Jul 23, 2012

Kisah Pemandu Keretamayat di hari pertama Puasa?


(Keretamayat mempunyai dua fungsi di bulan puasa, pertama membawa mayat ke kubur, kedua membawa orang yang didapati bersalah kerana tidak berpuasa 'bersiar siar'- only in Malaysia)

Noted: Sekali sekala asah bakat menulis cerpen kisah pemandu keretamayat apa salahnya, rasanya belum di buat orang, terimalah cerpen spontan..

AKU, BINI, dan KERETAMAYAT.

“Bang, tak basuh keretamayat bang? Semalam masuk tapak kubur waktu hujan, dah kotor sangat tu,”

Bebel isteri aku dari halaman rumah walau aku duduk jauh dalam bilik tidur tapi masih boleh dengar frequensi suaranya.

“Tak payah basuh hari ni, abang penat, lagipun hari pertama puasa, mana ada orang ponteng?”
Aku beralasan sambil terus peluk bantal.

Tiba tiba terdengar bunyi air mengalir di ikuti suara bini aku:

“Abang jika tak nak basuh, saya basuh keretamayat ni, dapat pahala lebih, tapi abang malu karang jiran nampak saya basuh keretamayat”

Esh, membebel pulak orang tua ni,  aku ikat kain pelikat kemas kemas di perut, tengok jam 10 pagi, anak anak sedang tengok kartun, lalu aku melangkah ke halaman rumah tengok keretamayat yang memang agak kotor, isteri aku siram pokok bunga rupanya, ingat sedang basuh kereta.

“nak dekat zohor nanti, abang basuhlah, terus abang parking kat masjid, insyaAllah takde orang ponteng puasa hari pertama”.

Aku beralasan malas sambil duduk di muka pintu dengan muka tak mandi macam anak dara tak laku, jawab bini aku:

“Ni akhir zaman bang, ulamak pandang dunia, pemimpin berjiwa serigala, parti islam bergabung parti kapir, macam macam boleh jadi..” 

bebel isteri aku lagi sambil menyiram basikal anak anak pula.  

Jawab aku:
“Hari pertama puasa, mana ada orang ponteng, hadith riwayat Al bukhari (ada perawi tu) mengatakan: Barangsiapa yang sengaja berbuka puasa sehari tanpa uzur, maka tidak akan dapat ditebus walaupun berpuasa semur hidup meskipun dia mampu melakukannya, hari ni takde orang pontenglah, solat terawih pun takde orang ponteng pada malam pertama, inikan pulak puasa hari pertama!”

Aku terus angkat punggung dan masuk tidur balik..

Baru nak terlelap, telefon berbunyi, aku tengok ada nombor Pak imam masjid.

“Celaka sungguh, siapa yang tak puasa pada hari pertama nih?, dalam keretamayat nanti aku basuh kau cukup cukup, mengganggu tidur sungguh”

Lepas bercakap dengan imam, aku pakai baju dan terus ke masjid, mungkin benar, hari pertama puasa, tiada orang yang ponteng puasa, tapi hakikatnya, hari pertama puasa, ada orang yang mati menjadi mayat.

Kita semua akan mati.

Sekian.

Ps: Eh, rupanya bini aku dah basuh keretamayat tadi –Woha!

40 comments:

Anonymous said...

first...

dak sabah said...

biarlah..yg penting sy komen dulu?
err..komen sy...menangis baca sebab terharu

hamka said...

noted: cerita di atas alalah cerpen ringkas rekaan penulis, tidak kena mengena dengan mana mana driver keretamayat. harap maklum.

Anonymous said...

Karya yang masterpiece jika tiada sindiran politik. Mohon tuan kurangkan sindiran politik, dan perbanyakkan fikir umat.

Anonymous said...

Sokong jika tiada sindiran parti politik Islam atau mana2 jamaah Islam; berbaik sangka sesama jamaah Islam.

Anonymous said...

Minta tolong cik Hamka jgn tulis bab politik, pasti PAS akan jadi sasaran.

Ahmad said...

Intipati sebenar cerpen nie tentang kematian yang datang tidak kira masa...

Tapi "Anonymous" ni semua nampak kat area politik juga..

bLoodymaRy said...

Sindiran untuk mengingatkan...kenapa mesti butthurt?
cerpen yg masterpiece! 5 Stars!

Miss Tuah said...

urm,.kte semua akn jdi mayat,.T_T..

[ a D D y ] said...

mohon tuan perbanyakkan sakarstik..hehe

-cry reen- said...

Wow.. politik Islamik dgn penyokong yg sakit punggung walau tak dijentik? =) rasa sakit cuma trigger bila kita cenderung memihak. kamu tak hendak, tp ramai lg yg nak baca sindiran HAMKA. tulis saja apa kamu mahu tulis HAMKA. Janji yg benar2 sudah..

aku_ein said...

Yeaa..x 1st..korang cuti ek hari ni (sangka baik)..woha!

Dalam paper rasanya ada yang kena tangkap xpose hari pertama..kat opis aku xpernah lagi kena tangkap, tapi rasanya xlama lagi akan ramai yang naik ke tingkat 2 ni tumpang tandas..muka sihat tapi pose pun malas..oppsss hohoho..termengumpat lak..

Ala, xyah la butthurt, aku yang bebas tapi mesra PAS pun xkisah sangat (ada ke istilah ni..ahaks)

Semua akan jadi mayat, n pada raya nanti kubur akan menjadi sangat popular untuk dilawati, pastu sunyi sampai raya tahun depan..yang melawat pun mungkin Tok Adi (Tanah Kubur..ahaks)..

Taufik said...

ntah
pantang petik sikit melenting
pas ja pon, sejak bila PAS tu jadi agama yg diiktiraf JAKIM?

bkn org maki hamun ka apa
tegur elok2 pon takleh hahaha
mari butthurt beramai2, sambil mencambah minda

mak minah said...

lepas buat cerpen boleh la buat novel. sikit Panjang.

Buat novel politik pun okey.

mrsRons said...

xsuka xpyh baca..dah baca insaf..tiba masa akan jadi mayat

Black said...

yeah . mati tu bila-bila boleh berlaku .

suka cerpen ni :)

hamka said...

dak sabah

menangis baca sebab terharu mendapat komen ke 2, woha!

----------
Anonymous

Kerana perkataan “parti islam bergabung parti kapir”, nak suruh kurangkan lagi, tepuk dahi!

-----------
Ahmad

Tu lah tu

-----------
bLoodymaRy

5 Stars untuk cerpen spontan, hins hins, bunyi lubang hidung kembang

---------
Miss Tuah

: )

----------
[ a D D y h A I K A L ]

Sakarstik lepas raya ler jika panjang umur, he he he

--------
-cry reen-

Aku rasa pandangan aku bab politik masih tak berubah, iaitu parti so call islamic, bila buat salah, kenalah tegur, parti yang tak islamic, korang tegur, hihihi..

---------
aku_ein

hari pertma puasa, ada nahas helikopter.

----------
Taufik

Sabar fik..

----------
mak minah

Bila tiba sampainya waktu

----------
mrsRons

woha!

---------
|| amira ||

Terima kasih

makcik pah said...

benar...bebila jer boleh jadi mayat. hari pertama pose, besan abang sulung telah menjadi mayat... moga rohnya dalam rahmat Allah SWT.

Hakim. said...

Ntah celah mana yang politiknya, aku tak pasti. Mohon pencerahan.

Anonymous said...

diorg ni plik...ckp pasal parti je trase...mcm bdk2 kcik..Woohaa!!..

adri said...

nak lagi..nak lagi. bila nak sambung cite ni. Besh lah

ZieMarziah said...

kita semua akan jadi mayat..suka karya ni.tahniah en.hamka

detective nie said...

post yg menarik disamping sindiran yang baik...bg yang x memahami sindiran hamka...jgn tuduh hamka sindir mana2 parti politik...sindiran itu berbentuk umum...sshh betul kalau beri nasihat kepada yang mudah perasan....
Hamka...keep it up....jgn berhenti berdakwah...!

aku_ein said...

pada aku, apa yang Hamka komen tentang politik tu terima je la..xkan asyik nak puji je..ok pe de orang nak komen, walaupun pedas n rasa sakit giler kat buntut..

Komen xsemestinya musuh, teguran adalah untuk kepada segala kebaikan..ehh..ni komen pasal politik..aku nak komen pasal kereta mayat je..

Hamka, nak tanya, nape kereta mayat mesti tinted gelap giler..hehehe..ko punye kereta mayat tinted ke x..kalau tinted gelap giler xnampakla penumpang yang xpose dibulan pose ini..hohoho..

dy Rahman said...

xpa lah.. politik tuh kan islam juga..mana x bekk kita betul kan.. sindiran tuh je lah cara kita nk tunjuk n perbaiki mn silap nya.. kita bersangka baik je.. apa2 boleh jadi...
erm~ selamat berpuasa semua..

hamka said...

politik dan islam tak dapat dipisahkan..

kata sorang mamat.

aku cakap, ok, aku ambik politik umno, boleh?

tak boleh, umno politik kapir.

politik pas?

politik pas itu lah islam..

jadi patut ayat kau,

politik pas dan islam tak dapat dipisahkan, gitu..

woha!

qaireen nuha said...

as-salam hamka,

ni bru betoi cerpen!-cerite pendek-heeee~~~

hamka said...

woha sekali lagi

wani sc said...

seronok baca cerpen ni. moralnya, kalau dah bawak keretamayat kena la pastikan keretamayat bersih selalu. kalaupun takde orang tak puasa nak naik, mungkin ada mayat yang menunggu :p
insaf~ wuhuhu

hamka said...

moral tu!

Lensa Cahaya said...

rajin nya mereka butthurt.. wakakaka...

aku akan sokong mana2 parti islam as long as diorang x ikut cara Yahudi.

sekian.

hamka said...

aku sokong untuk tidak menyokong-woha!

Anonymous said...

mamat tu bermain dengan kata2 yang tak bermoral..adakah patut islam dan politik tidak boleh dipisahkan??..nas mana yang mamat tu pakai..kalau kaji balik maaf cakap politik is yahudi..tak pernah saya baca sejarah sahabat2,tabi"en buat pilihan raya..adoiii pening kepala tahap air naik kat kepala keluar telinga..

_wan calon mayat_

hamka said...

wah, blog walking sungguh ni, jika salah tegur ek.

Mummy Dot said...

=D

Anonymous said...

still masuk dalam tanah juga -,-

Ugy said...

Suka, sekalian nak belajar bahasa Malaysian.....hehehe

hamka said...

:)

Peter Imranovich said...

akan pujangga menjadi mayat, tanpa diketahui bilakah saat..

Black Pearl said...

blur mula2 sbb tak tahu kaitan tak puasa dgn basuh kereta mayat