Oct 1, 2014

Tuhan itu Zalim?

(Tanya sama abang keretamayat, soalan dari atheist)

Atheist said:

"Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya" al-Hadith.

Sewaktu kecil, hadis ini sering diwar-warkan oleh ustaz di sekolah. Allah sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang seorang ibu. Namun jika diteliti ajaran agama dan kitab sucinya, kita akan dapati pelbagai percanggahan dengan maksud hadis di atas.

Sejarah manusia pertama pun dah menunjukkan percanggahan itu. Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke barat.

Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu.

Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!

Kasih sayang seorang ibu jauh lebih bernilai dari kasih sayang tuhan. Kasih sayang tuhan hanya dihiasi dengan ancaman seksaan yang tidak masuk akal. Tiada ibu yang sanggup membiarkan anaknya diseksa, dibakar, disepak terajang setiap hari untuk tempoh yang infiniti.

Yang pasti banyak statement dari agama bercanggah antara satu sama lain. Sifat tuhan tidak konsisten dan lebih kepada sifat diktaktor yang mempunyai masalah emosi. Bukankah dari situ kita boleh nampak bahawa tuhan itu tidak lebih dari produk ciptaan minda manusia. Fikir-fikirkanlah.

Sekadar Gambar Hiasan
Hamka said:

Terima kasih kerana sudi baca blog keretamayat dan sudi bertanya soalan kepada aku yang bukan ustaz ini, so pengetahuan aku bab agama adalah sangat nipis, dan minta maaf sebab lambat jawab sebab perasan sibuk. Tapi aku pilih untuk ulas bab ini sebab aku sebenarnya sedang menulis novel tapi malas sangat nak menulis, kerana masalah novel ianya berbentuk fiksyen, sedangkan buku yang aku tulis sebelum ini base on true story or true event. Jadi untuk memudahkan aku menoles novel fiksyen, aku plan nak buat kisah atheist belajar silat nak mengorat anak guru silat lalu berdebat bab ketuhanan dengan mertua beliau,

Eh? Tak boleh cerita lebih lebih, nanti novel dah tak gempak, adohai.., so mudah mudahan dengan ulas bab ini, diharap idea untuk menulis novel akan kembali segar dan memberasangkan! Amin. (walau mungkin tak mampu memberi hidayat kepada penanya kerana aku bukanlah pandai sangat bab agama, namun mungkin ada dua tiga insan diluar sana yang memperoleh manfaat, mana tahu?, semoga Allah terima apa yang aku buat sebagai asbab kebaikan diri dan ummat, Amin sekali lagi)

Baik, balik kepada persoalan diatas, bab “benarkah Allah itu sayang kepada hamba-hambanya lebih dari sayang ibu kepada anaknya ini” pernah di tanya pada Nabi Muhammad SAW. Kisah seorang mak cik dan anaknya sedang menyalakan ungun api, apabila api itu menjadi besar, si makcik ini pun alih anaknya ke belakang badannya agar anaknya tidak terasa bahang panas api.., kemudian lalulah Nabi dan sahabat berhampiran makcik dan anaknya tadi, dan si makcik ini telah mengambil peluang untuk bertanya soalan lebih kurang maksud:

“Wahai pesuruh Allah, aku dengar Allah lebih sayangkan hambanya 70 kali lebih, dari sayangnya seorang ibu kepada anaknya, tapi mengapa Allah sanggup mencampakkan hambanya ke dalam neraka?, sedangkan aku, walau sejahat manapun anak aku, aku tidak tergamak untuk mencampakkan anak aku ke dalam api. Bukankah Allah menyayangi hambanya lebih dari aku menyayangi anakku?

Maka Nabi Muhammad s.a.w telah menangis.

Hingga turunlah wahyu memberi jawapan, panjang cerita aku pendekkan sebab aku sangka buruk, si penanya tentu bosan jika aku quote al quran dan hadis sebab mereka memang tak percaya, mereka mahu guna hujah logik. Jadi lebih baik aku tulis guna dalil yang logik dan tidak bertentangan dengan fizik sahaja. Mudah mudahan.

Baik!, Tuhan berjanji pada hambanya, siapa buat baik masuk syurga, dan siapa buat jahat masuk neraka, setiap perbuatan akan dinilai walaupun sebesar zarah, Allah dah janji, Allah juga janji siapa banyak dosa, tapi bertaubat, akan diampunkan sebab dia dah janji. So sebagai Tuhan yang Maha Adil, janji mesti ditepati.
Macam macai politik selalu cakap, Manifesto bukan janji, Tapi Janji ditepati!

Jadi bila hamba Tuhan memilih untuk buat salah dan tak kisah masuk neraka, atau bila orang kapir memilih sembah berhala, atau memilih untuk tidak bertuhan, di sinilah letak nya situasi dimana Allah telah berjanji akan mencampakkan hamba yang engkar ke dalam neraka, kerana Allah Maha ADIL, dan SANGAT MENEPATI JANJI!

Macam kerajaan Malaysia sekarang buat penjara bukan bertujuan untuk masukkan semua rakyat Malaysia dalam penjara, hanya untuk peringatan agar keselamatan dan hak orang lain dipenuhi, tapi bila dah korang langgar undang-undang Malaysia, korang dah rogol anak orang, korang dan mencuri, merompak dan sebagainya,  maka kerajaan yang adil dan baik mesti laksanakan janji dan undang-undang. Walaupun yang buat salah tadi anak perdana Menteri, tak patut ayah sebagai PM tergamak melihatnya anaknya mati diseksa di kerusi elektrik kata korang yang tak faham undang-undang. Tapi jika benar ada PM yang macam korang bayangkan, tak tergamak nak siksa anak sendiri walaupun buat salah?, lalu lepaskan maka apa guna lagi undang undang? Apa guna lagi mengundi PM yang tidak menunaikan janji?

Balik kepada Tuhan, sama jugak, diseksa hanya kepada yang engkar. Jika korang hidup baik baik tak buat salah dengan tuhan kenapa nak takut masuk neraka? Ingat pepatah sekolah rendah dahulu:

“Berani kerana benar, Takut kerana salah”

So, walaupun PM itu sangat baik, tapi penjenayah yang salah tetap dihukum kerana PM yang baik adalah PM yang menunaikan janji berdasarkan undang undang menghukum pesalah dalam penjara atau tali gantung, tertakluk kepada kesalahan masing masing.

So, sama juga, walaupun Allah itu Maha baik, tapi hambaNYa yang salah tetap dihukum kerana Allah Yang MAHA BAIK adalah Tuhan yang menunaikan janji berdasarkan undang undang dalam Alquran menghukum pendosa dalam neraka tingkat demi tingkat, tertakluk kepada dosa masing masing.

Bab kasih sayang Tuhan lebih dari ibu pula, boleh dibuktikan:

Jika Mak korang panggil korang, Mamat, oh Mamat, mari sini jap mak nak ajar mengaji, dan korang buar bodoh aje, maka mak korang panggil lagi sampai sebelas kali, aku rasa kali yang ke dua belas tentu mak korang akan menjerit dan mungkin korang kena rotan. (aku dulu, kali ketiga dah kena rotan)

Tapi Tuhan, Panggil korang 5 kali sehari : Marilah solat! Marilah Berjaya! Dan Korang buat bodoh bukan setakat 12 kali, tapi dah sampai 60 tahun buat bodoh, pun masih Tuhan bagi makan, bagi udara, bagi minum, takde pulak korang tiba tiba kena panah petir. Ini bukti Tuhan lebih rasional dari mak kita.

Tak percaya cuba tengok Mak si Tanggang, panggil Tanggang hanya beberapa kali, tapi Tanggang buat bodoh sebab dah ada bini cantik, terus mak dia sumpah jadi batu, kita hari ni, buat bodoh dengan penggilan Tuhan, ada terus jadi batu? Kena batu karang pun sebab lain, bukan sebab tak jawab panggilan Tuhan.

So, terbukti Tuhan lebih sayangkan Hambanya lebih dari mak sayang pada anak.

Sama jugak macam Mak si Malin Kundang!, pun sama!, sumpah anak jadi batu walau anak dan bersujud merayu, tapi tuhan, jika dosa korang 100 kali ganda dosa Tanggang dan Malim Kundang, Allah akan tetap ampunkan bila korang sujud merayu kerana Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Bagi bukti lain, bukti tu tak sesuai kata korang sebab ambil dari kisah rakyat, so kita ambik sejarah Tuhan dan Raja Firaun.

Firaun semua tahu betapa jahatnya dia, mengaku tuhan dan memerintah dengan zalim.

Tapi sebab Allah masih sayangkan firaunlah, maka Alllah hantar Nabi Musa pergi Berdakwah dengan lemah lembut, walaupun Firaun dan bunuh beribu ribu bayi, dan seksa bani Israel dengan penghapusan etnik, tapi tetap Allah bagi peluang bertaubat sehinggal Firaun di uji dengan 7 bala, tapi masih degil jugak, so sebagai Tuhan Yang Menunaikan JANJI, maka kena azablah Firaun sebab JANJI DITEPATI!

“Tapi bang, Tuhan tidak adil, sebab ada orang kafir yang baik baik, tidak sejahat firaun, takkanlah kena duduk azab juga dalam neraka?”

Aku kata: kalau kau ada anak yang perangai baik nak mampus tapi tak mengaku kau Mak dia!, dia kata dia ni anak luar nikah, dia ni bukan anak kandung kau, dia ni konon anak orang lain yang lebih kaya, kau tak marah?! kau nak mengaku dia anak?, kau kan perempuan, tentu faham  bila si tanggang yang bini dia puji dan pak mertua dia sanjung sebab begitu rajin , dan budak baik.., tapi bila tak ngaku yang kau tu mak dia akhirnya kena sumpah jadi batu! ha ha, padan muka!

So, budak baik, yang tak mengaku dia ni Hamba Allah atau dalam kes Tanggang, tak mengaku dia ni anak mak dia, maka Allah janji akan azab sebab JANJI DITEPATI!

Bab lain, Ada hadis memberitakan Tuhan lebih cemburu bab hamba memilih tuhan lain, lebih dari suami yang cemburu kepada bininya yang curang dengan cemburu yang lebih berkali-kali ganda. So cuba tengok kes bini curang apa suami buat? Atau dalam kes kau, jika bini kau berzina dengan lelaki lain apa kau buat?

Jika Isteri korang masak tak sedap, korang marah tapi tak lah sampai cerai..

Jika Isteri korang pinjam kereta, langgar garaj jiran, garaj tu runtuh, korang marah tapi taklah sampai cerai.

Jika isteri korang tak ingat tutup api ketika memasak, rumah terbakar, kebetulan korang duduk rumah flat dan satu flat telah terbakar, korang marah tapi taklah sampai nak pukul ke apa?

Jika isteri korang tertumpah minyak panas ketika memasak menyebabkan anak tunggal korang menjadi mayat..korang marah! Tapi tak lah sampai bercerai-berai..masih boleh di maafkan. So do Tuhan!

Tapi jika korang balik rumah, tengok anak semua elok dan bersih, makanan atas meja sedap, garaj tak runtuh, kereta tak kemik, rumah tak terbakar, tapi korang dapati isteri korang sedang berzina dengan jantan lain.! Memang habis!

Habis runtuh rumah tangga, bergegar arash, bercerai berai , ada kes siap kena siksa sebelum bunuh!

Begitulah perumpamaan-nya, bila isteri korang memperduakan engkau, curang, memang habis! kalau korang buat dosa lain selain syirik…, korang taubat, Allah ampun. Walaupun dosa korang tinggi mencecah awan, still diampuni,  Tapi bila dosa syirik (curang) Memang Azab Allah tak masuk akal bagi kita yang bertaraf Hamba ini memikirkanya, adohai..

So hidup ini memang ujian dari Tuhan.

Kenapa Nabi orang arab? Itulah ujian.

Kenapa Mukjizat tak ada sampai sekarang? Senang sikit nak beriman? Itulah ujian.

Kenapa orang Tabligh yang ketuk pintu berdakwah rumah saya orang india? Itulah ujian.

Kenapa dulu dah ada agama nasrani, lepas tu kristian, sekarang nak kena ada islam pulak? Itulah ujian.

Kenapa saya tengok ramai orang islam yang jahat jahat? Itulah ujian.

Bro, Allah Maha Adil, sehingga orang islam pun ramai masuk neraka, sebab JANJI DITEPATI.

Last, kisah Adam dan Hawa membuat kesilapan memakan buah larangan, lalu dimurkai tuhan dan dihalau dari syurga. Seorang tercampak ke timur seorang lagi tercampak ke barat.

Kata kamu, jika Kita ubah senario kepada hubungan ibu dan anak. Jika si ibu mempunyai 2 orang anak. Kemudian anak-anak ini mencuri makan ayam goreng dari bawah tudung saji sedangkan ibunya itu telah melarang mereka dari berbuat demikian. Bila ibunya dapat tahu, dia memarahi anak-anaknya itu. Tetapi setakat marah sahaja. Adakah si ibu sanggup membuang anaknya ke luar rumah? atau menghantar seorang anaknya ke satu negara asing dan seorang lagi anaknya ke satu negara lain hanya atas kesilapan kecil? Tentu tidak!

Bro, inilah masalahnya bila kita anggap Tuhan tu lemah macam ibu kita...

Bila ibu kita membuang anaknya ke luar rumah, atau ke dalam hutan, ibu kita tak ada kuasa nak halang ular atau harimau makan kita, dah tentu kita akan merana dan mati dalam hutan, tapi bila Tuhan takdirkan Adam dan Hawa terpisah jauh di dunia yang penuh dengan binatang buas dan tak ada pula perkhidmatan kereta. 

Tapi last last ada kita dengar Nabi Adam mati dimakan Dinasour?, atau Kaki Nabi Adam kudung sebelah sebab kena baham dengan T- Rex? Ada? Atau hawa jatuh dalam kawah gunung berapi?, ada dengar kisah Hawa mati kena Ebola? ada mereka berdua sesat tak jumpa jumpa? mereka elok jer berjumpa sebab mereka diuji dengan pantauan Allah, Allah pantau segala keselamatan mereka, segala keperluan mereka, segala makan minum mereka, sedang Allah nak tengok mereka menyesal dan bertaubat, lepas tu Allah ampunkan mereka dan masukkan mereka ke dalam syurga. Simple.

Begitulah kita didunia ni, diuji dengan pantauan Allah, Ada kajian mengatakan, saiz planet Mustari yang besar adalah untuk melindungi bumi dari meteor sesat kerana gravitinya yang kuat menyebabkan tahi bintang raksasa itu jatuh ke planet lain.

Namun, andai kata, jika tahi bintang itu terlepas planet Mustari, ada lagi Sembilan planet lain yang menjadi perisai bumi, dan andai kata ada komet yang terlepas, bulan juga ada gravity yang mengelilingi bumi setiap bulan untuk menhadang hentaman tahi bintang, tak percaya cuba teropong bulan, penuh dengan kawah hasil hentaman tahi bintang, dan bulan juga bertindak sebagai pasang surut air laut agar nelayan mudah buat kerja, dan andai komet besar masih berjaya lepas dari gravity bulan sebab arah paksi yang berbeza, tiba tiba tahi bintang itu akan terbakar dan jadi batu kecil bila berlanggar dengan atmpsohera, kenapa bumi masih selamat?, kenapa blue planet ini so-so SO protection? Jawapannya, sebab Allah pantau keperluan kita. Allah pantau kesalamatan bumi, Sama macam Allah pantau keselamatan Adam dan hawa sehingga mereka berjaya jumpa dan beranak pinak. Allah yang Jaga kita!

Bila tak ada air, Allah turunkan hujan, bila lapar nak makan, Allah tumbuhkan tanaman, nelayan dilaut tangkap ikan yang duduk secara berkumpulan, jadi senang masuk  pukat,. Waktu tidur kita masih bernafas dengan otak luar kawalan sebab Allah pantau kita. Bila nak berak, tuhan datangkan tanda nak berak, perut sakit, dan bontot tak selesa, bayangkan jika kita berak tanpa ada tanda tanda, terus berak dalam kereta, kan susah? begitulah jugak alam ini, sebagai tanda kepada kewujudan Tuhan, sains namakan Ecosystem atau Artificial Intelligence sebagai keajaiban kosmos dalam evolusi manusia, tapi ketahulah Ecosystem atau Artificial Intelligence atau lain lain so call Scientific, itulah sebenarnya sistem Pantauan Allah. Andai kita mahu berfikir.

Akhir kata, dunia ini terlalu singkat untuk berada dalam kefahaman yang salah, gunakan akal dan mata hati dalam menilai fakta, kerana hidup selepas kematian itu bukan perjudian, tapi result berdasarkan fakta yang kita pilih. Pesan pada diri sendiri.

“Sesungguhnya ALLAH tidak menzalimi manusia sesuatu apa pun, tetapi manusia itu sendirilah yang menzalimi diri mereka sendiri.”. (Surah Yunus: 44).

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka. Ali Imran190-191

Sekian.


Sep 21, 2014

Hukum Beli Patung Permainan?

(Pengajaran dari kisah Ustaz belang dan ikan berbelang)

Korang pernah dengar kisah Ikan Belang? Kisah ni popular masa aku kecik dulu dalam ceramah ustaz dalam memberi contoh bahaya ulamak akhir zaman.

Kata ustaz masa ceramah, yang aku dengar masa aku masih kecik (sila kagum dari jauh sebab kecik kecik dah dengar ceramah-Woha!), akhir zaman nanti ada ulamak dunia yang bagi fatwa ikut nafsu, bahaya kita ikut mereka. Contoh jika kita berjaya tangkap ikan yang pelik, yang ada belang macam Harimau, lalu Tanya ustaz:

“Apa hokum makan ikan yang ada belang belang macam Hariamau, mukapun macam harimau, taring pun macam Hariamau, wahai ustaz?.”

Lantas jawab ustaz akhir zaman yang cinta dunia tu:

“Haram makan, sebab Nabi tak pernah makan ikan belang macam tu”

Kitapun jawab:

“Tapi ustaz, saya ingat nak hadiah keuntungan jual ikan belang ni separuh kat ustaz?!”

Terus ustaz tu ubah fatwa, “saya semak jap, sebenarnya tak haram, saya dah kaji detail, harus hukumnya”

Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam ni! Faham tak? Tanya ustaz pada aku yang masih kecik. Aku angguk setuju sebab masa aku kecik dah ada ustaz yang bagi fatwa ikut nafsu.

Imbas kembali, masa aku kecik,Aku pernah dengar ceramah ustaz lain yang cakap, Haram bergabung dengan parti kafir, haram lantik calon perempuan sebagai wakil rakyat, haram kerja kerajaan sebab cukai bercampur dengan judi, haram solat di masjid kerajaan, haram makan sembelihan orang sokong kerajaan, kahwin tak sah jika tak sokong kami, macam macam lagilah, tak ingat pulak sebab masa tu kecik lagi.

Tapi sekarang, ustaz yang sama cakap haram bergabung dengan parti kafir pulak cakap, harus bergabung guna konspet Tahalul siyasi, boleh lantik wakil rakyat perempuan,  dan macam macam lagi,Nampak?

Nampak? Faham tak? Akhir zaman nanti ramai ustaz yang macam ni! Faham tak? Tanya aku pada korang yang dah besar panjang, jika tak faham jugak, sila angguk setuju sebab semua dah berbulu kemaluan, patut lagi faham.

So, lupakan intro kisah ikan belang di atas, sekarang balik kepada soalan:

“Apa Hukum Beli Patung Permainan?”

Sebab, dalam riwayat Muslim dan Ahmad, kata Ibnu ‘Abbas:

“Aku dengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Setiap pembuat patung akan diseksa dalam neraka, dijadikan setiap patung itu roh sebagai alat penyeksa terhadapnya di dalam neraka jahanam”

Dalam hadis lain pulak menyebut, Malaikat Rahmat tak masuk rumah yang ada patung dan gambar, dan macam macam lagi dalil Haram yang dikeluarkan oleh ustaz terntentu.

So, korang tanya aku hari ni, rasanya aku tak pernah tulis entry berkenaan patung mainan dalam blog ini, so ini adalah jawapan pertama aku.

Jika aku jawab HARAM kali ni, dan lepas tu korang cakap nak hadiahkan patung yang mahal kat aku, lalu aku ubah jawapan kepada “harus”, maka aku dah jadi bangang 2x5 dengan ustaz belang di atas.

Moral dari kisah ustaz belang, jangan cepat keluarkan hokum haram sebelum korang siasat sebab nanti tiba tiba korang cakap harus pulak, maka jadilah korang orang islam yang mempermain mainkan hokum agama, kalau salah mengaku, tak payah nak cover dengan istilah Tahalus siyasi bagai, adohai..

So,bila aku tanya pada ustaz yang belajar dengan ulamak bekas anak murid Maulana Zakariyya yang belajar agama dengan sanad sampai Rasullulah, jawabnya:

“Gambar dan patung yang tiada fungsinya haram disimpan dan digantung atau dipamer dalam rumah. tapi kalau ada fungsi, misalnya alat mainan, lampu berbentuk binatang, poster gambar makhluk bernyawa sedang solat untuk mengajar kanak-kanak, ia diharuskan (rujukan, kitab fathul mu'in, imam syaikh zainuddin malibari, dan kitab rujukan fiqh mazhab syafie yang lain.

So, hukumnya ” Harus”.

Kepada ibu bapa, bolehlah beli mainan anak tanpa rasa was-was.

Habis cerita. Lain kali jangan cepat haramkan hokum macam geng politik jika tak nak jadi macai.

Ini agak deep, sila take note.

Sekian.

Ditulis oleh penjual Lampu Projektor warna warni berbentuk penyu. Woha!

Ps: Lampu Penyu semua warna dah habis, tinggal hijau sahaja, untuk order, sila klik sini, Woha!

Sep 15, 2014

Teka Teki dan Bantal Penyu?

(Asyik entry serius sahaja, sesekali berteka teki, apa salahnya, sama jugak, sesekali entry berniaga apa salahnya, he he)





TEKA TEKI: Dalam dunia ni ada 4 ekor sahaja binatang itu, siapa yang dah baca kisah laki bini (Hamka Kereta Mayat) tentu tahu jawapannya.

Ok, sebelum aku jawab teki itu, kita bagi laluan kepada penaja sebab sekarang aku ada jual Lampu tidur yang best, Orang putih bagi nama: Turtle Twilight Night Constellation Lamp.

Lampu tidur ni comel, berbentuk penyu yang tengah tidur dan lembut macam bantal.

Pada cengkerang penyu ni ada lampu projector yang bertukar-tukar warna (boleh pakai bateri atau elektrik) dan ia berwarna suram ala ala romantik, siap memancarkan rajah bulan dan bintang ke dinding yang memberikan kesan dramatik dan nostagialik pada bilik korang atau bilik anak korang.

Harga di pasaran (retail price) dalam linkungan RM55-RM68 tidak termasuk pos.

Tapi aku jual RM50 SAHAJA Termasuk pos ke seluruh Semenanjung Malaysia dan tambah RM5 untuk Sabah Sarawak.

Sesiapa yang berminat, sila Bayar kepada Muhammad Hamka (Maybank 163028553448)
dan Hantarkan bukti pembayaran ke keretamayat@gmail.com, seterusnya bagi alamat dan no phone.

Jangan lupa untuk bagitahu warna bantal (rujuk gambar)



Ps: Jawapan untuk teka teki di atas, adalah Ninja Turtles! Tapi penyu yang aku jual ni pulak, ada 5 warna, la la la…

Ps2: Klik sini untuk tonton video tentang lampu tidur penyu yang cute miut ni.

Ps3: Jika barang sampai tiba tiba dah rosak ke, lampu tak keluar ke, atau apa sahaja kerosakan DARI PIHAK KAMI... anda berhak untuk tukar kepada barang baru sebelum tempoh 7 HARI.

Terima kasih kerana membeli belah di halaman keretamayat.

Sep 8, 2014

ISA itu bagus?

(Sambungan entry sebelum, klik sini jika belum baca)

Ramai yang mesej tanya, apa sambungan kisah entry lepas, kisah Pengerusi surau bergaduh dengan imam masjid yang juga selaku tok khatib, lalu memecatnya dan melantik dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab beliau ada kes polis (liwat budak), lalu beliaupun melantik isterinya sebagai imam baru dan akan baca khutbah jumaat tapi Ketua kampong tidak setuju dan mahu AJK masjid yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk memilih beberapa calon lain.

Sambungannya yang aku dengar, tok siak berbeza pendapat dengan bilal, walaupun mereka menyokong pasukan bola sepak kegemaran pengerusi namun hari ini, tok siak berkata, beliau tolak bini pengerusi jadi imam sebab tak ada kebolehan katanya. Adohai..

So, aku harap sambungan ini memuaskan hati semua pihak,

Macam biasa, kepada korang yang terasa pedas dengan cerita ini dan mula serius nak melenting, pesan aku:

“Ini bukan tempat sini, tempat lain-Woha!”

Baik, kita tinggalkan masalah imam perempuan di masjid kampong itu, sekarang nak cerita masalah di masjid yang berada dekat Bandar pula,

Dengar cerita, pengerusi lama yang dah bersara tak sebulu betul dengan pengurusi masjid baru, siap kena kutuk lagi.

Rupanya pengerusi masjid baru telah hapuskan Akta Keselamatan Dalam Masjid sehingga banyak masalah berlaku seperti orang lintas depan solat dengan selamba, makmum tegur imam dalam solat tanpa adab, orang bukan islam ceramah dalam masjid hina orang islam kampong sebelah, dan macam macam masalah lagi yang tak pernah berlaku waktu pengurusi lama memerintah.

Ceramah berunsur Syiah dan Wahabipun selamba berlaku dalam masjid itu.

Sekarang AJK masjid agak kucar kacir, ada yang menyokong cadangan pegerusi lama agar Akta Keselamatan Dalam Masjid dikembalikan, ada jugak cadangan dari pihak makmum agar pengurusi baru letak jawatan, kerana kadang kadang bini pengerusi baru banyak campur urusan masjid. Tak selesa dibuatnya orang ramai yang datang bersolat.

Tak tahulah apa nak jadi dengan masjid dekat situ, dengar cerita, Ketua KRT sangat menyokong cadangan agar Akta Keselamatan Dalam Masjid dikembalikan.


Ps: Oh ye, Jangan lupa: “Ini bukan tempat sini, tempat lain-Adohai..

Aug 30, 2014

Imam wanita solat jumaat?

(Imam solat jumaat wanita pertama dunia ada di New York, Amerika, namanya Amina Wadud,sekarang kisah untuk Iman kedua...)

Pada satu hari jumaat, Pengerusi surau telah bergaduh dengan imam masjid yang juga selaku tok khatib, lalu memecatnya dan ingin melantik dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab beliau ada kes polis, lalu beliaupun melantik isterinya sebagai imam baru dan akan baca khutbah jumaat.

Ketua kampong tidak setuju dan mahu imam lama kekal jadi imam sampai jumaat depan sehingga ada calon yang sesuai, namun imam lama dengan terpaksa meletak jawatan sebab pengerusi dah tak suka, lalu ketua kampung minta AJK masjid yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk memilih beberapa calon lelaki.

Bilal menolak sebarang calon dan setuju imam solat hari jumaat adalah isteri pengerusi sebab mereka menyokong pasukan bola sepak yang sama, manakala tok siak, yang juga menyokong pasukan bola sepak kegemaran pengerusi berkata, terpaksa pilih imam wanita berdasarkan konsep tahalluf siyasi. Ketua kampong bertegas mahu bilal dan tok siak pilih calon lain…,

Bersambung..

Sebelum itu, kepada korang yang terasa pedas dengan cerita ini dan mula serius nak melenting, pesan aku:


“Ini bukan tempat sini, tempat lain-Woha!”

Aug 23, 2014

Hukum berkabung dan wanita memimpin?

(Almondku tertinggal di London, episod akhir,)

Kisah almond london yang lepas dapat sambutan menggalakkan di FB, 1000 like (sori kepada otai FB yang selalu dapat 10k like, setakat 1k like pun hamka keretamayat nak kecoh kat blog?, apa ke jadah? Lantak korang ler, blog aku, suka hati akulah)

So, kali ni aku nak sambung lagi episod last epilog “almondku tertinggal dilondon”

Balik dari langkawi...

Ketika tabung almond berdiri megah dimeja dekstop, kelihatan seorang bini sedang baca status Facebook dengan gigih segigih menggigit bijih almond dalam teras kuih yang diselaputi coklat segar.

“baca apa tu?”

Tanya aku sambil tarik sebuah kerusi lain, untuk berjemaah dengan bini makan almond dan layan FB.

Sebaik bini habiskan kunyahan serbuk almond dalam mulut, lalu menjilat hujung jari beliau yang ada kesan coklat, terus berkata:

“bagus betul FB ni bang, bila ada isu, terus keluar dalil dan nas, banyak kita boleh belajar”

Aku ambik dua bijik almond london, masukkan dalam mulut sambil berkata:

“so?”

Kelihatan ada sedikit semburan serbuh kuih dari mulut aku ketika berkata “so”, abaikan, lalu jawab bini sambil skroll screen komputer.

“tengok sini, Hukum Tafakkur Dan Berkabung, ditulis di sini,  bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit). Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.”

Aku ambik sebijk lagi almon london dan berkata:

“baca lagi, abang nak dengar...”

Sambung bini:

“Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).”

“wah, bagus siap ada dalil, sambung baca lagi”

Puji aku pada artikel berkenaan lalu capai sebijik lagi almond london.

“saya sambung, berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak. 

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias. Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. 

Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus. Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662, manakala..”

Bini aku berhenti baca apabila aku suap almond london ke mulutnya, dengan tangan kiri, aku skroll status lain kat FB,

“baca ni”

Arah aku pada bini, tapi bini makan sebijik lagi almond london sambil tersengih, eh? Kenapa ada tahi lalat kat dagu bini?, rupanya kesan coklat tertenyeh kat dagu, buruk sungguh.

“baca ni pulak”

Arah aku sambil sapu coklat dekat dagu bini, dan selamba jilat coklat tu ke mulut aku, abaikan babak yang agak geli ini.

Bini aku sambung baca status FB yang lain pula:

“Berkabung hanya pada dua keadaan. Pertama, berkabung dari kematian suami selama 4 bulan 10 hari. Kedua, berkabung dari kematian salah satu anggota keluarganya, selain suami iaitu selama 3 hari sahaja. Amalan perkabungan hanya khas bagi wanita sahaja. Manakala kaum lelaki, tidak disyariatkan berkabung atas kematian. Cuma, ada segelintir ulama yang mengisyaratkan kepada keharusan berkabung bagi lelaki, dalam tempoh tiga hari sahaja. (Kitab al-Inshaf 6/279 dan Matolib Uli al-Nuha 1/924) Itupun, hanya bagi individu yang ditimpa musibah kematian dari kalangan saudara maranya sahaja. Bukan orang biasa yang tiada pertalian darah atau nasab. 

Manakala, adat berkabung atas kematian pemimpin, dengan cara seperti merendahkan bendera, memakai pakaian serba hitam, songkok berlilit dan seumpamanya, ia satu perkara yang tidak ada asas dalam syarak dan tidak didapati sumbernya dalam agama, dan perbuatan salafus soleh. Malahan, ketika wafat pemimpin paling agung, Rasulullah SAW, sahabat tidak melakukan perkabungan seumpama ini. Adapun memakai pakaian tertentu seperti pakaian hitam dan sejenisnya, maka ini tidak ada asalnya dan merupakan perkara yang batil dan tercela. (Fatwa Nur'alad Darb - Asy-Syeikh Ibnu Utsaimin hal. 76). 

