Aug 9, 2012

Aku sokong Tazkirah, tapi...?


(Temubual 30 minit bersama driver keretamayat.)

Wartawan: Asalamulaikum Hamka

Hamka KM: Wailakumusalam.

Wartawan: Apa pendapat awak tentang ramadhan tahun ini..

Hamka KM: Sama meriah macam tahun lepas, ada orang islam gantung lampu kelip kelip macam Raya Kristian, ada orang islam gantung pelita macam Raya india, ada orang islam bakar mercun macam raya cina, dan ada orang gantung bendera macam pilihan raya-woha!

Wartawan: Ha ha ha, only in Malaysia, okey nak tanya, Bukak puasa makan apa paling best?.

Hamka KM: Aku bukak puasa tak makan nasi, jadi selain nasik aku bedal, roti, mee, laksa.., so yang best adalah bukan nasik.

Wartawan:kenapa tak makan nasik?, ops tarik balik soalan sebab cik hamka dah jenggil mata macam tu, tentu cik hamka nak cakap, supaya cepat solat maghrib, dan tidak mengantuk terawih, tadarus, tahajjud, tahu dah, soalan lain, errr, habis tu memang tak makan nasik?

Hamka KM: Aku makan nasik waktu sahur, biasa sebelum sahur, mandi wajib dulu, baru berselera makan nasik macam makan tengah hari, ha ha ha!

(delete temubual 10 minit sebab soalan wartawan dah tak senonoh, sambung balik)

Wartawan: Terawikh kat mana?

Hamka KM: Terawikh kat  surau pada awal ramadhan, tapi akhir ramadhan ni buat kat masjid.

Wartawan: kenapa?

Hamka KM: sebab nak berjemaah 20 rakaat, kat surau mereka buat lapan rakaat jer, lepas tu tazkirah panjang nak mampos, bukan bestpun dengar tazkirah dari ustaz yang bosan.

Wartawan: Jadi cik Hamka tak setuju tazkirah antara terawih.

Hamka KM: Setuju jika tazkirah ringkas, dan isu yang di tazkirahkan bernas, bukan syok sendiri., dan tak perlu sampai lebih setengah jam. Lagi lagi tolonglah jangan isi tazkirah dengan isu poliltik, memang aku tak akan pergi lagi solat kat situ..

Wartawan: Jadi memang cik Hamka tak setujulah tazkirah antara terawih ni.

Hamka KM: Bukan tak setuju, tapi cadangan aku, awal ramadhan elok buat tazkirah, orang masih bersemangat, di akhir ramadahan terutama 10 malam akhir, elok buat 20 rakaat terawih berjemaah.

Wartawan: Jadi kira kira memang cik Hamka tak setujulah tazkirah antara terawih ni.

Hamka KM: Bukan tak setuju 100%, awal ramadhan jer elok ada tazkirah, itu pendapat aku, dan tazkirah pulak ringkas dan padat, lagi bagus jika ustaz cerita tentang ayat al quran yang sudah di baca dalam 4 rakaat yang lalu, dan cerita pulak tentang ayat al quran yang bakal di baca 4 rakaat yang akan datang, dengan cara ini, solat akan lebih khuyuk.., insya-Allah..

Wartawan: Bermakna, lagi elok tazkirah ditiadakan langsung, begitu pendapat Pak cik Hamka?

Hamka KM: Engkau ni faham tak jawapan aku?, maksud aku, nak buat tazkirah biar berkualiti, bukan syok sendiri, lagipun ustaz kena paham, kenapa adakan tazkirah?, adakah sebab nak claim elaun takzirah atau nak betulkan jemaah?, jika niat nak betulkan jemaah, aku tengok ustaz tazkirah bukan main berapi-api, tapi apa yang aku nampak, tiap-tiap tahun, saf solat makin kurang, kenapa? Lepas raya masjid kosong balik., kenapa?

Adakah sebab tazkirah tak best, atau memang dengan tazkirah ummat tak dapat di baiki? kat sesetengah masjid termasuk mekkah mereka solat 20 rakaat tak ada tazkirahpun, tapi jemaah maintain ramai.., kat sini kena faham apa tujuan tazkirah.., jika niat nak baiki ummat, kenapa kena heret orang yang nak solat 20 rakkaat mengurangkan niat mereka..,?

Saidina Umar sahabat Nabi yang tinggi darjatnya, telah guna dalil dan nas supaya ummat buat 20 rakkaat, Hari ini ustaz-ustaz boleh pula cari dalil dan nas nak kurangkan amalan ugama, adakah tuan lebih pandai dari saidina umar?

Lupakan bab claim duit tazkirah, banyak lagi sumber rezeki Allah bagi jika kita ikut cara Nabi dan sahabat.. dan ustaz tahu ke?, umat hanya dapat dibaiki dengan cara umat terdahulu di baiki, kena ikut cari nabi islah para sahabat, demikian kata kata imam maliki. Dengar tazkirah sahaja masalah ugama tak akan selesai, kerana itu Nabi tak baiki ummat dengan cara tazkirah sahaja, Nabi bagi sahabat kerja, lepas tu pantau, betulkan balik jika sahabat salah, itu maksud ‘baiki’ ummat, bukan dengan setakat ceramah buat lawak, claim elaun tazkirah, terus ummat jadi baik.

Wartawan: Tak baik kau kutuk ustaz politik Hamka

Hamka KM: Eh, apa tak baik pulak?, kutuk dapat pahala apa jika benda tu tujuan baik., aku dengar tazkirah semalam cakap macam tu..

Wartawan: Jadi senang cakap, cik Hamka tak setuju langsung lah tazkirah antara terawih ni.

Hamka KM: Bukan tak setuju bang, dalam bab ilmu, kita kena faham perkara yang boleh buat hanya pada waktu itu dan perkara yang boleh buat pada bila bila masa, orang berilmu akan utamakan perkara yang boleh buat hanya pada waktu itu dari perkara yang boleh buat pada bila bila masa, sama macam kes aqiqah dan korban.., sama kes macam tarawikh dan tazkirah.., sama kes macam haji dan umrah, sama kes zakat dan sedekah.., itulah ilmu, iaitu bagaimana kita dapat mengetahui kehendak Allah pada masa dan tempat yang betul, sebab tu zaman saidina Umar berijtihad utamakan tarawih.."

Wartawan: So, apa cadangan cik Hamka?

Hamka KM: Cadangan aku, untuk atasi malasah tazkirah lepas 4 rakaat dan atasi masalah orang yang tak nak solat 20 rakaat.., maka apa kata mulai tahun depan, lepas 4 rakaat, kita buat tazkirah yang bertajuk: "kelebihan tarawih 20 rakaat" woha!

Wartawan: ha ha ha ha, kau jangan main man..

Hamka: Okey-okey, ni last solution aku bagi, win-win situation, mana mana masjid yang dah lama buat terawih 20 rakaaat teruskan, yang buat 8 rakaat bersama tazkirah, teruskan tapi pastikan tazkirah tidak merepek, kurangkan tafsir ayat guna kepala otak, banyakkan hadith dan makna al quran. Bagus jika boleh cerita makna ayat al quran yang bakal di baca, dan pastikan tazkirah tidak terlalu panjang dan bosan, paling lama 15 minit cukup, dan bagus 10 malam terakhir, buat 20 rakaat di semua masjid surau.

Wartawan: Okeylah cik Hamka, terima kasih atas temubual tadi, nampaknya tazkirah kat masjid dah nak habis, air teh tarik kita ini pun dah habis, jom sambung solat terawih lagi 4 rakaat-WOHA!

Sekian.

Ps: rupa-rupanya, temubual ini berlaku selepas terawih 4 rakaat, di mana aku dan kawan aku sempat pergi minum air kedai kopi sebab bosan dengan tazkirah merepek bab politik, ok, selamat bertarawih lagi 4 rakaat. Peace.

Ps2: "Berbahagialah dengan nikmat Allah yang dilimpahi ke atas anda"

43 comments:

SAKSI said...

1st....

Along said...

huhu..surau den pun ado tazkirah..interval of 1st 4 and last 4..cadangan ko baik la tazkirah ttg ayat dh bace & bakal d baca..

Anna said...

setuju...kenapa dulu2 takde pun tazkirah ni..lately ni rancak..pulak tu lepas 4 rakaat.pengalaman sendiri la, pentazkirah syok sendiri..ntah2 hape2 dia ckp..aku pun tak paham..tp ada jugak yg bagus, simple takzirahnya tpi padat dan semangat..salunya kalau best tunggu sampai abis..kalau agak melalut tu..4 rakkat ku pulang dan sambung di rumah..surau kat kg best..takde tazkirah hape..tross buat 20 rakaat..

SAKSI said...

kat mane tu..tempat ana kat johor surau dan masjid buat 20 rakaat. dulu time belajar kat ukm pun buat 20 rakaat jugak.

hamka said...

SAKSI

Kat Pahang.., tahniah johor, negeri bakal hudud, dan tahniah kat kau jugak sebab first komen dengan akaun.

---------
Along

Kau sokong cadangan aku, aku sokong komen kau.

----------
Anna

Tu lah tu!

cintailmu89 said...

alhamdulillah.. tazkirah tempat ak best..
budak muda suka la kalau ceramah topik ada kait isu2 semasa..
baru segaq je mata..

Taufik said...

Hamka KM tu nak sebut lagu mana?
Aku sebut Hamkakam

ibnu taj said...

Hamka KM: Sama meriah macam tahun lepas, ada orang islam gantung lampu kelip kelip macam Raya Kristian, ada orang islam gantung pelita macam Raya india, ada orang islam bakar mercun macam raya cina, dan ada orang gantung bendera macam pilihan raya-woha!

isk isk..makan dalam sungguh ayat ni

bapak said...

tazkirah tu yg jemm sikit...terpaksa cr mesjid yg xda tazkirah...rasa bersalah jgk tp xlarat nk duduk dengar...hehehe

jamu keganasan suami said...

Aduss.... Aku tak nak tapi diorang pulak (jamaah) yg mintak aku bagi tazkirah harian... Tak mau dan tak mampu.... Diam tak diam hampir khatam fadhilat ramadhan aku baca... (jamaah itu adalah anak dan isteriku)

Anonymous said...

setuju sangat..sebaiknya bwat 20 rakaat drpd mndgr tzkirah..

susumanis said...

salam abg keta mayat, glam ko de org interbiew..hehe, setuju la sgt sbb kat mekah rilex je solat tarawih x de tazkirah kan, bole la fokus, tp masjid kt blkg umah den nak buat atzkirah gak, mlm ni ustaz DON dtg bagi tazkirah n jadi imam, ok gak...WOHA :)

Imam masjid said...

Syor xyah kot tazkirah.. Baik baca fadilat ramahan dhm 2 '3 hadis sblm strt terawih.. Buat org yg nk buat 8 rakat canselkn niat jd 20 balik.. Hadis ada roh...

PemilikMataCoklat said...

hahaha...sy g terawih kat masjid xpernah pun ada tazkirah lepas hbs 4 rakaat pertama..doa kejap pastu smbg 4 rakaat kedua... masjid cini best..imam baca surah dalam solat dengan bersemangat dan mendayu2...

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

Alhamdulillah..... Surau kat taman perumahan aku buat 20 rakaat...

hamka said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

iZ

:)

--------
Taufik

Hamkakam pun Hamkakamlah.

-----------
ibnu taj

tepukdahi

------------
bapak

tu lah tu, rasa jugak bersalah, kesian ustaz, waktu biasa takde orang ramai dengar, waktu antara dua terawihlah best nak bercakap lama lama, tapi tu lah..

-----------
jamu keganasan suami

fadhilat ramadhan baca antara terawih lagi bagus, ringkas, tepat, benar..

--------------
susumanis

pernah tanya imam satu masjid, berapa kos ustaz Don ceramah?, katanya RM 5000. Jika imam tu tipu, tipulah aku.., ada sesiapa boleh bagi tahu kos ustaz ceramah?

-----------
Imam masjid

Imam masjid macam ni yang kita cari..., islam berkemanag dengan menyerah diri, bukan paksaan..

-------------
PemilikMataCoklat

Aku lebih suka masjid doa panjang antara terawih, lebih insaf dan epik( betul ke penggunaan ayat epik kat sini, he he )

-----------
Bakal Mayat Seri Kembangan

AJK surat contoh tu!

Anonymous said...

salam,

dulu masa sekolah, smua jemaah akan buat 20rakaat terawih n 3 rakaat witir, takde pun yg tgglkan masjid slps 8 rakaat, sbb kt kwsn kg sy mmg normal org bt 23.

bila dh belajar kt semenanjung, brtau rupanya ramai yg buat 8rakaat terawih n 3 witir. tp bila balik kg stil buat 23.

cumanya keadaan skrg sda berbeza sgt, mgkn dh ramai yg terdedah dgn terawig 8rakaat. jdnya skrg habis je 8 rakaat, ramai yg akn keluar masjid, yang sedikit tak sedap dipandang, org2 pertama yg akn tgglkan masjid adala ustaz2, makanya abg2/pacik2/kakak2/macik2/adik2 yg sebelum ni akan ikut imam bt 23, bila dh nmpk ustaz2 kebykkannya akn berhenti solat terawih slps 8 rakaat, mereka pun pakat2 ikut ustaz.

klo ustaz balik sbb ada benda penting kena balik rumah, mana lah tau mereka ni nk terawih kt rumah pulak dgn anak bini, sbb bini x dpt ke masjid ada anak kecik, xpe, kita paham.. cuma yg tak sedap bila makmum cuma tggl 1 baris je dibelakang imam, makmum perempuan pula tggl brapa org je yg teruskan terawih..

dan ustaz2 ni pulak, kita boleh nampak mereka duk minum2 kat kedai kopi.. sy tak fitnah, benda belaku dpn mata..

persoalan sy, kita nak ajak org beramai2 mengimarahkan masjid, tp mcm mn kita nak mengajak org lain yg terdiri drpd mereka yg pengetahuan agamanya kurang, adik2 yg br nak berjinak2 dgn agama kalau ustaz yg sepatutnya menjadi teladan pn jenis tak betah duduk beribadah di masjid lama2...

jadi sy hrp pada ustaz2 diluar sana dan ustaz kwsn sy, kalo masjid buat solat terawih 20rakaat, ustaz pn bt lah smpai 23 bersama imam, tp kalo ustaz mmg betul2 nak buat 8rakaat shj, ustaz pegi la surau yg bt 8 rakaat..

sedih bila tgk ustaz dan yg lain tgglkan imam dan makmum yg x smpai 10 org utk habiskan 20rakaat terawih.. tak luak pun kalo buat 20rakaat, malahan pahala yg kita perolehi pun berganda2, insyallah

hisham said...

Zaman dah berubah. Keinginan utk menambah amalan ibadah tlh hilang. Tazkirah utk tambah amal ibadah, tapi sebaliknya berlaku. Moga Allah ampunkan saya.

Anonymous said...

buat tazkirah boleh claim elaun, cari makan bro.

Pemikir Sunnah said...

AKU SELALU DENGAR USTAZ USTAZ BAGI TAZKIRAH SLPS SOLAT TERAWIH 4 ROKAAT. USTAZ USTAZ TU MEMANG BERSEMANGAT.. MAKLUMLAH YANG DENGAR TAZKIRAH MEREKA TIME KULIAH MAGHRIB TAK SERAMAI KULIAH SOLAT TERAWIH. ELOKLAH JUGAK, USTAZ USTAZ TU BERSEMANGAT BAGI TAZKIRAH KEPADA SEBAHAGIAN BESAR JEMAAH YANG HANYA AKAN DATANG LAGI PADA RAMADAN TAHUN DEPAN. SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT HIDAYAT....

adaberada said...

saudara Hamka,
Rasanya tak ramai atau takde Ustaz atau imam yang baca artikel ni, kalo diorang baca konpom diorang mengerti akan idea Saudara Hamka. Aku rasa baik Hamka tazkirah Ustaz yang tazkirah Saudara tu on the spot, selepas je habis terawih. Atau pembaca yg baca artikel ni tolong sampaikan pada ustaz atau imam masing-masing, baru idea saudara tu sampai yang Ustaz-ustaz yg bagi tazkirah yg panjang bosan syok sendir tu. wohaaa!!

ps : kalau aku jadi ustaz, aku akan buat 20 rekaat yg nak 8 rekaat boleh balik, tazkirah pula lepas terawih, kalau tak nak boleh balik. untuk tak nak orang balik, aku adakan cabutan bertuah kepada sesiapa yg tak balik sehingga tazkirah selesai. Pemenang diumumkan pada mlm esok. Hadiah terpulang pada ekonomi pada masa itu. ok tak idea aku ni Saudara Hamka hehehe..

Mia said...

salam,

Alhamdulillah. kat my palce tak da tazkirah melalut lalut or whatnot .. let alon masuk bab politik. tazkirah semua okay je. but nak tanya. kiranya cik hamka ni support la kalau nak buat tazkirah pun lepas 20 rakaat?

Ada my ustaz cakap tazkirah kan peringatan,boleh guna untuk sampaikan ilmu.. penting tu. terawih sunat.. ustaz sy kata lah :) he thinks tazkirah bagus sebab kalau bukan bulan ramdhan jemaah kurang.. let alone orang yang nak datang majlis majlis ilmu..

May Allah bless you and your family :)

Aam said...

kt tempat ana lg bez..tazkirah slpas subuh..imam bca sume yg berknaan dgn pose..boleh refresh blk mne2 yg da tkpe..hehehehe..5star untuk imam kt tempat ana..TERBAIK...

Lensa Cahayaw said...

assalamualaikum bakal2 mayat semua.

tazkirah ok, xda tazkirah pun ok.

imam baca surah slow ok, imam baca surah laju lagi oke.

whoa!

Imam masjid said...

Tazkirah mmg penting tp tym mesti la kne, utamakn yg ptt diutamakn. Skrng adlh wktu untk trwh gila2 sbb abis ramdhn xleh dh nk wat trwh dh, nk buat tazkirah gila2 smpi jm 12 boleh tp buatla pas rmdhn. Kdg syok seniri ja yg bertazkirah, yg dgr duk ingt umah and bini. Gunakn la masa ni untk buat 20rkt, balik umh belum tentu ada lekutan nk smbg, nk buat tazkirah gak boleh, buat la pas subuh or pas zohor or pas solat frdu yg lain, penting ingt kn ttg solat fardu berjemah selain duk peringt2 laulatul qadaaaaaar je, pas ramdh sume lesap. Point mesti lah ade kne dgn pengostiqamahn apa yg telah dilatihi semasa dlm ramdn ke luar ramadan, br la jd " لعلكم تتقون"

encik putih said...

conversation yg menarik dan makan dalam gak..hehe

hamka said...

komen korang, bernas bernas belaka..

sebernas iklan bernas.

:)

hamka said...

----------
hisham

aku balik kampung, surau aku dah buat 8 rakaat tanpa tazkirah, dulu, memang 20, bila ditanya, ustaz cakap, sunnah Nabi macam ni jer... oh.

---------
Pemikir Sunnah

Aku rasa kau tertekan caps lock.

----------
adaberada

hadiah, kata Nabi nabi terdahulu, di tuntun di akhirat.. he he

---------
Mia

let alone orang yang nak datang majlis majlis ilmu.. , and don’t let alone people who want to make 20 rakaat-Woha!

-----------
Aam

TERBAIK...

----------
Lensa Cahayaw

: )

----------
Imam masjid

setuju

----------
Mr.Razif

makan dalam takpe, jangan makan hati, he he

lepakk.com said...

Tak sangka bulan ramadhan pun diorg masih ckp bab politik. So islamic

Anonymous said...

Ya taraweeh itu diambil dari kata yang bermaksud untuk berehat. Sesuai dengan itu dalam hadis Bukari ,Muslim dan Abu Dawud menjelaskan bahawa Nabi SAW ada menyatakan kebimbangan; ummah mengangkatnya menjadi fardhu yang akibatnya memberatkan dari segi kesanggupan perlaksanaan. Jadi-tok imam AJK masjid mahupun pihak berkuasa harus matang dalam memikir MASLAHAH dan hal zaman.

Tazkirah? jangan sampai didebat sebagai bidaah.

Laungan syiar Islam (iaitulah dengan kekuatan mega mikroponnya)janganlah sampai seolahnya Allah itu pekak tidak mendengar.

Permudah cara dengan jalan sederhana. Jangan terlalu laju, terlalu lantang, terlalu lama .
Terkini ada sampai bertengkar kerana parking antara pelaku 8 rakaat dan 20. Ada masjid kurang ajar memetapkan kadar RM20 sumbangan moreh oleh setiap rumah kariah.

Ada pejabat memaksa dalam seni untuk menyumbang untuk bubur lambuk.Ada sekolah /institusi menjadi pengemis minta derma untuk mendermakan. Ingatlah dianjur menderma oleh kita kepada pihaknya yang kurang berada, tidak berarti bangkitnya institusi pengemis terhormat yang berlakun atas nama sebagai ajen untuk menyalurkan bantuan. Apakah tidak cukup agensi dan institusi seperti pusat zakat, amil, surau dan masjid? sehingga pengemis ini melapisi peranan mereka?

