuh di hari pertama dan
diakhiri dengan doa pada hari ke-3 sebelum menunaikan solat fardhu zohor.
Ceramah-ceramah umum setelah solat fardhu Subuh berjemaah, pagi (sekitar 10.30
pg waktu Semenanjung, 9.30pg waktu Sabah Sarawak), asar dan maghrib.
Dilaporkan Halqah khusus pada pagi hari ke-2 untuk Ulama, ustazVVIP,
VIP dan Pelajar-pelajar.
Untuk makluman,ada halqah untuk mereka yang menggunakan
bahasa isyarat. Dipelawa membawa rakan-rakan istimewa (pekak dan bisu)
bersama-sama.
Makanan disediakan; makan secara berjemaah dan layan diri.
Mungkin keadaan sesak dan bermujahadah untuk mendapatkan
kemudahan-kemudahan awam seperti tempat letak kereta, dewan/khemah makan,
tempat rehat, tandas dan lain lain.
Berikut adalah TARIKH & LOKASI untuk di “like” dan “share”
19hb-21hb Mei - SELANGOR & WIL.PERSEKUTUAN
Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur.
22hb-24hb Mei - PERAK
Masjid Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
25hb-27hb Mei - PULAU PINANG
Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau, Penang.
28hb-30hb Mei - PERLIS & KEDAH
Masjid An Nur, Pokok Sena, Kedah.
31hb Mei-02hb Jun - KELANTAN
Madrasah Darululoom Addeeniyyah, Kg. Apa Apa, Pasir Mas.
03hb-05hb Jun - TERENGGANU
Madrasah Tahfiz Al-Quran, Kubang Bujuk, Kuala Terengganu.
06hb-08hb Jun - PAHANG
Masjid Mat Kilau, Jalan Gambang, Kuantan.
09hb-11hb Jun - MELAKA & N.SEMBILAN
Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.
12hb-14hb Jun - JOHOR & SINGAPURA
Madrasah Tahfiz Sinaran Baru, Kg. Sinaran Baru, Kempas Lama.
15hb-17hb Jun - SARAWAK (Kuching-Sibu)
Surau Darul Muttaqin, Taman Lavender, Kuching.
18hb-20hb Jun - SARAWAK (Bintulu-Miri) & BRUNEI
Masjid An-Na'im, Lutong, Miri.
21hb-23hb Jun - SABAH Pantai Barat (KK, Labuan, Beaufort,
Keningau, Kudat dll)
Masjid Hj. Akbar Khan, Kg. Bingkul, Beaufort.
24hb-26hb Jun - SABAH Pantai Timur (Tawau, Sandakan,
Semporna, Kinabatangan dll)
Masjid Nur Iman, Sapagaya, Lahad Datu.
Semua Muslimin di jemput hadir..
Sekian.
Ps: Aku sebagai pemandu keretamayat menyokong penuh usaha
menghidupkan Sunnah Nabi Muhammad SAW, tak kira siapa yang buat, UMNO, PAS, Tabligh
dan lain lain gerakan so call islamic, asal itu Sunnah Nabi, maka aku akan “like” dan
“share”- Woha!
Sumber info:
http://al-fikrah.net
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
46 comments:
1st!!!
terbaikla letak list ijtimak seluruh negeri2 malaysia....
ada duit +taknak sedekah = bakhil harta...
ada iman + taknak kongsi iman = bakhil iman...
Assalamualaikum
firstly, saya memang sokong semua yang pak cik cakap tu..
dan sorry kalau tak ada kaitan dengan entri ni..
entri pak cik memang best dan full of info..
even saya pun terus sangkut masa first time baca blog pak cik ni..
saya pun masukkan blog pak cik ni dalam senarai blog yang saya suka.. dalam blog saya..
okey,tu je rasanya.. lastly, lets keep in touch with your valueable info, pak cik!
ye... sangat setuju..
Salam pakcik hamka..
Aku bersyukur sebab dapat baca blog pakcik di pagi hari ni..Aku suka baca blog pakcik sebab dasar pakcik berdakwah yang terbuka dan telus serta tidak melibatkan langsung sentimen politik dan bla..bla..bla..
Aku doakan pakcik panjang umur dan selalu post artikel lagi..jangan perasan sibuk ye pakcik.
InsyaAllah akan di 'share' kan...
nak tanya ni lelaki jer boleh datang kan???
salam..
dan pada suatu ketika bayan kira-kira jam 9.13 malam, seluruh masjid sri petaling telah 'blackout'..
semua jemaah cemas dan hingar bingar masing-masing keluarkan hand phone sebagai torch light..
first time dengar bayan dalam keadaan gelap tapi suara maulana dan ust razif tetap kedengaran..
9.17 lampu dan kipas berfungsi semula..
-rom
adoi.. lambat info ni dapat.. selangornyer dah terlepas.. :(
Ayah aku pi kat Sri Iskandar malam tadi. Baru pergi. Si anak tak pergi. Hu hu hu :(
Aku baru balik dari Sri Petaling, MasyaAllah 50 Jemaah telah dibentuk selepas Ijtima' antaranya ke Jepun, Korea, Canada , Indonesia ,India, Pakistan, bangladesh , Sabah, Sarawak dan Seluruh Malaysia. Malangnya aku tak dapat ikut serta...:(
aku tidak berjaya memujuk suami dan mahramku untuk pergi ke ijtimak di seri petaling... salahku kerana kurang berusaha memujuk mereka... Di malam harinya ketika ijtimak berlangsung di SP aku bermimpi telah pergi ke SP tanpa suami dan mahramku. Dan aku menangis ketika di SP. Tidak aku ketahui apakah maksud mimpiku itu.. Ampunkan aku Ya Allah...
Ya Allah, pilihlah suami dan mahramku untuk berjalan di atas jalanMu...
*p/s: bukan di jalanan seperti baru-baru ini yang telah berlangsung...
singgah bc n follow blog kereta mayat...agak seram dengar nama blog ni :D
tambahan...
Jemaah di hantar ke Australia, Sri Lanka dan Filifina juga...Marilah sama-sama kita usaha dan doa semoga Allah pilih kita utk dihantar keseluruh dunia untuk tegakkan agamaNya. Bak kata Maulana " Dakwahkan ttg Tauhid, Risalah nabi SAW dan kebenaran hari Akhirat "
Assalam
Fikir risau Puan amat bernilai disisi Allah swt.....
Sesungguhnya Khatijah raha mempunyai fikir risau yang sama.
Begitu juga dengan Fatimah raha.
Mereka meninggal dengan kerisauan ini....
Sesungguhnya aku amat cemburu, semoga isteriku mempunyai fikir risau yang sama seperti Puan.
Khalid
Sesungguhnya aku akan menjadi saksi Puan di akhirat kelak, insyallah!
Assalam
Tuan tanah akan turun ijtimak mane?
Besar hajat nak jumpa tuan dan, minta tolong tuan tasykil saya untuk keluar di jalan Allah swt...kalau sudi? He..he..
110%
Mekasih sbb buat entry ni. Like sampai lebam. Tengkiu.
Assalamualaikum...
Hamka, Khalid & the gang...
Tolong doakanku, suamiku serta mahramku agar dapat turut serta berjalan di atas jalanNya seperti kalian... Doa kalian amat bermakna bagiku...
Terima kasih...
Pakcik, Benarkah
masjid itu kubu umat islam? tolong terangkan pada saya. tq
Ijtimak.
Sedang berlangsung rupanya.
Suamiku sedang 4 bulan dijalan Allah.
semoga ijtimak berjaya.
kepada anon di atas...
suami puan sedang 4 bulan di jalan Allah???
Allah..
saya sangat cemburu pada puan..
Ya Allah...
pilih lah suamiku..
kepada puan bakal mayat sri kembangan.
Banyakanlah berdoa dengan sabar. Sesungguh itu menjadi saksi di akhirat kelak.
Suami ku mungkin berada sekitar India atau bangladesh.
Aku sentiasa memanjatkan doa dan semoga kerinduan ku dan anak-anak menjadi sumber hidayat seluruh alam amin..
maka disebabakan rasa syukur(ikut mazhab hamka)maka bertebaranlah surat berantai,copy paste yg tah apa apa dan email foward di muka bumi maya....ha ha ha( lawak je)
berdakwah bukan hanya memikirkan apa dan berapa banyak dakwah yang kita sebarkan...tapi yang paling penting apakah uslub(cara) dakwah kita dapat diterima dan sesuai mengikut zaman....semoga semua golongan manusia dan lapisan masyarakat boleh selamat dari api neraka...
tahniah kpd semua jemaah islam yg berusaha menyelamatkan manusia dari api neraka Allah yg maha dahsyat!!
semoga kita semua tergolong didalam salah satu dari jemaah yg berusaha...amin..
jazakAllah wa afwan kathiraa..
-saudara seagama-
maaf sekadar mencelah,
Susah saya nak cakap sebenarnya, tapi hakikat sebenarnya, saya ada rasa terkilan dengan kemajuan teknologi, wanita dan lelaki sekarang gemar mempamerkan wajah mereka, tubuh mereka walaupun yang berhijab masih tidak semestinya aurat 100% tertutup, dan bila dijadikan bahan tontonan, di facebook,twitter,blog dan semua media,
tertanya2 saya berdosakah mereka kelak? menayangkan yang sepatutnya hak bakal suami dan juga hanya boleh dipelihatkan kepada keluarga, malah saya rasa adik beradik saya masih belum sempurna auratnya, tapi saya juga seorang pendosa,jadi bila hal begini terjadi,saya mampu berharap dalam hati sahaja agar mereka tahu dan sedar.
Saya tertanya mampukah saya mengenali seorang wanita yang tidak punyai ciri2 itu, masihkah wujud wanita yang benar2 menjaga perhubungannya. saya tidak berkata saya berhak untuk memiliki wanita seperti itu, cuma kesempurnaan itu tidak ada lagi, agak tawar hati, walau perempuan itu cantik bertudung sekali pun tetapi tergedik2 di facebook,twitter dan sebagainya, manakah malu wanita itu?
Hurmmm, hanya mampu berharap...
Maaf andai terasa kerana saya juga turut terasa akibat orang lain, saya memilih untuk tidak punyai akaun fb,twitter dan lain2 dan merasa bimbang andai ada aurat saya terdedah dah menambah dosa saya, tetapi kawan2 juga akan memuat naik gambar kita secara tak langsung, dari situ tertanya saya, berdosakah saya?
oh kalaulah wanita dan lelaki itu mengerti, dosa 24jam di laman maya
bukan berkaitan dengan topik sekalipun cuma berharap pembaca kereta mayat melihat dan membaca komen saya
kepada anon yang suaminya sedang khuruj di india @ bangladesh...
saya mohon untuk mendapatkan email puan atau puan boleh email saya di sayfeshan@gmail.com kerana saya ada 1 hal untuk bertanya dengan puan...
terima kasih...
Aku sangat berminat untuk hadir ke ijtimak di kelantan. Belum pernah pergi ke mana-mana majlis seumpama sebelum ini.Ada sesiapa boleh bagi nombor /email untuk dihubungi berkenaan majlis ni? Ke boleh pergi gitu je?
Semoga dipermudahkan, Insya Allah....
Seperti biasa . . . Terbaikkkk!! ^_^
Kepada SangGupal....
pergi sajer...tak yah contact sapa2...ia memang majlis untuk orang Islam...
Saya setuju dengan tuan. Tidak perlu tunggu tertegaknya Negara Islam baru nak menjalankan Sunnah. Setiap peringkat ada tanggungjawabnya masing2 tidak kira ianya pemimpin negara ataupun pemimpin keluarga. Namun sedikit nasihat dari saya, yang paling penting untuk menjalankan kerja dakwah ini adalah ilmu yang benar dari AlQuran dan Sunnah yang sahih dari Nabi. Kita tidak mahu nampak ramai pengikut sahaja tetapi ilmu yang benar dan dari sumber yang benar itulah yang lebih penting walaupun pengikut sesuatu jamaah itu sedikit. Oleh itu saya mengajak semua akhi & akhawat untuk kita memperdalamkan ilmu yang sahih (terutamanya hadis yang sahih dari sumber rujukan yang sahih) di samping kita menjalankan dakwah.
@ adam
Saya setuju. Setiap teknologi yang terhasil akan mengiringinya kebaikan dan juga keburukan. Yang penting mantapkanlah ilmu dan keimanan dalam diri kita, InsyaAllah kita akan mendapat pasangan yang baik juga kerana itu adalah sunnatullah. Namun janganlah diharapkan kesempurnaan dalam diri pasangan kita kerana kita juga tidak sempurna.
Saudaraku sekalian....
Dakwah ialah " Aslih nafsak wad u' khoirak " ....iaitu islah diri sendiri dan seru kepada yang lain untuk turut islah diri..wallahualam..
kepada bakal mayat sri kembangan.
saya yang suami sedag khuruj 4bulan.
Nanti la saya tanya anak lelaki saya macam mana nak email. sebab saya tak ada apa- apa akaun email atau fb atau twiter. Memang betul-betul tak ada.
Saya minta maaf. Akan saya usahakan Insyallah.
akum, bizzare info aku dgr dpd member, yg juga sorg karkun lama dlm usaha bagitau tahun ni mungkin ada ijtimak madinah ataupun dlm tahun depan.
betul tak betul Allah je tau.
kepada puan yang suaminya khuruj 4 bulan...
terima kasih atas kerjasama puan...
saya di sini setia menanti dengan penuh harapan email puan kerana saya benar-benar ingin bantuan dari ahlia kepada seorang karkun..
p/s: saya tunggu email puan walau berapa lama sekalipun...
Org yg khuruj sebelum istimak akan dpt semua pahala org yg keluar selepas istimak. . .betul ke ni?
hrmmm..xdpt plk laporan SP brgelap. yg d lapor maulana sruh doa dpt ank byk cam Anas r.a.
-petot-
Jawab mana sempat.
------------
namakuamir said...
ada duit +taknak sedekah = bakhil harta...
ada iman + taknak kongsi iman = bakhil iman...
(pandai..)
-----------
ArmIn SyazMien said...
entri pak cik memang best dan full of info..
even saya pun terus sangkut masa first time baca blog pak cik ni..
(setuju)
--------------
nuarkama said...
Aku doakan pakcik panjang umur dan selalu post artikel lagi..jangan perasan sibuk ye pakcik.
(agree)
-----------
Mummy said...
nak tanya ni lelaki jer boleh datang kan???
(lelaki sahaja, ye)
-----------
-rom
first time dengar bayan dalam keadaan gelap tapi suara maulana dan ust razif tetap kedengaran..
(dengar bayan dalam gelap macam masjid nabawi tu..)
----------
heal man said...
adoi.. lambat info ni dapat.. selangornyer dah terlepas.. :(
(terlepas negeri pakatan, kita pergi negeri BN-woha!)
-------------
Akim Iqbal said...
Ayah aku pi kat Sri Iskandar malam tadi. Baru pergi. Si anak tak pergi. Hu hu hu :(
(untuk urusa dunia, boleh wakil...isk)
-----------
Budak Kampung said...
Aku baru balik dari Sri Petaling, MasyaAllah 50 Jemaah telah dibentuk selepas Ijtima' antaranya ke Jepun,
Korea, Canada , Indonesia ,India, Pakistan, bangladesh , Sabah, Sarawak dan Seluruh Malaysia. Malangnya aku tak dapat ikut serta...:(
(keluarga saya semua bisnes, untung juta juta, tapi saya tak..)
------------
Bakal Mayat Seri Kembangan said...
(niat yang baik itu sampai pahalanya)
-----------
Anonymous said...
Tuan tanah akan turun ijtimak mane? Besar hajat nak jumpa tuan dan, minta tolong tuan tasykil saya untuk keluar di jalan Allah swt...kalau sudi? He..he..
