(Empat asas yang perlu ada sebagai Penawar bagi hati)
Alkisahnya.. Hari ni muzakarah dengan anak-anak bab penawar
bagi hati, ada 4 asas sahaja yang kami bincangkan iaitu, Syukur, Sabar, Ikhlas
dan Khauf.
Suruh anak anak sebut dan hafal 4 kata kata ini:
- (1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil
nikmat.
- (2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
- (3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
- (4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.
(lepas anak anak dah sebut dan hafal, kita sebagai moderator
muzakarah akan buat sedikit ulasan)
Alhamdulillah, semua dah hafal 4 penawar bagi hati, maka
sekarang ayah nak cerita tentang Maksud, Kelebihan, dan Cara nak dapat.
Semua juzuk dalam Islam ni ada tiga benda ni iaitu, (1)
Maksud, (2) Kelebihan, dan (3) Cara nak dapat.
(1) Bersyukur dengan segala nikmat walau sekecil kecil
nikmat.
Maksud Syukur: Kita nak sedar bahawa Allah sayangkan kita
dan kita sedang di beri nikmat yang sangat banyak.
Kelebihan Syukur: Allah akan tambah nikmat, hidup lebih
bahagia, Hati bertambah tenang, pahala semakin naik, dan kita akan menyenangkan
semua orang.
Cara nak dapat Syukur: Nikmat Allah hendaklah disebut sebut,
selalu puji Allah atas segala nikmat, selalu tengok orang lebih susah agar
syukur makin bertambah, ada masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital,
semua itu menambahkan kesyukuran, dan kongsi nikmat pada orang lain maka nikmat
akan bertambah. Orang kaya yang bersedekah itu tanda syukur, orang kaya yang
simpan duit dan cakap saya bersyukur itu kedekut. Aduh..
(2) Bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian
Maksud Sabar: Mencari hikmah yang menyamar sebagai takdir
buruk padahal sebenarnya adalah takdir baik, jika tak jumpa hikmah, maka Kita
nak redha dengan takdir buruk sampai kita mati atau sampai takdir buruk itu
bertukar menjadi baik. InsyaALlah
Kelebihan Sabar: Lebih bahagia dan tenang, lebih mudah
uruskan masalah bila sabar,dan Allah janji akan bersama orang yang sabar,
pahala dan darjat anak naik bagi orang bersabar, dan kita akan menyenangkan
semua orang.
Cara nak dapat Sabar: Carilah pertolongan dengan solat dan
sabar, ambik wudhu, dan duduk, dan bertenang, sangka baik pada Allah, selalu
tengok orang lebih susah agar syukur bertambah pada baki nikmat yang lain, ada
masa pergi ziarah kubur, penjara atau hospital, semua itu menambahkan
kesyukuran pada baki nikmat yang ada dan dapat membantu menambah nilai pada
kesabaran.
(3) Ikhlas dalam setiap amal sama ada kecil atau besar
Maksud Ikhas: Buat sesuatu kerana Allah, tinggalkan sesuatu
juga kerana Allah.
Kelebihan Ikhas: Hati lebih tenang dan damai, dan Allah
janji akan terima amal yang ikhlas malahan Alah akan gandakan berlipat kali
ganda amalan yang ikhlas dan kita akan menyenangkan semua orang.
Cara nak dapat Ikhas: Jawab empat soalan
- (1) Adakah ini
perintah Allah?
- (2) Bagaimana Nabi buat? Jika Nabi tak buat, bagaimana Ulamak
buat?
- (3) Adakah saya buat ini kerana Allah?
- (4) Bagaimana saya akan
istiqamahkannnya? Jika dapat jawapan semua jawapan ini dengan betul, maka akan
dapat ikhlas, selain itu Yakin dengan janji Allah melalui ihtisab juga dapat
hakikat Ikhlas.
(4) Khauf dengan segala dosa sama ada kecil atau besar.
Maksud Khauf, kelebihan Khauf, cara nak dapat Khauf…..?
Alamak, masa dah habis, waktu berbuka dah masuk, muzakarah kita
tangguh dulu dengan tasbih kafarah. Jumpa lagi dilain Muzakarah.
Woha!
1 comment:
Apa maksud khauf bang?
saya nak tahu
Post a Comment