Aug 20, 2012

Koleksi Kisah Laki Bini?


(Kisah Laki Bini di bulan puasa yang lepas, dipetik dari FB keretamayat)

Kisah laki bini part 1
----------------------

Bini aku SMS,

“abang nak makan apa bukak puasa nanti?

Aku reply:

“Nasi lauk ikan keli, demi...”

Bini aku tanya balik.
demi apa?”

Aku terus balas SMS:

“demi cintaku padamu”

Woha!

Ps: demi masa, semua manusia dalam kerugian, kecuali.., (sambung sendiri)


Kisah laki bini part 2
----------------------

Bini aku SMS:

"Hai"

Aku jawab secara SMS juga.

"hmmmm"

Bini aku SMS balik:

"kenapa?"

Aku jawab secara SMS.

"Orang berak mana boleh bercakap"

Woha!

Ps: Menurur Buznama, Sunnah Nabi adalah tidak bercakap-cakap ketika kerja kerja pemberakkan di jalankan. Wallahu’lam.


Kisah laki bini part 3
-------------------------

Sedang drive, bini tiba tiba berteka teki,

"Abang, apakah benda, diluar nampak besar, bila masuk sebenarnya kecil"

Aku diam.

"apa dia bang?"

"Masjid kristal?"

"salah"

"Habis tu? apa benda" tanya aku putus asa.

"Kereta kita, anak kitakan dah ramai, WOHA!"

Hampeh!

Ps: Teka teki isu semasa yang paling aku tak gomor, aduhai..


Kisah laki bini part 4
-------------------------

“Abang rasa muda satu hari sebab sedang membaca akhbar semalam,hihihi”

Sakat aku pada bini lalu jawab beliau:

“Saya pulak rasa muda satu tahun sebab sedang membaca majalah tahun lepas, hihihi”

Aku tak nak kalah lalu berkata:

“Jadi, apa kata kita baca Al quran yang bertarikh, 1400 tahun yang lalu”

Woha!

Ps: nak muda selamanya? Baca Al quran banyak banyak, mudah mudahan masuk shurga dan mudalah selamanya..


Kisah laki bini part 5
-------------------------

Waktu drive, Bini pesan,

“Abang lepas masuk sempadan Terengganu nanti, ingatkan saya beli keropok lekor ye?”

Aku angguk, satu jam kemudian, aku berhentikan kereta di depan gerai keropok di sempadan Kemaman Terengganu lalu berkata:

“Abang nak ingatkan dua perkara,...”

Bini nampak pelik sebab tadi suruh ingatkan satu perkara sahaja.

“pertama, abang nak ingatkan, awak cakap nak beli keropok lekor, kedua.., “

Aku telan air liur lalu menyambung:

“...Kedua, abang nak ingatkan, abang sangat sayangkan kamu.”

: )

Ps: Isteri tersenyum gembira lalu sanggup volunteer beli keropok lekor-Woha!


Kisah laki bini part 6
-----------------------

“abang, saya ada benda nak cakap tadi, tapi lupa pulak”

Keluh bini pada suatu hari, aku diam..

Sambil berkerut kening bini berkata:

“err, saya nak cakap...., ish, apsal boleh lupa pulak?”

Aku diam..

“abang dah tahu!”

Jawab aku selamba.

Bini terkejut dan teruja...

"Abang dah tahu apa yang awak nak bagitahu, awak nak cakap yang awak tak boleh hidup tanpa abang kan? Awak sanggup buat apa saje demi abang kan?, kan? Kan?"

Woha!

Ps: Sejak dari itu, bini punya lupa makin menjadi jadi, he he he


kisah laki bini part 7
-----------------------

Aku sakit perut, rasa nak berak

Depan bilik air ada mesin basuh yang sedang terbuka tudungnya dan kelihatan bini aku sedang memasukkan baju

Aku yang terharu kerana jarang dapat menolong beliau membasuh baju telah memeluknya dari belakang dan mencium lehernya..,

Biniiku kegelian lantas memusingkan badannya lalu membalas pelukkan bagi melepaskan pe
nat pada orang yang disayangi.

(Juga penyumbang kepada factor utama kepenatannya..)

“ U tahu tak?, I tahu apa yang ada dalam hati U”

Bini aku tersenyum, dan angkat kening yang bermaksud:

“Jika tahu, apa dia?”

Akupun berkata kata sambil membaca minda biniku:

“Dalam hati U, penuh dengan kecintaan U terhadap I, kasih sayang yang tak berbelah bahagi, kesyukuran pada nikmat tuhan, dan takut kehilangan, kan?”

Biniku menambahkan pelukkan penat lelahnya...

“Cuba U baca minda I, apa ada dalam minda I sekarang?”

Kata aku lagi lalu biniku merenung mataku dan berkata,

“Abang rasa bersalah sebab tak tolong saya buat kerja rumah, betul tak?”

Woha!

Ps: Salah!, sebenarnya abang nak pergi berak!


Kisah laki bini 8
-------------------
Bini: “Bang, pampers anak dah habis, beli L72. Susu pun dah habis, beli 3 peketlah sebab nak balik kampung”

Laki: “duit tak cukup pulak.., baru lepas repair kereta, abang beli satu paket je lah susu dan satu pampers saiz kecik.”

Bini: “tentu orang tak ada anak, duit mereka banyak kan bang?”

Laki: “Janganlah menyangka suami isteri yang tiada anak itu banyak
 duit kerana rawatan kesuburan itu mahal harganya”

Bini: Astarfirullah..

Ps: Syukur atas nikmat Allah, kita kadang kadang lupa.



Kisah Laki Bini part 9
-------------------------

Hari ni aku berdua jer dengan bini di rumah, anak anak semua ke sekolah.

Tapi aku paksa bini aku memakai tudung penuh walaupun dalam rumah.

Al maklumlah, bila berdua macam macam boleh berlaku.

Semoga aku tak kena berpuasa dua bulan berturut turut.

Argghhh, elok aku pergi iktikaf di masjid-woha!

Ps: Beriktifaf di masjid menjarakkan dari neraka 3 parit, yang mana setiap parit jaraknya seluas alam, ‘iktikaf’ dirumah ada yang jatuh dalam parit karang, astarfirullah..


Kisah Laki Bini part 10
-------------------------

Lokasi, jam 10 malam di meja makan.

Lelaki 1: eh, korang semua tahu tak mengikut ilmu aku, malam ini adalah malam lailatul qadar. bersetubuh malam ini dengan isteri pahalanya sama dengan bersetubuh selama 1000 bulan.

Lelaki 2: “err, mintak maaflah, aku nak balik jap rumah mertua.”

(semua orang ketawa)

Lelaki 3: “Saya pun!”

(lagi ramai ketawa)

Lelaki 4:“Alhamdulilah, isteri saya baru habis Haid.”

(Ketawa berdekah lagi)

Aku: “ Err, Ada nampak kain tuala tak? Nak pergi mandi wajib jap!”

Woha!

Ps: Sunnah nabi di akhir ramadhan, adalah 'ikat kain', tidak bersetubuh dengan isteri dan sibuk beriktikaf di masjid, itu sunnah yang sebenar, tak payah nak gelojoh bersetubuh di malam lailatul qadar, macam macam hal korang nih.


Kisah laki bini part 11
-------------------------

“Bang, selamat hari jadi..”

Kata bini aku setiap tahun, pada 9 hb 8. Jam 12 malam.

“Hadiah?”

Tanya aku lalu bini tutup lampu, dan pasang lagu karoeke..,

kedengaran intro lagu Ziana Zain yang bertajuk: Kekal. Tapi di ubah lirik kepada Cekal..

"Sayang terimalah
Barang yang murah ku belikan
Moga jadi hiasan
Suatu masa

Semoga engkau kan tersenyum
Dapat hadiah murah
Hanya itu
Yang mampu ku beli

Di dalam mimpimu
Laptop baru
Ipad paling latest
Samsung Galaxy Tab

Dengan tak kau sangka
Yang kau mimpi
Semua tak terjadi
Takdir semuanya

Kemiskinan ini
Menyusuli hari
Hidup di dunia
Hanya sementara

Hidup sederhana
Perintah Ilahi
Cekal ia bersama
Serpihan harapan hidup yang fana

Engkau tak menduga
Barang yang murah ku belikan
Mungkin kau terlupa
Ku siapa

Seribu maaf ku pohonkan
Dan selautan sayang
Hanya itu
Yang mampu ku beli..."

Ps: Aku bukak kotak hadiah, senyum dan berkata dalam hati: Tahun depan, hari jadi kau, lagu ini jugak aku akan bagi hadiah bersama barang yang murah-woha!



Kisah Laki Bini part 12
-------------------------

Aku senyum.

Bini senyum.

Aku angkat kening.

Bini angkat kening jugak.

Aku buat muka kartun.

Bini pun sama ajuk.

aku gelak tanpa suara.

Bini gelak tutup mulut.

Aku buat flying kiss.

bini sambut flying kiss.

aku lambai tangan bye bye.

bini pun lambai bye bye.

aku kenyit mata.

bini pun kenyit...

Lalu....

OK, dah lah tu main video call

Woha!

Ps: Terima kasih bini bagi hadiah telefon yang ada video call, jasamu di kenang, janji ditepati, sekarang masa balas body-woha!


Kisah Laki Bini part 13
-------------------------

Dari telefon.

Bini: Abang kat mana?

Laki: Dah sampai rumah, awak?

Bini: saya kat pasar jap, cari ikan patin untuk sahur, awak OK? sebab hari nampaknya hujan, saya takut awak kena hujan. Kalau kena hujan lekas lekas basuh kepala ye? nanti demam.

Laki: Wah, sayangnya awak kat Laki, saya sampai awal kat rumah, sekarang sedang duduk depan PC.

(Dalam hati, romantiknya bini aku, hari hujan call takut suami demam kena hujan)

Bini: Alhamdulillah, lega mendengarnya, sebenarnya nak minta tolong angkat kain jemuran bang, boleh?!

Hampeh! ingat sayang laki, rupanya sayang kain jemuran, tarik balik romantik-Woha!

Ps: cakaplah awal awal- romantik ada mana yang aku tak gemor ni!


Kisah Laki bini part 14
-----------------------------

Sedang tebuk wall plug, terdengar bunyi SMS.

“tolong bacakan..” arah aku pada bini.

Bini aku pun baca SMS.

“Hamka, batal tak puasa aku sebab..”

Senyap.

“Sebab apa?”

Tanya aku,

“abang baca sendirilah, malu kat anak anak.”

Aku pun baca balik SMS tadi..

“Hamka, batal tak puasa aku sebab tadi aku bermimpi bersetubuh sampai pancut keluar air mani”

Woha!

Ps: tak batal jika tak sengaja..



Kisah Laki bini part 15 
----------------------------

"abang, binatang apa yang jika mahu puasa, tapi tak boleh puasa kerana tak tahan godaan?"

tanya bini sewaktu berbuka puasa dikampung mertua...

"ular" jawab aku kekenyangan tapi nasi belum habis sebab ambil lauk banyak sangat.

"kenapa ular?"tanya bini

"sebab ular tidur lama sangat sampai puasa batal" Jawab aku.

Lalu kata bini:

“salah! jawapannya adalah ayam, sebab manusia selalu membazir makanan dan buang dibelakang rumah, jadi ayam setiap hari dibulan puasa tak tahan godaan makan makanan yang dibazir manusia, huhu, insaflah wahai insan, woha!”

Ps: teki teki sambil perli yang tak tahan tu, adohai..



Kisah laki bini part 16
---------------------------

Waktu balik kampung bini terdengar perbualan dalam kereta:

“Kenapa Abang bawak kereta slow sangat, bawaklah laju sikit.”
Marah bini terhadap aku kerana dia dah tak sabar nak beraya di kampung sendiri. Jawab aku:

“Abang orang penting, lambat sampaipun orang tunggu, tak payah bawak laju laju, orang tak penting jer bawak kereta laju-laju tapi no
body cares”

Woha!

Ps: Hati hati di jalan raya: Ingatlah mertua yang tersayang, he he


Kisah laki bini part 17
-------------------------

Waktu balik kampung aku pula:

“Kenapa Abang bawak kereta laju sangat, bawaklah slow sikit. Bahaya,tu! abang nampak tak sign board gambar tengkorak dan stereng tu.., Itu tandanya kawasan kemalangan, jadi bawaklah perlahan.”

Aku sengih sambil berkata:

“Salah!, gambar tengkorak tu menandakan kawasan ini berhantu, kita kena bawak laju laju,- Woha!”

Ps: Gambar tengkorak dan stereng tu sebenarnya bermaksud kawasan keretamayat ambil mayat kemalangan-harap maklum.


Kisah Laki bini part 18
----------------------------

Laki :Terima kasih kerana masak sahur selama sebulan untuk abang dan tidak pernah merungut.

Bini: Bang, ketahuilah, saya sedia masak sahur untuk abang seumur hidup saya.

ps: Kagum dengan orang perempuan.., terima kasih kepada semua bini di seluruh dunia, selamat hari raya. esok dah tak yah masak sahur lagi.
Tapi kena masak rendang, ketupat, nasi dagang, nasi mi nyak, menu pagi, menu tengahari, minum petang, makan malam bla bla bla... woha!

Ps: mandikan mayat suami, mungkin termasuk dalam senarai tugas sepanjang hayat...

Selamat Hari Raya dari kisah laki Bini-woha!



Aug 14, 2012

Jangan kejar Pahala?


(Dalam dunia ini akan ada selalu orang perasan pandai, apabila mereka diam, kita tidak tahu sama ada dia bodoh atau tidak, lalu apabila dia berkata-kata: Sah Bodoh! –woha!)

Soalan Pembaca:
Salam...ustaz hamka..tadi saya share status ustaz kat kawan-kawan..., terutama bab kelebihan puasa dan pahala, lepastu ada sorang kawan saya kata.., ibadat jangan kerana pahala atau shurga, itu perbuatan syirik kerana pahala dan shurga adalah makhluk, kita tak boleh beribadat kerana makhluk, kita kena beribadat semata mata kerana Allah, kalau kita kejar pahala.. kita tak dapat pahala tu.. tak ikhlas boleh masuk neraka, so, saya keliru, habis tu tazkirah terawih selalu cerita tentang pahala dan shurga, kira tak boleh niat mahukan ‘makhluk tu’ ke?, boleh ustaz beri pencerahan?

Keretamayat said:

Dah naik taraf ustazlah pulak aku ni, adohai..,

Wah wah wah! Aku pulak yang kompius.. Nabi Muhammad s.a.w pesan pada Ummat, baca Al quran dapat pahala, solat malam lailatul qadar ganda pahala seribu bulan, amalan di bulan puasa ganda 70 kali, solat jemaah dapat pahala 27 kali ganda, setiap langkah ke masjid dapat satu pahala untuk satu langkahan.. dan pelbagai lagi, ni Nabi yang bagitahu, tiba tiba ada orang perasan alim cakap: jangan kejar pahala? wah wah wah, habis tu pesan Nabi suruh berlumba lumba buat pahala di bulan Ramadan nak campak ke mana?

Dalam Al quran pun Allah cerita tentang pahala, tentang nikmat shurga dan azab neraka, tiba tiba ada antara korang perasan alim cakap, jangan kejar shurga?

Woi! Si perasan alim, ada pernah baca tak hadith dari hazrat Abu Hurairah r.a. yang berbunyi, Nabi saw bersabda, sesiapa yang berdiri beribadat pada malam lailatulqadar dengan iman dan IHTISAB. Akan di ampunkan dosanya yang terdahulu.

Apakah itu IHTISAB?

Ihtisab adalah niat untuk mendapatkan ganjaran!
Mengharapkan pahala adalah kesempurnaan iman, kerana percaya dan yakin pada benda yang ghaib.. itulah IHTISAB!

Kepada yang masih degil konon belajar tasauf tak boleh niat nak pahala, tak boleh niat nak shurga, biar aku terang sikit guna kaedah hakikat marifat ala-ala tasauf, mudah-mudahan korang semua paham. Insya-Allah..

Baik, memang benar in the first place, buat amal kerana makhluk adalah tanda tidak ikhlas dan mungkin jadi syirik. Ya, aku tahu, memang benar, pahala, dan shurga atau neraka adalah makhluk Allah.

Tapi korang kena ingat, Allah boleh azab manusia tanpa neraka dan Allah boleh bagi nikmat pada manusia tanpa shurga.

Sebab tu kita selalu dengar orang yang gembira dalam dunia berkata:

"Aku hidup bagai dalam shurga”

Padahal confirm duduk dalam dunia, dan kita selalu jugak dengar orang yang menderita dalam dunia berkata:

"Aku hidup bagai dalam neraka”

Maknanya di sini, Allah boleh bagi nikmat tanpa shurga dan Allah boleh bagi azab tanpa neraka, maka “JANJI ALLAH” untuk azab dan bagi nikmat bukanlah makhluk.

“JANJI ALLAH” adalah SIFAT ALLAH.

ALLAH berjanji akan azab, bila manusia buat sekian-sekian.

ALLAH berjanji akan beri nikmat, bila manusia buat sekian-sekian.

ORANG YANG YAKIN DENGAN JANJI ALLAH adalah orang yang BENAR-BENAR BERIMAN.

Apatah lagi shurga dan neraka di gambarkan sebagai tempat yang tak terlintas dalam kepala, tak tergambar oleh otak, tak terbayang oleh kata-kata. Inilah IMAN!

Dan di sinilah terletak “JANJI ALLAH”. Untuk azab dan bagi nikmat.

MAKA, takut neraka adalah takut kepada JANJI ALLAH! Sebab tak pernah nampak neraka cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.

Dan mengharap shurga adalah harap kepada JANJI ALLAH! Sebab tak pernah nampak shurga cuma beriman dengan “JANJI ALLAH”.

JANJI ALLAH BUKAN MAKHLUK!

JANJI ALLAH adalah GHAIB.

YAKIN dengan yang Ghaib adalah kesempurnaan iman.

Pahala juga GHAIB, dan yakin dengan janji Allah dapat pahala adalah tanda kesempurnaan iman!

Jadi bila korang beribadat, dengan niat mendapatkan ganjaran, itu tanda iman korang betul sebab yakin dengan janji Allah, dan melakukan amal dengan yakin pada janji Allah adalah tanda iman yang sempurna, korang tidak ragu ragu dengan janji Allah.., Allah janji pahala, maka ghairahlah kita mengejar janji Allah..

Bila Allah janji nak azab dalam neraka, maka gementarlan hati kita kerana takut kepada janji Allah, orang yang slow jer tak paham antara janji Allah dengan material instinct.

Pedulikan doa tersirat wali Allah yang kata jika aku nak shurga jangan masukkan aku dalam shurga dan jika aku takut neraka, masukkan aku dalam neraka, doa begitu memang cool dalam menggambarkan cinta kepada Allah, tapi Nabi Muhammmad SAW yang jauh lebih cool untuk di jadikan contoh berpesan dalam bulan puasa ni, banyakkan minta masuk shurga, dan banyakkan minta selamat dari api neraka..(H.R Hazrad Salman r.a)

Jangan nak perasan pandai tak nak shurga, perasan alim konon, ni Nabi pesan lagi, jika nak minta shurga mintalah shurga yang tertinggi.., iaitu shurga firdaus!

Tak paham paham lagi?!

Patut bulan puasa begini isu pahala tak timbul dah sebab yang benci pahala di kurniakan begitu banyak pada ummat Nabi Muhammad s.a.w ni syatan jer, sehingga tabur kepala dengan pasir, jadi bulan puasa ni syaitan dah di ikat, sehingga ustaz yang tak suka mengajar guna hadith kelebihan pahala, dah pakat pakat guna di bulan puasa,.., so korang jangan nak perasan alim, sahabat nabi Muhammad SAW sentiasa menangis takut api neraka dan melangkah kaki pendek pendek ke masjid sebab nak pahala lebih, korang boleh pulak berlagak tak nak pahala..

Kalau korang tak Nak pahala, niatkan sahaja untuk sedekah pada aku.., Aku nak!

Woi, aku nak pahala, bak semua pahala hang kat aku! Kita jumpa nanti kat shurga firdaus tingkat lapan.

Woha!

Ps: Masuk shurga dengan RAHMAT Allah, bukan dengan pahala, tapi siapa amal soleh dengan IHTISAB boleh dapat RAHMAT Allah.

Ps2: Bertambahlah pahala aku setelah disedekahkan pahala oleh si perasan alim kawan kepada pengemail di atas, al maklumlah mereka banyak pahala tapi tak nak..., alhamdulillah, syukur, sudah banyak pahala nanti, aku azam akan sedekah pahala kepada mereka yang memerlukan di padang mahsyar kelak termasuk si perasan alim tu.. 

Woha!

Aug 9, 2012

Aku sokong Tazkirah, tapi...?


(Temubual 30 minit bersama driver keretamayat.)

Wartawan: Asalamulaikum Hamka

Hamka KM: Wailakumusalam.

Wartawan: Apa pendapat awak tentang ramadhan tahun ini..

Hamka KM: Sama meriah macam tahun lepas, ada orang islam gantung lampu kelip kelip macam Raya Kristian, ada orang islam gantung pelita macam Raya india, ada orang islam bakar mercun macam raya cina, dan ada orang gantung bendera macam pilihan raya-woha!

Wartawan: Ha ha ha, only in Malaysia, okey nak tanya, Bukak puasa makan apa paling best?.

Hamka KM: Aku bukak puasa tak makan nasi, jadi selain nasik aku bedal, roti, mee, laksa.., so yang best adalah bukan nasik.

Wartawan:kenapa tak makan nasik?, ops tarik balik soalan sebab cik hamka dah jenggil mata macam tu, tentu cik hamka nak cakap, supaya cepat solat maghrib, dan tidak mengantuk terawih, tadarus, tahajjud, tahu dah, soalan lain, errr, habis tu memang tak makan nasik?

Hamka KM: Aku makan nasik waktu sahur, biasa sebelum sahur, mandi wajib dulu, baru berselera makan nasik macam makan tengah hari, ha ha ha!

(delete temubual 10 minit sebab soalan wartawan dah tak senonoh, sambung balik)

Wartawan: Terawikh kat mana?

Hamka KM: Terawikh kat  surau pada awal ramadhan, tapi akhir ramadhan ni buat kat masjid.

Wartawan: kenapa?

Hamka KM: sebab nak berjemaah 20 rakaat, kat surau mereka buat lapan rakaat jer, lepas tu tazkirah panjang nak mampos, bukan bestpun dengar tazkirah dari ustaz yang bosan.

Wartawan: Jadi cik Hamka tak setuju tazkirah antara terawih.

Hamka KM: Setuju jika tazkirah ringkas, dan isu yang di tazkirahkan bernas, bukan syok sendiri., dan tak perlu sampai lebih setengah jam. Lagi lagi tolonglah jangan isi tazkirah dengan isu poliltik, memang aku tak akan pergi lagi solat kat situ..

Wartawan: Jadi memang cik Hamka tak setujulah tazkirah antara terawih ni.

Hamka KM: Bukan tak setuju, tapi cadangan aku, awal ramadhan elok buat tazkirah, orang masih bersemangat, di akhir ramadahan terutama 10 malam akhir, elok buat 20 rakaat terawih berjemaah.

Wartawan: Jadi kira kira memang cik Hamka tak setujulah tazkirah antara terawih ni.

Hamka KM: Bukan tak setuju 100%, awal ramadhan jer elok ada tazkirah, itu pendapat aku, dan tazkirah pulak ringkas dan padat, lagi bagus jika ustaz cerita tentang ayat al quran yang sudah di baca dalam 4 rakaat yang lalu, dan cerita pulak tentang ayat al quran yang bakal di baca 4 rakaat yang akan datang, dengan cara ini, solat akan lebih khuyuk.., insya-Allah..

Wartawan: Bermakna, lagi elok tazkirah ditiadakan langsung, begitu pendapat Pak cik Hamka?

Hamka KM: Engkau ni faham tak jawapan aku?, maksud aku, nak buat tazkirah biar berkualiti, bukan syok sendiri, lagipun ustaz kena paham, kenapa adakan tazkirah?, adakah sebab nak claim elaun takzirah atau nak betulkan jemaah?, jika niat nak betulkan jemaah, aku tengok ustaz tazkirah bukan main berapi-api, tapi apa yang aku nampak, tiap-tiap tahun, saf solat makin kurang, kenapa? Lepas raya masjid kosong balik., kenapa?

Adakah sebab tazkirah tak best, atau memang dengan tazkirah ummat tak dapat di baiki? kat sesetengah masjid termasuk mekkah mereka solat 20 rakaat tak ada tazkirahpun, tapi jemaah maintain ramai.., kat sini kena faham apa tujuan tazkirah.., jika niat nak baiki ummat, kenapa kena heret orang yang nak solat 20 rakkaat mengurangkan niat mereka..,?

Saidina Umar sahabat Nabi yang tinggi darjatnya, telah guna dalil dan nas supaya ummat buat 20 rakkaat, Hari ini ustaz-ustaz boleh pula cari dalil dan nas nak kurangkan amalan ugama, adakah tuan lebih pandai dari saidina umar?

Lupakan bab claim duit tazkirah, banyak lagi sumber rezeki Allah bagi jika kita ikut cara Nabi dan sahabat.. dan ustaz tahu ke?, umat hanya dapat dibaiki dengan cara umat terdahulu di baiki, kena ikut cari nabi islah para sahabat, demikian kata kata imam maliki. Dengar tazkirah sahaja masalah ugama tak akan selesai, kerana itu Nabi tak baiki ummat dengan cara tazkirah sahaja, Nabi bagi sahabat kerja, lepas tu pantau, betulkan balik jika sahabat salah, itu maksud ‘baiki’ ummat, bukan dengan setakat ceramah buat lawak, claim elaun tazkirah, terus ummat jadi baik.

Wartawan: Tak baik kau kutuk ustaz politik Hamka

Hamka KM: Eh, apa tak baik pulak?, kutuk dapat pahala apa jika benda tu tujuan baik., aku dengar tazkirah semalam cakap macam tu..

Wartawan: Jadi senang cakap, cik Hamka tak setuju langsung lah tazkirah antara terawih ni.

Hamka KM: Bukan tak setuju bang, dalam bab ilmu, kita kena faham perkara yang boleh buat hanya pada waktu itu dan perkara yang boleh buat pada bila bila masa, orang berilmu akan utamakan perkara yang boleh buat hanya pada waktu itu dari perkara yang boleh buat pada bila bila masa, sama macam kes aqiqah dan korban.., sama kes macam tarawikh dan tazkirah.., sama kes macam haji dan umrah, sama kes zakat dan sedekah.., itulah ilmu, iaitu bagaimana kita dapat mengetahui kehendak Allah pada masa dan tempat yang betul, sebab tu zaman saidina Umar berijtihad utamakan tarawih.."

Wartawan: So, apa cadangan cik Hamka?

Hamka KM: Cadangan aku, untuk atasi malasah tazkirah lepas 4 rakaat dan atasi masalah orang yang tak nak solat 20 rakaat.., maka apa kata mulai tahun depan, lepas 4 rakaat, kita buat tazkirah yang bertajuk: "kelebihan tarawih 20 rakaat" woha!

Wartawan: ha ha ha ha, kau jangan main man..

Hamka: Okey-okey, ni last solution aku bagi, win-win situation, mana mana masjid yang dah lama buat terawih 20 rakaaat teruskan, yang buat 8 rakaat bersama tazkirah, teruskan tapi pastikan tazkirah tidak merepek, kurangkan tafsir ayat guna kepala otak, banyakkan hadith dan makna al quran. Bagus jika boleh cerita makna ayat al quran yang bakal di baca, dan pastikan tazkirah tidak terlalu panjang dan bosan, paling lama 15 minit cukup, dan bagus 10 malam terakhir, buat 20 rakaat di semua masjid surau.

Wartawan: Okeylah cik Hamka, terima kasih atas temubual tadi, nampaknya tazkirah kat masjid dah nak habis, air teh tarik kita ini pun dah habis, jom sambung solat terawih lagi 4 rakaat-WOHA!

Sekian.

Ps: rupa-rupanya, temubual ini berlaku selepas terawih 4 rakaat, di mana aku dan kawan aku sempat pergi minum air kedai kopi sebab bosan dengan tazkirah merepek bab politik, ok, selamat bertarawih lagi 4 rakaat. Peace.

Ps2: "Berbahagialah dengan nikmat Allah yang dilimpahi ke atas anda"

Aug 5, 2012

Bagaimana didik anak berpuasa?


(Kisah aku, bini, dan keretamayat part 3, : Sahur Oh Sahur...)

Jam hampir 12 tengah hari, belum masuk waktu zohor, tapi aku rasa bibirku sedikit kebas, dan perut ada mengeluarkan sedikit bunyi kelaparan.., tapi ia tidak lama, sekejap sekejap sahaja datang menguji hamba Allah yang berpuasa, terutama orang yang pernah terkena gastrik macam aku, dan terutamanya lagi bila puasa tanpa sahur..

Untuk pengetahuan mualaf yang baru masuk islam semalam, Sahur adalah Sunnah Nabi Muhammad S.a.w, lagi lewat kita bersahur lagi bagus, lagi banyak berkat dan pahala, malahan yang membezakan puasa orang islam dan orang kapir adalah sahur.., jadi jika nak puasa yang berkat, eloklah bersahur...

Tapi aku bukan sengaja tak nak bersahur, kami sekeluarga terjaga lewat hari ini, tersedar sebaik azan berkumandang, nak salahkan bini tak timingkan jam, tidak patut juga sebab sebelum tidur aku terajak bini berasmaradana, walaupun bini aku dah cakap, : “ jika “enjoy the silence” lewat sangat bang, saya takut terlajak sahur”, tapi aku dengan konfident cakap,: “nanti abang bangun solat tahajjud, abang kejut ler awak sahur..”

Rupanya rupanya, Hempeh!, Tahajud entah kemana!, sahur entah kemana!, seluarpun entah ke mana! sedar sedar azan subuh di dengar  dalam keadaan berhadas besar, Cis!!

Aku dan bini boleh jer puasa tanpa sahur, tapi aku kesian pada 3 orang anak aku yang berazam tak nak tinggal puasa, umur mereka baru 5 tahun, tujuh tahun dan sembilan tahun..,

Pesan aku kepada isteri, jika anak menangis nak makan sebab lapar(al maklumlah puasa tanpa sahur), bagi jerlah makan, karang mati pulak budak budak tu.., pendek cerita, sesampai aku di rumah tengah hari ini, terus aku dengar suara anak perempuan yang berumur 5 tahun menangis..

“bini aku tak bagi makan ke”, bisik hati kecilku sambil mematikan suis keretamayat.

Anak perempuan aku sebaik tahu aku balik, terus berlari dan bertambah kuat pula akan tangisannya..

“lapar ke?”

Anak aku angguk..

“jomlah makan roti”

Ajak aku, tapi anak aku geleng kepala tak nak lalu bini aku muncul bagitahu dah puas suruh berbuka puasa tapi tak nak kerana alasan si anak, takut azab api neraka walaupun dah bagitahu budak budak tak wajib puasa, tapi si anak bagitahu, kawan kawan cakap jika tak puasa tak boleh raya dan tak masuk shurga.., murni sungguh kawan kawan mereka..

Aku tersenyum mendengat penjelasan bini aku, lalu dengan isyarat mata aku suruh bini aku siapkan roti dengan inti coklat dan air milo ais, lalu aku dukung anak aku tu menuju ke dapur, sebelum itu aku sempat jengah bilik anak lelaki aku dapati dua orang anak aku selamba tabah berpuasa sambil baca buku (komik), aku tanya, puasa OK?, mereka angguk sambil tersenyum, mereka orang lelaki lebih kuat dan tabah.., akupun tutup pintu bilik mereka dan terus ke dapur.

Di Dapur, bini dah siapkan roti berjem coklat dan milo ais, aku terus bawa anak perempuan aku ke meja makan, aku lihat matanya teruja, tapi aku tahu dia tak nak bukak puasa walaupun dia kelihatan menderita.., tapi tetap tak nak berbuka.

Lantas aku pun berceramah,:
“Adik.., budak budak jika nak puasa wajib bersahur, nanti puasa tak sah! Sia sia tahan lapar tak dapat pahala, jadi sebelum azan nanti (azan zohor), baik adik bersahur dulu, nanti baru boleh puasa!”

Mendengar bohong sunnat versi keretamayat, terus anak aku ceria ber ‘sahur’ dengan lahapnya, dan masih ceria sepanjang hari itu kerana masih ber ‘puasa’..., bolehlah beliau berhari raya dan masuk shurga, hihihi..

Aku senyum dan bini akupun senyum...

Tanya bini aku, dari mana belajar tip bohong sunnat ni bang?, jawab aku, dulu masa kecik, abangpun berlagak tak nak bukak puasa, sehinggalah ada driver keremayat bohong sunat sama macam ni-woha!

Pendekkan cerita, dari Pengalaman puasa yang lepas-lepas, anak aku memang masuk sekolah tadika jer dah berjaya puasa penuh, lalu ada antara korang yang bertanya, bagaimana anak engkau yang tadika pun dah puasa penuh?, rahsianya, waktu sahur aku suruh mereka mandi, maka makanlah mereka dengan penuh berselera, dan semua anak aku berjaya puasa penuh sebab kurang lapar kerana makan banyak waktu sahur..

Sahur itu Sunnah Nabi, Perbezaan diantara puasa umat Islam dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) itu ialah dengan makan sahur, maka nasihat aku, makanlah sahur, dan jika tak berselera, sila mandi sebelum sahur, insyAllah, korang akan berselera makan macam makan tengah hari, (aku ler ni) dan bila korang jumpa rambut aku basah waktu solat subuh, maka janganlah sangka aku mandi wajib tapi sangkalah aku mandi untuk menambah selera sahur..

Woha!

Ps: Mandi sebelum sahur tu kononnya nak lahap makan.., cheh, sempat cover line tu! Woha sekali lagi.

Jul 31, 2012

Tazkirah kepada Ustaz?


(Update- Gila apa si Keretamayat ni tergamak nak bagi tazkirah kepada ustaz, tapi kata keretamayat, tazkirah ini di tulis sewaktu syaitan di rantai...huhu)

Wahai ustaz sekalian..

Pada bulan puasa begini, tuan-tuan tentu jarang nak bagi kuliah macam biasa bukan? Kalau adapun tazkirah ringkas di antara waktu selang solat tarawikh, jadi oleh kerana tuan tuan dah tak dapat nak bagi tazkirah macam bulan bulan yang lain, maka apa kata aku bagi takzikrah dan nasihat untuk ustaz sekalian…

Aku bukan nak cari salah ustaz, aku nak belajar cakap ugama.., kalau aku salah harap ustaz dan ustazah serta para ulamak sekalian dapatlah menegur aku dengan hikmah dan bijaksana macam Lukman nur hakim…

Wahai ustaz sekalian..

Apabila tiba bulan sya’aban dan Ramadhan.., tuan tuan selalu bercerita tentang Puasa dan segala hal yang berkaitan puasa, tapi dari tahun ke tahun aku perhatikan jarang ustaz dan ulamak yang bercerita panjang lebar tentang I’tikaf…, kalau cerita sikit sajer dan terus masuk bab Qiaimulai berjemaah, aku yang jahil bab ugama ini keliru sikit bila ustaz cerita bab I’tikaf tetapi di simpulkan dengan qiaimulai berjemaah…

Apa yang aku bodoh-piang dalam bab ugama ni paham, I’tikaf dan qiaimulai adalah dua perkara yang berlainan, iaitu I’tikaf hanya boleh di buat di masjid sementara qiaimulai (berdiri malam) boleh di buat di mana sahaja.., jadi bila aku rujuk sejarah Nabi Muhammad s.a.w bahawa adalah satu sunnah Nabi s.a.w beri’tikaf di masjid selama 30 hari dalam bulan ramadhan, yang mana Baginda mendirikan khemah dari Turki.

Wahai ustaz sekalian..…

Aku tak pernah nampak lagi (kat tempat aku ler ni) ustaz dan ulamak beri’tikaf di masjid, apatah lagi khemah dari turki, jadi aku nak tanya..

Kat mana ustaz sekalian beriktikaf?
Bagitahulah aku sebab aku pun nak joint gak…, jika ada!

Kat tempat aku, biasa yang di buat oleh ustaz dan ulamak adalah qiaimulai berjemaah, bagi aku yang hina ini, lebih baik solat tahajjud di buat berangsingan macam Nabi s.a.w buat, bolehlah nak menangis puas puas dan nak panjangkan bacaan atau rukuk serta sejud sesuka hati.., baru datang feel.., eh eh, aku bukan nak cerita pasal tahajjud, aku nak cerita pasal I’tikaf..

Wahai ustaz sekalian..…

Tuan tuan sedia maklum akan amalan Nabi beriktikaf ini mengikut hadith dan sejarah, iaitu sememangnya sudah menjadi Sunnah Nabi untuk beriktikaf sepanjang bulan ramadhan, dan pada tahun kewafatannya baginda SAW telah beriktikaf selama dua puluh hari.. dan ada ulamak yang menyatakan bahawa beri’tikaf sepuluh hari terakhir ramadhan adalah sunnat muakad!

Jadi Wahai ustaz sekalian..…, kat mana tuan tuan iktikaf, buatlah pengumuman, senang kami para jemaah untuk tumpang berkat tuan tidur di masjid…

Wahai ustaz sekalian..…

Di Zaman nabi, jika nak cari nabi just pergi masjid, dan kemungkinan atau peratus kebarangkalian untuk jumpa Nabi saw adalah tinggi kerana Nabi kerap beriktikaf di masjid, dan pada bulan Ramadhan, memang confirm Nabi beriktikaf di masjid.., maka bolehlah tumpang berkat tidur di sisi Nabi SAW, boleh tengok nabi solat sambil bengkak kaki, boleh dengar dada nabi yang merintih seperti cerek mendidih, boleh lihat nabi menangis hingga basah janggutnya…tapi sekarang, wahai ustaz kat tempat aku, .., mana ustaz sekalian beriktikaf pada 10 hari akhir ramadhan? Mana ustaz pergi wahai ustaz,?

Aku sungguh terkilan rasanya bila pergi masjid pada 10 malam terakhir setiap tahun, takde ustaz yang beriktikaf..sungguh terkilan, mana pergi ustaz sekalian? mungkin mereka beriktikaf kat masjid lain..tapi kat mana masjid tu? Aku pun nak tumpang berdiri malam bersama ustaz yang alim..isk..isk..

Wahai ustaz sekalian..…

Ada antara ustaz yang di jemput berceramah dan buat forum perdana, ceramah isu isu semasa dan macam-macam program keugamaan, tapi di mana mereka ini beriktikaf, di hotel? Di rumah? Kenapa tidak di masjid?, aku ada banyak masalah ugama yang nak rujuk pada ustaz dan ulamak.., kenapa tak beriktikaf sahaja di masjid pada 10 akhir ramadahan, takut ke tidur sekejap sebelum tahajjud di masjid?

Wahai ustaz sekalian..…

Aku dapat tahu bila ustaz berceramah ada yang mendapat banyak duit, dan aku rasa mungkin belum ada lagi mana mana jabatan ugama yang sanggup sediakan duit untuk ustaz sekalian beriktikaf, takpe ustaz..Nabi dulu iktikaf pun tak dapt duit gak.. Dan tak di nafikan tidur di hotel atau di rumah, bila di bandingkan memang tak selesa tidur di masjid, tapi masjid akhir zaman ni dan ada karpet yang tebal, kipas dan mungkin ada air cond, tapi jika nak di bandingkan dengan masjid Nabawi zaman Nabi dulu.., bagai langit dengan bumi..OH!

Wahai ustaz sekalian..…

Ada cerita dari kawan-kawan (aku tak tahu betul ke tak.., sebab tak pernah pergi) iaitu jika kita pergi kuil hindu atau gereja pada jam 3 pagipun, akan ada tok sami atau paderi yang duduk(macam beriktikaf) dalam tempat ibadat mereka, menunggu penganut datang mengadu masalah…, tapi dalam ugama islam kita, kalau pergi masjid jam 3 pagi, takde orangpun, apatah lagi ustaz dan ulamak, ada pulak yang berkunci!! Lepas tu taruk sign board: DI LARANG TIDUR DALAM MASJID!!, sia sia ilmu sunnah bab adab tidur di masjid jika awal awal lagi AJK masjid tak bagi iktikaf..Walhal, Nabi dan sahabat selalu tidur dengan niat beriktikaf di masjid…,

Wahai ustaz sekalian..…

Tuan tuan pun tahu, bahawa sekarang ni kilang TV, Kilang kipas, dan lain-lain kilang sedang hidup 24 jam, pekerjanya keluar masuk mengikut shift, maka kita dapati dalam semua rumah telah masuk TV dan kipas…
Tapi hari ini, masjid tidak hidup 24 jam, sekejap bukak sekejap kunci…jam 9 malam dan tutup, macamana amalan ugama nak masuk dalam rumah jika kilang “rohani” bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak?

