Mar 15, 2020

Salah faham anak kita?


“Ayah, Kenapa ayah kena pergi solat di masjid, solat kat rumah macam bonda tak boleh ke?”

“Ayah orang lelaki, jadi.., ayah kena solat kat masjid, bonda pulak orang perempuan, jadi kena solat kat rumah..”

“Ohh, pagi jer ayah tak payah ke masjid kan?”

“apa pulak?, semua kena pergi masjid, subuh, zohor, asar, maghrib, isyak semua kena pergi masjid”

“Tadi, saya nampak ayah solat kat rumah pagi tadi”

Woha! Isteri saya gelakkan saya dari dalam bilik.. Saya jugak ketawa pada diri sendiri.., eh, kejap!, kenapa mesti ketawa?

Kenapa mesti ketawa bila diri sendiri bila dah kena Kantoi solat subuh gajah..,?

*****
Imbas kembali:

Pagi tadi, bukan pagi yang biasa, (cover line-sebanarnya malam tadi, bukan malam yang biasa, malam tadi bulan mengambang),

Pagi tadi hujan turun dengan lebatnya dan malam tadi saya dan isteri telah lena diulit syaitan lalu terlelap tidur dan terjaga jam 6.30 pagi lantas tergesa gesa bangkit dari pembaringan dan terus mandi wajib.

Anak saya yang biasa bangun pagi untuk ke sekolah telah bangun awal seperti biasa dan terlihalah di matanya seorang ayah dan seorang bonda sedang solat 'subuh gajah' pada waktu dah nak hampir jam 7 pagi, lantas anak saya yang berhati kamil menyangka bahawa ayahnya tidak wajib ke masjid sedang saya sebenarnya masih terbabas dengan penyakit wahan sehingga penah gak beberapa kali terkantoi solat subuh, aduh!

Maka moralnya di sini adalah, terbukti sudah bahawa saya bukanlah lelaki terakhir yang sempurna iman diakhir zaman kerana kejahilan dan kelemahan masih menyelubungi diri yang hina ini, sepatutnya saya, walau macam mana lambatpun bangun pagi, tetap kena pergi ke masjid, kerana sunnah Nabi, ada tiga perkara dalam bab solat..

Pertama, tempat azan di azankan (bagi lelaki terutamanya)

kedua, awal waktu..,

ketiga, solat berjemaah,

Moral 1: Sekiranya korang gagal untuk solat berjemaah kerana darurat, maka pergilah jugak ke masjid dan solatlah sorang-sorang jika tiada makmum.., (solat subuh memang jarang dapat solat berjemaah jika dah terlewat, masjid sangat lengang waktu ni, di zaman Nabi mereka yang lambat bangun masih ke masjid dan insyAllah akan ada musafir lain dapat berjemaah bersama mereka, walaupun dah lewat.) kadang kadang tu, masjid lepas subuh terus kunci! oh!

Moral 2: Sekiranya korang sibuk luar biasa, seperti doctor yang nak bedah mayat, atau polis yang nak memayatkan perompak, atau askar yang makan biskut mayat, atau keretamayat yang sibuk nak lupuskan mayat, dan lain-lain, buatlah muafakat nasional dengan kawan kawan yang sama-sama sibuk agar selepas zon sibuk habis nanti, iaitu selepas habis perang, meeting, kerja bahaya, debat parlimen dan lain lain, sama samalah berkumpul dan solatlah secara berjemaah, lewat sikit takpe asal masih dalam waktu, banyak hadith tentang betapa Allah puji mereka yang sedang bekerja tapi masih dapat solat secara berjemaah..

Moral 3: Jika tempat kerja jauh dari masjid, dibenarkan dalam islam untuk azan kat tempat kerja, tak kira dalam hutan ke, atas gunung ke, dalam kebun ke, takpe, banyak jugak hadith akan Allah cukup suka puji mereka yang azan walaupun dalam hutan atau atas gunung, kerana itu adalah bukti bahawa korang adalah antara lelaki-lelaki yang akhir beriman di akhir zaman..

Nabi SAW bagitahu alangkan beruntungnya mereka yang tidak lihat saya tetapi mengamalkan apa yang saya seru, dan Nabi ulang sampai 8 kali, beruntung, beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung beruntung sungguh beruntung…!

Dan akhir sekali, sambil pesan kat diri sendiri, cuba jugaklah solat di masjid walau macam mana lewatpun, nak buat macam mana?, dah korang perasan sibuk sangat, insyAllah di akhir zaman ni ramai jugak yang terlewat kerana ada masalah masing-masing, namun bila dah terlewat lalu solat sorang sorang dirumah, itu yang masalah! Sedang masalah dapat di selesaikan bila korang yang ada masalah ni pergi jugak ke masjid dan solat berjemaah di sana, buat jemaah baru, selesailah masalah, insyAllah…

Penutup:

Di akhir zaman ini, bila ayah tak solat, anak-anak akan sangka solat itu boleh main-main.., atau bila ayah solat di rumah, anak-anak akan sangka orang lelaki boleh solat di rumah.., atau bila ustaz solat di rumah, orang kampong akan sangka takpe kita sama sama solat di rumah sampai masjid/surau tak de orang azan jadi perkara biasa di akhir zaman ini.. oh! kerana itulah Nabi SAW sakit sakitpun pergi ke masjid, Khalifah Islam dulu, sakit dan sibuk macam manapun pergi ke masjid..

Kenapa?

Kerana faham, Allah lah Tuhan kita dan sembahlah Allah dengan cara yang paling layak Allah di sembah.

Bapa bapa sekalian, sila take note.

Woha!

(dipetik dari buku hamka kereta mayat)

8 comments:

Anonymous said...

Anak adalah anugerah Tuhan yang mempunyai kelebihan masing2. Syangilah mereka seadanya. Didik mereka ke arah yang benar.
skor A
pasti skor
score A
tips spm

Anonymous said...

Berbincang laa baik2 dgn mereka. Jangan bagi mereka memberontak dan buat hal masing2.
hometutor
tuisyen di rumah
home tuition malaysia

Anonymous said...

slip disc
sakit kepala

Anonymous said...

tempat menarik di jepun
tempat menarik di korea

Anonymous said...

pulau di sabah

Anonymous said...

pet hotel

Anonymous said...

cat hotel

Anonymous said...

budak-budak kan

Pet Hotel System