(mungkin terengganu atau pahang.., belum muktamad)
-----------
Ahli Surau, Ampang said...
masjid itu kubu umat islam? tolong terangkan pada saya. Tq
(panjang cerita, cuba baca entry lama bertajuk: tazkirah untuk ulamak-Woha!)
----------
adam said...
Maaf andai terasa kerana saya juga turut terasa akibat orang lain, saya memilih untuk tidak punyai akaun fb,twitter dan lain2 dan merasa bimbang andai ada aurat saya terdedah dah menambah dosa saya, tetapi kawan2 juga akan memuat naik gambar kita secara tak langsung, dari situ tertanya saya, berdosakah saya?
(ulamak pesan, paksa ugama kepada diri, bukan kepada orang lain.., dan tiada paksaan dalam ugama)
------------
SangGupal said...
Aku sangat berminat untuk hadir ke ijtimak di kelantan. Belum pernah pergi ke mana-mana majlis seumpama sebelum ini.Ada sesiapa boleh bagi nombor /email untuk dihubungi berkenaan majlis ni? Ke boleh pergi gitu je?
(orang pas di kelantan, tolonglah teman sang gupal ke perhimpunan yang mirip sunnah)
----------
abu ikhwan said...
Oleh itu saya mengajak semua akhi & akhawat untuk kita memperdalamkan ilmu yang sahih (terutamanya hadis yang sahih dari sumber rujukan yang sahih) di samping kita menjalankan dakwah.
Hamka said:
Orang ada ilmu, akan faham falsafah ini:
Selemah syarat dalam mencegah mungkar: adalah dengan hati.
Selemah syarat dalam menyeru kebaikkan: cukup walau sepotong ayat.
“jom”
-----------
Ibnu Hatari said...
akum, bizzare info aku dgr dpd member, yg juga sorg karkun lama dlm usaha bagitau tahun ni mungkin ada ijtimak madinah ataupun dlm tahun depan.
(psst, kurangkan bercakap bab ramalan, )
----------
radzi_uitmjohor said...
Org yg khuruj sebelum istimak akan dpt semua pahala org yg keluar selepas istimak. . .betul ke ni?
(betul dalam bab ‘MLM’ pahala berdakwah)
tenkiu wa jazakumullah kher pakcik..saya pun sama doakan pakcik sehat sokmo n boleh post article yg nice2 lagi..barakallahulaka wa ahluka !
Boleeehh, p jere..
Assalamualaikum Kereta mayat
Sebagai tambahan kepada tajuk di atas tenatang bersyukur
tgk surah 16/78
dan surah 7/179
Apa kaitan syukur dan pancaindra
Terima kasih...
Pagi tadi gi taklim masturat. Pembayan kata apalah sangat pengorbanan kita sekarang berbanding para sahabat.
Bagi sahabiah dulu mereka ditinggal oleh suami berdakwah. Ramai sahabat yang sahid terus tak balik.
Tapi istri sekarang paling pun rindu sebab lama tak jumpa. Tapi kalau suami dok rumah pun bosan pulak tengok hari-hari suami berlengkor macam ular sawa.
Sesekali suami keluar jalan Allah baru terasa kehilangan. Tula serba sedikit pengorbanan umat zaman ni.
Itu pun kalau dibuat semata-mata kerana Allah . Hanya Allah yang tahu ganjarannya.
syukur dapat follow bolg hamka....pasni kne share dengan orang lain la kalau brsyukur...
woha!
jom kita berdakwah!
'like' dan 'share' itu sebenarnya jauh lagi hakikat yang sebenarnya.
: )
usaha agama terus maju, saya ni yg xpandai maju2, terus usaha lg dan lagi smpai tiada gigi, oops, smpai kiamat, insyaALLAH dgn taufik hidayatNYA
:)
usaha agama terus maju, saya ni yg xpandai maju2, terus usaha lg dan lagi smpai tiada gigi, oops, smpai kiamat, insyaALLAH dgn taufik hidayatNYA
:)
Post a Comment