Aku rasa jika kilang TV bukak sebelum magrib dan tutup selepas isyak, maka takdelah TV kat mana mana rumah, baru nak pasang skrin dah tutup kilang, camne.., begitulah masjid zaman sekarang, orang pergi sekejap sekejap sahaja macam tandas.., kerana itulah tak pelik jika banyak maksiat…, masjid tempat membina rohani tak hidup 24 jam.., mana pergi ustaz dan ulamak, adakah nak tunggu peruntukkan dari kerajaan baru nak fikir hidupkan masjid 24 jam?

Jika kita rujuk masjid Nabawi zaman Nabi dahulu, hidup 24 jam, jemaah keluar masuk, azan dua kali, tanda tukar *shift…

*Sahabat buat shift untuk memakmurkan masjid..

Ada golongan suffah lagi yang tinggal di masjid, malahan tawanan perangpun di ikat pada tiang tiang masjid, dan akhirnya mereka tawanan perang masuk islam secara sukarela kerana terkesan dengan amalan sahabat yang memakmurkan masjid Allah…

Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)

Ustaz tafsirlah sendiri ayat ni, aku jahil.., dan pendapat aku, beriktikaf adalah salah satu cara memakmurkan masjid Allah…

Wahai ustaz sekalian..…

Marilah kita memakmurkan masjid Allah dengan menghidupkan masjid selama 24 jam.., buatlah shift, ustaz dan ulamak kan ramai, lepas tu duduk tunggu ummat kat masjid, senang orang ramai jika ada masalah ugama boleh pergi kemasjid untuk rujuk ustaz dan ulamak, boleh rujuk ustaz walaupun jam 3 pagi, takdelah jadi macam sekarang, ummat tak tahu nak rujuk kat mana, last last just baca blog, baca FB, baca web syiah, lepas tu sesat, tafsir al-quran sendiri, ulamak dan ustaz jugak yang bertanggung jawab..kot..isk..

Wahai ustaz sekalian..…

Tahukah ustaz, Bila aku tulis blog dan cerita cerita ugama, maka aku dapat beratus ratus email masalah ugama yang ummat islam di seluruh dunia kirim, aku suruh mereka rujuk ustaz dan ulamak, tapi mereka tak tahu nak rujuk kat mana, kerana mereka tak tahu nak cari ustaz dan ulamak kat mana..oh!, lalu aku cuba jawab gak soalan mereka lebih kurang dengan ilmu aku yang cetek ini.., jika ustaz ada masa, cuba rujuk post aku yang dulu-dulu, betul ke tak penjelasan aku, jika salah, tolonglah betulkan ustaz, aku mengaku, aku tak pandai macam ustaz ulamak dalam bab bab ugama ni..isk..isk.., uhuk!

Wahai ustaz sekalian..…

Nasihat ihklas dari saya yang bukan ustaz ni adalah…
Tuan tuan kena bersedia untuk duduk kat masjid 24 jam secara shift, macam doctor duduk kat klinik 24 jam, macam polis duduk kat balai polis 24 jam dan macam bomba duduk kat balai bomba 24 jam..

Bila doctor duduk kat klinik 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai yang berpenyakit serius, sebab klinik bukak 24 jam..

Bila bomba duduk kat balai bomba 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah banyak rumah yang terbakar.., sebab balai bomba bukak 24 jam..

Bila polis duduk kat balai polis 24 jam, maka kita dapati kat malaysia ni takdelah ramai sangat orang jahat, sebab balai polis bukak 24 jam..

Tapi hari ini, Wahai ustaz sekalian..…

Tuan tuan sibuk bercerita masalah ummat dan mencela maksiat yang mereka lakukan, tapi tuan tuan tak duduk kat masjid 24 jam, macam doctor, polis dan lain lain, maka kita dapati kat malysia ni begitu ramai sekali mereka yang berpenyakit rohani, gejala sosial, murtad, hina Nabi dan lain lain, ini adalah kerana masjid tempat membaiki rohani manusia tidak beroperasi 24 jam…, macam balai polis dan balai bomba!

Wahai ustaz sekalian..…

Hari ini, apabila ummat islam pergi ke masjid Allah, mereka tak dapat penuhi keperluan hati mereka.., orang yang sakit rohani apabila pergi rumah Allah, sakit rohani mereka tetap tak sembuh, mereka rasa kosong, hati tak tenang, lalu pergi mencari ketenangan di tempat lain, di hotel atau di pantai.., kenapa? Kerana masjid tiada amalan rohani orang alim ulamak, Kerana ulamak dan ustaz tiada dalam masjid 24 jam untuk menyelesaikan keperluan rohani manusia…, walaupun masjid ada banyak kemudahan seperti karpet , kipas dan kitab, tapi keperluan hati manusia tetap tidak dapat di penuhi selagi tidak bergaul dengan orang orang yang soleh macam ustaz dan ulamak..

Sesungguhnya penyakit hati ummat islam hari ini adalah dapat di sembuhkan dengan cara bergaul dengan orang yang alim lagi solah macam ustaz sekalian..oh!

Alangkah bestnya jika tuan tuan para ustaz sekalian duduk beriktikaf di masjid 24 jam (bergilir gilir macam doctor/polis/bomba dll), bolehlah aku rujuk ustaz pada bila bila masa.., orang kapir yang baru masuk islam pun senang nak belajar ugama.., orang yang nak curi tabung masjid pun boleh dapat hidayah, golongan berpenyakit imsonia pun sempat lagi belajar ugama jam 3 pagi, juga budak kilang shift, dan lain lain golongan dark rise.

Wahai ustaz sekalian..…

Tuan tuan berceramah dan bertazkirah di masjid, hanyalah 1% dari ummat islam, nun di luar masjid ada 99% lagi ummat islam yang menderita hati dan rohani..siapa nak jumpa mereka? Apabila aku cuba jumpa mereka, mereka enggan mendengar nasihat aku kerana aku bukan ustaz dan ulamak katanya..oh! Kadang kadang ada ustaz yang marah kami berdakwah kerana tak cukup ilmu, habis tu ustaz tunggu apa lagi, sudah penuh ilmu di dada, tak kan mengkritik sahaja, turun padanglah ustaz, baru betul, Alangkah indahnya pemandangan jika Tuan guru Nik Aziz, atau Haji Hadi , atau Ustaz Fahtul Bari atau siapa siapa sajelah yang bergelar ustaz dan ulamak pergi buat ziarah dari rumah ke rumah macam Nabi buat dan ajak ummat ni beriktikaf di masjid terutamanya dalam bulan ramadhan.., Nabi yang pangkat tinggi pun berdakwah dari pintu ke pintu cari ummat, ustaz sekalian tak kan nak goyang kaki tunggu ummat..?

Wahai ustaz sekalian..…

Hari ini sudah kedengaran para paderi pergi ketuk pintu rumah orang islam dan ajak orang islam masuk kristian, tuan tuan para ustaz sekalian kerap menyalahkan ibu bapa atau kerajaan yang gagal menjaga anak dan rakyat, tetapi kenapa tidak para ustaz sekalian pergi ketuk pintu rumah orang islam yang jahil, atau rumah orang cina dan India yang dah bertahun tahun duduk Malaysia, ajak mereka masuk islam…, ya, betul, ajak orang cina dan India masuk parti islam adalah mudah, tapi nak ajak orang cina dan India masuk islam tu yang payah!, dan itulah kerja Nabi...

Wahai ustaz sekalian..…

Memang benar orang sakit itu salah kerana tak pandai jaga kesihatan, tapi apa kata kerajaan jika hospital gagal beroperasi 24 jam kerana doctor tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar orang jahat itu salah kerana buat jenayah, tapi apa kata kerajaan jika pihak polis gagal beroperasi 24 jam kerana polis tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Memang benar rumah terbakar itu salah penghuni rumah yang tak check ELCB dia, tapi apa kata kerajaan jika bomba gagal beroperasi 24 jam kerana bomba tak bersedia nak berkerja lebih masa?

Dan..Memang benar orang murtad / ahli maksiat / pendosa / penzina / itu salah kerana tak pandai jaga iman, tapi apa kata Allah jika masjid gagal beroperasi 24 jam kerana ustaz sekalian tak bersedia nak bertugas lebih masa?

Kalau di fikir-fikir, tahulah aku akan puncanya bertambah gejala maksiat dan ahli murtad di kalangan ummat islam ini berpunca dari siapa..oh..

Bukan semua pesakit dapat datang ke klinik jumpa doctor, ada pesakit yang kritikal, yang mana doctor kena datang merawat dia di rumah…

Begitu jugak ummat ini, hari ini ustaz sekalian berceramah di masjid, yang datang mendengar adalah mereka yang dah ada iman.., tapi di luar sana ada yang iman mereka tahap kritikal yang mana ustaz dan ulamak kena jumpa mereka di rumah!

Buatlah macam saidina Umar, yang selalu meronda seluruh kampong dan berjumpa dengan bermacam macam manusia, yang tipu jual susu bercampur air, yang sakit nak beranak, yang rindu pada suami, yang kebulur tak de makanan, yang sedang minum arak, yang tak pergi solat jemaah dan macam macam lagi…
Susah sangat nak ikut Nabi, ikut saidina Umar meronda kampung tak mampu ke duhai ustaz sekalian? Main badminton atau ping pong boleh, jalan jalan lagilah boleh, tak gitu?

Atau macam ini sahajalah, tuan tuan duduk kat masjid macam amil zakat duduk tunggu orang bayar zakat…, maka biarlah aku yang bukan ustaz ini dan rakan rakan aku yang juga bukan ustaz pergi dari pintu ke pintu, dan ajak mereka ke masjid dengar tazkirah dari tuan.., macam mana?

Anggaplah diri tuan tuan macam doctor pakar sementara kami pula hanyalah pemandu ambulance, atau pemdau keretyamayat, yang mana aku dan kawan kawanku akan cari mereka yang sudi di ubat lalu bawa mengadap tuan untuk di ubat kerana tuan tuan ustaz sekalian adalah pakar penyakit rohani…, diamlah tuan di masjid, biarlah kami membantu tuan-tuan..insyaAllah..

Wahai ustaz sekalian..…

Aku hanya manusia bodoh yang tak pandai ugama, tuan tuan bijak bercakap dan mendapat bayaran untuk kerja tuan tuan, mengakhiri post ini, pada 10 terakhir ramadhan, marilah kita beriktikaf menghidupkan masjid 24 jam bersama sama macam Nabi SAW buat, kerajaan tak marah rasanya jika para ustaz sekalian tidur di masjid, jadi apa yang kerajaan tak nak buat (hukum hudud misalnya) ada antara ustaz dan ulamak yang meradang dan sanggup berkorban untuk berkempen di sana sini, tapi beriktikaf di masjid tidak pula di larang kerajaan, kenapa tak buat? Inipun perintah Allah, dan Sunnah Nabi?

Wahai ustaz sekalian..…

Bagitahulah kami jika tuan tuan ada buat majlis beriktikaf selama 10 hari di masjid macam Nabi Muhammad saw buat, kami nak ikut, kami nak tumpang berkat tuan tuan para ustaz sekalin dengan duduk sepanjang malam bersama tuan tuan, bersahur dan bertanya soalan ugama sama sama sampai subuh..

Maafkan aku yang jahil sejahil-jahilnya bab bab ugama, mungkin ustaz sekalian ada hujjah dan dalil untuk tidak beriktikaf di masjid, salam sayang dari aku yang hina ini dan terima kasih kepada tuan tuan para ustaz dan ulamak yang mulia, sepengetahuan aku, doa-doa ustaz dan ulamak amatlah makbul dan berkat, maka berdoalah Wahai ustaz sekalian.. akan apa yang terbaik untuk ummat dan jika teringat, sertakanlah aku seorang hamba Allah yang berdosa ini dalam doamu, aku adalah seorang peminta, dan selalunya seorang peminta di mata ustaz dan ulamak mempunyai hak yang harus di tunaikan.., hak aku, didoakanlah aku supaya selamat dari azab api neraka! Isk,,isk..

Sekian.

*****

Penutup dan cadangan

Sekiranya aku menjadi pemimpin Malaysia..(ada hati tu!-woha) atau anggaplah ini satu cadangan dalam parlimen bagi mengatasi masalah gejala sosial..

Maka aku akan wajibkan ustaz dan ulamak yang menjadikan bidang ugama ini sebagai sumber pendapatan, beriktikaf di masjid atau dalam erti kata lain mereka ini mestilah menghidupkan masjid 24 jam dengan membuat tiga shift, macam balai bomba / klinik / balai polis jugak…

-shift pertama, masuk sebelum subuh, balik selepas zohor..
-shift kedua, masuk sebelum zohor, balik selepas isyak
-shift ketiga, masuk sebelum magrib, balik selepas subuh…

Tentang siapa yang nak buat kerja ajak orang ke masjid, biarlah kami rakyat Malaysia yang telah di beri tazkirah secukupnya oleh ustaz dan ulamak mengenai kepentingan berdakwah, lalu bertebaran di seluruh kampong jumpa manusia dari hati ke hati, ustaz dan ulamak tunggu sahaja macam amil zakat  tunggu orang bayar zakat fitrah..

Maka segala macam manusia yang mengidap penyakit rohani, akan di bawa ke hadapan ustaz dan ulamak yang telah sedia menanti untuk merawat manusia manusia sebegini..insyaAllah!

Maka mana mana tempat yang masjidnya hidup 24 jam, ada orang ulang alik berjemaah, ada orang bangun malam bertahajjud, dan ada yang buat ziarah jumpa dan berpisah hanya kerana Allah, maka menurut hadith, tempat itu akan di turunkan rahmat, dan akan di hindarkan bala, insyaAllah..

Namun demikian, Wahai ustaz sekalian.., tak payah tunggu elaun dari kerajaan atau desakan pembakang untuk beriktikaf di masjid, buat sahaja kerana Allah, inilah caranya dalam melahirkan modal insan menurut kata Mahadir, pembentukkan masyarakat madani menurut kata Anuar ibrahim, Serambi mekkah menurut Haji hadi , Islam hadari menurut PakLah,  dan Ummat terbaik menurut Hamka Keretamauat-woha!

Wahai ustaz sekalian..…

Tak payah tunggu elaun dari kerajaan untuk berik’tikaf…
aku bagi sedikit fadhilat I’tikaf..

Daripada Ibnu Abbas r.a, berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

Sesiapa yang beri’tikaf sehari kerana mencari keredaan Allah, maka Allah akan jadikan antaranya dengan neraka tiga parit dan satu parit adalah lebih besar dari jarak antara lagit dan bumi’.
kalaulah ini ganjaranya bagi satu hari I’tikaf di masjid, maka betapakah kadar ganjarannya jika beri’tikaf selama 10 hari akhir ramadhan? Subhallah…, nikmat mana lagi yang aku dustakan..

Akhir kata:

 Allah telah pilih Nabi Muhammad saw dan para sahabat beriktikaf pada 10 hari terakhir ramadhan, hari ini, apabila kita tak dapat beri’tikaf di rumah Allah:. adakah kerana kita tak nak pergi, atau Allah yang tak nak pilih kita? kerana tak suka pada kita..oh..

Ps: Pinjam lawak ustaz: ini ustaz kat tempat lain, bukat ustaz kat sini- Woha!

Jul 26, 2012

Pemenang Teka Tajuk Buku?

(Keputusan 5 Pemenang TEKA TAJUK BUKU keretamayat, Tahniah!)



Tahun lepas, sebelum Buku aku di cetak, aku ada buat peraduan:

TEKA atau CADANG tajuk buku pertama keretamayat, yang mana aku dah bagi hint akan isinya adalah bab cinta dan rumah tangga,

Kelayakan Pertandingan telah dibuka kepada semua bakal mayat kecuali pihak-pihak yang membantu dalam penerbitan buku keretamayat dan terutamanya: semua Pemandu Kereta Mayat di larang mentertai pertandingan ini. he he he

Antara syarat Pertandingan, Setiap peserta hanya boleh menghantar satu borang penyertaan, jika lebih daripada sekali dianggap TERBATAL, termasuk sesiapa yang menggunakan nama berlainan. Penyertaan pula MESTI dihantar menggunakan borang Google Docs seperti di blog keretamayat. Penyertaan TIDAK boleh melalui ruangan komen di blog keretamayat atau di wall facebook.com/keretamayat walau sebest manapun cadangan korang.

Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan atau emal-mengemal dan PM FB tidak akan dilayan.Huhu..

Hadiah adalah berupa buku Kereta Mayat siap dengan tandatangan (untuk 5 peserta yang berjaya meneka tajuk buku dengan TEPAT / HAMPIR TEPAT. Jika tiada tekaan yang tepat / hampir tepat, pihak penganjur akan memilih pemenang dengan tajuk cadangan yang paling KREATIF. Huhu sekali lagi).

Akrian, Daripada berbondong bondong penyertaan, pihak penerbit telah pilih 15 tajuk untuk pusingan akhir, yang mana aku akan pilih 5 tajuk yang paling aku berkenan:

15 Finalist TEKA atau CADANG tajuk buku adalah:


1)Petua keseronokan rumah tangga khas untuk bakal mayat


2) Suami dan isteri mithali: Kereta Mayat ada jawapannya


3) Cinta Kereta Mayat : berfalsafah tentang seks sebelum ajal!


4) Berkeluarga sebelum berkereta mayat

:) Tujuh Petala Kubur- reject sebab melanggar syarat peraturan.

5)Permata Yang Hilang Kini Dijumpai-(Pemenang Utama!)

6) "Selamat tinggal zaman bujang", kata Hamka.


7) Kereta Mayat : Rumah Tanpa Tangga Pun Bisa Bahagia! Woha!



8) Anda tanya, Kereta Mayat jawab : Cinta & Perkahwinan dari pandangan Pakcik Hamka



9) Koleksi Kisah Cinta dan Perkahwinan dalam Kereta Mayat....
Ini bukan cerita hantu....


10)Bunga Cinta Perkahwinan, by Hamka, the author of the most popular blog in Malaysia, KeretaMayat.blogspot.com


11) Menuju Kebahagian Abadi Sebelum Menjadi Mayat


12) Antara aku, dia & kereta mayat


13) Bercinta Tapi Tak Berkahwin. Macam mana tuh?



14) Anak Isteriku Anakku Jua


15) Kemudi Bahagia Bakal Mayat.

Ok, Setelah lambung dadu, mematahkan lidi, berkongsi berus gigi dan berbuka puasa dengan kurma, aku telah pilih 5 tajuk sebagai Pemenang, tapi aku tak nak umum 5 tajuk tu sebab tak nak korang berdebat atau bergaduh pada bulan puasa sebegini.., jadi aku umum nama pemenang sahaja,

Pemenangnya adalah:
  1. Nor Hilman Bin Hashim
  2. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof
  3. Muhamad Asrul Hadi bin Abdul Rahman 
  4. Siti Noramirah Laila Binti Mohamad Razip
  5. Dzoelhakim Taib

Hadiah akan dihantar sebelum Raya dengan menggunakan POS EXPRESS.

Tahniah kepada semua pemenang..

Hari raya nanti, sambil duduk keliling meja, makan lemang dan kuih berenda, boleh juga membaca buku Permata Yang Hilang bersama sanak dan saudara-woha!

Akhir kata,

Kami, warga kerja Afdal Publication dan Keretamayat Sdn Bhd: mengucapkan

“SELAMAT HARI RAYA”

(Puasa belum seminggu woii-Woha!)

Ps: Buku aku tidak sesuai untuk budak budak dan orang dewasa yang slow, hanya orang yang critical thinking sahaja layak membaca, chewah..

Ps2: Update ejen terkini(boleh beli terus):-Kuantan: 0126483593  (En. Azizi:)Kuala Terengganu: 013-9381545 (Puan Ruhana) atau 0139109245(Rodiy), Besut: 019-9610619 (En Nasir).Dungun: 019-9777110 (Shamsuddin) negeri lain, kena beli on line. (belum ada pengedar)

Ps3: Boleh baca komen orang tentang buku ini di sini.

(Sumber gambar: Blog gambar berfalsafah)

Jul 24, 2012

Tujuh Petala Kubur?


AKU, BINI, dan KERETAMAYAT part 2.

“Buat apa tu? Tak masak ke?”

Tanya aku pada bini yang sedang berguling depan TV.

“Sedih cerita ni bang..” Jawab bini aku sambil mata terus terpaku pada TV.

Aku tengok jam sudah 7 petang, aku ni baru balik dari hantar mayat ke kubur, tak pedulikan bini, aku terus ke bilik bukak baju dan bersiap nak mandi.

“Bang, hero cerita ni, namanya Hamka, sama macam nama abang,”

Aku capai tuala, dan mulai berbogel dalam kepungan tuala..

“Wah, bertuahlah hero ni jika rupa macam abang”

Jawab aku sambil berjalan munuju bilik air dalam keadaan berkembang, tapi masih sempat berhenti kejap depan TV.

“mana hero nama Hamka, nak tengok hensem ke tak?”

Tanya aku sambil bercekak pinggan.

“Dah mati, hero ni kena tangkap oleh pengganas waktu belajr di mesir dan mati kena bunuh”

Cis, dah mati watak hamka rupanya,

“awak dah siap masak ke?”

“Saya dah siap masak bang, tunggu waktu berbuka jer ni.., abang pergilah mandi, saya nak layan filem ni kejap, sedih ni, si tunang Hamka ni sedang di uji..”

Aku terus pergi mandi, menurut ustaz, makruh mandi lepas asar di bulan puasa, sebab badan jadi segar dan maksud puasa akan hilang, tapi aku sebagai driver keretamayat berijtihad bahawa mandi lepas asar itu bagus, badan jadi bersih dan segar, bila dah segar, macam macam ibadat boleh buat, boleh mengaji, boleh tolong bini masak, boleh berdakwah, so aku dah lama guna fatwa: boleh mandi lepas asar, lagipun aku baru balik dari kubur hantar mayat, bau badanpun dah macam mayat.., isk.

Lepas mandi, aku pakai baju solat, on kan radio frequency tempatan, dan duduk di meja makan menunggu azan bersama bini dan anak anak..

Lepas iklan jualan murah hari raya di radio, azan pun berkumandang..

Aku makan kurma, air sejuk, makan nasi sepinggan dan secawan teh tarik, lepas tu terus ke surau untuk solat berjemaah, imam dan AJK surau dan setting di bulan puasa, iqamat adalah 15 minit selepas azan, sampai surau, imam masih solat sunnah, wah tak perlu aku cerita semua ibadat macam dah nak riaklah pulak, hampeh!. ringkaskan cerita, lepas solat maghrib, aku pun balik ke rumah untuk makan sekali lagi, ha ha ha!

“Eh, awak tak solat ke?”

Jerit aku pada bini kerana nampak dia sambung berguling depan TV layan filem Tujuh Petala Cinta.

“saya uzur bang”

“nilah masalah orang perempuan, bila uzur, tengok TV 24 jam, patut bila uzur, dan tiba waktu solat, duduk berzikir, bertasbih dan berdoa selama waktu solat, 5 ke 6 minit jer.., lagipun bulan puasa begini, lagi eloklah korang orang perempuan duduk berzikir dan berdoa.., ada masa lapang, baca Al quran..ops, maaf saya lupa awak uzur (berdarah haid)”

Aku ambil pinggan dan terus ke meja makan, bebel aku lagi:

“Tak boleh baca Al quran?, bacalah tafsir Al quran, baca makna Al quran, dah berapa kali khatam makna Al quran dalam bahasa malaysia awak ni?, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan abang percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’  Al –quran, jadi.., Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi awak orang perepuan yang uzur, patut dah khatam makna Al quran dah, ni asyik tengok TV sahaja, apa nak jadi ha?”

Bebel aku sambil bukak tudung saji dan tambah nasi dalam pinggang.

“Abang!!!”

Jerit bini aku penuh kesedihan..

Aku rasa bersalah pulak bebel pada dia, sedangkan dia dah penat masak, kemas rumah.., mungkin dia dah duduk berzikir dan berdoa selama 5 minit waktu maghrib tadi, aku mana tahu, lalu aku terus bergegeas ke depan TV nak pujuk balik.., siapa tak sayang bini oii..

“Abang, Hamka hidup balik, si tunang Hamka dah nak kahwin dengan kawan baik dia, tapi Hamka dah balik..”

Hampeh, nilah orang perempuan, kalau dah tengok TV, driver keretamayat lalu pun tak sedar..

Cis..

Ps: kepada perempuan uzur atau dalam bahasa betulnya, berdarah Haid, jangan guna alasan berdarah haid untuk membenarkan aktiviti sosial korang, elok baca tafsir Al quran di bulan Ramadhaan ini, tak salah langsung baca makna Al quran walau darah haid korang memancut mancut-woha!