Jul 24, 2012

Tujuh Petala Kubur?


AKU, BINI, dan KERETAMAYAT part 2.

“Buat apa tu? Tak masak ke?”

Tanya aku pada bini yang sedang berguling depan TV.

“Sedih cerita ni bang..” Jawab bini aku sambil mata terus terpaku pada TV.

Aku tengok jam sudah 7 petang, aku ni baru balik dari hantar mayat ke kubur, tak pedulikan bini, aku terus ke bilik bukak baju dan bersiap nak mandi.

“Bang, hero cerita ni, namanya Hamka, sama macam nama abang,”

Aku capai tuala, dan mulai berbogel dalam kepungan tuala..

“Wah, bertuahlah hero ni jika rupa macam abang”

Jawab aku sambil berjalan munuju bilik air dalam keadaan berkembang, tapi masih sempat berhenti kejap depan TV.

“mana hero nama Hamka, nak tengok hensem ke tak?”

Tanya aku sambil bercekak pinggan.

“Dah mati, hero ni kena tangkap oleh pengganas waktu belajr di mesir dan mati kena bunuh”

Cis, dah mati watak hamka rupanya,

“awak dah siap masak ke?”

“Saya dah siap masak bang, tunggu waktu berbuka jer ni.., abang pergilah mandi, saya nak layan filem ni kejap, sedih ni, si tunang Hamka ni sedang di uji..”

Aku terus pergi mandi, menurut ustaz, makruh mandi lepas asar di bulan puasa, sebab badan jadi segar dan maksud puasa akan hilang, tapi aku sebagai driver keretamayat berijtihad bahawa mandi lepas asar itu bagus, badan jadi bersih dan segar, bila dah segar, macam macam ibadat boleh buat, boleh mengaji, boleh tolong bini masak, boleh berdakwah, so aku dah lama guna fatwa: boleh mandi lepas asar, lagipun aku baru balik dari kubur hantar mayat, bau badanpun dah macam mayat.., isk.

Lepas mandi, aku pakai baju solat, on kan radio frequency tempatan, dan duduk di meja makan menunggu azan bersama bini dan anak anak..

Lepas iklan jualan murah hari raya di radio, azan pun berkumandang..

Aku makan kurma, air sejuk, makan nasi sepinggan dan secawan teh tarik, lepas tu terus ke surau untuk solat berjemaah, imam dan AJK surau dan setting di bulan puasa, iqamat adalah 15 minit selepas azan, sampai surau, imam masih solat sunnah, wah tak perlu aku cerita semua ibadat macam dah nak riaklah pulak, hampeh!. ringkaskan cerita, lepas solat maghrib, aku pun balik ke rumah untuk makan sekali lagi, ha ha ha!

“Eh, awak tak solat ke?”

Jerit aku pada bini kerana nampak dia sambung berguling depan TV layan filem Tujuh Petala Cinta.

“saya uzur bang”

“nilah masalah orang perempuan, bila uzur, tengok TV 24 jam, patut bila uzur, dan tiba waktu solat, duduk berzikir, bertasbih dan berdoa selama waktu solat, 5 ke 6 minit jer.., lagipun bulan puasa begini, lagi eloklah korang orang perempuan duduk berzikir dan berdoa.., ada masa lapang, baca Al quran..ops, maaf saya lupa awak uzur (berdarah haid)”

Aku ambil pinggan dan terus ke meja makan, bebel aku lagi:

“Tak boleh baca Al quran?, bacalah tafsir Al quran, baca makna Al quran, dah berapa kali khatam makna Al quran dalam bahasa malaysia awak ni?, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan abang percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’  Al –quran, jadi.., Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi awak orang perepuan yang uzur, patut dah khatam makna Al quran dah, ni asyik tengok TV sahaja, apa nak jadi ha?”

Bebel aku sambil bukak tudung saji dan tambah nasi dalam pinggang.

“Abang!!!”

Jerit bini aku penuh kesedihan..

Aku rasa bersalah pulak bebel pada dia, sedangkan dia dah penat masak, kemas rumah.., mungkin dia dah duduk berzikir dan berdoa selama 5 minit waktu maghrib tadi, aku mana tahu, lalu aku terus bergegeas ke depan TV nak pujuk balik.., siapa tak sayang bini oii..

“Abang, Hamka hidup balik, si tunang Hamka dah nak kahwin dengan kawan baik dia, tapi Hamka dah balik..”

Hampeh, nilah orang perempuan, kalau dah tengok TV, driver keretamayat lalu pun tak sedar..

Cis..

Ps: kepada perempuan uzur atau dalam bahasa betulnya, berdarah Haid, jangan guna alasan berdarah haid untuk membenarkan aktiviti sosial korang, elok baca tafsir Al quran di bulan Ramadhaan ini, tak salah langsung baca makna Al quran walau darah haid korang memancut mancut-woha!

29 comments:

Egg Head said...

1st

adoy41 said...

berkembang? hehehe...

PemilikCahaya said...

hehehe...geli weyh cite ni...jalan cite die dah okay,,tp pelakon die..alamak..terus aku terbanding dgn cite ketika cinta bertasbis, ayat2 cinta sume tuh..malaysia belum ada talent yg benar2 buat org tersedu sedan melihat filem berunsur islamik cenggini..

aku_ein said...

Hahaha..bulan pose ni rajin ko update blog ek..

Dulu ustazah kat sekolah pernah gak cakap mandi lepas asar makruh, tapi arwah bapak aku cakap, kalau mandi secara berlebihan..wallahualam..aku pulak silap, xrefer mana2 ustaz tentang perkara ni..so sekarang aku xmandi lagi..woha!!..<---sambil cuba cium bau badan

Anonymous said...

7 petala bege pon trbaik.ar3 !

susumanis said...

bulan puasa org puang paling hebat, puasa pun masok segala nak bgi suami dan anak anak makang, sahor nok bangun masak lagi, suami hok rajin berjihad org nak bangun masok suh jihad pulok dulu, pengsannn kalaun ingat penat tapi x pe Tasbih saidatina fatimah ada, tonik zikir terbaik utk surirumah yang nak jadi badang dibulang puasa..hawo...eh terbalik WOHA !

Anonymous said...

Saya suke kereta mayat kerana saya akan jadi maya..

-wan calon mayat-

Anonymous said...

Ops mayat....woohaa!

-wan calon mayat-

Wadi AR said...

hamka bab mancot suka betol. nasib haid

Anonymous said...

mana ada haid mancot. tipu.

hamka said...

Egg Head

Akhirnya..

---------
adoy41

berkembang nya orang lelaki adalah dari pusat ke lutut..hihi

---------
eszyamin

nak kena tunggu aku jadi penulis skrip kot-woha!

----------
aku_ein

ya, bulan pose ni rajin sikit update blog..

---------
susumanis

aku respek bini bangun awal, masak sahur dan kejut aku serta anak anak, terserlah keihlasan, jika bini tanya berapa markah saya di bulan posa, aku bagi markah penuh!

----------
-wan calon mayat-

Welcome!

---------
Wadi AR

Haid mancut tapi terhalang oleh pad, aku belasah jer ning sebab bini jarang haid kesan anak berderet-woha!

Anonymous said...

askm

wah.! mentang mentanglah sembahyang terawikh panjang,maka makin mencurah curah pulak idea kau nak updet blog!!!cisss....!!!

mesti kau tak tunggu morey,pasal takut idea hilang.....
ha ha ha.....baik kau mengaku!

~aku~

hamka said...

ha ha

Enche' said...

perghhhh...darah haid memancut-mancut..
#boleh baca tafsir al quran.

Lensa Cahaya said...

untung la dah ada bini... bujangs2 sekalian alam harap bersabar...

hamka said...

lepas kahwin aku menyesal..

menyesal kerana kenapalah bini aku tu tak ngorat aku awal awal

woha!

Anonymous said...

e.a.e.a.o........hehe

Anonymous said...

bro hamka jgn menyesal,alia ada sebab taknak mengorat awal2...nak tahu jawapannya??..tanya diri empunya diri...

woohaa!

_wan calon mayat_

aku_ein said...

Emm..kalau aku tau kawin tu bes, lepas bersunat aku terus kawin..woha!

Mila said...

Tanpa sedar kadang2 isteri terlalu banyak dah buat keja...suami tetap rasa tak puas hati..betul ke?

fuad ansari said...

(",)

hari ini kita tidak dapat nafikan, tv seolah2 adalah pengatur jadual kehidupan seharian kita... lagi2 kalau drama bersiri.. aduyai...

moga kita diselamatkan dari kelekaan menonton tv.. (",)

mrsRons said...

suami sy slalu ckap.. org pompuan kalau dapat makan TV .. bg apa2 pn xnk.. terasa wooaaa ha

Anonymous said...

setuju!!!..oh

hamka said...

eh, tajuk dah tukar, tiada politik, bab TV pula- woha!

Tornado Assassin said...

selamat berpuasa bro...

hamka said...

selamat

fizanur said...

haha..tepat kene sasarannya...slalu parent ingtkan macam tu..kalau ye pon xleh smbhyang, bnykkan zikir...tp dh dok jauh dgn parent ni..lupe dah sume tu...adoyai!!!!insaf balik...tq kereta mayat!!!!

adila_alim said...

Salam en Hamka, 7 petala langit tu memang cubaan yang baik tetapi banyak kelemahan yang sangat ketara memang tak boleh berganding dengan syukur 21 ataupun karya Indonesia.
Tapi thanks for the reminder bab yang berdarah tu InsyaAllah azam untuk isi masa dengan lebih baik.

hamka said...

patut tajuk entry ini: peringatn kepada haid, hihihi