“Abang Mayat, tolong ulas isu pelarian? Betul ke Nabi tu pelarian ke Madinah?”
Baik, Nak cerita kisah ni, kita start jauh sikit, iaitu kisah Madinah sebelum Hijrah, dulu nama Madinah adalah Yatrib, dan telah datang moyang Abu Ayub Al ansari dari Bani An Najjar ke Yatrib, dan melihat kaum Aus dan Khazraj sedang berperang.
Tapi lepas berperang, moyang Abu Ayub tengok kaum ni makan bersama, dan saling bantu membantu, macam tak pernah berperang? Lalu di tanya kenapa layan musuh dengan baik?, katanya nenek moyang Aus dan Khazraj, mereka utamakan beri makan kepada orang susah, jadi lepas perang sama sama susah, dan sama sama bantu. Dah jadi budaya mereka bantu orang susah.
Terus Moyang Abu Ayub jumpa pendeta Yahudi dan tanya tentang Yatrib dalam agama mereka, kata pendeta Yahudi, ikut kitab mereka, satu hari nanti ada Nabi terakhir akan berhijrah ke sana.
Baca: Hijrah, bukan Pelarian.
Lalu Moyang Abu Ayub beli satu tanah di Yatrib dan bina rumah dua tingkat untuk tunggu Nabi terakhir datang dan berniat untuk ajak Nabi terakhir jadi tetamu di tingkat atas rumahnya.
Tapi silih masa berganti masa, kaum Aus dan Khazraj masih berperang dan lepas tu baik balik, lepas tu perang lagi dan berbaik semula tapi Nabi terakhir tak datang datang?
Hinggalah Moyang Abu Ayub mati dan mendapat anak cucu bernama ayub bin Khalid bin Zaid bin Kulaib.
Panjang sangat namanya jadi kita panggil Abu Ayub, dan bila zamam Abu Ayub pun masih melihat Kaum Aus dan Khazraj tak henti henti bergaduh maka beberapa pemuka penduduk Madinah pergi mencari seorang yang paling layak untuk di jadikan pemimpin mereka.
Sehinggalah waktu mereka pergi Mekkah berjumpalah dengan Nabi Muhammad, yang mengaku Nabi terakhir dan sedang mencari tempat untuk berhijrah.
lalu buat perjanjian Aqabah, iaitu penduduk Madinah akan masuk Islam, kena terima Nabi sebagai ketua, undang undang kena ikut Al quran, siapa tak setuju boleh keluar Madinah.
Maka begitu kisahnya, Nabi di cari dan dijemput, bukan lari dari Mekkah sebagai pelarian, bila 73 orang Madinah setuju terima Islam melalui perjanian Aqabah ke dua termasuk Abu Ayub, Nabi pun suruh sahabat pergi hijrah ke Madinah, dan Nabi masih stay di Mekak tunggu wahyu untuk dapat tarikh Hijrah.
Ramai orang islam yang pergi secara sembunyi sembunyi sebab orang kafir tak nak Islam tersebar, tapi Saidiina Umar Hijrah secara terang terang.
Nabi pula Hijrah bersama Abu Bakar dan tiba lewat dari semua sahabat.
Tapi di Madinah, dakwah telah berlaku, dan majoriti penduduk Madinah dah masuk islam, lagu nayid untuk sambut Nabi pun dan siap karang.
Jadi Nabi pun datang dan di sambut dengan meriah, (orang sambut pelarian dengan meriah ke?)
Semua penduduk Madinah berebut nak suruh Nabi tidur rumah mereka, (orang berebut ke sambut pelarian nak bagi tempat tidur?)
Oleh sebab Nabi tak nak semua penduduk Madinah kecik hati bab pilih rumah untuk tidur, maka Nabi lepaskan unta tunggangan baginda agar unta itu yang pilih rumah mana Nabi patut singgah.
Terus penduduk Madinah pujuk Unta tapi unta selamba berjalan dan berhenti depan rumah Abu Ayub.
Ya tuan tuan, niat Moyang Abu Ayub Bani An Najar tercapai, akhirnya Nabi masuk rumah Abu Ayub dan jadi tetamu Abu Ayyub.
Abu Ayub minta Nabi duduk tingkat atas, tapi Nabi nak stay bawah senang jumpa sahabat, hinggalah abu Ayub cerita tak lena tidur malam sebab takut nak bergerak duduk atas, takut debu jatuh atas wajah, dan satu malam air tumpah, Abu ayub guna selimut untuk tekap air hingga Abu Ayub dan isteri tak tidur malam takut ada air menitis.
Bila tengok kerisauan Abu Ayub, barulah Nabi naik tingkat atas, dan ya tuan tuan, niat Moyang Abu Ayub Bani An Najar bina rumah dua tingkat untuk sambut Nabi, akhirnya tercapai. Alhamdulilah
Malahan Nabi duduk sana selama 7 bulan (orang bagi pelarian duduk rumah tujuh bulan ke?)
Keeseoknya, merujuk kepada perjanjian Aqabah, maka Semua penduduk bersetuju Nabi jadi Raja mereka (orang lantik pelarian jadi Raja ke?)
Maka dari kisah ni, jelas terang lagi bersuluh bahawa Nabi Muhammad s.a.w bukan pelarian, sebab dua tiga keturunan sebelum Nabi datang, orang dah buat rumah dua tingkat tunggu Nabi datang, lepas tu bila Nabi tak datang datang, orang pergi jemput datang, dan bila Nabi datang orang sambut dengan meriah, lepas tu orang bagi tempat tinggal dan lantik jadi ketua. Malahan bila Nabi wafat, orang lantik Abu Bakar, Umar, Usman, Ali yang semuanya datang berhijrah (bukan penduduk asal) ke Yatrib yang kemudiannya di tukar nama menjadi Madinah.
So Nabi adalah berhijrah ke Madinah, bukan pelarian.
Pelarian ni macam Puak Rohingya yang masuk Malaysia tanpa di
jemput,
Malah, kita ada undang-undang yang menghalang orang luar masuk ke negara kita tanpa dokumen yang sah.
Jangan lupa juga, Malaysia tidak pernah mengiktiraf 1951 Refugee Convention. Sedangkan Nabi Muhammad SAW di jemput, disambut, dan di iktiraf.
Dalil lebih islamik:
Diriwayatkan oleh sahabat Wathilah bin Asqa r.a telah bertanya pada Nabi Muhammad SAW tentang Hijrah:
“Saya ingin berhijrah, tapi hijrah mana yang lebih afdal, hijrah battah atau hijrah badiyah?”
Jawab Nabi lebih kurang maksud: Hijrah Battah lebih afdal, iaitu tinggalkan kampung halaman sepenuhnya dan tinggal bersama Nabi memajukan agama di Madinah,
Namun Hijrah Battah sudah berakhir semenjak Fatal Mekah, (Islam kembali ke Mekah) namun, jangan lupa, hijrah Badiyah masih ada dari zaman Nabi hingga sekarang iaitu tinggalkan kampung halaman sementara waktu dan pergi berdakwah dalam beberapa waktu sebelum kembali ke kampung semula.
(Hadis riwayat Tabrani)
Jadi tuan tuan, Jemaah dakwah rumah ke rumah tu adalah Jemaah hijrah Badiyah, bukan pelarian yer.
Jom kita berdakwah gaya hijrah Badiyah dan waktu berdakwah mungkin kita sempat tengok orang lari takut Jemaah hijrah badiyah macam pelarian tanpa izin!
Woha!
2 comments:
Pelik ada yang sedap2 mengeluarkan kenyataan..haih
I’m much pleased with your good work. you have good knowledge for article writing and this article is amazing. I am waiting for your next article…. Thank you so much
Deep Rock Galactic | Surviv.io Aimbot Script
Post a Comment