Encik Hamka, boleh tak listkan video tentang OKU autism yang telah encik Hamka buat berdasarkan pengalaman encik sebagai bapa anak Autisme?
Tapi itu bukan bukti soheh, namun yang pasti minat dia tak sama, contoh anak saya waktu kecil minat dengan azan dan mengaji, dia akan termenung tiap kali dengar azan dan mengaji. Masa ni saya seronoklah sebab dapat anak yang minat agama, tapi bila semakin dewasa lain jadinya.
(2) Bagi mereka yang ada anak umur dua ke tiga tahun, tapi risau anak normal ke tak? Tak di nafikan waktu ini masih sukar nak kesan perkembangan anak, jadi saya share video saya bawa anak pergi taman tema waktu umurnya tiga tahun, dan bila melihat reaksinya yang langsung tak teruja di taman tema, hanya termenung sahaja, maka itu mungkin penanda awal.
Rujuk sini: https://youtu.be/JZ3k-_jz6FU
(3) Bila masuk lima tahun, tandanya semakin jelas, saya buat
video ni, iaitu tanda anak seorang autism, dah telah di tonton hampir setengah
juta:
(4) Dan bila anak dah sah OKU Autisme, mulakan terapi sensor, gosok badan dengan brush, urut sendi badannya:
(5) Lepas tu anak lambat bercakap, maka kita kena jadi pengulas waktu dia bermain, agar banyak imput perkataan yang masuk dalam kepalanya
Lihat sini: https://youtu.be/bIBso278JlE
(6) Di samping itu, banyakkan aktiviti fizikal, agar saraf ke otaknya lancar, oleh sebab rumah saya dekat dengan pantai, saya banyak buat terapi pantai
Lihat sini: https://youtu.be/j6OBdOQ79mQ
(7) Oh yer, jangan lupa daftar anak kad OKU, ada 20 kelebihan bila anak ada kad OKU, no 19 sangat terkejut.
Tonton sini: https://youtu.be/qvosxeB24Yc
(8) Di rumah, jangan lupa selalu buat 5 kaedah terapi pertuturan, rujuk video ini:
(9) Dari masa ke semasa, kenalkan dia dengan pelbagai input
Video: https://youtu.be/m6YIPI4ZOcU
(10)Ini pulak, gelagak anak autism waktu Konvo, https://youtu.be/Fsy2xfxlThw
Okey, cukuplah 10 video untuk rujukan ibu bapa diluar sana.
Adakah ini membantu?
Woha!
Ps: Saya banyak buat terapi guna video youtube, anak bermain robot transformers, saya rakam dan dia tonton kembali lalu saya ulas agar banyak input masuk ke dalam kepalanya, bagi Tuan Puan yang mahu belajar buat video dari Youtube, saya cadangkan rujuk ebook ini:
https://tinyurl.com/youtubehamka
Terima kasih.
#keranadiaanaksyurga
2 comments:
Semoga dipermudahkan urusan para ibubapa dengan anak autisme <3
Are you desperately in need of a hacker in any area of your life??? then you can contact; ( HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM ) services like; -hack into your cheating partner's phone(whatsapp,bbm.gmail,icloud,facebook, twitter,snap chat and others) -Sales of Blank ATM cards. -hack into email accounts and trace email location -all social media accounts, -school database to clear or change grades, -Retrieval of lost file/documents -DUIs -company records and systems, -Bank accounts,Paypal accounts -Credit cards hacker -Credit score hack -Monitor any phone and email address -Websites hacking, pentesting. -IP addresses and people tracking. -Hacking courses and classes CONTACT THEM= .HACKINTECHNOLOGYatGMAILdotCOM WHATSAPP +12132951376(WHATSAPP) my services are the best on the market and 100% security and discreet work is guarante
Post a Comment