Oct 18, 2012

Koleksi 7 hari Kisah laki bini?


 (lagi lagi lagi koleksi kisah laki bini, bab suka duka Laki bini berpisah selama beberapa hari, adohai)

Sabtu
---------
Aku selalu juga berpimpin tangan dengan bini waktu jalan jalan, dengan syarat: tiada orang yang aku kenal di sekeliling sebab aku tak nak mereka sedih(jika belum kahwin) atau sakit hati(jika kekasih lama) atau meluat nak muntah(jika mereka anti sosial).

Bila berpimpin tangan dengan bini, kemudian ternampak ustaz atau kawan yang lain, cepat cepat aku lepaskan tangan, dan bini aku tak kecik hatipun, semua faham sudah, kami dah tua, jangan mengada sangat.

Semalam, jalan dengan bini berpimpin tangan, tiba tiba bini lepaskan tangan dan beredar dengan cepat.

Kenapa? Malu dengan kekasih lamakah?

Rupanya ada sales discount beg tangan wanita.

Hampeh!

Ps: macam macam hal kisah laki bini, ada ada aje.. : )


AHAD
-------------------------

Aku bawa baju, buka mesin basuh dan tanya pada bini.

“Ni nak pilih butang mana, Wash? Rinse? Atau Spin?”

Bini: “takpe, masukkan jer, nanti dia akan Auto.”

Laki: :”Speed ni nak pilih Soak ke Heavy?”

Bini:”Butang tu tak payah usik, tekan on sahaja”

Laki: “level ni set berapa liter, 48? 30?”

Bini: “air tu akan turun sendiri berdasarkan berat baju”

Laki: “Detergent ni banyak mana?”

Bini: “On dahulu untuk timbang, baru tahu berapa banyak sabun yang di perlukan”

Laki: “Sini ada button start, dan ada button on, yang mana satu dahulu?”

Bini: “button warna biru tu...”

Laki:”Ok, dah faham.”

Aku tekan on, mesin basuh pun ‘timbang’ dan keluar air secara automatik.

Laki: "Sabun kat mana?"

Bini:"Bawah laci singki tu"

Laki: “mana sudu sabun?”

Bini: “Ada dalam bekas sabun tu juga.”

Laki: “ok, dah ada..”

Aku pun masukkan sabun, dan duduk di meja dapur lalu berkata:

“penatnya.., lain kali boleh tak pergi kursus balik hari?”

Bini aku gelak, lalu pesan jaga diri dan tamatlah perbualan kami dari dalam telefon.

Oh, aku rindukan pemandangan melihat bini buat kerja rumah-woha!

Ps: Rupanya bini aku pergi kursus beberapa hari dan akan pulang khamis ini, kita akan mengerti erti syukur bila berpisah dengan nikmat..., sayangilah bini korang masing masing. Pesan pada diri sendiri. adohai..


ISNIN
-------------------------

Lepas solat isyak, aku tapau nasi bungkus.

Anak- anak aku yang terpaksa ikut solat (baca: bini pergi kursus) bertanya:

“Ayah, bukahkah tadi sebelum maghrib dah makan KFC?”

Aku jawab: “Ayah perut melayu...”

Anak tak paham, dan aku susah nak terangkan.

Sampai rumah, aku bersiap untuk makan nasik, anak akupun datang:

“boleh makan sekali?”

Aku sengih, he he he..

Ps: Anak akupun ‘perut melayu’ jugak-adohai..


SELASA
--------------------

“boleh tak abang kahwin dua”, Tanya Laki pada bini di suatu petang..

“Tak boleh”Jawab bini selamba.

“nanti kalau boleh, bagitahu ye?” jawab laki lagi selamba.

Woha!

***

Suasana di atas di petik dari buku Permata yang Hilang versi keretamayat bab ‘isteri yang dingin’ m/s 151,

Member aku lepas baca kisah di atas, beranggapan sungguh cool gurauan kami laki bini, lalu dia cuba buat benda yang sama dengan bininya..

“boleh tak abang kahwin dua”,

Tanya kawan aku pada bininya..

Belum sempat dia nak jawab macam aku jawab, bini dia terus mengamuk, membebel berjam jam, siap badan kena cakar dan malam tu dia kena tidur luar bilik dan bini tak bercakap hampir seminggu...

woha!

Aku gelak berguling dengar cerita kawan aku tu, kekekeke..

Macam macam hal orang perempuan ni, kan? Adohai.

Ps: Kalau nak laki korang kreatif, layan jer lawak poligami, bukan serius pun, memang laki akan jadi kreatif jika bini izin lawak poligami, yang bini tak tahu, laki bertambah lagi kreatif jika di izin poligami, err, sori yang, lawak poligami lagi-Woha!


RABU
--------

Lelaki 1: “Apa tu?”

Lalaki 2: “madu asli.”

Lelaki 1: “ jangan simpan di rumah, tak elok..”

Lalaki 2: “kenapa?”

Lelaki 1: “tanya Hamka.. katanya, Madu asli tak boleh simpan di rumah, nanti bini marah”

Woha!

Ps: Buat buat tak faham. Adohai.


PAGI KHAMIS
--------------------------

Hari ini bini balik kursus

Aku pun bersiap untuk kelihatan lebih muda.

Korang tahu bagaimana mahu kelihatan lebih muda?

...
...
...

“pendekkan misai, cabut bulu ketiak dan cukur bulu kemaluan”

Woha!

Ps: Jangan fikir lucah, esok hari jumaat, jadi sunnat (potong/cabut) buat benda benda macam ni.., adohai


TENGAH HARI KHAMIS
-------------------------

Bini aku ada beli satu hiasan rumah waktu balik kursus hari itu dan minta tolong tebuk wall plug untuk sangkut.

Selesai kerja tebuk dan sangkut hiasan tu, bini minta pendapat..

“cantik tak?”

Tanya bini dengan senyuman puas.

Kata aku:

“wah, tentu ahli surau terhibur memandang hiasan ini di waktu tahlil di rumah kita bila salah sorang dah mati”

Woha!

Ps: senyuman puas bertukar kepada senyuman insaf, hidup ini sementara sahaja, semua laki bini akan menjadi mayat. Hu hu..


PETANG KHAMIS
-------------------------

Orang tua-tua dulu selalu pesan, malam jumaat atau malam keliwon adalah malam berhantu.

Pesan mereka lagi, bila tiba malam jumaat, budak budak kena tidur awal dan andai terdengar bunyi pelik pelik, bunyi nafas kuat, bunyi baju koyak, bunyi perabot bergoyang, atau mungkin ada jeritan, dan lain lain bunyi yang aneh! jangan tegur!! sebab malam juamaat banyak roh jahat berkeliaran...

“ dahsyat sungguh cara orang tua zaman dulu jaga line, kan bang”
Kata bini aku buat kami gelak berguling.

Woha!

Ps: Tak betul kot cara orang tua jaga line, sebab bila besar ramai pulak budak jadi tak senonoh.adohai.., mereka jadi hantu pulak dengan buang anak merata rata.., oh..


AWAL MALAM JUMAAT
--------------------------

Sorok-sorok ialah sejenis permainan kanak-kanak yang dimainkan di Malaysia. Permainan ini dimainkan dengan sebilangan pemain menyembunyikan diri mereka dalam had kawasan tertentu dan dicari oleh seorang pencari. Ia boleh dimainkan oleh kanak-kanak dan ia amat mudah, tanpa had bilangan pemain dan tidak memerlukan peralatan. Lebih ramai yang bermain mendatangkan lebih keseronokan dan bertambah meriah lagi. Lazimnya siapa yang dapat menyorok paling lama dianggap pemenang.

(sumber wikipedia)

Anak kami ada 4 orang, bila mereka main sorok sorok, meriah sungguh, sorang akan menghitung daripada nombor satu kepada sepuluh sambil tutup mata, manakala tiga lagi akan ‘hilang’ menyorok di seluruh pelusuk rumah.

Kami laki bini juga suka main sorok sorok, iaitu kami berdua laki bini akan ‘hilang’ sewaktu anak-anak leka bermain.

Lagi lama kami menyorok lagi seronok sehinggalah anak kami sedar ‘kehilangan’ ayah bonda mereka, lalu mereka ber-empat mula mencari kami, dan mereka biasanya mudah cari kami Laki Bini sebab kami menyorok dalam bilik yang berkunci. Woha!

Ps: Selamat main sorok sorok bersama laki bini, dan sila baca dengan bimbingan ibu bapa. Adohai..


HAMPIR TENGAH MALAM JUMAAT
-------------------------
Aku sedang menyusun daun terup, sekeping demi sekeping, bini yang tidak sabar melihat aku yang lembab menyusun daun terup, terus bersuara..

“Tu daun Sped, bawak turun sini, Lekuk biar kat situ!”

Aku tak endahkan nasihat bini, sibuk nak susun daun Daiman..

“Tu Quen Kelawar alih cepat, nanti akan block jalan!”

Aku berdegil tak nak ikut cakap bini, tiba tiba bila klik kat gambar spider bahagian bawah, semua daun tak boleh gerak, adohai.

Kata bini: “Padan muka, dah kalah.., jom tidur”

Aku kata “jom” lalu masuk bilik air untuk buang air kecil dan gosok gigi.

Lepas gosok gigi aku baring atas katil tunggu bini tapi tak datang datang.

“mana pulak pergi bini?”

Tiba tiba terdengar jeritan bini dari bilik sebelah..

Aku terus berlari panik.

“Abang, saya dah berjaya menyusun daun terup sehinga terbit percikkan bunga api.., sila kagum!”

Woha!

Ps: Main spider solitaire pun nak kecoh.. adohai..


TENGAH MALAM JUMAAT
-------------------------

Jika korang suka makan telur separuh masak, jangan makan di hari khamis di kedai, nanti ada perempuan di kedai menyakat: persiapan malam jumaat ke?

Jika korang suka buat senaman urat, jangan buat di petang khamis di padang lapang, nanti ada makcik di jalanan menyakat: persiapan malam jumaat ke?

Jadi malam ni aku update FB, jangan pulak ada yang tanya: bukankah malam ini malam jummaat, tak tidur awal ke?

Oh dunia, apa salah lelaki seperti aku di hari khamis, di tuduh bukan bukan...

Apa korang ingat pahala dapat bila ‘buat’ pada malam jumaat sahaja ke?

Ni yang aku marah ni, nak makan telur separuh masak: di tuduh gila seks, buat senaman urat: di tuduh gila seks. Adohai.

Ps: Ok, aku tidur dulu. Sebab malam ni malam jumaat-Woha!


PAGI JUMAAT
-------------------------

Bagun tidur orang sedang azan, kejutkan bini dan masuk bilik air cepat cepat. Buang air kecil, gosok gigi dan ambil wudhu.

Naik motor dengan laju dan sampai di masjid Imam baru habis al fatihah.

Harap imam baca surah sedikit pangang agar aku tidak masbuk.

Tongkatkan motor, masuk saf dan angkat takbir. Lega masih di rakaat pertama.

Dalam solat syaitan datang menceritakan kejadian semalam.

Tiba tiba aku batalkan solat dan terus balik rumah.

Eh?, Kenapa?, adakah sakit perut mahu berak? Di masjidkan ada tandas, kenapa perlu balik rumah?

Adakah terlupa tutup suis dapur ketika masak air? Rasanya tak masak air pun tadi.

Sampai di rumah, bini yang baru keluar bilik air bertanya:

“awal balik bang?”

“abang lupa mandi wajib!”

Woha!

Ps: Macam mana boleh lupa ni?, adohai..

Sekian, kisah Laki bini versi tujuh hari...

Klik sini dan sini untuk sambungan kisah laki bini versi pendek.
Klik sini untuk sambungan kisah laki bini versi panjang.

33 comments:

bard1070 said...

1st

SHAHZEE said...

best:)

mama maman aka yana said...

hahaha.. terbaik.:p

...antikapel... said...

memang kreatif la bro!
hehe

Hamka said...

first komen adalah Shahzee sebab guna akaun blogger, : )

Mrs. Abi said...

hahahaha kelakar!

heal man said...

oh.. nape x set semula jam loceng dan semua jam didalam rumah..?? haha

detective nie said...

hahhaa....yang last tu tak tahan nk gelak!1!!!!

Anonymous said...

Assalam

2 thumbs up!

Khalid

cik aletheea: said...

hihihi... comel...;)

paNavia said...

Lawak yg sambung main spider solitaire.
Kah kah kah

Prince of Noob said...

hahaha bestnya baca kisah laki bini... bila aku nak dapat bini mohon rekomenkan...

Venzotac said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Farisi said...

Salam...
saya macam nak kata isteri anda cantik...

tapi mungkin sebab gambar dari sudut tepi jadi mungkin ilusi optik je kot...


Woha!

selamat malam jumaat hamka...
esok sebelom subuh di surau jangan lupe lagi...

WOHAA!!!!!!

penyokong setia blog km said...

Venzotac! kenapa nk marahkan hamka? aku suka per! knp tak buat sndri KISAH ANAK BAPAK KE, ATOK CUCU KE. aku klik blog kau, LAGI BAPAK BOSAN. hu hu~


Roslan Putra said...

syok dan menghiburkan..... seronok baca ni...

Anonymous said...

: )

Hamka said...
This comment has been removed by the author.
Venzotac said...

HARAP KERETA MAYAT TAK BUAT DAH KISAH LAKI BINI. BOSAN, BAGI KELAINAN SIKIT. BUAT KISAH ANAK BAPAK KE, ATOK CUCU KE.

Anonymous said...

wanita yang pegang buku masih solo lagike he he he

Mr Lonely said...

OMG~

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Hamka said...

Jawab mana sempat.

----------
...antikapel...

Di belakang laki yang kreatif ada bini yang lagi kreatif..

-----------
heal man

(oh.. nape x set semula jam loceng dan semua jam didalam rumah..?? haha)

Jam loceng untuk mandi wajib? Begitu maksud kau?

------------
detective nie

nasib baik ingat pagi tu, jika malam tu lagi parah..

------------
Khalid

Dunia hanya senda gurau..

-----------
Prince of Noob

Rekeman bini di luar tugas keretamayat, rekeman tapak kubur end lot mungkin boleh. hihihi

----------
Farisi

(saya macam nak kata isteri anda cantik...tapi mungkin sebab gambar dari sudut tepi jadi mungkin ilusi optik je kot...)

Untuk menenangkan hati kamu, anggaplah ilusi optik, kikikiki

----------
Anonymous

wanita yang pegang buku masih solo lagike he he he

((Woiii, bini aku tu!!))

Anonymous said...

hahaha... kesah hari jumaat yang paling panjang ya...

Irfa said...

lupa mandi wajib?hahaha
mcm mana boleh lupa tu

PEMINAT BUKU PERMATA YANG HILANG said...

AJAIB. HAMKA YANG AKU PUJA-PUJA RUPANYA TAK PANDAI BASUH BAJU GUNA MESIN BASUH. HANDAL DALAM BIDANG SAINS TAPI MASIH PERLUKAN BANTUAN BINI UNTUK BASUH BAJU GUNA MESIN AUTOMATIK.

TAPI YANG BESTNYA, KAU PUNYA BINI YANG SABAR... KAU PAKAI TEORI SAINS ATAU PRAKTIKAL SAINS UNTUK TACKLE BINI KAU...?

Hamka said...

Irfa

Manusia mudah lupa, adohai..

-------------
PEMINAT BUKU PERMATA YANG HILANG

((KAU PAKAI TEORI SAINS ATAU PRAKTIKAL SAINS UNTUK TACKLE BINI KAU...?))

Aku guna ilmu mantiq dan logok sains, siapa guna ilmu hitam, minyak dagu dan lain lain dalam memikat bini adalah bangang!

Anonymous said...

Tuan, boleh bagi kefahaman tentang adap-adap untuk memasuki masjid terutama bagi kaum muslimah, terutama ketika pergi keseorangan.....

Ustaz kenapa solat guna sejadah, kadang sejadah tu sekarang ada gambar2 corak bunga dan grafik, diri yang lemah kadang boleh hilang khusyuk waktu solat.............

Last question@ permintaan...orang kata kalau tengok orang2 baik yakni soleh dapat tumpang ilmu dan ambil kebaikan dari mereka, jadi boleh ka
jika Ustaz masukkan gambar family ustaz untuk kami tumpang tengok,


iizu

nak ngorat encik buasir otak said...

encik hamka tolong rekemankan encik prince of noob tu untuk i.. (malu)

Nur Ezqy said...

Salam pada semua...
Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.

Harga serendah RM1.00/pcs.

Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri

Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

terima kasih admin

Ezmin said...

Hamka, jangan letak picture alia, sebab alia bagi kita yang buat usaha di panggil masturat, dan masturat bermaksud yang tersorok.

delete post aku lepas delete picture tu.

Hamka said...

sorok belakang buku, aci tak?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz Masturat maksud sebenar apa. Apakah ia perjumpaan untuk kaum2 ibu saja yang mahu mendalami ilmu agama.


Mohon pendapat ustaz tentang adap2 pergaulan antara lelaki dengan wanitA. tIDAK BOLEH KAN KITA BERHUBUNG MELALUI TELEFON TETAPI ATAS DASAR URUSAN.Maksudnya bersahabat baik dengan kaum lelaki, namun ada batas-batas yang dijaga. Terima kasih Ustaz


Hamba Allah yang mohon penjelasan

Hamka said...

ya, masturat tu untuk kaum ibu..

batas pergaulan tu memang ada, panjang nak cerita, mungkin lain kali. (maknanya tahun depan)