Apr 9, 2020
Berita baik sempena Covid?
Bila korang dah dapat kemanisan solat berjemaah di masjid,
pasti akan terasa pahit meninggalkannya. Tapi taat pemerintah juga adalah
sunnah dalam penyelesaian kemaslahan umat.
Semua tahu sudah, sunnah nabi dalam solah ada tiga perkara :
1. Solat di awal waktu
2. Solat berjemaah
3. Solat tempat diazankan yakni di masjid
Namun, Tidak boleh buat semua, jangan pula tinggal semua.
Tidak dapat solat di masjid boleh jer solat berjemaah di rumah. Yang penting
awal waktu dan tidak melengah lengahkan solat.
Ada hadis dari buku taklim kisah malaikat yang memerhatikan
lelaki yang solat berjemaah di masjid dan mencatat kehadiran, namun bila lelaki
itu tidak hadir kerana uzur atau ada halangan malaikat itu tetap menghitung
lelaki yang tidak hadir tadi sebagai peserta orang yang solat berjemaah di
masjid.
Alhamdullah...
Semoga vaksin karona atau kaedah pencegahan lain ditemui
segera dan dapatlah kita menuntut insuran dari Allah swt
Ehh ! Allah pun ada janjikan insuran?
Ya! sesiapa yang solat berjemaah selama 40 hari berturut
turut tanpa tertinggal takbir pertama bersama imam akan mendapat insuran
dibebaskan dari api neraka.
Dan tengok pada gaya PKP mungkin akan dilanjutkan lagi mana
tahu dari 28 hari ke 40 hari? Maka ambiklah peluang ini untuk dapatkan takbir pertama
bersama imam.
Sah sah kita semua dapat jaga takbir pertama kerana kitakan
Imam.
Woha!
PKP: Say no to solat lengah lengah, say yes to solat
berjemaah, now everyone can do!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment