Aug 16, 2020

Anak saya kena buli?

(Satu hari anak saya yang bersekolah rendah mengadu kena buli.)

Saya suruh dia ceritakan balik dengan cara tulis laporan polis. Katanya cikgu tak pernah ajar buat laporan polis.

Saya pun kenang balik zaman sekolah dulu, ya, betul, rasanya belum pernah soalan Bahasa melayu zaman saya keluar soalan suruh tulis laporan polis.

Padahal banyak kes buli berlaku, budak usahkan nak mengadu, nak menulis laporan polis pun tak pandai sebab tak ada pengalaman.

Jadi saya suruh anak saya cerita detail kejadian dia dibuli sebagai dokumentasi dan tulis gaya laporan.

Anak pun tulis dan whatsapp saya.

Saya copy paste:

Pada hari Rabu 29/7/2020. Saya telah dibuli dan disakiti oleh dua orang pelajar lelaki bernama ZXXX dan AXXXX .

Pada pukul 12:28 p.m. Semasa saya sedang mengasah pensel, AXXX telah melastik saya menggunakan getah dan satu lipatan kertas ke arah hidung saya.

Dan pada pukul 12:30 p.m., ZXXXX juga telah melastik saya ke arah pipi saya menggunakan getah dan satu lipatan kertas dengan sangat kuat sehingga meninggal kesan di muka saya. Semasa kejadian itu,

Cikgu AXXXXXX sedang mengajar dan saya telah mengadu dibuki namun cikgu memberi sedikit nasihat tentang membuli orang akan masuk penjara kepada AXXXX dan ZXXXXX.

Maka saya menulis laporan ini sebagai bukti pembulian telah berlaku dan jika ada serangan di masa akan datang maka pihak polis akan mengambil tindakan.

Saya juga melaporkan kepada ayah saya agar ayah saya membuat viral di Facebook dan Instagram dan saya mengatahui Instagram yang membuli saya iaitu "@Zxxxxxx Fxxxx dan @a.axxxxxxl".

*****

Aduh, siap anak minta saya viral di FB.., tapi bila baca rasa kasihan juga pada anak saya, dia nak melawan tapi takut masuk penjara kesalahan pukul orang, saya cakap nanti ayah forward mesej ini kepada cikgu sekolah, sebab nak tahu juga kenapa orang lastik dia dengan getah dan kertas. Tentu ada kesalahan yang anak saya buat tapi tidak diceritakan, atau cemburu ke, salah faham ke.

Tapi Ayah lupa, dua tiga hari kemudian, bila teringat balik saya tanya anak, perlu ke ayah hantar mesej ini kepada cikgu sekolah? Anak jawab,

"Tak perlu ayah, saya dan ZXXX serta AXXXX dah berbaik semula."

Okey, masalah nampak macam selesai, tapi report dah di buat, saya save dulu laporan anak saya ini. Ada masa saya share dengan cikgu kelas atau ibu bapa kepada anak yang membuli.

Sebagai penyelesaian.

Mohon sangat sangat kepada cikgu cikgu yang rangka kertas soalan bagi soalan subjek Bahasa melayu suruh pelajar jawab dalam bentuk laporan polis agar anak anak dapat belajar menggunakan Bahasa yang betul waktu report.

Contoh soalan UPSR 2020: (cadangan)

Anda seorang pelajar yang hensem, dan ramai pelajar lain cemburu pada anda, satu hari dalam tandas anda di tampar oleh Ali, dan belum sempat anda bertindak, Abu serta Ahmad menendang anda dengan kuat, tidak cukup dengan itu, mereka membogelkan anda dan kencing ke atas badan anda, kemudian mereka memaksa anda memegang kemaluan abu dan dipaksa menyanyi dengan anggap kemaluan abu adalah mikrofon, mereka juga ambil gambar kejadian tidak sononoh itu dan mengugut akan sebarkan gambar ini kepada kekasih anda jika anda laporkan kejadian kepada cikgu.

Anda sangat sedih dan malu serta sangat murung, tapi anda bertindak berani dengan menulis laporan polis, dan membuat tujuh Salinan untuk diberikan kepada guru besar, cikgu disiiplin, serta ibu bapa si pembuli. Berani kerana benar.
Tulis laporan anda sebanyak 120 patah perkataan dan nyatakan hujah kenapa anda perlu membuat laporan polis. Segala perlakuan sewaktu kejadian hendaklah ditulis jelas demi memudahkan pihak Polis dan pihak Mahkamah bertindak.

Jangan rasa hina bila dibuli, tapi malulah tidak bertindak selepas dibuli kerana pembuli memang makhluk yang hina.

(20 markah)

Okey tak cikgu jika buat soalan macam tu?, atau memang sebelum ini pernah ada soalan test kes buli dan minta pelajar tulis laporan? Saya jer yang tak tahu?

Mohon kongsi jika ada, dan mohon adakan jika belum ada.

Ini serius.

2 comments:

Syazni Rahim said...

Betul juga pasal prektis jawab soalan karangan tu kan

johnny said...
This comment has been removed by a blog administrator.