(Seolahnya di sini situasi seorang perokok yang bertanya hukum merokok kepada ustaz yang merokok, sungguh bias)Soalan ni telah di tanya dalam email sejak tahun 2006 lagi, dan aku mengelak menjawab soalan hukum hakam dengan menyuruh mereka merujuk ustaz ulamak, sebab aku akan ‘bias’, kerana aku sendiri berbakat dalam bidag seni melukis, “sangat berbakat”: kata bini aku ketika berstatus awek setelah menerima surat cinta dari aku yang disertakan bersama lukisan portrait dan kartun kartun.(oh..)
Arwah emak aku cukup tak suka dengan bakat melukis aku, tiap kali di jumpai lukisan graffiti hasil kerja boring aku dalam kelas lalu melakar dalam buku sekolah, emak aku akan berleter:
“Emak mahu kau jadi penulis, bukan pelukis, sebab tu mak namakan kau dengan nama ‘Hamka’ seorang penulis yang mak sanjung, jika mak nak kamu jadi pelukis, mak akan namakan kau dengan Leonardo Da Vinci,”(woha!)Begitulah marah arwah mak aku lebih kurang, buat semangat melukis aku luntur, tapi tidak dengan ayah aku, beliau sangat suka aku melukis, buku lukisan selalu di beri sebagai hadiah kepada aku, dan tiap kali melukis, ayah aku akan memuji dengan sedikit syarahan, kalau nak lukis gambar orang, jangan lukis penuh, nanti dia mintak nyawa…
Rupa- rupanya aku berada di daerah darah seni, sebab abang abang aku, kakak kakak aku juga berbakat dalam bidang melukis, jiran jiran aku merangkap saudara sepupu sepupu aku jugak sangat berbakat.., tapi oleh kerana bapak saudara aku, merangkap abang arwah mak aku, seorang imam besar, ustaz bertaraf ulamak telah menghalang anak anaknya, serta anak saudara (termasuk aku) mencari rezeki dengan melukis, maka kami kuburkan sahaja bakat melukis kami dengan melakar contengan-contengan seni di lubuk hati masing masing.
20 tahun kemudian.
Aku hanya menjadi penulis(merujuk kepada blog ini) dan abang abang serta kakak kakakku semuanya menjadi penulis di papan hitam sekolah rendah dan menengah (menjadi guru atau ustaz), tapi tidak dengan sepupu sepupu aku, mereka meredah dunia seni lukis selepas bapak saudara aku meninggal, ada antara mereka melukis batik, ada melukis T shirt, melukis banner, dan ada yang terlibat dengan syarikat animasi dan telah menghasilkan animasi bertajuk “Taman Laut”, “ Chiee Pengembaraan Si Genius” dan lain lain (tapi tidaklah sepopular animasi Upin dan Ipin-mungkin sebab siaran di rtm, jka di tv3 atau tv9 mungkin lain promosinya, isk)
Bila aku ziarah makcik aku merangkap mak supupu sepupu aku, dan bertanya khabar kerjaya anak anak mereka, selamba makcik tu jawab:
“Dulu masa mereka kecik, makcik marah benar tengok mereka melukis kartun, apa mereka ingat boleh dapat duit ke kerja melukis?, tapi sekarang rupanya mereka dah boleh beli kereta, beli rumah, berkahwin dan beranak pinak dengan melukis kartun, lawak betul”Akupun turut tergelak dengan kesedaran orang tua zaman sekarang. He he.
Oleh yang demikian, untuk itu, aku seolah-olah ‘terpanggil’ (maaf, tak jumpa prosa lain yang lebih senonoh untuk ganti ayat ‘terpanggil’) untuk nyatakan pendapat aku bab hukum melukis kerana jika ada anak anak aku, atau anak buah aku yang berbakat dalam seni lukis, tapi takut nak mencebur bidang ini kerana masalah ugama, cuba dengar pendapat Pak Cik Keretamayat ini, dan ini pendapat pakcik semata mata, pakcik bukan ustaz ulamak, tapi jika pakcik suruh korang rujuk ustaz, dan terjumpa
ustaz yang ‘josh’, yang terus letak hokum:
“siapa melukis gambar akan masuk neraka, kerana menurut hadith Nabi, lukis gambar masuk neraka, bla bla, bla, “Pak cik takut lain pulak ceritanya, dan jadi asbab pelukis kapir tak nak masuk islam…
******
Sebelum tu mari dengar cerita pakcik dan penerbit pakcik akan kisah penerbitan buku pertama keretamayat.
Kisah bermula setelah seorang penerbit ‘gila’ sanggup untuk terbitkan buku pakcik.
Pakcik yang kagum dengan kegilaannya untuk bukukan blog keretamayat yang carca merba ini, dan kerana kekaguman itu, pakcikpun sanggup bersekududukkan dengannya untuk menerbitkan buku pertama keretamayat.
Pakcikpun pilih tajuk best best dalam blog, edit balik bagi mantap, dan tambah beberapa entry supaya tidak ada ‘plot hole’ lalu bagi kat penerbit pakcik yang ‘gila’ itu.
Setelah beberapa minggu, pak cik tiba tiba tak sabar lalu email penerbit pakcik. Kita namakan dia sebagai Encik DK.
Aku:
Woi! Bagaimana perkembangan terkini, projek buku keretamayat?
Encik DK:
Perkembangan terkini, aku dah check balik tulisan kau, banyak gila salah type, tulis macam budak budak menaip guna dua jari, hampeh betul, tapi itu lebih baik dari budak budak perasan unik tulis ringkas macam sms, ok, sekarang aku perlukan tiga (3) artwork untuk cover depan, dalam bentuk kartun. Satu artwork akan terpilih untuk cover depan. 2 lagi artwork, buat backup atau akan diselit kat dalam buku. Artwork-artwork lain untuk bahagian dalam buku (mungkin satu artwork untuk setiap hujung bab, atau setiap 5 bab, dan lain lain)
Aku:
Kau nak upah orang melukis ke?
Encik DK:
Nampaknya begitulah, tapi upah melukis ni, paling cikai pun RM 50 satu gambar, kau kenal tak mana mana pelukis yang boleh upah murah?
Aku:
kenal sangat.
Encik DK:
Bagus, berapa upahnya?
Aku:
Pelukisnya adalah aku sendiri, woha!, aku adalah pelukis handalan, banyak karya aku tersiar pada surat awek cun cun yang dah jadi artis sekarang ni, dan masa kecik, aku pernah mewakili sekolah dalam pertandingan mewarna, menang tempat ketiga dan dapat hadiah pensil warna, woha!
Encik DK:
Wah, ini sudah bagus, penulis dan pelukis orang yang sama, siapkan cepat! Upah aku kira kemudian.
Aku:
Tapi sebelum tu aku nak tanya, boleh ke aku melukis guna ball pen?
Encik DK : Boleh tengkorak kau pakai ball pen. Aku cadang kau buat sketch dulu menggunakan pensil. Kemudian, trace semula dengan menggunakan tracing light box (macam arkitek pulak dah). Trace semua garisan yang dikehendaki dengan menggunakan pen Artline 200 FINE 0.4. Selepas tu, bold kan garisan luar (outline) dengan pen Artline 210 MEDIUM 0.6. Setelah itu, scan hasil lukisan dengan menggunakan mode Black & White (B&W). Akhir sekali, email kat aku lukisan yang telah di scan.
Aku:
Wah, banyaknya ilmu aku tak tahu bab melukis ni, baik, bagi masa sebulan untuk aku melukis.
Encik DK:
Bagus , aku tunggu.
****
Ok, sementara Encik DK sibuk menantikan artwork dari aku yang belum pernah di siarkan kepada dunia, yang sebelum ini hanya tersiar di surat surat awek awek cun yang lahir sekitar tahun 80-an, maka kita sambung bab hukum melukis tadi.
HUKUM MELUKIS DARI BUKAN USTAZ YANG SUKA MELUKIS.Setelah aku buat kajian mendalam, dengan bertanya kepada Ustaz serta ulamak, dan merujuk buku buku serta kitab-kitab, selain bermuzakarah dengan geng geng usrah, juga berzikir mengadap kiblat dalam keadaan suci dari sebarang hadas di dalam masjid di waktu hujan lebat bagi mencari ilham dan petunjuk, akhirnya, aku menjawab kepada mereka yang bertanya apa hukum melukis, jawapan dari aku (yang juga seorang yang suka melukis-nampak sangat bias)
BOLEH, hukumya antara MAKRUH dan HARUS, tapi dengan bersyarat. Dan jika tidak mematuhi syarat hukumnya menjadi HARAM.
Tapi sebelum itu, cuba korang baca fakta, dalil dan nas mengenai hukum melukis yang sempat aku kumpulkan dan sama sama kita nilaikan semula nanti akan jawapan aku.
1. Memang terdapat banyak Hadith Nabi yang mencela pelukis, yang mana menurut hadith, mereka para pelukis akan di azab akhirat kelak, dan gambar gambar atau patung patung yang mereka ‘cipta’ akan di beri nyawa untuk mengazab mereka. Dalam hadith lain , mereka tersenarai dalam golongan terawal masuk neraka.
2. Namun menurut Buznama dan ulamak yang aku rujuk, kebanyakan dari mereka berpendapat dalam mentafsir hadith kena faham ‘asbabun wurud’ iaitu suasana Hadith itu dikeluarkan yang mana secara ringkasnya aku boleh kongsi, Nabi melafazkan makna lukisan dan patung adalah sewaktu kaabah di kelilingi 360 berhala dan berpuluh puluh gambar ketuhanan nenek moyang, selain amalan ugama sesat waktu itu (sekarang pun) yang mana ahli kitab menghias rumah ibadat mereka dengan gambar-gambar dan patung patung pujaan manusia, maka tafsir di buat: Nabi merujuk akan gambar atau patung yang berunsur ketuhanan dan sembahan manusia sahaja, selain dari itu tidak termasuk dalam hadith ini-wallahulam.
3. Menguatkan hujah ini, Hadith riwayat Aisyah radhiallahu 'anha menceritakan: “Ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam sedang sakit, ada sahabat bercerita tentang sebuah gereja bernama Mariyah yang pernah mereka lihat di negeri Habsyah. Mereka menyebutkan keindahan gereja tersebut dan gambar-gambar yang ada di dalamnya. Maka terus Nabi Muhammad SAW yang sedang sakit ketika itu, bangun dan bersabda:“Mereka itu, bila ada seorang soleh di kalangan mereka yang meninggal dunia, mereka membuat gambar-gambar di dalam rumah ibadah tersebut (sebagai kenangan dan cinta), Mereka itulah sejelek-jelek makhluk di sisi Allah”
4. Dan hadith lain, apabila gambar selain ketuhanan, yang di lukis di langsir, juga gambar di bantal, Nabi hanya menyuruh di alihkan sahaja, dan bersabda, “tidak mahu teringat kepada dunia” (Riwayat Imam Muslim dari Aisyah r,ha)
5. Namun, kebanyakkankan imam besar seperti mazhab Hanafi, Syafie, Hambali (betulkan aku jika silap) yang sangat berhati hati dalam meletak hukum, mereka mengharamkan terus melukis makhluk bernyawa. Maknanya, boleh lukis gambar benda sahaja, sebab benda tak bernyawa tak akan mintak nyawa kat akhirat, jadi, jika korang nak cipta basikal, lalu lukis gambar basikal, maka hukum melukis basikal itu tak berdosa langsung.(masa kecik aku selalu lukis robot transformer sebab robot takde nyawa-woha)
6. Pendapat dari Buznama lain, boleh lukis gambar pemandangan sahaja. Seperti gambar kaabah, gambar masjid, gambar pokok, tapi jika gambar pemandangan itu adalah matahari dan di sembah oleh penyembah matahari, maka hukumnya haram.
7. Ada jugak ulamak, jika tak silap namanya, Al-Imam Al-Mujahid. Mengharamkan melukis gambar pokok yang berbuah, yang tak berbuah takpe, dalilnya aku tak tahu.
8. Menurut arwah bapak saudara aku yang bertaraf imam besar Raja terengganu telah berkata: boleh lukis gambar manusia, tapi tak boleh lukis penuh, waktu tu aku belum baligh, jika salah faham maksud bapak saudara aku, salahkan ketidak balighan aku.
9. Syekh Yusuf Qardhawi, ulamak zaman moden menafsir hadith Nabi mengutuk pelukis adalah merujuk kepada gambar yang berunsur ketuhanan seperti lukisan di dinding gereja. (dah aku nyatakan di atas) dan di bolehkan melukis bergantung kepada niat.
10. Berdasarkan fatwa fatwa ulamak, sesetengah negeri di Malaysia yang sempat aku baca, (betulkan jika aku salah) boleh melukis gambar, kecuali Gambar Tuhan, para Nabi, Malaikat dan Sahabat Nabi.
11. Jika kita rujuk Tuan Guru Nik Aziz, Haji Hadi, ustaz Harun Din, Ustaz Ismail Kamus dan lain lain ustaz politik pembakang, yang tidak pernah menegur lukisan kartunis Zunar di harakah, seolah olah mereka merestui, (hukum macam boleh jer), jadi kena tanya balik mereka face to face akan apa hujah mereka membenarkan kartunis zunar melukis kartun sedemikian walaupun kita tahu kartun politik berasal dari barat.
12. Sama jugak Mufti di jabatan kerajaan, mereka tidak pernah mewartakan pengharaman majalah gila gila, majalah ujang, dan juga lukisan politik kartunis zoy di Berita Harian, juga kartun Upin Ipin seolah mereka ada dalil dan hujah yang mungkin kita boleh cungkilkan lain kali. Atau benda ni remah sahaja, biar mereka jawab atau dah jawab, aku jer yang tak tahu.
13. Buku buku ugama yang di dokong oleh ustaz ustaz ada gambar kartun seperti majalah Solusi, juga buku Dr Fadilah Kamsah, juga ada gambar kartun, mereka labih arif bab ugama patut ada jawapan lebih baik, kita masyarakat menjadikan mereka sebagai contoh(aku paling tak suka guna hujah ni tapi aku kena tulis juga untuk isu ni)
14) Ada Buznama berkata, lukis gambar makhluk bernyawa secara penuh, makruh, gambar secara separuh, hukumnya harus- katanya Mazhab Imam Malik berpendapat begini.(Check balik Buznama)
15) Tapi ada jugak ulamak yang haram terus melukis apa apapun, namun bila ada ulamak yang tak haram terus maka kita tak payah nak berbalah macam geng wahabi fanatik dan geng mazhab fanatik berbalah atau geng politik berbalah sehingga tahap kafir mengkafir, muzakarah elok elok dan berlapang dadalah..
Kesimpulan:Perkara yang melibatkan dosa dan kita guna alasan ugama untuk benarkan dosa tadi di panggil fahwa kaum kera, semua faham sudah, tapi jika benda tak berdosa dan baik, seperti kongsi ilmu guna medium x, hubungan silaturahim guna medium x, atau hiburan yang tidak melalaikan menggunakan medium x, lalu guna alasan ugama itu di panggil Bidaaah hasanah, sebab Nabi tak buat tapi benda tu bagus untuk orang yang sakit iman…
Namun aku ingin membuka ruang terhadap bidaah hasanah itu dengan rasa bersalah dan takut yang tebal atau nama arabnya ‘takwa’, sebagai contoh, lepas solat kita istigfar, walaupun solat itu sunnah, namun oleh kerana ada rasa bersalah dan takut yang tebal seandainya solat kita tak di terima akibat kesalahan kecil dalam solat, maka kita memperbanyakkan istigfar.
Oleh sebab itu, untuk bab melukis ini, walaupun tujuannya baik, untuk kongsi ilmu, hubungan silaturahim, atau hiburan yang tidak melalaikan, namun wujudkan juga rasa bersalah dan takut yang tebal, sebab benda ni confirm bidaah, lalu memperbanyakkan istigfar sehari hari kerana kehidupan kita yang sudah semakin jauh dari kehidupan Rasullullah…
Kembali pada bab hukum, Ada benda yang berubah hukumnya mengikut peredaran masa, contoh, zaman Nabi al quran tak di bukukan, Nabi suruh semua sahabat hafal, namun di zaman saidina Abu bakar, Al quran di hafal dan di bukukan kerana ramai hafiz terkorban, mulanya ada sahabat tak setuju tapi selepas bermuzakarah, mereka bersetuju dan hukum ini terpakai sampai sekarang.
Sama jugak kes ziarah kubur, pada mulanya nabi larang, kerana zaman itu iman sahabat belum kuat di tambah amalan sembah kubur yang berleluasa, tapi bila iman sahabat dah kuat, Nabi benarkan ziarah kubur untuk tujuan peribadi, bukan untuk upacara ugama-rujuk balik hadith.
Kes lain, di zaman Nabi, perempuan tidak di cegah pergi solat berjemaah di masjid, tapi di zaman sahabat, tidak di galakkan lagi kerana fitnah perempuan akhir zaman ke masjid terutama waktu gelap mengundang masalah jenayah, bersandarkan tiada hadith yang menggalakkan perempuan ke masjid, maka di zaman sahabat lagi, hanya lelaki di wajibkan pergi ke masjid, dan perempuan di galakkan solat di rumah.
Ada banyak lagi hokum yang berubah selepas ulamak bermuzakarah, seperti hukum bayar zakat pakai wang,(zaman nabi zakat guna bahan bernilai)juga hukum guna wang itu sendiri, (ada pendapat kata kena guna wang dirham) hukum ustaz dapat upah mengajar,(nabi mencela al quran di jadikan dagangan), hukum bermain alat muzik(menurut hadith daif-hukumnya haram), hokum tentera di bayar gaji (zaman Nabi bukan semua orang berjihad boleh dapat harta rampasan), hukum menari tarian poco poco, hukum merokok, hukum bersumpah, hokum hudud dan lain lain.(kita cerita lain kalilah kot)
Namum aku bukan nak meletakkan fatwa melukis di sini sebaris dengan fatwa ustaz ulamak di atas, aku bukan ustaz pun, korang boleh buang PENDAPAT aku ni bila bila masa sahaja setelah korang bertemu dengan pendapat yang lebih soheh.
Aku ulang, korang boleh buang PENDAPAT aku ni bila bila masa sahaja setelah korang bertemu dengan pendapat yang lebih soheh.
Bagi aku, banyakkan istigfar kerana tak dapat amal apa yang Nabi suruh, jika nak melukis, tengok balik niat, elakkan melukis benda yang boleh menimbulkan fitnah dan benda yang nyata haram, dan sentiasa bersangka baik dengan ustaz ulamak, melukis untuk tujuan perkongsian ilmu, hubungan silaturahin, dan hiburan yang tidak melalaikan, bagi aku yang hina dina ini, boleh selagi tidak mendatangkan fitnah…
Tapi aku mengaku, aku masih banyak bodoh dalam banyak hal, ajarkan aku jika ada salah dan silap, bab hukum hakam ni memang aku cuba elak dari menjawab, tapi takut korang terujuk ustaz yang josh, kacau jugak..
****
Kita balik kisah aku dan penerbit, seminggu kemudian.
Encik DK:
Salam Hamka, macam mana lukisan, berapa peratus dah siap? Sajer tanya walaupun dateline belum sebulan.
Aku:
Salam kembali, jumlah lukisan yang dah dilukis, kosong peratus sebab pen yang kau cadang tu pun aku tak beli lagi. Perasan sibuk ni.
Encik DK:
Aduh, bila nak siap buku macam ni, habis tu bila nak pergi beli pen?
Aku:
Tak payah bising bising, aku ada cadangan lain yang lebih mudah, aku rasa tak payah melukis, susah sangat nak tekap macam yang kau ajar tu, aku nak ambik gambar jer, gunakan anak anak aku sebagai pelakon, amacam?
Encik DK:
Hmmm, setiap tajuk / bab ada gambar hitam putih. Cantik jugak, kau selalu ada idea bernas, kamera nak guna nanti, berapa megapixel?
Aku:
12 MegaPixel
Encik DK:
Mantap, aku bagi kau tempoh seminggu untuk tangkap gambar anak kau sebagai hiasan buku.
Aku:
Ok, aku cuba, insyAllah..
******
Baik, sementara Encik DK sibuk menantikan foto dari aku. Mari kita bincang bab foto pulak, apa hukumnya.
( TAK KAN NAK CERITA SEMUA HARI NI?DAH PANJANG GILA DAH ENTRY INI!)Ok, lain kalilah, betul tu, dah panjang sangat dah ni, kita sambung kisah aku dan Encik DK.
*****
Seminggu kemudian.
Encik DK:
Salam Hamka, macam mana foto, berapa peratus dah siap?
Aku:
Salam kembali, maaf tak sempatlah ambik gambar, pelakon demam.
Encik DK:
Aduh, ambik jerlah gambar anak kau yang demam, gambar hitam putih takpe.
Aku:
Tak payah nak mengamuk, selain anak demam, aku kena tolong bini aku tebuk wall plug sebab nak gantung langsir, ha ha, Encik, aku ada cadangan lain yang lebih mantap sebab aku memang perasan sibuk gila babi.
Encik DK:
Apa pulak kali ni!
Aku:
Aku rasa tak perlu letak gambar kartun mahupun gambar betul, biar sahaja buku aku dalam bentuk tulisan,
hujah aku:
1.Biar buku aku tu macam blog.
2.Ada pembaca yang bertakwa akan terganggu jika ada gambar kartun atau rupa manusia.
3.Mungkin ada orang nak membaca di masjid, (mungkin) atau ustaz nak jadikan bahan mengajar di masjid (woha) atau abang abang usrah nak guna buku aku sebagai bahan rujukan, (ehem, ehem) maka, elok buku aku dalam bentuk perkataan sahaja.
4.Ada hadith Malaikat tak masuk rumah jika ada gambar manusia, maka andai kata ada orang baca blog aku lalu tertidur dalam keadaan buku terbukak, nanti malaikat rahmat tak masuk pulak.
5.jika tengok buku bestseller dari Baratpun, buku mereka tulisan sahaja. Sebab orang tak beli buku kerana gambarnya tapi kerana isinya.
6.jimat kos, sedangkan benda tu tak perlu.
7.Aku perasan sibuk, nak melukis dan ambik gambar tak berapa sempat.., tapi buku nak siap cepat, he he
Tapi itu hujjah aku, jika kau ada hujah lebih bagus, aku akan timbang balik.
Encik DK:
Ok, aku terima cadangan kau, tapi cover kena ada gambar sikit, tapi aku tak nak suruh kau lukis, buat penat tunggu jer, Aku nak cadang, mari kita outsource kerja ini kepada Encik Nik Wafdi yang pernah menjadi kartunis di majalah Ujang. Beliau juga peminat blog Kereta Mayat hehehehehe. Aku kenal sangat dengan dia, amacam?
Aku:
Biar betul, Aku masa remaja pun minat dengan katun beliau seperti Ali & Davidson, Tandori payat, wah bestnya. Aku setuju, suruh dia lukis cover, dan kirim salam kat dia.
Encik DK:
Nak suruh dia lukis gambar apa? Gambar mayat, gambar Kereta mayat?
Aku:
Gambar tengkorak cukup, gambar kepala tengkorak, tapi design mestilah sesuai dengan tajuk buku aku tu.
Encik DK:
Baik, aku akan uruskan bab ni, siap kelak, aku email mintak pendangan kau, sudah, pergilah tolong bini kau tebuk wall plug tu, woha!
Aku:
He he he. main kasar ye..,
****
Sementara kita tunggu lukisan Kartunik Nik menjelma minggu depan, apa kata aku post jer entry ni kat blog. : )
Sekian.
Ps: Aku tak mahu perasan polular, aku akan cetak buku aku berdasarkan jumlah orang survey, jika 3 ribu orang setuju nak beli melalui borang survey, aku cetak 3500, baki 500 mungkin ada yang nak beli lepas dah cetak, maka silalah
klik klik dekat sini jika korang nak beli. Segala kerja sama di dahulukan dengan ucapan terima kasih.