Nov 29, 2012

Kisah Laki Bini di Youtube?


(Pada suatu hari, Laki bini sedang menari tapi telah di marah oleh seorang ketua usrah, nasib baik driver keretamayat datang menjernihkan keadaan. Woha!)

Bagi mereka yang internet lembab nak mampos hingga tak boleh play video ini, biar aku bagi sinopsis video ini, lagipun elok jugak korang jaga mata tak tengok aurat perempuan, sebab dalam video ni ada aurat di sini sana, aku belum berkemahiran edit guna CGI untuk tambah tudung pada semua penari dalam video ini, adohai.., jadi kepada mereka yang mempunyai kemahiran untuk edit video bergerak dengan memakaikan tudung CGI, sila email aku.

Babak pertama dalam video ini adalah ‘ketua usrah’ sedang marah kepada orang yang menari.
Tiba tiba terdengar bunyi gendang bertalu talu macam ada majlis cina mati, tapi bila di toleh, rupanya yang ketuk gendang adalah driver keretamayat, chewahhh..

Driver Keretamayat kemudian berkata:

“Dunia hanyalah semantara, semua orang akan jadi mayat, biarkanlah laki bini menari dan berjoget sampai pagi.”

Jawab ketua usrah:

“Mana boleh menari beramai ramai walaupun Laki bini?”

Ujar driver Keretamayat:

“Kami semua adik beradiklah”

Ketua Usrah bertegas:

“Nak menari Laki bini tu boleh, tapi jangan lupa esok solat subuh”

Jawab driver keretamayat selamba:

“Esok pagi, kami semua solat berjemaah lah!”

Bisik ketua usrah:

“Apa lagi mahu tanya? Eshh”

Tanya driver keretamayat.

“Ada lagi tak puas hati?”

Tanpa bagi salam, terus ketua usrah balik sambil berkata:

“Argh, balik solat tahajjud lagi baik!”

Woha!

Ps: Don't Try This out of Home: Buka aurat.

Ps2: Just Try This at Home: Menari Laki Bini.
(adohai..)

34 comments:

Merok said...

hAHA, pandai betul buat translate sari kata!

Win! win!

hamka said...

sari kata dalam hati, tak pernah di buat orang, kekekekek

Unknown said...

like!!

Anonymous said...

Moral of the story apa Hamka?

Egg Head said...

aq pun nak tye jgk pe moral of the storynye??

ku yang pening lalat???

hamka said...

Moral terpulang kepada korang, video or film is not about moral, it's about feeling toward moral.

apa benda aku merepek ni daa.., adohai..

cinta said...

ketua usrah tu dah kawin belum? kih3.

Egg Head said...

nanti aq bagi kat ketua usrah UMP...kau guna nama dia.....ahhh

Anonymous said...

Moral of the story? Errrrrr

Anonymous said...

adohai...

Prince of Noob said...

moral of the story, menarilah laki bini dalam bilik, buat tarian tiang pun takpe

btw jom join contest kat sini dan menangi pen drive 8gb/16gb, sangat mudah dan senang

PemilikCahaya said...

moral of the story marilah kita menari2 tapi jgn lupa tggungjawab selepas menari2 itu..haha

PearlKaz said...

moral of the story.... manusia kalau tak puas hati, ada je soalan2 yg tak masuk akal nak ditanya, sampai org yg dia tak puas hati tu terpaksa mengaku bersalah.. ahaii...

Aku Elan said...

yang ni lawak...kelas la hamka

Anonymous said...

yg tgk dpt 1, yg tunjuk dpt sebanyak yg tgk.

--Arrow's Amer Sab--

Anonymous said...

x suke n benci usrah...

-muslimahkemaman-

azharjaafar said...

nak kene keluar lagi ni..

--Arrow's Amer Sab-- said...

siapa tahu edit gambar bergerak, baik ajar Hamka, pahala dapat, dan Hamka dapat berkarya lebih baik.

Mesej vid ini jelas.

Don't Try This out of Home: Buka aurat.

Ps2: Just Try This at Home: Menari Laki Bini.

zaxx said...

huk huk huk... mula2 bca agk konfius.. pe yg mnri laki bini..last tgk video.....hahaha

qwerty said...

aku pon x suke sgt usrah ni,,,
ntah ape function pon aku xtau la,,

Anonymous said...

Peringatan untuk diriku sahaja:

"Tapi matlamat tak menghalalkan cara...

Nanti lepas jadi mayat, susah nak explain dekat Malaikat Mungkar dan Nangkir..."

--Arrow's Amer Sab--

hamka said...

betul, aku tak akan guna fatwa kera untuk benarkan salah aku..

aku mengaku post video ni salah, tak betul..

aku sedang belajar edit video terutama bab tutup aurat perempuan, doakan aku cepat faham, dah tua ni lembab pulak bab IT.

adohai.

Anonymous said...

"inilah beza kita dengan kaum kera...

:)"

--Arrow's Amer Sab--

Menusuk Hati said...

seorang bini boleh ke menari di depan adik beradik suami,terutama lelaki yang dah beristeri?

hamka said...

abang kahwin dengan adik awak.

awak kahwin dengan adik abang.

saya menari dengan isteri yang mana adik awak.

awak menari dengan isteri yang mana adik saya.

last, ketua usrah yang pening, woha!

menusukhati said...

chief usrah lah..

hamka said...

okey, Video ni aku edit balik sebab video asal ada orang mengadu stim tengok Aishwarya Rai menari, oh.., so babak Aishwarya Rai menari, aku gelapkan, dan ganti dengan soalan ugama, tolonglah jangan jadikan channel aku tempat puaskan nafsu melancap korang..

adohai..

Anonymous said...

baguslah kalau kau tak nak jadi kera....

tapi jangan jadi tonyok pulak...dah tahu tak betul kau sondol jugak......

macam ni punya orang pun ada....

--fatwa tonyok--

hamka said...

marah itu hak kamu, sabar itu hak aku, semoga kamu lebih bahagia bersama bini dalam hidup..

sebelum itu, semalam, aku dah berjaya edit babak Video Aishwarya Rai menari, aku gelapkan, dan ganti dengan soalan ugama,

terima kasih kepada yang menegur,

akmar said...

hahahahhh....x mampu utk ku senyum kambeng lagi
last2, gelak guling2...

kreatif arr mu bro...

akmar said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

setuju, kikikiki

Unknown said...

Moral of d story jgn tgl solat sblm mati...huhuhu

Unknown said...

Moral of d story jgn tgl solat sblm mati...huhuhu