Fikirlah puasa itu apa, kenapa dan bagaimana.

Maaf zahir batin.

hamka said...

Aku pun angin dengan derma yang tak senonoh...

terutama tazkirah politik mintak derma, lepas tu beli bendera..

Dulu Nabi berhutang untuk perjuangkan ugama, sekarang, orang mintak derma untuk perjuangkan ugama..

ooh..

Bakal Mayat Seri Kembangan said...

Surau tempat Aam sama seperti surau di tempat saya. Surau tempat saya buat tarawih 20 rakaat dan ada tazkirah selepas subuh. Tazkirah berkenaan puasa dan ramadhan. Pagi tadi tazkirah berkenaan lailatur qadar... Memang best....

Tahniah kepada AJK surau. (Pengerusi surau adalah abang aku sendiri)

-WOHA

Kolek Kecil said...

Ada orang kata, kalau dia jadi imam, dia nak buat terawih 20, nak ubah waktu tazkirah, akan buat itu dan ini bila jadi itu dan ini... macam-macam lagi...

Bercakap tak sama dengan betul-betul buat. Hati-hati memberi kenyataan... Nanti jadi Janji Dikerati pulak...

hamka said...

nanti jadi janji di laknati, ohh., yang penting, jangan janji di taburi, tapi janji ditepati, sekarang masa balas budi-WOHA!

Unknown said...

Pendapat yg menarik..1st time baca blog nie..huhuhu

hamka said...

first time?

ok.

:)

PemilikCahaya said...

Tuan Hj. Hamka, tahniah atas entri yang ini..aku tak tahu sama ada kebetulan atau pon x..atau mmg tok imam tmpat aku dah baca entri kau yg ini..malam ni tazkirah kami adalah beliau cerita mksud2 ayat al-quran yg bakal dibaca untuk the next 4 rakaat solat tarawikh itu..mmg best dari tazkirah yg cam syok sndiri sblum2 ni..hehe..

PemilikCahaya said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

kat tempat aku pun sama, tazkirah dah 15 minit, terbaik.., pernah 45 minit, kena sound terus berubah, inilah ustaz yang bagus, boleh di tegur dan memahami hasrat setempat.. woha!

qaireen nuha said...

salam akhir ramadhan utk sume,
skejap ms brlalu,alhmdulillah niat utk wat trawih 20+witir 3 dpt jugak d laksanakan,dulu jrg2 nk stay smpi 20,hbis 8 trus balik...
Next year kalo ade umo pjg smoga dpt brtemu lg ramadhan.

Td ade yg brtanye sy ktne nk cri tmpt trawih tnpe tzkirah?ade kat kmpg baru kl,.sbb cni je plg dekat ngn umh sy,tmpt len xsure..next year leh la brtrawih d cni ye kalo ade umo pjg brtmu ramadhan lg.

Every witir start from 1st day trawih akn bace doa qunut mendayu2 oleh 'imam arab' shinggakan air mata mncurah2..(sbb dgr mkcik sblh tresak esak mnangis)heee~~~

khatam bru2 ni d hadiri olh bekas pm kte abdullah badawi,slain trawih ade juga qiamullail lbih2 lg mlm mlm 10trakhir ramadhan,smoga amlm ni d truskn...

Slmt tgl ramadhan....adekah lg ramadhan utkku nti???

Anonymous said...

Adakah melaksanakan hudud itu wajib atau bidaah?

Anonymous said...

Karkun taskil utk jemaah surau duduk dgr bayyan... jemaah surau harap ade geng2 karkun dpt hayati tazkirah yg karkun2 kate sumenye politik belake.. karkun taskil utk amal 6 sifat dalam fadhail amal.. tepat,ringkas,dan benar katenye.. takot timbul lak kt ati ni puak lain salah sumenye kalau statement gitu encik.. blapang dade laaa hendaknye.. next time syor time kluar,mase amirsab bg mase i'tilad jgn duk isap okok ngan same2 karkun,tp g jumpe jemaah surau kasik paham bkn tembak selalu... doa umat insyaAllah.. *marhalah segambut....