Apr 24, 2020
kisah sahur dari masa depan?
Kisah malam pertama berpuasa, Sebelum tidur, berkatalah laki
kepada bini..
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
Beberapa jam kemudian
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 20 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Aku bermimpi ke malam tadi?, nampaknya hanya bini yang paham
laki masing masing, adohai...
***
Kisah malam kedua bersahur pulak,
"awak tak payah masak, awak tu sedang menyusu, biar
abang masak, awak rehat, kerja awak menyusukan anak sahaja"
kata laki pada bini sebelum tidur.
Menjelang sahur, terdengarlah bunyi bawang menyeringai dalam
kuali, kemudian terdengar sodep menari nari bergulir dengan perisa nasi goreng
dan bahan bahannya, ha ha ha, siapa sangka, di awal kedinginan pagi sebegini
ada insan bernama lelaki yang sangat mahir dalam memasak nasik goreng u.s.a..,
ha ha!
.
.
.
.
.
.
"bang, bangun bang, sahur.."
Aku terus bangkit, ambil wudhu dan melihat jam lagi 25 minit
sebelum azan subuh dan dimeja makan sudah terhidang nasi bersama lauk kegemaran
siap dengan teh tarik yang masih berasap. Tak lupa juga bini yang sedang
tersenyum menunggu laki di hujung meja makan.
Cis! rupanya aku hanya bermimpi masak nasik goreng, cilako!!
, kesimpulan sekali lagi, hanya bini yang paham laki masing masing, adohai…
***
Kisah malam ketiga pula:
"awak tak payah masak, awak tu sedang berpantang, biar
abang..."
Belum sempat aku habiskan kata kata, ada jari telunjuk kanan
bini atas bibir aku dan jari telunjuk kiri beliau pula di atas bibirnya.
(Enjoy the silence....)
"Bang, ketahuilah, saya sedia masak berbuka dan sahur
untuk abang seumur hidup saya. Malahan saya bahagia menunaikannya”
Perghhh
Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada semua
bini di seluruh dunia yang memahami hakikat nikmat memasak untuk laki masing
masing, kagum dari jauh!
****
Kisah malam semalam, malam ke empat:
Puan Bini sedang masak sahur, En Laki boleh pula baca surat
Khabar dengan suara kuat.
“ Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk
dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia
awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur,
semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baruas,
di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya
membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang
belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan
pecah di dapur rumahnya.
“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang
menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi
jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.
“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an
itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun
bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan
suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang
diri.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan
suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.
“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan
isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak
isterinya itu.
“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala
isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu
hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan
rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera
menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.
“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai
polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di
Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten
Komisioner ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan
masih dijalankan”
Habis baca, aku tunggu reaksi Puan Bini yang sedang memasak:
“ eh apa punya laki, pasal sahur pun nak gadoh ke? Laki tu
memang manusia durjana, sanggup menggunakan kekerasan terhadap wanita, nasib
baik saya tak ada di sana, jika tidak, lebam bijik mata dia”
Perghhh, Puan Bini, sebijik tiru ayah Sudin dalam Bujang
Lapok waktu marah Laki bini bergaduh bab belacan.
Apa-apapun, kepada semua Laki, ingatlah pesan Nabi yang
suruh kita berbuat baik kepada wanita.
****
Kisah sahur hari ke lima, hari ini.
"Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss sahur”
Kata laki dengan senyuman bersyukur.
“Alhamdulillah, dah 5 Ramadhan, tak pernah miss masak sahur
untuk abang”
Kata Puan Bini dengan senyuman bersyukur yang lebih
terserlah.
Aku tunduk malu kerana Hakikatnya, pahala isteri di bulan
puasa, lebih banyak dari pahala suami masing masing. Deep nih!
Ps: Terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia islam
yang istiqamah masak sahur pada laki masing masing tanpa sekelumit mengeluh
pun. Kagum dari dekat kepada bini aku dan kagum dari jauh kepada bini korang!
Woha!
(dipetik dari Ebook kisah laki bini dan puasa, RM 15 (harga asal rm25) sahaja
untuk bacaan penuh kisah dari 1 ramadan ke 6 syawal-woha!, wasap 0199117163 untuk beli)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment