Apr 30, 2020
PKP macam azab kubur?
Bila kena PKP, nasib kita semua tak sama, ada orang PKP di
rumah banglo, makanan penuh atas meja, ada banyak hiburan dalam rumah, pasangan
pulak sangat best dan saling menyayangi.
Manakala ada orang rumah sempit, tiada makanan, lepas tu
bergaduh pula dengan pasangan, dan macam macam cerita yang sedih untuk di
ceritakan.
Saya Alhamdulillah, walau pakai kereta buatan Malaysia
sahaja, tapi sempat buat rumah atas tanah lot, maka tak lah rasa sempit sangat,
lepas tu alhamdulillah masih ada makanan atas meja, anak anak semua taat dan
patuh, isteri pun menyenangkan hati, dan rasa macam orang pencen, bangun pagi
tak payah pergi kerja dan buat apa yang kita suka iaitu membaca, menulis, dan
menonton.
Ketika sedang saya rehat di belakang rumah, di bawah pokok
sambil layan isu semasa di internet, kakak saya call bertanya kabar, beliau
seorang guru dan beliau bercerita betapa gembira sewaktu PKP ini kerana anak
anak dapat berkumpul, dapat baca taklim, dapat bincang bab agama, dapat makan
berjemaah, dan dia rasa seperti nikmat pencen di awalkan cuma yang bezanya,
pencen bersama badan yang sihat, si kakak juga tingal di rumah atas tanah lot
dan dapatah dia berkebun dibelakang rumah.
Kata kakak: “Hamka, agaknya beginilah nasib kita di kubur!”
Saya ringkaskan isi perbualan kami, saya setuju dengan
pendapat kakak saya bahawa nanti dalam kubur, kita akan kena PKP dalam lubang
kubur masing masing, tak boleh nak kemana-mana, tapi jika kita bawa bekal solat
yang cukup, al quran, silaturahim, semuanya akan jadi teman dalam kubut dan
akan hiburkan kita sampai kiamat.
Rujuk hadis, ada kisah waktu malaikat nak soal dan seksa
dalam kubur, akan datang al quran dalam bentuk manusia membela kita, akan
datang silaturahim yang akan meluaskan kubur kita, akan datang solat malam
menerangkankan kubur kita, dan banyak lagi amal ibadat akan datang memeriahkan
PKP kita di dalam kubur.
Tapi jika kita mati dalam keadaan derhaka pada Allah, maka
kuburPKP kita akan jadi sempit, lepas tu dilepaskan pulak ular berbisa untuk
azab mayat, dan malaikat nakir akan palu kita siang dan malam lalu kita dipukul
dipalu sehari hari barulah kita sedarkan diri hidup di dunia tidak bererti
akhirat di sana sangatlah rugi.. ni dah menyanyi lagu selimut putih ni.. woha!
Jadi insaflah kita diwaktu PKP ni sebab di Malaysia, masih
ada orang bagi bantuan makanan, kerajaan bagi duit, dan lain-lain bantuan, tapi
dalam kubur kena PKP kita nak minta bantuan siapa? Nak harap doa orang hidup
tahlil untuk kita tak boleh pulak sebab kita waktu hidup anti bidaah hasanah?
Habis tu nak ke mana?
Sementara masih hidup waktu PKP ini, Stay home, jangan
merayap, sabar walau terpaksa bekurung, bersyukur dengan segala nikmat walau
sekecil kecil nikmat, bersabar dengan segala ujian walau sebesar besar ujian,
jaga solat awal waktu, baca al quran, baca makna, banyakkan berdoa ddan
bertaubat, mudah mudahan PKP kita di kubur nanti indah dan meriah macam hari
hari hari raya.
Woha!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Dah dapat nikmat kerja gomen dpt gaji penuh sukalah tak yah gi kerja. Jgn lupaksn insan yg jutaan hidup susah tak dpt hangpa sekeluarga...
benar
Post a Comment