Apr 27, 2020

Penawar simple bagi hati?


 (Empat asas yang perlu ada sebagai Penawar bagi hati)

Alkisahnya.. Hari ni muzakarah dengan anak-anak bab penawar bagi hati, ada 4 asas sahaja yang kami bincangkan iaitu, Syukur, Sabar, Ikhlas dan Khauf.

Suruh anak anak sebut dan hafal 4 kata kata ini:

  • (1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.
  • (2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
  • (3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
  • (4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.


(lepas anak anak dah sebut dan hafal, kita sebagai moderator muzakarah akan buat sedikit ulasan)

Alhamdulillah, semua dah hafal 4 penawar bagi hati, maka sekarang ayah nak cerita tentang Maksud, Kelebihan, dan Cara nak dapat.

Semua juzuk dalam Islam ni ada tiga benda ni iaitu, (1) Maksud, (2) Kelebihan, dan (3) Cara nak dapat.

(1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil nikmat.

Maksud Syukur: Kita nak sedar bahawa Allah sayangkan kita dan kita sedang di beri nikmat yang sangat banyak.

Kelebihan Syukur: Allah akan tambah nikmat, hidup lebih bahagia, Hati bertambah tenang, pahala semakin naik, dan kita akan menyenangkan semua orang.

Cara nak dapat Syukur: Nikmat Allah hendaklah disebut sebut, selalu puji Allah atas segala nikmat, selalu tengok orang lebih susah agar syukur makin bertambah, ada masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital, semua itu menambahkan kesyukuran, dan kongsi nikmat pada orang lain maka nikmat akan bertambah. Orang kaya yang bersedekah itu tanda syukur, orang kaya yang simpan duit dan cakap saya bersyukur itu kedekut. Aduh..

(2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian

Maksud Sabar: Mencari hikmah yang menyamar sebagai takdir buruk padahal sebenarnya adalah takdir baik, jika tak jumpa hikmah, maka Kita nak redha dengan takdir buruk sampai kita mati atau sampai takdir buruk itu bertukar menjadi baik. InsyaALlah

Kelebihan Sabar: Lebih bahagia dan tenang, lebih mudah uruskan masalah bila sabar,dan Allah janji akan bersama orang yang sabar, pahala dan darjat anak naik bagi orang bersabar, dan kita akan menyenangkan semua orang.

Cara nak dapat Sabar: Carilah pertolongan dengan solat dan sabar, ambik wudhu, dan duduk, dan bertenang, sangka baik pada Allah, selalu tengok orang lebih susah agar syukur bertambah pada baki nikmat yang lain, ada masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital, semua itu menambahkan kesyukuran pada baki nikmat yang ada dan dapat membantu menambah nilai pada kesabaran.

(3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar

Maksud Ikhas: Buat sesuatu kerana Allah, tinggalkan sesuatu juga kerana Allah.

Kelebihan Ikhas: Hati lebih tenang dan damai, dan Allah janji akan terima amal yang ikhlas malahan Alah akan gandakan berlipat kali ganda amalan yang ikhlas dan kita akan menyenangkan semua orang.

Cara nak dapat Ikhas: Jawab empat soalan
  • (1) Adakah ini perintah Allah? 
  • (2) Bagaimana Nabi buat? Jika Nabi tak buat, bagaimana Ulamak buat? 
  • (3) Adakah saya buat ini kerana Allah? 
  • (4) Bagaimana saya akan istiqamahkannnya? Jika dapat jawapan semua jawapan ini dengan betul, maka akan dapat ikhlas, selain itu Yakin dengan janji Allah melalui ihtisab juga dapat hakikat Ikhlas.


(4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.

Maksud Khauf, kelebihan Khauf, cara nak dapat Khauf…..?

Alamak, masa dah habis, waktu berbuka dah masuk, muzakarah kita tangguh dulu dengan tasbih kafarah. Jumpa lagi dilain Muzakarah.

Woha!

No comments: