Mar 29, 2020
Jemaah Tabligh ramai belum serah diri?
(20 tahun dahulu, dan kini, di tahun 2020)
Hari ni nak
share pengalaman berdakwah dengan orang tabligh dua puluh yang lepas. Satu hari
lepas asar, pergilah saya dan beberapa orang tabligh berdawah rumah ke rumah,
satu jam kemudian kami balik ke surau tanpa ada sorangpun ikut.
Di tangga
surau ada orang kampong perli:
“Berapa
ramai yang ikut tabligh hari ni? kosong!”
Lepas tu
pakat gelak beramai ramai, dan ada kawan dia sampuk!
“Tak laku
dah dakwah macam ni, sia sia sahaja, orang meluat dakwah jumpa orang ni, takde
orang ikutpun, lama lama pupuslah dakwah tabligh ni!”
Saya
senyum, sebab saya faham, kejayaan dakwah bukan berapa ramai orang ikut kita,
tapi berapa banyak yang kita dapat amal dari apa yang kita sampaikan. Betul
tak?
Mari rujuk
Al quran, Bagaimana semua Nabi berdakwah?
Nabi
Muhammad SAW dan semua Nabi berdakwah adalah dengan cara jumpa manusia dan
bercakap dengan lemah lembut.
Rujuk Al quran
kisah Nabi Musa dan Firaun. Firman
Allah:
"Pergilah
kamu berdua (Nabi Musa dan Nabi Harun) kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui
batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah
lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut".
Kalau ikut
kefahaman korang, Firaun pun samalah macam korang, sangat meluat dengan orang
yang berdakwah secara berjumpa dirumah beliau, firaun pun dapat dosa sebab
marah dan tak selesa. Orang nak berehat, tapi Nabi Musa datang kacau, patut
Nabi musa berdakwah dengan cara yang selesa, cara yang mesti memikat dan
menyenangkan orang, guna internet ke, FB ke, baru firaun tertarik dengan Nabi
Musa dan mudah mudahan tertarik juga dengan islam.
Begitu
fahaman korang yang kononnya bernas?
Saya nak
tanya, sebelum Allah hantar Nabi Musa berdakwah pada firaun dengan cara yang
korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Firaun tak akan beriman?
Sebelum
Allah hantar Nabi Nuh berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun dengan cara yang
korang tak suka itu, Allah tahu tak bahawa 99 peratus kamun Nabi Nuh tak akan tak
akan beriman dan kena bala?
Sebelum
Allah hantar Nabi Muhammad berdakwah pada orang taif dengan cara yang korang
tak suka itu, Allah tahu tak bahawa Nabi Muhammad SAW akan kena baling batu
sebab semua penduduk taif rasa meluat dengan dakwah cara Nabi.
(jika kau
jawab Allah tidak tahu, maka kau adalah jahil sejahil jahilnya bab ugama)
Allah Maha
mengetahui bang!
Nabi buat
dakwah bukan nak menyukakan orang, tapi nak menyukakan Allah, Allah suka
melihat Nabi berdakwah cara mujahadah macam tu, korang siapa nak nafikan
perintah Allah? dan lepas Allah binasa kaum yang tak selesa dengan dakwah cara
Nabi, bila datang kaum baru yang engkar, ada Allah suruh Nabi baru ubah dakwah
cara lain? Oh Nabi nuh gagal berdakwah cara jumpa manusia, nanti Nabi luth
dakwah cara lain lah pulak, nasyid ke? Buat blog ke? Tulis buku ke? Ada Allah
ubah tertib pada semua Nabi dalam berdakwah?
Takde
maknanya!!
Nabi
Muhammad SAW pun ajar sahabat berdakwah jumpa manusia dari rumah ke rumah dan
bercakap dengan lemah lembut. Orang yang meluat adalah Abu jahal, Abu Lahab,..,
tapi ada Nabi suruh sahabat ubah cara dakwah tu? Lepas tu siapa yang kena laknat
dan azab? Abu lahabbbb!!!
Ketahuilah:
Hidayat kerja Allah, Siapa yang berdakwah dengan niat untuk betulkan orang lain
lalu buat cara yang sesuai dengan nafsu, menyanyi ke, menulis blog ke,
berdemotrasi ke? FB sharing ke, apa apa lah yang sesuai dengan nafsu, maka
korang akan mendapat dua perkara, iaitu marah dan putus asa, Adohai..
Berdakwahlah
dengan niat menunaikan perintah Allah dengan kerisauan tapi jangan sampai
membinasakan diri, ketahuilah, kejayaan dakwah bukan diukur dari orang lain
yang berjaya amal apa yang kita sampaikan tapi kejayaan dakwah di ukur apabila
kita berjaya amal apa yang di sampaikan.
Firaun yang
jahat di dakwah dengan lemah lembut oleh Nabi Musa, akhirnya Ahli sihir firaun
yang dapat hidayat, semua kerja Allah..
Nabi Nuh
berdakwah siang dan malam, sepuluh tahun baru dapat seorang pengikut, tak
pernah Allah cakap cara Nabi Nuh tu salah sebab 10 tahun dapat seorang, 900
tahun dapat 80 orang, yang salah kaum dia yang rasa tak selesa dengan cara Nabi
Nuh berdakwah dan agenda yang di bawa oleh Nabi Nuh, akhirnya yang rugi kaum
dia, bukan Nabi NUh, tak paham lagi?
"Tapi
Tuan, ada orang insaf bila mendengar lagu nasyid, macam mana tu?"
Dik, dakwah
terbaik adalah cara Nabi, selain dari cara Nabi ni walaupun ada sedikit
‘kesan’, tapi kesan kerohaniannya tak sama, lagipun bukan semua benda yang
mendatangkan insaf itu baik, sebagai contoh, ramai yang insaf tengok mangsa
covid menderita, habis tu nak kena jngkit dulu baru ornag lain insaf tengok
kita? Gitu? Contoh lain: ramai orang insaf bila melihat mayat bergelimpangan
mati di jalan raya, tapi tak kan lah kita sengaja nak bergolek di jalan raya
semata mata nak suruh orang insaf, kena pijak tayar lori karang, siapa nak kutip?
keretamayat juugak, adohai..
Dakwan cara
Nabi akan datang bersama pengorbanan dan ujian.
Baca kisah
nabi Ibrahim kena campak dalam api, Nabi Nuh di sabotaj binaan kapal, Nabi
Muhamad di baling batu, Nabi zakaria di gergaji, Nabi Ayub di ditimpa penyakit,
Nabi Yunus di telan ikan, Nabi Yosof dipenjara, Nabi Ismail di sembelih..
adohai.. banyak nak cerita.
Bila
Sahabat rasa susah bermujahadah dalam berdakwah cara Nabi, Nabi tenangkan
mereka dengan bagitahu:
“Sesungguhnya
umat-umat yang zaman dahulu, mereka disikat dengan sikat-sikat besi sehingga
mengoyakkan daging dan urat dari tulang-tulang, namun semua itu tidak
membuatkan mereka berpaling daripada agama.”
Tuan tuan,
Agama tersebar dengan mujahadah para pendakwah, bukan dengan hiburan. Dizaman
Nabi Muhammad SAW, walaupun belum ada kitab ugama dicetak, kitab hikam belum
ada, kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar
harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, FB islamik
takde, halaman web Islamicpun takde jugak, sekolah pondokpun takde, parti islam
dan nasyid jugak tiada, drama islam takde, ceramah kelakar macam UAI pun takde,
tapi hari hari orang kapir masuk islam, Kenapa?
Kerana
hidayat tersebar bila mujahadah dari Nabi dan sahabat yang berterusan. Tapi
zaman ni, apa yang tak de?, kitab ugama dicetak sudah setinggi gunung, akhbar
dan majalah islamic bersepah, risalah lepas jummaat melayang layang, blog
dakwah berlink link, halaman web Islamic penuh sesak, sekolah pondok bertingkat
tingkat, parti so call islamic bukan main besar bendara berkibar, nasyid di
radio tak henti henti, TV islamic pun ada, ustaz ceramah bukan main kelakar,
tapi bilangan orang kapir masuk islam tak macam zaman Nabi, sikit bebenor,
malahan zaman ni, orang murtad pulak ramai.., kenapa?
Patut
dengan dakwah cara tak meluat, Masjid penuhlah, tapi masih kosong terutama bila
takde ustaz kalakar datang ceramah, adohai..
Akhir kata
pesan kepada geng Tabligh:
Bersabarlah
kita dalam berdakwah cara nabi, kerana Nabi dahulu bila berdakwah telah di hina
oleh bangsa sendiri, Hari pertama istihar Kenabian, telah di tempelang oleh
anak Abu jahal, Nabi pernah di sepak macam anjing, pernah di humban ke tanah
seperti sampah, pernah di tumbuk sehingga tercabut giginya, di baling najis, di
lontar batu sehingga berdarah darah, di hina di caci, di dusta di lukai, ini
adalah gara gara berdakwah dari pintu ke pintu yang orang kapir cukup meluat.
Tapi adakah
Allah turunkan wahyu kesian tengok Nabi susah bermujahadah dalam berdakwah
dengan cara yang orang kafir meluat lalu suruh ubah cara berdakwah?
Takde
maknanya!
Berdakwahlah
untuk menyukakan Allah, bukan menyukakan nafsu kita atau nafsu orang lain..,
berdakwah dengan mujahadah cara Nabi, dan hidayat adalah kerja Allah.
Pesan imam
Ghazali: Mujahadah adalah kunci pintu hidayah, tidak ada kunci hidayah selain
mujahadah.
Nak
berhibur sambil berpesan perkara baik, itu takde masalah, nak bernasyid ke, nak
tulis blog ke, nak berkompang ke, nak berdemotrasi ke, nak uodate facebok ke,
nak kadi youtuber ke, takde masalah, selagi ada kebaikkan, ianya akan member
manfaat pada sesama mukmin.. tapi nak kata cara Nabi tak sesuai dan meluat,
baiklah istigfar.
Balik ke
tangga surau 20 tahun lepas, dikutuk oleh orang kampong konon dakwah cara Nabi
takde orang ikut.
Jika mereka
tahu akan datang, pada tahun 2020, satu perhimpunan Tabligh telah di adakan,
tapi syarat peserta hanyalah mereka yang pernah berdakwah selama 4 bulan
sahaja, maka saya yang pernah berdakwah selama 40 hari tak layak pergi ke sana,
semua ada hikmah dan tiba tiba ujian Allah datang, virus covid tersebar, dan
beribu ribu orang tabligh dah pergi serah diri.
Tengok
bilangan yang hadir, gerun jugak sebab ramai, belum lagi jika rujuk Jemaah tabligh
buat perhimpuan Ijtimak di Nilai tahun 2009, ada 200 ribu masa tu, jika rujuk
himpunan di Tonggi pula, 4 juta orang… maka saki baki Jemaah tabligh yang gagal
di jejak, tolong serah diri untuk diperiksa.
Salam
sayang, korang semua penyejuk mataku.
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Berkaitan isu tabligh yang terkena coronavirus tu, bila saya fikir2 balik pasti ada hikmahnya tu... Apa yang saya fikir, dunia akhir zaman ni kan akan perginya golongan yang beriman.. orang yang baik2... ada saya terbaca dalam status penuh emosi seorang kawan, katanya kenapa yang kena virus tu geng2 tabligh,kenapa tak kena kat perompak ke, perogol ke, orang2 jahat yang lain. Dia membuatkan saya terfikir sesuatu. Bila ramai geng2 tabligh dalam hospital tu, saya pasti mereka akan membawa aura positif malah sentiasa berkiblatkan Allah start dari bukak mata sampai laa tutup mata, jadi aura mereka pasti akan dirasai oleh staf2 yang bertugas memerangi covid10 tu. itu sebenarnya lebih membantu mereka. cuba bayangkan yang membanjiri wad2 tu org2 jahat... mcm mana agaknya keadaan frontliner kite ye... Waallahualam.
Segelintir manusia manusia yg tidak jujur, tidak amanah, tidak bertanggungjawab, menyebabkan ramai yg terjangkit, sebhgnnya menemui kematian, menyebabkan ramai yg terkurung, ramai yg tersekat pekerjaannya, ramai yg terputus pencariannya, ramai yg terhalang aktivitinya. Segelintir kecil ini juga memburukkan nama jamaah Islam. Ketidakjujuran nampak spt kecil bg sesetgh org tp besar sekali kesannya.
Post a Comment