May 10, 2012
Hari Ibu haram?
(Hukum sambut hari ibu itu haram kata kau?, aku bukan
ustaz, lagipun dah lama aku tak sambut hari ibu, blog ini adalah nota kepada diri dan juga nota kepada mereka yang mahu mengerti...)
Sempena nak masuk hari ibu, aku banyak dapat email bertanya
tentang apa hukum sambut hari ibu, aku nak jawab terus, tapi oleh kerana
perasan sibuk tolong bini lipat kotak pos ekspress dan tanda tangan buku
(kongkritnya alasan) maka akupun terus terlupa di tambah aku sendiri pun tak
sambut hari ibu kerana mak aku sudah lama pulang ke pangkuan Allah...
(lap hingus di bahu isteri kejap)
Sambung balik.alamak ada lagi hingus.
(akhirnya kedua dua bahu isteriku di penuhi lendir lendir
kerinduan yang penuh bermoral)
Ok, sebelum korang tanya pulak lepas ni apa hukum sambut
hari bapa, dan takut aku lupa pulak nak jawab tahun depan, (ada email tanya apa
nama anak yang sesuai, bila aku jawab, anak mereka dah boleh berjalan-aduhai
kesiannya)
Jadi, aku malas nak cakap banyak, straight to the point.
Aku malas nak letak hokum panjang panjang sebab benda ni
simple sahaja, sila guna common sense!
Jawapan aku: apabila benda itu ada kebaikkan, dan kebaikkan
itu tidak menjejaskan akidah, tak payah kita nak pening kepala berhujah itu ini
begitu begini..
Dulu ada ustaz haram poco poco sebab bila menari terbentuk
salib, lepas tu senyap gitu sahaja.., dulu kat terengganu ada ustaz cakap haram
cuti hari ahad sebab hari tu orang kristian pergi gereja, kita patut cuti hari
jummaat, tapi lepas tu senyap gitu sahaja.., lepas tu haram guna barang yahudi,
mari boikot, lepas tu senyap begitu sahaja.., dulu haram bergabung dengan orang
kapir, tapi sekarang takpe pula, dulu haram tak tegakkan negara islam, sekarang
tukar kepada negara kebajikan kerana negara islam takde dalam Al quran, aduhhh,
lepas ni apa pula? hari ibu, haram! Hari pekerja haram! Hari Konvokesyen haram!
Tahu nak haram sajer.., lepas tu bagi hujah “menyerupai”
orang kapir..
Setakat nak bagi hukum haram dengan alasan menyerupai orang
kapir tak de hebatnya kawan..
Aku pun boleh bagi hukum haram jika nak jadi perasan bagus
macam korang:
Contoh: kau tahu tak, menulis ni, dari kiri ke kanan,
menyerupai orang kapir, menyerupai
tulisan dalam Bible, Sunnah Nabi menulis, kanan ke kiri, jadi korang semua ni haram
main FB, main blog, sms dan semua apa ke jadah sebab menulis dari kiri ke kanan
menyerupai orang kapir, haram! Jika nak main FB atau sms, kena guna tulisan
jawi, baru halal-woha!
Korang nampak tak betapa bodohnya contoh tu di mata korang,
ha!!! Samalah kita!
Tapi Hamka, kita kena ingat ibu hari hari, bukan hari
ibu sahaja... (nak jugak memang tu!)
Woi, Kau ni sama macam ayah pin, bila ajak solat 5 kali
sehari, dia cakap: kita tak boleh solat 5 kali, kita kena solat setiap waktu,
pakai niat sahaja! apa ke jadah!
Ok, memang haram ler jika kau ingat mak kau pada hari ibu sahaja, tapi jika korang..Arghh!
Sudah! malas aku nak terangkan serba serbi, menghina kebijaksaan pembaca pulak karang..
Nasihat aku, bila tiba hari ibu nanti, ajaklah ibu korang
makan dekat hotel yang ada buat less 50% sempena hari ibu, (bila lagi nak makan
murah dekat hotel? Dah ada less 50% sempena hari ibu, waktu nilah kita
bahagiakan mak kita dengan bertukar selera di tempat yang mahal tapi murah di
hari ibu..betul tak?) dan lepas dah kenyang makan, peluk mak korang masing
masing, sambil ucapkanlah tiga lafaz ini:
Pertama, korang kena ucapkan lafaz ini dengan gaya
menyeringai macam budak perempuan yang comel, cakap:
“mak, saya sayaaaaaaang mak, selamat hari ibu!”
Kedua, jika mak kau janda muda atau kau sendiri anak dara
yang comel, tambah ungkapan dengan gaya lebih menyeringai dari tadi iaitu:
“Mak, Hamka keretamayat kirim salam! Woha!”
Ketiga, ketika mak korang sedang di seliputi bahagia makan
di hotel yang membuat potongan 50% sempena hari ibu tapi terpinga pinga akibat
mendapat kiriman salam dari Hamka keretamayat, maka korang hulurkan hadiah
kepada mak dengan berkata..
“Mak yang kusayangi, ini ada hadiah untuk mak tersayang...”
Maka Mak korang dengan penuh bahagia membuka kotak hadiah,
dan rakamlah serta uploadlah di FB akan aksi bahagia korang bersama Mak bersama
hadiah kepada mak yang berupa buku “Permata yang Hilang kini dijumpai” karangan
Hamka keretamayat.
Woooohaaa!
Selamat hari ibu dari aku yang sudah tiada ibu...
Sekian.
Ps: Tiba-tiba, aku berasa seperti arwah mak ada di dapur.
Aku lantas ke dapur tapi mak tiada di didapur, mungkin mak berada di bilik
solat. Kaki ini melangkah juga untuk menjengah bilik solat, walaupun aku
mengetahui mak sudah tiada. Hanya kain solat peninggalan arwah mak yang
terlipat bersama sejadah. Mungkin juga mak keluar pergi membeli barang. Kejap
lagi baliklah mak memasak makanan kegemaranku..oh, Aku bermain dengan andaian
sendiri tanpa menyedari air mata telah pun mengalir dan membasahi pipiku.
Aku masih teringat, sempena nama Abangku Hanafi, dan Syafee,
Ayah aku ingin menamakan aku Hambali, tapi mak aku berkeras ingin menamakan aku
Hamka, ingin aku menjadi penulis apabila besar katanya.., akhirnya mak berjaya
pujuk ayah agar mendaftarkan namaku Hamka, sekarang mak sudah tiada, sudah
kembali ke Rahmatullah, tapi mak pergi bersama doa yang sudah di makbulkan..,
Buku Permata yang Hilang kini dijumpai itu, aku dedikasikan kepada arwah Cek Ku
Teh..
Oh, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Terima
kasih emak kerana telah membesarkan aku dari kecil, sehingga menjadi lebih
besar daripada emak. Halalkan segala yang terjadi sejak dari sekecil tapak
tangan sehingga menjadi sebesar manusia.
Aku hendak cari dan memeluk menantu emak sekejap. Aku hendak mengelap hingus pada bahunya.
P.S 2: Malaikat Maut sudah datang rumah emak aku. Lain kali
beliau akan datang lagi rumah aku atau rumah emak kamu. Baik kamu telefon emak
kamu dan cakap, “Selamat hari ibu, saya sayang mak”. Dan minta maaf sebab
pernah mengkritik masakan emak yang tidak sedap. Sebab Lain kali, belum tentu
kamu boleh makan masakan emak lagi buat selama-lamanya..
P.s 3: Nampaknya, emak aku yang pergi ‘membeli barang,’
tidak pulang lagi buat selama-lamanya.
Al fatihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
81 comments:
ayat ni sgt legend "lepas ni apa pula? hari ibu, haram! Hari pekerja haram! Hari Konvokesyen haram! "
hahaha! thanks
sedihnyeeeee . Al fatihah untuk bonda .
pesanan penaja : sila hargai mereka yang masih berada di sisi,agar tak tercari cari pabila mereka kan pergi menghadap Ilahi :/
artikel yg baek dari hamka...
miss my mum..:(
Al-Fatihah utk bonda.
Semoga mak dan ayah aku terus sihat. InsyaAllah.amin.
Tu la pasal..aku still sambut jugak hari ibu walaupun rumours kata haram. Sebab benda ni bukan berkaitan dengan agama pape pun. Sama lah macam hari merdeka, hari pekerja.
Ps: sempat lagi tu promote buku dia haha :)
Akhirnya.. artikel yg sy tunggu. terima kasih sbb tunaikan jugak dan memanjangkan artikel thn lpas. yg ini baru jelas =D
"Dan minta maaf sebab pernah mengkritik masakan emak yang tidak sedap. Sebab Lain kali, belum tentu kamu boleh makan masakan emak lagi buat selama-lamanya.."
Aiyo.. lepas ni xmo kritik lg dah.. mama mmg x reti masak, tp x terpikir pulak cam yg HAMKA ckp..
sedih :(
cmne kalo smbut ari bapa plak ek
encik hamka?
kikiki..
hamka berjaya membuatkan mata aku berair. apakah agaknya mak aku sedang buat sekarang? heh :(
imia happy:
ape ni... buat orang sedih jek...
nak nangis dah ni...
tq mr hamka dan isteri!
facebook yang buat cakap haram. keh keh keh
Aku mengaku slow... Wait... Ustaz menkisahkan keharaman sambutan hari ibu kerana ia berasaskan hari mengingati'mothers' dlm agama kristian.. So, bila kita nak sambut pada hari tu camne, kena iqtikadkan semata-mata utk meraikan (hari khas la kiranya, sebab kena rai skmo kan) ibu pd hari tesebut bkn spt kristian atau bagaimana? Mohon pokka atau siapa shj berikan pencerahan.
Yes! sila guna COMMON SENSE. Hamka nanti² bila senang & dan tak keberatan tulis pulak pasal apa itu COMMON SENSE, bagi paham dan terang lagi, banyak sangat benda² perkara² yang nonsense sekarang ni.
Oh!
Aku pernah terbaca, "nama mak aku bukan Teresa, kisah apa aku hari ibu tu nak sambut mother teresa, nama mak aku bukan teresa. Yang penting nasik ayam aku siap bila aku balik sekolah.." Woha !
Patut la malam tadi aku mimpi arwah mak aku..huhuhu
Aku selalu kata mak aku masak xsedap, tapi licin periuk nasi aku kerjakan..orang mungkin kata aku gurau melampau..
Bila aku mintak maaf kat mak aku, dia faham anak dia ni bergurau je..sebab tiap kali dia masak, aku habiskan..cuma tinggalkan sikit je untuk kucing..
Syukur bini aku masak sedap, macam mak aku masak (puji bini sendiri..hohoho)..makin gemuk la aku..
Aku xpernah sambut hari ibu, cuma pada tahun2 hujung hayat mak n bapak, kitaorang sambut anniversary diorang je..tu pun setelah 55 tahun kawen..siap akak aku cakap, dah puas dah gaduh..
Menitis air mata aku Hamka atas "show" ko kali ni...malam ni nak tahlil untuk arwah mak n bapak, insyaallah..
terima kasih Hamka
hari ibu tu bila? hari ni ke??nak call wish kat ma jugok neh
aku dah tgk vdeo ustz tu yg kata poco2 haram.mmg common sense la sbbnya depa menari cmpur laki pempuan bju ketat2. byk lagi exercise blh wat.xpyh nk ikut kristian sgt.tlg jgn hentam org sesuka hati.
"Allahummaghfirli zunubi wali walidaiya"..
ustaz azhar kata haram, ustaz lain kata harus, tengok pada niat.
copy paste:
Perayaan bid‘ah yang dilarang adalah perayaan yang bersangkutan dengan agama. Aidul Fitri dan Aidul Adha adalah hari perayaan keagamaan, kerana itulah pada hari tersebut kita dituntut untuk bertakbir dan melaksanakan solat sunat. Adapun hari Mother’s Day dan Father’s Day, maka ia adalah perayaan yang bersangkutan dengan adat manusia, sepertimana perayaan Hari Guru, Hari Warga Tua dan sebagainya. Tidaklah termasuk dalam perbincangan bid‘ah atau sunnah apa yang bersangkutan dengan adat manusia.
Perlu diingatkan bahawa dalam berinteraksi dengan persoalan bid‘ah, manusia terbahagi kepada tiga kumpulan:
Pertama adalah mereka yang amat ketat penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah yang dilarang oleh Islam. Padahal sebahagian besar daripada perkara tersebut adalah sesuatu yang harus hukumnya.
Kedua adalah mereka yang bermudah-mudahan penilaiannya, sehingga hampir semua perkara yang baru dilabel sebagai bid‘ah hasanah. Padahal di antara perkara tersebut ada yang benar-benar merupakan bid‘ah yang dilarang oleh Islam.
Ketiga adalah mereka yang berada di pertengahan, tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bermudah-mudahan. Setiap perkara yang baru tidak akan dilabel sebagai bid‘ah mahupun sunnah melainkan terlebih dahulu dianalisa secara mendalam.
2. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak menganjurkan Mother’s Day dan Father’s Day pada zaman baginda kerana suasana yang memerlukannya tidak wujud. Di kalangan sahabat, ada yang ibubapa mereka memusuhi Islam. Maka sememangnya tidak perlu berbuat baik kepada mereka. Bagi sebahagian sahabat yang lain, mereka tinggal bersama atau berhampiran ibubapa sehingga tidak memerlukan hari yang istimewa untuk berbuat baik kepada ibubapa.
Berbeza dengan masa kini, kebanyakan kita (anak-anak) berada jauh daripada ibubapa, sama ada kerana pembelajaran atau kerjaya. Suasana ini menyebabkan kita perlu mencari ruang untuk berbuat baik kepada ibubapa semampu boleh sambil meneruskan kehidupan sendiri. Meraikan ibubapa pada Mother’s Day dan Father’s Day adalah salah satu daripada ruang tersebut.
3. Tidaklah semua yang berasal daripada kaum bukan Islam adalah dilarang. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sendiri pernah meminta para tawanan Perang Badar untuk mengajar umat Islam membaca dan menulis. Baginda juga pernah beberapa kali menggunakan strategi peperangan bangsa lain dalam ekspedisi jihadnya.
Justeru larangan mengikuti kaum bukan Islam sebenarnya ditujukan kepada sesuatu yang merupakan ciri-ciri keagamaan mereka yang masih dipraktikkan. Merujuk kepada hari perayaan, kita umat Islam dilarang untuk turut serta merayakan atau meniru hari keagamaan mereka, seperti Hari Easter, Hari Thaipusam, Hari Wesak dan sebagainya. Mother’s Day dan Father’s Day bukanlah hari keagamaan kaum bukan Islam.
4. Hujah “Berbuat baik kepada ibu dan ayah adalah tuntutan sepanjang tahun dan bukannya pada satu dua hari tertentu dalam setahun” adalah bukti bahawa yang berhujah tidak berpijak di atas bumi yang nyata. Bahkan ia boleh digunakan untuk bertanya kembali kepada mereka: “Jika begitu kenapakah anda saat ini tidak berada dan sentiasa berada di sisi ibubapa anda?”
Berbuat baik kepada ibubapa tidaklah bererti duduk di sebelah mereka sepanjang masa. Akan tetapi ia adalah mengimbangi dengan adil antara berbuat baik kepada mereka dan meneruskan kehidupan sendiri. Salah satu daripada perimbangan tersebut ialah meraikan ibubapa pada hari Mother’s Day dan Father’s Day. Sudah tentu adalah lebih baik jika anak-anak dapat mewujudkan ruang yang lebih kerap untuk berbuat baik kepada ibubapa mereka. Ini akan saya jelaskan seterusnya dalam buku ini, insya-Allah.
Oleh itu meraikan Mother’s Day dan Father’s Day adalah harus, terbuka kepada kedudukan setiap anak-anak. Sesiapa yang mendapati ianya dapat menggembirakan ibubapa mereka, maka teruskanlah. Namun sesiapa yang dapat mewujudkan ruang lain untuk menggembirakan ibubapa mereka tanpa terhad kepada Mother’s Day dan Father’s Day, sudah tentu ia adalah lebih baik. Penjelasan yang sama juga ditujukan kepada beberapa hari-hari yang lain seperti sambutan Hari Jadi.
Soal: Apa hukum memuliakan ibu pada hari ibu? Apakah di sana terdapat tegahan dari syarak untuk merayakan perayaan ini?
Jawab (syeikh Faisal Mawlawi): Memuliakan ibu adalah dituntut sepanjang tahun sepenuhnya. Menghormati ibu, menuntut keredhaannya, berkhidmat dan berbuat apa sahaja kebaikan kepadanya adalah dituntut dengan tuntutan yang tegas (wajib) sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w. Perkara ini sudah diketahui umum oleh mana-mana manusia.
Cuma, orang-orang Barat menjadikan sebagai adat dan budaya dengan menetapkan satu hari dalam setahun untuk dijadikan sebagai Hari Ibu. Di mana pada hari itu anak-anak menghulurkan hadiah kepada ibu mereka untuk memuliakan dan sebagai tanda penghormatan.
Orang Islam pula, dari sudut syarak, tidak ada perayaan/hariraya melainkan Idul Fitri dan Idul Adha. Selain perayaan/hariraya ini, iaitu yang mengambil sempena sesuatu perkara, maka ia tidaklah lebih dari hanya sekadar merayakan sempena sesuatu itu sahaja. Contohnya, seperti apa yang dinamakan sebagai hari ibu, atau perayaan untuk peringatan sesuatu peristiwa tertentu.
Jika kita menganggap bahawa apa yang dinamakan oleh orang-orang barat sebagai hari ibu itu sebagai hari memuliakan/menghormati ibu hanya sebagai tambahan sahaja (kewajipan menghormati ibu telahpun siap kita laksanakan), maka di sana syarak tidak menghalangnya. Yang ditegah oleh syarak ialah jika perayaan berkenaan dianggap sebagai ‘id/perayaan dengan maksud syar’i. Begitu juga ditegah jika pembatasan menghormati dan memuliakan ibu hanya pada hari berkenaan sahaja. Jadi, jika dua perkara ini ternafi, maka tidak ada halangan untuk memuliakan atau menghormati ibu pada hari ibu.
Dilarang juga merayakan hari ibu kerana bertaklid kepada non muslim dan bertasyabbuh/menyerupai/meniru2 mereka.
Kita berpegang bahawa meniru-niru non muslim dan menyerupai mereka adalah tidak dibenarkan pada perkara-perkara yang khusus untuk mereka sahaja serta tidak mempunyai asas di dalam syariat kita. Adapun memuliakan ibu sebagaimana diketahui umum memang mempunyai asasnya di dalam syariat. Oleh itu, perkara ini tidaklah dapat dianggap sebagai meniru-niru/menyerupai non muslim yang ditegah.
Sumber:http://www.islamonline.net/livefatwa/arabic/Browse.asp?hGuestID=uQ3lCv
salam..
merak..
merakk..
ohh merak..
mak dah balik nie..
(sesungguhnya itulah keinginan dan impian, tetapi kehendak Allah swt jualah yang Maha Mengetahui..)
"Bahasanya seolah-olah bukan bahasa anak universiti tempatan. Bahasanya seperti anak lulusan madrasah, hasil didikan nurani ibu (arwah Cek Ku Teh) dan bapanya. Bahasanya adalah bahasa jiwa para sasterawan dan pujangga yang lahir daripada tarbiah dan mujahadah jiwa."
'semoga Allah SWT terima..
(semua amalan baik segai bekal)
'semoga Allah SWT pilih..
(sebagai ummat dan asbab hidayah)
'semoga Allah SWT kekalkan..
(iman dan usaha agama selamanya)
-ron
..ehh mana mak nie, kata pegi kejap je, dah nak masuk waktu zohor dah, tadi mak pesan sidai kain baju dan kain telekung, aku dah sidai pun.. siap dgn 'nilakan'
mak suka kalau solat dengan telekung baru basuh dan nilakan, sbb nanti ade kaler biru-biru laut.
masa time nak peksa, mak akan senyap senyap bangun malam, solat lama-lama, doa pun lama lama.
tahu tahu je, mak tiup dan sapu ubun ubun kepala aku dan abang abang aku yg lain. Sejuk tangan mak, pastu mak cium pipi aku dan tepi pipi aku terasa basah.. mak nangis ke? aku nie nakal ke? ..
mak sungguh-sungguh nak aku berjaya peksa.. hmm
.. hmm mana mak nie, dah azan zohor nie..
nak pegi masjid solat zohor dulu lah..
lepas zohor mak balik kot..
seksaan sungguh saya baca entry Hamka hok ni. Sebok sangat2. Dok mampu nk dgr lagu mamat exist sapa abih. Doa saya semoga semua orang hargai ibu + bapa + keluarga masing2. Whateva pun Allah permudohkan saya dapatkan naskah buku pertama tulisan hamka. Dok dang saya beli online, kwn tulung belikan doh. Sygnya dok dang nk mitok sain. Cewah! Hamka mcm artis yaw!!
Sekian dr saya yang x suka membaca. Wehu!
terharu..tetiba teringat mak kat kampung...ayah jugak tidak dilupa...
Pada saya benda yg baik selagi tak merosakkan akidah, boleh dilakukan...macam buat tahlil utk arwah..apa salahnya...tapi kalo meletakkan gambar berkalung bunga kat kubur..tu dah terang2 lar tak boleh...setuju dgn hamka...woha...
*selepas seminggu menerima buku PYHKDJ...sy baru baca sampai bab 30
Saya menghormati semua pandangan org alim tidak kira apa latar belakang fikrahnya. Tapi saya berpendapat, yg tdk bertepatan dgn sunnah rasulnya, bukanlah jalannya. Org Islam meletakkan Ibu di tempat yg sgt tinggi hingga kedudukan syurga di bwh kakinya. Meraikannya setahun sekali, seolah-olah utk org yg pergi masjid setahun sekali iaitu sembhyng hari raya. W/p saya menghormati pandangan Hamka dan tuan2 semua.
yang sunnah nye layan atau sayang mak bapak kita dgn sepatutnya, hari ibu ni semua tak patut jadi isu pun! tapi bila kita byk sgt bertanya ni lah jadinye, dan ada pulak ustaz layan menda2 mcmni lagi lah mcm2 persoalan timbul... tiap2 tahun benda ni org melayu islam suka nak ketengahkan bosan lah! aduhhhhyaiii ya allah selamatkan lah semua ibu2
aku pernah baca satu artikel majlis fatwa tulis judi haram, gay homo haram, seks bebas haram! aku terpikirrr... hellooooo bila masa benda ni HALAL?
ada jugak pihak yg nak membidaah dan meharammmmkan orgggggggg je kerja dia! pastu cakap "saya ikut quran dan sunnah! awak sume bidaah!" woha!
pasni mesti ada yg cakap "hamka kata sambut hari ibu boleh lah" woha!
Pada pendapat aku yg daif nie, isu nie patut semua org boleh terima. Sambut hari Ibu tiap2 hari pun boleh, tapi isunya kenapa kena ikut tarikh yg orang bukan islam buat. Macam contoh ko sambut hari raya aidilfitri pada waktu hari krismas..tak ker gila namanyer.
Since kalau isu diskaun kat hotel2, atau pasaraya..apakata ramai2 antar memo kat kerajaan buat hari ibu yg betul2 hari ibu punya, maulidur rasul boleh buat takkanlah hari ibu takleh buat kan.?. abis ceriter.
aku waktu putus cinta dengan muslimah kancil.., terus balik rumah mak..
teringat babak KKHH malam lepas bila anjeli putus cinta, terus balik rumah mak..
tapi sekarang mak dah takde..
harap tak bergaduh dengan bini sampai bila bila..
isk..
ps; baru nak jawab azhar jaafar, dah ada yang jawabkan, dia bagus, aku rasa dia sekarang berada di jalan Allah, semoga Allah ampunkan dosa aku..oh.
eh, bab azhar jaafar tu dalam entry bersih 3.0, salah entry aku daa..
Salam, saje nak berkongsi. Hari ni Khutbah Jumaat bertajuk Mentaati Kedua Ibu bapa. Khutbah yang agak panjang, tapi ada kata2 imam yg menyentuh hati ku.
"Semasa kita kecil, ibu bapa kita menjaga kita dengan berharap kita dapat Hidup menjadi insan yang berguna. Maka janganlah ada diantara kita yg sekarang ini, sedang menjaga ibu bapa yg sudah tua dan uzur dengan berharap Bilalah Orang Tua Ni Nak Mati?"
Bergenang air mataku memikirkan adakah anak2 yg berharap demikian?
saya x sambut Hari Ibu, tpi saya adakan sdiri hari m'yayangi ibu, wlaupun ari2 saya mmg sayang ibu...
kalo kebiasaan Hari Ibu di sambut pada minggu ke2 bulan May pada setiap tahun..
saya pulak buat di setiap minggu ke4 setiap bulan setiap tahun.. dikire paling sesuai [sbb time tu ari gaji] hehehe
salam..
Hamka ape kate ko bagi special request dgn special harga buku?
1. Hadiah Besday RM38
(dapat extra pesan dan nasihat daripada Hamka)
2. Hadiah Khawen RM76
(suami dapat dan isteri pun dapat..
dan dapat extra nasihat Hamka dan ahliah)
3. Hadiah untuk Ibu RM38
(ade special doa atau special petua)
4. Hadiah untuk Bapa RM38
(ade tips jadi bapa mithali)
... dan lain-lain kategori..
(pembaca-pembaca ynag nak diskaun, please not now, this is we call 'ikram' dan Hamka knows how to explain .. woha!!
--sadhi nahe he--
nasihat yang baik2 sangat...
Assalam
Aku berazam untuk membuka madrasah kalau tak pun tabika Islam..dan aku nak hadiahkan semua amal tersebut kepada kedua ibu dan bapaku.
Aku hadiahkan tanpa kurang satu pun, segala amalan aku yang tuhan terima kepada semua ibu-ibu didunia samada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.
Khalid
Wahai kekasih kepada segala kekasih...kasihanilah kami.
Eeee... Hamka pengotoq...
Penuh bahu isteri dia dengan lendir hijau...eeeeeeeeeeeeee.
***************************
Semua rasul diutuskan untuk memimpin dan menjatuhkan sebuah kerajaan yang tidak mengesakan Allah. Nabi Ibrahim melawan Raja Namrud, Nabi Musa melawan Firaun,Nabi Muhammad melawan pembesar Quraisy dll.
***************************
Sesuatu hukum yang tidak tetap itu berubah mengikut keadaan, masa dan tempat. Jangan duk pening kepala cakap dulu hukum lain, sekarang lain. Memang la.... itukan semua berdasarkan ijtihad semasa dan Fiqh Keutamaan. Wajah/ Nama apa pun tak penting, yang penting ada unsur-unsur Islam... Woha!!!!!
Isu hari ibu HARAM!
Jangan lah nak dibesarkan perkara-perkara remeh.
Banyak lagi isu yang lebih BESAR.
MACAM MANA NAK SELAMATKAN KITA KELUARGA KITA DAN SEMUA UMAT DARI AZAB KUBUR DAN API NERAKA??
Kalau kita sume sibuk dengan buat usa atas iman masing-masing tak ada masa nak mengharamkan itu dan ini.
Apa kata mintak ustaz-ustaz yang suka bagi hukum tu mintak peminat masing penuhkan masjid-masjid setiap kali 5 waktu solat.
Kalau sume orang islam jaga solat akan terpelihara dari segala Bidaah. Tak perlu cari salah orang.
Salam,
Bila sebut "MAK"...mudah je bergenang airmata...hati jadi sensitif...pengorbanan mak ayah tidak ternilai...
Pada sapa2 yang masih ada mak ayah dan masih tinggal bersama mereka, salam dan kucuplah tangan mereka setiap hari, dakap dan belai mereka dengan penuh kasih sayang...jangan sesekali meninggikan suara dengan mereka...bahagiakanlah mereka sedaya mungkin...doakanlah untuk mereka dimana saja kita berada...
Wassalam.
salam..
sedihnye yg last tue.ibu sy pon dah kembli ke rahmatullah..smoga rohnya ditemptkan dikalangan hambaNya yg solehah.Aamiin..
hargai lah ibu anda selagi beliau masih ada...
Nampaknya corak pemikiran Hamka sealiran dgn Astora Jabat.
Tahniah...
Ada lagi email yang bertanya:
Salam En Hamka.
Boleh huraikan persoalan yg mengatakan Hari Ibu HARAM?
*******
Aku jawab,
Salam, dik, Aku bukan ustaz, tak boleh bagi fatwa, tapi ini antara kita dua jer, jangan bagi tahu kat sape sapepun..
kirim salam kat mak dan cakap, keretamayat ucap: “selamat hari ibu”
Woha!
Pesan kat mak lagi, hamka cakap: “keretamayat itu sehala jalannya, buat yang terbaik sebelum tumpang-
Woha!”
Astora Jabat? woha kontrovesi
Dr. `Abdul Fattah `Ashoor, professor of Qur'an Exegisis at Al-Azhar University, concludes:
Holding celebrations in honoring others and commemorating anniversaries are neither feasts nor Islamic. But one may seize any chance to express gratitude to those who deserve it. This is how we should consider the Mother's Day. The mother has a special place in the Islamic culture, and all other civilized cultures. So it is something good to do anything to please her and show gratefulness to her.
So dedicating a day to showing good feelings towards parents, especially the mother, is by no means blameworthy as it does not contradict the Islamic teachings, nor can it be merely considered a form of joining the Western vogue of making celebrations. Conversely, it is a kind of devotion to Allah's orders that we should be dutiful to our parents.
Yang sebenarnya, salah satu sebab kenapa perkembangan pemikiran dalam dunia Melayu Islam masih lagi terbantut adalah kerana adanya corak pemikiran yang sebegini.
Gila apa nak kempen halang orang ramai sambut Hari Ibu? Tak cukup dengan Hari Kekasih (atau nama orang putihnya Valentine's Day), nak serang hari Ibu pula? Lepas ini hari apa, Hari Bapa? Hari Guru? Hari Kebangsaan? Hari Raya apa cerita?
Dulu-dulu masa aku kecil, ada ustaz cakap haram sambut Hari Jadi potong kek dan tiup lilin semua. Tapi Abah aku yang sibuk nak anjurkan majlis hari jadi aku bilang, apa yang haram kalau nak buat majlis makan-makan kek, mihun, cikedis dengan air sirap untuk budak-budak kawasan kejiranan. Tiup lilin pun bukannya tiup lilin jenis harga RM10 sebatang.
Jadi apa salahnya kalau nak sambut Hari Ibu? Memanglah setiap hari peringatan atau perayaan itu ada asal-usul sejarah, tradisi dan budayanya. Tapi terang-terang kita semua tahu bila kita menyambut Hari Ibu, kita meraikan tidak lain dan tidak bukan ibu masing-masing (dan juga ibu mertua dan ibu anak-anak kita).
Dan menyambut Hari Ibu tidak bermakna hanya kasih dan taat kepada ibu pada hari ini sahaja. Setiap hari juga kita dituntut sedemikian pastinya. Tapi cuma hari ini sebagai hari yang istimewa untuk memperingati dan meraikan individu bergelar ibu. Sebagai satu tarikh istimewa setiap tahun apa salahnya?
Lagi pun, hanya pada Hari Ibu sajalah restoran-restoran atau hotel buat pakej makan-makan istimewa 'mother eats free'. Kalau bagi aku, inilah alasan terbaik untuk makan di hotel tanpa Emak membebel mahal dan membazir.
Cuma sayang, tahun ini aku kat Sabah. Tak apa, panjang umur tahun depan mungkin boleh.
Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di luar sana!
Aslmualaikum
jumaat baru ni khutbah kt masjib ttdi sentuh pasal sambutan hari ibu. kepentingan dan pengorbanan seorang ibu
tkde plak disebut hari ibu tu haram disambut sebb asal usulnya sembahan utk dewi2
susah sbnrnya kalo otak tu disempitkn dgn benda2 ni
aku rs semua yg raikan hari ibu arini sebb kita sygkn ibu dan hargai jasa ibu. tak terlintas atau terfikir pun pasal dewi2 semua ni..
selamat hari ibu
Sambutan hari ibu dibeberapa negara berbeza2. Indonesia dia sambut hari ibu pada 22 disember sempena sejarah awal pembentukkan kongres wanita indonesia. Namun kita ikut yang barat punya. kita plak sambut hari ibu sempena hari memuja dewa kapir. Hati tu dah memang iklas dah... bukan niat nak puja dewa kapir pun... tp apa jadah ko merayakan hari puja dewa kapir ko tu tuk belanja mak ko? Takde hari lain ke ko nak belanja mak ko? Hari tu gak nak wat. Kita merayakan hari raya pun sebab ada sejarah tertentu pada hari tersebut... siapa dapat keberkatan lagi tu... Hari ibu yg disarankan oleh org kapir ni apa yang ada?
