Aug 30, 2014

Imam wanita solat jumaat?

(Imam solat jumaat wanita pertama dunia ada di New York, Amerika, namanya Amina Wadud,sekarang kisah untuk Iman kedua...)

Pada satu hari jumaat, Pengerusi surau telah bergaduh dengan imam masjid yang juga selaku tok khatib, lalu memecatnya dan ingin melantik dirinya sebagai imam, tapi tak layak sebab beliau ada kes polis, lalu beliaupun melantik isterinya sebagai imam baru dan akan baca khutbah jumaat.

Ketua kampong tidak setuju dan mahu imam lama kekal jadi imam sampai jumaat depan sehingga ada calon yang sesuai, namun imam lama dengan terpaksa meletak jawatan sebab pengerusi dah tak suka, lalu ketua kampung minta AJK masjid yang terdiri dari bilal dan tok siak untuk memilih beberapa calon lelaki.

Bilal menolak sebarang calon dan setuju imam solat hari jumaat adalah isteri pengerusi sebab mereka menyokong pasukan bola sepak yang sama, manakala tok siak, yang juga menyokong pasukan bola sepak kegemaran pengerusi berkata, terpaksa pilih imam wanita berdasarkan konsep tahalluf siyasi. Ketua kampong bertegas mahu bilal dan tok siak pilih calon lain…,

Bersambung..

Sebelum itu, kepada korang yang terasa pedas dengan cerita ini dan mula serius nak melenting, pesan aku:


“Ini bukan tempat sini, tempat lain-Woha!”

33 comments:

Anonymous said...

like..sampai melekat


mahluk darat

Anonymous said...

Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata tidak menjadi masalah untuk melantik wanita sebagai menteri besar di sesebuah negeri, bagaimanapun kredibiliti dan kebolehan individu tersebut menggalas tugas perlu dipertimbangkan.

Bekas mufti Perlis itu berkata, dalam konteks Islam bidang kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah terdahulu yang menguruskan secara langsung ketenteraan, peperangan dan sebagainya.

“Pandangan ini tidak bererti saya bersetuju jika Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor, tetapi apabila kita katakan wanita tidak boleh menjadi menteri besar, kita kena beri alasan kenapa agama tidak membenarkan," katanya kepada Sinar Harian Online.

“Secara umumnya ada perbahasan serius di dalam kitab fiqah berhubung perkara ini dan majoriti para sarjana Islam tidak bersetuju wanita jadi khalifah dan mereka syaratkan lelaki. Tetapi kuasa menteri besar terbatas tidak seperti khalifah,” katanya.
Beliau berkata, wanita dilantik sebagai pemimpin kini sudah menjadi perkara biasa asalkan mempunyai keupayaan mentadbir kumpulan, organisasi mahupun negeri.

Asri berkata, kebiasaan lelaki sebagai ketua atau pemimpin adalah tabiat manusia yang mahukan ia berlaku.

“Seperti contoh, calon presiden Amerika Syarikat melantik lelaki walaupun mereka membincangkan hak wanita tetapi mereka tidak pernah melantik wanita pun jadi presiden, menunjukkan memang untuk jadi pemimpin mesti lelaki.

“Tabiat wanita sendiri pun meletakkan lelaki sebagai pemimpin mereka dalam rumah tangga dan sebagainya.

"Tetapi apabila bercakap mengenai pengurusan, wanita juga mampu urus banyak perkara dan terbukti ada wanita yang menjadi guru besar, ketua pejabat, menteri dan isu ini sepatutnya tidak timbul,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menyentuh isu wanita tidak sesuai menjadi menteri besar di Selangor kerana tidak boleh mengiringi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menunaikan solat Jumaat adalah sesuatu yang tidak wajar disensasikan.

“Ikut Sultan solat Jumaat bukan tugas hakiki menteri besar. Yang menjadi persoalan adalah, adakah Wan Azizah layak? Ia tiada kaitan dengan gender tetapi kemampuan beliau menjaga negeri,” katanya.

PKR pada mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Pusatnya pada 22 Julai lalu mencapai keputusan untuk meletakkan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi jawatan menteri besar Selangor.

Anwar berkata, Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR mampu memberi kestabilan kepada PR di Selangor selain bertujuan menyelesaikan isu di negeri itu yang semakin meruncing.

Bagaimanapun, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan sokongannya agar Khalid dikekalkan kerana menurutnya semua hujah dan pandangan majoriti akar umbi PAS sudah didengar dan kebanyakan bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya.

Hadi disokong Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang turut mempertahankan Khalid kerana tidak melihat ada kesalahan yang dilakukan ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu untuk digugurkan daripada kerusi menteri besar.

Nik Aziz berkata, tidak ada sebab Khalid perlu digugurkan selepas sepenggal memimpin dengan cemerlang dan terus meningkat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. ~sinar

Anonymous said...

Sejak dari keputusan Mesyuarat Khas Jawatan Kuasa Pas dalam isu perebutan kuasa jawatan Menteri Besar Selangor beberapa hari yang lalu. Pas, terutama Presiden Parti, Mursidul Am dan Dewan Ulama Pas Pusat teruk dihentam oleh ahlinya sendiri. Paling memalukan bila sindiran pedas tanpa berlapik mula keluar di blog dan portal pro Pas hampir saban hari.

Kredibiliti golongan Ulama yang memimpin parti Pas mula dipertikai bila 2 Adun Pas lebih awal dilihat engkar kepada arahan parti malah solah-olah menghina kenyataan rasmi Hadi Awang serta sokongan dari Nik Aziz dan juga Dewan Ulamak Pas Pusat dan sehingga kini tidak ada apa-apa tindakan yang diambil terhadap kedua Adun tersebut.

Mungkin kerana tidak tahan dengan hinaan panggilan “Pas Parti U-Turn”, maka Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh di majlis sambutan Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu semalam telah mengeluarkan kenyataan “Kita dalam tahaluf siyasi, dalam perjuangan Islam tidak boleh sama sekali kita menghalalkan apa jua yang ditegah oleh Allah, di tegah oleh agama, tahaluf siyasi tidak menghalalkan benda ini, yang haram tetap haram, yang boleh tetap boleh, yang tak boleh tetap tak boleh,”.

Beliau juga turut menyangkal tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa PAS membuat pusingan-U dalam sokongan mereka terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim.

Malah beliau juga dilihat cuba menegakkan bahawa apa yang Dewan Ulamak Pas Pusat tegaskan sebelum ini tidak berubah, “Kita akan mengatakan bahawa wanita itu tidak sesuai untuk jadi Menteri Besar, ianya dua keadaan yang berbeza, bukan PAS yang mencadangkan benda itu, itu adalah cadangan daripada PR,”

Nampaknya golongan Ulama Pas ini masih lagi tidak cuba berselindung dari kenyataan sebenar. Mereka dilihat cuba baiki semula imej kumpulan ulama dalam Pas yang tercalar berikutan kenyataan mereka sebelum ini dalam isu tidak menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor

Agaknya kumpulan ulama yang berada di dalam Pas sudah mula merasai bahang akibat suka “menjual kalimah suci”? atau sudah sampai masanya Pas dipimpin oleh golongan profesional yang dilihat lebih konsisten dalam ketegasan mengeluarkan kenyataan tentang pendirian parti?

Apakah kaitan bertahaluf Siyasi, hukum halal dan haram dengan hukum menyokong wanita menjadi Menteri Besar.

Belum serikkah kumpulan ulama di dalam Pas ini setelah dipermalukan oleh golongan profesional yang satu ketika dulu dipanggil “Pak Angguk” dalam parti?

Lain kali bila ditanya jawab dengan akal yang sihat bukan jawab seolah-olah sijahil yang sedang bertanya.

Ulamak dan pemimpin Pas masih lagi kekal dengan penyakit bermuka-muka dengan ahli sendiri, nampak seperti satu jemaah tetapi malangnya hati berada dalam jemaah yang lain.

Ulamak Pas takut untuk tafsirkan lebih jauh maksud Tahaluf Siyasi. “Bekerjasama dalam kumpulan tetapi tidak membawa maksud patuh sepenuhnya hingga membelakangi teras perjuangan sendiri”.

Ulamak Burung Tiong, bercakap pandai tetapi tidak tahu apa yang mereka cakapk

Anonymous said...

mana sama deh imam solat dengan menteri besar...

konon konon trol la sgt tu hermmm

budak budak tul la ko ni...

Anonymous said...

nampaknya semakin gila dan bangang dan bodoh dan bebal dan goblok punya politik di malaysia ini....

berkumpul seluruh makhluk untuk mengkehendaki sesuatu perkara, kalau Allah tak izinkan pasti tak akan terjadi punya

Anonymous said...

masa BN kuat...korang pon tak ubah macam ulama dalam semak jugak kan...

BN tu bukan pakai sistem demokrasi laknatullah jugak ker?

apalah sangat....



Anonymous said...

xpayah la stakat 'copy' pastu hang 'paste' kat komen ni. smpai org nk baca pun meluat. tulis pndgn jujur dr hati sndri la lg baik..

budak baru nak 'up' dlm politik. bila de satu isu kena kt 'team' hangpa, lekas2 pakat cari hujah ust yg sebelah hangpa. nanti kena kt 'team' lain.. tobat hangpa xpakai dah hujah ust yg sama...

phuii utk hangpa

mahluk xberapa nk darat sgt (2alam)

Anonymous said...

penyokong PAS jangan perasan alim dengan adanya keburukan yang dilakukan UMNO

keh keh kehhhh...apadah!

sempena hari kemerdekaan ni jom kita diskus apa nak buat dengan tugu negara....

Lukeman said...

Ramai rupanya peminat blog kereta mayat ni ya. Salam perkenalan dari kami di www.jombahagia.blogspot.com

Anonymous said...

kalo imam perempuan kat depan makmum tengok pungkok..ketua kampung pun join skali hohohoho

Anonymous said...

kalo ada imam pompuan ko nak jadi makmum ker?..

Anonymous said...

SATU ketika Umno dikecam kerana bersepakat dengan parti-parti bukan Islam mewujudkan pakatan di bawah bendera Barisan Nasional. Maka pelbagai ayat al-Quran dimanipulasi dan dikumandangkan bagi menjustifikasi kritikan terhadap Umno. Tidak kurang juga yang mendakwa Umno sesat dan terkeluar daripada Islam lantaran melanggar aturan agama.

Ironinya, hari ini parti yang mendakwa Umno sesat kerana bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam pula yang begitu selesa membentuk pakatan dengan bukan Islam terutamanya DAP. Cuma permuafakatan Pas dengan DAP dan PKR dalam pakatan hari ini dimurnikan dengan istilah Arab iaitu tahalluf siyasi.

Secara mudahnya tahalluf siyasi membawa maksud satu bentuk kerjasama politik antara sesebuah gerakan atau harakah Islam dengan mana-mana gerakan lain termasuklah bersama dengan pihak bukan Islam bagi tujuan menghadapi musuh yang sama.

Sebahagian ulama haraki menolak terus idea tahalluf seperti ini seperti Syeikh Muhammad Qutb dan Syeikh Abu Nasr Muhammad bin Abdullah. Manakala sebahagian yang lain mengharuskannya seperti Dr Yusuf al-Qaradhawi, Dr Mustoffa al-Tohhan dan al-Syeikh Muhammad Ahmad al- Rasyid.

Bagi ulama yang mengharamkannya, mereka berhujah berdasarkan dalil ALLAH seperti berikut: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpin(mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. Maka kamu akan melihat orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (orang-orang munafik) bersegera mendekati mereka (Yahudi dan Nasrani), seraya berkata: “Kami takut akan mendapat bencana”. Mudah-mudahan ALLAH akan mendatangkan kemenangan (kepada Rasul-Nya), atau sesuatu keputusan dari sisi-Nya. Maka kerana itu, mereka menjadi menyesal terhadap apa yang mereka rahsiakan dalam diri mereka. (Al-Maidah 51-51)

Sebaliknya bagi golongan ulama yang mengharuskan kerjasama politik dengan puak bukan Islam, mereka berhujah dengan dalil-dalil seperti peristiwa ‘Half al-Fudul’ iaitu satu perjanjian yang berlaku pada zaman jahiliyyah di antara beberapa kabilah untuk menolong golongan yang dizalimi. Perjanjian ini telah disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW.

Perjanjian yang melahirkan Sahifah atau Piagam Madinah ini merupakan satu-satunya peristiwa besar dan terpenting yang menjadi hujah keharusan kaum Muslimin menjalinkan perjanjian dengan orang-orang bukan Islam atas dasar memelihara kebajikan kedua-dua pihak.

