Jul 26, 2012

Pemenang Teka Tajuk Buku?

(Keputusan 5 Pemenang TEKA TAJUK BUKU keretamayat, Tahniah!)



Tahun lepas, sebelum Buku aku di cetak, aku ada buat peraduan:

TEKA atau CADANG tajuk buku pertama keretamayat, yang mana aku dah bagi hint akan isinya adalah bab cinta dan rumah tangga,

Kelayakan Pertandingan telah dibuka kepada semua bakal mayat kecuali pihak-pihak yang membantu dalam penerbitan buku keretamayat dan terutamanya: semua Pemandu Kereta Mayat di larang mentertai pertandingan ini. he he he

Antara syarat Pertandingan, Setiap peserta hanya boleh menghantar satu borang penyertaan, jika lebih daripada sekali dianggap TERBATAL, termasuk sesiapa yang menggunakan nama berlainan. Penyertaan pula MESTI dihantar menggunakan borang Google Docs seperti di blog keretamayat. Penyertaan TIDAK boleh melalui ruangan komen di blog keretamayat atau di wall facebook.com/keretamayat walau sebest manapun cadangan korang.

Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan atau emal-mengemal dan PM FB tidak akan dilayan.Huhu..

Hadiah adalah berupa buku Kereta Mayat siap dengan tandatangan (untuk 5 peserta yang berjaya meneka tajuk buku dengan TEPAT / HAMPIR TEPAT. Jika tiada tekaan yang tepat / hampir tepat, pihak penganjur akan memilih pemenang dengan tajuk cadangan yang paling KREATIF. Huhu sekali lagi).

Akrian, Daripada berbondong bondong penyertaan, pihak penerbit telah pilih 15 tajuk untuk pusingan akhir, yang mana aku akan pilih 5 tajuk yang paling aku berkenan:

15 Finalist TEKA atau CADANG tajuk buku adalah:


1)Petua keseronokan rumah tangga khas untuk bakal mayat


2) Suami dan isteri mithali: Kereta Mayat ada jawapannya


3) Cinta Kereta Mayat : berfalsafah tentang seks sebelum ajal!


4) Berkeluarga sebelum berkereta mayat

:) Tujuh Petala Kubur- reject sebab melanggar syarat peraturan.

5)Permata Yang Hilang Kini Dijumpai-(Pemenang Utama!)

6) "Selamat tinggal zaman bujang", kata Hamka.


7) Kereta Mayat : Rumah Tanpa Tangga Pun Bisa Bahagia! Woha!



8) Anda tanya, Kereta Mayat jawab : Cinta & Perkahwinan dari pandangan Pakcik Hamka



9) Koleksi Kisah Cinta dan Perkahwinan dalam Kereta Mayat....
Ini bukan cerita hantu....


10)Bunga Cinta Perkahwinan, by Hamka, the author of the most popular blog in Malaysia, KeretaMayat.blogspot.com


11) Menuju Kebahagian Abadi Sebelum Menjadi Mayat


12) Antara aku, dia & kereta mayat


13) Bercinta Tapi Tak Berkahwin. Macam mana tuh?



14) Anak Isteriku Anakku Jua


15) Kemudi Bahagia Bakal Mayat.

Ok, Setelah lambung dadu, mematahkan lidi, berkongsi berus gigi dan berbuka puasa dengan kurma, aku telah pilih 5 tajuk sebagai Pemenang, tapi aku tak nak umum 5 tajuk tu sebab tak nak korang berdebat atau bergaduh pada bulan puasa sebegini.., jadi aku umum nama pemenang sahaja,

Pemenangnya adalah:
  1. Nor Hilman Bin Hashim
  2. Muhammad Jefri bin Mohd Yusof
  3. Muhamad Asrul Hadi bin Abdul Rahman 
  4. Siti Noramirah Laila Binti Mohamad Razip
  5. Dzoelhakim Taib

Hadiah akan dihantar sebelum Raya dengan menggunakan POS EXPRESS.

Tahniah kepada semua pemenang..

Hari raya nanti, sambil duduk keliling meja, makan lemang dan kuih berenda, boleh juga membaca buku Permata Yang Hilang bersama sanak dan saudara-woha!

Akhir kata,

Kami, warga kerja Afdal Publication dan Keretamayat Sdn Bhd: mengucapkan

“SELAMAT HARI RAYA”

(Puasa belum seminggu woii-Woha!)

Ps: Buku aku tidak sesuai untuk budak budak dan orang dewasa yang slow, hanya orang yang critical thinking sahaja layak membaca, chewah..

Ps2: Update ejen terkini(boleh beli terus):-Kuantan: 0126483593  (En. Azizi:)Kuala Terengganu: 013-9381545 (Puan Ruhana) atau 0139109245(Rodiy), Besut: 019-9610619 (En Nasir).Dungun: 019-9777110 (Shamsuddin) negeri lain, kena beli on line. (belum ada pengedar)

Ps3: Boleh baca komen orang tentang buku ini di sini.

(Sumber gambar: Blog gambar berfalsafah)

29 comments:

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

1st

hamka said...

nama kau ada tak dalam senarai 15 tu?

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

ok, baru start nk baca....

wahh, bulan ramdhan ni rajin update blog ye tuan hamka...

Anonymous said...

aku menang?!

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

terang2 namaku tidak tersenarai atas alasan yg sungguh konkrit..

"Saya kenal & follow blog ni pada Ogos 2011. Dan peraduan ini pada Jun 2011."

:(

TAHNIAH YE KEPADA SEMUA PEMENANG...
BMSK tumpang gembira (tp hakikat sebenarnya jeles)

Mummy said...

tahniah kpd semua pemenang

Anonymous said...

ya Allah... alhamdulillah. dahla komen masuk buku, lepas tu menang buku... rezeki2... tp apa tajuk yg aku cadangkan dulu... serious aku dah x ingat apa2...

DT...

Jefri said...

woha! guwe antara top 5! tak sabar nak tunggu hadiah ni. tapi aku dah beli dah buku ni, siap dengan signature lagi! takpe, aku kipas susah mati blog keretamayat!

ps: aku lupa dah mana satu tajuk yang aku propose?

Anonymous said...

nama saya tak ade??

_wan calon mayat_

Anonymous said...

permata yang hilang di rumah tanpa nama...

Anonymous said...

model2 kulit buku2 itu adakah? mgkn kh tselit muka gadis ladang mcdonald? adik n? dn mgkn hamka sndiri?? oh, kantoi suda separuh muka hamka.. huahua

hamka said...

Bakal Mayat Seri Kembangan

(wahh, bulan ramdhan ni rajin update blog ye tuan hamka...)

Nampaknya begitulah, : )

---------
DT...

Kau punya no 3-Cinta Kereta Mayat : berfalsafah tentang seks sebelum ajal!

---------
Jefri

Kau punya, Koleksi Kisah Cinta dan Perkahwinan dalam Kereta Mayat, Ini bukan cerita hantu..

----------
_wan calon mayat_

Nama kau ada dalam senarai penumpang keretamayat-woha!

hamka said...

info:



Muhammad Jefri bin Mohd Yusof
(Koleksi Kisah Cinta dan Perkahwinan dalam Kereta Mayat....Ini bukan cerita hantu....)

farid faisal bin muhamad suramin
(petua keseronokan rumah tangga khas untuk bakal mayat)

Muhammmad Aiman bin Abdullah
(Anda tanya, Kereta Mayat jawab : Cinta & Perkahwinan dari pandangan Pakcik Hamka)

Muhamad Asrul Hadi bin Abdul Rahman
(Kereta Mayat : Rumah Tanpa Tangga Pun Bisa Bahagia! Woha!)

Siti Noramirah Laila Binti Mohamad
Razip
(Berkeluarga sebelum berkereta mayat.)

dzoelhakim taib
(Cinta Kereta Mayat : berfalsafah tentang seks sebelum ajal!)

Muhammad Muzafar Bin Khalizaki
("Selamat tinggal zaman bujang", kata Hamka.)

Mohd Hafiz Mohd Ariffin
(Anak Isteriku Anakku Jua)

Kamarul
(Bunga Cinta Perkahwinan, by Hamka, the author of the most popular blog in Malaysia, KeretaMayat.blogspot.com)

Mohd Aizad bin Ahmad

(Suami dan isteri mithali: Kereta Mayat ada jawapannya!!!)

NOR HILMAN BIN HASHIM
(Mencari Permata Yang Hilang…)

Fatimah bt Abd Rashid
(Menuju Kebahagian Abadi Sebelum Menjadi Mayat)

nur hidayah kamilia binti rassman
( Kemudi Bahagia Bakal Mayat)

Nur Hasnida Mohd Ramli
(Bercinta Tapi Tak Berkahwin. Macam mana tuh?)

zurina ain binti ibrahim
(Antara aku, dia & kereta mayat)

Tornado Assassin said...

huhu

Anonymous said...

akhirnya bro hamka dah kantoikan juga setiap nama dan tajuk buku....jadi yang kalah dan tak terpilih langsung macam saya..jangan nak berbalah sesuka hati...haha...harapan sya supaya buku permata yang hilang kini dijumpai akan ku miliki bersama zaujati...woha!

_wan calon mayat_

Anonymous said...

salam..

Hamka, nak tahu juga tajuk yang cadangkan oleh komentar-komentar yang keluar dekat buku ko, iyalah salah satu menghargai peminat ko yang beribu meskipun cinta ko yang satu tetap satu itu.. Woha!

-khalid fans'

Anonymous said...

salam..

Untuk para peminat keretamayat mohon share dengan rakan-rakan di bulan puasa untuk bacaan di tempat kerja mahupun di rumah, untuk yang berpuasa mahupun cuti bulanan.

http://www.quranexplorer.com/quran/

boleh bacaan khatamkan bacaan makna di dalam Al-Quran.

-Khalid fans'

hamka said...

: )

Anonymous said...

bro hamka murah dengan senyuman (ayat macam mengampu)..woohaa!

_wan calon mayat_

hamka said...

aku anggap ampuan ini sebagai pemangkin.

lepakk.com said...

Hahahaha semua menarik kot.... apesal laa tak terbaca tentang pertandingan ni!

lepakk.com said...

Semua isi kandungan dalam buku tu sama ke macam dlam blog"?
saja je tanya

lepakk.com said...

Mcmana nak order ye?

Anonymous said...

klik side bar tepi,,,

Admin said...

Tahniah kepda semua pemenang,
kebanyakan tajuknya boom (:

Perhimpunan Bersih Tidak Haram

hamka said...

siapa tak tahu order tu, lepak.com, email aku, nanti cerita..

.:BBc Florist:. said...

Tahniah pd semua pemenang.

Amboi Hamka gambar anda suami isteri ke tu?


Khalid fans- Bagus link quran explorer tu. umi saya penah syorkan link nih tp lama dah x buka. thanks for the reminder.

And nak berkongsi jugak link utk tafsir alquran.

http://bayyinah.com/podcast/

Oeh ustaz nouman ali khan dan syaikh abdul nasir jangda.


Nk baca tafsir malas, buku pon x mampu beli, maybe bole buat sedikit anjakan paradigma (sbg first step to study alquran) dengan mendengar audio ini. And pendapat peribadi saya, memang syok dengar tafsir kerana kita akan lebih memahami konteks kenapa suatu surah atau ayat itu diturunkan.


Harap juga Hamka dpt check link ni dan komen.

Thanks!

hamka said...

Semua buku sudah di pos kepada pemenang, harap maklum, dan tahniah.

Anonymous said...

alamakk googel kuar nama.. kantoii..