Lain lah ko tiap2 bulan atau tiap2 minggu hari Ahad ko belanja mak ko mkn. kebetulan jatuh hari ibu nak belanja mak ko ok laa...
Ni... tak pernah belanja ibu pizza... alih2 dengar aje org kapir anjurkan sambut hari ibu. Ko pun terus na raikan gak. Ajak mak ko pg makan... siap wish selamat hari ibu... Jahil punya org...
Apa kata nnt hari thanksgiving... ko ajak mak ko makan ayam belanda. Ops... Jgn ada niat apa2 pun. Hanya iklas nak belanja mak ko makan pada hari itu. Sbb hari tu banyak ayam belanda dijual kat supermarket. Tentu mak ko tak pernah mkn lg kan. So belanja lah dia mkn. Lantak lah org kapir merayakan hari tersebut tuk apa. Ko bg mak ko makan ayam belanda hari tu sbb niat ko iklas nak belanja makan mak ko... lagi bagus buat mlm thanksgiving tu. Ditekan kan... Niat iklas lg bersih dan tidak menduakanNya...
Okeh part last memang sedih..
Oh mak.. Aku selalu nak jadi anak yg terbaik, tapi bukan mudah.. Byk halangan dan rintangan..
Aku dedikasikan studyku ini untuk mak lah.. Kalo duduk rumah asek bertegang urat, baik aku belajar sambil ingat mak kat rumah. Minggu depan Droppucino balik b4 exam okai..
SELAMAT HARI IBU!!
(Eehh.. Silap.. Mak den mana baca pun aku tulis kat sini.. HAHA!)
SIAPA YANG MARAH AKU BELANJA PIZA PADA HARI IBU! WOI, HARI NI PIZA BUAT JUALAN MURAH, JADI AKU BELANJA, MAK PUN TAK JADI NAK MEMBEBEL SEBAB HARGA MURAH.
AKU BELANJA SEBAB ADA DISKAUN BODOH, DAN YE, DISAKAUN TU SEBAB MOTHERS DAY,
PERIOD
http://atanahmad.blogspot.com/2012/05/hukum-islam-menyambut-hari-ibu.html
sy tak pernah makan lg ayam belanda. ad sape2 tau dkt supermarket maner yg ad jual ayam belanda tu?
Kenapa buat kita sedih... Sayu baca entry ni...
Tapi setuju sangat dengan entry kat atas... Asalkan niat kita betul dan tidak memesongkan akidah... :-)
entry yg paling saya suka..
Buat anak lelaki semua, surga ko redha mak ko tapi meh aku bagi satu rahsia, insyaAllah x de mak yg x redha anak dia. Sob sob sob, baik kan mak kita tapi surga isteri pada redha suami weh tapi meh aku g tahu satu rahsia, ramai suami kedekut redho mereka especially kl atas unta pun ko x bagi, sob sob sob, bukan mudah jadi isteri tau huhuhuhu
entah...tkadang aq rse org nie mkin mngarut.mule2 kata haram sbb mraikan mother teresa.tp ble aq wat reseach mother teresa day tue jatuh on October.pastu adew yg kata sbb meraikan dewa kristian...aq yg dahagakan kbenaran pon research lagi...& aq dapati...sbetul nyew 15 May tue bnyk events yg dicelebrate.bukn stakat meraikan dewa @ hri ibu bgi stengah2 tempt.different country different events.adew Aoi Matsuri Day, Day of Slovenian Army, Bike to Work Day, International day of Families, peace Officers Memorial Day etc etc etc...x kan lah ko nak polo semua yg org kapir tue buat.be realistic arr.
p/s: dun blindly polo
p/s & p/s: bgi aq 15 may tue hri mickey mouse premiered his 1st cartoon sooo aq nak tengok mickey mouse puas2 bsama bunda tcinta.woha...^__^
mak aku sakit, aku nak tepon hari ahad lepas, tapi dengar cakap ustaz haram ucap selamat hari ibu pada hari ibu, maka aku tunggu hari selasa..., semalam, mak koma, hari ni mak meninggal..
MEMANG BODOH USTAZ YANG CAKAP HARAM HARI IBU!!!!
Mak, maafkan kiter... kenapa aku tak baca blog ni dari awal??
mak aku sakit, aku nak tepon hari ahad lepas, tapi dengar cakap ustaz haram ucap selamat hari ibu pada hari ibu, maka aku tunggu hari selasa..., semalam, mak koma, hari ni mak meninggal..
MEMANG BODOH USTAZ YANG CAKAP HARAM HARI IBU!!!!
Mak, maafkan kiter... kenapa aku tak baca blog ni dari awal??
mak aku sakit, aku nak tepon hari ahad lepas, tapi dengar cakap ustaz haram ucap selamat hari ibu pada hari ibu, maka aku tunggu hari selasa..., semalam, mak koma, hari ni mak meninggal..
MEMANG BODOH USTAZ YANG CAKAP HARAM HARI IBU!!!!
Mak, maafkan kiter... kenapa aku tak baca blog ni dari awal??
dah ada mother's day tentu ada father's day kan. jgn beza2kan kasih sayang. seronoknya sape yg ada parents lagi. aku hanya mampu bersedekah dan berdoa utk mereka di alam sana.
buatla yg terbaik dan gembirakan hati mereka.
org sayang emak dan abah...
Hari ibu haram?? ok jom kite tngok sejarah disebalik hari2 ibu yg telah menyebabkan kekeliruan dengan hari ibu yg dismbut di MALAYSIA....
(1)PERAYAAN YANG MENIMBULKAN KEKELIRUAN DENGAN HARI IBU DI MALAYSIA:
a) PERAYAAN "CYBELE".
-->PENGASAS: Penganut kepercayaan keagamaan purba Romania.
--> MASA PERAYAAN: 15-28 Mac (bukan sehingga 18 Mac sprti yg didakwa penulis blog ini)
--> OBJEKTIF: Memperingati Cybele (ibu segala tuhan menurut agama mereka),serta peristiwa2 dan cinta terhadap Attis
--> Perayaan ini adelah berbentuk kepercayaan dalam keaagamaan bukan islam.
b) MOTHERING SUNDAY / HARI IBU KRISTIAN
--> PENGASAS: Penganut kepercayaan keagamaan KRISTIAN di England.
--> MASA PERAYAAN: ahad ke-4 dlm hari 'LENT'(Lent ialah satu tempoh masa sebelum hari perayaan Kebangkitan Jesus)
--> OBJEKTIF:Sbgai tanda hormat kepada Mary (ibu jesus) dan Ibu Gereja(gereja2 utama)
-->diraikan dengan mengikut ritual agama kritian sendiri.
c)HARI "MOTHER TERESA"
--> MASA: 19 Oktober
--> OBJEKTIF: Memperingati & tanda penghormatan kepada "MOTHER TERESA".
-->penganut agama kristian mengenang jasa Mother Teresa bukan sekadar penyumbang jasa kepada masyarakat malah baktinya yg banyak kpd GEREJA dan agamanya, KRISTIAN KATOLIK.
(2) HARI IBU DI MALAYSIA
--> PENGASAS: Anna Jarvis (US)
--> MASA PERAYAAN: ahad (minggu ke-2 dlm bulan Mei)
--> OBJEKTIF: Sebagai hari peringatan bagi merayakan jasa & pengorbanan ibu yang melahirkan kita.
--> Maklumat tambahan : Pengasasnye juga tidak meletakkan garis panduan mnyambut hari ini dlm bntuk spiritual/keagamaan kerana objektifnye untuk memperingati pengorbanan para ibu2.
Jika nak kata jangan sambut hari ibu krana ia dmulakan olh org kafir….so stop brdakwah gunakan fb ngan youtube,buang smua microphone ngan speaker yg korg dok pasang kt masjid2 tu,stop la guna internet & STOP LA MENULIS MENGGUNAKAN TULISAN “RUMI” kerana ini semua dmulakan oleh org kafir…Adoi!!
Anna Jarvis mendpt inspirasi untuk menubuhkan hari ibu kerna perasaan sygnye pd mendiang ibunye selain mngenang jasa Ibunya…lalu Anna Jarvis menubuhkan hari ibu untuk berkongsi nikmat yg sama dirasainya ketika mengenang, menghargai & menyayangi ibunya….adakah salah jika kita juga ingin merasa nikmat yg sama selagi ia tidak menuntut sbarang perbuatan yg meyelewengkn dlm islam?? Sedangkan Allah tidak menurunkan nikmat DUNIA itu kpd umat ISLAM shj ttpi kpd BUKAN UMAT ISLAM JUGA…
So, x prlulah risau krana hari ibu yg disambut di asaskn olh Anna Jarvis ini langsung x menyentuh/bermotif perihal keagamaan/ketuhanan & tidak melaggar mana2 undang2 dlm islam, malah ada hikmah disebalik hari ibu ni kerana ia ibarat “alarm” untuk mengingatkn sesetengah org yg kadang2 terlupa akn tanggungjawab kita kpda ibu kita, tlupa untuk menghargai jasa2 & pengorbanan mereka…sekurang2nya ade juga “special-alarm” yg mnyedarkan kita dr terus mengabaikan ibu bapa….
Apa yg pnting niat+perbuatan itu x mlanggar hukum islam…..
===================================
RUJUKAN:
1)Al-quran & Sunah (BERGURU)
3)http://en.wikipedia.org/wiki/Cybele#Festivals
4)http://en.wikipedia.org/wiki/Mothering_Sunday
5)http://en.wikipedia.org/wiki/Mother%27s_Day
6)http://en.wikipedia.org/wiki/Mother_Teresa
===================================
Komen yang macam ni baru mantap, ada fakta dan link.., LIKE!
http://www.youtube.com/watch?v=pnriPvunoEU&feature=related
saya pernah berkawan dengan kawan yang bukan islam.. well, itu biasa bagi orang sabah.. tp Allah sayang saya, Allah jauhkan saya dari dia dgn caraNya. sepanjang saya bersama kawan saya, dia mengajak saya suka dgn yang ada dalam agamanya dgn cara mencampur-adukkan apa yang ada dalam agamanya dgn Islam.
ini history anna jarvis http://womenshistory.about.com/od/mothersday/a/anna_jarvis.htm
lecturer saya menolak sumber wikipedia. minta maaf.
atas kapasiti apa kamu mengatakan yang sedemikian terhadap seorang ustaz?
saya baru balik dari ngaji tdi, ade guk terdengar soklan dri pelajar kepada ustaz saya tentang hari ibu.. sbb ade ustaz yang haramkan sambutan hari ibu ini.. ustaz saya jawap, ustaz yang haramkan hari ibu itu melihat dari sudut fekahnya [mbawa maksud yang mdalam], mengingati ibu itu perkara mulia, bawa ibu klua makan tak salah, cuma jangan jadikan hanya kemuncak tarikh itu semata untuk mengingati ibu kita.. ustaz saya jawap pandangan seorang biasa dgn pandangan seorang yang alim berbeza.. sebagai contoh yang agagak menarik pada saya kata nya begini... ** dicontohkan seorang budak menonton tv citer otomen, ikut dari pandangan budak yang menonton, dia tgk citer tu kalo bole dia lak nak jadi otomen tu, kalo seorang dewasa pulak dia hanya tgk aje citer tu walaupun tau citer tu hanya citer rekaan, tpi pada pandangan seorang ustaz/ulamak dia x tgk citer otomen tu pasal dia tau xde faedah citer tu.. tpi kalo dari pandangan seorang yang lebih tinggi ilmu nya mgkin seorang wali atau yg lebih tinggi... mgkin dia balik akan b'tanya kita, ape otomen tu? ade ker citer mcm tu? hehehe dan mcm tu la seterusnya... itulah dimana kata ustaz saya Allah dah tutupkan atau hijabkan org2 spt tu dari perkara2 yg x bmanfaat [merujuk pada citer otomen itu tadi]... ustaz saya tu mengaku dia x penah pun ucap perkataan ini 'selamat hari ibu' cuma dia salurkan kasih sayang dia dalam bentuk yang lain.. umpamanya sentiasa mziarahi ibunya, dia pun bawa juga ibunya makan2 seperti anak2 yang lain.. lagi satu dia cakap,.. kalo ikutkan malaysia nih byk cuti knp kita mesti nak PH pada cuti yang tidak diraikan oleh org islam.. contoh CNY, Thaipusam, Deepavali bla bla bla? tpi kita x meraikan ari kebesaran penganut ugama tersebut bukan... samalah mcm hari ibu ini... tepuk dada tanya iman... sekian :)
Haha..Hamka, ko ni lawak jugak nk pertikaikan ilmu agama orang lain..
aku sgt sokong pendapat Ave Nikita..
Orang alim sgt beri'tikad dalam membuat sesuatu perkara..ko ni tabligh ke?..mungkin amal ko bagus tp ilmu ko x cukup tinggi da..better ko pegi belajar agama dgn ustaz yg pernah belajar pondok..mungkin ko akan faham apa yg cuba nk disampaikan oleh Ustaz tersebut..
Tolonglah bnyk buat research n tanya orang yg lebih arif ttg sesuatu perkara sebelum ko nk post.. Perkara agama bukan sahaja dari pendapat ko sahaja..Byk sudut perlu dipandang..bukannya suka hati ko je nk hentam org..Seriusly, aku kecewa dgn ko wahai Hamka! (ex-fan)
Miak serawak, kau tak tahu bahasa English ke? cuba kau baca fatwa dari ulamak lain yang di copy paste kat sini.., atau kau baca fatwa yang di copy paste oleh ustaz zaharuddin di blognya (juga dalam bahasa english)
Susah gak ek kalau asyik berguru dengan ustaz google ni. Membaca ni bagus, tp membaca tanpa guru takut-takut kita ditemani syaitan. Pemikiran kita terbatas bro.
Aku sokong Miak Sarawak yang suruh ko pegi berguru sblm buat sesuatu post. Baru ada rasa bertanggungjawab. Benda hukum ni jangan amek mudah. Sepanjang aku tngk post ko, xda satu nama ulama pun ko kaitkan dalam post ko. asyik guna Buznama. Apa cer. Benda hukum ni, research bukan kat google bro.. rujuk ustaz, ulama fikih+tassawuf..skrg suma org sibuk nak jadi ulama, sumber dihujung jari padahal ada huraiannya.
"Anonymous said...
mak aku sakit, aku nak tepon hari ahad lepas, tapi dengar cakap ustaz haram ucap selamat hari ibu pada hari ibu, maka aku tunggu hari selasa..., semalam, mak koma, hari ni mak meninggal..
MEMANG BODOH USTAZ YANG CAKAP HARAM HARI IBU!!!!
Mak, maafkan kiter... kenapa aku tak baca blog ni dari awal??
11:11 AM, May 15, 2012"
tengokla hasil tulisan ko dah buat seseorang tidak percayakan ulama. Nt dia percaya kat orang yg buat hukum ikut pendapat n ikut sedap mcm ko. dia membodohkan seorang ustaz padahal dia bodoh 300x ganda lg teruk. patutnya dia wish hari ibu tu hari-hari. barulah xda penyesalan. agak2 kalau mak dia mati dlm bln 3, dia nak cakap camana? "apasal anna jarvis x cadang buat mother's day bulan 3 ni.. bodoh anna jarvis, mak aku da mati, aku x sempat wish sebab lambat lagi bulan 5" <-BODOH!
lagipun bro, kita ni pandang sesuatu pada rohnya. xda roh la nak sambut benda2 yang diasaskan oleh org kapirun ni. dah la kapirun, dia sendiri x jd ibu sampai dia mati.
aku pun x-fan ko jugak. hahahah..
Bro, aku pun x pandai BI sangat tapi ada ada yang BM aku boleh baca. Link dari lenggang kangkung..
http://atanahmad.blogspot.com/2012/05/hukum-islam-menyambut-hari-ibu.html
kalau mau tulis pasal hukum lain kali macam ni lah kot caranya..
Sebenarnya ko dah set dalam kepala ko untuk menolak hukum hari ibu itu haram dari seorang alim ulama sebelum ko post kt sini..itu je yg buat aku bengang..
lpas tu boleh plak ko ambil pendapat2 alim ulama lain yg hanya dapat menyokong ko punya post.
Yang bertentangan dgn ko punya pendapat, ko tolak mentah2....lawak doh!
apa yg aku mintak tolong buat RESEARCH! Dgn cara berguru! bkn dgn GOOGLE!
Aku harap ko ambil pengajaran untuk post yang seterusnya..
Tolong jgn attack pendapat org alim ulama yg lebih alim dari ko..KO SIAPA EK?..
Pegi belajar berguru..Amal tanpa ilmu pn x boleh jugak.
ok
Ayat last hamka buat aku menangis. Nasib baik aku sempat lap sebelum abang aku nmpk.
apa salah abang nampak, boleh lap kat bahu dia, : )
apa-apa pun ibu memang wajib kita mulia-muliakan.....:)
Ambillah contoh seperti uwais al qarni,
seorang insan yang memberi khidmat kepada ibunya setiap hari,
itulah hari yang sesuai untuk seorang anak kerana jika seorang anak diberikan tempoh hayatnya selama 1000 tahun sekalipun untuk berkhidmat kepada ibunya siang dan malam nescaya hal itu hanya berkisar pada kandungan ibunya saja..
Ianya tidak mungkin akan terbalas.
Jangan hanya tunggu hari ibu barulah sibuk nak beli hadiah,
nak bawa pergi hotel la bagi makan sedap sedap baru nak memberi khidmat tahap gaban pada ibu,
tapi selepas jam 12 tengah malam semua menjadi kembali seperti biasa.. ohhh...
Janganlah terkesan dengan sambutan orang kafir walaupun hal itu kelihatan baik, sebab takut takut nanti syahadah kita terbatal tanpa kita sedari kerana syaitan bukan saja boleh menipu manusia dalam kejahatan bahkan didalam kebaikan juga..
Cuba fikirkan bilakah waktu perayaan itu mula di raikan?
Siapa yang memulakannya?
Untuk apa ia di raikan?
Apa maksud dan tujuannya?
Apa yang penting persoalannya hal (menyambut hari ibu) itu bukanlah anjuran al quran dan sunnah..
maaf tuan Hamka,
sebab x sependapat dalam hal ini,
tapi jangan bimbang tidak dalam usaha dakwah dan tabligh.. :)
Kalau benarlah hari ibu ini harus di raikan, sudah tentu rasulullah s.a.w sendiri menetapkan hari meraikannya,
kerana ibu ibu pada zaman rasulullah sendiri begitu mendapat perhormatan yang tinggi dari kekasih Allah ini..
Banyak dalam al quran bagaimana kewajipan seorang anak melayani seorang ibu, begitu juga dengan hadis hadis nabi s.a.w..
Sehingga ibu ibu ini mendapat tempat yang tinggi dalam islam..
namun yang peliknya,
kenapa nabi s.a.w tidak menetapkan tarikh untuk meraikannya seperti hari raya aidilfitri, hari raya haji dan sebagainya??
Fikir fikirkan... ohhhh :))
ok, fikir jap
Kalau dah hukum dan kenyataan kena terimalah. Janganlah kita berfikiran seperti orang melayu sangat. Berfikiran lah seperti orang islam yang sebenar.
Ye betul ckp tuan
Fikir cepat.... jangan main cakap je
Post a Comment