Di antara isi kandungan perjanjian ini ialah, “Kaum Muslimin mempunyai haknya dan kaum Yahudi mempunyai haknya. Dan di antara mereka hendaklah tolong-menolong sekiranya diserang oleh sesiapa. Dan di antara mereka hendaklah saling menasihati dan bekerjasama.

Dan janganlah sesiapa memungkiri janjinya. Dan hendaklah pertolongan diberikan kepada yang dizalimi. Dan sekiranya berlaku apa-apa kepada pihak yang menjalinkan perjanjian ini, maka tempat rujukan ialah kepada ALLAH dan Muhammad Rasulullah SAW...”

Anonymous said...

Walau bagaimanapun, bagi Imam Abu Hanifah semua perjanjian mahupun permuafakatan antara orang Islam dengan bukan Islam yang diasaskan dengan pelbagai dalil di atas perlu mengikuti prinsip atau syarat yang ketat sebagaimana dinukilkan oleh Imam al-Syaibani:

Pertama, dibolehkan meminta bantuan dengan syarat puak bukan Islam itu boleh dipercayai sehingga orang Islam berasa aman apabila berperang dengan mereka dan tidak menimbulkan fitnah bersama mereka. Kedua hendaklah hukum Islam yang dominan ke atas mereka atau dengan kata lain puak Islam mesti lebih kuat dan dominan.

Jika diperhalusi syarat-syarat ketat dalam tahalluf siyasi yang diharuskan di atas, maka persoalan yang wajar dibangkitkan ialah permuafakatan manakah yang lebih dekat dengan prinsip Islam?

Apakah gabungan Pas dalam Pakatan Pembangkang ketika ini benar-benar mencerminkan konsep tahalluf siyasi sebagaimana yang diharuskan para ulama muktabar?

Hakikatnya kehadiran Pas dalam Pakatan Pembangkang bukannya bersifat dominan atau lebih kuat sebagaimana yang disyaratkan. Malah jumlah kerusi Parlimen Pas yang hanya 21 berbanding DAP 38 dan PKR 30 kerusi, jelas menzahirkan kedudukan parti berlabel Islam itu dalam Pakatan Pembangkang.

Justeru jika pandangan ulama muktabar dijadikan asas keharusan tahalluf siyasi, maka amat wajar Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan. Tiada gunanya bermuafakat dengan pihak yang secara terang-terangan tidak mahu kepada Islam bahkan secara konsisten menentang konsep Negara Islam.

* Penulis ialah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)

Anonymous said...

wallauwei..... pedas & terasa juga
tp memilih wanita sebagai ketua terletak dalam konteks yg berbeza perlu kita dapatkan rujukan yg betul...

Anonymous said...

" yahudi dan nasrani"

APCO kot...eh..

tau ker tak APCO tu apa?...adoyaiii

Anonymous said...

pernah tengok diskusi yadim dulu...sorry la...cari ler sumber lain...semacam jer hujah dorang ni...

Anonymous said...

1) Pertamanya, semua pihak perlu menyedari bahawa urusan pendidikan anak-anak, adalah terlalu amat penting sebenarnya. Ia hakikatnya satu medan yang sangat sesuai dengan fitrah wanita. Justeru sekiranya wanita yang berkelayakan ini memimpin institusi keluarga, dan lelaki yang berkelayakan pula memimpin sebuah negara dan rakyatnya, inilah bentuk ideal dan menurut Islam, sunnah Rasul SAW dan tepat pula menurut hukum logik aqal. Tambahan pula lelaki secara semulajadi cukup sesuai untuk menanggung tugas tersebut jika diteliti dari sudut tenaga, mental dan fizikal mereka, manakala wanita pula sememangnya sangat sesuai untuk memimpin institusi pendidikan anak-anak bersendikan seni halus mereka, terutamanya apabila kepada kemampuan fizikal yang terhad, serta maruah sebagai wanita yang sangat mudah tercemar dan dicemari, lalu amat sesuai kiranya difokuskan ke bidang tersebut, dan sekiranya antara dua bidang (keluarga oleh wanita dan rakyat oleh lelaki) ini gagal dijaga dengan baik maka sudah tentu negara amat sukar memperolehi kebaikan.


Bidang institusi keluarga, pendidikan anak dan menjaga keamanan rumah tangga WAJIB TIDAK DIPANDANG REMEH, malah ia sebenarnya amat sukar, mungkin hampir menyamai kepimpinan sebuah negara. Pandangan remeh terhadapnya adalah kesilapan utama wanita moden zaman kini hingga terlalu berhasrat menjaga negara sedangkan anak-anaknya menjadi perosak Negara akibat terlepas dari jagaan yang terbaik.


2) Isu halangan wanita dari menjadi pemimpin tertinggi adalah merupakan perkara cabang yang dibenarkan untuk berijtihad dalam menentukan hukumnya, Jika dilihat daripada umum lafaz hadith, menurut jumhur ulama’ Usul Fiqh (kecuali menurut ulama’ Hanafiah), lafaz umum ini membawa ‘Dalalah Zanniyyah’, maka adalah harus untuk berikhtilaf dalam menentukan hukumnya, ini bermakna pendapat ulama yang melarang tidaklah bersifat qat’ie (putus) [6].


3) Menurut pengamatan penulis terhadap hujjah Dr Yusoff Al-Qaradhawi, ia kelihatan agak kukuh dan lebih sesuai menurut suasana hari ini, di samping ternyata ia adalah hasil kefahaman mendalam terhadap Ruh Tasyri’ serta tidak jumud di hadapan lafaz nusus. Justeru penulis menyokong pandangan yang membenarkan wanita menjadi pemimpin dengan syarat-syarat tertentu. Antara syarat yang diletakkan oleh beliau adalah (dan setengahnya adalah tambahan penulis) :-


a- Dr. Yusof al-Qaradhawi menyatakan syarat kepimpinan wanita, adalah mereka tidak gagal dalam mentadbir anak-anak hinggakan beliau meletakkan umur sekitar 45 ke atas adalah umur yang sesuai.

b- Tiada pemimpin lelaki yang lebih layak untuk menyandang jawatan tersebut pada ketika tersebut.

c- Pemimpin wanita ini mestilah tidak membuat keputusan secara peribadi dalam memutuskan hal-hal besar negara, bahkan mestilah membuat keputusan secara kolektif dan syura bersama pemimpin pelbagai peringkat.

d- Wanita yang terlibat dalam hal kepimpinan sudah tentu akan berlaku percampuran yang banyak dengan kaum lelaki maka, menjadi kewajiban baginya untuk memelihara adab-adab Islam semasa keluar rumah seperti menutup aurat dengan sempurna, tidak berwangian berdasarkan hadith :-

“أيما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي زانية وكل عين زانية "

Ertinya : “Mana-mana wanita yang berwangian lalu keluar rumah dan lalu di hadapan satu kaum (lelaki) dengan sengaja untuk menarik perhatian mereka, maka dosanya adalah seperti dosa zina” [7]

e- Mendapat kebenaran suami untuk berbuat demikian.


Apapun, kesesuaian persekitaran merupakan faktor penting dalam menentukan keharusan wanita samada dalam menjadi pemimpin (bukan peringkat tertinggi dan bukan qadhi, hakim – menurut sesetengah ulama), calon, ahli parlimen dan sebagainya, kerana WALAUPUN IA BOLEH DIKATAKAN HARUS PADA ASASNYA, tetapi ia mungkin menjadi haram kerana sebab-sebab luaran yang mendatang, ia disebut ‘Haram Li Ghairihi’ di dalam ilmu Usul Fiqh. Penulis juga merasakan, meletakkan hukum yang umum merangkumi semua karakter wanita dalam hal ini adalah kurang sesuai di waktu ini, sebaliknya keharusan tertakluk kepada kriteria syarat-syarat yang ditetapkan.

cursing malay said...

boleh lantik pemimpin wanita jika semua orang lelaki di selangor tahap bodoh belaka.

so mungkin PR nak bagitahu semua lelaki dalam PR bodoh tahap jamban belaka.

Anonymous said...

INI BUKAN TEMPAT SINI!!! INI TEMPAT LAIN..

awatla butt hurt sangat..

aku da lama bodoh dipimpin wanita...

kalau da korang suka sangat lantik je la.. esok2 jgn butt hurt lagik..

Anonymous said...

ibu ko tu wanita jugak...sedar sikit kat mana korang keluar..




Anonymous said...

apa kaitan dgn ibu plak haha.. gila kuasa no si tutt tu smpai calonkn isteri dia sendiri. mmg dh xda yg layak ke lelaki2 di selangor utk jd pemimpin?? ka pakat dh jd ponen hahaha

Anonymous said...

pasal ibu ko la pimpin tangan ko masa kecik dulu doh! Ko tak cakap lak ko bodoh kena pimpin ngan pompuan..pokoknya berhemah ler masa komen mcm ler pompuan tu low class sgtt..

apa kaitan imam solat ngan menteri besar?...

rileks ahh isu belum selesai bak kata pemandu kereta mayat
jangan cakap pasal keburukan umno pasal nanti kita perasan alim

macam tu jugak ngan keburukan dalam pakatan rakyat tak menjadikan UMNO tu baikkk ler sangat...

Anonymous said...

sape jd mb pun korang mcm tu le gak...kalo korang anak pada bakal mb tu mungkin la korang senang,kalo korang hanya rakyat jelata..mcm 2 la gak pun..apa kate korang x payah amek port terus pasal politik..aku x mengundi elok je wat masa ni xda efect pape pun..aku x pe lagi,makcik sebelah umah aku tu seumur hidup x penah mengundi,dari ada umno sampai umno nak runtuh,dari pr serius mencari keadilan dunia sampai pr pandai wat lawak lantik bini jadi mb,elok je x jd ape bahgia je aku nengok..yg mengundi lak kelam kabut...hehe..sape pun jadi mb korang mcm tu gak,kecuali korang ialah anak mereka...korang anak mereka ke?jadi kalo aku nak simpulkan disni ialah korang sume poyo korang marah x?hehe...marah ler tu....huhu

Anonymous said...

bagus lah ko tak mengundi pastu ko tak amik pot memang ssuai lah ngan ko punya pendirian memang pon tak mati kan

soal ni pernah ada ulas kalu lah semua orang melayu islam macam ko ngan makcik tu, banyak tempat tak der wakil melayu islam...Untuk amik risiko rasanya belum lagi kot..

jadi pada yang tak ngundi jangan lah cakap pasal politik korang memang tak berhak k

Kalo tak der menteri besar pon satu hakikat kalo orang tu miskin dia tetap msikin... ko nak suruh menteri besar buat apa? bagi duit gaji dia kat ko..

Soal nya apa dasar yang dia boleh buat untuk mengurangkan beban rakyat..

ko nak kaya ko try lah buat bisness patu jangan tak reti reti nak sedekah kat orang miskin lak nanti...k

aku pelik lah skang yang memerintah Malaysia PR ker BN?.. Boleh ker selangor mengkayakan rakyat Malaysia?...hermmmm

Anonymous said...

Isteri dia je yg layak..yg laki2 lain xde telor nk jd pemimpin wakaka

Anonymous said...

ai melanton beriye2 ni dasar,risiko la bagai dh mcm ptofesor hehe..ape menteri nak buat ape aku pedulik,kan aku x mengundi..

Anonymous said...

PR lg baik dr BN..slalu kena fitnah..hidup PR!! *sarcasm

Anonymous said...

kalau ada telur pon kepit memanjang pon tak pedah jugak.. berapa ramai menteri yang kecut perut ngan rambut gebang dia ... ada yg berani??

kalo ko kena ugut C4 pon mau begetar telur ko goyang...

First lady la katakan..

menteri besar pompuan isu besar la sangat ehh ...aduh! Slow!!

Anonymous said...

lupa la nak ckp ni bukan kat malaysia ni kat negara pasir berdengung

Anonymous said...

Sorg lg tu tak ada telur kot, sbb tu bg bini dia..eh lupa sbb dia tak bleh jd MB la..bg bini jd puppet dia

Anonymous said...

https://scontent-a-nrt.xx.fbcdn.net/hphotos-xaf1/v/t1.0-9/p403x403/1909753_564865676958806_1487068508784203745_n.jpg?oh=76b0a98cac9efdae5165efb4d21f7b3a&oe=549FCC5C

Azri said...

salam tuan yang mulia,saya sekadar ingin bertanya, salahkah jika kite beryahanana tu? apa pandangan tuan dalam bab ini ya?

Azri said...

salam tuan yang mulia,saya sekadar ingin bertanya, salahkah jika kite beryahanana tu? apa pandangan tuan dalam bab ini ya?