Mar 27, 2020
Tip aktiviti bersama anak sewaktu Covid?
(Hidup sementara sahaja, datang virus pun mati, tak datang
viruspun mati. Sunguh hidup terlalu singkat untuk bergaduh bab agama.)
Untuk itu, sempena perintah berkurung 28 hari, elok waktu yang
ada sewaktu berkumpul bersama anak bini, kita habiskan dengan buat aktiviti
keagamaan.
Nak buat apa? Buatlah (1) Muzakarah adab, (2)Taklim, (3)Bayan,
dan (4)Soal jawab.
Bila nak buat?
Solatkan ada lima waktu, maka boleh buat satu majlis tiap
kali lepas solat, contoh lepas subuh buat (3) Bayan, lepas zohor buat (1) muzakarah
adab, lepas asar buat (4) Soal jawab, lepas magrib mengaji beramai ramai, lepas
isyak buat(2) Taklim
Macam mana nak buat?
Ok, untuk (1) muzakarah adab, himpungkan semua ahli rumah,
duduk dalam bulatan, dan minta cadangan dari ahli nak bincang isu apa?
Isu makan ke, isu solat ke, isu ziarah ke, tak kisah.
Bila dah dapat tajuk, si ayah boleh cerita tentang Maksud
sesuatu ibadat, kelebihan sesuatu ibadat, dan bagaimana cara nak dapat hakikat
ibadat itu. (korang kenalah study sikit sebab dah namapun ketua keluarga kan?)
Contoh katakan korang bincang adab solat, maka pengerusi
majlis ceritalah tentang maksud solat, iaitu nak bawa ketaatan dalam solat
keluar solat hingga solat dapat mencegah mungkar.
Kelebihan solat pula adalah dosa dosa diampuni bagai daun
gugur dimusim gugur, (ada beratus ratus kelebihan solat)
Cara nak dapat pula adalah melalui solat awal waktu secara
berjemaah.
Kemudian boleh minta semua ahli rumah tambah ikut ilmu
masing masing, sebab banyak lagi kelebihan solat atau apa apa bab solat yang
orang lain tak tahu maka dapatlah kita berkongsi ilmu.
Bagi ahli rumah yang tak tahu, suruh mereka ulang balik
cakap orang lain agar tiada peserta majlis hanya diam termenung, biarkan semua
bercakap.
InsyaAllah diam diam anak kita bila ada peluang bercakap bab
agama, banyak input mereka bagi dan waktu ini jika fahaman mereka agak wahabi
atau syiah atau ada unsur athies, bolehlah kita betulkan balik alignment
calibration mereka agar kembali ke jalan Sunnah wal jamaah.
Ok, selain muzakarah adab, buat juga (2) majlis taklim, ini
sangat senang, sorang baca hadis, dan yang lain pakat pakat dengar.
Melalui majlis taklim, anak anak akan ada modal untuk
bercakap bab agama, waktu makan nanti boleh tanya anak taklim tadi baca hadis
apa? Lalu terbukalah jalan untuk sembang perkara yang meningkatkan Iman.
Baik, dah habis dua majlis, nak buat apa pulak?
Buat (3) majlis bayan! Minta anak ceramah tentang agama
dalam 10 minit, InsyaAllah melalui amalan muzakarah adab dan taklim tadi, anak akan
ada banyak modal nak berceramah.
Waktu ni jika korang suka kutuk ustaz ceramah tak best, baru
korang tahu anak korang boleh pergi jauh mana dalam bab ceramah dan sama sama
lah korang improve diri.
Dah habis bayan, nak buat apa pula? Hah! Ini anak paling
suka, (4) majlis soal jawab.
Minta anak anak bertanya soalan, dan ayah jawab, waktu ni
kita dapat tahu ilmu kita takat mana dan kita akan ada modal nak cari jawapan
yang kita tak tahu, bagi anak yang tak bertanya, kita yang tanya dia, biar dia
serik sebab tak bertanya, haha.
Okey cukuplah dulu empat majlis tu korang buat bersama anak
bini, ada lagi majlis lain seperti mesyuarat cara islam, khidmat cara islam,
riadah cara islam tapi panjang nak cerita nanti, pelan pelan kayuh. (boleh
rujuk FB dan Youtube saya dari masa ke semasa)
Bagi yang masih tak dapat gambaran, saya ada buat video
Muzakarah adab di Youtube Hamka Keretamayat Channel, dalam video tu saya tunjuk
cara buat muzakarah adab makan cara islam, jadi korang boleh buat Smart View
kat TV dan biarkan anak bini tonton agar mereka faham bagaimana nak buat
muzakarah tu nanti.
Video tu akan saya share di ruang komen. https://youtu.be/EIYVJMj1fOY
Selamat menonton, sila like dan subscribe dan jika keluar
iklan kat video tu, janganlah skip ads!
Woha!
Ps: gambar anak anak lepak di belakang rumah seramai 5 orang
yang sedang lapar dan makan dengan rakus kerana penat dengan majlis agama dari
si ayah katanya, adohai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment