Aug 17, 2020

Pengorbanan dalam politik?

 

(Satu hari dalam sejarah islam…)

Siti Aisyah r.ha telah di pelawa menghadir majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam’ telah menangis…

Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…

“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku.. “Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”

Riwayat lain Aisyah berkata:

“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya…”

“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”

Stop sekejap…

Kita pada hari ini dalam sejarah islam, buah kurma bukanlah juadah berbuka puasa sahaja, tapi buah kurma sebanyak 3 ke 5 biji yang saya makan selepas azan adalah intro untuk menketedarah (makan dengan sungguh sungguh) sebelum saya makan santapan jasmani yang lebih berkuantiti lagi, seperti nasi goreng kampong / nasi goreng bandar / nasi goreng cina / nasi gorang telor kembar / nasi goreng USA / nasi goreng ikan masin / nasi goreng biasa / nasi goreng telur mata kerbau / nasi goreng paprik / nasi goreng pataya / nasi goreng patani / nasi goreng pnom pheh..bla bla bla etc etc..

Itu baru Nasik, belum cerita pasal mee lagi, mee bandung, mee hailam, mee hoon, mee hong kong, mee rebus, mee goreng, mee ratna, mee laksa, mee magee, mee kuning, mee hijau, mee pinang, mee Pnom Phenh bla bla bla etc etc….oh!!

Sambung balik…

Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad saw, Nabi hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde..

Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!

Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:

“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"

Pernah Nabi ziarah anak kesayangannya siti fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari fatimah r.aha dengan nada yang perlahan…, dan siti fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..

Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;

Seorang cium di perut..

Seorang cium di leher...

Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..

Nota: kasyaf adalah dapat melihat di sebalik tabir-dengan izin Allah.

Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..

Nota: setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya –Rujuk cerita para Nabi.

Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada Ummatnya..oh!

Namun saya bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang saya nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana ugama..

Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan?
Kenapa nabi tiada wang untuk membeli makanan?,

Adakah Nabi tak pandai berniaga?

Hello!!!

Korang semua yang saya muliakan.

Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya, menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu dulu.., sebelum baginda jadi Nabi SAW..

Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah sekalian alam, maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam membela agama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam..

Begitu jugak pengorbanan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar RA ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?

Benar, beliau telah korbankan seluruh hartanya pada agama dan hanya memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri..

Saidina Umar RA pula akhirnya hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang…

Pernah berkata Hazrat Abu hurairah RA setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;

“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan.."

Itu belum saya cerita kisah Mus’ab bin Umair RA, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam beliau hanya mamakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair RA terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain.. sob sob..

Korang semua yang saya muliakan,

Nabi SAW dan para sahabat RA benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama..

Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam.., dan berbondong bondong manusia kembali ke pangkuan Allah..

Asbab pengorbanan sahabat yang tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi asbab hidayat..

Ada cerita seorang pengembala kambing yang sedang mengejar seekor serigala kerana mencuri kambingnya, lalu serigala itu berkata-kata!jangan hokum saya! Peliknya kata si pengembala itu kerana serigala boleh berkata-kata, dan serigala itu bagitahu ikutlah Nabi Muhammad, kamu akan berjaya…!(lagi pelik?)

Itu tak pelik lagi, kalau korang dengar cerita sahabat yang bernama Taming Dari RA seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu membawanya berjumpa dajjal..

Lalu Dajjal bertanya:

“apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?

“apakah air sungai di tanah arab masih mengalir?

Apabila Taming RA benarkan kata kata Dajjal, maka Dajjal bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air sungai tanah arab menjadi kering .., kemudian kata Dajjal, beruntunhlah sesiapa yang mengikut Nabi Muhammad SAW..

Korang semua yang saya muliakan sekalian..

Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat…(buat dakwah)

Kadang kadang muncul syaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’ ugama.. dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz)

Kenapa sampai jadi macam tu?

Kerana Pengorbanan mereka terhadap ugama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana ugama, dan menitiskan darah serta air mata kerana ugama..! demi hidayat tersebar!

Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!

Dan ada jugak cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yang di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yang bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yang bongsu juga mati , si ibu ini menangis… dia dipujuk orang, tapi dia berkata: jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…, sejak hari pertama aku menyusu anakku, aku telah berniat untuk korbankan mereka demi agama dan aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati..., aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!

Oh, air kaki yang mereka gunakan untuk basuh kaki mereka jauh lebih mulia dari diri saya yang hina ini!

Pernah di zaman Nabi juga muncul seekor serigala kurus meminta izin untuk makan kambing, tapi Nabi tidak benarkan, kemudian muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing…, lalu Nabi benarkan mereka makan kambing yang terpisah dari jema’ah nya..

Apabila Tabi’in (orang yang tidak jumpa Nabi tapi jumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua ingin sekali jika hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW..

Tapi sahabat bagitahu, jangan minta begitu sebab takut para tabi’in tak tahan menderita, kerana :kata sahabat RA pada waktu itu mereka selalu mengikat perut dengan batu, dan Nabi SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya kerana lapar..oh!

Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke atas agama, Nabi telah ajar kaum bergaduh di Madinah bersatu, dan nabi telah seru semua ummat bersat, sehingga Allah telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kembali kepada Allah.. Mekah kembali kepada Islam.

Tanah Mekah dan Madinah telah haram dipijak orang kafir selamanya!

Lalu ketika baginda wafat, Siti fatimah r.a telah pergi melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:

“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”

Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:

“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”

Kemuadian, mengusap badan baginda dan berkata:

“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”

Dan hari ini, apabila ummat islam termasuk saya tidak membuat pengorbanan ke atas agama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat.., jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pulak yang telah menghalang dakwah!

Orang Islam ada yang membenci pendakawah, dan ada orang islam bergaduh dengan pendakwah, mencaci pada pendakwah, mahalan pendakwah sama pendakwah pun ada gadoh.. belum cerita orang Islam gaduh bab politik! Aduh!

Berkorbanlah perasaan kita, sembelihlah ego kita, berdamailah.
Orang kapir di Malaysia tak de keinginan untuk masuk islam walaupun dah jadi warganegara Malaysia kerana buruknya akhlak saya orang islam…oh!

Salah saya orang islam hari ini yang tak sanggup buat pengorbanan macam Nabi dan Sahabat buat..., sebaliknya hanyut dan terleka dalam arus dunia dan mendakwa sudah buat pengorbanan, dengan cukup sokong parti politik, aduh..

Jom buat pengorbanan dengan bersatu wahai semua ummat Islam, tak kira PAS ke, UMNO ke, Bersatu ke, PKR ke, AMANAH ke, TAbligh ke, FATonah ke, semua wajib bersatu.

Jom Solat awal waktu. Taubat jangan tunggu, Bersatu kita maju, Menyembah Allah yang Satu!

Woha!

2 comments:

johnny said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Tok Ki said...

Politik bukan macam kira2 2+3 = 5
Jawapan boleh berubah walaupun ada dalil macam2 konon utk perpaduan Melayu dan Islam....