Ini menunjukkan ia tidak syar'ie. Malah lebih dibimbangi amalan umpama ini diceduk daripada adat masyarakat bukan Islam khususnya Agama Kristian. Sedangkan kita dilarang tasyabbuh (meniru) adat mereka.Tasyabbuh (menyerupai) orang-orang kafir adalah haram meskipun tidak mempunyai maksud seperti mereka, dengan dalil hadis dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma dari Rasulullah SAW ;“Barangsiapa yang menyerupai dengan satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (HR. Abu Dawud). Hadis ini menetapkan berbagai hal tentang dilarangnya menyerupai orang-orang kafir. ‘Amr bin Syu’aib telah meriwayatkan dari bapaknya dan dari datuknya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:“Bukan termasuk golongan kami orang yang menyerupai kaum selain kami. Jangan kalian menyerupai Yahudi dan Nashrani.” 

Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!

“wah, lain fahaman politik, lain pulak pilihan tafsirannya, baca ni pulak sayang” kata aku yang sedang kunyah almond london, tapi bini yang baru sambung makan almond london cakap:

“abang pulak baca, saya nak dengar”

Okey, aku pun baca.

“Kita hanya dibenarkan bersedih hanya 3 hari. Untuk isteri yang kematian suami, tempoh berkabung adalah 4 bulan 10 hari. Tidak boleh bersolek atau berhias-hiasan dalam tempoh berkabung. Jika isteri tidak berkabung sekalipun berhiasan hanya dibenarkan di dalam rumah. Pakaian tak semestinya hitam atau gelap dengan protokol tertentu. Seperti yg termaktub di dalam buku teks pendidikn Islam, haram memakai pakaian khusus tanda berkabung. Bila dilanda musibah sebutlah "Inna lillaahi wa inna ilaihi rajiun" - Inilah menepati sunnah.Bantu keluarga yang kematian ahli keluarganya. Beri makanan kepada mereka. 

Sudah tiba masanya, Malaysia sebagai sebuah negara Islam menunjukkan cara berkabung/bersedih menurut syariat Islam, agar ianya menjadi contoh kepada negara Islam yg lain. Upacara berkabung selama ini adalah ditiru dari cara agama Kristian dan masyarakat barat yang sewajarnya kita selisihi. Mengibarkan bendera separuh tiang tiada asasnya dalam Islam. Mungkin sebahagian pihak berpendapat bahawa amalan pakaian tertentu & menurunkan bendera separuh tiang adalah skadar adat kebiasaan, maka terpulanglah kepada mereka. Saya hanya menyampaikan apa yang dinyatakan di dalam Islam.

“nyam nyam nyam”

Suasana sunyi seketika, hanya terdengar bunyi gigitan almond memecah sunyi. Aku sambung skroll skreen komputer.

“tengok, bila ada isu semasa, geng politik akan guna isu agama untuk menunjukkan kelemahan parti lawan mereka, tapi jika parti mereka buat silap yang sama, mereka tak pulak guna hujah yang sama, contoh status hamba Allah kita baca tadi, bersungguh benar mereka tak nak contohi orang kafir, berkabung ni katanya amalan orang kafir, Barangsiapa yang menyerupai dengan orang kafir, maka dia akan masuk neraka, tapi jika kita skrol isu lantik pemimpin wanita macam orang kafir, mereka tak pulak guna hujah yang sama, inilah kejahilan paling bangang dalam geng politik”

"fatwa kaum kera!"

Krup krup, bunyi bini menggigit almond london.

“Tadi isu berkabung, baru ni kan ada isu melantik wanita jadi pemimpin, dan ada ustaz politik cakap boleh walau bercanggah dengan ijma ulamak: ini hujah mereka dalam status FB:

Wanita dalam saf kepimpinan negara.

Dalam pemilihan kepimpinan, wanita juga turut dicalonkan. Adakah di sana keharusan bagi wanita untuk menjadi individu penting dalam saf kepimpinan negara?

Terdapat pandangan ulama yg menegah wanita drpd terlibat dengan saf kepimpinan. Bukan sekadar kepimpinan negara, bahkan pandangan sebegini juga menegah wanita daripada memegang jawatan sebagai hakim mahkamah, menteri dan sebagainya.

Hujah yang dikemukakan antaranya:
1- Sabda Nabi yg menyatakan kepimpinan wanita tidak akan berjaya.
2- Lelaki adalah pimpinan kepada wanita.
3- Emosi wanita yg sudah tentu tidak kuat untuk menanggung tugas sebegini.

Apakah hadis tersebut? Hadisnya sahih berbunyi:
"Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang meletakkan urusan mereka akan seorang wanita." (Riwayat al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, kitab al-Maghazi, no hadis 4425)

Hadis ini adalah hadis sahih.
Ibn Hajar al-Altsqalani ketika menghuraikan hadis ini, beliau berkata maksudnya:
"Dan tegahan daripada wanita untuk memegang jawatan kepimpinan dan kehakiman adalah pebdapat jumhur (majoriti) ulama, dan at-Tobari mengharuskannya dan ini adalah riwayat daripada Malik."

Ini bermakna tegahan itu adalah kefahaman para ulama, dan kefahaman mereka mewakili sebahagian daripada Islam.

Yang penting, ada kefahaman ulama mengharuskan wanita memegang jawatan kehakiman.
Bagaimana kefahaman hadis ini?

Hadis ini boleh difahami berdasarkan sebab dan suasana terungkapnya hadis ini. Antaranya:

1- Sistem pemerintahan di Parsi ketika itu berdasarkan sistem warisan semata-mata. Tiada sistem syura, mesyuarat dan seumpamanya.
2- Oleh kerana tiada waris lelaki, maka anak perempuan iaitu puteri raja dilantik menjadi ketua negara sedangkan kemungkinan besar puteri tersebut tidak mempunyai ilmu dan pengalaman bagaimana untuk memimpin negara.
3- Hadis tersebut sebagai satu motivasi untuk umat Islam menghadapi perang. Ia satu kemenangan moral kerana Nabi menyatakan bahawa musuh akan kalah.
4- Hadis ini adalah hadis khusus dalam suatu peristiwa. Ia tidak disabdakan dalam konteks yang umum dan menyeluruh.

Oleh kerana itu, didapati ada fatwa-fatwa kontemporari sudah mengharuskan wanita memegang jawatan kehakiman.

Begitu juga dalam soal pentadbiran negara. Adakah Islam tidak membenarkan wanita menjadi menteri? Selagi lagi, tiada di sana nas yg sahih dan jelas dalam masalah ini. Nas sahih mungkin ada tetapi tidak jelas pengharamannya. Yg ada hanyalah pandangan dan kefahaman para ulama yg tidak mengharuskan wanita memegang jawatan menteri. Namun ada pandangan ulama mengharuskan dgn kefahaman terhadap nas yg sama.

Adapaun nas al-Quran yg menyatakan bahawa lelaki pimpinan kepada wanita, nas tersebut berbicara dalam konteks rumahtangga. Suami adalah ketua kepada isteri dan keluarganya.

Manakala sudut emosi, sudah tentu lelaki juga mengalami perkara yg serupa. Perubahan zaman menuntut perubahan hukum. Hari ini, sistem pentadbiran bukan berdasarkan fikiran seseorang insan sahaja. Ia berdasarkan mesyuarat, perbincangan dan sebagainya. Keputusan yang diambil oleh seorang menteri adalah hasil syor oleh pegawai kanan yg berpengalaman. Tugas sbg wakil rakyat dibantu oleh jentera kerajaan dan para pegawai.

Oleh itu, kembali kapada asal dalam muamalat bahawa ia adalah harus. Maka adalah merupakan keharusan bagi wanita memegang jawatan dalam saf kepimpinan negara.

-Sumber: buku Fiqh Kenegaraan - Siyasah Syariah Negara Kontemporari terbitan Pel Media - m/s 45-48.

Sambil habiskan serdak almond london, aku baca pula jawapan dari ustaz atas pagar kepada geng politik yang suka guna hukum harus jika partinya buat amalan orang kafir(lantik pemimpin perempuan), tapi guna hukum haram jika parti lawan buat amalan orang kafir(pakai baju hitam), so aku copy paste jawapan ustaz atas pagar tu:

“tu dia... terbaik punya dia spin. "fatwa kontemporari" bukan takat halalkan pempuan jadi pemimpin.... babi pun diorang halalkan... apa nak heran dengan "fatwa kontemporari" tu? Korang tahu tak, fatwa pompuan tak leh jadi pemimpin ni merupakan ijmak ulama. saya rasa tuan lebih faham tentang "ijmak" yang dibuat dari sumber hukum yang sahih,

Selama islam wujud, pernah ke ada khalifah atau gabenor kawasan jajahan islam dilantik dari kalangan wanita? selama islam wujud, tidak ada seorang nabi atau sahabat atau tabiin atau tabi tabiin atau ulama atau mana-mana tokoh islam melantik wanita sebagai ketua/pemimpin politik di kawasan jajahan islam. so kalau buat jugak, ia bidaah yang sangat besar yang khilaf dengan semua nabi2 dan semua ulama.
Hadist Nabi

“Tidak akan berjaya/beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita (mengangkat wanita sebagai pemimpin).
(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Imam at-Tirmizi, Imam an-Nasaie’)

Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka menafkahkan sebahagian harta mereka.” (Surah an-Nisa: Ayat 34)

Saudar islamku, kita sebagai lelaki wajib TAHU dan JELAS tentang perkara ini.

Wanita Tidak Boleh Menjadi Pemimpin.
Kerana perkara ini samasekali bersalahan dengan al-Quran dan as-Sunnah sebermula era Nubuwwah hingga kini.

Tanyalah mana-mana Ulama’ muktabar seluruh dunia, pasti jawapannya tetap sama. TIDAK DIBENARKAN..!!!

Kepada geng politik, boleh rujuk jawapan ustaz Azhar Idrus yang tidak menyokong wanita jadi pemimpin. I rest my case.



...
Kuih almond sudah habis. Bini aku kelihatan bersiap nak pergi beraya dihujung Syawal, ramai kawan buat rumah terbuka. so, akupun tutup komputer dan bersiap juga, dalam bilik air sewaktu mandi, bermacam macam fikiran bermain di benak aku. Antaranya, pergi beraya nanti, jika rumah kawan aku tiada Almond London, dapat Popia Simpul pun okey, jugak.

Woha!

Ps: Entry ini sangat deep, orang politik dinasihatkan membaca dalam keadaan berwuduk untuk meredakan kemarahan yang datang dari bisiskan syaitan. Wallahu’lam.

Aug 15, 2014

Kuih Raya terbaik- Almond London?

(Kisah deep di sebalik kuih raya Almond London)

Kisah 1:

Bila tetamu datang, bini akan top-up kuih dalam tabung untuk santapan tetamu dengan pelbagai jenis kuih termasuk Almond London yang di selaputi coklat siap dengan kacang tabur, serta mengadungi bijian badam rangup sebagai teras kuih.

Sebaik tetamu pulang, anak anak akan terus berebut habiskan almond London yang mahal dan sedap itu, Adohai..

Mereka nak makan banyak seperti makan nasi, mana boleh? Nanti tetamu lain datang, tak kan nak bagi Maruku dan biskut sahaja?,

Lalu akupun merampas tabung kuih dari mereka, dan menghadkan sorang 2 bijik sahaja, lalu aku ke dapur dan simpan tempat tinggi.

Berjimat dalam memuliakan tetamu adalah amalan yang terpuji. Macam kisah Sahabat Nabi yang sanggup biarkan anak dan bini lapar asal dapat tetamu makan dengan gembira, lalu turun ayat al quran yang memuji sifat Ikram muslimin..

*****

Setelah aku tutup pintu almari bahagian atas yang tinggi, sempat aku perasan yang Bini aku sedang kagum dari jauh tengok akhlak bapa misali, akupun membalas senyumannya,

Sebaik bini sibuk melayan kerenah anak, senyap senyap, aku makan 8 bijik almond London.

Woha!

Kisah 2:

Aku tutup mulut.

Bini tanya soalan aku tak jawab.

Bila bini ulang soalan, aku angkat tangan isyarat “hold”.

Lari ke hujung dapur.

Dan mulai mengunyah Almond London.

Eshh, susah jugak curik curik makan kuih Almond landon yang semakin terhad di hujung syawal begini, 

Adohai..


Kisah 3:


Mula mula kemam coklat, dan biarkan ianya mencair di dalam mulut sehingga pasak pasak kekacang hilang arah lalu tersebar di celah gigi menanti untuk digigit lembut, kemudian memamah serbuk kuih dengan perlahan lahan dan last, gigit slow slow bijih almond.., sambil di tangan ada dua bijik lagi almond london.. perghhh!

Nampaknya selagi ada stok almond london kat rumah, lambat lagilah nak habiskan puasa enam, itu yang abang habiskan semua tu sayang!- Adohai..



Kisah 4:



Bini aku bagitahu dia mimpi sebalang almond london hilang...

Mimpi macam tu pun nak cerita ke? adohai..

Yang peliknya, mimpi bini aku menjadi kenyataan.

Woha!


Kisah 5:

Pernah tak dalam sejarah, ada Laki yang sedang jalan jalan dekat kedai tiba tiba telefon bini bagitahu ada sales jualan murah.

Mitos? Tahyul?

“Toooot.., Tooot”

“sayang, ada jualan murah ni, abang nak beli ni, almond London satu balang tak sampai RM10”

Woha!


Kisah 6:

Ada satu teori, jika kita fikirkan seseorang, maka sebenarnya diapun sedang fikirkan kita.

Mari kita cuba teori ini,

Alkisahnya, sewaktu perjalanan pulang ke rumah, aku terfikir akan bini aku lalu singgah di sebuah pasaraya nak beli sesuatu kat dia,

Masuk pasaraya dengan ingatan yang tidak lekang pada bini, aku menuju ke barangan dapur, dan beli satu jag air besar, (sebab bini mengeluh jag air sedia ada kecil sangat untuk kegunaan keluarga yang dah bertambah)

Bila nak bayar, aku perasan duit cash dalam poket tak cukup, lalu bertanya pada awek Cashier: Boleh tak guna kad kredit?

Jawab Cashier: Boleh, tapi pembelian mestilah melebihi RM50.

Akupun terus beli beberapa barang yang bini suka seperti air susu berperisa strawberry, almond bersalut coklat, dan lain lain barangan yang bini aku selalu beli..

Bila dah bayar semua barangan, tiba tiba SMS berbunyi:

“Wah, bini SMS pulak, betul rupanya teori yang bini juga sedang fikirkan aku, he he he”

Dalam senyum kegembiraan, aku semak SMS, wajah aku bertukar menjadi geram:

“TQ for using your Maybankard ending XXXX for MYR53.80 AT Terus Maju. For ing call num at back of your card”

Kredit card maybank lebih ingatkan aku rupanya?

Hampeh!!


Kisah 7 :

Siapa cakap orang perempuan sahaja yang pandai beli barang?

Korang tahu tak?, Aku rasa sangat bangga hari ni kerana dapat beli sebalang almond londong dengan harga RM7.50, murah giler!

Walaupun aku amalkan hidup dengan pepatah barat: “If something sounds too good to be true, it probably is”, tapi almond London ni coklatnya nampak segar, dan tarikh luput pun lambat lagi, terus aku beli dua balang! RM 15!

Balik rumah, bini aku cakap, alangkah peliknya ada peniaga yang nak habiskan stok sanggup jual bawah RM10, sounds too good to be true....

Kemudian, bila kami makan, bangga aku hilang, rupanya kuih tu tak ada bijih badam pun dalam dia, patutlah murah! Hampeh! Tipah tertipu!!

Ps: “If something sounds too good to be true, it probably is, please take note, adohai..”



Kisah 8:

"Abang. Jom pi Langkawi"

"Tak nak, nanti habis duit beli pinggan mangkuk!"

"Tapi bang, kat sana banyak "˜almond london"™ bersalut coklat, harga murah tanpa cukai GST"

"Apa? Almond bersalut coklat?, takde GST? awak pergi bersiap, biar abang pi cucuq duit"

Woha!



Kisah 9:

"Ramai laki di luar sana, bini mereka adalah Kryptonite terbesar dalam hidup.
Tapi Laki saya lain sikit, Almond bersalut coklat adalah Kryptonite terbesar!

Woha!"

Ps: Kata Puan N ketika membeli belah di Idaman Suri, Langkawi.



Kisah 10:

(satu hari di bumi Langkawi)



"Tengok patung burung helang ini, teringat abang pada patung penyu di Terengganu."

"Eh? Ada  ke patung penyu besar macam ni di Terengganu? Kat mana?"

"Dulu ada dekat bulatan Kampung Ladang, tapi telah di musnahkan oleh Kerajaan so Call Islamik kerana menyerupai makhluk bernyawa, masa tu kita belum kahwin lagi"

"Habis tu kenapa kerajaan so call Islamik waktu memerintah lengkawi tak musnahkan jugak patung ni?"

"....."

"Jom beli almond London lagi"

"Jom"

Woha!


Kisah 11:

“Abang, saya rasa, saya dah tahu akan kepada kerajaan so call Islamik tak musnahkan patung helang dekat lengkawi, tapi musnahkan patung penyu kat Terengganu..”

Wah? Bini ajak sembang isu politik? Layankan jer, lantas tanya aku..

“kenapa?”

Jawab bini:

“sebab masa mereka pecahkan patung penyu di Terengganu, waktu tu mereka belum bergabung dengan parti kafir, mereka boleh buat keputusan sendiri!, tapi sekarang dah bergabung dengan parti kafir, kenalah ikut cakap orang kafir kot, saya rasalah, tapi jawapan sebenar ada pada ustaz yang sokong patung diterengganu dimusnahkan”

Aku sambil kunyah almond London, jawab:

“mungkin jugak,.. ingat tak masa kita melancong di ICT Shah Alam, banyak benar patung kat situ, ada gajah, zirafah, harimau, malahan, patung Mr Bean pun ada kat Syah Alam”

Bini aku yang sedang menguyahpun buat keputusan:

“Malas saya nak faham apa orang politik fikir, jom habiskan almond laondon ni lagi baik!

“Jom!”

“Nyam nyam nyam..”

Ps: Orang akan respek pegangan agama kita, jika kita istiqamah dalam beramal, sama jugak isu politik dan so call islamik, sekejap haram sekejap halal, hilang respek orang pada agama kita nanti, makin jauhlah mereka pada islam, ini agak deep, sila take note.


Kisah 12:

Akhir cerita, di penghujung Syawal sebegini, aku dah tak nak makan almond london banyak banyak, aku nak boikot London sebab sama macam arab tak tolong Gaza, so sekarang aku beralih kepada kuih jenama tempatan, yang jauh lebih sedap dari almond london.., iaitu (rujuk gambar)



Ps: Jika korang jemput aku beraya, pastikan kuih dalam gambar ni ada dirumah korang, Woha!