Nov 29, 2012

Kisah Laki Bini di Youtube?


(Pada suatu hari, Laki bini sedang menari tapi telah di marah oleh seorang ketua usrah, nasib baik driver keretamayat datang menjernihkan keadaan. Woha!)

Bagi mereka yang internet lembab nak mampos hingga tak boleh play video ini, biar aku bagi sinopsis video ini, lagipun elok jugak korang jaga mata tak tengok aurat perempuan, sebab dalam video ni ada aurat di sini sana, aku belum berkemahiran edit guna CGI untuk tambah tudung pada semua penari dalam video ini, adohai.., jadi kepada mereka yang mempunyai kemahiran untuk edit video bergerak dengan memakaikan tudung CGI, sila email aku.

Babak pertama dalam video ini adalah ‘ketua usrah’ sedang marah kepada orang yang menari.
Tiba tiba terdengar bunyi gendang bertalu talu macam ada majlis cina mati, tapi bila di toleh, rupanya yang ketuk gendang adalah driver keretamayat, chewahhh..

Driver Keretamayat kemudian berkata:

“Dunia hanyalah semantara, semua orang akan jadi mayat, biarkanlah laki bini menari dan berjoget sampai pagi.”

Jawab ketua usrah:

“Mana boleh menari beramai ramai walaupun Laki bini?”

Ujar driver Keretamayat:

“Kami semua adik beradiklah”

Ketua Usrah bertegas:

“Nak menari Laki bini tu boleh, tapi jangan lupa esok solat subuh”

Jawab driver keretamayat selamba:

“Esok pagi, kami semua solat berjemaah lah!”

Bisik ketua usrah:

“Apa lagi mahu tanya? Eshh”

Tanya driver keretamayat.

“Ada lagi tak puas hati?”

Tanpa bagi salam, terus ketua usrah balik sambil berkata:

“Argh, balik solat tahajjud lagi baik!”

Woha!

Ps: Don't Try This out of Home: Buka aurat.

Ps2: Just Try This at Home: Menari Laki Bini.
(adohai..)

Nov 22, 2012

Doa Bala sesama Islam?


(Satu hari di FB keretamayat, orang tanya soalan pasal ugama, sedang mereka tahu aku buka ustaz, yang betul bolehlah ikut, yang salah silalah tegur, dan nama korang aku tukar kepada Persona non Grata, aku bukannya kejam sangat nak aibkan orang, adohai..)

Semalam di FB, ada pembaca tanya:

“Bang, bolehkah ummat islam berdoa bala kepada orang islam yang menzalimi dirinya?”

Hamka said:

“Bila di zalimi, doa sangat makbul, boleh berdoa mereka yang mengzalimi pada kita di timpa bala yang setimpal macam kita kena, tapi jangan pulak berdoa bala yang lebih teruk sebab itu menunjukkan kita pulak zalim, dalam hukum qisas pun bab balas hukuman, mestilah setimpal dengan kezaliman, Allah murka kepada mereka yang melampai batas,

Dalam kes perang sesama islam pula , yang melibatkan Aisyah r.ha dan Ali r.a , bila Aisyah jatuh dari unta waktu perang, Saidina Ali menantu Nabi sempat berkata, semoga Allah ampunkan dosa kamu, Aisyah isteri Nabi pula berkata, Semoga Allah ampunkan dosa kamu juga.. , ini contoh sifat terpuji sahabat Nabi yang mana masih sempat mendoakan keampunan kepada sesama islam walaupun mereka berbeza pendapat dan dalam medan perperangan.

Namun orang cerdik dan berfikir panjang lain tindakkannya, yang mana doa terbaik bila di zalimi adalah menggunakan doa makbul kita untuk kebaikkan ummat, contohnya Nabi Muhammad SAW bila di baling batu di taif, di zalimi hinga cerdera dan berdarah, baginda tidak doa bala walaupun malaikat bala dan datang, tapi Nabi mendoakan hidayat kepada pendufuk Taif. Itu contoh yang terbaik! Sunnah Nabi jika di ikut tak akan sesat”

Wallahu’lam.

Persona non Grata said:

Yeah, nabi mendoakan hidayah kepada kaum taif yg menganiaya baginda, dan nabi juga mendoakan laknat :
Imam Al-Bukhari ada meriwayatkan hadis, bahawa nabi SAW ada berdoa dalam qunutnya;

Maksudnya;
"Ya Allah, berilah laknat kepada fulan, fulan dan fulan"

dan juga kebinasaan:

Imam At-tibrani meriwayatkan hadis. Bahawa nabi SAW berdoa ketika baginda takut/bimbang terhadap sesuatu kaum;

Maksudnya;
"Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung dengan kamu daripada segala kejahatan mereka, dan kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka" (Al-Mukjam Al-kabir : 1579)

 * maksud dengan doa "kami minta pertahanan kamu pada tengkok-tengkok mereka", adalah doa agar mereka binasa.

 so, kedua2nya (doa bagi hidayah n doa bagi laknat /kemusnahan) dibuat oleh nabi....

hanya memilih fakta yg kena dengan hujah kita dan mengabaikan fakta yg tidak sesuai dengan hujah kita adalah zalim, mind you, :)

maaf kalau terkasar bahasa...

Hamka said:

Eh, macam ada bau kera jer, hati hati bila guna alasan ugama untuk benarkan tindakan orang yang kita sokong.. aku ulang kata kata kau, memilih fakta yang kena dengan hujah kita dan mengabaikan fakta yg tidak sesuai dengan hujah kita adalah sifat kaum kera, mind you

Persona non grata said:

Dalam quran surah lazim, surah pendek, "Tabbat yada", diulang-ulang baca oleh umat Islam sampai qiamat. Surah itu mencela Abu Lahab dan isterinya sipembawa api... Demikian juga celaan terhadap Firaun dan pembesar2nya. Akan diulang baca oleh umat Islam sampai qiamat. So how?

Hamka said:

Ini yang aku maksudkan dengan fatwa kera, dulu ada ustaz cakap boleh mencarut, sebab dalam Al quran tuhan pun mencarut, aku geleng kepala dengar jawapan macam tu, jadi hari ni ada ustaz doa bala pada orang islam, kau pun cari ayat al quran bab tuhan laknat abu lahab?, apa ke jadah? kenapa tak belajar dari sejarah, aku ulang kata persona non grata: hanya memilih fakta yg kena dengan hujah kita dan mengabaikan fakta yg tidak sesuai dengan hujah kita adalah zalim, mind you.

Persona non grata said:
Benda yg ada nas sahih, suka atau tak suka, bau kera or what not, terpulang nak terima atau tak, ...
Saya  bukan ulamak bagi fatwa... Its in the quran. Penzalim akan tetap dicerca sampai qiamat.

Hamka said:

Fatwa Kaum Beruk ni adalah hujah yang di gunakan untuk pertahankan dosa atau kesalahan,

Contoh: __________(masukkan kesalahan parti X)

lepas tu bila ditegur,

Mereka akan berkata: ______________(masukkan jawapan jawapan pengikut parti X)

Dan cuba korang bandingkan dosa mereka, dan jawapan mereka, dah tentu dosa mereka lebih kurang sama dengan kaum beruk yang tangkap ikan hari ahad, dan hujah mereka mempertahankan dosa mereka juga sama dengan hujah kaum beruk yang tangkap ikan hari sabtu.

Kan?

Tuhan mencarut maka kitapun boleh mencarut, tak boleh gantung gambar nabi tapi boleh gantung gambar tok guru, bergabung dengan orang kapir masuk neraka tapi parti kami bergabung dengan orang kapir masuk shurga, mereka lantik wakil rakyat perempuan haram, kami lantik wakil rakyat wanita menjadi halal, lagi lagi lagi.., bagi fatwa kaum beruk.., dari hari sabtu sampai hari ahad, tak habis habis ‘tangkap ikan hari ahad’.., beruk sungguh!

Jangan membrok berok kan keadaan.

Nasib baiklah zaman ni Allah tak turun azab direct macam kaum terdahulu, kalau tak dah tentu pihak zoo tak akan buat kurungan untuk beruk kerana beruk dah terlalu banyak.

Woha!

Persona non Grata said:

Driver kereta mayat pun sama gak macam kaum beruk...macam perasan bagus...beruk kan perasan bagus...

Hamka Said:

Alhamdulillah, marah itu hak kamu, sabar itu hak aku.

Persona non grata:

Hamka,mu tgk la video dr maza ni...moga-moga ceroh pale otak kite sume ek... ;)


Hamka said:

 Wah bagi link video, aku pun nak bagi link video jugaklah, Eh?, jawapan aku hampir sama dengan jawapan ustaz Azhar Idrus, alhamdulillah, nasib baik aku tak guna fatwa kaum kera,adohai.. 


Persona non grata:

kesimpulannya TAK SALAH laa kannn..boleh je doa camtu...doa senjata mukmin..syaitan lagi2 klu "syaitan yg d kenali"...lagi la takut doa2 cmni...ye dop? :P

Hamka said:

Kau ni bodoh ke apa?, ustaz azhar idrus cakap, jangan doa lebih dari had yang di zalimi, korang doa musuh islam korang supaya hangcor macam firaun, tak ke zalim? nak guna fatwa kera lagi, adohai..

Lagi satu, aku dah tengok video Dr Maza tu, dia buat kesimpulan, lebih afdal memaafkan, tapi jika nak doa bala jugak, dia kata nak doa kena berlapik, letak perkataan “Jika dia zalim baru turun azab”., lepas tu orang tanya, doa tok guru ni macam mana?, jawab Dr Maza, saya tak dengar lagi doa tak guru.., adohai..

Kesimpulan.

Aku tak faham kenapa penyokong politik tak boleh jadi macam penyokong bola sepak?

Dalam menonton sukan bola sepak, bila tengok pasukan bolak sepak sedang lawan bola, contoh jika Harimau Melaya berjaya jaringkan gol dengan kemas dan cantik, maka semua penyokong harimau Melaya akan puji, respek.., penyokong pihak lawan pun hormat, tapi bila pasukan bola kita buat silap, semua orang akan kutuk, kritik.., walaupun pasukan kegemaran mereka, tapi bila main tak betul, orang akan tegur, kiritik atau kutuk..

Tapi dalam bab politik, kenapa mesti jadi pencacai bila semua tindakan parti korang kena sokong?, jika perkara betul korang nak sokong aku tak kisah, tapi benda salahpun nak di pertahankan? nak sokong?, siap bagi dalil ugama yang ambik separuh separuh?, ni yang jadi fatwa kaum kera!

Adohai...

Cuba contohi Ustaz Azhar idrus, bila orang tanya bab pemimpin wanita dalam islam, walaupun PAS lantik siapa ntah masa pilihan raya di johor, tapi jawapan UAI bernas. Guna hujah ugama, beliau cenderung pada tak boleh, dan bab lantik tu pergilah tanya pada yang lantik, kan senang, takdelah guna fatwa kera macam korang selalu buat.


Cuba tengok Twiteer Dr MAZA, yang rasa salah atau pelik, beliau tegur- simple.


Last, kepada Umno, mereka tuduh korang zalim, dalam hudud orang menuduh kena buktikan, so bukti mereka mungkin ada di Harakah dan lain lain, mereka kata korang bunuh orang, rasuah, dan lain lain jenayah, maka buktikanlah diri korang tak bersalah.., jika benar korang tak bersalah,adohai..

Tapi jika terbukti bersalah, memang bala akan turun pada UMNO, bak kata Nabi Muhammad SAW, jika fatimah mencuri, aku akan potong tangan nya, wallahu'lam.

Sekian, terima kasih.

Rujukan:

Ps: Aku pelik dengan manusia hari ni, lepas berdebat bab ugama, bukannya nak pergi semak balik kitab Al quran dan hadis, tapi mereka pergi panjat pokok makan pisang-Adohai...

Nov 17, 2012

Hijrah, di mana kita?


(Kenapa Pendakwah Parti so call islamik ketuk pintu rumah aku berdakwah suruh pangkah parti mereka sambil bagi buah tangan hanya dekat pilihan raya? Bila ugama nak maju jika berdakwah rumah ke rumah dalam 5 tahun sekali  baru jengah? adohai..)

Khutbah jumaat minggu ini bercerita tentang hijrah, kenapa hijrah gagal bila pemimpin tak islamik, dalam khutbah juga ada mengkritik kerajaan kerana cegah seks bebas cara yang tidak islamik iaitu dengan membina sekolah ibu mengandung dan kondom percuma, akhir sekali, yang dapat aku simpulkan, Khatib bagi hint supaya berhijrah dengan menukar kerajaan sekarang yang berunsur yahudi kerana bergabung dengan MCA yang tolak hudud kepada pembakang yang lebih islamik kerana DAP mahukan hudud.

Aku bukan pro kerajaan, tapi bila bercerita bab hijrah, macam tak sesuai kita guna tafsir kepala otak lalu kaitkan dengan isu politik sempit, lebih baik pengertian hijrah di tafsir selari dengan sejarah islam, iaitu kisah Nabi dan sahabat.

Secara mudahnya, ada tiga jenis hijrah di zaman Rasulullah saw iaitu:-

1.Hijrah ke Taif.
2.Hijrah ke Habsyah.
3. Hijrah ke Madinah.

Mari kita kaji kesan kesemua Hijrah ini mengikut sejarah.

Pertama yang kita kena faham, maksud hijrah adalah untuk majukan ugama demi menarik nusrah (bantuan) Allah, oleh sebab di Mekah ugama tak boleh nak di majukan kerana tekanan pihak kafir, maka Nabi dan Sahabat telah berhijrah ke tempat lain dengan harapan, mendapat kerjasama dari pihak yang ikhlas, yang mana apabila ada pihak lain yang membantu ugama Allah dengan ikhlas, maka sunnahtullah akan berlaku, iaitu akan turunlah Nusrah Allah. Sesuai dengan dalil:

"Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"

Maka apa yang berlaku di Taif bila Nabi berhijrah di sana?

Pembesar mereka telah menolak bantuan untuk menolong Nabi berdakwah di sana, malahan telah menghina Nabi Muhammad SAW,  tak cukup itu, mereka suruh orang kampung halau Nabi dengan cara membaling batu sehingga Nabi luka dan berdarah..

Di hujung cerita, Malaikat Bala datang untuk terbalikkan bumi Taif sebab bukan sahaja tak nak bantu Nabi berdakwah, di halau pulak dengan cara yang biadab.

Kesimpulannya, hijrah di Taif gagal untuk majukan ugama, nasib baik Nabi sempat halang niat malaikat Bala menurunkan bala, kalau tak dah tentu bumi taif menjadi padang jarak padang terkukur..

Sebelum itu, bercerita tentang Nabi berdakwah, dan oleh kerana Nabi sudah tiada hari ini, maka kerja dakwah telah di wariskan kepada ummat kerana kita adalah Ummat terbaik..

Maka hari ini, apa yang boleh kita belajar dari sejarah, jika ada pendakwah yang datang ke kampung kita, tak kira sama ada mereka pendakwah PAS, pendakwah UMNO atau Tabligh, selagi mereka berdakwah cara Nabi Muhammad SAW,  tolonglah kita jangan jadi macam puak Taif, yang mana melayan pendakwah dengan cara yang biadab, dalam surah yassin pun ada cerita kisah dua pendakwah datang berdakwah dan di kuatkan dengan pendakwah ke tiga, lalu muncul dihujung kampung seorang tua yang memberitahu: :ikutlah mereka yang tak mintak upah”..

Kesimpulannya, jika korang tak nak bantu hijrah para berdakwah sebab iman korang lemah kononnya, jangan pulak korang halau mereka dengan cara yang biadab yang mana karang jika datang Malaikat Bala untuk terbalikkan negeri kita, rugilah kita dunia dan akhirat. Nauzubillah..

Habis bab hijrah di Taif. Kita pegi pada Hijrah di Habsyah.

Di Habsyah, raja mereka hanya dengar ceramah sahabat, dan bagi perlindungan, serta makanan, tapi tidak membantu dalam kerja dakwah.., walaupun bagus cara layanan Raja Hasyah, tapi tempat tu ugama tidak dapat dimajukan.., Nabi Muhammad SAW pun tak berhijrah ke sana walaupun tawaran Raja Habsyah menarik.

Maka hari ini, apa yang boleh kita belajar dari sejarah, jika ada pendakwah yang datang ke kampung kita, tak kira sama ada mereka pendakwah PAS, pendakwah UMNO atau Tabligh, selagi mereka berdakwah cara Nabi Muhammad SAW,  tolonglah jangan berpuas hati jika korang setakat tahap macam Raja Habsyah, yang mana korang setakat dengar ceramah, bagi duit derma, dan balik, jika macam tu cara korang layan pendakwah, sampai bila bila pun ugama tak maju.

Itu yang aku tengok, bila datang pendakwah berceramah, korang pun ke masjid bukan main ramai, penceramah buat lawak, korang gelak, penceramah beremosi, korang pun insaf, lepas tu korang layan penceramah makan sedap, tidur di hotel, bagi duit poket lagi, tapi lepas penceramah tu balik, masjid jadi kosong balik.. adohai.

Kesimpulannya, jika korang bantu hijrah para berdakwah hanya dari segi material, jangan pulak korang rasa pelik tengok ugama kat tempat korang tak maju maju, masjid masih kosong, orang muda berzina dan perompak di sini sana, sebab bantuan Allah tak datang kepada mereka yang bantu ugama setakat macam Raja Habsyah. Sejarah dah buktikan, jangan nak berdebat pulak, lebih baik muhasahah diri, pesan jugak pada diri sendiri. Adohai..

Okey, last, kisah Nabi berhijrah ke Madinah,

Semua tahu bahawa hijrah ini telah mendapat bantuan dari punduduk madinah, mereka bukan setakat bagi perlindungan dan makanan, tapi bantuan mereka lebih daripada itu yang mana mereka telah bersama sama dengan Nabi berdakwah di seluruh tanah hijjaz.

Dalam perang badar, walaupun bilangan orang madinah sangat sikit yang membantu Nabi, tak sampai 300 orang, tapi janji Allah yang mana: "Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya" maka 1000 malaikat telah turun membantu Nabi dan sahabat dalam perang tersebut.

Kesimpulannya, jika korang mahu ugama maju, maka bantulah hijrah para berdakwah dengan berdakwah bersama sama mereka,  bukan setakat gelak dengar ceramah, tapi jika mereka para pendakwah ajak ziarah jiran jiran 40 buah rumah kiri dan kanan, maka pergilah berjalan bersama mereka, jika mereka ajak beriktikaf hidupkan masjid, maka tinggalkan sekejap katil empuk dan beriktikaflah di masjid, jika mereka ajak berdakwah pada orang kampung yang jauh dari ugama, maka ringankanlah tulang mengembeling tenaga bersama sama mereka,  inilah maksud bantu ugama dalam islam, bukan setakat dengar ceramah dan hulur derma, tapi korang makan minum bersama mereka, bergaul dan tidur bersama mereka, berdakwah dengan mujahadah serta simpati bersama mereka. Macam orang ansar, bukan macam orang Habsyah, jika macam orang Taif lagilah celaka..

Kesimpulannya (berapa kali kesimpulan daa..) Jika korang seorang ustaz, lagi bagus, iaitu berhijrah dari berceramah dengan selesa di masjid kepada berceramah dari rumah ke rumah dengan mujahadah macam Nabi Muhammad SAW buat, al maklumlah, dah lama paderi kristian ketuk pintu rumah orang islam ajak masuk ugama kristian, apa salahnya, ustaz dan ulamak ketuk pintu rumah orang islam ajak mereka beriman sebagaimana orang terdahulu beriman..

Nabi pernah jalan jalan sekitar madinah lalu terjumpa sahabat sedang berkebun, kemudan Nabi bercerita tentang kebun shurga pada sahabat itu, ada jugak kisah saidina Umar ziarah orang islam yang tidak datang solat berjemaah dan bercerita kelebihan solat jemaah pada orang islam yang tidak datang ke masjid..

Panjang nak cerita bab hijrah ni,

Dalam Hadith pernah sahabat Wathilah bin Asqa r.a bertanya pada Nabi Muhammad SAW tentang Hijrah:

“Saya ingin berhijrah, tapi hijrah mana yang lebih afdal, hijrah battah atau hijrah badiyah?”

Jawab Nabi lebih kurang maksud: Hijrah Battah lebih afdal, iaitu tinggalkan kampung halaman sepenuhnya dan tinggal bersama Nabi memajukan ugama di Madinah,

Namun Hijrah Battah sudah berakhir semenjak Fatal Mekah, (Islam kembali ke Mekah) namun, jangan lupa, hijrah Badiyah masih ada dari zaman Nabi hingga sekarang iaiu tinggalkan kampung halaman sementara waktu dan pergi berdakawah dalam beberapa waktu sebelum kembali ke kampung semula. (Hadis riwayat Tabrani)

Bagi mereka yang baru masuk islam semalam dan mahu merujuk dalam sejarah tentang Hijrah Badiyah, bolehlah rujuk sejarah “peristiwa sedih di Bir Moona” yang mana sekumpulan pendakwah telah di hantar oleh Nabi ke satu kampung tapi dibunuh orang kafir dalam perjalanan. Panjang pulak jika nak cerita..

Menutup entry ini, aku mengucapkan selamat maal hijrah, dan selamat berhijrah kepada semua orang islam, berhijrahlah dari pada selesa mendengar ceramah kepada selesa mendengar namun mujahadah menyampaikan.., ketahuilah, melalui jalan mujahadah menyampaikan apa yang selesa di dengar, maka ugama akan tersebar, lebih lebih lagi jika korang sanggup berhijrah secara Badiyah yang mana korang tinggalkan kampung halaman sementara waktu dalam beberapa tempoh demi kerana Allah, dan apabila sampai di tempat untuk menyampaikan, jika kedatangan korang mendapat bantuan dari penduduk di sana sama seperti cara orang ansar melayan Nabi dan sahabat, maka akan turunlah bantuan Allah dari langit sebagamana bantuan yang sama telah turun 1400 tahun yang lalu.

"Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"

Jika korang perasan sibuk tak mampu nak tinggalkan anak bini untuk berdakwah (tapi boleh tinggal anak bini untuk kursus naik pangkat) maka andai kata pendakwah datang ke kampung kita, tak kira sama ada mereka pendakwah PAS, pendakwah UMNO atau Tabligh, selagi mereka berdakwah cara Nabi Muhammad SAW,  tolonglah jangan berpuas hati jika korang setakat tahap macam Raja Habsyah, yang mana korang setakat dengar ceramah, bagi duit derma, dan balik, jika macam tu cara korang layan pendakwah, sampai bila bila pun ugama tak maju.

Layanlah pendakwah macam orang ansar melayan orang muhajirin. Bukan setakat memberi tempat tinggal, perlindungan dan makan minum, tapi korang turut sama membantu mereka berdakwah dengan penuh mujahadah.., dengan cara ini, barulah bantuan Allah yang sebanar akan datang pada kita..

"Sesiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah membantunya"

Ps: Siapa yang mampu bergerak tanpa bantuan Allah? Semoga aku dapat amal apa yang aku sampaikan, tiada daya dan upaya melainkan dengan izin Allah..

Ps2: Agak agak, Boleh dapat tokoh Maal Hijrah tak jika berdakwah hanya melalui blog? WOHA!

Nov 9, 2012

Haid, Tahukan korang?


(Entry ni bukan untuk semua lapisan masyarat, sila baca dengan berlapang dada, adohai..)

Aku terima email, komen di blog dan PM di Fb yang kata best sangat baca kisah laki bini versi spontan yang aku update di FB dan suruh aku sambung hari-hari...

Tapi aku menulis spontan sahaja, ikut suasana isu semasa hal ehwal laki bini.

Jika takde yang menarik, aku tak tulislah,

(macam hari ni..)

So, hari ni dah ada yang tanya follow up, “takde kisah laki bini yang baru ke bang?.”

Aku cakap, “takde yang menarik sangat.”

Kata mereka, “takpe.., saya rasa semua kisah laki bini versi keretamayat pasti menarik.”

Jadi aku cakap, “ok. Jap lagi aku update kisah laki bini yang baru.”

Jadi akupun tulis..

“kisah laki bini hari ini, bini aku datang haid-sekian terima kasih-Woha!

Lepas dah post terus ada yang komen, tak baik cik Hamka mengaibkan bini sendiri, berdosa cerita aib bini di internet. seburuk buruk suami adalah mereka yang cerita aib bini pada orang ramai..

Woi woi woi, apahal pulak bagitahu bini datang Haid boleh datang aib?, bini aku siap gelak berguling waktu aku update, korang pulak rasa aib? Tak paham aku dengan orang yang komen tak puas hati siap qoute hadis dan nas yang tak releven, aku rasa tentu yang komen marah-marah ni baru putus haid- tu yang meroyan macam orang sakit puan- woha!

Malas aku nak berdebat..., lantak koranglah.. adohai.

***
Bercerita bab Haid, bagi yang tak tahu, Haid adalah darah yang keluar dari kemaluan orang perempuan sebab mereka tak mengandung.., jika lepas kahwin dan lepas bersetubuh dengan Laki dan kemudian Haid tak keluar itu namanya “Bunting pelamin”, dan jika tak kahwin dan lepas berzina  dengan Pakwe dan kemudian Haid tak keluar itu namanya “Bunting anak haram”, dan itu cerita lain.

Haid ni ada 7 warna:- hitam, merah, koko@coklat, kelabu, kuning, perang, dan color tanah, lepas tu jika ada ala-ala jeli yang berwarna perang atau kekuning kuningan, pun masih lagi haid..

Senang cerita, Haid ni bermula dengan warna gelap, lepas tu merah, kemudian merah kekuningan kemudian kuning dan second last kelabu, dan last warna putih atau jernih, jika masih was-was boleh chek guna kapas, tengok warna haid tu, jika warna macam yang aku sebut di atas, dalam tempoh 15 hari, semua di kira haid, tapi jika check dengan kapas dan jumpa cecair yang warna putih, atau keputih-putihan, itu dikira keputihan dan bolehlah mandi wajib, waktu mandi wajib jika keluar cecair warna kuing ke emasan dan waktu keluar korang rasa nak kencing, maka itu adalah air kencing. Adohai..

Waktu haid, korang dah tak wajib bersolat, tak boleh tawaf di kaabah, tak boleh pegang Al quran, tak boleh iktikaf dalam masjid, tak wajib berpuasa, diharamkan bersetubuh, dan lain lain larangan, sila rujuk ustaz..
Haid ni paling lama 15 hari dan paling sikit sehari semalam,  selain darah Haid, ada jugak darah lain keluar dari kemaluan orang perempuan iaitu Darah Nifas dan Darah Istihadhah, sila rujuk ustazah Nor Bayah.

****
Tiba tiba terdengar ringtone menandakan SMS masuk:

Rupanya SMS dari bini aku:

“Balik pukul berapa hari ni?”

Aku dengan gelojohnya jawab SMS:

“Haid dah habis ke?”

Woha!

****
Bercerita bab Haid, aku rasa ramai perempuan sangka, puasa sahaja yang kena ganti waktu Haid, sedang solat tak payah..

Ewah ewah ewah, ringannya mulut.., Sebenarnya, solat ada jugak kena ganti lepas Haid habis, sebagai contoh, jika korang mandi waktu asar sebab suci waktu tu, korang wajib solat asar dan qadha zohor, kalau korang suci dan mandi waktu isyak, korang wajib solat isyak dan kena qada solat maghrib..., atau nak lagi faham, korang kena qadha solat yang boleh dijama’kan, jadi subuh tak payahlah nak qadha jika suci waktu zohor.. atau jika korang mandi waktu maghrib, asar tak payahlah qadar, Cuma jika korang suci waktu asar tapi terbabas mandi waktu margrib, kenalah qada solat asar dan zohor.., faham?

Nak lagi faham, sila rujuk kitab Ihya' Ulumuddin karangan Imam Ghazali.

Aku ambik satu case study.

Jika korang sedang Haid dan lihat darah berhenti waktu dah nak masuk Maghrib, yang mana sempat pulak korang solat asar walaupun baru satu rakaat, maka wajib bagi korang qadha solat zohor dan asar.
Eh? Kenapa perlu di Qadha solat Asar dan Zohor? Qadha solat asar sudahlah..

Ini namanya ‘Ihtiyat’ , iaitu mengambil jalan hati hati yang mana mungkin akibat kecuaian korang menyemak kemaluan, boleh jadi haid korang sudah kering dalam waktu Zohor lagi, so gantilah solat zohor jugak.., sama jugak isu magrib dan isyak, aku rasa korang boleh selesaikan sendiri case study masing masing.

****
Sambung balik kisah bini SMS, rupanya bini suruh beli tuala wanita.

Dan tuala itu sudah ditetapkan jenamanya. Oleh sebab aku sudah tua, boleh lupa pulak jenama tuala yang bini pesan.

“Adohai, jenama apa bini pesan tadi, yang aku ingat, bunyinya agak lucah.. dan di hujungnya ada huruf X”
Nak tanya malu, akupun cari sendiri tuala yang jenamanya agak lucah..

Aku cuba cari jenama Pellix- Takde.

Aku cuba cari jenama Pennix- Takde.

Aku cuba cari jenama Zacaxx- Takde.

Aku cuba cari jenama Dicxx- Takde.

Aku cuba cari jenama Conecxx- Takde.

Aku cuba cari jenama Kotexx- Eh?,,. ADA!!!

"Yang ni kot."

Akupun beli jenama Kotex.

Bila SMS bini balik, bini cakap tepat sekali jenama tuala wanita ini. Kotex!

Woha!

( walaupun aku sudah tua, masih mampu beli barang pelik pelik, tahniah pada diri sendiri.)

****

Seminggu kemudian.

“Dah solat?”

Tanya laki pada bini.

“belum boleh solat bang”

Lakipun mengeluh..

“adohai”...

Bini sambil senyum berkata:

“abang mengeluh sebab saya tak boleh solat ke, atau sebab lain?”

(sekali lagi: Adohai...,)

****
Tahukah korang, pada zaman dahulu, orang-orang Yahudi dan Arab Jahiliyah menganggap wanita haid adalah najis, oleh sebab itu mereka tak nak bergaul dengan bini yang datang haid, tak nak tidur sekatil, tak nak makan sekali, sentuh pun tak nak, serumah pun tak nak!

Tapi dalam islam, bab bini datang bulan atau Haid. Napi ada bersabda, "Segala sesuatu boleh kamu perbuat dengan binimu yang sedang haid kecuali bersetubuh”

Di tempat lain, sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya, sesungguhnya dia telah kufur”

(Riwayat Tarmuzi)

So, kepada suami, jangan gelojoh sangat okey..

****
Suatu malam yang lain, balik dari masjid, sampai jer kat rumah, terlihat anak sedang bermain dengan kayu penyapu.

Aku terus tanya anak:

“Dah solat belum?”

Jawab anak:

“belum..”

Lantas aku ambil kayu penyapu dan ketuk anak suruh mereka solat.

Aku masih dalam keadaan marah, nampak bini duduk tengok TV.

Aku tanya pulak pada bini.

“Dah solat belum?

Jawab bini:

“belum boleh solat bang”

Akupun.., akupun..,  ketuk.., arghh, akupun ketuk kepala lutut aku dengan penyapu.

Woha!

****
Arghhh, baca lah email pulak, eh ada soalan menarik?

“Salam bro, betul ke jika ketuk kepala lutut dengan tumpurung, zakar yang menegang boleh mengendur?.”

Aku jawab:

“jangan ketuk tanpa ilmu, salah teknik ketuk lutut, mungkin boleh mati pucuk.., cara yang berkesan untuk mengendurkan zakar adalah dengan membayangkan diri banyak dosa dan bayangkan sedang masuk neraka berpelukan dengan Abu Lahab, isha-Allah, akan mengendurlah zakar anda.”

Woha!

( Sejak bila driver keretamayat jadi pakar sakit Tuan ni? Adohai...)

****

Tahukah korang, binatang tak keluar darah Haid macam manusia, mana ada kucing pakai kotex bila tak berzina, walaupun mereka mamalia, pelik bukan? Itulah kuasa Allah..., manusia bila telur (ovum) tidak di senyawakan oleh Sperma (air mani lelaki) maka telur akan di keluarkan bersama darah haid, tapi binatang, bila mereka tak berlaga lubang-kencing, telur mereka akan di serap balik dalam badan, atau dalam istilah sainsnya: “estrous cycles reabsorb endometrium” tah apa aku pun tak paham?, betulkan balik jika aku silap,

Tapi dalam-dalam banyak binatang, ada jugak yang keluar Haid.

Iaitu kura-kura.

Woha!

****
Kisah malam semalam...

Lelaki 1: “Hamka, malam ni free tak?”

Aku: “Kenapa..?”

Lelaki 1: “Aku nak ajak kau minum, sembang sembang bab politik, nanti aku belanja kau makan apa-apa..”

Aku: “Tapi aku kena confirmkan dengan bini dulu..”

Lelaki 1: “Eh?, tak sangka, lelaki macam kau, nak ke mana-mana, kena mintak izin bini, ha ha”

”Kau jangan salah faham, aku nak confirmkan dengan bini aku, Haid dia dah habis ke belum, jika dah habis, maaf, malam ni aku sibuk!”

WOHA!

( Teknik paling Rare menolak ajakan member yang mengajak membuang masa. abang abang, sila take note.)

Arghh, apa kejadah cerita bab Haid tak habis habis, baik aku berhenti menulis sebelum menjadi lebih mengarut..

Sebagai penutup entry ni aku nak kongsi teknik paling rare dalam bab meminta diri dari satu-satu majlis memandangkan aku pun memang nak mengundur diri..

Sebagai contoh, Bila bersembang secara beramai ramai di kedai kopi dan bila tiba waktu mahu mengundur diri, maka ada yang beri alasan.

“balik dulu, bini suruh beli barang dapur, takut kedai tutup”

Atau,

“balik dulu, nak ambik anak tuisyen”

Atau.

“balik dulu, nak kena tidur awal, esok kerja”

Itu semua alasan malas nak bersembang sebab dah boring dengan isu yang disembangkan dan mahu balik tapi mengundur diri dengan alasan yang sopan.

Jadi Hari ini aku akan ajar korang teknik paling rare dalam bab meminta diri dari satu-satu majlis.

Mulanya sebut macam ni:

“Balik dulu.”

Dah tentu Lelaki lain akan menyampuk:

“Eh? Relekslah Hamka, malam masih muda, awal lagi ni?!”

Sekarang, masa untuk jawapan paling rare.

“mintak maaf, bini aku baru habis Haid.”

Woha!

Ps: Sekian terima kasih. Cukup sampai sini, sebab bini aku baru habis Haid.-Woha sekali lagi!!

Oct 24, 2012

Apabila Malaikat pun bertanya?


(Ada manusia yang tidak terkenal di kalangan penduduk dunia, tapi terkenal di kalangan penduduk langit)

 Aku terima SMS dari abang aku.

“Adik beradik mahu korban seekor lembu tahun ini, sekarang sudah ada empat nama, nak masuk bahagian tak?”

Aku termenung tentang ibadah qurban, hukumnya adalah sunnat yang di tuntut, sesetangah mazhab ada menfatwakan wajib bagi mereka yang mampu berdasarkan hadith daripada Abu Hurairah r. a yang mengatakan Nabi bersabda: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.

Lagipun banyak kelebihan ibadat qurban seperti dosa akan terampun bersama titisan darah binatang yang di sembelih, pahala sebanyak bulu di badan binatang dan lain lain.

Aku pun balas SMS.

“berapa sebahagian?”

Semantara abang aku jawab SMS, fikiran aku merenung jauh sebelum semua manusia di cipta yang mana ketika Allah membuat keputusan untuk mencipta manusia, para malaikat telah bertanya.

 “Kenapa hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah?, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Allah?”

Jawapan dari Allah:

 “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”

Kemudian, apabila Allah mencipta manusia, berkatalah pula iblis:

"Aku adalah lebih mulia dari manusia. Engkau ciptakan aku dari api sedang manusia Engkau menciptakannya dari lumpur."

Allah kemudian melaknatnya dan Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan anak adam, maka bermulalah ujian besar dalam kehidupan manusia.

Tapi Allah tidak membiarkan iblis menyesatkan manusia semberono, bersama di alam manusia, Allah telah menghantar ratusan Nabi dan ribuan Rasul  bersama mukjizat dan keramat, lantas manusia telah berpecah kepada dua golongan, satu yang beriman mengikut para Nabi, dan satu lagi enggan beriman dan mengikut iblis.

***

Terdengar SMS masuk dari abangku.

“satu bahagian RM400”

Mahal jugak lembu kat Terengganu bisik hati aku, kat sini baru RM370.

****

Di dunia langit, Allah sentiasa memuji manusia dari kalangan Nabi dan rasul di hadapan malaikat.

Maka terdapat malaikat yang meminta izin dari Allah untuk turun ke bumi bagi menguji sejauh manakah kehebatan iman manusia dari kalangan Nabi dan rasul.

Banyak kisah jika nak diceritakan, aku ambil kisah Nabi Ibrahim. A.S.

Pendek cerita, ketika Nabi Ibrahim a.s  duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah malaikat yang menjelma dalam fizikal manusia lalu bertasbih: ‘Subhanallah!’ di zaman semua orang sembah berhala.

Oh, Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim a.s mendengar nama ‘kekasih’nya di sebut sebut. Lantas dengan penuh teruja, Nabi Ibrahim segera mendapatkan orang itu lalu menyuruh hamba Allah tersebut ulang balik apa yang di tasbihkan..

Tapi hamba Allah itu membuat syarat, Nabi Ibrahim harus berikan semua dari kambing baginda jika ingin beliau bertasbih lagi..

Selamba sahaja Nabi Ibrahim ‘korban’kan semua kambing dengan sedekah pada ‘malaikat’ tadi.

Pendek cerita, sedarlah malaikat bahawa Nabi Ibrahim A.S layak di puji Allah di kalangan penduduk langit di atas keihlasannya.

****

Terdengar SMS masuk dari abangku.

“Jadi tak, semua dah cukup 6 bahagian, tinggal lagi satu, jika lambat, adik beradik lain akan ambik”
Akupun balas SMS:

“Okey”

****
Diriwayatkan sebelum Nabi Ibrahim a.s mendapat anak, demi cintanya kepada Allah, baginda pernah membuat ibadat korban sebanyak 1,000 kambing, 300 lembu dan 100 unta di jalan Allah. Melihatkan kepada banyaknya jumlah korban yang dilakukan, maka kagumlah para malaikat akan betapa hebatnya cinta Nabi Ibrahim a.s kepada Allah.

Kemudian, Nabi Ibrahim a.s bersabda:

“Semua yang menjadi korban itu belum apa-apa lagi bagiku. Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki, 
sudah tentu aku juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”

****
SMS masuk dari abangku.

“Salam, berita ralat, lembu sudah habis dan yang tinggal hanya seekor, harga RM3300, sebahagian RM470, setuju tak?”

Aku balas SMS:

“apa kata adik beradik yang lain?”

****

Sambung balik kisah Allah yang sentiasa memuji manusia di kalangan Nabi dan Rasul di hadapan para malaikat.

Dan pujian Allah tidak hanya kepada rasul dan Nabi sahaja, malahan manusia biasa yang berdosa, selepas di uji ujian nafsu sepeti haiwan, dan juga dengan godaan iblis.., Namun apabila manusia bertaubat, maka Allah akan membuka pintu langit kepada para malaikat dan memuji manusia , Allah berfirman:

 “Lihatlah kepada hambaKu yang sedang merayu kepadaKu.. bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”

Dalam hadith lain apabila malaikat pulang dari majlis zikrulallah yang manusia buat di bumi, Allah berfiman.

“Lihatlah kepada hambaKu, bersaksillah Aku telah ampunkan dosa mereka dan kedua ibu bapa mereka”

Ada juga riwayat mengatakan apabila manusia sedang bermusafir, atau sedang duduk atas bukit atau dalam kebun, apabila masuk waktu solat, lalu azan, dan mengerjakan solat awal waktu dengan susah payah, maka Allah akan memuji manusia ini di hadapan para malaikat.

“Lihatlah kepada hambaKu, bersaksillah Aku telah ampunkan segala dosanya”

Dipendekkan cerita, dalam peristiwa Allah yang sentiasa memuji manusia di hadapan malaikat, tercatat dalam sejarah penduduk langit, telah berkata akan satu Malaikat:

“Mengapa manusia itu harus mendapat pujian setelah berbuat dosa?, sedangkan kami lebih baik kerana beribadat sepanjang masa”

Lalu Allah membela manusia,

“Pergilah panggil ke mari tiga malaikat yang terbaik. Akan Aku turunkan mereka ke bumi dan berikan nafsu seperti manusia, dan kamu akan dapat melihat apa yang dilakukan oleh malaikat-malaikat itu!”
Malaikat kemudian bermesyuarat lalu memilih hanya dua wakil di kalangan mereka lalu menjawab,

“Tuhanku, biarlah Harut dan Marut saja yangmelakukannya!”

Lalu turunlah dua malaikat yang bernama Harut dan Marut ke bumi sebagai manusia yang mempunyai nafsu seperti mana layaknya manusia mempunyai nafsu...

*****

SMS masuk dari abangku.

“Bagi Abang, teruskan sahaja korban ini, sebab harga lembu memang dah naik, harap semua adik beradik setuju, boleh booking, sebab takut lembu ni pun orang ambik, harga lori, biar abang yang tanggung.”

Aku balas SMS:

“bincang dengan bini jap.”

****

Sudah lama Nabi Ibrahim a.s berdoa kepada Allah agar di kurniakan seorang anak lelaki yang soleh, dan di hujung usia, ketika umur sudah lanjut, maka datanglah keajaiban dari Allah, malaikat sendiri turun menyampaikan berita ini iaitu Nabi Ibrahim bakal mendapat anak lelaki.

Ayah mana yang tidak gembira mendapat cahaya mata yang telah lama di idam idamkan? bukan main gembira lagi, tapi ujian Allah telah datang, dengan di saksikan malaikat, sebaik anak lahir, Nabi Ibrahim telah sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu membawa isteri dan anak tercinta ke satu lautan pasir yang tandus, dan meninggalkan mereka..

“Abang ingin ke mana”

Tanya isteri dengan cemas dan sedih, tapi nabi Ibrahim a.s hanya membisu, berat mulutnya untuk berkata kata, lalu isteri bertanya lagi,

“Adakah ini perintah Allah?”

Nabi Ibrahim membenarkan lalu meneruskan perjalanan meninggalkan mereka berdua di padang ‘kematian’.., tiada jiran, tiada tanaman, tiada teduhan, tiada teman.., yang tinggal hanya kesabaran dalam kepasrahan..

Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka Nabi ibrahim AS telah menorbankan perasaan meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang tiada asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang.

****

Terdengar SMS masuk dari abangku.

“Dah bincang belum?”

Akupun balas SMS:

“Adohai, lupa”

****

Tujuh tahun setelah pemergian Nabi Ibrahim a.s meninggalkan Nabi Ismail a.s dan isterinya di padang pasir, Mekah telah berubah wajah, dari padang tandus, telah menjadi oasis, telah menjadi kota, berkat mukjizat nabi Ismail mehentak kaki setelah ibunya berlari dari SAFAR dan MARWAH, orang ramai juga telah ramai menatap di sana..

Dari jauh, kelihatan Nabi Ibrahim a.s pulang bersama tunggangganya.., pulang dengan hati yang berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, mainbatu seremban, main ketawa-ketawa, dan lain lain..

Namun ujian Allah datang lagi, datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tidak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi ke jalan Allah selama 3 tahun,

Sambil menangis Siti Hajar membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):

“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!

Lalu menghilanglah Nabi Ibrahim meninggalkan mereka untuk waktu yang belum di ketahui akhirnya...

****

SMS masuk dari abangku.

“Dah bincang?”

Aku balas SMS:

“Apa kata adik beradik yang lain?.”

****

Harut dan Marut yang turun ke bumi sebagai manusia, terus sahaja lapar dan dahaga, lalu mulai mencari kerja untuk mendapat sedikit upah, di pendekkan cerita, mereka bekerja sebagai tukang kasut, dan ketika sedang membersihkan kasut, datang seorang wania menghulur kaki, dengan betis yang bunting padi, putih dan gebu..

Dan ini menyesakkan nafas Harut dan marut, kerana nafsu manusia dalam diri malaikatnya mulai membahang!

****

SMS masuk dari abangku.

“Salam, sesiapa yg berniat utk berkorban.Bersyukurlah. Lembu dah ada. Cuma Allah nak uji untuk kita tambah korban. Dari bajet RM400 kepada RM470, Apa sangat pengorbanan kita berbanding korban Nabi ibrahim. Umur dan rezeki di tangan Allah.”

Mendengar nama Nabi ibrahim, terus insaf, teringat sewaktu Umur Nabi Ismail 10 tahun, Nabi Ibrahim a.s telah pulang berjumpa anak dan isteri, mengubat rindu dan duka lara, tapi ujian Allah datang lagi.

Baginda Nabi Ibrahim a.s telah mendapat mimpi supaya di tunaikan nazarnya demi membuktikan cinta kepada Allah.. , anaknya mestilah disembelih kerana nazar baginda sewaktu tiada anak berbunyi: “Demi Allah, kalau aku dikurniakan anak lelaki, sudah tentu aku juga sanggup korbankan dia untuk Allah.”

Maka apabila diberitahu kepada anaknya dan isterinya.

Mereka bertiga sanggup menunaikan perintah Allah.

Iblis telah datang mempertikaikan perintah ini, akibatnya iblis di lontar batu di jamratul aqabah.

Akrian, berkatalah nabi Ismail a.s sebelum di sembelih:

Wahai ayahku, kerjakanlah apa yang diperintahkan Allah. Insya-Allah ayah akan mendapatkan aku sebagai orang yang sabar,

Wahai ayah, Hendaklah ayah mengikat tanganku supaya aku tidak bergerak-gerak yang mungkin menyakitkan hati ayah.

Hendaklah wajahku dihadapkan ke tanah supaya kita tidak bertentang mata lalu ayah menjadi kasihan dan ragu ragu.

Hendaklah ayah meninggikan lipatan kain ayah supaya tidak tercemar dengan darahku, supaya ibu tidak menjadi sedih melihatnya.

Hendaklah ayah menajamkan pisau ayah, lagi pula mempercepatkan jalannya di atas leher ku, supaya tidak terlalu sakit kerana mati itu sakit sekali.

Hendaknya ayah membawa bajuku kepada ibu sebagai tanda kenangan daripadaku serta sampaikan salam aku kepadanya dan katakan kepadanya: ‘Bersabarlah engkau terhadap perintah Allah’ dan jangan ayah beritahukan kepadanya bagaimana ayah menyembelih ku, serta bagaimana pula ayah mengikat tanganku.

Hendaklah ayah tidak memasukkan anak-anak ke rumah ibu supaya dia tidak terlalu sedih mengenangkan aku.

Nabi Ibrahim berkata:
“Sebaik-baik penolong adalah engkau wahai anakku, untuk melaksanakan perintah Allah SWT.”

(Nabi Ibrahim, sesungguhnya doamu untuk mendapatkan anak yang soleh telahpun makbul)

Kemudian Nabi Ismail berubah fikiran supaya di lepaskan ikatan, kerana tidak mahu di lihat oleh penduduk langit seperti terpaksa, lalu Nabi Ibrahim telah membuang ikatan di kaki dan tangan Nabi Ismail dan menyembelih anaknya dengan sekuat tenaganya.

Nabi ismail ketika di sembelih tidak meronta, malahan meluruskan tangan dan kaki, agar mudah ayahnya menyembelihnya..

Sewaktu kejadian itu. Allah telah membuka pintu langit, dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat bahawa Nabi Ibrahim a.s sedang menyembelih puteranya iaitu Nabi Ismail, lantas semua Malaikat tersungkur sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan.

Kemudian Allah berfirman bermaksud:

“Perhatikan olehmu sekalian kepada hamba-Ku, bagaimana dia melakukan pisau di atas leher puteranya untuk mencari atau mengharap keredaan-Ku, sedang kalian dulu semua mengatakan :‘Apakah Engkau menciptakan orang yang akan berbuat kerosakan di bumi, dan akan menumpahkan darah, sedang kami sekalian mensucikan Engkau?”

Dan pada suatu waktu yang lain, Allah juga membuka pintu langit dan membuka semua mata malaikat di langit dan laut. Lantas terlihatlah akan malaikat Harut dan marut yang menjadi wakil malaikat terbaik sebagai manusia tapi sedang berzina dengan isteri orang...

Lantas sekali lagi, tersungkurlah semua malaikat sujud kepada Allah dengan penuh ketakutan akan kemurkaan Allah dan membenarkan bahawa manusia adalah sebaik baik kejadian, sebaik baik mahluk, kerana malaikat yang telah lihat Allah dan beriman sempurna , namun apabila memiliki nafsu seperti manusia, sanggup pula membuat dosa terkukutk..

Maafkan kami wahai manusia, alangkah hebatnya akan kamu manusia ciptaan Allah yang tidak pernah lihat wajah Allah, tidak lihat shurga-neraka, hidup hanya bersandarkan dengan sabda Nabi Muhammad SAW tapi masih mampu mentaati Allah mengatasi semua malaikat, maka layaklah kamu dipuji tuhan sewaktu membasuh dosa bersama air mata..

Di pendekkan cerita, Malaikat Jibril telah muncul sambil menangis di hadapan Malaikat harut dan Marut sambil berkata,

“Cobaan apakah yang membuat kamu hanyut seperti ini?”

Mendengar ucapan Jibril itu, Harut dan marut pun menangis dengan sekuat kuatnya, lalu Jibril berkata,

“Sesungguhnya Tuhan kamu sudah memerintahkan kepada kamu untuk memilih antara azab di dunia atau azab di akhirat.”

Tahulah sudah bahwa dunia ini hanya sementara, sedangkan akhirat kekal abadi dan sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang kepada semua hamba-Nya. Kedua-dua malaikat itu akhirnya memilih hukuman di dunia dan menyerahkan nasibnya kepada kehendak Allah.

Lantas Harut dan Marut digantung di antara dua gunung pada sebuah gua bawah tanah. Setiap hari mereka diseksa sepanjang hari.

Ketika berita hukuman itu diketahui malaikat yang lain, mereka pun berdoa :

“Ya Allah, ampunilah anak cucu Adam kerana kami kagum bagaimana mereka dapat menyembah dan taat kepada Allah, padahal mereka dikelilingi beberapa kesenangan dan kelazatan.”

(Firman Allah: “Dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji Tuhannya dan memohon ampun bagi orang-orang yang ada di bumi.”Al syura, ayat 5)

***

SMS masuk dari abangku.

“Bagaimana Hamka. Jadi tak?”

aku balas SMS:

“Dan bank in dah”

Tuan tuan yang mulia, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seekor binatang . Tapi diperintah untuk sembelih seorang manusia, Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih seorang manusia sahaja tapi manusia itu adalah anak baginda. Nabi ibrahim a.s tidak diperintah untuk sembelih salah satu daripada anak baginda.Tapi itulah satu-satunya anak baginda dari keturunan yang mulia…

Dan baginda telah melakukannya. Aku hari ini baru sembelih satu bahagian sudah berkerut dahi?

Adohai..

Allah telah terima pengorbanan Nabi Ibrahim a.s, pisau menjadi ‘tumpul di leher Ismail a.s, dan Malaikat jibrail telah datang membawa qibas sebagai ganti... Aku dan korang di sini.., adakah benar kita telah membuat pengorbanan di jalan Allah? Sembelih binatang adalah ‘hadiah’ pengorbanan Nabi ibrahim, 

Sanggupkah kita ‘meyembelih’ perasaan bersama anak dan isteri meninggalkan mereka untuk keluar ke jalan Allah demi ugama?

****

SMS masuk dari Bro yang lain.

“Hamka, jom keluar jalan Allah?”

Ps: SMS terakhir itu belum berbalas, semoga SMS itu tidak berbalas kerana aku sudah keluar berkorban di jalan Allah dan terkorban. Al fatihah untuk aku. Semoga kita termasuk manusia yang di puji Allah di kalangan penduduk langit. Amin...

Selamat hari Raya qurban. Selamat korbankan perasaan...

Oct 18, 2012

Koleksi 7 hari Kisah laki bini?


 (lagi lagi lagi koleksi kisah laki bini, bab suka duka Laki bini berpisah selama beberapa hari, adohai)

Sabtu
---------
Aku selalu juga berpimpin tangan dengan bini waktu jalan jalan, dengan syarat: tiada orang yang aku kenal di sekeliling sebab aku tak nak mereka sedih(jika belum kahwin) atau sakit hati(jika kekasih lama) atau meluat nak muntah(jika mereka anti sosial).

Bila berpimpin tangan dengan bini, kemudian ternampak ustaz atau kawan yang lain, cepat cepat aku lepaskan tangan, dan bini aku tak kecik hatipun, semua faham sudah, kami dah tua, jangan mengada sangat.

Semalam, jalan dengan bini berpimpin tangan, tiba tiba bini lepaskan tangan dan beredar dengan cepat.

Kenapa? Malu dengan kekasih lamakah?

Rupanya ada sales discount beg tangan wanita.

Hampeh!

Ps: macam macam hal kisah laki bini, ada ada aje.. : )


AHAD
-------------------------

Aku bawa baju, buka mesin basuh dan tanya pada bini.

“Ni nak pilih butang mana, Wash? Rinse? Atau Spin?”

Bini: “takpe, masukkan jer, nanti dia akan Auto.”

Laki: :”Speed ni nak pilih Soak ke Heavy?”

Bini:”Butang tu tak payah usik, tekan on sahaja”

Laki: “level ni set berapa liter, 48? 30?”

Bini: “air tu akan turun sendiri berdasarkan berat baju”

Laki: “Detergent ni banyak mana?”

Bini: “On dahulu untuk timbang, baru tahu berapa banyak sabun yang di perlukan”

Laki: “Sini ada button start, dan ada button on, yang mana satu dahulu?”

Bini: “button warna biru tu...”

Laki:”Ok, dah faham.”

Aku tekan on, mesin basuh pun ‘timbang’ dan keluar air secara automatik.

Laki: "Sabun kat mana?"

Bini:"Bawah laci singki tu"

Laki: “mana sudu sabun?”

Bini: “Ada dalam bekas sabun tu juga.”

Laki: “ok, dah ada..”

Aku pun masukkan sabun, dan duduk di meja dapur lalu berkata:

“penatnya.., lain kali boleh tak pergi kursus balik hari?”

Bini aku gelak, lalu pesan jaga diri dan tamatlah perbualan kami dari dalam telefon.

Oh, aku rindukan pemandangan melihat bini buat kerja rumah-woha!

Ps: Rupanya bini aku pergi kursus beberapa hari dan akan pulang khamis ini, kita akan mengerti erti syukur bila berpisah dengan nikmat..., sayangilah bini korang masing masing. Pesan pada diri sendiri. adohai..


ISNIN
-------------------------

Lepas solat isyak, aku tapau nasi bungkus.

Anak- anak aku yang terpaksa ikut solat (baca: bini pergi kursus) bertanya:

“Ayah, bukahkah tadi sebelum maghrib dah makan KFC?”

Aku jawab: “Ayah perut melayu...”

Anak tak paham, dan aku susah nak terangkan.

Sampai rumah, aku bersiap untuk makan nasik, anak akupun datang:

“boleh makan sekali?”

Aku sengih, he he he..

Ps: Anak akupun ‘perut melayu’ jugak-adohai..


SELASA
--------------------

“boleh tak abang kahwin dua”, Tanya Laki pada bini di suatu petang..

“Tak boleh”Jawab bini selamba.

“nanti kalau boleh, bagitahu ye?” jawab laki lagi selamba.

Woha!

***

Suasana di atas di petik dari buku Permata yang Hilang versi keretamayat bab ‘isteri yang dingin’ m/s 151,

Member aku lepas baca kisah di atas, beranggapan sungguh cool gurauan kami laki bini, lalu dia cuba buat benda yang sama dengan bininya..

“boleh tak abang kahwin dua”,

Tanya kawan aku pada bininya..

Belum sempat dia nak jawab macam aku jawab, bini dia terus mengamuk, membebel berjam jam, siap badan kena cakar dan malam tu dia kena tidur luar bilik dan bini tak bercakap hampir seminggu...

woha!

Aku gelak berguling dengar cerita kawan aku tu, kekekeke..

Macam macam hal orang perempuan ni, kan? Adohai.

Ps: Kalau nak laki korang kreatif, layan jer lawak poligami, bukan serius pun, memang laki akan jadi kreatif jika bini izin lawak poligami, yang bini tak tahu, laki bertambah lagi kreatif jika di izin poligami, err, sori yang, lawak poligami lagi-Woha!


RABU
--------

Lelaki 1: “Apa tu?”

Lalaki 2: “madu asli.”

Lelaki 1: “ jangan simpan di rumah, tak elok..”

Lalaki 2: “kenapa?”

Lelaki 1: “tanya Hamka.. katanya, Madu asli tak boleh simpan di rumah, nanti bini marah”

Woha!

Ps: Buat buat tak faham. Adohai.


PAGI KHAMIS
--------------------------

Hari ini bini balik kursus

Aku pun bersiap untuk kelihatan lebih muda.

Korang tahu bagaimana mahu kelihatan lebih muda?

...
...
...

“pendekkan misai, cabut bulu ketiak dan cukur bulu kemaluan”

Woha!

Ps: Jangan fikir lucah, esok hari jumaat, jadi sunnat (potong/cabut) buat benda benda macam ni.., adohai


TENGAH HARI KHAMIS
-------------------------

Bini aku ada beli satu hiasan rumah waktu balik kursus hari itu dan minta tolong tebuk wall plug untuk sangkut.

Selesai kerja tebuk dan sangkut hiasan tu, bini minta pendapat..

“cantik tak?”

Tanya bini dengan senyuman puas.

Kata aku:

“wah, tentu ahli surau terhibur memandang hiasan ini di waktu tahlil di rumah kita bila salah sorang dah mati”

Woha!

Ps: senyuman puas bertukar kepada senyuman insaf, hidup ini sementara sahaja, semua laki bini akan menjadi mayat. Hu hu..


PETANG KHAMIS
-------------------------

Orang tua-tua dulu selalu pesan, malam jumaat atau malam keliwon adalah malam berhantu.

Pesan mereka lagi, bila tiba malam jumaat, budak budak kena tidur awal dan andai terdengar bunyi pelik pelik, bunyi nafas kuat, bunyi baju koyak, bunyi perabot bergoyang, atau mungkin ada jeritan, dan lain lain bunyi yang aneh! jangan tegur!! sebab malam juamaat banyak roh jahat berkeliaran...

“ dahsyat sungguh cara orang tua zaman dulu jaga line, kan bang”
Kata bini aku buat kami gelak berguling.

Woha!

Ps: Tak betul kot cara orang tua jaga line, sebab bila besar ramai pulak budak jadi tak senonoh.adohai.., mereka jadi hantu pulak dengan buang anak merata rata.., oh..


AWAL MALAM JUMAAT
--------------------------

Sorok-sorok ialah sejenis permainan kanak-kanak yang dimainkan di Malaysia. Permainan ini dimainkan dengan sebilangan pemain menyembunyikan diri mereka dalam had kawasan tertentu dan dicari oleh seorang pencari. Ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan ia amat mudah, tanpa had bilangan pemain dan tidak memerlukan peralatan. Lebih ramai yang bermain mendatangkan lebih keseronokan dan bertambah meriah lagi. Lazimnya siapa yang dapat menyorok paling lama dianggap pemenang.

(sumber wikipedia)

Anak kami ada 4 orang, bila mereka main sorok sorok, meriah sungguh, sorang akan menghitung daripada nombor satu kepada sepuluh sambil tutup mata, manakala tiga lagi akan ‘hilang’ menyorok di seluruh pelusuk rumah.

Kami laki bini juga suka main sorok sorok, iaitu kami berdua laki bini akan ‘hilang’ sewaktu anak-anak leka bermain.

Lagi lama kami menyorok lagi seronok sehinggalah anak kami sedar ‘kehilangan’ ayah bonda mereka, lalu mereka ber-empat mula mencari kami, dan mereka biasanya mudah cari kami Laki Bini sebab kami menyorok dalam bilik yang berkunci. Woha!

Ps: Selamat main sorok sorok bersama laki bini, dan sila baca dengan bimbingan ibu bapa. Adohai..


HAMPIR TENGAH MALAM JUMAAT
-------------------------
Aku sedang menyusun daun terup, sekeping demi sekeping, bini yang tidak sabar melihat aku yang lembab menyusun daun terup, terus bersuara..

“Tu daun Sped, bawak turun sini, Lekuk biar kat situ!”

Aku tak endahkan nasihat bini, sibuk nak susun daun Daiman..

“Tu Quen Kelawar alih cepat, nanti akan block jalan!”

Aku berdegil tak nak ikut cakap bini, tiba tiba bila klik kat gambar spider bahagian bawah, semua daun tak boleh gerak, adohai.

Kata bini: “Padan muka, dah kalah.., jom tidur”

Aku kata “jom” lalu masuk bilik air untuk buang air kecil dan gosok gigi.

Lepas gosok gigi aku baring atas katil tunggu bini tapi tak datang datang.

“mana pulak pergi bini?”

Tiba tiba terdengar jeritan bini dari bilik sebelah..

Aku terus berlari panik.

“Abang, saya dah berjaya menyusun daun terup sehinga terbit percikkan bunga api.., sila kagum!”

Woha!

Ps: Main spider solitaire pun nak kecoh.. adohai..


TENGAH MALAM JUMAAT
-------------------------

Jika korang suka makan telur separuh masak, jangan makan di hari khamis di kedai, nanti ada perempuan di kedai menyakat: persiapan malam jumaat ke?

Jika korang suka buat senaman urat, jangan buat di petang khamis di padang lapang, nanti ada makcik di jalanan menyakat: persiapan malam jumaat ke?

Jadi malam ni aku update FB, jangan pulak ada yang tanya: bukankah malam ini malam jummaat, tak tidur awal ke?

Oh dunia, apa salah lelaki seperti aku di hari khamis, di tuduh bukan bukan...

Apa korang ingat pahala dapat bila ‘buat’ pada malam jumaat sahaja ke?

Ni yang aku marah ni, nak makan telur separuh masak: di tuduh gila seks, buat senaman urat: di tuduh gila seks. Adohai.

Ps: Ok, aku tidur dulu. Sebab malam ni malam jumaat-Woha!


PAGI JUMAAT
-------------------------

Bagun tidur orang sedang azan, kejutkan bini dan masuk bilik air cepat cepat. Buang air kecil, gosok gigi dan ambil wudhu.

Naik motor dengan laju dan sampai di masjid Imam baru habis al fatihah.

Harap imam baca surah sedikit pangang agar aku tidak masbuk.

Tongkatkan motor, masuk saf dan angkat takbir. Lega masih di rakaat pertama.

Dalam solat syaitan datang menceritakan kejadian semalam.

Tiba tiba aku batalkan solat dan terus balik rumah.

Eh?, Kenapa?, adakah sakit perut mahu berak? Di masjidkan ada tandas, kenapa perlu balik rumah?

Adakah terlupa tutup suis dapur ketika masak air? Rasanya tak masak air pun tadi.

Sampai di rumah, bini yang baru keluar bilik air bertanya:

“awal balik bang?”

“abang lupa mandi wajib!”

Woha!

Ps: Macam mana boleh lupa ni?, adohai..

Sekian, kisah Laki bini versi tujuh hari...

Klik sini dan sini untuk sambungan kisah laki bini versi pendek.
Klik sini untuk sambungan kisah laki bini versi panjang.

Oct 10, 2012

Fardu Ain dan Celik Sains?

(Salam saudara Hamka, apa pendapat saudara tentang majalah Fardu Ain?)

  1. Soalan ni bukan soalan kosong, tapi disertai dengan sampul surat yang berisi majalah Fardu Ain keluaran 15.
  2. Sebenarnya dah lama majalah ni aku terima, tapi sebab perasan sibuk, tak sempat nak baca sampai habis.
  3. Akhirnya dapat juga belek belek dan baca baca.
  4. Bila tengok tajuk Fardu Ain, aku teringat pada Fardu kifayah, dan teringat betapa teruknya ummat islam bab fardu kifayah.
  5. Bila aku tulis bab “orang tak percaya kebulan itu bodoh sombong” terbukti kritikalnya ummat islam dalam bab fardu kifayah sehingga bila berhujah, asas sains pun kantoi tapi berlagak pandai.
  6. Orang kapir dah hantar robot pergi marikh, orang islam masih menolak teknologi manusia ke bulan. Bila mintak bukti mereka cakap “ustaz yang cakap, ustaz mana cakap tipu?” adohai.. .
  7. Basic sains atau celik sains sebenarnya sangat penting dalam kehidupan sebagai manusia, apatah lagi sebagai orang islam.
  8. Untuk celik sains, tidak semestinya kita perlu belajar jurusan sains sampai peringkat master atau phD, cukup jika korang rajin membaca, rajin bertanya, ghairah untuk belajar imu baru, bersikap ingin tahu, open mind dan sila guna common sense. Tapi jika belajar jurusan sains sampai tahap tinggipun bagus, fardu kifayah tu.
  9. Ramai orang kena tipu beli produk mengarut dan mahal seperti filter water, gelang magnet, cakra alam, ubat kuat, tali tangkal, pil tajam minda, cicak tokek, air jampi dan sebagainya yang mana, orang yang jual ambik kesempatan atas kebodohan pembeli dengan mereka reka cerita karut yang tiada asas sains.
  10. Oleh sebab masyarakat tidak celik sains, maka senang kena tipu, yang masalahnya bila kita tegur, terus tuduh kita ni sebagai ejen yahudi, dan tidak islamik.
  11. Paling senang orang bodoh sains ni kena tipu adalah dalam bab perubatan, Sebagai contoh, jika kita demam, lalu pergi hospital, doktor akan bagi 3 jenis ubat, iatu antibotik, demam, selsama atau batuk dan mungkin ubat sakit tekak, (dah 5 ubat), yang mana doktor seluruh dunia sudah ikhtiar siang malam fikir akan kaedah nak buat satu penyakit satu ubat, tapi masih tak Berjaya 100%, masih perlu dua ke tiga jenis ubat untuk satu penyakit, itupun kajian sudah berpuluh puluh tahun..
  12. Tapi bila ada orang jual satu ubat dengan mengatakan boleh sembuh 1000 penyakit, kajian pulak dengan kaedah “trial and error” macam mana boleh ada yang percaya?, jawapanya, di tipu sebab bodoh sains lalu habiskan duit beli ubat yang mahal nak mampos tapi bukan makin sembuh, lagi menjahamkan lagi, adaler..
  13. Bodoh sains juga, argh, kasar sangat guna ayat bodoh sains, kita tukar balik kepada celik sains.
  14. Tidak celik sains juga membuatkan orang mudah di tipu dalam bab teori konspirasi, mereka percaya US tidak ke bulan tapi buat di stadio, mereka percaya Yahudi  buat bom berlaku tsunami di Acheh, mereka percaya US sendiri serang WTC,  mereka percaya satelit adalah simbolik kepada dajjal, tapi bila minta bukti, mereka akan bagi FB sharing, blog atau Email forward di tulis oleh penulis yang tidak beretika. Apa ke hell?
  15. Ramai jugak pra-ustaz yang ceramah tapi bodoh sains lalu dalam ceramah mereka boleh pula sebarkan berita mengarut bab di tindih hantu, bab produk itu haram, bab teori konspirasi, dan bila ditanya pada ustaz, sumber ustaz itu adalah email foward? Atau FB sharing jugak? Apa ke jadah?!
  16.  Kisah benar, ada ustaz ceramah tak boleh letak gambar dalam FB sebab yahudi sedang cari orang yang muka iras imam mahdi dan akan di bunuh... malu aku dengar ceramah macam ni, baru ni jugak dalam youtube ada ustaz cakap rebina haram sebab perahan anggur, tak boleh minum coke-haram sebab asid- adohai, sepatunya orang balik dari masjid makin pandai, bukan makin bodoh.., ada aku cerita ustaz yang rujuk ulamak arab bab manusia ke bulan? Pengsan..! (rujuk sini)
  17. Jika kita rajin membaca, bertanya, atau berkawan dengan orang yang pandai, banyak benda yang kita sangka kita tahu tapi tak tahu, aku pernah borak dengan pensyarah Universiti test bab satelit, ramai yang sangka satelit ni terapung sebab angkasa zero graviti.., sebenarnya, di angkasa masih ada graviti, satelit tak jatuh sebab dia bergerak dengan laju yang konsten mengelilingi bumi, ni penyarah Universiti, orang awam aku tak tahu lah bagaimana.
  18. Perkara celik sains ni bukan takat orang kita, mat saleh pun ramai jugak yang bodoh dalam sains, sebab tu dalam filem mereka ada istilah “Factual errors in Film” sebagai contoh terdekat, dalam filem Wall E, digambar kan dunia ni penuh sampah sampai melimpah di angkasa, satelit berterabur tak jatuh-jatuh di angkasa, padahal, angkasa tetap ada graviti mengikut planet terhampir, klik sini
  19. Ada pakar motivasi yang mengatakan kita belum guna otak 100%, kita hanya guna 10% kononnya, jadi untuk ‘cerdik’ kena datang ceramah motivasi saya yang mahal atau produk kismis saya yang juga mahal untuk menjadikan otak kembali berfungsi 100 %, ini adalah tipu, belajar bahasa English dan google benda ni jika mahu pandai..
  20. Contoh lain: Makan lobak kononnya mata terang, juga tak ada bukti sains, jadi kepada mak bapak, jangan paksa anak makan lobak hari hari, dalam kajian menunjukan, (copy/paste:  In fact, an excess of carrots can cause vitamin A toxicity and carotenemia in rare cases. This misconception arose from an RAF attempt to hide the discovery of radar from the Axis forces by claiming that their pilots had gained vastly improved night vision from being fed carrots, rather than from any technological advancement.)
  21. Jadi, Jika nak berhujah bab sains, kena rujuk ahli sains, bukan ustaz, rujuk penerbitan sains yang bertauliah, bukan bomoh atau doctor perubatan alternative. Rujuk web yang berintegiriti bukan laman web sampah atau web teori konspirasi atau video arrivals.
  22. Pemimpin mana mana Negara islam, selain perlu ada penasihat ugama, perlu juga ada penasihat sains, (jika pemimpin tu jahil bab sains), sama juga ustaz yang mengajar bab ugama, perlu ada penasihat sains supaya ustaz tak ceramah dengan hujah yang mengarut dan tidak masuk akal. Contoh: ustaz cakap segitiga bermuda tu tempat jin, atau yahudi guna holy water dan tuang dalam sungai untuk buat lidah ummat islam tidak boleh mengucap, dan lain lain fakta yang tak masuk akal.
  23. Sains ni jangan anggap tabung uji dan kemia sahaja, belajar kejuruteraan, matematik, menilai fakta, dan macam macam lagi ilmu dunia adalah sains, sebab itu ada istilah sains computer, sains memasak, sains rumah tangga dan lain lain.
  24. Masyarakat kita memang anti sains, terbukti apabila mereka suka baca berita sampah, tengok cerita tahyul dan sembang kosong, selain kita mencegah mereka dari buat maksiat dan menyeru kepada amal ibadat, kita mesti mencegah kawan kawan kita agar tidak bodoh sains dengan berkongsi ilmu yang bermanfaat, seperti scientific thinking.
  25. Benda sains, jika di layan dengan kejahilan akan akan jadi merepek.., tapi benda merepek jika di layan dengan sains, akan jadi common sense.
  26. Kesimpulannya, fardu kifayah jangan lupa, eh?, aku nak cerita tentang majalah fardu Ain, tapi meleret kepada bab fardu kifayah. Adohai.
  27. kembali kepada maksud asal, melihat majalah itu di tulis oleh ustaz dan ustazah, maka siapalah aku untuk mengulas tulisan mereka yang hebat-habat. maka pendapat aku, majalah ini adalah bagus untuk di baca oleh masyarakat berbanding membaca mastika(tahyul), metro(jenayah), mangga (seks) atau harakah(politik).
  28. Mungkin dalam majalah fardu Ain itu boleh selit kisah fardu kifayah dengan menggunakan contoh seperti point aku di atas, benda ni penting kerana (aku ulang) selain kita mencegah masyarakat dari buat maksiat dan menyeru kepada amal ibadat,(fardu ain) kita mesti mencegah masyarakat agar tidak bodoh sains dengan berkongsi ilmu yang bermanfaat, (fardu kifayah)seperti scientific thinking.
  29. Atau mungkin pihak fardu ain sanggup guna bahan dalam blog keretamayat bab ‘scientific thinking’ dan dipublish dalam majalah fardu Ain akan datang? Kita bincang bab bayaran dalam Sains Ekonomi-Woha!
Sekian.

Ps: Ada pembaca cakap, bodoh sains ni benda kecik jer Hamka, tapi dah selalu kena tipu, baru kau tahu bagaimana rasa: BESAR kecik, BESAR kecik, BESAR kecik, BESAR kecik, BESAR kecik,.. adohai.